Tuesday, June 30, 2015

10 BUAH PELIK DUNIA? (Part 2)

10 BUAH PELIK DUNIA? Begitulah beberapa artikel yang membincangkan perkara ini diinternet yang saya tinjau baru-baru ini. Melihat kepada foto diatas macam tidak percaya bahawa terdapat jenis buah di luar negara ini memang ada mempunyai bentuk seperti muka manusia. Ia mempunyai sepasang mata, hidung yang esar dan mulut yang besar. Ia sebenarnya adalah buah tomato yang terbentuk sendiri akibat ganguan pembentukkan (deformed) sehingga apabila buah tersebut membesar akan menjadi seperti muka orang. Mula-mula saya mencari apakah jenis buah tersebut dan akhirnya mendapat jawapan. Pada penulis yang arif tentang buah-buahan memang merasakan sebahagian sahaja buah-buahan tersebut memang agak pelik tetapi buah yang lain adalah hanya biasa dan sering dijumpai dimana ianya tidak pelik. Bagaimana pun daripada penerangan banyak rujukkan menyatakan kelainan buah disenaraian ini adalah bukan kerana nama dan jenis yang dikatakan 'buah pelik' atau pun 'wierd fruits' tetapi mungkin dari segi bentuk luaran dan warna serta isinya yang agak unik dan berlainan daripada kebanyakan marfologi buah-buahan. Mungkin juga mereka mengatakan pelik disebabkan oleh kegunaanya atau amat sukar di jumpai dinegara-negara barat. Ini kerana didapati sebahagian besar buah tersebut adalah sesuai atau natif di tropika atau juga dipanggil sebagai 'tropical fruits'. Pada saya ia tidak pelik kerana sering jumpa buah tersebut selain pernah menanamnya, memakannya, menulis artikel yang berkait mengenainya dan juga tahu amalan agronominya. Saya cuma mengambil senarai tersebut yang dikategorikan sebagai 'buah pelik' tetapi mmbuat olehan sendiri mengenai justifikasi dan penerangannya. Artikel tengahari Ahad 12 Ramadan ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 5 buah pelik pada Part 1 dan 5 lagi buah pelik pada Part 2 untuk menambahkan pengetahuan pembaca semua.



5) SCREW~ PINE


BUAH SCREW PINE
(Pandanus tectorius) merupakan sejenis buah dari keluarga Pandaneceae yang sering dijumpai dikawasan tepi laut. Buah ini merupakan sejenis buah yang pelik dalam kamus orang barat kerana bentuk buah dan warnanya yang unik. Ini kerana namanya yang diberikan iaitu “screw” yang berbunyi seperti “ass.” .Screw pines juga dari keluarga pandan yang mana perkataan tersebut dikaitkan dengan Jubur Haiwan Panda (Panda anus) yang bunyinya pelik. Bagaimana pun buah ini sering dijumpai pada pokok yang tumbuh dikawasan berpasir dan benihnya disebarkan oleh air laut. Buah ini yang telah masak boleh digunakan sebagai bahan perwarna dan ia menjadi makanan tradisional yang penting di Negara Maldives. Pokoknya sesuai dijadikan pokok hiasan dikawasan khusus dan ia mudah ditanam dan diselenggara.



4) RAMBUTAN


BUAH RAMBUTAN
(Nephelium lappaceum) merupakan sejenis buah tempatan berasal daripada Malaysia dimana ia diketegorikan sepabai buah pelik oleh Mat-mat Saleh. Apa sebenarnya yang pelik kepada mereka selain ia mempunyai 'rambut halus' disekeliling buahnya?. Saya banyak menulis mengenai amalan agronomi tanaman buah rambutan dalam artikel saya sebelum ini (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Rambut yang terdapat pada buah rambutan sebenarnya unik dan pelik kerana ia berwarna hijau semasa muda bertukar kepada merah (banyak varieti) atau kuning (Rambutan Gading). Mempunyai isi yang berwarna krim dan manis apabila masak dan terdapat biji ditegahnya. Buah rambutan sesuai dimakan segar atau ditinkan. Saya kurang faham dengan Mat Salleh yang menyatakan buah rambutan pelik kerana dengan membaca namanya 'Rambutan' atau rupabentuk marfologi buahnya. Ini kerana mereka tak reti bahawa perkataan 'rambut' itu bermakna 'hair' dimana kalau mereka yang jumpa dulu buah ini akan dinamakan 'Hairy fruit'.


3) AKEBIA QUINATA



Buah AKEBIA (Akebia aquinata) ini merupakan buah pelik kerana dikatakan mempunyai bentuk seperti Sausages dan juga seakan rama-rama atau kupu-kupu. Tumbuhan renek ini adalah natif di negara Jepun, China dan Korea dimana kini ada ditanam di USA (bahagian timur). Tumbuhan ini telah ditanam dan digunakan dalam perubatan tradisional sebagai 'diuretic plants' dimana bahagian daun dan bunganya adalah komponen yang paling sesuai digunakan. Apa yang peliknya dari segi kajian saintifik adalah batang tumbuhan ini yang mengandungi bahan GARAM (Potassium salts) sebanyak 30% dari berat basah dan ia didapati menjadi perumah kepada beberapa jenis perosak tanaman. Beberapa negara seperti Asutralia dan New Zealand melarang kemasukkan tumbuhan ini dinegara mereka kerana dikategorikan sebagai 'Pest Crop'. Sekali pandang pun saya nampak macam mata jin bentuknya. Pelikkah buah ini?.


2) ATEMOYA

ATEMOYA (Annona squamosa Mill.) merupakan sejenis buah dikategorikan 'pelik' kerana mempunyai duri lembut pada kulitnya. Buah ini yang seakan buah Nona Kapri atau macam Durian Belanda daripada keluarga Anonaceae. Melihat kepada foto diatas, pastinya ramai orang Malaysia akan kata buah tersebut adalah buah Nona Kapri (Annona muricata) yang ada ditanam di negara kita. Atemoya juga dipanggil sebagai 'Custard Apple' . 'Sugar Apple' dan di Taiwan ia popular dengan gelaran 'Pineapple Sugar Apple'. Buah atemoya ini dipercayai hasil daripada kajian oleh saintis di USA dan kini ditanam dibanyak kawasan diseluruh dunia seperti di USA, Taiwan, Filipina, Australia dan negara-negara di Amerika Selatan. Kebanyakan buah ini dimakan segar atau dibuat jus minuman atau dimakan bersama ais kerim. Cara makan adalah dengan membelah buah kepada dua, ambil sudu dan senduk isi didalamnya untuk dimakan segar. Kita di Malaysia jarang untuk membeli atau dapat makan buah atemoya. Tanaman ini boleh ditanam dan dikawasan tropika dan subtropika sama ada di kawasan tanah tinggi agak sejuk atau tanah pamah tetapi ia tidak tahan kepada salji. Saya menulis artikel mengenai buah ini lama dulu (Sila klik disini). Rasa buah ini sama seperti buah nona.

1) BUAH SALAK (SNAKESKIN FRUITS)



BUAH SALAK (Salaca glaberensis atau Salacca endulis) merupakan sejenis buah 'paling pelik' telah dikategorikan oleh penulis dari Barat. Mereka kata buah salak atau ada yang mempunyai nama yang tidak baik iaitu 'Snake Skin Fruit' atau kalau di melayukan sebagai Buah Kulit Ular berdasarkan kepada rupabentuk kulitnya. Mereka juga kata buah ini memounyai rasa yang 'awful' dilidahnya kerana isi buah salak adalah Kelat-kelat Manis. Bertapa ruginya Mat Saleh ini kerana sebenarnya penulis blog ini amat suka makan buah salak segar yang masak atau pun yang telah dijerukkan. Walau pun kulitnya macam kulit ular dan dikatakan 'pelik' tetapi buah salak kinii telah dikomersilkan dimana di negara Indonesia bangga dengan Salak Bali, Salak Pondoh dan beberapa jenis lagi. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai buah salak ini untuk dibaca (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Biarlah mereka kata buah salah paling pelik (wierd) tetapi pada kita ia adalah buah yang ada nilai ekonomi. Wasallam!.


Pokok kelapa berbuah nangka, pisang... ini baru pelik betul!....
BUAH PELIK.... SIAPA MENDAKWA...
ORANG BARAT...SENARAIKANNYA...
TIDAK PELIK... KEPADA ORANG KITA...
MEMANG BERTUAH...ORANG TROPIKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 119, AB-Inn Hotel,
Airport Senai, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(12 Ramadan 1436H)
Ziarah dan uruskan ibu meninggal dunia pada 26.6.15

Monday, June 29, 2015

10 BUAH PELIK DUNIA? (Part 1)


10 BUAH PELIK DUNIA? Begitulah beberapa artikel yang membincangkan perkara ini diinternet yang saya tinjau baru-baru ini. Melihat kepada foto diatas macam tidak percaya bahawa terdapat jenis buah dinegara China ini memang mempunyai bentuk seperti patung buddha. Ia sebenarnya adalah buah 'pear' yang dibentuk menggunakan kelongsong logam sehingga apabila buah tersebut membesar akan menjadi patung buddha. Mula-mula saya mencari apakah jenis buah tersebut dan akhirnya mendapat jawapan. Pada penulis yang arif tentang buah-buahan memang merasakan sebahagian sahaja buah-buahan tersebut memang agak pelik tetapi buah yang lain adalah hanya biasa dan sering dijumpai dimana ianya tidak pelik. Bagaimana pun daripada penerangan banyak rujukkan menyatakan kelainan buah disenaraikan ini adalah bukan kerana nama dan jenis yang dikatakan 'buah pelik' atau pun 'wierd fruits' tetapi mungkin dari segi bentuk luaran dan warna serta isinya yang agak unik dan berlainan daripada kebanyakan marfologi buah-buahan. Mungkin juga mereka mengatakan pelik disebabkan oleh kegunaanya atau amat sukar di jumpai dinegara-negara barat. Ini kerana sebahagian besar buah tersebut adalah sesuai atau natif di tropika atau juga dipanggil sebagai 'tropical fruits'. Pada saya ia tidak pelik kerana sering jumpa buah tersebut selain pernah menanamnya, memakannya, menulis artikel mengenainya dan juga tahu amalan agronominya. Saya cuma mengambil senarai tersebut yang dikategorikan sebagai 'buah pelik' tetapi membuat olahan sendiri mengenai justifikasi dan penerangannya. Artikel tengahari Ahad 12 Ramadan ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 5 buah pelik pada Part 1 dan 5 lagi buah pelik pada Part 2 untuk menambahkan pengetahuan pembaca semua.




10) BUAH KIWANO

Buah Kiwano (Cucumis metuliferus) merupakan sejenis buah pelik dari keluarga Cucurbitaceae kerana ia mempunyai tanduk (horn). Buah ini juga dipanggil sebagai African Horned Cucumber, Horned Melon, Jelly Melon dan juga Melano. Buah ini pelik dipercayai menjadi buah dimakan yang biasa di Afrika. Ia mempunyai kulit yang bertanduk tetapi apabila dibuka didalamnya seperti jeli yang mengandungi biji-biji berwarna kehijauan. Walau pun rasanya macam buah timun atau buah zucchini (Anda boleh baca artikel zuccini - Sila klik disini) tetapi dikatakan mempunyai kandungan zat yang baik. Isinya yang kehijauan lembik juga dikaitkan dengan 'alien' yang dijadikan filem futuristik.  Pokoknya jenis menjalar seperti pokok timun dengan ada tendrils (sulurpaut) untuk melekat pada kayu sokongan. Buah muda berwarna hijau dan akan menjadi kuning oren apabila cukup masak. Kita amat jarang lihat buah Kiwano di Malaysia. Memadai dengan lihat pokoknya dan buahnya sahaja dalam blog ini.  


(9)  BUAH NAGA (Pitaya atau Dragon Fruits)


BUAH NAGA (Hylocerus undatus) atau lebih popular dengan panggilan Pitaya atau Dragon Fruits merupakan buah yang sudah popular di Malaysia semenjak 1995. Saya banyak kali menulis artikel mengenai tanaman buah pelik ini dimana anda boleh membacanya (Sila klik disini). Peliknya buah ini kerana bentuk dan warnanya seperti mitos bola api yang sering dikeluarkan oleh seekor naga yang panas. Ia juga dikatakan menyerupai mata naga yang berwarna merh menyala. Terdapat 3 jenis buah ini yang ditanam iaitu Isi Merah, Isi Putih dan Isi Kuning. Rasanya lemak manis berjus dan ia merupakan jenis buah daripada keluarga kaktus. Ia dipercayai berasal dari Mexico tetapi kini banyak di tanam di Asia Tenggara sebagai tanaman komersil terutama jenis merah. Mengandungi zat makanan tinggi dan baik untuk kesihatan. Keluasan tanaman ini di Malaysia pernah mencecah 2,540 hektar sebelum serangan penyakit teruk (Reput batang). Buah pelik ini semakin kurang pelik di negara kita tetapi memang meluas ditanam di kawasan Sungai Pelek, Sepang, Selangor... Saya pun jadi Pelik!.



(8) BUAH DURIAN


Buah Durian (Durio ziberthinus) merupakan buah pelik kerana ia mempunyai duri tajam dikulitnya dan baunya yang amat kuat apabila cukup masak. Dikalangan masyarakat asia Tenggara buah durian ini digelar sebagai “The King of Fruit” and “The fruit that smells like rotting garbage and onions.” Beberapa penulis barat ada menulis dimana "Its odor is best described as pig-sh*t, turpentine and onions, garnished with a gym sock. It can be smelled from yards away.” Tetapi Mat Salleh ini apabila pekena buah durian tempatan atau durian import dari Thailand akan mengubah kata-kata tersebut menjadi 'Delicious and Marvelous!'. Ramai Mat Saleh ini tidak suka akan baunya yang kuat dikatakan sebagai BUSUK seperti civet, sewage, stale vomit, skunk spray dan used surgical swabs. Ramai yang tidak suka baunya yang kuat sehinggakan kalau dibawa masuk kedalam hotel, keseluruhan hotel akan bau durian akibat sistem aircon berpusat yang digunakan. Maka hotel-hotel di Thailand (Pengeluar utama durian berkualiti dunia) akan pasang papantanda dipintu masu  'No durian Please!'. Pada saya hanya Mat salleh yang 'pelik' buah ini tetapi kita di Malaysia memang ramai suka makan durian... apa lagi kalu free!.


(7) BUAH TANGAN BUDDA


BUAH TANGAN BUDDHA (Citrus medica var sarcodactilis) merupakan sejenis buah Citrus (Limau) daripada keluarga Rutaceae. Buah ini pelik kerana ia mempunyai jejari seperti pada tangan buddha yang rapat. Buah ini amat popular di China dan Jepun dan digunakan sebagai bahan pewangi kerana aromanya yang kuat. Ia boleh dimakan dan digunakan sebagai perasa masakkan. Buah muda lazimnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi kuning apaabila cukup matang. Buah ini juga ada ditanam di Malaysia oleh mereka yang berminat menanamnya. Jejarinya buah ini lazimnya akan dipotong-potong untuk dijadikan ulam atau salad sahaja.  


(6) BUAH MARKISA (Passion Fruits)



BUAH MARKISA (Passiflora endulis) atau juga dikenali Passion Fruits atau buah susu, merupakan sejenis pokok yang dikategorikan pelik. Ini kerana ia mempunyai isi yang berlendir dengan kulitnya yang licin. Pokoknya adalah jenis yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. Kini terdapat jus markisa dijual dipasar raya atau kedai-kedai. Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning. Terdapat dua jenis markisa, satu berwarna kuning yang tumbuh di dataran tinggi dan satu lagi berwarna ungu. Walau bagaimanapun, rasa kedua-dua jenis ini adalah sama sahaja. Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam diMalaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an. Markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi. Saya pelik kenapa buah ini dikatakan sebagai 'buah pelik' oleh orang barat. Bertapa kayanya buah tropika!. Artikel ini  bersambung pada Part 2. Wasallam!.

BUAH PELIK.... SIAPA MENDAKWA...
ORANG BARAT...SENARAIKANNYA...
TIDAK PELIK... KEPADA ORANG KITA...
MEMANG BERTUAH...ORANG TROPIKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 119, AB-Inn Hotel,
Airport Senai, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(12 Ramadan 1436H)
Ziarah dan uruskan ibu meninggal dunia pada 26.6.15

Sunday, June 28, 2015

SUKUN - FAKTA SUKUN



SUKUN (Artocarpus altilis) termasuk keluarga Moraceae yan sama dengan pokok nangka dan cempedak yang tumbuh subur di Malaysia dan negara jiran yang lain. Tanaman ini mempunyai mudah hiudp dipelbagai kawasan dan jenis tanah termasuk dikawasan tanah tidak subur. Penulis biasa melihat tanaman sukun tumbuh dengan baik ditanah mineral, tanah bris, tanah gambut, tanah masam dan sebagainya. Apa yang penting bagi tanaman ini adalah sistem saliran yang baik kerana akar pokok sukun amat sensitif jika terendam dalam air dan mudah mati akibat terendam agak lama. Varieti Sukun belum didaftarkan lagi dalam Senarai Varieti Tanaman Nasional kerana tidak banyak kajian dan penulisan mengenainya dilakukan. Bagaimana pun dari beberapa tinjauan dan rujukkan, penulis mendapati ada 3 jeni sukun yang boleh didapati. Pertama adalah Jenis SUKUN KECIL atau juga disebut sebagai 'Sukun Kuning'.  Antara ciri sukun ini adalah kulitnya berduri lembut, buahnya semasa muda berwarna hijau dan apabila tua berwarna kuning. Varieti ini tidak banyak mengandung air dan yang penting ia akan tahan disimpan 8 hari setelah dipetik. Isinya agak kering, kenyal dan rasanya enak dengan berat buah antara 1.0 - 1.5 kg sebiji. Jenis sukun yang kedua adalah SUKUN BOTAK (atau Sukun Gundul) dimana ia mempunyai jenis kulit yang halus dan tidak berambut. Uniknya buah jenis ini dari muda sampai tua berwarna hijau. Kandungan airnya adalah banyak dimana daya tahan simpan selama 3 - 4 hari. Isi buah kurang kenyal dengan rasanya kurang enak berbanding dengan sukun kuning dengan berat sekitar antara 2.0 - 3.5 kg sebiji. Varieti ketiga adalah SUKUN MEDIUM iaitu merupakan kacukan diantara sukun botak dengan sukun kecil. Cirinya merupakan pertengahan antara kedua jenis sukun tersebut di atas dengan kulit buah berdiri (seperti buah nangka). Jenis ini mempunyai isi buah yang agak kenyal dimana kandungan airnya lebih rendah dari sukun botak tetapi lebih tinggi sukun kuning. Kelebihannya adalah kerana ia tahan di simpan selama 6 hari. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" saya menulis beberapa fakta mengenai buah sukun yang kurang kita dapat cari rujukkan.

Buah sukun mempunyai nilai ekonomi cukup baik kerana ia mengandungi karbohidrat yang tinggi. Ada dikalangan petani yang menanam pokok sukun sebagai tanaman komersil yang memberikan pulangan menguntungkan. Disesetengah negara ketiga dilaporkan pokok sukun ditanam sebagai komoditi tanaman makanan kedua setelah beras. Selain dijadikan komoditi makanan untuk manusia ada juga dilaporkan buah sukun sesuai untuk dijadikan makanan ternakan yang berkualiti. Penulis juga pernah mempunyai pokok sukun sendiri dikebun dan rumah keluarga dikampong. Pokok sukun adalah pokok saka yang besar dengan sistem perakarannya yang luas dan intensif. Pokoknya mempunyai sifat baik untuk ditanam dimana ia juga sering dijadikan untuk tujuan penghijauan, konservasi kawasan kebun, mencegahan hakisan tanah dan sebagainya. Pokok sukun pada umumnya memiliki batang besar dan lurus dan boleh timbuh dengan mencapai ketinggian sehingga 30 meter. Bagaimana pun dikampong pokok yang dijaga baik mempunyai ketinggian sekitar 10 - 15 meter sahaja. Penanaman pokok sukun dari benih cantuman membolehkan ia bercabang rendah dan pendek dengan ia mempynyai batang yang besar setinggi 8 meter dan akar yang melebar. 

Pokok sukun mempunyai saiz daun yang besar  tersusun berselang seli dengan lebar daun 20 -40 cm x 20 - 60 cm. Ia mempunyai bentuk tulang daun yang tirus dan berwarna hijau tua yang berkilat di bahagian atas (Sila lihat foto disebelah). Daun sukun seperti keluarga Moraceae yang lain adalah kasar dan berbulu halus di bahagian bawah. Bentuk daun adalah unik dengan terdapat lekukan ketara dan terdapat kuncup yang tertutupi daun asas besar berbentuk kerucut. Tanaman ini memiliki cabang mendatar dan pada semua bahagian. Penelitian mnunjukkan pokok sukun akan mengeluarkan getah berwarna putih apabila tergores atau dilukai dibahagian batang, dahan atau daunnya. Buah sukun merupakan buah yang tidak mempunyai biji ia dijadikan bahan makanan penting dibeberapa negara sebagai sumber karbohidrat. Buah Sukun sesuai dipotong dan digoreng. Bagaimana pun ada orang yang akan membakar, disangran (goreng tanpa minyaK atau pun direbus. Sukun yang sudah diproses tadi akan dihiiris kecil kemudian dikeringkan ke dalam oven ataupun di bawah sinar matahari untuk lebih tahan lama. Ada laporan dimana buah sukun akan ditapaikan (fermented) selama beberapa minggu di dalam lubang tanah. Kemudian hasilnya seperti pasta yang menyerupai dengan keju yang berzat dan tahan lama untuk diproses menjadi makanan berasaskan sukun yang lain. Pada saya Kerepek Sukun adalah hidangan paling disukai dan memang enak sekali dimana ada rasa lemak dan masin garam.

Kandungan Nutrisi Buah Sukun didapati berzat dengan kadar yang cukup tinggi. Bahan yang terkandung dalam sukun termasuk zat seperti Karbohidrat, Protein, Serat, Lemak, Niacin, Folates, Pyridoxine Thiamin, Riboflavin, Vitamin A, Vitamin E, Vitamin C, Vitamin K, Sodium, Kalsium, Kalium Tembaga, Magnesium, Besi Manganese, Selenium, Fosforan, Zink Karoten-ß, Lutein-zeaxanthin dan juga bahan Crypto-xanthin-ß. Oleh kerana buah sukun kaya dengan kandungan serat, maka ia dikatakan sesuai diambil bagi para pengidap diabetes. Buah sukun sangat bemanfaat disebabkan kandungan seratnya yang dapat mengurangkan kadar penyerapan gula oleh tubuh. Menurut kajian ada menunjukan bahawa memakan buah sukun secara rutin dapat mengurangkan risiko diabetes dan kadar gula dalam darah dapat dikawal. makan buah sukun memang akan rasa 'Kenyang lebih lama'. Oleh itu buah sukun sering dijadikan makanan pengganti nasi dimana jika seseorang menjalankan program diet ia sesuai sekali. Buah ini tanpa meningkatkan kadar serapan kalori dimana ia akan dapat memberikan rasa kenyang yang tahan lama. Seseorang merasa aktif dan bertenaga jikamakan buah sukun.

Sukun didakwa mengandungi sumber omega 6 dan omega 3 yang baik. Sesiapa yang memakan buah sukun dapat membantu kanak-kanak yang sedang membesar dengan membantu pertumbuhan otak besar mereka akibat kandungan asid lemak omega 3 di dalam buah sukun. Terdapat juga jenis asid lemak esensial ini yang amatbaik untuk kesihatan jantung.  Kepada mereka yang sukar buang air besar disarankan makan buah sukun. Ini kerana kadar serat yang tinggi pada buah sukun dapat berperanan dalam melancarkan buang air besar. Makan buah sukun sekerap mungkin dimana ia juga membantu dalam mengeluarkan racun dari usus. Buah sukun sesuai digelar sebagai 'Makanan Diet'. Ia sesuai untuk orang yang menderita berat badan (obesiti) dimana makan buah sukun merupakan pilihan yang tepat. Ia mempunyai jumlah serat yang tinggi dan lebih sedikit kalori dimana ia sangat ideal untuk dimasukan ke dalam daftar menu diet. Kini buah sukun sudah dikaitkan dengan dunia kecantikan. Ini disebabkan oleh ujudnya kandungan omega 3 dan omega 6 dalam buah sukun dimmana ia sangat bagus untuk kecantikan kulit. Selain itu buah sukun juga kaya dengan kandungan vitamin C yang juga bagus untuk kesihatan kulit. Buah sukun memang sumber Antioksidan. Buah sukun dimakan secara teratur akan membuat kulit menjadi sihat baik luar ataupun dari dalam. MKajian menemui akan antioksidan dalam buah sukun yang baik untuk mencegah terjadinya infeksi kulit. Memakan buah sukun secara berhemah membolehkan akan seseorang mendapatkan kulit yang halus dan bersinar. Bagi mencantikkan rambut sesuai makan buah sukun kerana kandungan asid lemak omega 6 pada buah sukun sangat bermanfaat bagi kesihatan folikel rambut. Hasil kajian mendapati bahawa rambut tidak mudah gugur, sihat dan menguatkan akar rambut serta mencegah dari botak. Ada juga dilaporkan dengan makan buah sukun mampu mengusir timbulnya kelumumur pada rambut. Semuga artikel ini memberi fakta berguna kepada pembaca blog 'Anim Agro Technology' kali ini. Wasallam!.

POKOK SUKUN... MUDAH TANAMNYA...
BUAH SUKUN... TAK HENTI BUAHNYA...
DIMAKAN ENAK... GORENG SAHAJA...
TANAM SUKUN... BELI BENIHNYA...

By,
M Anem,
Seniro Agronomist,
Kg Parti Bengkok,
Ledang, Johor,
Malaysia.
(1 Mei 2015 - Cuti Hari Pekerja)

Saturday, June 27, 2015

POKOK BELON

POKOK BELON (Gomphocarpus physocarpus) merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sesuai tumbuh terutama dikawasan tanah tinggi. Tumbuhan daripada keluarga Apocynaceae ini juga dikenali dengan nama balloonplant, balloon cotton-bush, bishop's balls dan juga dipanggil sebagai 'swan plant' iaitu sejenis kumpulan 'milkweed'. Tumbuhan unik ini dipercayai berasal  atau natif daripada kawasan Africa Tenggara dimana kini ditanam dibanyak tempat diseluruh dunia. Tumbuhan ini ditanam sebagai tanaman hiasan (ornamental plant) dikawasan keliling rumah, taman bunga dan juga kawasan lapang yang sesuai. Nama pokok belon atau "balloonplant" diberikan kerana bentukk bunganya seakan belon yang mengelembong (swelling bladder-like follicles) dimana didalamnya penoh dengan kapas ringan berwarna putih dan bijinya berwarna hitam. Bunga yang mengelembong hijau ini bersaiz kecil dengan 10-15 cm garispusat dan sedikit kelihatan berduri lembut.  Tumbuhan dengan nama botaninya Gomphocarpus physocarpus adalah jenis pokok renek yang tumbuh menegak dan ketinggian sehingga 6 kaki tinggi. Ia mudah tumbuh apabila musim bunga dan musim panas di negara 4 musim tetapi di Malaysia ia mampu tumbuh dan berbunga sepanjang tahun. Dalam keadaan semulajadi lazimnya pokok belon ini sesuai tumbuh subur dikawasan tanah tinggi iaitu diantara 2,800 - 5,000 kaki dari paras laut.  Tumbuhan renek ini perlukan kelembapan sederhana dengan tanah berpasir yang baik sistem saliran serta mendapat banyak cahaya matahari sepanjang masa. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan atau tanaman bunga belon yang boleh kita dapati banyak di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highland dan Kundasang. Penulis ambil foto dan kali pertama melihat projek ini semasa melawat di Barangay Alfonso, Cavite State, Philipines untuk dikongsi bersama.


Paling unik pada pandangan pertama sekali terhadap pokok Belon ini amat menarik. Saya nampak seekor rama-rama (butterfly) datang berkunjung pada bunga tersebut dan mencari makanan daripada bunga tersebut (Sila lihat foto disebelah). Walau pun saiz bunga agak kecil dan warna hijau yang menyerupai warna pucuk daun tetapi ia mempunyai kelopak yang seakan berambut walau pun ianya lembut. Wanna hijau pucat pada bunga berbentuk bulat spheroid. Ia boleh membesar sehingga 3 inci garispusat. Daun pokok belon juga berwarna hijau muda berbentuk linear sehingga bentuk lanceolate yang panjangnya sekitar 3 - 4 inchi. dan juga lebar 1.2 cm. Penulis dapati bunga yang matang akan bertukar warna hijau kekuningan dan kemudian 'pecah' dimana akan kelihatan bijinya berwarna hitam dan kapas untuk menerbangkan bijibenih (silky tufts). Apabila bunga ini pecah maka bijinya akan tercampak atau diterbangkan kelokasi baru untuk tumbuh. Pokok belon mudah tumbuh dikawasan baru yang mempunyai persekitaran yang bercampur dengan tanaman lain. Beberapa saintis telah mencuba membuat penyelidikkan mengkacukan pokok belon yang memberikan pelbagai kombinasi warna.


Tumbuhan ini merupakan sumber makanan yang amat digemari oleh serangga seperti Larva Rama-rama (caterpillars) seperti jenis Rama-rama Danaus dan juga Rama-rama Monarch. Beberapa penduduk kampong mendapati pokok belon mempunyai khasiat dan manafaat sebagai pelbagai ubat tradisional untuk merawat beberapa penyakit. Penanaman pokok belon selelunya menggunakan BIJI BENIH. Masa menanam dikawasan negara 4 musim sesuai dilakukan sebagai tanaman dalam rumah (indoor plants) dan dikeluarkan semasa musim bunga atau musim panas. Di Malaysia ia sesuai ditanam sepanjang tahun.  Biji benih yang bernas ditabut atau ditanam diatas tanah dan kemudian di berikan pengairan secukupnya. Pastikan biji ditanam ikawasan yang ada cahaya matahari banyak untuk memperepatkan kadar pertumbuhan. Biasanya bijibenih akan bercambah dalam 15-30 hari selepas disemai. Pemberian baja organik dan NPK mampu membantu kadar pertumbuhan yang baik dan praktikal. Belum ada kajian tentang tanaman pokok belon untuk ditanam dikawasan tanah rendah. Pokok ini tahan selama 10 bulan - 1 tahun sebelum perlu dicabut dan ditanam semula.


Bunga ini sesuai ditanam dikawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highland dikawasan hotel dan kawasan tertentu. Walau pun belum ada kajian khusus mengenai tanaman bunga belon ini tetapi berkemkemungkinan ia akan memberikan khasiat kesihatan kepada manusia. Bijinya yang halus boleh dikutip dan dijadikan produk ekstrak minyak atau lain-lain produk lain. Memang mudah untuk mengambil biji benih belon jika ditanam dengan banyak disatu kawasan. Selalunya pokok belon akan dicampur dengan pokok bunga lain yang pelbagai dan berwarna warni. Belum banyak penulisan mengenai pokok belon ini yang saya cari dalam Bahasa Malaysia. Semuga artikel ini membantu anda mengenali pokok bunga hiasan yang saya jumpa di Filipina ini. Foto dibawah saya ambil dengan Dr Alexdra Mahijo iaitu Dekan PNFRC (Philipines National Research Center, State Cavite University) semasa melawat kebun kopi di kawasan pengeluaran kopi dinegra tersebut. Wasallam!.
Bincang dengan Dr Alexdra Mahijo dari USCm Philipines
POKOK BELON... BULAT BENTUKNYA...
WARNA HIJAU... CANTIK BUNGANYA...
BILA TUA PECAH... BERBULU BIJINYA...
TANAH TINGGI... SESUAI CUACANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Barangay Alfonso, Cavite,
Philipines.
(12 Syaaban 1436H)
Lawatan Teknikal NFPWG Coffee and Cocoa 2015
(Ibu meninggal dunia pada 26 Jun 2015)

Friday, June 26, 2015

SEPAT RAWA


IKAN SEPAT RAWA (Trichogaster trichopterus) merupakan salah satu daripada 4 spesis ikan sepat yang kita jumpai di Malaysia. Ikan sepat rawa saya dapati sering disebut sebagai ikan sepat biasa iaitu sejenis ikan anggota suku gurami (Osphronemidae). Seperti kumpulan ikan ini yang bertubuh lebih besar iaitu Sepat siam (T. pectoralis), ikan sepat wawa ini merupakan ikan yang dimakan dan disukai orang tempatan walau pun umumnya hanya untuk pasaran tempatan sahaja. Disamping itu terdapat pula perbezaan pada badan ikan dimana corak hiasanya mempunyai beberapa warna menarik. Ikan ini juga adalah jenis ikan yang popular sebagai ikan hiasan didalam akuarium. Walau pun ikan ini mempunyai banyak nama gelaran tempatan, ia dipanggil sebagai sepat ronggeng dalam bahasa tempatan dan dalam bahasa Inggeris ikan ini dikenal dengan nama Three spot gourami, Blue gourami, Cosby gourami, Gold gourami, Golden gourami serta Opaline gourami. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ikan sepat rawa atau sepat ronggeng untuk dijadikan bacaan dan rujukkan anda.


Ikan sepat rawa ini lazimnya mempunyai bentuk badan yang pipih dan meruncing sempit dimana ukuran panjang sehingga 120mm. Ia mempunyai warna badan iaiyu perak pudar atau kilat dengan sedikit warna kebiruan atau kehijauan (Lihat foto sebelah). Lazimnya terdapat beberapa jalur seakan bentuk pita yang senget berwarna gelap. Ia kadang-kang jelas berwarna kehitaman dengan ujud pada kedua-dua belah badan sepat rawa iaitu pada tengah sisi tubuh dan pada pangkal ekor. Namanya (Ikan Tiga Titik - Three spot gourami) yang diberi adalah merujuk pada kedua bintik hitam pada badannya dan ditambah dengan mata sebagai bintik yang ketiga. Sirip ekor berlekuk (berbelah) dangkal yang berbintik-bintik dengan jelas untuk pergerakan pantas dalam air. Saya dapati warna tubuh ikan ini amat bermacam-macam variasi. Bergantung kepada spesis atau kualiti air, warna ikan sepat ini sama ada terang dan gelapnya mahu pun warna bintiknya pada tubuhnya amat berbeza. Kalau diteliti juga bilangan jejari pada sirip-siripnya juga berbeza coraknya. Pada pemerhatian penulis mendapati panjang purata ikan sepat rawa sekitar 2.3 - 2.5 kali lebih panjang dari lebar badan. Sepat ini agak unik kerana ia mempunyai sepasang sesungut yang ketara panjang dibadan dimana ia berkedudukan di depan pada sirip perut. Organ ini berfungsi dengan ia bergerak menjadi alat peraba (sensory organ). Ada yang mempunyai sesungut dimana ia menyerupai benang yang memanjang hingga ke ekornya.

Ikan Sepat Rawa terdapat di Malaysia, Indonesia dan kawasan di Indo-china, terutama di Lembah Sungai Mekong dalam air tawar. Terdapat juga laporan sejarah menyatakan sekitar tahun 1938 ikan sepat ini dimasukkan ke beberapa tasek di Indonesia dan Malaysia sebagai habitat baru dimana ia didapati mampu membiak dengan baik. Ikan ini hidup dilopak-lopak atau lubuk-lubuk (rawa-rawa), Tasek (danau) dan juga pada air mengalir perlahan dan air yang tenang. Paling sering adalah ia dijumpai dikawasan yang umumnya kawasan kebun dan sawah padi yang selalu basah. Ia juga berada di kawasan dataran rendah termasuk sawah-sawah serta saluran sistem pengairan padi terutama dikawasan jelapang yang tidak kering airnya dan tidak banyak menggunakan racun kimia. Semasa musim banjir lazimnya ikan sepat rawa akan tersebar meluas mengikuti aliran banjir ini. Sepat rawa lazimnya makan tumbuhan air (zooplankton), krustasea kecil dan berbagai jenis larva serangga . Pada musim pembiakan ikan sepat, lazimnya ikan sepat jantan akan membuat buih dipermukaan air bagi menyimpan dan memelihara telur-telur sepat betina sehingga menetas. Anda boleh membaca mengenai teknologi pembiakan ikan sepat Part 1 (Sila klik disini), Part 2 (Sila klik disini) dan Ikan Sepat (Sila klik disini).

Jenis Ikan Sepat mempunyai organ labirin (labyrinth) di ruang insangnya dimana fungsinya adalah amat berguna untuk membantu menyedut oksigen terus dari udara dipermukaan air. Ujudnya organ labirin ini memungkinkan ikan-ikan tersebut hidup di tempat-tempat yang sangat kurang oksigen seperti di lopak-lopak (rawa-rawa), dalam sawah dan lain-lain tempat. Sama dengan sepat siam yang bertubuh lebih besar, ikan sepat rawa ini merupakan ikan popular yang digemari ramai dan cukup penting terutama apabila dijadikan ikan kering (Sila lihat foto sebelah). Meskipun ikan sepat segar selalunya hanya dianggap bernilai murah masa dulu, kini ia dianggap jenis ikan bernilai baik dan sudah sukar mendapatkannya. Hanya pada musim-musim banjir barulah kita akan dapat ikan sepat rawa yang hanyut. Pada masa inilah sering terdapat dalam jumlah banyak dan dijadikan ikan masin atau ikan pekasam. Ikan sepat masin merupakan komoditi penting bagi kawasan ada sawah dan sungai besar. Kini sepat rawa ada yang telah dijadikan sebagai ikan hiasan dalam akuarium. Ikan ini amat tahan lasak dipelihara dalam akuarium kerana sifat semulajadinya. Wasallam!..


SEPAT RAWA...RONGGENG JUGA...
IKAN PIPIH... ADA DUA JANGGUTNYA...
MUSIM BANJIR... BANYAK TUAIANNYA...
DIKERINGKAN .. IKAN MASIN JADINYA...

By,
M Anem,
Senior Agrologist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(19 Safar 1435H)

Thursday, June 25, 2015

SERUNDING IKAN

SERUNDING IKAN merupakan sejenis makanan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya dinegeri pantai Timur Semenanjung Malaysia yang banyak mempunyai bekalan ikan segar. Serunding Ikan dibuat daripada beberapa jenis ikan terpilih seperti ikan tenggiri, Ikan Kembong dan paling mudah dan banyak dibuat dengan ikan bilis. Selain daripada dijadikan lauk makanan dengan nasi atau pulut, serunding ikan lazimnya dijadikan inti kepada karipap mini, popia mini, pulut panggang dan beberapa jenis makanan lagi. Rasanya yang lemak, pedas, manis, masin dalam serunding ikan membolehkan ia dimakan pada bila-bila masa. Serunding ikan menjadi alternatif kepada serunding daging dan serunding ayam selain daripada serunding nangka. Anda boleh baca teknologi mengenai serinding nangka dengan membuat pautan dalam tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Serunding ikan mudah disediakan kepada mereka yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan iltizam untuk membuatnya. Ini kerana pengalaman membuat serunding akan membolehkan seseorang itu mampu untuk memasak serunding ikan yang berkualiti, enak dan tahan lama. Kini serunding ikan telah dikomersilkan dan dijuak dipasar, pasar malam, pasar tani malahan di pasaraya. Jualan serunding ikan akan meningkat dalam bulan Ramadan setiap tahun untuk dimakan dengan nasi atau pulut dan juga dijadikan inti untuk kuih terpilih. Artikel subuh ramadan ke 7 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai serunding ikan selepas bersahur untuk bacaan anda.

Menyediakan serunding ikan memang memerlukan bahan-bahan asas yang mudah didapati dan diperolehi terutama kawasan pesisir laut. Penulis akan berkonggsi resepi membuat serunding ikan berdasarkan pemerhatian dibuat dan membuat rujukan dari beberapa sumber. Bahan asas utama adalah 3 mangkuk isi ikan (sebaiknya gunakan jenis tenggiri atau ikan kembung). Ikan tersebut perlu direbus dahulu kemudian perlu dibuang tulang dan kisar atau tumbuk sehingga hancur. Bahan lain adalah sebanyak 1 senduk bawang putih dan bawang merah yang perlu dikisar. Ambil cili kering dengan kadar mengikut pedas yang disukai. Bahan lain adalah 2 mangkuk kecil bawang goreng yang akan digunakan untuk menyedapkan lagi serunding. Bahan Air asam jawa secukupnya, Garam dan gula secukup rasa dan juga minyak masak untuk menumis. Cara menyediakan atau masak serunding ikan dengan memanaskan minyak dan tumiskan bawang kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan cili dan goreng hingga garing. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kemudian perlu dimasukkan isi ikan dan kacau sehingga kering dengan mengunakan api yang sederhana besar. Setelah serunding kering maka ia boleh di angkat dan dissejukkan. Kemudian masukkan bawang goreng dan gaul sehingga rata dan serunding ikan telah sedia untuk dihidangkan. Bagii tujuan penyimpanan sebaiknya ia dimasukkan didalam bekas atau plastik yang kedap udara untuk tahan lama.


Pada penulis makan Pulut Sambal Ikan dengan serunding ikan memang perkara yang menyeronokkan. Makanan ini mudah disediakan dan sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang. Resepi bagi menyediakan makanan ini memerlukan bahan seperti 1 kg beras pulut yang dicuci dan ia kemudian direndam sekurang-kurangnya selama 3 jam dan ditoskan. Bahan lain adalah 2.5 cawan santan, 1 sudu kecil garam, Sedikit gula dan air dengan kuantiti secukupnya untuk mengukus. bagi menyediakan pulut sambal ikan ini mula-mula beras pulut dibersihkan kemudian direndam dlm air selama 3-4 jam. Toskan beras pulut, kemudian dikukus hingga separuh masak (naik wap). Kemudian dicampurkan garam dan gula ke dalam santan. Kemudian diangkat pulut dan masukkan ke dlm mangkuk besar kemudian gaulkan dengan santan dan kacau rata. Masukkan semula ke dalam pengukus dan kukus lagi hingga masak. Angkat dan sejukkan. Gaulkan pulut dengan serunding ikan yang disediakan seperti para diatas. Ada yang menggolekkan bebola pult kedalam serunding ikan (Sila lihat foto disebelah) dan ada yang meletakkan serunding ikan dibahagian atas pulut sahaja. Makanan ini mampu mengenyangkan dan tahan lama dalam perut kerana pulut mengandungi karbohiderat yang tinggi. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada anda. Wasallam!.

SERUNDING IKAN... ENAKNYA...
ADA BAHAN...MUDAH DISEDIA...
ASAS IKAN... DAN JUGA KELAPA...
JADI INTI... PELBAGAI KUIHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pasar Tani Mega,
Precint 2, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(7 Ramadan 1436H)

Wednesday, June 24, 2015

NANGKA - SERUNDING NANGKA

NANGKA (Artocarpus heterophyllus) adalah sejenis buah-buahan popular dari keluarga MORACEAE yang di tanam di Malaysia untuk di makan segar dan dii proses. Terdapat seluas 3,962 hektar tanaman nangka pada tahun 2010 dengan pengeluaran sebanyak 27,459 metrik tan (Sumber Laporan statistik Jabatan Pertanian 2010). Negeri Pahang merupakan paling luas dengan tanaman nangka iaitu seluas 669 hektar diikuti dengan Negeri Johor (515 hektar) dan Sarawak (481 hektar) pada tahun 2010. Daerah Temerloh di Pahang merupakan paling luas dengan tanaman nangka iaitu seluas 225 hektar diikuti Daerah Kota Tinggi di Johor (192 hektar) dan Daerah Bera di Pahang (181 hektar). Tanaman nangka diusahakan secara komersial sebagai tanaman tunggal (monocrop) atau tanaman campuran dengan buah-buahan lain. Artikel kali ini saya berkongsi maklumat dengan pembaca teknologi tanaman nangka berasaskan kepada pembacaan, pengalaman dan kajian persendirian mengenai tanaman nangka. Artikel pagi Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu produk dinamakan 'Serunding Nangka' seperti dilaporkan oleh akhbar Utusan pada 16 Januari 2012 untuk dijadikan maklumat berguna.

SERUNDING memang terkenal di kalangan orang Melayu di negara ini. Ketika meraikan hari raya Aidilfitri atau Aidiladha, serunding biasanya menjadi juadah hidangan utama untuk tetamu yang berkunjung. Ada juga pengguna yang gemar menyimpan serunding sepanjang bulan puasa. Jika mereka terlewat bangun untuk bersahur serundinglah yang menjadi makanan penyelamat ketika itu. Serunding boleh disimpan lama dalam keadaan kering dan boleh dimakan terus tanpa perlu dipanaskan. Saya juga sering membawa serunding daging yang dibeli dipasar untuk dibawa bersama ketika berkursus di luar negara pada waktu agak lama. Ini kerana serunding mempunyai rasa pedas, lemak, manis dan juga masin yang sesuai dengan selera kita ketika berada diluar negara. Ada juga jemaah haji dan umrah yang suka untuk membawa bekalan serunding ke tanah suci Mekah. Serunding menjadi makanan pembuka selera terutamanya kepada jemaah haji dan umrah yang agak berumur dan kurang toleransi dengan makanan Arab. Rakyat Malaysia yang melancong atau yang bertugas di luar negara juga sering membawa bekalan serunding terutamanya ke negara-negara yang sukar untuk mendapat bekalan makanan halal. Mereka akan makan serunding dengan roti atau nasi putih sahaja. Roti putih biasanya mudah untuk didapati di mana - mana negara dan rasanya hampir sama dengan roti di Malaysia.

Serunding juga agak ringan kerana ia kering, senang untuk dibungkus dan diselitkan di dalam bagasi. Jika bungkusan tersebut bocor dan mengotori barangan lain dalam beg pakaian sekalipun ia boleh dicuci dengan mudah. Begitulah juga akan terkenalnya serunding kepada orang Melayu di Malaysia akibat kepelbagaian fungsi dan fleksibilitinya. Serunding biasanya dibuat daripada daging (Serunding Daging) atau ayam (Serunding Ayam). Serunding daging telah dikomersilkan dan kini dijual dibanyak premis jualan diseluruh negara (Lihat foto serunding daging dsebelah). Tetapi memakan daging terlalu banyak saya fikir boleh memudaratkan kesihatan manusia terutamanya bagi orang-orang tua, mereka yang mengidap penyakit darah tinggi, tinggi kandungan kolesterol dalam darah dan gemuk. Daging mempunyai kandungan lemak poli tak tepu yang tinggi begitu juga dengan kandungan kolesterol.

Menyedari hakikat tersebut sekumpulan penyelidik dari Jabatan Sains Pemakanan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Kuantan bersama beberapa orang pensyarah daripada Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Kuantan telah mengembangkan produk serunding dan mencari bahan pengganti kepada daging.  Mereka telah menggunakan jerami nangka muda sebagai bahan gantian atau tukaran kepada daging. Menurut ketua kumpulan penyelidik tersebut iaitu Dr. Ibrahim Abu Bakar, pemilihan jerami nangka muda dibuat kerana bahan tersebut mempunyai tekstur yang hampir serupa dengan daging. Ia boleh dicarik menjadi bentuk uraian yang panjang dan halus dan juga tidak mempunyai rasa yang khusus. Oleh itu, ia boleh diberikan perisa yang sama seperti dalam pembuatan serunding daging. Perisa yang digunakan ialah campuran rempah-ratus seperti biji ketumbar, jintan manis dan serai. Santan kelapa langsung tidak digunakan dalam penyediaan serunding nangka ini malah santan telah diganti dengan susu cair. Penggunaan minyak masak juga telah dikurangkan dan selepas proses menumis lebihan minyak masak telah dikaut keluar menggunakan sudu.

Proses pembuatan serunding nangka telah didapati mengambil masa yang lebih singkat kerana proses penguraian jerami nangka muda lebih mudah dilakukan berbanding daging. Nangka juga lebih cepat empuk apabila direbus dan apabila dimasak untuk dibuat serunding ia lebih cepat bertukar warna menjadi perang kehitaman serta cepat kering berbanding serunding daging. Hasil analisis proksimat unsur pemakanan yang telah dilakukan ke atas beberapa formulasi serunding nangka, didapati ke semua formulasi mengandungi jumlah kandungan lemak yang jauh lebih rendah berbanding serunding daging biasa. Malah, ia mengandungi kandungan serat yang tinggi yang sangat baik untuk sistem penghadaman.  Penilaian uji rasa yang dijalankan pula menunjukkan kesemua rumusan serunding nangka mendapat skor penilaian keseluruhan yang hampir sama dengan serunding daging. Ini menunjukkan ia boleh diterima oleh pengguna sama seperti serunding daging. Malah, dari segi faktor daya kunyahan ia lebih lembut dan senang dikunyah. Keadaan ini sangat baik bagi warga emas yang seringkali teringin menjamah serunding.

Dari segi kos pula serunding nangka boleh dijual pada harga yang jauh lebih murah berbanding serunding daging kerana kos penghasilannya sangat murah. Harga nangka muda hanya RM1.00 bagi setiap kilogram berbanding RM20.00 bagi setiap kilogram daging mentah tempatan. Ini dapat menjimatkan perbelanjaan pengguna terutamanya penggemar serunding di samping dapat mempelbagaikan penggunaan buah nangka. Menurut Dr. Ibrahim Abu Bakar, projek kajian serunding nangka telah dijalankan sejak bulan Februari tahun lalu menggunakan geran penyelidikan endowment funddaripada UIAM. Beberapa kajian lanjutan akan diteruskan dalam projek itu terutamanya mengenai dogma yang mengatakan nangka mengandungi angin yang boleh menyebabkan pengguna mengalami kekembungan apabila memakannya. Kajian tentang kebolehdapatan bekalan buah nangka muda juga akan dijalankan bagi membolehkan produk serunding nangka boleh dikeluarkan secara komersial. Di samping itu, kajian tentang jangka hayat serunding nangka juga akan diteruskan bagi mengenal pasti tempoh simpanan yang sesuai.

Buah nangka untuk buat Serunding.
Serunding daging gantian jerami nangka muda ciptaan UIAM Kuantan meraih pingat emas semasa pameran antarabangsa inovasi dan reka cipta pada tahun lepas 2011. Pameran tersebut yang diadakan baru-baru ini adalah sempena program sambutan 1,000 tahun kelahiran Ibn Al-Haytham Al-Manaazir, seorang saintis Muslim yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan bidang sains dan teknologi. UIAM Kuantan telah menjadi penganjur kepada program tersebut yang dihadiri oleh ahli akademik, saintis dan penyelidik-penyelidik dari dalam dan luar negara. Serunding daging gentian jerami nangka muda yang dihasilkan oleh barisan penyelidik daripada Jabatan Sains Pemakanan, UIA. Kuantan itu mempunyai beberapa kelebihan berbanding serunding daging biasa, antaranya adalah Kandungan lemak yang lebih rendah, Kandungan serat makanan yang lebih tinggi,  Tekstur yang lembut dan mudah dikunyah, Mudah dan lebih cepat untuk disediakan dan Lebih murah. Penghasilan serunding nangka memberikan pilihan baru kepada penggemar - penggemar serunding terutamanya daripada kalangan mereka yang mengalami tekanan darah tinggi, gejala kegemukan, hyperlipidemia atau hiperkolesterolimia.  Ia juga sesuai untuk dimakan oleh warga emas kerana ciri teksturnya yang lembut dan senang untuk di kunyah.  Selain itu serunding nangka juga memberikan nafas baru kepada pekebun nangka di mana satu lagi produk buah nangka dapat dihasilkan.  Hasil buangan buah nangka juga dapat dikurangkan di mana jerami nangka muda akan digunakan sepenuhnya dalam peng hasilan serunding nangka.  Kini, serunding nangka telah pun memasuki pasaran tempatan di mana harganya jauh lebih murah berbanding serunding daging biasa. Ini disebabkan harga sekilogram nangka muda hanyalah RM1.00 berbanding harga daging lembu tempatan sebanyak RM20.00 sekilogram.  Maklumat lanjut tentang produk serunding nangka boleh didapati dari Unit Latihan dan Rundingcara Makanan, Jabatan Sains Pemakanan, Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu, UIAM Kuantan atau hubungi Dr. Ibrahim Abu Bakar di talian 019-9312573 atau emel: iab@iium.edu.my. Wasallam!.


SERUNDING NANGKA..APA RASANYA...
HENDAK MEMBELI.. ADANYA DIMANA..
MUDAH DI PROSES.. CARA BAGAIMANA...
BACAA ARTIKEL ... MACAM NAK CUBA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Kg Tanjung Lumpur,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(23 Ramadan 1434H)