Tuesday, May 7, 2019

HARUMANIS - JUADAH BERBUKA PUASA

MANGGA HARUMANIS (Mangifera indica) yang ditanam dengan luas di Perlis mengeluarkan hasil bermula hunjung April sehingga Jun 2019 dan memuncak pada bulan Ramadan 1440H. Maklumat daripada Jabatan Pertanian Perlis dan pihak FAMA menganggarkan sebanyak 2,300 tan mngga harumanis bernilai RM80 juta dikeluarkan tahun 2019 ini berdasarkan kepada jumlah bilangan okok yang telah dibanci. Pihak jurucakap Jabatan Pertanian Perlis dan kunjungan penulis blog ke kangar pada minggu pertama Ramadn inii mendapati jumlah itu yang dijangka dihasilkan  diyakini mencukupi untuk menampung permintaan pasaran, khususnya sepanjang Ramadan sehigga musim Raya Puasa tahun ini. Bermakna orang-orang sebelah Utara Semennjung Malaysia akan beraya sakan dengan keenakan dan juga kelazatan mangga harumanis tahun ini jika betul semuanya berjalan lancar. Mereka yang nalik kampong ke utara kena bawa siap-siap duit untuk membeli buah yang paling lazat musim ini dari ladang mangga yang ada pengiktirafan MyGAP. Biasanya daripada jumlah tersebut hanya sekitar lima peratus mangga harumanis Perlis ini akan dieksport ke Singapura manakala selebihnya untuk pasaran tempatan. menurut FAMA kali ini mereka akan menumpukan kepada  pasaran tempatan. Harumanis pernah mendapat kebenaran dieksport ke Jepun akan tetapi proses menghantar buah mangga ini perlu melalui pelbagai teknik penjagaan, pembungkusan, rawatan buah dan lain-lain dan persaingan harga tempatan berlaku masaalah penghantaran. Oleh itu pada tahun 2019 ini ditumpukan pada pasaran Singapura dulu dan pada masa depan perlulah mungkin dilihat akan bagaimana untuk eksport harumanis ke Jepun. Beberapa promosi semua pihak akan dilakukan uuntuk menjadikan buah mangga harumanis dijadikan juadah istimewa bulan ramadan tahun ini. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" akan paparkan mengenai buah mangga harumnanis yang enak dan lazat inii dijadikan juadah untuk berbuka puasa untuk bahan acaan dan rujukkan anda.

Dalam pada itu penulis blog paparkan artikel mengenai piawaian mangga harumanis untuk rujukkan (Sila klik disini). Mangga harumanis (MA128) merupakan sejenis mangga premium kebanggaan Negeri Perlis. Apabila musim buah mangga harimanis sampai sekutar bulan Mei - Julai maka akab bermulalah media massa melaporkan akan beberapa perkara mengenai buah mangga premium ini. Dasripada soal garha sehingga kepada pasaran dan kualiti buah dan eksport ianya akan dibincangkan saban tahun. Pada petani mereka terus berusaha menjada tanaman mangga ini semaksima mungkin dengan kos agak tiggi berbanding dengan tanaman buah-buahan yang lain.  Lazimnya para peminat mempelam harumanis pastinya akan menarik nafas lega apabila pijak Jabatan Pertanian bersama pihak FAMA yelah memperkenalkan satu bentuk piawaian khas bagi memastikan buah yang dijual di pasaran benar-benar tulen dan berkualiti tinggi. Piawaian dikenali sebagai Harumanis Standard itu kini dipromosikan kepada pekebun di negeri ini pada musim pengeluaran sebagai garis panduan dan rujukan pelbagai pihak. Kini dilaporkan piawaian itu diterima dan dipersetujui semua pihak terlibat dalam rantaian pemasaran melibatkan petani, pemborong, peruncit dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Menerusi pengenalan Harumanis Standard yang dilakukan secara terperinci dijangka sudah pasti ia akan dapat memberi kepercayaan kepada pengguna, peruncit dan pemborong harumanis. Ada juga sesekali media melaporkan dimana ujud dakwaan dimana pembeli harumanis dari dalam dan luar negeri ini pada musim lalu terhadap ketulenan buah itu khususnya mereka yang membuat pembelian melalui pos. Perkara itu sedikit sebanyak diakui telah menjejaskan nama baik harumanis dan kerajaan negeri. Itu tidak termasuk peniaga yang sewenang-wenangnya menggunakan nama harumanis seperti ‘harumanis tipu’ dan ‘harumanis Thailand’ atau ‘mempelam Perlis’ semata-mata untuk melariskan jualan mereka. Kini bagi memberi keyakinan kepada pengguna dan pada masa sama kerajaan akan mengga­lakkan pengusaha, peruncit dan pemborong menggunakan pelekat harumanis (HM) Perlis pada buah sebagai satu jenama.

Dalam pada itu bagi tujuan memasarkan harumanis sempena bulan ramadan tahun ini, pihak FAMA akan cuba mengelak lambakan mangga harumanis. Pihaknya akan memperbanyakkan lokasi untuk pelanggan mendapatkan buah itu dengan mewujudkan 109 outlet seluruh negara. FAMA juga adakan kempen menjadikan harumanis sebahagian juadah berbuka puasa bulan ramadan ini memandangkan buah ini tiba musim pada Ramadan untuk tempoh dua hingga tiga tahun akan datang. Dalam pada itu ia disusuli dengan pengiklanan selain FAMA memberi tumpuan pada segmen pasaran bukan Melayu, khususnya komuniti Cina yang masih belum tahu secara mendalam keistimewaan harumanis. Dalam pada itu satu Karnival Mangga Harumanis akan diadakan empat hari bermula hari ini membabitkan 30 usahawan dan 100 produk jualan. Bermula hari ini hingga 3 Mei, FAMA menjangkakan hasil jualan mencecah hampir RM500,000 di lokasi strategik yang dijangka menarik kira-kira 30,000 pengunjung. Dalam pada itu disepanjang karnival ini, 15 tan harumanis dibawa untuk memenuhi permintaan pelanggan dan bekalan tambahan juga sedia dihantar dari Perlis jika jumlah itu tidak mencukupi. Harga harumanis dijual di sini RM35 sekilogram atau RM100 untuk tiga kilogram (kg) dan dijangka berubah mengikut bekalan.

Kempen agar makan mangga harumanis menggantikan kurma menu buka puasa dijalankan dimana rakyat di negeri Perlis khususnya  digalakkan agar menjadikan mempelam harumanis sebagai menu berbuka puasa bagi menggantikan kurma pada Ramadan. Kempen yang dinyatakan oleh Pengerusi Pertanian dan Asas Tani negeri iaitu Nurulhisham Yaakob mencadangkan dan menggalakan kempen ini sebagai alternatif sekiranya berlaku lambakan mempelam berkenaan khususnya pada bulan puasa. Dalam pada itu kerajaan negeri juga menyediakan sebuah lori bagi memudahkan urusan penghantaran mempelam harumanis ke luar negeri dengan anggaran pengeluaran tahun ini sebanyak 2,100 metrik tan. Selain dijadikan menu berbuka puasa menggantikan kurma diantara kaedah lain bagi mengelakkan lambakan mempelam berkenaan khususnya pada Ramadan adalah seperti buah tersebut dijadikan menu wajib dalam majlis kerajaan seperti yang dicadangkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub baru-baru ini. Selain itu,  pelbagai produk-produk dari buah mangga harumanis juga boleh dijadikan sebagai cenderahati pada majlis-majlis khususnya pada Ramadan ini. Beliau yakin sambutan orang ramai terhadap harumanis akan terus meningkat seperti tahun-tahun sebelum ini. Para pengusaha harumanis juga tidak perlu bimbang mengenai isu lambakan ini kerana Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membeli kesemua buah mangga berkenaan yang tidak habis dijual. Untuk rekod dimana tahun ini pengeluaran harumanis akan bermula pada awal Mei ini sehingga penghujung Jun 2019. Semuga penanam mangga harumanis di utara mampu menghasilkan buah manga harumanis berkualiti dan pengguna akan berpuashati dengan harga tinggi buah ini yang meang enak dan sesuai dijadikan juadah sempena bulan ramadan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HARUMANIS KELUAR... DIBULAN PUASA...
KEMPEN DI BUAT... JUADAH BERBUKA...
ADA DIJUAL... RM35 SEKILOGRAM SAJA...
SETAHUN SEKALI... REMBAT YANG ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Pertanian Bukit Bintang,
Arau, Perlis,
Malaysia.
(3 Ramadan 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.