Wednesday, July 2, 2025

SEMBANG TENTANG POKOK KELOR (Part 1)

POKOK KELOR
atau POKOK MORINGGA (Moringa oleifera) di Malaysia kini semakin mendapat perhatian kerana dilapor khasiatnya yang tinggi dan mudah untuk ditanam. Di negara-negara membangun dimana  sellaunya pokok ini digunakan sebagai sumber alternatif bagi makanan manusia dan juga bagi ternakan. Apa pun penulis blog dengar jika tumbuhan Moringga oleifera juga dirujuk sebagai 'Pokok Ajaib' kerana mengandungi pelbagai jenis nutrien termasuk unsur protein, vitamin dan mineral yang menjadikannya sebagai salah satu sumber makanan berpotensi untuk mengurangkan masalah malnutrisi. Selain itu Kelor ini terkenal dengan sifat antioksidan dan antiradang yang bermanfaat dalam bidang perubatan untuk merawat pelbagai penyakit seperti diabetes, hipertensi dan keradangan. Hasil beberpa laporan kajian menunjukkan bahawa moringa boleh membantu dalam ia menurunkan kadar kolesterol dan meningkatkan kesihatan jantung. Penerokaan dan penggunaan sumber alternatif makanan ternakan tanpa kebergantungan sepenuhnya terhadap sumber bahan mentah import seperti kacang soya merupakan salah satu faktor yang penting bagi menjamin kejayaan industri penternakan negara. Tumbuhan moringga ada menawarkan pelbagai manfaat dalam industri ternakan dengan cara ia mampu meningkatkan kualiti makanan dan kesihatan ternakan. Kandungan protein kasar daun moringga ini mempunyai kira-kira 47% protein pintasan (bypass protein) rumen yang boleh diserap secara terus oleh ternakan ruminan. Pemberian secara daun moringga ini secara berterusan kepada ternakan ruminan sesuai kerana kebolehannya untuk menghadam makanan yang tinggi serat. Apa pun syor ini terhad kepada ternakan unggas, khinzir dan ikan kerana kehadiran bahan serat dan kandungan antinutirisi pada daun tersebut. Moringga ini bukan sahaja dapat menyokong produktiviti sektor pengeluaran ternakan akan tetapi penulis blog yang membuat tinjauan kebeberapa ladang ternkan tahu jika ia menyumbang kepada kelestarian dan keterjaminan dalam keselamatan makanan negara. Di Malaysia tidak banyak maklumat mengenai prestasi pertumbuhan, hasil dan komposisi nutrien daun pokok Moringga oleifera terhadap tempoh penuaian berbeza yang ditanam di tanah mineral masih terhad. Saya ada menulis artikel mengenai tanaman ini yang boleh di rujuk (Sila Klik Disini), (Sila Klik Disini) dan beberapa lagi. Laporan kajian  untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi prestasi tumbuhan ini untuk menyokong sektor pengeluaran ternakan negara ada di jalankan d MARDI. Artikel subuh dingin dan sunyi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis fakta teknikal mengenai kajian dan kisah tentang pokok kelur atau pokok moringga untuk di jadikan bahan rujukkan semua.


Belajar mengenai pokok kelor atau moringga menarik sebab pada bahagian daun dan buah kelor banyak khasiatnya. Dilaporkan hebatnya daun kelor ini ia mempunyai ciri kualiti dengan cara menilai kadar kehadaman serta kadar pengambilan makanan dan sebagai asas untuk pembangunan formulasi makanan. Protein kasar Protein kasar (CP) merupakan sejenis sebatian organik yang terdiri daripada unit struktur yang dipanggil Asid Amino. Ternakan memerlukan protein untuk proses pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembiakan. Daun muda moringga mengandungi protein kasar yang tinggi namun kandungan ini berkurangan dengan pertambahan usia pokok kerana daun muda lebih cekap menyerap dan mengumpul nutrien daripada tanah. Apa pun kajian menunjukkan nilai kandungan protein kasar yang semakin berkurang dengan umur pokok di mana kandungan protein tertinggi dicatatkan pada tuaian daun moringga umur 50 hari (28.82%), diikuti oleh 70 hari (27.06%) dan 90 hari (25.97%). Bahan Serat kasar (Crude Fiber) didalamnya terdiri daripada komponen selulosa, hemiselulosa dan lignin yang merupakan struktur karbohidrat yang membentuk tisu tumbuhan dan dinding sel. Haiwan jenis ruminan mempunyai keupayaan untuk mencernakan (digest) sebahagian komponen serat ini kerana mempunyai sistem pencernaan yang kompleks terdiri daripada rumen, retikulum, omasum dan abomasum. Dilaporkan dalam rumen terdapat mikroorganisma yang membantu mencernakan serat kasar. Ini berbeza dengan haiwan seperti jenis Ayam (Bird) dan jenis ternakan monogastrik yang mempunyai sistem pencernaan yang ringkas dan hanya boleh mencerna sebahagian kecil serat kasar disebabkan ketiadaan rumen. Kandungan serat kasar meningkat dengan umur tumbuhan. Kandungan serat kasar meningkat dengan tempoh penuaian pokok kelor dengan kandungan serat kasar yang paling rendah dituai pada 50 hari (5.66%) diikuti oleh 70 hari (6.86%) dan 90 hari (8.24%). Laporan kajian ini dilihat ia selaras dengan trend yang diperhatikan dalam setiap komponen serat yang mana ia menunjukkan pengumpulan serat secara keseluruhan dengan peningkatan tempoh penuaian. Laporan kajian pihak MARDI ini menunjukkan bahawa daun kelor sangat berpotensi.


Mengetahui akan istilah 'Serat Detergen Neutral' dimana serat detergen neutral (NDF) merujuk kepada jumlah serat dalam tumbuhan yang membentuk dinding sel (selulosa, hemiselulosa dan lignin) serta komponen bukan struktur (seperti pektin dan serat larut yang lain). Biasanya semakin matang daun maka akan jadi semakin banyak komponen struktur terkumpul yang mana ini menghasilkan bacaan NDF yang lebih tinggi dan kualiti makanan yang lebih rendah. Kandungan NDF berkait rapat dengan jumlah pengambilan makanan dan ia penting untuk meramalkan jumlah pengambilan makanan dan kualiti makanan oleh haiwan ternakan ruminan. Selalunya bahan makanan dengan NDF yang rendah adalah berkualiti tinggi dan dimakan oleh ternakan dalam kuantiti yang banyak. Nilai kandungan NDF meningkat mengikut umur daun moringga iaitu dengan nilai NDF terendah adalah pada 50 hari (17.41%) diikuti oleh 70 hari (26.46%) dan 90 hari (34.61%). Serat detergen asid (ADF) pula ia merujuk kepada jumlah atau nilai kandungan serat komponen dinding sel yang lebih spesifik iaitu selulosa dan lignin. Nilai ADF memberikan maklumat tentang tahap kebolehcernaan sesuatu bahan makanan dan digunakan untuk mengira jumlah kandungan nutrien yang boleh dihadam (TDN). Makanan yang mempunyai nilai ADF yang rendah biasanya mempunyai kadar kehadaman yang tinggi dan sebaliknya. Nilai ini akan meningkat dengan tempoh penuaian dengan nilai terendah adalah pada 50 hari (8.15%) diikuti oleh 70 hari (14.16%) dan 90 hari (18.91%). Lignin detergen asid Lignin detergen asid (ADL) merujuk kepada kandungan lignin dalam tumbuhan. Lignin ialah polimer kompleks yang berfungsi memberikan struktur sokongan kepada dinding sel tumbuhan, tetapi ia tidak mudah dihadam oleh kebanyakan haiwan. Nilai ADL digunakan untuk ia dapat menentukan kadar kehadaman dan nilai tenaga bersih bagi sesuatu bahan makanan. Bahan makanan yang mengandungi ADL yang tinggi boleh mengurangkan nilai pemakanan sesuatu bahan dan sebaliknya. Nilai ADL bagi daun M. oleifera dilihat semakin meningkat selari dengan peningkatan tempoh tuaian (Jadual 1). Tempoh tuaian pada hari ke-50 mencatatkan bacaan ADL terendah (6.69%) diikuti hari ke-70 (8.57%) dan hari ke-90 (11.28%). Bagi pembaca blog ini yang agak kurang faham akan bab ini boleh merujuk pakar nutrisi ternakan di JPV atau dimana sahaja.


Kajian mendapati jika hasil pengeluaran daun Moringa oleifera Hasil pengeluaran daun akan ia meningkat secara kuadratik negatif dengan tempoh penuaian. Tempoh penuaian 70 hari mencatatkan hasil daun tertinggi iaitu sebanyak 152.99 g/ pokok dengan peningkatan ketara sebanyak 98.57 g atau 64.43%. Kajian dapati juga jika hasil daun mulai menurun dengan ketara pada tempoh masa penuaian 90 hari iaitu sebanyak 56.69 g atau 37.05%. Alasan bagi penurunan hasil ini adalah disebabkan oleh proses penuaan semula jadi pokok di mana daun pokok kelor ini akan menjadi semakin kecil dan selalunya dilihat ia berubah warna kepada kekuningan dan gugur secara semula jadi. Hasil pengeluaran daun moringga ini yang terendah dicatatkan pada hari ke-50 iaitu sebanyak 54.42 g/pokok. Ini kerana pokok kelor ini yang muda menghasilkan jumlah daun yang sedikit. Pertumbuhan pokok kelor dan proses pertumbuhan akan terus meningkat secara linear positif dengan tempoh penuaian. Kelewatan penuaian pokok sehingga 70 hari selalunya ia akan menunjukkan peningkatan pertumbuhan pokok secara ketara sebanyak 54.36 cm bersamaan 52.27%. Penuaian berikutnya pada tempoh 90 hari pula turut mencatatkan peningkatan pertumbuhan pokok secara ketara iaitu sebanyak 35.26 cm bersamaan 33.9%. Sekiranya tempoh penuaian dipanjangkan, pokok akan mempunyai lebih banyak masa untuk membesar dengan menghasilkan lebih banyak kayu dan cabang yang akhirnya akan meningkatkan ketinggian keseluruhan pokok. Apa pun tanaman Moringa oleifera dimana ia mempunyai potensi yang besar untuk dijadikan sebagai sumber makanan alternatif ternakan. Melalui pendekatan pengurusan yang baik serta pemilihan tempoh penuaian yang optimum dilaporkan yang ia mampu meningkatkan hasil dan kualiti tanaman. Data kajian hasil daun dan komposisi nutrien menunjukkan bahawa walaupun pertumbuhan pokok berada pada kemuncaknya iaitu pada 90 hari, namun hasil daun dan kandungan nutrien akan berkurangan dengan ketara. Sebaliknya kajian dapati jika bahan kandungan nutrien adalah tertinggi semasa penuaian pada 50 hari. Apa pun perlu di ingat jika hasil daun adalah terendah masa itu. Disyorkan kepada penternak yang ingin menanam pokok moringga ini dapat laksanakan secara berkala pada selang masa 70 hari untuk memperoleh hasil daun yang tinggi dan kandungan nutrien yang optimum. 
Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yangsesuai di baca kesemuanya. Senuga usa menulis artikel ini memberi imu pengetahuan kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK KELOR...SAMA POKOK MORINGGA...
MUDAH DI TANAM... DI MANA-MANA SAHAJA...
BANYAK KHASIAT... PELBAGAI KAJIANNYA...
UNTUK MANUSKA...BAGI TERNAKAN JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Syawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.