Thursday, May 9, 2019

TKPM KABULOH - SATU KEJAYAAN

TKPM KABUOH di Miri, Sarawak merupakan salah satu daripada 4 buah Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang berjaya di Sarawak. Tiga TKPM lain di Sarawak adalah TKPM Rampangi (Kuching), TKPM Penipah (Mukah) dan TKPM Semenggok (Kuching). Pengujudan TKPM adalah untuk mengeluarkan bahan makanan negara seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya yang mana ia kekal pengeluarannya dikawasan yang dikhaskan. Kawasan ini digazetkan sebagai kawasan penanaman yang mempunyai kelengkapan infsastruktur lengkap sala seperti konsep taman perindustrian dengan adanya jalanladang, sistem perparitan, sistem pengairan, utiliti air dan letrik malahan disesetengan TKPM dilengkapkan dengan Rumah Struktur Pelindung Hujan (SPH) atau Rumah Kalis Serangga (RKS). TKPM ini secara langsung menyelesaikan masaalah runguran usahawan tani dan parapelabur mengenai ketiadaan tanah pertanian untuk kegiatan pengeluaran bahan makanan untuk negara. Di malaysia setakat ini ada 74 buah TKPM dengan keluasan fizikal 11,952 hektar dan ditanam seluas 10,304 hektar pada tahun 2018. Seramai 1,383 peserta terlibat dengan manghasilkan sebanyak 90.179 juta metrik tan hasil bernilai 143.9 juta pada tahun sama. Rekod Jabatan Pertanian malaysia menunjukkan purata pendapatan peserta TKPM adalah sebanyak RM6,771.45 sebulan iaitu menepati sasaran TKPM. Penulis blog berkesempatan membuat tinjauan teknologi TKPM Kabuloh ini diiringi oleh pegawai Kanan Jabatan Pertanian Sarawak, Bahagian BPIT Putrajaya dan Pejabat Pertanian Miri. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kejayaan TKPM Kabuloh di Miri yang boleh dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


TKPM Kabuloh terletak di KM45 Jalan Miri-Bintulu iaitu dikawasan tanah dahulunya adalah Stesyen Pertanian dan Penyelidikan Kabuloh, Miri. Perjalanan dari bandar Miri sekitar 1 jam sahaja. Penulis blog sering ke Stesyen ini dulu pada tahun 1996-1997 untuk menubuhkan SAVTI (Sarawak Agriculture Vocational Training Institute) yang melatih anak-anak tempatan untuk menjadi Field Assistant (FA) ladang-ladang kelapa sawit yang memerlukannya. Saya berjaya melatih sehingga batch pertama lulus dan diserap kebanyak estet sawit di Sarawak sebelum balik ke Semenanjung. Pembangunan TKPM Kabuloh bermula pada tahun  2009 melibatkan kawasan seluas 248.5 hektar dengan libatkan seramai 45 orang peserta. Lokasi yang strategik ini dengan kedudukan ditepi jalanraya utama membolehkan pemasaran dari sini tiada masaalah malahan banyak hasil yang dihantar ke Brunei DS terutama sayuran berdaun, pisang dan hasilan lain. Pembangunan libatkan 3 Fasa iaitu Fasa 1 dan 2 (220 hektar/29 peserta) dan Fasa 3 (28.5 hektar/16 orang). Semua peserta yang berjaya dalam temuduga diminta tandatangani surat perjanjian dan dikenakan bayaran sebanyak RM200 sehektar setahun. Antara tanaman yang diusahakan adalah Pisang (Pisang Nipah, Pisang Berangan dan Pisang Kepok sebanyak 55%), Sayur-sayuran Buah (15%), Sayuran Berdaun (15%) dan Pelbagai jenis buah tropika (15%). Jenis Sayur buah yang ditanam seperti Peria, Terung, Cili, Timun, Labu Kuning dan Bendi. Jenis sayur daun pula adalah Sawi, Kangkung dan Bayam. Jenis buah-buahan  adalah Jambu Batu (Sila lihat foto disebelah), Betik, Limau Manis, Limau Kasturi dan Limau Madu. 


TKPM Kabuloh ini berjaya dibangunkan menggunakan peruntukkan Persekutuan melibatkan kos pembangunan sebanyak RM8 juta secara berperingkat. Agensi perlaksana adalah Jabatan Pertanian Bahagin Miri dengan kerjasama semua pihak termasuk JPS, JKR dan Jabatan Pertanian Semenanjung. Semenjak mula bertanam pada tahun 2012 dilaporkan sebanyak 11,464.25 metrik tan hasil tanaman dikeluarkan dengan jumlah nilai pengeluaran sebanyak RM20.372 juta (Sumber: Jabatan Pertanian Sarawak, Laporan TKPM Sarawak 2018). Analisa menunjukkan dimana 42 daripada 45 peserta di TKPM Kabuloh dikategorikan sebagai BERJAYA apabila mendapat pendapatan melebihi RM4,500 sebulan. Dilaporkan juga peserta bernama En Mak Ah Kit (berdiri sebelah kanan penulis blog foto paling bawah) adalah paling tinggi dari segi pendapatannya dengan RM63,000 sebulan. Dia menanam kebanyakannya adalah sayur jenis daun di bawah Kelambu. Juga direkoskan peserta yang mendapatan pendapatan terendah adalah En Mak Ah Choi iaitu sebanyak RM3,024 sebulan yang hanya menanam pisang kepok (belum semua yang berhasil). Penulis membuat tinjauan teknologi ke Lot En Wan Ah Chin (nama Islam Riduan Abdullah) yang menanam dipercayai varieti jambu batu jenis Kampuchea (GU8). Beliau tidak tahu apa sebenar varieti tersebut kerana baru ambil alih ladang tersebut daripada peserta sebelumnya. Penulis blog mendapati kaedah cantasan dan amalan agronomi lain kurang memuaskan apabila sudah hampir 3 bulan kurang hujan dan pokok kurang subur. Penulis blog membuat demo bagaimana untuk membuat cantasan pembentukkan yang betul kepada peserta ini.


Apa yang menarik mengenai TKPM KAbuloh adalah aspek pemasaran dimana ia bertuah kerana hampir dengan negara Brunei dimana untung dari segi harga dan konsistensi. Bagi tanaman pisang diana 80% yang ditanam adalah pisang Kepok (kita disini panggil pisang Nipah) dijual dengan harga ladang RM1.20 sekilogram. Jenis pisang lain seperti pisang berangan dan pisang Otel (Pisang Masak 40 Hari atau Pisang Lemak Manis) dijual dengan harga yang hampir sama atau lebih tinggi. Hasil sehari pisang adalah sebanyak 4.5 metrik tan bernilai RM5,500. Bagi sayuran daun ia ditanam di plot 19,20 dan 23 dengan dipasang sistem kelambu (Sila lihat foto disebelah). Purata kutipan hasil sayuran harian adalah sekitar 1.38 metrk tan bernilai RM4,140 dengan harga ladang sekitar RM3.00 sekilogram. Walau pin dilihat kelabu sudah berwarna hijau, En Mak akan buat pembersihan (cucui kelambu) pada Jun akan datang apabila cuaca sesuai.  Purata harga sayur buah adalah RM2.50 - RM3.00 sekilogram dengan penghasilan harian sekitar 760 kg. Jambu Batu dijual dengan harga RM3.00 sekilogram dengan purata hasil harian 300 kg. Satu pusingan tanaman melon menghasilkan 30 mt buah dengan pendapatan RM45,000 pada musim lepas. 


Menurut pengusaha yang paling berjaya iaitu En Mak Ah Choi, antara cabaran utama di TKPM Kabuloh adalah masaalah kekurangan air di musim kemarau (Sila lihat foto disebelah). Ini kerana bahagian Miri di Sarawak berada di Utara Sarawak yang mana dari bulan Januari - April memang mengalami musim kemarau yang agak panjang. Dia terpaksa menukar tanaman sayur daun dengan tanaman kacang bendi dan jagung manis didalam kelambu. Tujuannya untuk dijadikan sebagai kawalan kultura dengan buat pusingan tanaman selepas beberapa musim menanam sayur daun. Apa yang penulis blog lihat 3 buah kelambu dipenohi dengan pokok jagung manis dengan ketinggiannya mencecah 8 kaki didalam kelambu. Pelik tetapi benar kerana amalan ini akan menstabilkan tanah dan mengurangkan kadar serangan perosak dan penyakit untuk tanaman sayur daun di kawasannya. Amalan beliau jika harga sayu daun menurun rendah maka beliau akan meracun semua saturan tersebut bertujuan untuk mengawal harga. Ini kerana dia seakan ada monopoli disebabkan dia sebagai pengeluar sayur daun terbesar di Miri dan dihantar ke Brunei. Ladangnya yang telah mendapat status MyGAP membolehkan di mudah mendapat pasaran baik.


Lawatan penulis blog bersama rombongan kedalam rumah kelambu amat unik. Ini kerana peserta ini menanam kacang bendi dan jagung manis didalam kelambu (Sila lihat foto disebelah). Penanaman sayur daun dengan berterusan akan menyebabkan patogen kulat dan serangga akan berada didalam kelambu dan is resistant kepada bahan kimia yang digunakan. Kacang bendi ditanam pada jarak agak jauh daripada cara konvensional. Ia akan pulihkan tanah dan membaiki kawalan perosak. Penggunaan baja organik yang banyak didalam kebun sayur membolehkan ia subur didalam kelambu walau pun sebahagian kelambu sudah banyak algae. Walau pun kini beliau ada 12 orang pekerja (10 pekerja asing) namun ia masih tidak mencukupi untuk keseluruhan operasi. Beliau minta supaya kuota pekerja asin diladangnya dapat ditambah untuk mencukupi semua operasi tanaman.Pada penulis blog perancangan betul dan khismat kepakaran yang diberikan selain daripada pemasaran yang baik membolehkan TKPM KAbuloh antara TKPM yang berjaya di Malaysia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TKPM KABULOH... DI MIRI LETAKNYA...
KAWASAN LUAS...TKPM BERJAYA...
PENDAPATAN TINGGI...SEMUA SUKA...
HASILKAN MAKANAN...UNTUK SEMUA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Room 2402, Execitive Suite,
Pullmann Hotel, Miri,
Sarawak, Malaysia.
(3 Ramadan 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.