Thursday, March 28, 2019

TANAMAN JAGUNG BIJIAN - IKUT JENIS TANAH

JAGUNG BIJIAN (Zea mays) merupakan sejenis tanaman jangkapendek yang berasal daripada Amerika Tengah yang diusahakan sebagai tanaman penting bagi menghasilkan biji jagung untuk kegunaan makanan ternakan. Jagung bijirin atau bijian ini (cereal corn) merupakan sejenis tanaman yang digalakkan untuk ditanam dalam negara oleh kerajaan bagi mengantikan kebergantungan import jagung ini terutama bagi diproses menjadi makanan ternakan melalui beberapa jabatan dan agensinya termasuk oleh Jabatan Pertanian untuk dimajukan. Oleh itu kerajaan telah mula memajukan tanaman ini secara perintis dibeberapa negeri seperti di Terengganu, Kedah, Pahang, Perak, Johor dan beberapa negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Berapakah pula anggaran pendapatan tambahan yang akan dijana daripada teknologi intensifikasi daripada aktiviti penanaman jagung bijirin jika ditanam dikawasan sawah padi yang selalu ditanam hanya sekali setahun ini?. Kini telah ada galakkan khas daripada pihak kerajaan untuk menanam jagung bijirin dinegara kita bagi mengatasi isu pengimportan bahan jagung bijirin dan kacang soya yang amat tinggi khususnya untuk diproses menjadi makanan ternakan. Malaysia mengimport sebanyak3.2 juta metrik tan jagung bijirin pada tahun 2015 bernilai sekitar RM3.2 billion daripada beberapa negara seperti USA, Argentina dan juga China. Sementara itu pengimportan kacang soya pula adalah sebanyak RM2.1 billion pada tahun yang sama menjadikan jumlahnya kepada RM5.3 billion daripada keseluruhan jumlah defisit perdagangan bahan makanan negara yang berjumlah RM18.1 billion pada tahun 2015. Ini amat merugikan negara kerana berlaku aliran wang keluar yang ketara untuk jangka masa panjang. Dikalangan negara-negara ASEAN yang berjiran dengan kita, dilaporkan dimana Indonesia menghasilkan sebanyak 9.6 juta mt jagung bijirin setahun, Filipina (7.8 juta mt), Vietnam (6.0 juta mt) dan Thailand (4.7 juta mt). Malaysia memang tidak pernah melaporkan pengeluaran jagung bijirin pada setiap tahun. Keluasan penanaman jagung di Malaysia sekitar 6,430 - 6,800 hektar CHE setiap tahun dimana hampir 99% adalah daripada varieti Jagung Manis Hibrid. Kawasan pengeluaran utama jagung manis di Malaysia adalah di Johor, Selangor, Perak dan Pahang. Di Johor sahaja mereka mampu dalam menghasilkan lebih 35% daripada bekalan jagung manis negara iaitu untuk pasaran tempatan dan eksport. Eksport utama jagung manis segar adalah ke Singapura(Sumber: Laporan Statistik, Jabatan Pertanian Malaysia 2015). Beberapa projek perintis termasuk penanaman jagung bijirin di Kampong Dadong, Kemaman, Terengganu diantara yang telah dilakukan aktivitii penuaian dilakukan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Ta baru-baru ini. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa keratan akhbar berkaitan dengan aktiviti menuai dan aktiviti penanaman jagung bijirin mengikut jenis tanah sama ada Tanah Mineral, Tanah Sawah, Tanah Bris atau Tanah Gambut untuk dijadikan bahan rujukan semua.


Bagi TANAH MINERAL proses penyediaan tanah dengan membajak piring seedalam 20 - 25 cm dan dirotor halus serta dikapor dengan kadar capaian pH 5.5 - pH 6.5 iaitu penggunaan kapor sebanyak 5mt/ha (pH kurang 4.5), sebanyak 3 mt/ha kapor (pH4.5 - 5.5) dan sebanyak 1.5 mt/ha (pH 5.0-5.5). Penanaman dengan jentera tanaman dengan jarak 25 cm x 75 cm dengan kadar benih diperlukan sebanyak 15 kg/ha memberikan kepadatan pokok sebanyak 53,333 pokok sehektar. Penyiraman dilakukan setiap hari iaitu pada waktu pagi sekitar 20 minit menggunakan sistem sprinkler kecuali pada hari hujan. Pembajaan perlu dilakukan kepada tanaman jagung birijin dengan 3 mt/ha baja organik (2 heri sebelum tanam), 100 kg/ha (NPK Green 15:15:15 20 hari selepas tanam, 150 kg/ha Baja Urea (20 hari selepas tanam) dan 150 kg/ha Baja NPK Blue 12:12:17:2 (45 hari selepas tanam). Kawalan penyekit bagi jagung bijirin yang perlu dijaga adalah Ulat Pengorek batang, Ulat Tongkol Jagung dan Kutu Daun. Kawalan menggunakan racun cypermethrin atau chlorophyrifos dengan kadar disyorkan. Penuaian dilakukan selepas 100-110 hari selepas tanam menggunakan jentuai. Hasil jagung dibawa keloji pengeringan untuk diproses. Suhu pengeringan adalah diantara 45 - 60 Celcius sehingga mencapai kelembapan biji jagung 14.5%.Kemudian ia dibungkus kedap udara dan disimpan sebelum dijual. Analisa kewangan penanamn bijirin ditanah mineral melibatkan kos input RM1,666, kos Tenaga RM2,230, Kos Pelbagai RM195 menjadikan jumlah kos sebanyak RM4,091/ha. Anggaran hasil jagung sebanyak 8,000 kg dengan harga jualan RM1.00 sekilogram menjadikan pendapatan kadar RM8,000. Anggaran pendapatan bersih tanaman jagung bijirin ditanah mineral sebanyak RM3,909 sehektar semusim.


Bagi TANAH SAWAH proses penyediaan tanah dengan membajak piring seedalam 20 - 25 cm dan dirotor halus serta dikapor dengan kadar capaian pH 5.5 - pH 6.5 iaitu penggunaan kapor sebanyak 5mt/ha (pH kurang 4.5), sebanyak 3 mt/ha kapor (pH4.5 - 5.5) dan sebanyak 1.5 mt/ha (pH 5.0-5.5). Penanaman dengan jentera tanaman dengan jarak 25 cm x 75 cm dengan kadar benih diperlukan sebanyak 15 kg/ha memberikan kepadatan pokok sebanyak 53,333 pokok sehektar. Penyiraman dilakukan setiap hari iaitu pada waktu pagi sekitar 20 minit menggunakan sistem sprinkler kecuali pada hari hujan. Pembajaan perlu dilakukan kepada tanaman jagung birijin dengan 3 mt/ha baja organik (2 heri sebelum tanam), 100 kg/ha (NPK Green 15:15:15 20 hari selepas tanam, 150 kg/ha Baja Urea (20 hari selepas tanam) dan 150 kg/ha Baja NPK Blue 12:12:17:2 (45 hari selepas tanam). Kawalan penyekit bagi jagung bijirin yang perlu dijaga adalah Ulat Pengorek batang, Ulat Tongkol Jagung dan Kutu Daun. Kawalan menggunakan racun cypermethrin atau chlorophyrifos dengan kadar disyorkan. Penuaian dilakukan selepas 100-110 hari selepas tanam menggunakan jentuai. Hasil jagung dibawa keloji pengeringan untuk diproses. Suhu pengeringan adalah diantara 45 - 60 Celcius sehingga mencapai kelembapan biji jagung 14.5%.Kemudian ia dibungkus kedap udara dan disimpan sebelum dijual. Analisa kewangan penanamn bijirin ditanah mineral melibatkan kos input RM1,666, kos Tenaga RM2,310, Kos Pelbagai RM198 menjadikan jumlah kos sebanyak RM4,175/ha. Anggaran hasil jagung sebanyak 8,000 kg dengan harga jualan RM1.00 sekilogram menjadikan pendapatan kadar RM8,000. Anggaran pendapatan bersih tanaman jagung bijirin ditanah mineral sebanyak RM3,825 sehektar semusim.

Bagi TANAH GAMBUT proses penyediaan tanah dengan membajak piring seedalam 20 - 25 cm dan dirotor halus serta dikapor dengan kadar capaian pH 5.5 - pH 6.5 iaitu penggunaan kapor sebanyak 5mt/ha (pH kurang 4.5), sebanyak 3 mt/ha kapor (pH4.5 - 5.5) dan sebanyak 1.5 mt/ha (pH 5.0-5.5). Penanaman dengan jentera tanaman dengan jarak 25 cm x 75 cm dengan kadar benih diperlukan sebanyak 15 kg/ha memberikan kepadatan pokok sebanyak 53,333 pokok sehektar. Penyiraman dilakukan setiap hari iaitu pada waktu pagi sekitar 20 minit menggunakan sistem sprinkler kecuali pada hari hujan. Pembajaan perlu dilakukan kepada tanaman jagung birijin dengan 3 mt/ha baja organik (2 heri sebelum tanam), 100 kg/ha (NPK Green 15:15:15 20 hari selepas tanam, 150 kg/ha Baja Urea (20 hari selepas tanam) dan 150 kg/ha Baja NPK Blue 12:12:17:2 (45 hari selepas tanam). Kawalan penyekit bagi jagung bijirin yang perlu dijaga adalah Ulat Pengorek batang, Ulat Tongkol Jagung dan Kutu Daun. Kawalan menggunakan racun cypermethrin atau chlorophyrifos dengan kadar disyorkan. Penuaian dilakukan selepas 100-110 hari selepas tanam menggunakan jentuai. Hasil jagung dibawa keloji pengeringan untuk diproses. Suhu pengeringan adalah diantara 45 - 60 Celcius sehingga mencapai kelembapan biji jagung 14.5%.Kemudian ia dibungkus kedap udara dan disimpan sebelum dijual. Analisa kewangan penanamn bijirin ditanah mineral melibatkan kos input RM2,790, kos Tenaga RM2,498, Kos Pelbagai RM264 menjadikan jumlah kos sebanyak RM5,552/ha. Anggaran hasil jagung sebanyak 8,000 kg dengan harga jualan RM1.00 sekilogram menjadikan pendapatan kadar RM8,000. Anggaran pendapatan bersih tanaman jagung bijirin ditanah mineral sebanyak RM2,448 sehektar semusim.

Bagi Tanah BRIS proses penyediaan tanah dengan membajak piring seedalam 20 - 25 cm dan dirotor halus serta dikapor dengan kadar capaian pH 5.5 - pH 6.5 iaitu penggunaan kapor sebanyak 5mt/ha (pH kurang 4.5), sebanyak 3 mt/ha kapor (pH4.5 - 5.5) dan sebanyak 1.5 mt/ha (pH 5.0-5.5). Penanaman dengan jentera tanaman dengan jarak 25 cm x 75 cm dengan kadar benih diperlukan sebanyak 15 kg/ha memberikan kepadatan pokok sebanyak 53,333 pokok sehektar. Penyiraman dilakukan setiap hari iaitu pada waktu pagi sekitar 20 minit menggunakan sistem sprinkler kecuali pada hari hujan. Pembajaan perlu dilakukan kepada tanaman jagung birijin dengan 3 mt/ha baja organik (2 heri sebelum tanam), 100 kg/ha (NPK Green 15:15:15 20 hari selepas tanam, 150 kg/ha Baja Urea (20 hari selepas tanam) dan 150 kg/ha Baja NPK Blue 12:12:17:2 (45 hari selepas tanam). Kawalan penyekit bagi jagung bijirin yang perlu dijaga adalah Ulat Pengorek batang, Ulat Tongkol Jagung dan Kutu Daun. Kawalan menggunakan racun cypermethrin atau chlorophyrifos dengan kadar disyorkan. Penuaian dilakukan selepas 100-110 hari selepas tanam menggunakan jentuai. Hasil jagung dibawa keloji pengeringan untuk diproses. Suhu pengeringan adalah diantara 45 - 60 Celcius sehingga mencapai kelembapan biji jagung 14.5%.Kemudian ia dibungkus kedap udara dan disimpan sebelum dijual. Analisa kewangan penanamn bijirin ditanah mineral melibatkan kos input RM2,730, kos Tenaga RM2,280, Kos Pelbagai RM250 menjadikan jumlah kos sebanyak RM5,260/ha. Anggaran hasil jagung sebanyak 8,000 kg dengan harga jualan RM1.00 sekilogram menjadikan pendapatan kadar RM8,000. Anggaran pendapatan bersih tanaman jagung bijirin ditanah mineral sebanyak RM2,740 sehektar semusim.
Kajian diatas menunjukkan penanaman jagung bijirin adalah paling baik diatas Tanah Mineral dengan anggaran purata pendapatan bersih tertinggi iaitu sebanyak RM3,909 sehektar diikuti dengan Tanah Sawah sebanyak RM3,825 sehektar, Tanah Bris RM 2,740 sehektar dan paling rendah adalah pada tanah Gambut RM2,448 sehektar. Semuga artikel ini memberi info terbaik kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
JAGUNG BIJIRIN... SUDAH DI CUBA...
TANAH SAWAH...TERBAIK TANAHNYA...
TANAH MINERAL.. TEMPAT KEDUA...
TANAH BRIS ... KETIGA TEMPATNYA...
TANAH GAMBUT..AMBOI RENDAHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(18 Rejab 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.