Friday, July 4, 2025

SEMBANG TENTANG POKOK KELOR (Part 3)

POKOK KELOR 
atau POKOK MORINGGA (Moringa oleifera) di Malaysia kini semakin mendapat perhatian kerana dilapor khasiatnya yang tinggi dan mudah untuk ditanam. Di negara-negara membangun dimana sellaunya pokok ini digunakan sebagai sumber alternatif bagi makanan manusia dan juga bagi ternakan. Apa pun penulis blog dengar jika tumbuhan Moringga oleifera juga dirujuk sebagai 'Pokok Ajaib' kerana mengandungi pelbagai jenis nutrien termasuk unsur protein, vitamin dan mineral yang menjadikannya sebagai salah satu sumber makanan berpotensi untuk mengurangkan masalah malnutrisi. Selain itu Kelor ini terkenal dengan sifat antioksidan dan antiradang yang bermanfaat dalam bidang perubatan untuk merawat pelbagai penyakit seperti diabetes, hipertensi dan keradangan. Hasil beberpa laporan kajian menunjukkan bahawa moringa boleh membantu dalam ia menurunkan kadar kolesterol dan meningkatkan kesihatan jantung. Penerokaan dan penggunaan sumber alternatif makanan ternakan tanpa kebergantungan sepenuhnya terhadap sumber bahan mentah import seperti kacang soya merupakan salah satu faktor yang penting bagi menjamin kejayaan industri penternakan negara. Tumbuhan moringga ada menawarkan pelbagai manfaat dalam industri ternakan dengan cara ia mampu meningkatkan kualiti makanan dan kesihatan ternakan. Kandungan protein kasar daun moringga ini mempunyai kira-kira 47% protein pintasan (bypass protein) rumen yang boleh diserap secara terus oleh ternakan ruminan. Pemberian secara daun moringga ini secara berterusan kepada ternakan ruminan sesuai kerana kebolehannya untuk menghadam makanan yang tinggi serat. Apa pun syor ini terhad kepada ternakan unggas, khinzir dan ikan kerana kehadiran bahan serat dan kandungan antinutirisi pada daun tersebut. Moringga ini bukan sahaja dapat menyokong produktiviti sektor pengeluaran ternakan akan tetapi penulis blog yang membuat tinjauan kebeberapa ladang ternkan tahu jika ia menyumbang kepada kelestarian dan keterjaminan dalam keselamatan makanan negara. Di Malaysia tidak banyak maklumat mengenai prestasi pertumbuhan, hasil dan komposisi nutrien daun pokok Moringga oleifera terhadap tempoh penuaian berbeza yang ditanam di tanah mineral masih terhad. Saya ada menulis artikel mengenai tanaman ini yang boleh 
di rujuk (Sila Klik Disini)(Sila Klik Disini) dan beberapa lagi. Laporan kajian untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi prestasi tumbuhan ini untuk menyokong sektor pengeluaran ternakan negara ada di jalankan d MARDI. Artikel subuh dingin dan sunyi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan cara menulis fakta teknikal mengenai resepi makanan tentang pokok kelur atau pokok moringga untuk di jadikan bahan rujukkan semua.


Paling penulis blog suka makan adalah 
Kerabu Daun Moringa yang mudah disediakan dan amat berkhasiat. Apa pun membuatnya sendiri di rumah emang perlukan bahan iaitu terdiri dari 5 batang Daun Moringa, 1 ekor ikan kembong atau 2 ekor ikan selayang, 100 ml pati santan,  2-3 biji bawang merah, 1 sudu besar lada hitam, 100 gm atau 2-3 sudu besar kelapa goreng, 1 sudu teh garam, 1 biji jus limau nipis dan jga bahan 0.5 sudu teh gula. Apa pun cara memasaknya dengan mengabil daun moringa yang segar dan masih lembut sahaja dan di cuci bersih. Apa pun sterusnya daun ini dicelur daun hingga masak dan di toskan airnya. Sebaiknya perlu di tambahkan bahan garam kedalam air rebusan tersebut. Dalam pada itu ambil ikan kembong dimana ia mesti di bakar sehingga masak. Dalam pada itu boleh di tumbuk bahan ramuan iaitu lada hitam, bawang merah sehingga lumat dalam lesung. Kemudian ambik isi ikan kembong yang tadi dan ia di masukkan kedalam bahan daun moringga yang sudah di celur dan seterusnya boleh di masukkan kelapa goreng. Dalam bekas kemudian semuanya di gaul semua bahan tersebut sehingga merata dan sebati. Boleh di tambah bahan jus limau, pati santan (ia perlu dipanaskan sekejap akan tetapi pastikan jangan sampai mendidih). Bubuh perasa garam, gula dimana bagi orang pantai timur pua mereka sealu menambahkan sedikit budu. Makanan ini siap di hidangkan untuk di makan dengan nasi panas dan lauk pauk lain. 


Dimana-mana sahaja di kampong sana terutamanya jenis resepi Daun Moringga Goreng Telur adalah yang paling sering di buat dan di makan. Memasaknya juga sangat mudah asalkan ada bahan dan alatan memasak. Ba
ahan yang perlu disediakan adalah daun moringa, 1 biji bawang besar (mayang), 5 ulas bawang putih (mayang), 3-5 biji cili kering di potong kecil, segengam ikan bilis, 1 biji telur ayam dan sedikit garam. Cara-cara untuk memasaknya dengan mula-mula di bersihkan semua daun moringga dengan bersih dan ditoskan. Dalam kuali yang panas boleh di tumis bawang merah, bawang putih, cili kering dan ikan bilis dengan api di kawal. Kemudian boleh di bubuh semua daun moringa dimasak tidak perlu terlalu lama dan seterusnya di masukkan telur ayam yang di kacau dalam mangkuk dahulu ditengah-tengah kuali dan kacau sehingga rata dan masak. Akhir sekali boleh diperisakan dengan garam dan matikan api. Boleh di angkat dan dihidangkan untuk dimakan dengan nasi panas dan lauk pauh lain.


Bagi penulis blog ujirasa resepi Sambal Ikan Bilis Moringga adalah amat unik rasa dan resepinya. Apa pun bahan asas di perlukan adalah daun moringga (yang perlu di celur), soon, 
150 gram kobis bulat (dipotong), 1/2 biji lobak merah (di mayang halus), 4 tangkai kacang panjang (yang perlu di potong), satu ikat daun ketumbar (dipotong haus), 1 biji bawang besar (yang di mayang halus), 1 batang serai (mayang halus), 1 batang kantan (di mayang halus), 1 biji tomato (di potong), 50g serbuk daun moringa, 1 ikat daun moringa (petik daun yang segar sahaja), 3 sudu besar sos ikan, 5 biji cili padi dan 3 ulas bawang putih. Bahan lain yang perlu ada adalah 8 biji perahan limau kasturi, setengah sudu kecil garam, seternag sudu kecil gula, setengah sudu kecil serbuk moringga. Kesemua bahan tersebut ditumbuk sebagai ramuan digalu atau jika suka di tumbuk dalam lesung sehingga lumat dan sebati. Tambahkan sedikit daun moringga hijau yang dihiris halus sebagai hiasan. Sambal moringga ikan bilis ini sedia untuk di hidangkan dan di makan dengan nasi putih.


Memang agak popular di kampong sana dimana ada Resepi 
Masak Lemak Daun Moringa yang enak di makan selalunya pada jamuan makan tengahari. Memasak sendiri di rumah perlukan bahan iaitu hidangan untuk 3 orng makan terdiri dari  1 mangkuk Daun Moringga Segaryang perlu ia dil lurutkan daun dari tangkai, 1 kotak santan kelapa, 1 cawan air, 1 keping asam gelugor, 1 batang serai perlu diketuk, 1 biji cili merah yang di hiris, 4 putik jagung (pilihan), garam secukup rasa, gula, suku sudu teh bahan perisa. Bagi ramuan atau bahan untuk di tumbu atau di kisar adalah 3 ulas bawang putih, 5 biji bawang merah, 5 biji cili padi, 2 sudu besar udang kering perlu direndam sekejap dan juga 1 inci kunyit hidup. Apa pun cara memasak dengan memasukkan semua bahan iaitu santan, bahan tumbuk kisar, serai, putik jagung dan asam gelugor jedalam kuali atau periuk. Cara memasak di atas api yang di jaga dengan sederhana dan sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak. Kemudian boleh di masukkan daun moringa, hirisan cili merah, garam, gula dan perasa pilihan. Perlu sentiaa di kacau seketika sehingga daun moringa ini akan ia berubah warna dan boleh ditutup api. Makanan masak lemak daun moringga ini siap dan boleh dihidangkan akan tetapi sebaiknya dikeluarkan dan asing asam keping. Ia enak dimakan dengan nasi putih panas dan lauk lain. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yangsesuai di baca kesemuanya. Semuga usaha menulis artikel ini memberi ilmu pengetahuan kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK KELOR...SAMA POKOK MORINGGA...
MUDAH DI TANAM... DI MANA-MANA SAHAJA...
BANYAK KHASIAT... PELBAGAI KAJIANNYA...
UNTUK MANUSKA...BAGI TERNAKAN JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Syawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.