Wednesday, May 8, 2019

NIRA KURMA - SAJIAN RAMADAN

NIRA DARI POKOK KURMA (Phoenix dactylifera) kini merupakan sejenis manisan popular dimana ia dikelaskan sebagai nira kurma iaitu sajian terbaharu menjelang Ramadan di Kelantan. Foto diatas menunjukkan bagaimana Mohd Zain sedang memeriksa sebahagian botol berisi cecair air nira kurma di Kampung Teras, Binjai Kota Bharu, Kelantan. Kini selain pokok kelapa, nipah atau tar memang mungkin tidak ramai yang mengetahui pokok kurma juga boleh diproses untuk menghasilkan nira jika kena dengan caranya. Pada penulis blog ianya memang tidak mustahil kerana pokok kurma memang daripada keluarga Arecaceae yang mana ia sememangnya boleh dikutip niranya. Amalan oleh seorang pengusaha dari Kampung Teras dekat Binjai iaitu Mohd. Zain Mohamed berumur 59 tahun dalam percubaannya didalam menghasilkan nira kurma sejak dua tahun lepas kini mula menampakkan hasil. Menurutnya kini orang ramai mulai meminatinya disebabkan rasanya yang mempunyai kelainan dan lebih sedap daripada nira kelapa. Minuman air nira yang kaya dengan tenaga ini juga boleh memulihkan tenaga bagi orang yang sedang berpuasa terutama didalam bulan Ramadan ini. Pokok kurma memang ada ditanam di Kelantan sebagai tanaman komersil atau pun tanaman hiasan yang mana kebanyakannya adalah dibawa masuk daripada negari jiran dahulu. Pokok kurma yang pernah diseludup dari Thailand pernah mengegarkan negara kerana membawa bersama perosak Red Palm Weevil (RPW) yang juga telah memusnahkan pokok kelapa di Kelantan dan Terengganu. Bagaimana pun ramai juga petani di sana yang menyemai sendiri biji kurma dan menanamnya dikebun. Saya ada menulis mengenai penanaman pokok kurma dalam bolg ini untuk dijadkan rujukkan (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa artikel lagi. Aktiviti mengutip nira dari pokok kurma merupakan satu tarikan baru di Kelantan yang mungkin boleh dicontohi di beberapa negeri lain. Nira kurma juga didakwa berkhasiat untuk mengubati pelbagai penyakit terutama darah tinggi dan kencing manis. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai nira dari pokok kurma untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Pokok kurma adalah daripada keluarga Arecaceae iaiu jenis pokok monokotilidon yang mana didakwa ia boleh dibiakan dengan BIJI. Ia sama dengan pokok kelapa dan kelapa sawit. Bagaimana pun sebenarnya masa ini terdapat 3 cara untuk pembiakan pokok kurma iaitu dengan gunakan Biji, Offshoot Propogation dan juga Kultur Tisu. Pembiakan dengan biji benih atau dikenali sebagai 'sexual propogation' merupakan cara paling asas untuk mendapatkan anak benih dan diamalkan tetapi ia tidak digalakkan. Diantara beberapa sebab kenapa ia tidak disyorkan adalah kerana pokok kurma adalah jenis DIOECIOUS dimana separuh daripada progeni kurma adalah pokok jantan (males) dan separuh lagi adalah pokok betina (females). Proses pendebungaan semulajadi yang tidak terkawal menyebabkan ketidakpastian progeni yang akan tersenyawa yang menghasilkan biji benih yang tidak diketahui kualitinya. Ia hanya diketahui selepas 4-7 tahun apabila pokok matang dan mula berbuah. Pokok betina yang ditanam dari biji biasanya lambat berbuah dan hasil yang dituai selalunya sangat rendah dibandingkan dengan benih klonal. Dalam kebun yang semuanya ditanam dengan bahan tanaman benih dari biji kurma hanya 10% saja menghasilkan buah berkualiti. Oleh kerana pokok kurma teknikalnya adalah jenis Heterozygous, maka tidak akan ada pokok yang mana ia ditanam dari benih akan sama atau seragam dari semua aspek. Buahnya mempunyai progeni yang tidak menentu dan lazimnya bukan 'true-to-type'. Pokok kurma yang ditanam dari biji yang dijadikan benih lazimnya bermasaalah dari amalan agronomi, hasil tidak menentu dan menyukarkan proses jualan dan pemasaran kelak kerana variasi berlainan. Cara ini membazirkan wang, masa dan merugikan. Ada beberapa syarikat swasta tempatan yang mengambil biji kurma dan disemai (Sila lihat foto disebelah) dan seterusnya dijual kepada pembeli. Elakkan daripada perkara ini berlaku!.


Meneruskan tulisan dimana Mohd Zin pada mulanya menanam 50 pokok kurma sekadar sebagai hobi dan dijual di Kampung Teras. Dia dibantu oleh beberapa pekerja yang berasal dari Bangladesh beliau ada memberitahu pokok kurma juga boleh menghasilkan air nira untuk diminum dimana pada masa itulah maka telah timbul idea untuk mencubanya. Kini dalam sehari sebatang pokok kurma saya boleh menghasilkan kira-kira dua liter nira (2 liter) dan kadang kala jumlahnya boleh menjadi banyak mengikut cuaca. Dakwa beliau pada setiap kali tuaian dianggarkan antara 30 -  40 liter dapat dihasilkan. Biasanya pada setiap hari dia mampu menuai hasil sebanyak tiga kali bermula tuaian pertama pada pukul 3.00 pagi, 9.00 pagi dan 5.00 petang (Pokok kelapa biasanya dikutip 2 kali sahaja). Kalau dulu jumlah nira yang dihasilkan agak kurang tetapi kini dengan jumlah pokok yang semakin banyak maka kutipan dan bekalan pada Ramadan tahun 2019 ini memang sudah mencukupi untuk peminat nira atau tuak kurma ini. katanya. Biasanya setiap 250 ml nira kurma akan dijual dengan harga RM20 berbanding RM5 bagi nira kelapa atau nira Nipah disebabkan cara penghasilannya yang agak rumit serta terhad. Kini walaupun nira kurma masih baru tetapi ia sudah mendapat permintaan daripada orang ramai yang ingin mencuba. Bila dia cuba buat ketika awal Ramadan lepas dan masih mencari kaedah terbaik untuk mendapatkan kuantiti nira yang banyak kaka dia terpaksa menolak setiap permintaan. Selainitu dia juga turut menghasilkan cuka dan manisan daripada nira. Setiap pokok kurma dilapor mampu menghasilkan empat liter air setiap hari. 


Bagaimana pun dia berpendapat kepuasan pelanggan megenai produk ini boleh diketahui selepas mereka mula mendapatkannya. Salam seorang peorang peminat nira itu iaitu Chia Chee Lin (43 tahun) mendakwa dimana air nira kurma itu sangat sedap dan tidak kisah membelinya dengan harga mahal. Dia membeli kerana khasiat kurma dan saya percaya setiap yang dihasilkan daripada pokok itu juga mempunyai khasiat yang tinggi. Dalam laporan akhbar BH dimana dinyatakan usaha keras seorang usahawan yang menanam ratusan pokok kurma 19 tahun lalu kini sudah berbaloi apabila beliau kini mampu menghasilkan air nira kurma sehingga mendapat sambutan menggalakkan. Mohd Zain Mohamad berumur 59 tahun ini adalah satu-satunya pengusaha nira kurma di negara ini. Kini beliau tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan (Sila lihat foto disebelah)Rasa nira kurma yang enak berbanding air nira kelapa menyebabkan nira kurma itu menjadi sebutan dan permintaan dijangka semakin meningkat menjelang Ramadan tidak lama lagi. Walau pun pada mulanya percubaan Mohd Zain menanam pokok kurma di tanah seluas 0.3 hektar itu sebagai hobi saja tanpa asas mempunyai ilmu khusus berhubung penjagaan pokok kurma. Kini disebabkan tiada ilmu maka pokok kurma yang mana sepatutnya mengeluarkan buah menjadi pokok jantan dan ini menyebabkan dia mencari maklumat untuk mendapatkan hasil daripada pokok berkenaan. Bermula tahun 2017 kira-kira 200 pokok kurma yang ditanam itu mula mengeluarkan hasil apabila Mohd Zain mampu untuk dia menghasilkan nira atau lebih dikenali sebagai ‘tuak kurma’ di Kelantan. Kini usahanya tidak sia-sia apabila saya kini digelar pengusaha nira kurma. Malah, beliau adalah satu-satunya pengusaha nira kurma di Malaysia.


Dalam pada itu air nira kurma bukannya diproses dengan buah kurma sebaliknya air berkenaan mengalir dari pokok kurma, namun warna airmya lebih kurang sama dengan nira kelapa. Untuk mengeluarkan air kurma, bahagian batang perlu ditoreh terlebih dahulu. Kini sambutan terhadap nira kurma amat menggalakkan sehingga saya tidak menang tangan. Setiap botol nira kurma yang mengandungi 250 ml dijual dengan harga RM15 dakwa beliau ketika ditemui wartwan MyMetro di kediamannya di Kampung Teras, Binjai, di sini. Mohd Zain berkata dimana setiap pokok kurma mampu menghasilkan empat liter air setiap hari, namun bekalan yang ada itu masih tidak mencukupi bagi tujuan menampung permintaan pelanggan. Dia  tidak menjual di kedai sebaliknya mereka akan datang ke rumah saya untuk mendapatkan tiga barangan berkenaan. Untuk cuka kurma kini dia berusaha untuk mengkomersilkan memandangkan ia banyak khasiat. Selain ahli keluarga dia juga menggunakan khidmat pekerja Bangladesh bagi menghasilkan air nira, memandangkan terlalu sukar untuk mendapatkan pekerja tempatan. Selain nira kurma dia turut menghasilkan manisan gula melaka dan cuka daripada tanaman berkenaan. Mohd Zain berkata, kos untuk sepohon pokok kurma adalah RM1,000 hingga RM2,000 namun dia tidak membelinya memandangkan kos terlalu mahal. Dalam menghasilkan setiap pokok seperti sekarang, saya semai daripada biji kurma yang berkualiti lagi sebelum tumbuh menjadi pokok dan membesar dengan baik. Prnah ada sekumpulan individu daripada Thailand sanggup datang untuk berguru dengan saya bagaimana cara menghasilkan tuak dan menanam pokok namun saya tidak mengajar kerana ini adalah punca rezekinya. Semuga artikel ini memberi infoo berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENGUTIP NIRA... NIRA KURMA...
MOHD ZAIN... POKOK DAH ADA...
RM20 SEBOTOL... MAHAL JUGA...
RAMAI PEMINAT...DIBULAN PUASA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Ramadan 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.