Wednesday, March 27, 2019

DURIAN MUSANG KING - PETUNJUK GEOGRAFI

DURIAN MUSANG KING (D197) atau nama sinonim lain sebagai DURIAN RAJA KUNYIT telah berjaya mendapatkan penarafan Petunjuk Geografi atau dalam bahasa peringkat antarabangsanya lebih dikenali sebagai 'Geographical Identification' atau 'GI' daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 2 Januari 2015. Perkara ini adalah selaras denngan Akta Petunjuk Geografi 2000 Peraturan-peraturan petunjuk geografi tahun 2001 (Akta Petunjuk Geografi 2000 (Akta 602). Peraturan bagi pendaftaran ini adalah dibawah SubPeraturan 29(3) dibawah Akta. Nama tuan pendaftar adalah Jabatan Pertanian Malaysia yang didaftarkan bermula 12 Mac 2014 dan akan hanya tamat pada 12 Mac 2024 (10 tahun kemudian). Dalam sijil tersebut barang yang dinyatakan adalah termasuk Durian Segar Musang King dan Buah Proses Minima 'Musang King'. Aktiviti untuk mendaftarkan durian Musang King telah bermula sejak tahun 2013 lagi akan tetapi hanya berjaya di terima pendaftarannya pada tahun 2014. Penulis Blog merujuk kepada persijilan ini sebagai satu kejayaan Jabatan Pertanian untuk meningkatkan martabat durian tempatan kepada satu lagi penarafan di peringkat negara khususnya dan peringkat dunia amnya. Mungkin ramai orang awam dan peminat durian Musang King ini belum mengetahui perkara ini dan artikel ini antara yang pertama mewar-warkan akan kejayaan penarafan ini. Selain daripada durian varieti Musang King penulis blog dapati Tanaman Halia Bentong juga telah menerima status GI ini pada tahun 2017. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan kejayaan Jabatan Pertanian dalam mendaftarkan durian Musang King sebagai sejenis buah yang mencapai penarafan dibawah MyIPO untuk rujukkan dan bacaan.


Dalam keterangan MALAYSIA DURIAN MUSANG KING jelas dinyatakan di Malaysia terdapat 199 klon (kini disebut varieti) durian yang didaftarkan oleh Jabatan Pertanian. Musang King adalah satu klon durian yang telah didaftarkan. Ia terdapat diseluruh Malaysia termasuk Negeri Sabah dan Sarawak. Produk yang terhasil daripada durian musang king adalah seperti durian segar 'Musang King' serta buah proses minimal 'Musang King'. Durian Musang King mempunyai kulit berwarna hijau muda atau kekuningan dan isi durian Musang King berwarna sangat kuning. Kualiti, reputasi dan ciri lain yang membezakan Dirian 'Musang King'dengan durian lain ialah hujung buah durian tersebut mempunyai kawasan tidak berduri yang sebesar diot 0.50 sen. Warna hujung durian adalah perang, tengah duri adalah perang kekuningan; pangkal duri perang. Selain daripada itu, garis pangsa yang jelas dan duri halus dipangkal bergabung dengan duri kasar. Durian Musang memerlukan pengairan bantuan semasa ertumbuhan vegetatif dan juga memerlukan kemarau diantara 1 - 3 bulan untuk merangsang pembungaan serta Musang memerlukan air yang cukup apabila kudup bunga mulai pecah dan buah mula terbentuk. Air tidak boleh berlebihan semasa perkembangan buah bagi mengelakan persaingan makanan antara buah muda dengan pembentukkan pucuk baru. Kaedah pembiakan adalah dengan cara menggunakan teknik cantuman mata tunas atau cantuman baji serta pemilihan bahan pembiakan dari sumber pokok yang tulen. Walau pun harga durian Musang King mahal berbanding dengan durian lain, permintaan yang sangat tinggi dari pihak pembeli adalah kerana kelebihan yang ada pada durian Musang King tiada tandingan berbanding dengan durian yang ada sekarang. 


Apakah dia Asas Petunjuk Geografi ini?. Penulis blog membuat rujukan dan bertanya kepada MyIPO dimana mereka jelaskan bahawa Petunjuk Geografi (GI) ini adalah tanda yang digunakan ke atas sesuatu produk kerana produk tersebut mempunyai kualiti dan reputasi yang boleh dikaitkan dengan kawasan berkenaan. Ia bertujuan untuk perlindungan akan diberikan walaupun Petunjuk Geografi itu tidak didaftarkan. Perlindungan juga tetap diberikan terhadap satu lagi Petunjuk Geografi yang walaupun ianya di keluarkan di negara, kawasan, wilayah atau daerah dimana produk itu dihasilkan akan tetapi ia telah memberi gambaran palsu kepada umum bahawa ia dihasilkan di negara, kawasan, wilayah dan daerah yang lain. Bagaimana pun dijelaskan dimana ada pengecualian dari perlindungan petunjuk Geografi yang bertentangan dengan ketenteraman awam atau adat atau wilayah asal; atau pun Petunjuk geografi yang tidak lagi mempunyai pendaftaran di negara asal atau pun Petunjuk geografi yang tidak lagi digunakan di dalam negara atau di wilayah asal. Biasanya Hak Penggunaan Petumjuk Geografi ini hanya pengeluar yang menjalankan aktiviti di dalam kawasan geografi seperti yang dinyatakan di dalam sijil pendaftaran sahaja dimana ia boleh menggunakan Petunjuk Geografi yang berdaftar di dalam urusan perniagaan. Hak pengunaan produk hendaklah sepertimana yang didaftarkan iatiu ia berdasarkan spesifikasi kualiti, reputasi atau ciri-ciri yang dinyatakan didalam sijil pendaftaran. Bagusnya apabila penulis blog diberitahu dimana ada Tempoh Penggunaan dan Tempoh Perlindungan bagi Petunjuk Geografi yang berdaftar adalah 10 tahun bermula dari tarikh pemfailan dan boleh diperbaharui setiap 10 tahun. Pemohona yang layak adalah individu yang menjalankan activiti sebagai pengeluar di kawasan seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan dan berkaitan dengan produk sebagaimana yang disenaraikan di dalam borang permohonan. Selain itu adalah pihak berkuasa tempatan; atau  pun organisasi perniagaan atau persatuan. Sekarang ini baru penulis agak jelas apakah dia GI untuk kes Durian Musang King (D197) ini dan kepentingannya kepada industri durian negara.


Dalam pada itu penulis blog ada membuat rujukkan dalam media tempatan dimana ada satu laporan media tempatan bertajuk "Masyarakat belum faham harta intelek" dari Utusan Online. Berita dari Kuantan dipetik dimana rata-rata dimana masyarakat negara ini belum mengenali dan mengetahui tentang harta intelek dan komponennya yang terdiri daripada cap dagangan, paten, reka bentuk perindustrian, petunjuk geografi dan hak cipta serta kepentingannya kepada mereka. Ia memetik kenyataan dari Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Datuk Abdul Manan Ismail berkata, sehubungan itu pihaknya memerlukan sokongan media arus perdana di negara ini untuk mereka dapat terus menyebarluaskan maklumat berhubung harta intelek. Contoh yang mudah ialah kita sering dengar ‘saya hendak patenkan produk saya’, sedangkan yang betul adalah ‘saya hendak daftarkan produk saya’. Produk adalah komponen harta intelek yang terdiri daripada cap dagangan, reka bentuk perindustrian, petunjuk geografi dan hak cipta. Paten merupakan komponen harta intelek yang diberikan lesen kepada produk melibatkan langkah reka cipta yang mampu menyelesaikan sesuatu masalah seperti penghasilan teknologi baharu. Dia bercakap ketika berucap pada majlis Malam Media MyIPO Bersama Media Pahang. Pihak media memainkan peranan besar dalam membentuk pola pemikiran masyarakat dan membentuk sikap pembaca supaya dapat bertindak secara proaktif. Kini dengan penyampaian berita dan maklumat tepat maka masyarakat akan lebih peka terhadap isu serta kepentingan perlindungan harta intelek.  Pihak MyIPO akan bergerak secara lebih aktif dalam menyalurkan berita dan maklumat yang diperlukan oleh pihak media bagi memastikan maklumat diperoleh lebih bermaklumat serta tepat. Usaha ini juga dapat menghentikan kegiatan pelanggaran harta intelek seperti muat naik secara tidak sah, membuat salinan langgaran hak cipta serta penghasilan dan pembelian produk jenama tiruan. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology dimana durian varieti Musang King sebenarnya telah menerima ststua Petunjuk Geografi pada 2 Januari 2015 lagi untuk pengetahuan rakyat Malaysia. Wasallam!!...
DURIAN MUSANG KING... SUDAH LAMA...
PETUNJUK GEOGRAFI... KINI DITERIMA..
PEMACU INDUSTRI... MESTI DIBANGGA...
BACA ARTIKEL... BARU TAHU PERKARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Rejab 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.