TANAM POKOK KETUM (Mitragyna speciosa Korth., Havil ) telah menjadi tajuk panas dalam media massa sekarang apabila ia diperkatakan oleh banyak ihak. Ketum adalah merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh liar dikawasan hutan tropika dan kini dikategorikan sebagai tumbuhan yang terkawal dibawah Akta Dadah Merbahaya 1952. Nama lain tumbuhan ini adalah seperti Kratom, Kakuam, Ithang, Biak atau Thom dimana ia adalah daripada famili Rubiaceae. Daripada segi taburan tumbuhan Ketum ini didapati banyak tumbuh liar di Utara Semenanjung Malaysia iaitu di kawasan hutan, belukar, sawah padi dan juga di persekitaran kawasan kampung. Pokok ketum lazimnya hidup subur di kawasan bertanah lembap dan tanah tidak mudah tenggelam terutama pada musim hujan. Pokok ketum merupakan pokok saka yang mana ia lazimnya memang boleh mencapai ketinggian melebihi 50 kaki. Ia boleh dibiakan melalui biji benih atau juga keratan batang yang boleh dijadikan benih untuk ditanam. Daun ketum dari segi sejarah memang telah lama digunakan secara tradisional untuk tujuan mengeluarkan angin dalam badan dan meningkatkan lagi tenaga untuk melakukan kerja-kerja berat serta oleh wanita lepas bersalin. Batangnya tumbuhan ini menegak dengan banyak cabang. Daun Ketum berwarna hijau gelap dan tebal dengan susunan bersilang berukuran 4-10 cm lebar dan 10-18 cm panjang. Bentuk daun adalah jenis 'Ovate-accuminate'. Daunnya akan gugur sedikit semasa musim panas tetapi ia akan menjadi sangat lebat semula dalam musim hujan. Bahagian daun inilah yang mengandungi bahan aktif MITRAGININE iaitu sejenis bahan alkoloids yang memabukkan dan ia boleh menyebabkan KETAGIHAN (addicted). Akar pokok ketum adalah terdiri dari akar tunjang dengan kuat masuk jauh kedalam tanah. Bunga ketum adalah berwarna kuning dengan berjambak mengandungi lingkungan 120 kelopak setiap satu tangkai. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan Ketum yang mendapat liputan luas edia empatan untuk dikupas semula bagi rujukkan pembaca semua.
Berita Harian terbitkan laporan bertajuk ''Cadangan haram tanam ketum ke Jawatankuasa Kabinet '' dimana Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Kabinet supaya penanaman pokok ketum di negara ini diharamkan, sekali gus mengelak penyalahgunaan tanaman itu daripada terus berleluasa. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya mendapati penyalahgunaan ketum jelas membawa kesan bahaya kepada pengguna walaupun ia tidak dikategorikan sebagai dadah berbahaya. Kementerian tidak akan membiarkan perkara (penyalahgunaan ketum) itu berleluasa memandangkan banyak tangkapan berkaitan penyeludupan ketum dilaporkan setakat ini. Katanya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, bahan mitragynine yang terkandung dalam pokok ketum adalah tersenarai dalam Jadual 3, Bahan Pskioterapik Akta Racun 1952, malah bahan berkenaan dikawal di bawah Seksyen 30, Akta Racun 1952 iaitu pengawal import, eksport, pembuatan, penjualan dan lain-lain. KDN sudah bincang panjang lebar perkara ini dan kita hendak mencadangkan kepada Jawatankuasa Kabinet yang akan bersidang tidak lama lagi supaya penanaman pokok ketum diharamkan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-undang (JPU), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sini, hari ini. Pihaknya sedar rakyat di negeri-negeri di utara terkilan mengenai cadangan itu, namun ia langkah penting bagi mengelak keadaan lebih sofistikated (canggih) selain mengelak ketum diproses dalam bentuk yang membawa kesan bahaya. Kementerian berharap supaya tindakan pengharaman penanaman pokok ketum dapat diputuskan oleh Jawatan kuasa Kabinet. KDN juga mendapati tanaman ketum tidak terkawal, malah ada kes pokok ketum kita dieksport ke Thailand sedangkan negara berkenaan sudah pun mengharamkan tanaman itu. Apa pun sekiranya cadangan ini diterima kelak, beberapa langkah akan dimasukkan bagi menentukan hukuman dan kawalan kepada mereka yang terbabit selain memasukkannya dalam Akta Racun atau Akta Dadah Berbahaya. Bagi tujuan perubatan pula, ia terserah kepada Kementerian Kesihatan. Kalau mereka kaji ada keperluan tertentu dari sudut perubatan, maka ia akan dibuat dalam bentuk yang terkawal. Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, pihaknya juga akan mencadangkan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Bahan Khayal atau Inhalant 2018 ke Parlimen tidak lama lagi sebagai usaha mengawal isu menghidu gam khususnya dalam kalangan remaja. RUU ini dicadangkan oleh AADK kerana berdasarkan jumlah laporan besar yang diterima berkaitan penghidu gam dalam kalangan remaja dan ia semakin membimbangkan. Hidu gam tidak dikategorikan dalam bahan dadah, malah ia terkeluar daripada rang undang-undang sedia ada. Justeru, kami mencadangkan kepada Jawatan kuasa Kabinet supaya ia dibawa ke Parlimen untuk ianya dibentangkan dan diluluskan. KDN berharap penghidu gam ini dapat dikawal dari sudut undang-undang dan mereka juga akan diberi bantuan pemulihan, nasihat dan pendidikan. Dalam pada itu berhubung isu penggunaan ganja dalam perubatan, Muhyiddin berkata kementerian bertegas ia tidak akan dilaksanakan di Malaysia, malah ia juga keputusan yang sudah dipersetujui bersama menerusi mesyuarat peringkat ASEAN di Hanoi, Vietnam, baru-baru ini.
Laporan lain beberapa hari kemudian media melaporkan tahuk ''Apa salahnya Malaysia tanam ketum?'' yang dipetik dari Kuala Lumpur dimana masyarakat setempat di utara tanah air berupaya meraih pendapatan lumayan jika kerajaan membenarkan penanaman ketum secara terbuka di negeri berkenaan. Laporan ini dipetik wartawan dri bekas Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata kerajaan harus mencontohi beberapa negara jiran termasuk Thailand yang meluluskan ketum dan ganja. Kebanyakan kawasan di selatan Thailand menanam ketum dan menjadikannya sebagai tapak sebagai komersial yang meraih pendapatan mencecah berbilion ringgit. Kegiatan pertanian ini boleh menjadi antara sumber pendapatan negara khusus bagi golongan pekebun kecil dan pengusaha ladang sawit yang bergelut dengan masalah ekonomi sekarang ini. Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pengharaman penanaman ketum dicadangkan bagi mengelak penggunaan bahan yang boleh mengkhayalkan itu menjadi tidak terkawal sehingga menimbulkan kesan buruk kepada masyarakat. Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata, daun ketum dari utara tanah air bermula dari Perak Utara hingga Perlis memiliki kualiti terbaik di dunia. “Banyak negara lain termasuk Amerika Syarikat berminat membuat tempahan ketum di sini, jadi ambillah kesempatan untuk tujuan yang baik. Dakwanya apa masalahnya kalau Malaysia tanam ketum?.
Hari berikutnya dipaparkan artikel bertajuk ''Minta kebenaran, jika mahu tanam ketum - TPM'' oleh MyMetro diana katanya jika ada penanaman ketum tanpa kebenaran pihak berkuasa akan menjadi satu kesalahan di negara ini. Timbalan Perdana Menteri berkata jika ingin menanam ketum perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa termasuk Kementerian Kesihatan dan tumbuhan itu tidak boleh ditanam secara sesuka hati selepas ini. Beliau berkata, Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) bersetuju akta berkaitan dipinda bagi memasukkan kesalahan menanam ketum tanpa kebenaran. Mengikut peruntukan undang-undang, bahan ‘mitragynine’ yang terkandung di dalam pokok ketum adalah tersenarai dalam Jadual Ketiga, Bahan Psikotropik, Akta Racun 1952. Bahan ini dikawal di bawah seksyen 30, Akta Racun 1952 iaitu pengawalan bagi import, eksport, pembuatan, penjualan, dan lain-lain bahan psikotropik," katanya selepas mempengerusikan JKMD di Putrajaya. Sebagaimana sedia maklum penanaman ketum buat masa ini adalah dibenarkan cuma apabila ia dituai dan dijual adalah menjadi kesalahan. “Jadi selepas ini sesiapa nak tanam (ketum) kena mohon,” katanya.
Berlainan dengan laporan media di Perlis bertajuk ''Polis Perlis tidak setuju penanaman pokok ketum secara komersial'' yang menarik dibaca sekali. Foto sebelah menunjukkan Noor Mushar (tengah) ketika sidang akhbar di IPK Perlis, Kangar. Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd. secara peribadi tidak bersetuju sekiranya cadangan kerajaan membenarkan tanaman pokok ketum sebagai tanaman komersial untuk menjana pendapatan rakyat dilaksanakan. Ketua Polis Perlis mendakwa cadangan tersebut boleh mengundang penyalahgunaan selain menyuburkan aktiviti penyeludupan khususnya ke Thailand. Polis khuatir kerana daun ketum boleh disalah guna malah air tanaman herba itu boleh dicampurkan dengan ubat nyamuk yang mampu memberi mudarat kepada peminumnya. Polis sedia maklum harga daun ketum boleh mencecah RM80 sekilogram bagi pasaran Thailand. Kes-kes penyeludupan daun ketum turut berlaku dengan aktif ke Thailand dan penyeludup ini bijak serta kreatif untuk mengelak kegiatan mereka daripada dikesan pihak berkuasa. Isu ini dipetik ketika beliau ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini hari ini. Bagaimanapun, bekas Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur itu berkata, sekiranya cadangan itu diluluskan beberapa aspek penting perlu diberi perhatian serius. Setakat ini kes kesalahan daun ketum untuk tujuan komersial dan diharamkan mengikut Seksyen 30(5) Akta Racun 1952. Sekiranya kesalahan itu mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 itu lebih baik dan ramai pihak boleh memberikan perhatian serius kerana pelaksanaan undang-undang yang lebih ketat. Setakat ini pihak polis menangani kes-kes penyeludupan di Perlis ini dengan serius dan banyak tangkapan telah dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Perlis.
Beberapa hari kemudian akhbar Kosmo melaporkan dimana kerajaan bersedia untuk mengadakan perbincangan serta pertimbangan semula terhadap isu cadangan penanaman pokok ketum atau nama saintifiknya mitragyna speciosa yang memiliki nilai perubatan tinggi sebagai tanaman komersial untuk menjana pendapatan rakyat. Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli berkata, pihaknya sedia bertemu bagi mendapatkan pendapat pelbagai pihak termasuklah badan bukan kerajaan mengenai cadangan tersebut. Langkah tersebut selaras dengan usaha kerajaan yang menyasarkan sumbangan industri herba kepada Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak RM2.2 bilion menjelang tahun 2020. Dakwanya tiada masalah untuk membawa cadangan tersebut ke Kabinet tetapi kita mahu ia dilakukan dengan menyeluruh supaya tanaman pokok ketum dan tanaman pokok herba lain mampu memberikan manfaat dalam perubatan dan orang ramai. Kini difahamkan bahawa harga daun ketum ini boleh mencecah RM30 sekilogram bagi pasaran negara ini sementara di Thailand berharga RM80 bagi satu kilogram. Kes-kes penyeludupan daun ketum berlaku hampir setiap hari di Perlis kerana pagar sempadan yang mudah dirosakkan dan ada laluan tikus selain faktor bukit bukau dan kawasan pergunungan. Tanaman daun ketum secara komersial lebih menguntungkan berbanding mengusahakan sawah atau mempelam harumanis.
Isu tanaman ketum di jadikan tajuk penting iaitu ''Lampu hijau untuk 'pekebun ketum' tak lama lagi?'' dimana dilaporkan setelah perbahasan bertahun-tahun maka pekebun kecil mungkin boleh mengusahakan tanaman ketum secara komersial untuk dieksport tidak lama lagi. Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata perbincangannya dengan pihak berkaitan sudah sampai ke peringkat akhir dan cadangan itu dijangka dapat direalisasikan lagi “sebulan dua”. Zahidi berkata Risda telah berbincang dengan pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), polis bahagian narkotik dan Kementerian Kesihatan. Kami juga akan adakan pertemuan dalam satu atau dua bulan ini, kita akan adakan perbincangan dengan anggota parlimen dan senator Dewan Negara. Kerajaan akan kutip cukai siapa yang tanam. Contohnya, pendaftaran atau cukai bagi setiap ekar kita ambil RM150 dan nilai keuntungan ketum itu kita bagi kepada agensi dadah (berkaitan) untuk membuat tangkapan dan kawalan. Dakwanya cadangan itu sudah di peringkat akhir pelaksanaannya dan akan buat jawatankuasa khas. Kelak apabila sudah diperingkat akhir iaitu di peringkat pengeluaran lesen oleh Pusat Racun Negara dan jika tidak ada halangan kita hanya tunggu mungkin dalam sebulan, dua ini. Dkwanya lagi memang tidak perlu perubahan akta. Dakwanya lagi kalau kerajaan benarkan menanam ketu, maka akan dapat lebih kurang nilai eksport RM10 juta sebulan dan ini melibatkan cukai yang kerajaan kutip, pendapatan orang kampung. Zahidi berkata Risda mengambil kira manfaat perubatan dan ekonomi daripada penanaman ketum tetapi menolak penyalahgunaan tumbuhan itu. Anggota parlimen Padang Besar itu juga berkata telah wujud permintaan ketum untuk digunakan sebagai dadah gantian heroin dari Amerika Syarikat dan Eropah. Pihak luar juga terlibat dalam kajian bersama yang diterajui oleh Universiti Sains Malaysia (USM) yang telah menelan belanja jutaan ringgit. Sumber kewangan bukan kerajaan Malaysia. Tetapi gaji mereka semua (penyelidik universiti) kerajaan Malaysia bagi. Cumanya (dana) tambahan untuk membuat kajian ini dari Universiti Florida, Amerika Syarikat, kalau tak silap saya, dan yang terlibat itu adalah pakar dadah antarabangsa.
Dakwanya lagi dimana ''Kalimantan sudah kaya-raya'' dengan tanaman ini. Beliau berharap penanaman ketum secara komersial itu bakal membantu menambah pendapatan pekebun kecil yang kini telah berhadapan masalah kos sara hidup ketika harga getah jatuh. Kita ada bantuan one-off RM500 kepada pekebun kecil ini (sewaktu harga getah jatuh) yang melibatkan peruntukan sejumlah RM137 juta iaitu ia menggunakan duit Risda. Sekurang-kurangnya daripada RM500 dapatlah tambahan (bantuan pekebun kecil getah) ke RM1,000 sebulan. Di negeri jiran seperti Indonesia dakwanya, pihak terlibat dalam penanaman ketum telah pun membantu mereka keluar dari garis kemiskinan. Sekarang ini nilai eksport yang kita dapat tahu daripada Kalimantan adalah lebih kurang RM5 juta sebulan dan mereka yang terlibat pun dah jadi kaya-raya. Memetik kajian Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-ubatan, Universiti Sains Malaysia (CDR), Zahidi berkata ketum-ketum di bahagian utara tanah air - dari Perak sampai ke Perlis yang dikenal pasti berkualiti tinggi dan boleh dijual dengan harga yang mahal. Dakwanya ini adalah yang terbaik dan ada 17 spesis yang terbaik dan ia membuatkan Amerika Syarikat nak beli. Katanya 'Labur semula untung untuk bendung salah guna'. Keudian beliau mengulas isu penyalahgunaan ketum, Zahidi mencadangkan keuntungan hasil eksport ketum boleh dilaburkan semula untuk mengawal penyalahgunaan di negara ini dimana mekanisme itu dah ada. Contohnya kalau orang itu ditangkap kita akan buat pemulihan kepada mereka dengan memberikan motivasi, memberikan peluang yang ada kepada mereka kerana mereka ini aset negara. RISDA juga akan buat kursus yang melibatkan NGO tentang masa depan mereka kerana tidak ada guna kita tangkap dan penjarakan mereka tetapi adalah lebih baik untuk kita beri semangat kepada mereka. Sistem yang dicadangkan beliau itu bukan sesuatu yang mustahil jika penanaman ketum mendapat kelulusan kerajaan. Kita akan buat lebih daripada itu dengan peruntukan kewangan yang akan kita sediakan daripada hasil keuntungan jualan ketum itu nanti.
Laporan terakhir dalam liputan media kali ini penulis blog ambil artikel bertajuk ''Tanam ketum perlu kebenaran'' yang mana juka menanam tumbuhan ketum tanpa kebenaran daripada pihak berwajib akan menjadi satu kesalahan di negara ini. Perkara itu berikutan persetujuan Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) agar pindaan akta berkaitan dibuat bagi memasukkan kesalahan menanam ketum tanpa kebenaran.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, oleh itu kebenaran daripada pihak Kementerian Kesihatan diperlukan bagi penanaman tumbuhan berkenaan.
Sebagaimana sedia maklum penanaman ketum buat masa ini adalah dibenarkan manakala apabila ianya dituai dan dijual adalah menjadi kesalahan.
Jadi siapa hendak tanam itu perlu memohon dan tidak boleh sesuka hati,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat JKMD di bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.
Tambah Wan Azizah lagi mengikut peruntukan undang-undang, bahan mitragynine yang terkandung di dalam pokok ketum adalah tersenarai dalam Jadual Ketiga, Bahan Psikotropik, Akta Racun 1952.
Bahan itu dikawal di bawah seksyen 30, Akta Racun 1952 iaitu pengawalan bagi import, eksport, pembuatan, penjualan dan lain-lain bahan psikotropik.
Akhir kalam semua liputan media ini diakhiri dengan isu dimana penanaman pokok ketum secara komersil di negara kita adalah DIHARAMKAN. Jadi penduduk dinegara ini dinasehatkan agar tidak menanam ketum sehingga artikel ini ditulis. Berkemungkinan juga ia akan dibolehkan ditanam satu masa kelak tidak mustahil. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM KETUM... LIPUTAN MEDIA...
PIHAK MENYOKONG... BAIK HASILNYA...
PIHAK KDN... DAKWANYA MERBAHAYA...
LAPORAN MEDIA... BAGUS BERITANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(18 Rejab 1440H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.