Monday, September 21, 2026

BUAH DOKONG DAN FAKTA PENTING (PART 1)

BUAH DOKONG
 
(Lansium domesticum Corr. ) adalah sejenis buah-buahan tempatan daripada keluarga Meliaceae yang sekeluarga dengan buah langsat, duku dan duku langsat. Penulis blog amat suka makan buah dokong dimana ia adalah sejenis buah bermusim yang popular dimana bentuk dan kulit buahnya agak bulat atau sedikit lonjong berbanding buah langsat dengan ia berkulit licin dan berwarna kuning muda apabila masak. Kulitnya juga agak tebal tetapi dilihat ia kurang bergetah. Penulis blog amat suka membeli dan makan buah dukong dimana isinya berwarna putih, tebal, penuh dengan jus dan terkenal dengan rasa yang sangat manis dan ia digelar sengan nama 'Manis leting'. Bagi penulis blog yang mahir dengan jenis-jenis buah sepertinya memng kenal akan ciri-ciri buah langsat, buah duku. buah dokong mempunyai isi yang lebih pejal, ulas yang lebih besar dan kurang rasa masam atau bergetah seperti langsat. Bagi penulis blog dimana aktiviti penanaman dokong merupakan sejenis tanaman buah-buahan tropika daripada keluarga Meliaceae yang semakin popular. Buah Dokong merupakan satu daripada beberapa jeni buah menyamai buah duku iaitu dari genus Lansium yang ada dan mempunyai nilai ekonomik seperti langsat, duku (Johor) dan duku langsat (Terengganu). Dokong dikenali sebagai longkong di Thailand dan dipercayai berasal dari Narathiwat Thailand. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai buah dokong dalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan dengan pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Dalam pada itu kawasan utama penanaman dokong di Malaysia adalah Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang dan Kedah. Penulis blog telah membuat tinjauan teknologi tanaman dokong dan amalan agronomi di beberapa lokasi di Kelantan, Terengganu dan Pahang serta di Johor bagi mendapatkan info dan menjelajah sehingga ke Thailand untuk mengukuhkan lagi amalan agronomi penanaman pokok dokong yang pernah menjadi 'boom' kepada petani. Bagi penulis blog mendapati sebenarnya apa yang dapat saya ilaikan adalah dimana buah dokong merupakan buah yang sangat baik untuk dimakan segar dan mempunyai permintaan yang tinggi serta pernah mencapai harga maksima beberapa belas tahun dahulu. Selain ia untuk dimakan segar dimana sebenarnya buah dokong ini juga boleh dibuat jem. Dalam pada itu dimakmal dilaporkan dimana khasiat nutrisi buah dokong ini bagi setiap 100 g bahagian buah yang boleh dimakan mengandungi tenaga sebanyak 57 kalori. Ia juga mengandungi kabohidrat (15.2 gram), Kalsium (19.0 mg), Kalium (25.5 mg), Zat Besi (1.1 mg), Vitamin B1 (0.07 mg), Vitamin B2 (0.04 mg), Vitamin C (3.0 mg), Lemak (0.2 mg), Protin (0.9 mg) dan juga Niasin sebanyak 1.0 mg. Penanaman pokok dokong yang dikelaskan sebagai buah-buahan tempatan bermusim ini berbuah sekali setahun iaitu diantara buan Jun - September dengan lokasi berbeza-beza. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis akan fakta penting buah dokong sebagai rujukkan semua.


Apa pun faktanya dimana secara global dimana buah dokong bagi penullis blog yang banyak buat rujukkan mendapati masih tidak mempunyai data statistik pengeluaran pukal dunia yang khusus seperti buah komersial utama (seperti pisang, durian atau mangga). Ini kerana pasarannya amat terhad di rantau Asia Tenggara dan sebahagian besar hasilnya adalah untuk penggunaan domestik sahaja. Dilaporkan dimana status pengeluaran dan pasaran global bagi buah dokong serta varietinya (ia selalu termasuk jenis buah duku dan buah langsat) agak dukar direkodkan. Apa pun sehingga artikel ini ditulis dimana pengeluaran utama dunia bagi buah dokong ia dikuasai sepenuhnya oleh empat buah negara di Asia Tenggara yang mempunyai iklim tropika yang sesuai dan tanaman ini di komersilkan iaitu di Thailand, Malaysia, Indonesia dan Filipina. Negara Thailand apa yang penulis blog tahu dan beberapa kali membuat tinjauan teknologi di sana adamah merupakan pengeluar komersial yang sangat besar jumlahnya di mana buah ini dikenali secara meluas sebagai 'Buah Longkong'. 
Dokong Thailand (juga dikenali sebagai Longkong) mempunyai anggaran keluasan penanaman, jarak pokok, serta hasil pengeluaran yang amat lumayan jika diurus dengan baik dengan jarak tanaman 20 kaki × 20 kaki (sekitar 6 meter × 6 meter) hingga 7.5 meter × 7.5 meter secara monokrop atau ia ditanam bersama tanaman pelindung lain. Ia noleh memuatkan sekitar 100 - 178 pokok sehektar dan benihnya dari benih dokong yang ditanam melalui kaedah kahwin (cantuman/grafting) biasanya mula berbuah seawal 2 -  4 tahun tetapi kalau guna pokok biasa atau dari biji, ia mengambil masa sekitar 5 - 7 tahun. DI Thaailand dari lawatan penulis blog mendapati pada peringkat awal (umur 5-7 tahun) ia berhasil adalah rendah tetapi apabila mencapai umur matang (10 tahun ke atas) dilihat satu pokok boleh menghasilkan 50 - 100 kg buah setahun dengan ia boleh ekonomik selama 20 tahun ke atas) dengan potensi hasil mencapai sehingga 25 tan sehektar setahun. Penulis blog tahu jika pokok dokong mempunyai tabiat hasil yang biennial iaitu mengeluarkan hasil yang sangat tinggi (lebat) pada satu tahun dan hasil tersebut akan berkurangan pada tahun berikutnya sebelum kembali lebat. Ia memerlukan musim kering sekitar 3 - 4 minggu untuk merangsang proses pembungaan yang baik dipokok. 


Penulis bloh paparkan fakta status Pasaran Dunia Buah Dokong dimana dalam rekod iaitu bagi penggunaan Domestik (Internal Consumption) iaitu majoriti besar hasil tuaian buah dokong dijual dan dihabiskan di dalam negara pengeluar itu sendiri kerana ia merupakan buah bermusim yang sangat popular dalam kalangan penduduk tempatan dan buahnya tidak tahan lama. Pasaran eksport masih terhad apabila aktiviti eksport global atau antarabangsa amat kecil dan hanya terhad kepada pasaran negara jiran atau wilayah terdekat seperti Singapura dan ada sehingga ke Hong Kong dan Kuwait. Penulis blog dapati dimana antara kekangan dan cabaran Pasaran Global sebab buah dokong sukar menembusi pasaran global yang lebih jauh (seperti Eropah atau Amerika) disebabkan oleh isu jangka hayat buah yang sangat pendek (kulitnya cepat bertukar menjadi coklat atau jadi lebam selepas dipetik) serta kawalan kuarantin perosak yang ketat daripada negara luar. Inovasi Produk dimana bagi meluaskan pasaran global, beberapa agensi tempatan mula bekerjasama menghasilkan produk hiliran seperti cuka buah dokong untuk dieksport ke pasaran luar seperti Asia Barat. Dalam pada itu keluasan bagi tujuan penanaman dokong di Malaysia adalah 16,130 hektar (data masa ini ia bercampur dengan duku dan langsat) yang juga menghasilkan 32,400 metrik tan pada 2010 dan menurun kepada 4,843 hektar (khas dokong sahaja) pada tahun 2025 dengan menghasilkan sebanyak 21,053 metrik tan (Sumber: Booklet keluasan tanaman Malaysia, Jabatan Pertanian 2026). Kawasan utama penanaman dokong di Malaysia adalah di Daerah Gua Musang, Kelantan (2,040 ha) diikuti dengan Daerah Kuala Kerai (1,950 ha) dan Daerah Jeli, Kelantan (1,438 ha). Dokong ditanam agak luas juga dinegeri-negeri lain seperti di Terengganu, Perak, Pahang dan Johor. Di Malaysia sudah ada sistem gred buah dokong jenis premium sering dirujuk sebagai dokong kering atau ada yang gelarnya sebagai duku langsat Terengganu. 


Penulis blog paparkaan fakta di negara Indonesia dilaporkan ramai petani yang mengusahakan tanaman ini secara meluas di seluruh kepulauan (terutama Sumatera dan Jawa) dengan nama tempatan seperti duku, kokosan atau pisitan.  Menaik sebab d
i Indonesia dimana istilah 'dokong' secara amnya ia adalah merujuk dan dikategorikan di bawah kelompok buah duku atau langsat (Lansium domesticum) dimana oleh kerana dokong merupakan salah satu varieti daripada keluarga yang sama sahaja disana. Data rasmi daripada Badan Pusat Statistik (BPS) Indonesia biasanya mengumpul statistik buah ini secara menyeluruh di bawah nama Duku dimana kawasan penanaman pokok duku dan dokong tumbuh subur di kawasan beriklim tropika dengan tanah yang lembap dan subur di Sumatera Selatan dimana ada buah dinamakan atau terkenal dengan 'Duku Palembang' yang sangat popular terutamanya di sepanjang laluan aliran Sungai Komering. Dalam pada itu di Sumatera Utara seperti di Kabupaten Tapanuli Selatan merupakan antara pengeluar terbesar buah ini sementara di Sumatera Barat khususnya di Kabupaten Solok yang terkenal dengan duku dan buah dokong bertekstur lembut dan manis. Kawasan seperti di Riau seperti di Kabupaten Siak merupakan pusat pengeluaran terkemuka di wilayah ini. Ada juga tanaman ini di buat di Jawa Barat: Antaranya kawasan Kabupaten Ciamis yang dilaporkan ia menyumbang kepada pengeluaran di pulau Jawa. Statistik laporkan hasil pengeluaran sepokok buah duku dan buah dokong yang matang ia boleh menghasilkan sekitar 50 - 100 kg buah setahun yang bergantung kepada penjagaan dan usia pokok.Ada kajian dimana apabila ladang atau kebun dokong sudah mencecah usia matang (20 tahun ke atas) ia mampu menghasilkan produktiviti sehingga 25 tan sehektar setahun. Di Indonesia juga ada isu pengeluaran buah ini mengikut musim dan memerlukan fasa cuaca kering sekitar 3 - 4 minggu untuk merangsang pembungaan. Biasanya waktu penuaian berlaku setahun sekali (contohnya sekitar awal tahun atau mengikut zon cuaca wilayah). Data eksport Buah Duku dan Buah Dokong Indonesia yang mampu bukan sahaja dapat memenuhi pasaran domestik, malah turut mengeksport buah duku dan dokong ini ke luar negara mencecah ratusan ribu kilogram setahun dengan Malaysia menjadi destinasi pasaran utama bagi eksport buah ini. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang edukatif. Wasallam!!!...
BUAH DOKONG... BERMUSIM JENISNYA...
RASA YANG MANIS...DAN WANGI AROMA...
ADA BUAH BERBIJI... IKUT VARIETINYA... 
MEMBACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 RabiulAkhir 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.