REBUNG BULUH (Bamboo Shoot) adalah pucuk muda yang baru tumbuh daripada akar bawah tanah pokok buluh dimana ia masih lembut untuk dimakan sebagai sejenis sayuran yang popular di banyak bahagia dunia. Bagi penulis blog yang suka makan rebung buluh segar ia merupakan satu hasil daripada tumbuhan dari Pokok Buloh (Bambosa spp) yang mana ia sangat mudah didapati dinegara kita dan dikawasan lembab. Terdapat sebanyak 1,450 spesis buloh tumbuhan buluh yang ujud diseluruh dunia daripada 70 genera kesemuanya didalam keluarga Poaceae. Pokok buloh adalah tumbuhan yang tahan lasak, cepat membiak dan dikategorikan sebagai 'rumpai' dalam sektor pertanian. Batang buloh yang mempunyai ruas-ruas dan merupakan jenis kayu sederhana keras yang boleh tumbuh tinggi dalam susunan rumpun yang besar. Paling ajaib adalah bagaimana cepatnya pertumbuhan pokok buloh iaitu mampu tumbuh sehingga 100 cm (40 inci) dalam masa 24 jam sahaja dalam keadaan cukup air, sumber nutrien dan cuaca yang baik. Bagi penulis blog dimana istilah 'Rebung Buluh' adalah pucuk buluh yang muda dan lembut, tumbuh daripada rizom buluh di dalam tanah. Rebung buluh ini boleh dimakan dan digunakan sebagai bahan masakan dalam pelbagai hidangan tradisional Asia seperti gulai masak lemak cili api dan sayur lodeh kerana rasanya yang enak dan berkhasiat. Menyatakan apa itu Rebung di maknakan sebagai tunas pucuk buluh yang masih muda keluar dari tanah sebelum matang. Ia tumbuh daripada rizom (bahagian akar) buluh yang berada di dalam tanah dimana rebung biasanya lembut, tidak pahit (jika jenis yang boleh dimakan) dan mempunyai nutrisi kandungan serabut yang rendah. Kegunaan Rebung paling utama adalah sebagai bahan makanan yang popular dan berkhasiat di seluruh Asia. Penulis blog memang suka makan sayur rebung buluh segar (kurang suka rebung yang di jeruk) sebagai hidangan yang sedap di masak dalam pelbagai masakan seperti gulai, sayur lodeh, masakan rendang, acar, dan goreng tumis. Beberapa negara di dunia sudah lama mereka mengkomersilkan produk rebung buluh seperti di China, Taiwan, Jepun sebab ia mendapat jumlah permintaan yang tinggi sebagai bahan makanan terutama di jual didalam tin. Antara fakta menarik tentang rebung yang perlu di ketahui dimana tidak semua jenis rebung boleh dimakan dan hanya rebung dari spesies tertentu yang sesuai untuk dimakan. Di Malaysia ada terdapat beberapa spesies pokok buluh seperti Bambusa blumeana, Dendrocalamus asper dan Gigantochloa levis yang menghasilkan rebung yang boleh dimakan. Apa yang penulis blog tahu berdasarkan daripada pengalaman di kampong dimana untuk memastikan rebung lembut dan tidak pahit, ia perlulah diproses dengan cara yang betul iaitu ianya termasuk direbus dan ditambahkan sedikit gula untuk tujuan menghilangkan rasa pahitnya. Bagi jenis buloh untuk rebung atau dibuat perabut yang ditanam dimana ia agak perlahan sedikit pertumbuhannya iaitu sekitar 3-10 cm sehari. Terdapat bermacam jenis buloh yang popular di Malaysia seperti Buloh Betong, Buloh Padu, Buloh Minyak, Buloh Duri, Buluh Mini dan sebagainya. Anda boleh baca artikel mengenai buloh tulisan saya (Sila klik disini). Artikel kali ini saya gembira berkongsi fakta penting dalam "Anim Agro Technology" mengenai REBUNG BULUH sebagai bahan rujukkan semua.
Industri rebung buluh di Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding dengan industri rebung bulu di Thailand walau pun banyak kempen di lakukan oleh pihak berwajib. Penulis blog dapati sehingga artikel ini di tulis tidak ada data rasmi khusus mengenai jumlah dan nilai pengeluaran rebung buluh secara nasional di Malaysia sebab ia tidak direkodkan sebagai komoditi utama secara terperinci oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Jabatan Pertanian Malaysia. Isu ini masih berlaku kemungkinan kerana industri ini banyak diusahakan secara kecil-kecilan atau separuh komersial atau masih banyak bergantung kepada pokok buluh liar di hutan atau di kawasan belukar. Beberapa pihak seperti Jabatan Hutan, FRIM, MARDI, DOA ada membuat kajian kemungkinan akan mengkomersilkan industri rebung dan penanaman bukuh akan tetapi sambutab pihak pengusaha masih dingin. Walau bagaimanapun ada sedikit maklumat berkaitan pengeluaran dan pasaran rebung di Malaysia sebagai rujukkan. Pertama adalah maklumat mengenai sumber rebung dan pasaran import dimana direkodkan yang Malaysia masih mengimport sekitar 30 - 50 tan produk rebung buluh setahun dari negara luar seperti China, Thailand dan Jepun bagi dapat menampung permintaan tempatan dimana trend ini ia dilaporkan masih terus berlaku peningkatan permintaan domestik kerana rebung diminati ramai sebagai bahan masakan tradisional. Aspek kedua adalah mengenai Harga Pasaran Rebung di Malaysia yang mana bagi jenis rebung buluh Betung (Dendrocalamus asper) ia di jual sekitar RM5.00 sekilogram untuk yang belum diproses dan RM8.00 sekilogram untuk yang sudah diproses. Dalam pada itu bagi Jenis Rebung Buluh Beting (Buluh Lemang) ia di jual pada harga sekitar RM3.00 sekilogram (belum diproses) hingga RM5.00 sekilogram (rebung sudah diproses). Bagaiman pun secara umumnya dimana harga rebung buluh di Malaysia biasanya dijual sekitar RM4.00 hingga RM13.00 sekilogram bergantung kepada jenis rebung, sama ada ia masih segar, atau sudah siap diproses. Ia di kelaskan kepada pecahan harga pasaran dimana lazimnya bagi Jenis Rebung Segar (Belum Diproses) akan di jual dengan harga RM4.00 - RM6.00 sekilogram di pasar tani atau ladang sementara umumnya bagi Jenis Rebung Siap Proses atau Rebug Siap Potong ia di jual sekitar RM8.00 - RM13.00 sekilogram (atau sekitar RM10.50 untuk pek 500g di platform atas talian). Bagi produk Jenis Rebung Premium (Sudah Siap Masak dalam Pek) dimana harganya ia boleh mencecah sehingga RM21.00 - RM25.00 sekilogram.Penulis blog pernah membuat lawatan teknologi ke pengusaha ladang swasta berskala besar (seperti di TKPM Lanchang, Pahang) yang mampu mengeluarkan sekitar 12 tan rebung sebulan dari kawasan seluas belasan hektar dahulu.
Cara masak atau penyediaan rebung ia tidak boleh dimakan mentah kerana selalu ia mengandungi sebatian toksin semula jadi (taksifilin). Ia perlu dikupas kulit luar dan direbus terlebih dahulu di dalam air mendidih selama 20 hingga 30 minit sebelum dimasak. Sebenarnya manafaat rebung sebagai bahan masakan sudah dilakukan sejak zaman dahulu dimana rebung boleh dituai sepanjang tahun atau tanpa mengenal musim. Rebung yang terbit pada pangkal rumpun buloh berbentuk kon yang tajam dibahagian atasnya dan saiz ukurlilit batang bergantung krpada spesis rebung. Ia perlu dipotong dengan parang tajam atau terjah yang mampu memotong bahagian akar. Ia akan menghasilkan lebih banyak rebung kalau selalu dilakukan aktiviti penuaian. Apabila dibuang kulitnya, kebanyakan isi rebung adalah berwarna putih krim yang menarik dengan aroma yang segar (Sila lihat foto sebelah). Penulis mendapati di Malaysia penghasilan rebung buloh adalah sepanjang tahun tetapi penuaian rebung agak tinggi (memuncak) antara bulan Disember hingga Februari atau pada musim hujan. Rebung boleh dikutip ketika sudah mencapai ketinggian sekitar 20 cm dengan diameter sekitar 7 cm. Penting diperhatikan adalah agar buloh rebung tidak boleh terlambat untuk dituai kerana jika terlambat selama sekitar 2 bulan maka rebung akan berubah menjadi anak pokok buloh yang keras sehingga tidak memungkinkan untuk dijadikan sebagai bahan masakan.
Dalam beberapa laporan saintifik, rebung telah pun diketahui mengandungi berbagai khasiat yang terdiri daripada Air (dengan kandungan tertinggi sebesar 91%), protein, thiamin, karbohidrat, lemak, kalium, vitamin A, vitamin C, besi, fosfor, dan lainnya. Kandungan karbohidrat, protein dan lemak sebenarnya hampir sama jika dibandingkan dengan berbagai jenis sayur-sayuran yang lain. Begitu pula dengan kandungan kalium pada rebung yang cukup tinggi iaitu 533 mg per 10 gramnya. Makanan yang kaya dengan kalium sekitar 400 mg didakwa sangat bermanfaat untuk mengurangkan risiko serangan stroke. Penderita stroke biasanya mengalami kekurangan mineral ini. Orang yang menderita kekurangan kalium, biasanya akan mengalami kekejangan otot. Mereka boleh mengambil sayur rebung untuk mencukupi keperluan unsur kalium harian dalam badan. Kajian juga mendapati selain kalium, Rebung juga sangat kaya dengan serat (Fiber) iaitu sebanyak 2.56%. Kandungan serat pada rebung ternyata lebih tinggi jika dibandingkan dengan jenis sayuran tropika yang lain seperti Sawi (1.01%), Timun (0.61%), Kacang Soya (1.27%) dan sebagainya. Pada masa ini masih ujud pada dasarnya manusia yang mengalami kes-kes kekurangan serat pada tubuhnya tidak akan mengalami gejala yang spesifik iaitu tidak seperti kekurangan zat-zat lainnya. Bagaimana pun ketercukupan serat harus terpenuhi dengan baik untuk meningkatkan aktiviti metabolisma tubuh.
Kekurangan serat ternyata boleh juga menyebabkan berbagai jenis penyakit. Kekurangan serat boleh menyebabkan terjadinya aterosklerosis atau pembuluh darah tersumbat, diabetes melitus, hiperkolesterolemia, sakit jantung, kanser usus besar (kolon) dan sebagainya. Serat merupakan zat yang berbentuk karbohidrat kompleks dan biasanya banyak terdapat pada dinding sel tanaman sayuran termasuk Rebung Buluh. Lazimnya bahan serat memang tidak boleh dicerna dan diserap oleh saluran pencernaan. Bagaimana pun memang telah diketahui ia memiliki fungsi yang sangat penting iaitu untuk memelihara tahap kesihatan manusia seperti dapat mencegah ancaman serangan berbagai jenis penyakit dan merupakan komponen penting dalam terapi zat permakanan. Pengambilan bahan serat daripada rebung buloh ini adalah satu pemilihan yang baik. Bagaimanakah kadar pengambilan rebung buluh penduduk kita?. Beberapa sumber rujukan manyatakan ianya hanya purata sekitar 10.5 gram seorang seharian. Ini amat jelas bahawa ia ditahap masih kurang kerana keperluan ideal yang mesti dicukupi ialah sebanyak 30 gram serat setiap orang sehari. Oleh itu pengambilan buloh rebung boleh menjadikan anda memyelesaikan beberapa masala kesihatan yang dinyatakan diatas. Apa pun pastikan mengamnil buloh rebong segar yang diproses dengan betul atau membeli rebung buloh dalam tin yang dijamin kualtitinya (belum expired lagi pada label). Selamat menjamu selera rebung buluh yang dimasak lemak cili api. Artikel ini di tulis dalam tiga (2) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang ke 9,299 kali ini. Wasalam!!!....
DIJADIKAN MAKANAN...ENAK RASANYA...
NEGARA CHINA...PENGELLUAR UTAMA...
MEMBACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 RabiulAwal 1448H).



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.