Thursday, July 3, 2025

SEMBANG TENTANG POKOK KELOR (Part 2)

POKOK KELOR
atau POKOK MORINGGA (Moringa oleifera) di Malaysia kini semakin mendapat perhatian kerana dilapor khasiatnya yang tinggi dan mudah untuk ditanam. Di negara-negara membangun dimana sellaunya pokok ini digunakan sebagai sumber alternatif bagi makanan manusia dan juga bagi ternakan. Apa pun penulis blog dengar jika tumbuhan Moringga oleifera juga dirujuk sebagai 'Pokok Ajaib' kerana mengandungi pelbagai jenis nutrien termasuk unsur protein, vitamin dan mineral yang menjadikannya sebagai salah satu sumber makanan berpotensi untuk mengurangkan masalah malnutrisi. Selain itu Kelor ini terkenal dengan sifat antioksidan dan antiradang yang bermanfaat dalam bidang perubatan untuk merawat pelbagai penyakit seperti diabetes, hipertensi dan keradangan. Hasil beberpa laporan kajian menunjukkan bahawa moringa boleh membantu dalam ia menurunkan kadar kolesterol dan meningkatkan kesihatan jantung. Penerokaan dan penggunaan sumber alternatif makanan ternakan tanpa kebergantungan sepenuhnya terhadap sumber bahan mentah import seperti kacang soya merupakan salah satu faktor yang penting bagi menjamin kejayaan industri penternakan negara. Tumbuhan moringga ada menawarkan pelbagai manfaat dalam industri ternakan dengan cara ia mampu meningkatkan kualiti makanan dan kesihatan ternakan. Kandungan protein kasar daun moringga ini mempunyai kira-kira 47% protein pintasan (bypass protein) rumen yang boleh diserap secara terus oleh ternakan ruminan. Pemberian secara daun moringga ini secara berterusan kepada ternakan ruminan sesuai kerana kebolehannya untuk menghadam makanan yang tinggi serat. Apa pun syor ini terhad kepada ternakan unggas, khinzir dan ikan kerana kehadiran bahan serat dan kandungan antinutirisi pada daun tersebut. Moringga ini bukan sahaja dapat menyokong produktiviti sektor pengeluaran ternakan akan tetapi penulis blog yang membuat tinjauan kebeberapa ladang ternkan tahu jika ia menyumbang kepada kelestarian dan keterjaminan dalam keselamatan makanan negara. Di Malaysia tidak banyak maklumat mengenai prestasi pertumbuhan, hasil dan komposisi nutrien daun pokok Moringga oleifera terhadap tempoh penuaian berbeza yang ditanam di tanah mineral masih terhad. Saya ada menulis artikel mengenai tanaman ini yang boleh 
di rujuk (Sila Klik Disini)(Sila Klik Disini) dan beberapa lagi. Laporan kajian untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi prestasi tumbuhan ini untuk menyokong sektor pengeluaran ternakan negara ada di jalankan d MARDI. Artikel subuh dingin dan sunyi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan cara menulis fakta teknikal mengenai kajian dan kisah tentang pokok kelur atau pokok moringga untuk di jadikan bahan rujukkan semua.


Beberapa rujukkan di artikel ada yang nyatakan akan '
9 Khasiat Moringa Yang Menakjubkan' yang mana ia mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya moringa mampu menawarkan khasiat dari pelbagai vitamin dan mineral. Daun ini mempunyai vitamin C 7 kali lebih tinggi daripada buah oren serta ada kandungan potassium 15 kali lebih banyak daripada pisang. Ia juga mengandungi kalsium, protein, zat besi dan amino asid yang penting bagi perkembangan fizikal dan pertumbuhan otot. Khasiatnya yang menyeluruh dan lengkap turut menarik perhatian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menjadikan tumbuhan ini sebagai alternatif kepada bekalan makanan yang diimport bagi merawat malnutrisi di serata dunia. Moringa diperkaya dengan kebaikan antioksida yang dapat melindungi sel daripada kerosakan di samping menguatkan sistem imun badan. Ada sebatian antioksida juga berperanan dalam melawan aktiviti radikal bebas yang boleh menyebabkan tekanan oksidatif yang sering dikaitkan dengan penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis. Apa pun selain vitamin C dan beta carotene, daun moringa juga didapati mengandungi kebaikan antioksida lain seperti quercetin yang berfungsi dalam menstabilkan tekanan darah. Ia juga mampu Menstabilkan Paras Gula Dalam Darah sebab ia mengandungi sebatian yang dinamakan chlorogenic acid yang dikatakan dapat mengurangkan paras gula dalam darah. Sebuah kajian mendapati pengambilan serbuk daun moringa pada setiap hari dapat mengurangkan paras gula dalam darah sehingga 13.5%. Kalangan saintis juga telah pun mencadangkan kesan antidiabetik ini berpunca daripada komponen yang terkandung di dalam moringa seperti isothiocyanates. Kajian yang lebih terperinci perlulah dilakukan bagi mengesahkan keberkesanan penggunaan moringa dalam menstabilkan kadar gula dalam darah. Ke tiga ia mampu dan dapat Mengurangkan Keradangan sebab moringa sering digunakan sebagai ramuan tradisional bagi merawat keradangan. Dalam kajian tabung uji, pengkaji mendapati bahawa isothiocyanates yang ditemui dalam daun, buah dan biji moringa memainkan peranan bagi melawan keradangan. Ia juga didakwa akan Menurunkan Paras Kolesterol dimana kadar kolesterol yang tinggi dalam darah sering dikaitkan dengan risiko penyakit jantung. Selain gaya hidup yang sihat, sumber makanan yang dapat menurunkan kolesterol juga baik untuk diamalkan seperti oat, kacang almond dan flaxseed. Hasil kajian mendapati moringa juga mampu memberikan kesan penurunan kolesterol yang sama. Ke lima dimana bahan moringga adalah ia Berpotensi Sebagai Antikanser sebab ada dari ekstrak daun moringa mampu untuk ia dapat memperlahankan perkembangan sel kanser pankreas dan meningkatkan keberkesanan sesi kemoterapi. Kajian makmal lain juga membuktikan potensi akar dan kulit pokok moringa sebagai agen antikanser yang baik. Seterusnya kehebatan moringga ke 6 adalah ia Merangsang Penghasilan Sel Darah Merah dimana biji moringa kaya dengan zat besi iaitu mineral yang penting bagi penghasilan sel darah merah. Kekurangan sel darah merah pula boleh mengundang kepada masalah anemia. Satu kajian pada tahun 2016 juga sudah mengesahkan potensi moringa sebagai sumber zat besi yang dapat mengatasi masalah kekurangan zat besi dan anemia. Seterusnya ia adalah Baik Untuk Kesihatan Kulit sebab bahan minyak biji moringa sangat baik untuk melindungi kulit daripada radikal bebas dan bagus untuk kesihatan kulit serta rambut.Moringa juga kaya dengan protein yang membantu melindungi sel daripada kerosakan rambut. Kemudian khasiat ke 8 adalah ia mampu untuk Meningkatkan Kesihatan Tulang dimana diantara manfaat lain yang ditawarkan oleh moringa ialah ia dapat meningkatkan kesihatan tulang dengan khasiat kalsium dan fosforus yang terkandung di dalamnya. Moringa yang bersifat antiradang juga memiliki potensi yang tinggi bagi merawat arthritis di samping mengekalkan kekuatan tulang. Akhirnya ehebatan yang ke 9 adalah ia didakwa akan Meredakan Asma atau elah dimana moringa juga dikatakan dapat meredakan serangan asma serta berupaya mencegah pengecutan alur pernafasan. Hasil dari kajian turut mendapati moringa membantu meningkatkan fungsi paru-paru dan pernafasan dengan lebih baik.


Dalam portal bharian.com dilaporkan '
Khasiat moringa bantu rawat pelbagai penyakit' wajar dikongsikan infonya.  Pokok moringa selalu ia dipanggil 'pokok kehidupan' kerana kemampuannya dikatakan dapat mengurangkan kesakitan dan pelbagai penyakit kronik. Apa pun tumbuhan moringa juga dikenali sebagai pokok 'drumstick sebagai sejenis tumbuhan perubatan yang berasal dari India mungkin asing bagi mereka yang jarang menggunakannya sama ada dalam masakan atau tujuan kesihatan dimana dasarnya moringa ini dikatakan kaya dengan nutrien. Pokok moringa kadang-kadang dipanggil 'pokok kehidupan' kerana kemampuannya juga dikatakan dapat mengurangkan kesakitan dan risiko penyakit jantung, ulser dan penyakit kronik lain. Dalam perubatan tradisional iaitu hampir semua bahagian pokok ini digunakan termasuk daun, kulit kayu, akar dan getahnya (Sila lihat foto sebelah). Ada laporan di Amerika Syarikat moringa popular dijadikan daun serbuk, suplemen dan rumusan dalam bahan penjagaan kulit. Ia kaya dengan antioksidan yang membantu mengatasi tekanan oksidatif. Tekanan oksidatif kronik ialah situasi iaitu berlaku ketidakseimbangan antara jumlah antioksidan dan radikal bebas dalam sel. Ia dikaitkan dengan perkembangan penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, dan diabetes. Dilaporkan yang pokok moringa penuh dengan sebatian fenolik, iaitu molekul dengan sifat antiradang. Bahan seperti Flavonoid, fenolik dan karotenoid adalah sebatian fenolik ada dalam pokok moringa. Para penyelidik mendapati sebatian fenolik seperti flavonoid boleh meningkatkan kesihatan sistem imun, mencegah penyakit kronik dan melawan keradangan. Dalam satu kajian mendapati tumbuhan moringa boleh membantu menangani malnutrisi, yang berlaku apabila anda tidak mendapat cukup atau terlalu banyak nutrien atau tenaga. Bahagian daun dan biji moringa mengandungi vitamin, mineral dan lemak yang membantu mencegah malnutrisi. Tumbuhan ini juga kaya dengan vitamin C, vitamin A dan serat. Kajian juga mendapati serbuk daun moringa meningkatkan indeks jisim badan (BMI) dalam kalangan mereka yang menghidap HIV dan mereka yang menjalani terapi antiretroviral. Apa pun dilaporkan hasil kajian itu mencadangkan moringa dapat meningkatkan pengambilan dan status nutrisi sesetengah orang dengan HIV, namun lebih banyak penyelidikan diperlukan. Ia mungkin mengurangkan gula darah apabila kajian mendapati jika pesakit diabetes yang mengambil 20 gram suplemen serbuk daun moringa sehari mempunyai kesan kecil pada kawalan gula darah mereka. Bagaimanapun, tidak cukup penyelidikan untuk mengetahui dengan pasti keberkesanan moringa dalam mengawal gula darah. Ia juga didakwa mungkin melegakan gejala menopaus seperti rasa hangat panas atau 'hot flashes', berpeluh malam dan rasa kegelisahan. Isu menopaus berlaku apabila haid dan ovulasi berhenti, yang biasanya berlaku antara umur 45 hingga 55 tahun. Hasil kajian yang moringa mungkin membantu dalam mengurangkan hot flashes kerana kesan tumbuhan ini terhadap tekanan oksidatif. Apabila ada ketidakseimbangan antioksidan dan radikal bebas dalam badan, anda mungkin mengalami hot flashes. Tekanan oksidatif juga boleh ianya meningkatkan berpeluh malam. Peserta kajian mendapati peningkatan kecil dalam jumlah antioksidan dalam badan mereka, yang mungkin dikaitkan dengan pengurangan keparahan gejala menopaus mereka. Moringa semakin popular sebagai bahan penjagaan kulit. Menurut penyelidikan, ekstrak moringa mempunyai sifat antipenuaan untuk kulit. Apa pun krim yang mengandungi sekurang-kurangnya tiga peratus ekstrak daun moringa membantu memperbaiki kelembutan kulit. Kajian mendapati bahawa krim moringa ia meningkatkan keanjalan kulit. Kandungan vitamin C dan E yang tinggi dalam tumbuhan moringa membantu meremajakan dan menyerikan kulit. Bagaimanapun mungkin ada lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengetahui sejauh mana kesan krim moringa terhadap kulit anda dari masa ke masa.


Dalam portal hmetro.com dilaporkan kes bagaimana cara '
Bantu golongan kekurangan zat' yang berkait dengan moringga. Dilaporkan daun moringa oleifera atau kelor mengandungi nutrien yang tinggi dan antioksidan menjadikan daun ini dikenali sebagai makanan super. Dengan nama botani Moringa oleifera adalah tumbuhan kaya dengan nutrien. Ia juga kaya dengan gabungan nutrien, asid amino, antioksidan, antiradang yang jarang digunakan dalam pemakanan dan penyembuhan. Di Malaysia daun dan buah moringa digunakan dalam masakan kari dan hidangan tempatan. Tumbuhan ini juga sangat terkenal sebagai pelengkap makanan dalam kalangan masyarakat India. Ada sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan inovasi Chewable Moringa Fruity Tablets sebagai makanan tambahan khusus bagi golongan berpendapatan rendah. Ketua Penyelidik dari Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan UPM Prof Madya Ir Dr Yus Aniza Yusof berkata, kebanyakan golongan berpendapatan rendah tidak mampu membeli makanan tambahan untuk menampung kekurangan zat yang diambil setiap hari melalui pemakanan rutin kerana harganya terlalu tinggi. Produk 'Chewable Moringa Fruity Tablets' ini adalah formulasi unik daun kelor atau nama saintifiknya Moringa Oleifera bersifat Orally Disintegrating Tablet (ODT) yang mudah dikunyah, berkhasiat, semula jadi, menjimatkan dan boleh dijadikan makanan tambahan untuk semua peringkat umur. Inovasi ini menggunakan serbuk buah sebagai pengikat dan pengurai semula jadi bagi menghilangkan rasa pahit yang terdapat di dalam daun berkenaan. Malah daun kelor juga dikenali sebagai daun lemunggai, gemunggai atau remungai dalam kalangan masyarakat Malaysia. Daun moringa menjadi bahan utama untuk menghasilkan inovasi ini kerana ia adalah tumbuhan paling kaya dengan nutrisi yang ditemui setakat ini. Ia juga kaya dengan gabungan nutrisi, asid amino, antioksidan, dan antiradang yang bersesuaian dalam pemakanan serta penyembuhan. Dia yang juga Ketua Makmal Perkhidmatan Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal UPM berkata, inovasi ini berpotensi untuk membantu golongan yang kekurangan zat atau kurang sihat dengan menghasilkan tablet mudah dimakan dengan kos yang rendah. Kepentingan untuk memenuhi keperluan nutrisi di dalam pemakanan seharian perlu diambil berat terutama keperluan untuk kanak-kanak. Isu kekurangan nutrisi atau zat dapat menjejaskan kesihatan individu. Zat boleh didapati di dalam makanan yang berkhasiat dengan kadar mencukupi setiap hari dan cara pengambilan makanan tambahan juga boleh memastikan nutrisi mencukupi. Didakwa yang daun ini boleh dijadikan sebagai makanan tambahan multivitamin yang murah. Selain itu ia dapat memenuhi tahap multivitamin hilang dalam makanan untuk yang kurang berkemampuan di seluruh dunia. Diantara ciri lain tablet Moringa adalah memberi kekerasan yang optimum, cepat hancur tanpa air dan larut hanya dalam masa kira-kira 60 saat. Hasil ujikaji terhadap kecenderungan tablet pecah dengan sendiri kurang daripada satu peratus dan ini menunjukkan ia adalah stabil. Selain tidak mudah pecah ketika pengendalian, pembungkusan, pengangkutan dan juga bagi pengedaran. Diantara kelebihan lain adalah makanan tambahan multivitamin yang sedia ada di pasaran mahal dan disediakan bersama bahan sintetik serta perlu melalui banyak operasi unit serta rawatan haba. Tablet ini cair pada lidah dan mempunyai tahap penyerapan nutrisi yang baik di dalam badan. Ini dapat menghilangkan kesan laluan pertama yang biasa berlaku apabila menelan tablet ia akan ke perut dan seterusnya akan diproses. Kini denga teknologi yang biasa menggunakan sintetik ‘superdisintegrant’ untuk tujuan ia dapat mempercepatkan proses larutan. Dalam penghasilan tablet ini, serbuk buah asli digunakan sebagai ‘superdisintegran’t yang juga bertindak sebagai agen bernutrisi dan perasa semula jadi. Memang inovasi ini berpotensi untuk dikomersialkan bagi membantu golongan yang kurang berkhasiat dan mampu bagi orang yag berpendapatan rendah serta boleh disarankan di zon krisis seperti zon peperangan, banjir dan kemarau. Ini adalah kerana kosnya yang murah dan mudah untuk ianya dikendalikan, disimpan dan diedarkan. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yangsesuai di baca kesemuanya. Semuga usaha menulis artikel ini memberi ilmu pengetahuan kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK KELOR...SAMA POKOK MORINGGA...
MUDAH DI TANAM... DI MANA-MANA SAHAJA...
BANYAK KHASIAT... PELBAGAI KAJIANNYA...
UNTUK MANUSKA...BAGI TERNAKAN JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Syawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.