Saturday, July 27, 2019

TANAM KOBIS 'LOWLAND'

Tanaman KOBIS BULAT (Brassica oleracea var. capitata) merupakan satu bidang usaha yang perlu dipromsikan di kalangan penduduk di Malaysia. Kobis daripada keluaraga Cruciferae merupakan datu keluarga dengan tanaman Brocolli, Cauliflower dan juga Brussels Sprouts. Tanaman Kobis yang mempunyai susunan daun tebal akan dapat membentuk bunga kobis apabila matang dipanggil sebagai 'Heads'. Memang mudah dan senang menanam kobis lowland sama ada berskala komersil, skala kecil atau pun sebagi hobi menanam dalam pasu dirumah. Di maaysia kawasan utama tanaman kobis adalah yang beriklim sejuk seperti di Cameroon Highland, Paang dan di Kundasang Sabah dimana jumlah keluasan tanaman ini adalah sebanyak 8,720 hektar dengan pengeluaran sebanyak 277,202 metrik tan pada tahun 2015.  Bagaimana pun keluasan tanaman kobis bulat pada 2018 menurun kepada hanya 3,588 sahaja dengan pengeluaran sebanyak 80,857 metrik tan sahaja (Sumber laporan: Laporan Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Ini berpunca daripada beberapa operasi pihak berkuasa kepada pekebun haram dikawasan tanah tinggi Cameroon Highland yang mana mereka menyebabkan kerasn kerosakan tanah cerun dan konservasi tanah disana dengan teruk. Kekurangan ini bagaimana pun berjaya ditampung dengan kobis import (kebanyakannya daripada China) melalui kawalam AP daripada 6,000 metrik tan pada 2016 kepada 10,500 metrik tan pada tahun 2018. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis potensi penanaman kobis ditanah rendah (lowland) sebagai satu usaha mengatasi masaalah diatas.


Di Malaysia kobis merupakan sejenis sayuran utama yang dimakan setiap masa sama ada musim perayaan atau tidak. Apa pun lazimnya pengimportan kobis ini meningkat berganda semasa perayaan seperti Hari Raya uasa, Hari Raya Kurba, Tahun Baru Cina dan Deepavali serta cuti sekolah. Kini penanaman kobis telah berkembang kekawasan tanah rendah dengan adlanya benih hibrid kobis yang sesuai untuk ditanam dikawasan tanah rendah. Kobis varieti yang tahan anas (heat tolerance) sesuai ditanam diatas tanah (batas) atau didalam pasu untuk menghasilkan bunganya (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun kadar serangan serangga perosak dan penyakit lebih mudah menyerang daripada kobis yang ditanam dikawasan tanah tinggi disebabkan suhu yang dan kelembapan sesuai. Oleh itu amat penting memilih varieti yang tahan lasak, mudah amalan agronominya, hibrid sesuai, mudah dibuat Amalan Pertanian Baik (APB) dan Pengurusan Perosak ersepadu (IPB) dan mudah aktiviti lepas tuai. Kini terdapat beberapa pendekatan teknologi yang sesuai digunakan untuk menanam kobis lowland.


Pihak Jabatan Pertanian dan MARDI telah melakukan banyak kajian dan pemerhatian mengenai penanaman kobis lowland ini. Sebagai contoh penulis blog juga telah berkesempatan membuat tinjauan teknologi di MARDI Serdang, Selangor bagaimana mereka membuat kajian ini. Kadar kepadatan tanaman adalah antara 22,000 - 25,000 pokok sehektar dengan anggaran hasil boleh mencapai 26 - 30 metrik tan atau purata sekitar 1.5 kg sepokok. Bijibenih kobis disemai dahulu dan dirawat dengan menggunakan teknologi EZGROW iaitu media kompak yang ada lubang pre-dibled dimana ia ada lubang sesuai untuk dimasukkan benih kobis (Sila lihat foto disebelah).  Teknologi semaian kobis cara ini didakwa lebih subur kerana benih kuat akibat ada lubang-lubang yang membolehkan pengedaran udara dan elakkan akar benih daripaga berpintal-pintal (root-spiraling). Sebenarnya akar kobis ini adalah sudah sesuai ditanam kerana berlaku 'air-pruned' yang mana ianya akan mengelakkan rencatan penanaman kobis kelak diatas tanah. Kaedah ini didakwa mampu menghasilkan benih yang baik untuk pertumbuhan awal yang segar dan tiada yang rosak.


Penyediaan batas tanaman perlu dilakukan dikebun dengan kaedah membajak tanah, memasang plastik silvershine dan juga ada membubuh baja asas tanaman. Teknologi penggunaan bahan BioRichar sebelum penanaman kobis iaitu satu komponen alternatif menggantikan baja organik tahi ayam dibubuh sebelum meletak anakbenih. Kemudian baja kompoun dibubuh dengan baja NPKMg 12:12:17:2  dengan kadar disyorkan adalah sebanyak 1.7 metrik tan sehektar yang diaplikasikan beberapa kali. Pemberian baja ini adalah pada minggu ke 2, minggu ke 5 dan juga minggu ke 7 selepas menanam dikebun. Penggunaan bahan kimia seperti bio-pesticide dan eco-engineering serangga perosak serta IPM amat disyorkan untuk elakkan dari kehilangan hasil tanaman kobis. Kobis lazimnya akan dituai selapas 75 - 85 hari selepas menanam (Sila lihat foto disebelah) dimana ia sudah cukup membesar bunganya (head). Bunga kobis ini perlu dibersihkan, digredkan dan kemudian disimpan didalam bilik sejuk bersuhu 5 darjah celcius untuk penyimpanan. Ia disimpan paling lama dalam 6 minggu untuk pastikan kesegarannya. Ada juga petani yang menuai 'baby kailan' atau nama lainnya sebagai 'cabbage sprouts' yang keluar daripada bahagian tepi pucuk kobis deimana ia mempunyai permintaan tersendiri dikalangan pengguna.


Dari segi analisa kewangan penanaman kobis tanah rendah perlu dilihat sama. Kajian MARDI menunjukkan bagi tanaman kobis ini ditanah mineral ia mampu untuk menghasilkan purata hasil 30,000 kg sehekar dan boleh dijual dengan harga ladang RM1.20 sekilogram. Ini menjadikan pendapatan kasar boleh mencecah sebanyak RM36,000 sehektar. Jumlah kos pengeluaran adalah sekitar RM26,946 dengan boleh memberikan pendapatan bersih sebanyak RM9,054 sehektar semusim. Ini bermakna nilai kos pengeluaran kobis tanah lowland adalah sekitar RM0.86 sekilogram dengan keuntungan diterima adalah sekitar RM0.34 (RM/kg). Kadar nilai breakeven tanaman kobis tanah rendah ini sebanyak 10.9 metrik tan. Nilai NPV (2.5%) bagi tanaman ini adalah RM12,463.98 sejektar dimana nilai IRR pula adalah 21%. Apabila dianalisa dimaklumkan dimana Kos Benefit Ratio adalah 1.13 dimana setiap RM1.00 dilabur akan memberikan pulangan RM1.13.  Kadar titik pulang modal adalah bernilai 2.53. Analisa kewangan ini bagaimana pun hanya berdasarkan kepada kajian MARDI diserdang.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MENANAM KOBIS.. LOWLAND JENISNYA...
TEKNOLOGI DIUBAH... PASTIKAN DIGUNA...
KOBIS BERKUALITI... SEGAR LAGI DIA...
KURANGKAN IMPORT... TANAM SAHAJA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(13 Dzulkaedah 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.