Thursday, June 25, 2015

SERUNDING IKAN

SERUNDING IKAN merupakan sejenis makanan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya dinegeri pantai Timur Semenanjung Malaysia yang banyak mempunyai bekalan ikan segar. Serunding Ikan dibuat daripada beberapa jenis ikan terpilih seperti ikan tenggiri, Ikan Kembong dan paling mudah dan banyak dibuat dengan ikan bilis. Selain daripada dijadikan lauk makanan dengan nasi atau pulut, serunding ikan lazimnya dijadikan inti kepada karipap mini, popia mini, pulut panggang dan beberapa jenis makanan lagi. Rasanya yang lemak, pedas, manis, masin dalam serunding ikan membolehkan ia dimakan pada bila-bila masa. Serunding ikan menjadi alternatif kepada serunding daging dan serunding ayam selain daripada serunding nangka. Anda boleh baca teknologi mengenai serinding nangka dengan membuat pautan dalam tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Serunding ikan mudah disediakan kepada mereka yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan iltizam untuk membuatnya. Ini kerana pengalaman membuat serunding akan membolehkan seseorang itu mampu untuk memasak serunding ikan yang berkualiti, enak dan tahan lama. Kini serunding ikan telah dikomersilkan dan dijuak dipasar, pasar malam, pasar tani malahan di pasaraya. Jualan serunding ikan akan meningkat dalam bulan Ramadan setiap tahun untuk dimakan dengan nasi atau pulut dan juga dijadikan inti untuk kuih terpilih. Artikel subuh ramadan ke 7 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai serunding ikan selepas bersahur untuk bacaan anda.

Menyediakan serunding ikan memang memerlukan bahan-bahan asas yang mudah didapati dan diperolehi terutama kawasan pesisir laut. Penulis akan berkonggsi resepi membuat serunding ikan berdasarkan pemerhatian dibuat dan membuat rujukan dari beberapa sumber. Bahan asas utama adalah 3 mangkuk isi ikan (sebaiknya gunakan jenis tenggiri atau ikan kembung). Ikan tersebut perlu direbus dahulu kemudian perlu dibuang tulang dan kisar atau tumbuk sehingga hancur. Bahan lain adalah sebanyak 1 senduk bawang putih dan bawang merah yang perlu dikisar. Ambil cili kering dengan kadar mengikut pedas yang disukai. Bahan lain adalah 2 mangkuk kecil bawang goreng yang akan digunakan untuk menyedapkan lagi serunding. Bahan Air asam jawa secukupnya, Garam dan gula secukup rasa dan juga minyak masak untuk menumis. Cara menyediakan atau masak serunding ikan dengan memanaskan minyak dan tumiskan bawang kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan cili dan goreng hingga garing. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kemudian perlu dimasukkan isi ikan dan kacau sehingga kering dengan mengunakan api yang sederhana besar. Setelah serunding kering maka ia boleh di angkat dan dissejukkan. Kemudian masukkan bawang goreng dan gaul sehingga rata dan serunding ikan telah sedia untuk dihidangkan. Bagii tujuan penyimpanan sebaiknya ia dimasukkan didalam bekas atau plastik yang kedap udara untuk tahan lama.


Pada penulis makan Pulut Sambal Ikan dengan serunding ikan memang perkara yang menyeronokkan. Makanan ini mudah disediakan dan sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang. Resepi bagi menyediakan makanan ini memerlukan bahan seperti 1 kg beras pulut yang dicuci dan ia kemudian direndam sekurang-kurangnya selama 3 jam dan ditoskan. Bahan lain adalah 2.5 cawan santan, 1 sudu kecil garam, Sedikit gula dan air dengan kuantiti secukupnya untuk mengukus. bagi menyediakan pulut sambal ikan ini mula-mula beras pulut dibersihkan kemudian direndam dlm air selama 3-4 jam. Toskan beras pulut, kemudian dikukus hingga separuh masak (naik wap). Kemudian dicampurkan garam dan gula ke dalam santan. Kemudian diangkat pulut dan masukkan ke dlm mangkuk besar kemudian gaulkan dengan santan dan kacau rata. Masukkan semula ke dalam pengukus dan kukus lagi hingga masak. Angkat dan sejukkan. Gaulkan pulut dengan serunding ikan yang disediakan seperti para diatas. Ada yang menggolekkan bebola pult kedalam serunding ikan (Sila lihat foto disebelah) dan ada yang meletakkan serunding ikan dibahagian atas pulut sahaja. Makanan ini mampu mengenyangkan dan tahan lama dalam perut kerana pulut mengandungi karbohiderat yang tinggi. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada anda. Wasallam!.

SERUNDING IKAN... ENAKNYA...
ADA BAHAN...MUDAH DISEDIA...
ASAS IKAN... DAN JUGA KELAPA...
JADI INTI... PELBAGAI KUIHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pasar Tani Mega,
Precint 2, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(7 Ramadan 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.