REBUNG BULUH (Bamboo Shoot) adalah pucuk muda yang baru tumbuh daripada akar bawah tanah pokok buluh dimana ia masih lembut untuk dimakan sebagai sejenis sayuran yang popular di banyak bahagia dunia. Bagi penulis blog yang suka makan rebung buluh segar ia merupakan satu hasil daripada tumbuhan dari Pokok Buloh (Bambosa spp) yang mana ia sangat mudah didapati dinegara kita dan dikawasan lembab. Terdapat sebanyak 1,450 spesis buloh tumbuhan buluh yang ujud diseluruh dunia daripada 70 genera kesemuanya didalam keluarga Poaceae. Pokok buloh adalah tumbuhan yang tahan lasak, cepat membiak dan dikategorikan sebagai 'rumpai' dalam sektor pertanian. Batang buloh yang mempunyai ruas-ruas dan merupakan jenis kayu sederhana keras yang boleh tumbuh tinggi dalam susunan rumpun yang besar. Paling ajaib adalah bagaimana cepatnya pertumbuhan pokok buloh iaitu mampu tumbuh sehingga 100 cm (40 inci) dalam masa 24 jam sahaja dalam keadaan cukup air, sumber nutrien dan cuaca yang baik. Bagi penulis blog dimana istilah 'Rebung Buluh' adalah pucuk buluh yang muda dan lembut, tumbuh daripada rizom buluh di dalam tanah. Rebung buluh ini boleh dimakan dan digunakan sebagai bahan masakan dalam pelbagai hidangan tradisional Asia seperti gulai masak lemak cili api dan sayur lodeh kerana rasanya yang enak dan berkhasiat. Menyatakan apa itu Rebung di maknakan sebagai tunas pucuk buluh yang masih muda keluar dari tanah sebelum matang. Ia tumbuh daripada rizom (bahagian akar) buluh yang berada di dalam tanah dimana rebung biasanya lembut, tidak pahit (jika jenis yang boleh dimakan) dan mempunyai nutrisi kandungan serabut yang rendah. Kegunaan Rebung paling utama adalah sebagai bahan makanan yang popular dan berkhasiat di seluruh Asia. Penulis blog memang suka makan sayur rebung buluh segar (kurang suka rebung yang di jeruk) sebagai hidangan yang sedap di masak dalam pelbagai masakan seperti gulai, sayur lodeh, masakan rendang, acar, dan goreng tumis. Beberapa negara di dunia sudah lama mereka mengkomersilkan produk rebung buluh seperti di China, Taiwan, Jepun sebab ia mendapat jumlah permintaan yang tinggi sebagai bahan makanan terutama di jual didalam tin. Antara fakta menarik tentang rebung yang perlu di ketahui dimana tidak semua jenis rebung boleh dimakan dan hanya rebung dari spesies tertentu yang sesuai untuk dimakan. Di Malaysia ada terdapat beberapa spesies pokok buluh seperti Bambusa blumeana, Dendrocalamus asper dan Gigantochloa levis yang menghasilkan rebung yang boleh dimakan. Apa yang penulis blog tahu berdasarkan daripada pengalaman di kampong dimana untuk memastikan rebung lembut dan tidak pahit, ia perlulah diproses dengan cara yang betul iaitu ianya termasuk direbus dan ditambahkan sedikit gula untuk tujuan menghilangkan rasa pahitnya. Bagi jenis buloh untuk rebung atau dibuat perabut yang ditanam dimana ia agak perlahan sedikit pertumbuhannya iaitu sekitar 3-10 cm sehari. Terdapat bermacam jenis buloh yang popular di Malaysia seperti Buloh Betong, Buloh Padu, Buloh Minyak, Buloh Duri, Buluh Mini dan sebagainya. Anda boleh baca artikel mengenai buloh tulisan saya (Sila klik disini). Artikel kali ini saya gembira berkongsi fakta penting dalam "Anim Agro Technology" mengenai REBUNG BULUH sebagai bahan rujukkan semua.
Produk Rebung ada tiga jenis iaitu Jenis Rebung Segar, Jenis Rebung dalam Tin dan Jenis Rebung Kering untuk dijadikan bahan makanan. Jenis paling popular adalah Jenis Rebung Segar (fresh bamboo shoot) iaitu ia adalah pucuk muda buluh yang baru dipotong dari rumpunnya dan mempunyai tekstur yang rangup. Apa pun bagi penulis blog dimana hanya suka jenis rebung buuh segar dan tidak suka dengan jenis rebung buluh peram. Apa pun di Malaysia memang ada terdapat beberapa spesies buluh utama yang menghasilkan rebung segar yang enak dimakan iaitu jenis Rebung Segar Popular adalah dari Jenis Buluh Betong (Dendrocalamus asper) sebab ia jenis rebung bersaiz besar, isi yang padat, manis dan sangat popular untuk dimasak gulai. Selain itu ada jenis Rebung Buluh Minyak (Gigantochloa levis) dimana apa yang penulis blog tahu dimana ia sangat digemari kerana rasanya yang enak, tidak terlalu pahit dan lazat dijadikan ulam atau masak lemak. Ketiga ada Jenis Rebung Buluh Duri (Bambusa blumeana) dimana rebungnya sedap, namun bahagian luar dan kelopak reneknya berduri tajam semasa mencari. Keempat ada Jenis Rebung Buluh Kemang (Gigantochloa ligulata) iaitu jenis rebung tempatan yang turut mendapat permintaan tinggi di pasar basah. Beberapa petua atau panduan bagi menyediakan Rebung Segar adalah mengambil rebung di pokok dan ia perlu di kupas dan dipotong atau membuang kulit luar yang keras dan ambil bahagian pucuk yang lembut sahaja. Kemudian boleh di rendam dan juga direbus sebabnya rebung segar mengandungi toksin semula jadi (taksifilin) dan rasa sedikit kelat atau rasa pahit. Sebaiknya memang wajib merebusnya terlebih dahulu (sesetengah petua menyarankan menukar air rebusan 1 hingga 2 kali) sebelum dimasak lemak cili padi atau ditumis untuk kenakan tersendiri dan berkhasiat serta enak.
Kedua ada produk Jenis Rebung Dalam Tin (Canned Bamboo Shoot) dimana produk ini adalah pucuk buluh muda yang telah diproses, dipotong (seperti bentuk jalur atau hirisan) dan kemudan ia akan direndam di dalam air atau air garam di dalam bekas tin kedap udara. Beberapa negara pengeluar utama produk rebung dalam tin seperti di China, Taiwan dan Thailand dimana mereka akan memproses rebung dalam tin dengan teknologi yang sangat mudah kerana ia sudah dimasak dan dilembutkan di dalam kilang. Apa pun langkah atau cara memproses untuk menggunakan produk rebung dalam tin sebelum di masak adalah dengan membuka tin dan toskan dulu air dan dibuang air rendaman rebung dalam tin tersebut. Kemuidan ia perlu dibasuh dengan air bersih dan sebaiknya ia di bilas rebung di bawah air paip yang mengalir sebanyak dua hingga tiga kali untuk menghilangkan rasa masam, masin atau bau air tin yang kurang menyenangkan. Sebaikya produk ini di celur seketika (Optional) jika pengguna agak sensitif pada bau atau rasa. Sebaiknya ia di celur atau direbus rebung dalam air mendidih selama 2 hingga 3 minit lagi dan ia kemudian ditoskan. APa pun ia kini sudah sedia untuk di masak mengikut resepi yag di sukai dengan bahan lain disediakan juga seperti di masak tumis pedas atau masak lemak cili api dan dibuat kerabu rebung atau dimasukkan ke dalam sup. Rebung dalam Tin ini biasanya ia hanya menggunakan spesies buluh yang mudah didapati dan lumayan hasilnya seperti Dendrocalamus asper (buluh betung) atau spesies dari Thailand dan China. Ia sebenarnya sudah sedia untuk digunakan selepas dibuka tetapi memang sebainya ia dicuci bersih dan ditoskan dimana di laporkan yang toksin semula jadi dalam rebung segar juga telah hilang melalui proses pengetinan. Teksturnya rangup juga manakala rasanya lebih ringan atau tawar berbanding rebung segar.
Agak jarang di dengar atau di viralkan akan produk Jenis Rebung Kering (Dried Bamboo Shoot) dimana ia adalah pucuk buluh muda yang telah diproses melalui cara direbus dan dijemur atau ianya dikeringkan supaya tahan lama dalam simpanan dan boleh di eksport jauh. Penulis blog jelaskan fakta bagaimana membuat rebung buluh kering dimana di kilang yang membuat rebung kering melalui proses pembersihan, penceluran air panas, penyejukan, penekanan air, dan pengeringan industri. Pertama adalah di lakukan proses pemilihan dan pembersihan hasil kutipan rebung segar yang dipilih dan dibuang kulit luar yang keras.
Selalunya di bahagian pangkal yang keras perlu ia dipotong dan dibersihkan. Berikutnya adalah proses penceluran (Blanching) dimana rebung ini perlu direbus atau dicelur dalam air panas bersuhu tinggi selama 1 hingga 2 jam. Proses ini bertujuan mematikan enzim serta bagi menghilangkan toksin semula jadi dan mengurangkan rasa pahit rebung. Proses seterusnya adalah 'Penyejukan Mendadak' di lakukan dimana rebung panas segera dimasukkan ke dalam air sejuk dimana disebabkan ada perbezaan suhu ini kesannya ia akan dapat mengecutkan rebung dan mengekalkan warna kuning semula jadi serta mengelakkan kerosakan tekstur. Berikutnya adalah 'Proses Penekanan Air atau Pressing' dimana rebung ini ia akan diletakkan di dalam mesin penekan untuk memerah keluar lebihan air. Memang langkah ini penting untuk tujuan mengurangkan kandungan lembapan sebelum proses pengeringan. Palinng unik adalah 'Proses Pengeringan (Drying) dimana rebung yang telah leper disusun dan ianya dimasukkan ke dalam ketuhar pengering industri atau mesin pengering bersuhu terkawal (drying oven). Proses didalam membuat rebung kering ini akan mengambil masa antara 24 hingga 48 jam sehingga rebung betul-betul kering dan tahan disimpan. Fakta akan ciri-ciri rebung kering dimana bentuk asas adalah oa dihiris nipis, dipotong memanjang atau ketulan kon bergantung pada cara ia diproses. Selalunya ia berwarna kuning keemasan, coklat muda atau beige serta kelihatan kering dan agak liat sebelum direndam. Ia mempunyai rasa umami yang lebih pekat berbanding rebung segar diman selalunya selepas dimasak, teksturnya menjadi kenyal dan lembut. Penulis blog kongsikan cara menyediakan penduan atau petua bagaimana rebung kering sebelum dimasak ialah dengan merendamnya di dalam air selama berjam-jam atau semalaman sehingga lembut dan ia kemudian merebusnya semula. Perlu di masukkan rebung kering ke dalam mangkuk dan rendam dengan air biasa selama 6 jam atau semalaman sehingga rebung lembut dan mudah dilenturkan. Tukar air rendaman jika air menjadi keruh. Kemudian di cuci dengan cara toskan rebung yang sudah kembang dan bilas bersih dengan air mengalir. Masukkan rebung ke dalam periuk berisi air, lalu didihkan selama 1 jam untuk menghilangkan sisa bau atau rasa keras dan ditoskan. Jika rebung masih agak keras, ulangi proses merebus sekali lagi selama 1 jam sehingga teksturnya empuk tetapi sedikit kenyal dimana ia sudah sedia di masak. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang ke 9,300 kali ini. Wasalam!!!....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.