Tuesday, March 26, 2019

POTENSI PELANCONGAN DURIAN

DURIAN dan PELANCONGAN DURIAN merupakan satu sektor yang boleh dikembangluaskan di Malaysia terutama untuk pelancong-pelancong daripada negara China dan Barat yang sukakan makan durian. Buah Durian (Durio zibethinus) merupakan sejanis buah tempatan yang paling popular sehinggakan ia digelar ''Raja Segala Buah'' atau dalam bahasa Inggeris sebagai ''King of the fruits''. Beberapa tahun kebelakangan ini pelancong daripada China antara yang paling dominan dalam sektor pelancongan negara selain daripada Singapura untuk mereka menikmati durian Malaysia. Kini kerajaan perlu mengukuhkan lagi industri pelancongan durian (Durian AgroTourism) atau 'Duriotourism' ini melalui pelbagai kaedah dan cara melibatkan antara Kementerian Pertanian, Kementerian Pelancongan, Kerajaan Negeri dan juga usahawan durian tempatan. Pada taun 2018 Jabatan Pertanian merekodkan keluasan tanaman durian sekitar 73,740 hektar di Malaysia atau 37% daripada jumlah keseluruhan kawasan tanaman buah-buahan negara seluas 198,434 hektar (Sumber: Laporan Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Sebanyak 341,332 metrik tan buah durian dihasilkan pada tahun 2018 dimana cuma 23,381 mt (6.8%) buah durian yang dieksport melibatkan pendapatan sebanyak RM118.2 juta. Dilaporkan sebanyak 236 mt dieksport ke China dengan nilai RM9.45 juta dimana rakyat China sebenarnya boleh menikmati durian segar Malaysia yang enak jika mereka datang ke negara ini. Data tersebut juga menunjukkan sebanyak 7,681 mt buah durian telah diimport pada tahun 2018 terutama dari Thailand bernilai RM19.2 juta (Hampir sama dengan jumlah nilai eksport durian Malaysia ke China). Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai potensi pelancongan durian khususnya kepada pelancong dari China dimasa akan datang.


Dimanakah kedudukan tanaman durian ini di usahakan di Malaysia?. Jabatan Pertanian dalam laporan sama menunjukkan di Johor sahaja terdapat seluas 18,117 ha tanaman durian diikuti dengan Pahang (14,867 ha), Sarawak (10,714 ha), Kelantan (7,563 ha) dan juga Sabah (4,986 ha) dimana negeri lain kurang dari keluasan Sabah. Penulis blog juga merujuk data Jabatan Pertanian dimana dilaporkan terdapat sebanyak 1,576,021 pokok durian didaftarkan dimana 38.5% adalah daripada jenis durian kampong, kedua jenis durian varieti D197 atau Musang King (36.1%), ketiga adalah varieti D24 Bukit Merah (11.3%), ke 4 adalah Durian Lain2 varieti (10.01%), ke 5 adalah durian varieti D168 Hajah Hasmah (1.9%), ke 6 adalah Durian Duri Hitam D200 (1.03%) dan ke 7 adalah varieti durian D160 Teka/Musang Queen (0.73%). Terdapat banyak varieti durian yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian sejak berpuloh tahun lalu. Daripada apa yang penulis blog pernah menulis banyak siri mengenai varieti durian ini dinyatakan ada dalam penulisan ini (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Apa pun penanaman varieti durian ini banyak bergantung kepada faktur Kawasan Agroklimatik (agro climatic zone) dan juga faktur keserasian pengguna. Penanaman varieti durian sebaiknya bercampur-campur dengan beberapa varieti lain dalam satu kebun untuk membolehkan keserasian proses pendebungaan. Disyorkan varieti D197 dicampur dengan varieti D24, D2, D7, D16 dan sebagainya agar kecekapan pendebungaan optimum dimalam hari.


Antara beberapa varieti durian yang sesuai dimajukan untuk kemersil dan dusrian tourism adalah seperti D197 (Musang King) diikuti dengan varieti D24 (Bukit Merah), D168 (Hajah Hasmah/IOI), D160 (Teka / Musang Queen), D200 (Duri Hitam) dan D175 (Udang Merah). Beberapa varieti lain yang juga boleh diketengahkan seperti durian kampong yang pelbagai penciriannya. Bagaimana pun kini pengguna sudah mempunyai banyak pilihan membeli dan makan durian. Bagi pengguna disekitar Lembah Kelang mereka lebih suka dengan durian Musang King yang luas ditanam di Pahang Barat (Raub, Bentong dan dserah sekitarnya). Bagi ramai pengguna di Johor pula umumnya mereka suka dengan durian D24 dan juga D168. Bagaimana pun bagi pengguna di Pulau Punang dan Kedah mereka lebih preer makan durian D200 (Duri Hitam), D275 (Udang Merah) dan juga D160 (Teka/Musang Queen). Pada penduduk Pulau Pinang penulis blog pernah diberitahu mereka tidak berapa suka makan durian musang king begitu juga penduduk di Raub dakwa mereka tidak berapa suka dengan durian duri hitam. Apa pun kepada pelancong asing mereka hanya mahukan buah yang berkualiti dan jaminan puashati jika memakannya. Oleh itu kombinasi beberapa varieti durian juga boleh dipromosikan kepada pelancong asing termasuk dari China dengan membuat penerangan. Kelebihan durian Malaysia jika hendak dibandingkan dengan durian Thailand adalah kerana ia masak ranum dan gugur bukan dipetik diatas pokok. Oleh itu durian Malaysia memberikan tahap citarasa sebenar dengan aroma dan bau yang sangat kuat. Pelancong akan menikmati dengan berselera semasa makan durian (Sila lihat foto disebelah). Program promosi makan durian di negara kita perlu dimajukan lagi dengan lebih tersusun dan mereka suka hadir kempen makan buah di Malaysia.


Kalendar Pengeluaran durian daripada apa yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian bermula jangkaanya pada Mei 2019 dan berakhir September 2019 dan ia berulang saban tahun. Seawal hujung bulan Mei 2018 durian akan mula gugur di Johor dimuloakan dengan Daerah Pontian, Johor BAhru, dan naik ke atas sehingga ke Segamat dengan beberapa varieti popular seperti D168 Hajah Hasmah, D24 dan D197 Musang King dengan anggaran pengeluaran 3.550 mt pada Mei, 8.870 mt pada Jun, 3,610 mt pada Julai dan 1,720 mt bulan Ogos 2018. Kalendar pengeluaran durian seperti ini telah disediakan oleh Jabatan Pertanian untuk keseluruh negarai di Semananjung Malaysia. Antara beberapa lokasi yang mana telah ada aktiviti pelancongan durian di Johor yang aktif seperti kebun durian Kg Simpang 4, Parit Jamil, di Muar dan Kg Wawasan di Kulai serta Kg Melayu Raya atau Kg Parit Rambai di Pontian. Mereka ini sering menerima pelancong daripada Singapura dimusim durian. Negeri Pahang pula memang popular dengan durian dimana buah akan gurgu mulai Julai (3.570 mt), bulan Ogos (14,296 mt) dan bulan September (17,670 mt). Antara lokasi kunjungan pelancong domestik dan luarnegara yang popular di Pahang seperti di Bilut Hill Resort (Raub), Raub River Hill Resort (Cheroh, Raub), Lama Pesona Resort and SPA (Raub), 8 Acre Resort (Sg Klau, Raub), Lembah Temir Resort (Raub), Rock Mountain (Sg Ruan, Raub), WaterWay Villa (Bentong), Dudun Uncle Ting (Raub), Tanah Aina (Bentong), Happy Orchard 9968 (Raub), 5S Station (Raub), Musang King Seafood (Kg Tras, Raub) dan juga banyak lokasi lain tidak tersenarai di sini.



Pulau Pinang memang sudah terkenal dengan pelancongan durian dimana paling lama penulis blog lawati lebih 20 tahun lalu adalah Penang Tropical Fruit. Banyak lokasi lain di Pulau Pinang yang kini beroperasi sebagai durian spot semasa musim durian terutama kepada mereka yang meminati varieti Udang Merah (D175), varieti Hor Lor/ Labu (D163) serta beberapa jenis durian kampong yang unik. Di Pulau Pinang juga ada pakej 'durian tourism' yang sangat popular dikalangan pelancong asing dengan lokasi tempat tinggal mewah dan dibawa keseluruh Malaysia sehingga ke Sabah semasa musim durian. Di Perak pula memang sebuah negeri durian yang sudah popular sejak dulu sehingga penyanyi Mr Os menyanyikan lagu 'Durian dan Berbunga' yang didengar hingga kini. Destinasi pelancongan yang terkenal di Perak adalah MARDI Agrotourism Park di Kuala Kangsar yang menyediakan pakej penginapan, riadah, buah-buahan tempatan dan juga makanan tradisional. Banyak lagi pengusaha swasta di Perak yang menyediakan kemudahan untuk durian tourism yang boleh di google di internet. Pada penulis blog durian tourism ini telah dibuat sejak lama dahulu dimana ia sangat aktif dimusim durian. Kini jika ada kerjasama yang hebat daripada Kementerian Pelancongan (MOTAC) dan Kementerian Pertanian (MoA) dan beberapa kerajaan Negeri dipercayai lebih banyak promosi dan kemudahan awam akan dinaiktaraf sehingga lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia terutama daripada seluruh dunia termasuk China. Kalau mereka hendak makan durian segar makan boleh datang ke Malaysia dan kurangkan eksport. Semuga artikel dalam anim agro  technology memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!.. 
MUSIM DURIAN ...IA SUDAH TIBA...
BUAH GUGUR... PELANCONG ADA...
DURIOTOURISM..DARI SATU DUNIA..
ADA POTENSI... BAGI DILAKSANA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajay,
Malaysia.
(17 Rejab 1440 H).



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.