Monday, May 6, 2019

KENAPA HARUS TERNAK BSF?.

MENTERNAK BLACK SOLDIER FLY (Hermetia illucens) atau pun BSF ini merupakan satu perkara yang dilakukan dibeberapa negara untuk pelbagai tujuan. Dalam alam semulajadi, kewujudan serangga adalah satu pelbagai semulajadi yang punya manfaat penting dalam rantaian ekosistem. Terdapat banyak spesis serangga dimana peranan mereka tidak boleh diremehkan walaupun saiznya mungkin sangat kecil atau lemah. Faktanya hampir 80% populasi fauna yang menduduki keseluruhan ekosistem di bumi didominasi oleh bangsa serangga ini. Dalam pada itu dengan jumlah sebanyak ini kelas serangga (insecta) itu  mewakili hampir keseluruhan 90% kehidupan fauna di muka bumi dan boleh dijumpi pada setiap ruang ekosistem yang berbeza-beza seperti di lautan, daratan dan udara. Salah satu kategori serangga adalah LALAT (Fly) yang boleh dijumpai dipelbagai lokasi dengan julat kawasan yang amat luas. Antara ciri fisiologi lalat yang jadi pembeza dengan serangga lainnya adalah dimana lalat ada sepasang sayap yang memang berfungsi untuk terbang juga adanya halter sebagai sambungan daripada sayap pada bagian belakang tubuhnya. lalat daro ordo Diptera didominasi dengan kewujuan serangga yang biasa dipanggil dengan sebutan lalat (Fly) yang menganggu kesihatan jika membawa wabak. Terdapat jenis lalat dikenalpasti menjadi pembawa kepaa kes penyebaran penyakit serta masalah gangguan kesihatan lainnya. Ini merupakan salah satu ciri utama yang banyak dimiliki serangga dari ordo diptera. Dalam pada itu selain lalat terdapat pula beberapa anggota ordo ini iaitu Kupu-kupu dan Rama-rama, Nyamuk, Agas dan lainnya yang mencapai hingga 240,000 spesies banyaknya. Serangga Black Soldier Fly (BSF) atau Lalat Soldadu Hitam secara umum bahkan membawa lebih banyak manfaat bagi kehidupan. Artikel malam ini alam "Anim Agro Technology" saya paparkan bagaimana potensi BSF untuk diternak bagi tujuan dijadikan makanan ternakan dan mungkin manusia.


Black Soldier Fly (Hermetia illucens) adalah sejenis serangga sekelas dengan lalat pada umumnya. Hanya ada ciri khas yang paling kentara dibandingkan dengan lalat pada iaitu ia sangat peka terhadap berbagai vektor penyakit seperti bangkai juga sampah yang membusuk. Lalat Biasa juga lebih sering ditemui hinggap pada tempat yang dianggap manusia sebagai area kotor dan berbahaya karena bersifat toksik atau dapat menjadi penyebab penyakit tertentu apabila ia didekati. Berbeza dengan BSF yag hanya boleh ditemui di tempat-tempat dimana sampah organik banyak berada. Sampah organik maknanya tidak terdapat bahan kimia yang mungkin membahayakan dan bersifat toksik (racun) bagi kehidupan disekitarnya. Black Soldier Fly telah dikenalpasti mampu untuk ia mengurai sampah organik secara efektif namun tetap natural. Kemampuan mengurai sampah organik oleh serangga ini dibuktikan atas beberapa kajiselidik berbagai hasil yang menyebutkan bahwa di dalam usus serangga memang mengandungi bakteria jenis SelulolitikBakteria ini didakwa yang menjadi sebab mengapa jenis lalat ini mampu mengurai sampah organik. Bakteria Selulolitik mampu untuk menghasilkan enzim selulase yang berfungsi dalam proses hidrolisis cellulose. Proses hidrolisis selulosa ini adalah sebuah proses alamiah untuk mengurai limbah organik. Apa yang lain dimana enzim selulase ini juga ditemui pula pada haiwan ternakan jenis ruminan seperti kambing dan lembu. Dalam pada itu serangga lain ada enzim ini dimana ia sebagai penghancur kayu adalah ANAI-ANAI. emag anai-anai mampu menguraikan kayu yang paling keras sehingga ia menjadi seperti serbuk kayu gergaji.


Disebabkan BSF ini hidup ringkas akan tetapi ia dipastikan juga sebagai agen  “petugas kebersihan” semulajadi yang mampu mengurai sampah organik (Sila lihat foto disebelah). BSF mempunyai kecenderungan untuk boleh menjadi sumber bahan mkanan pada masa hadapan terutama untuk haiwan ternak atau haiwan peliharaan bahkan berkemungkinan jika lebih jauh untuk dimakan oleh manusia. Kajian bertajuk ”Insects as the Sustainable Food Ingredients Production, Processing and Food Applications”, dengan editor, Aaron T. Dossey, Juan A. Morales-Ramos dan M. Guadalupe Rojas m/s 173 ada menyatakan mengenai fakta tentang black soldier fly sebagai bahan makanan yang sesuai. Dinyatakan dimana ”Black soldier fly prepupae can be used as feed for a variety of animals, including but not limited to catfish, rainbow trout, poultry,  and swine”.  Maknanya pupa atau larva BSF sesuai diberikan akan kepada Ikan Keli, Ikan Trout, Ayam dan juga Babi. Larva (pre-pupae) lalat BSF ini dikenali juga dengan istilah Maggot black soldier fly atau Maggot BSF. Fakta penyelidikan ini menjadikan ternakan LAlat BSF berpotensi untuk dimajukan sebagai satu industri penting dimasa akan datang. 


Di luar Negara ternakan BSF sudah lama dijalankan sepeti di USA. Di USA   jenis serangga ini selain berfungsi untuk dijadikan makanan ternakan (ayam dll) ia juga telah dijadikan sebagai asas diproses uuntuk dijadikan makanan manusia disana. BSF ini juga telah dijadikan sebagai satu alternatif sumber protein haiwan ternakan sepertii seperti ayam, lembu, Babi, kambing, keldai dan juga kuda (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu penulis blog juga dapati ada jenis serangga lain yang digunakan untuk makanan ternakan seperi belalang, cengkerik (baik untuk ikan kelisa), labah-labah dan sebagainya yang juga dimakan manusia. Di Thailand dan Vietnam belalang, lipas, cengkerik, lipan dan sebagainya dijadikan makanan eksptik rakyat mereka. Berbagai jenis serangga disajikan di pasar tempatan di Thailand ada dijual secara terbuka kerana mereka dakwa protin dari serangga ini baik untuk kesihatan mereka. Sebenarnya di negara jiran Indonesia dilaporkan aktiviti menternak maggor BSF sudh lama dilakukan walaupun ia dilakukan secara terlindung dan emang tidak banyak maklumat yang diperolehi oleh orang awam. Beberapa orang yang sudah menternak BSF sebagai komoditi produk pertanian dan sebagai cara peternakan alternatif menyatakan bahwa kaedah melakukannya memang senang. Dibebeapa lokasii mentenak BSF ini dilakukan tersusun di Indonesia dimana ia bertujuan untuk mengkomposkan sampah organik. Hasilnya amat menakjubkan dimana BSF meampu menguraikan sampah organik menjadi lebih cepat (12 hari sahaja) berbanding kaedah biasa yang mengambil masa selama 2-3 bulan. Ia memang hebat untuk juga dijalankan oleh usahawan komersil di Malaysia. 


Bagaimana pun Lalat BSF sebenarnya memberikan masaalah kepada industri kelulut. BSF ini juga merupakan sejenis serangga yang kini menyerang koloni kelulut di Malaysia. Serangga Kecil Hitam sebagai 'decomposer' ini sebanarnya dikenali sebagai serangga berfaedah tetapi kini telah merupakan ancaman kepada penternak-penternak kelulut di negara kita semenjak bulan Jun 2016. Penulis ada menulis laporan mengenai serangga ini dan kesan pada kerosakannya pada Kelulut (Trigona spp) di dalam artikel sebelum ini (Sila klik disini). Kini kerosakan yang berlaku disebabkan oleh BSF telah dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan. Terkini adalah kenyataan akhbar oleh Ketua Pengarah Pertanian Malaysia yang menerangkan status serangan BSF dalam akhbar tempatan dengan tajuk "2,600 Koloni Lebah Kelulut Diserang Lalat BSF". Kenyataan akhbar yang dikelurkan di Putrajaya pada 29 Ogos 2016 dipetik oleh Bernama dan beberapa akhbar lain. Dakwanya kini kira-kira 2,600 koloni daripada 48,000 koloni lebah kelulut yang diusahakan oleh 118 penternak madu kelulut di Malaysia diserang sejenis lalat perosak Black Soldier Fly (BSF). Ketua Pengarah Pertanian memulakan laporan akhbar tersebut. Beliau berkata akibat serangan BSF ke atas koloni lebah kelulut dimana ia mula dikesan di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak penghujung Jun lepas. Sehingga bulan Ogos ini katanya, sebanyak RM2.4 juta kerugian telah direkodkan ekoran serangan oleh BSF itu dengan Negeri Kedah telah mencatatkan kerugian tertinggi iaitu sebanyaknilai RM1.5 juta. "Kehadiran BSF ke atas koloni dipercayai kerana kawasan penternakan tidak dijaga dengan bersih dan rapi menyebabkan BSF datang dan kemudian menyebabkan kemusnahan kepada sarang penghasilan madu kelulut," katanya dalam sidang media berkenaan serangan BSF ke atas koloni lebah kelulut iaitu di Ibupejabat Pertanian di Putrajaya.  Jabatan Pertanian Negeri telah mula mengambil tindakan lawatan pemeriksaan ke atas semua kawasan penternakan dengan memantau kekerapan pergerakan masuk dan keluar lebah kelulut tersebut di corong koloni. Seorang follower Facebook Anim Hosnan menyatakan dimana ayatnya berbunyi "Sememangnya di Penang ada satu syarikat yg menternak larva ini untuk makanan ayam . Namun kita juga perlu melihat bagaimana ternakan ini diternak secara terkawal. Tanpa ada ruang seinci pun terlepas daripada tempat penternakan . Kerana ianya akan mendatangkan. Masalah kemusnahan sarang2 kelulut. Jika dibuat kompos adakah kws tersebut ini berada didalam kws yg dikawal. Satu lagi Dato', larva ini juga diberi makan najis khinzir..." Penulis ini seorang yang berpengetahuan dan diucapkan terimakasih diatas komen tersebut. Semuga artikel inii memberi info berguna epada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENTERNAKK BSF... MUDAH SAHAJA...
CEPAT MENGKOMPOS...12 HARI LAMA...
CARA BIASA... 2-3 BULAN PROSESNYA...
DAPATKAN ILMU... BOLHLAH MENCUBA...

By,
M Anem,
Senio Agonomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Ramadan 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.