REBUNG BULUH (Bamboo Shoot) adalah pucuk muda yang baru tumbuh daripada akar bawah tanah pokok buluh dimana ia masih lembut untuk dimakan sebagai sejenis sayuran yang popular di banyak bahagia dunia. Bagi penulis blog yang suka makan rebung buluh segar ia merupakan satu hasil daripada tumbuhan dari Pokok Buloh (Bambosa spp) yang mana ia sangat mudah didapati dinegara kita dan dikawasan lembab. Terdapat sebanyak 1,450 spesis buloh tumbuhan buluh yang ujud diseluruh dunia daripada 70 genera kesemuanya didalam keluarga Poaceae. Pokok buloh adalah tumbuhan yang tahan lasak, cepat membiak dan dikategorikan sebagai 'rumpai' dalam sektor pertanian. Batang buloh yang mempunyai ruas-ruas dan merupakan jenis kayu sederhana keras yang boleh tumbuh tinggi dalam susunan rumpun yang besar. Paling ajaib adalah bagaimana cepatnya pertumbuhan pokok buloh iaitu mampu tumbuh sehingga 100 cm (40 inci) dalam masa 24 jam sahaja dalam keadaan cukup air, sumber nutrien dan cuaca yang baik. Bagi penulis blog dimana istilah 'Rebung Buluh' adalah pucuk buluh yang muda dan lembut, tumbuh daripada rizom buluh di dalam tanah. Rebung buluh ini boleh dimakan dan digunakan sebagai bahan masakan dalam pelbagai hidangan tradisional Asia seperti gulai masak lemak cili api dan sayur lodeh kerana rasanya yang enak dan berkhasiat. Menyatakan apa itu Rebung di maknakan sebagai tunas pucuk buluh yang masih muda keluar dari tanah sebelum matang. Ia tumbuh daripada rizom (bahagian akar) buluh yang berada di dalam tanah dimana rebung biasanya lembut, tidak pahit (jika jenis yang boleh dimakan) dan mempunyai nutrisi kandungan serabut yang rendah. Kegunaan Rebung paling utama adalah sebagai bahan makanan yang popular dan berkhasiat di seluruh Asia. Penulis blog memang suka makan sayur rebung buluh segar (kurang suka rebung yang di jeruk) sebagai hidangan yang sedap di masak dalam pelbagai masakan seperti gulai, sayur lodeh, masakan rendang, acar, dan goreng tumis. Beberapa negara di dunia sudah lama mereka mengkomersilkan produk rebung buluh seperti di China, Taiwan, Jepun sebab ia mendapat jumlah permintaan yang tinggi sebagai bahan makanan terutama di jual didalam tin. Antara fakta menarik tentang rebung yang perlu di ketahui dimana tidak semua jenis rebung boleh dimakan dan hanya rebung dari spesies tertentu yang sesuai untuk dimakan. Di Malaysia ada terdapat beberapa spesies pokok buluh seperti Bambusa blumeana, Dendrocalamus asper dan Gigantochloa levis yang menghasilkan rebung yang boleh dimakan. Apa yang penulis blog tahu berdasarkan daripada pengalaman di kampong dimana untuk memastikan rebung lembut dan tidak pahit, ia perlulah diproses dengan cara yang betul iaitu ianya termasuk direbus dan ditambahkan sedikit gula untuk tujuan menghilangkan rasa pahitnya. Bagi jenis buloh untuk rebung atau dibuat perabut yang ditanam dimana ia agak perlahan sedikit pertumbuhannya iaitu sekitar 3-10 cm sehari. Terdapat bermacam jenis buloh yang popular di Malaysia seperti Buloh Betong, Buloh Padu, Buloh Minyak, Buloh Duri, Buluh Mini dan sebagainya. Anda boleh baca artikel mengenai buloh tulisan saya (Sila klik disini). Artikel kali ini saya gembira berkongsi fakta penting dalam "Anim Agro Technology" mengenai REBUNG BULUH sebagai bahan rujukkan semua.
Terdapat banyak resepu masakan dari rebung buuh bergantung kepada citarasa dan jenis rebug di gunakan sama ada dari Jenis Rebug Segar, Jenis Rebung Dalam Tin atau Jenis Rebung Kering. Di Malaysia dan di kampong saya di Muar, Johor dimana Jenis Resepi Masak Lemak Cili Padi Rebung merupakan hidangan terbaik untuk di makan dengan nasi putih panas dan di hidangkan semasa makan tengahari. Penulis blog memang tahu cara menyediakan menu ini sebab sudah sering makan di kampong dengan menyediakan bahan-bahan yang terdiri daripada rebung buluh (di ambil dari kebun atau di beli jenis yang sudah direbus empuk), santan kelapa (sederhana cair atau pekat), cili padi (tumbuk atau kisar), kunyit hidup (tumbuk bersama cili padi), serai (diketuk), daun kunyit (dihiris atau disimpul), ikan bilis atau udang (pilihan penambah rasa) dan juga garam secukup rasa. Kalau suka tambah ada yang akan gunakan pertu lembu (yang di hiris dan di rebus masak). Cara memasak hidangan ini adalah dengan menumbuk cili padi dan kunyit hidup. Kemudian dimasukkan bahan tumbuk, serai dan rebung ke dalam periuk. Seterusnya di tuang santan dan masukkan ikan bilis atau udang dan dimasak atas periok dengan gunakan api sederhana sambil dikacau perlahan supaya santan tidak pecah minyak berketul. Kemudian boleh di masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam. Boleh di biarkan sehingga mendidih sebati dan dimatikan api serta kemudian siangkat untyk dihidangkan.
Dalam portal media lain ada di laporkan 'Hebatnya Rebung Madu' yang agak menarik di kongsikan faktanya. Media laporkan ada rombongan kakitangan Agrobank membuat liputan projek-projek pembiayaan organisasi kewangan itu di sekitar negeri Kedah di sambut dengan hidangan makan tengahari yang berbeza daripada biasa. Kesemua menu yang dihidang mengandungi rebung madu sebagai bahan asas. Makanan ini ia disediakan dalam pelbagaijenis masakan antaranya adalah seperti gulai daging bersama rebung madu, acar rebung madu dan masak lemak rebung madu kelihatan cukup menyelerakan. Juga ada dilaporkan dimana jenis rebung madu mempunyai rasa yang sangat berlemak dan manis berbeza daripada rebung biasa seperti didakwa oleh pemilik restoran Ahmad Tajudin ketika ditemui di Kuala Nerang, Kedah dengan melayani rombongan ini. Di Malaysia dimana industri rebung madu adalah satu bidangusaha yang Agrobank lihat ia kini semakin semakin berkembang pesat serta mendapat permintaan tinggi. Apa pun selain masakan dimana tumbuhan dalam kategori sayur itu juga boleh ianya dihasilkan dalam bentuk tepung, kerepek, jeruk dan juga rebung beku. Rombongan ini melawat penanaman rebung madu yang mana dia mula berjinak-jinak dengan perusahaan penanaman rebung madu ini sekitar tahun 2008. Kalau dulu dia cuma main-main bila ada kawannya yang menyuruhnya cuba merasai keenakkan masakan rebung maka dia terus menanamnya. Kini masakan rebung buluh sudah ramai yang suka dan tertarik dengan rasanya yang sangat sedap. Tanam pokok rebung madu merukan aktiviti yang dilaporkan mudah dan cepat untuk mengeluarkan. Awalnya dulu petani ini hanya mulakan projek dengan bermodalkan RM1,800 bagi tujuan membersihkan kawasan hutan dan membeli biji benih dikebun projek tanaman rebung madu di kawasan tanah seluar empat ekar yang disewanya. Dakwanya di peringkat awa hanya menanam 400 anak pokok rebung madu dengan jarak tiga meter setiap pokok untuk memudahkan pertumbuhan. 'Kemudian di perhatikan yang setiap unit benih buluh yang dibeli ini kemudiannya akan bercambah dan ia membentuk serumpun pokok yang mengandungi antara 8 - 10 batang rebung. 'Sebahagian dari pokok-pokok ini kemudiannya akan ditebang untuk dijadikan sebagai benih pula dimana semua prosesnya sangat mudah dan tidak membebankan. Amalan agronomi penting yang di lakukan adalah membaj yang perlu dijalankan setiap enam bulan sekali. Bagi aktiviti penyemburan racun serangga dimana ia dibuat setiap dua bulan untukdapat mengelakkan gangguan serangga seperti anai-anai dan kerising. Apa pun biasanya digunakan jenis baja daripada najis lembu yang telah diproses selain menerima bantuan baja daripada pihak Jabatan Pertanian Kedah. Apa fakta menarik dan unik dari tanaman rebung madu adalah jenis ini ia tidak mempunyai sifat miang seperti rebung biasa. Lebih memudahkan lagi dengan cara sistem pembiakannya juga tidak memerlukan jumlah air yang banyak serta senang dijaga. Rebung madu mempunyai tempoh matang selama lapan bulan dan selepas tempoh itu, hasilnya boleh dituai. Melihat proses pengendalian yang mudah dan permintaannya yang tinggi. Petanin inni dilaporkan ada membuat pinjaman modal daripada pihak Agrobank untuk tujuan dapat memperluaskan perusahaannya. Dilaporkan dimana terkini keluasan kebunnya telah mempunyai lebih daripada 800 pokok dan bercadang untuk mencari kawasan tanah yang lebih besar bagi membolehkannya menanam lebih banyak pokok.
REBUNG BULUH...BANYAK JENISNYA...
DIJADIKAN MAKANAN...ENAK RASANYA...
NEGARA CHINA...PENGELLUAR UTAMA...
MEMBACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 RabiulAwal 1448H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.