Sunday, May 5, 2019

TANAM VANILA - USAHAWAN DI PAHANG

VANILLA (Vanilla fragrans) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Orchidaceae yang berasal dari Amerika Tengah dan Mexico dan kawasan Tropika lain di Asia. Baru-baru ini ada beberapa laporan media mengenai ada usahawan yang menanam pokok vanilla di Pahang dan mendapat banyak respon pembaca. Pada penulis blog beberapa orang yang penanam pokok vanilla ini memang cukup berani dan diharap mereka akan berjaya membangunkan tanaman vanilla di Malaysia. Pada saya apabila menyebut vanilla rupanya ia terdapat lebih 20,000 spesis didalam keluarga orkid diseluroh dunia dimana tumbuhan orkid ada yang tumbuh sebagai pokok, renek, herba, parasitk dan sebagainya. Pengeluaran vanilla dunia adalah sekitar 7,508 metrik tan setahun dengan 50% dari jumlah pengeluaran adalah di Indonesia sebagai pengeluar vanilla terbanyak didunia. Pengeluaran vanilla juga daripada Madagascar (1,587 mt) dan China (1,385 mt). Negara lain yang ada menanam vanila adalah Kepulauan Seychelles, Fiji, Tahiti, Mexico, Malawi, Grenada dan Sri Lanka dimana dilapor ia kebanyakannya adalah negara berpulau (Islands). Vanilla perlukan iklim yang tinggi kelembaban, suhu tinggi, kurang hujan pada musim berbuah dengan keperluan hujan antara 2,000 -2,500 setahun. Penanaman vanilla di negara kita pernah dipromosikan oleh beberapa syarikat swasta dan juga terdapat agensi kerajaan yang membuat kajian kesesuaian tanaman, varieti dan amalan teknologi. Dalam pada itu penanaman pokok vanilla bagaimana pun kurang berjaya disebabkan oleh kurang minat daripada petani, teknologi yang kurang pasti, kesesuaian amalan pengurusan tanaman, varieti yang kurang sesuai dan ketidaktentuan pasaran. Walau pun pernah diujudkan sistem pasaran kontrak (Contract Farming) dalam usaha untuk memajukan tanaman vanilla tetapi ianya masih gagal. Tanaman vanila memerlukan lindungan cahaya antara 30-50% seperti ditanam dibawah struktur naungan dengan jaring hitam. Jadi persekitaran di kebun kelapa dewasa sesuai untuknya. Jarak tanaman yang disyorkan untuk vanila sebagai tanaman selingan di kebun kelapa ialah 1.5 m di antara baris dan 1.0 - 1.5 m di antara pokok dalam baris. Dengan jarak ini kepadatan tanaman ialah 3,300 - 5,000 pokok /hektar. Bagi memulakan tanaman vanila, tapak perlu dibersihkan daripada pelbagai pokok-pokok besar yang tidak sesuai. Penanaman mula dimulakan dengan membina batas selebar 60 cm x tinggi 30 cm. Pada bahagian batas akan disediakan lubang untuk penanaman pokok tumpang atau pelindung. Biasanya pokok baja (glyceridia) ditanam kerana ketinggian 4-5 kaki sesuai sebagai pokok tumpang atau pelindung sebelum tanaman vanila ditanam. Lubang penanaman vanila adalah diposisi sebelah timur dengan keluasan dan kedalaman bersesuaian dengan saiz anak pokok. Jarak antara lubang untuk tanaman vanila dan pokok tumpang adalah 10-15 cm. Artikel tengahari Sabtu ini dirumh Melaka saya meneulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kes laporan media mengenai penanaman pokok vanilla untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda.


Dalam media tempatan dilaporkan "Bekas wartawan tanam vanila" yang diterbitkan Utusan pada 15 April 2019 dimana jika 12 tahun lepas mata pena menjadi ‘senjata’ utamanya untuk mencari rezeki dan bidang pertanian pula sumber pendapatan sampingan. Beliau kini lain pula ceritanya apabila Mohamad Feisal Mohamad Norawi bertekad menjadikan penanaman vanila sebagai punca utama pendapatan.
Pengusaha berusia 37 tahun itu yang pernah bertugas sebagai wartawan sebuah akhbar tempatan memutuskan untuk menukar kerjaya pada tahun lepas setelah lelah melayan kerenah manusia sekali pun terpaksa berjemur di bawah panas terik matahari dan `berperang’ dengan nyamuk serta haiwan liar lain. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran) dan Diploma Pembangunan Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, minatnya untuk menanam vanila tercetus selepas menamatkan pengajian pada 2006. Dikatakan semasa itu dia menyenaraikan beberapa jenis tanaman yang mana ia boleh diusahakan di atas sebidang tanah milik keluarga yang berkeluasan 1.2 hektar di Kampung Bangau Parit, Temerloh. Dia mendapati tanaman vanila berpotensi tinggi untuk diusahakan memandangkan masih belum ada sesiapa mengusahakannya secara komersial di negara ini. Dengan berbekalkan modal RM20,000 hasil simpanan semasa bekerja sambilan di sebuah hotel ketika belajar serta pinjaman daripada keluarga, Mohamad Feisal memulakan projek penanaman vanila dengan bantuan sebuah syarikat swasta. Walau bagaimanapun dakwanya, dia diuji apabila syarikat yang menjanjikan 1,000 anak benih vanila lari selepas membekalkan hanya 400 anak benih. Masalah tersebut menyebabkan dia hampir berputus asa dan mendorongnya memohon pekerjaan di sebuah syarikat penerbitan akhbar di ibu negara.


Dalam pada itu dia tetap mengkaji potensi vanila yang merupakan spesies keluarga orkid dari Mexico dan memulakan semula projek pada 2010 secara sambilan. Sebelum itu dia mencari ilmu mengenai penanaman vanila menerusi Internet selepas mendapati potensi tinggi tumbuhan tersebut yang mendapat permintaan dari luar negara. Usahanya tidak sia-sia apabila pokok yang ditanam mengeluarkan hasil pada 2014 dan pembeli dari luar termasuk Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia dan Jerman mula menghubunginya untuk mendapatkan bekalan bahan berkenaan. Walaupun negara seperti Indonesia, Papua New Guinea dan Madagascar merupakan negara pengeluar utama, tanaman itu tidak dapat diusahakan secara komersial kerana faktor kepakaran, tiada sokongan kerajaan selain sering menghadapi bencana alam. Berikutan dengan itu dia nekad berhenti kerja pada awal tahun lepas dan memberi sepenuh perhatian kepada tanaman vanila yang dikomersialkan di bawah jenama Amani Vanilla Temerloh. Kini saya mempunyai 2,500 pokok vanila di kebun pertama yang diusahakan secara konvensional (Sila lihat foto paling bawah). Dia merancang menambah 1,500 pokok dalam masa terdekat yang akan ditanam menggunakan kaedah moden iaitu menggunakan jaring pelindung. Kini ladangnya turut menjadi rujukan agensi kerajaan dan institusi pendidikan tinggi. Mohamad Feisal dakwa tanaman pokok vanila hanya memerlukan 30 -  40 peratus cahaya matahari dan paras kelembapan 60- 80 peratus dimana ini akan menjadikannya tanaman yang sesuai di negara ini. Tempoh matangnya juga singkat dan biasanya pod vanila mula boleh dituai dalam tempoh lapan bulan selepas berbunga dan perlu dikeringkan selama sebulan sebelum boleh dijual. Walaupun tanamannya belum lagi memberikan hasil penuh, Mohamad Feisal kini boleh tersenyum kerana pulangan jangka panjang yang lumayan berikutan harga vanila di pasaran dunia semakin meningkat dan boleh mencecah RM2,000 sekilogram. 


Dalam laporan lain bertajuk "Mencari Rezeki Tanam Vanilla" juga melaporkan perkara mengenai Mohd Feisal Mohd Norawi berunur 35 tahun menanam pokok vanila di kebunnya (Sila lihat foto disebelah). Kaedah memilih untuk menanam benih vanila dilakukan di Kampung Bangau Parit, Temerloh, Pahang. Minat beliau bermula pada tahun 2008 hanya bergantung kepada maklumat daripada rujukkan di internet. Dia juga sebenarnya hampir putus asa selepas lebih 3 tahun masih lagi tidak berbunga. Namun pada tahun 2012 orkid vanila memerah yang kemudiannya berkembang menjadi kacang vanila. Dia berani meneroka industri dengan menanam 800 biji vanila di atas tanah 1.2ha pada tahun 2008 dan sepatutnya mula menghasilkan bunga selepas tiga tahun. Pernah dia bercadang untuk menyerah satu kawasan dan sebaliknya menanam sayur-sayuran yang akan membolehkan dia mendapat pulangan dalam masa yang singkat. Tiba-tiba suatu pagi pada bulan Mac 2012 dia melihat beberapa orkid bunga vanili penuh mekar. Akan tetapi ada seorang petani dari Jerantut telah mengajar dia mengenai penanaman orkid vanila dimana ia akan hanya berbunga selama 24 jam. Kemudian bunga itu akan pudar, jatuh batang, dan tiada pod vanila boleh dihasilkan. Kini dakwanya sekilogram gred A vanila boleh mencecah kira-kira RM1,800 di pasaran. Pada masa ini dakwannya ada juga  beberapa pembeli dari Timur Tengah yang datang ke ladangnya untuk membeli buah vanila untuk mengekstrak dan membungkus sebelum dijual semula di negara-negara Eropah sebagai rempah-rempah. Satu kilogram gred A vanila boleh mencecah kira-kira RM1,800 sekilogram di pasaran dan walaupun harganya tinggi dimana ia terus menerima permintaan yang kuat di seluruh dunia. Dakwanya lagi pada masa ini beliau adalah antara tiga pengendali ladang vanila di Malaysia dan dua lagi di Jerantut dan Sabah. Sememangnya dia akan terus melakukan penyelidikan tentang cara menghasilkan vanila organik tanpa menggunakan sebarang bahan kimia. Industri ini mempunyai potensi yang besar dan mungkin kerajaan dapat memberi bantuan untuk mendapatkan lebih ramai orang terlibat dalam pertanian vanila. Semuga beliau akan berjaya didalam usaha menanam vanilla di Pahang dan akan berkembang industru ini dimasa akan datang. Diharap srtikel ini dapat memebri info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MENANAM VANILLA... DIPAHANG DIA...
TANAMAN POTENSI... BANTUAN TIADA...
ADA 3 ORANG... TANAM DI MALAYSIA...
PERLU KAJIAN LAGI... UNTUK BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 208, Green Park Hotel,
Temerloh, Pahang,
Malaysia.
(29 Syaaban 1440H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.