Monday, October 8, 2018

REZEKI MUSIM DUKU - PASARAN

BUAH DUKU (Lansium domesticum) merupakan sejenis buah bermusim yang kini semakin ketara pengeluarannya hasil kerjakeras petani yang mengusahakannya dan khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian di Terengganu. Terkini di negara kita ada dua jenis duku yang diusahakan dengan komersil iaitu Duku Johor dan Duku Terengganu. Di negeri Kelantan pula ada yang menyatakan ada jenis Duku Dewan. Penulis blog dapati terdapat perbezaan diantara buah Rambai, Buah Duku, Buah Dokong dan Buah Langsat jika seseorang itu belajar mengenai perbezaannya. Anda boleh baca artikel tulisan saya mengenai buah langsat (Sila klik disini), Buah Rambai (Sila klik disini), Buah Dokong (Sila klik disini) Buah Duku (Sila klik disini), (Sila klik disini)  dan beberapa pautan lagi. Pokok duku lazimnya akan berbuah mengikut musim iaitu sekali sahaja dalam setahun. Bergantung kepada lokasi, buah duku lazimnya ia akan berbuah dari bulan Julai - Oktober iaitu berturutan dengan beberapa jenis buah-buahan lain. Pada saya buah duku merupakan buah yang perlukan masa untuk dipasarkan dengan betul kerana ia mudah rosak terutama untuk Duku Johor yang tahan hanya 2-3 hari sahaja selepas dipetik. Harga duku amat cepat berubah-ubah daripada agak baik di peringkat awal tuaian sehingga sangat rendah pada puncak tuaian dan naik sedikit pada penghujung tuaian. Program pemasaran yang betul dan teratur membolehkan duku ini dapat dijual dengan lebih memberikan keuntungan kepada pekebun. Duku Terengganu bagaimana pun lebih tahan lama berbanding dengan Duku Johor dan mampu dipasarkan kelokasi yang lebih jauh. Artikel subuh ini daripada bilik hotel DoubleTree Hilton, Al-Barsha, Dubai, UAE saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" bagaimana rezeki daripada buah duku dapat dimanafaakan oleh penduduk Kg Durian Bidor, Terengganu seperti dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian untuk bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Akhbar Sinar Harian pada 5 September 2018 dengan tajuk "Rezeki Musim Duku" mempaparkan bagaimana ketibaan musim duku memberikan rezeki kepada mereka. Ini kerana pokok dikawasan kampong ini yang luas bertanam dengan tanaman Duku Terengganu mengeluarkan hasil dimana lazimnya duku ini sememangnya cukup diminati kerana rasanya. Biasanya ketibaan musim duku sememangnya dinantikan golongan pekebun duku kerana pada waktu inilah ada yang mampu raih pendapatan hingga cecah puluhan ribu sepanjang musim. Di sebalik itu juga bila musim duku turut diibaratkan sebagai lubuk rezeki bukan sahaja kepada mereka yang mengambil upah memanjat dan memetik pokok tetapi juga bagi individu bergelar pengumpul duku (Sila lihat foto disebelah). Biasanya suasana di tempat pengumpulan duku bagaikan bertukar pesta apabila pekebun silih berganti datang menghantar hasil kebun mereka untuk dijual atau dipasarkan keluar daerah. Penduduk di kampong Durian Bidor, Mukim tersat, Terengganu ini dilaporkan berjaya meraih pendapatan hingga lebih daripada RM10,000 sekali musim. Pada penulis blog ia kena dibahagi dengan 12 bulan kerana duku berbuah setahun sekali sahaja. Ddalam pada itu temubuak dengan pengusaha iaitu Alias Ismail berumur 60 tahun menyatakan dia mula bergelar pengumpul duku sejak 15 tahun lalu dan mampu memperolehi sekitar pendapatan sehingga atau melebihi RM10,000 sekiranya musim duku menjadi. Ini kerana buah duku kadang kala ada masaalah 'binneal' atau dalam sifir pertanian berbuah berselang lebat setahun dan kurang lebat pada beberapa tahun berikutnya.  Beliau hanya berniaga ikut musim buah dan kawasan di sekitar Mukim Tersat ini memang banyak pokok duku. Boleh dikatakan setiap penduduk ada pokok sama ada kebun ataupun beberapa batang di kawasan rumah.

Dalam pada itu penulis blog memang pernah beberapa kali melawat kawasan penanaman duku di Terengganu dimana mendapati faktur penjagaan pokok amat penting. Ini kerana buah duku berkualiti hanya diperolehi jika pokok dijaga dengan baik dan mampu berhasil setiap tahun (Sila lihat foto disebelah). Apa yang Encik Alias alami dimana dia pernah melihat bagaimana kesukaran pekebun untuk pasarkan duku pada peringkat awal menjadi peraih buah duku tetapi berjaya mengorak langkah untuk jadi pengumpul dulu dengan beli duku daripada petani disini dan kemudiannya jual kembali di pasaran. Sejak awal dahulu beliau menjadikan rumah sendiri dikampong ini untuk ianya dijadikan pusat pengumpulan duku. Apabila tiba saja musim duku, orang kampung akan datang hantar jual ke sini bukan sahaja penduduk dari kampung dalam Mukim Tersat tetapi juga kelokasi lain seprti di Hulu Berang. Sama ada kuantiti tersebuut adalah sedikit atau banyak biasanya beliau akan membeli semua dari petani. Kemudian duku yang dibeli akan di hantar ke pusat pengumpulan dimana ia akan melalui proses penggredan terlebih dahulu sebelum dipasarkan. Kini secara purata sehari antara 6,000 - 7,000 kilogram duku dihantar dan dijual orang kampung ke rumah beliau. Ada yang datang membawa buah duku dengan keenderaan seperti kereta pacuan empat roda, motosikal dan ada juga berjalan kaki sambil memikul guni berisi duku.

Menurut Alias lagi dalam sekelip mata maka suasana di sekitar rumah bertukar meriah bagaikan pesta menjelang petang di tambah pula kehadiran lori bagi membawa duku-duku yang siap dalam bakul untuk dibawa ke pelbagai destinasi termasuk Kuala Lumpur. Datuk kepada tiga cucumenyatakan dimana pada peringkat awal dulu dia juga ada mencari sendiri pasaran tetapi sekitar enam tahun lalu urusannya jadi lebih mudah apabila pemasaran duku tersebut dilakukan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama). Kadangkala ada kanak-kanak lain penduduk setempat tidak ketinggalan membantu keluarga hantar duku ke pusat pengumpulan duku. Sebelum ini iaitu selepas urusan jual beli duku dengan orang kampung tindakan beliau adalah mencari pasaran dan bawa duku hingga ke Kuala Lumpur. Pelbagai cabaran pernah dilalui kerana dia faham bahawa buah duku cepat rosak selepas dituai. Sekarang semua urusan lebih mudah lagi setelah beliau ada membuat dan memeterai perjanjian jual beli dengan Fama. Cara ini dan adanya jaminan pasaran yang tentunya akan melegakan orang kampung atau pekebun duku. Biasanya sebelum dipasarkan maka duku-duku dihantar jual di sini akan melalui proses penggredan agar buah mengikut standard ditetapkan termasuk dari aspek saiz serta pastikan buah masak serta tiada buah rosak. Duku yang telah digred akan diasingkan. Menyentuh mengenai isu lambakan, Alias berkata dimana situasi itu bukannya berlaku setiap musim dan ada ketikanya pengeluaran duku tidak begitu menjadi sebagaimana kebiasaan. Sama ada isu lambakan atau buah tidak begitu menjadi, kedua-dua akan mempengaruhi jumlah pendapatan ia hanya boleh dibezakan dengan harga mahal murah sahaja.

Pengalaman beliau sepanjang bergelar pengumpul duku ini dia pernah melalui beberapa kali isu lambakan ini sehinggakan harga jatuh ke paras RM0.50 sekilogram hingga RM0.70 sekilogramSuasana rumah Alias sepanjang musim duku akan meriah dengan kehadiran orang kampung yang datang menghantar duku. Kali ini semasa laporan dibuat dianggarkan pengeluaran duku teah dijangka  sebanyak 700 metrik tan yang akan dipasarkan (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu Pegawai Fama Daerah Hulu Terengganu iaitu En Mohd Zulkhairi semasa ditemui Sinar Harian memaklumkan pihak Fama telah membuat pembelian duku di daerah ini bermula awal September lalu. Menurutnya dengan data daripada Jabatan Pertanian mereka mangkaan hasil duku pada musim kali ini 700 metrik tan dengan pengeluaran dijangka berpanjangan sehingga akhir tahun kerana pemantauan mendapati masih ada pokok-pokok dulu yang buahnya baharu berputik.Alias (kanan) mencatat jumlah timbangan duku dihantar pekebun ke pusat pengumpulan di perkarangan rumahnya. Dengan adanya pusat pengumpulan banyak di daerah ini dan yang memeterai perjanjian dengan Fama bagi pemasaran buat masa ini cuma dua iaitu di Kampung Durian Badur ini serta Kampung Matang. Sepatutnya empat tetapi dua tidak dapat teruskan atas sebab-sebab tertentu termasuk pengeluaran hasil di kawasan itu tidak begitu menjadi berikutan cuaca hujan sewaktu proses awal berbuah dulu,” ujarnya.Duku yang telah siap melalui proses penggredan dan akan dihantar ke pasaran menggunakan lori. Dalam melihat kepada perkembangan berkaitan, beliau turut mengharapkan agar setiap individu terlibat mematuhi amalan penggredan yang ditetapkan supaya jaminan kualiti duku ikut standard ditetapkan Fama. Mereka tidak mahu apabila buah dihantar keluar tidak ikut gred atau rosak kerana keadaan ini akan jejaskan pasaran pada masa hadapan. Pasaran tidak mahu lagi terima duku Terengganu. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini;. Wasallam!!!...
BUAH DUKU ... BERMUSIM MASANYA...
DI TERENGGANU... BANYAK TANAMNYA...
PENGUSAHA ALIAS... MEMASARKANNYA...
SATU USAHA... PERLU KOMITMENTNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 109, DoubleTree Hilton Hotel,
Al-Barsha, Dubai,
UAE,
(5 Oktober 2018).
Published on 8/10/18
from Room 1055, Mariott Hotel, Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.