Friday, September 13, 2024

SERANGGA DAN PENTINGNYA (Part 1)

SERANGGA (Insect)
merupakan sejenis haiwan kecil yang selalunya dikaitkan dalam sektor pertanian selain daripada Bakteria, Virus, Kulat dan sebagainya. Pada penulis blog mendapati dimana serangan serangga dan kerosakan tanaman di Malaysia ini memberi gambaran yang lengkap tentang alam serangga perosak berpotensi menyerang tanaman di Malaysia terutama tanaman makanan. Apa pun memang hebat cabaran pelbagai jenis serangga perosak tanaman yang selalu bertambah pentingnya kerana sering menyebabkan kerugian besar kepada jumlah hasil yang dituai dan kualiti hasil pertanian. Bermula dengan konsep dan maklumat asas tentang serangga dan sifat semula jadinya sebagai haiwan kecil untuk hidup ia akan berhadapan dan berselisih haluan dengan manusia, tetapi tidak kurang juga peranan serta manfaatnya dalam perkembangan tamadun manusia. Serangga adalah haiwan yang mustahak dalam pertanian dan kehidupan manusia seharian. Penulis blog belajar mengenai dunia serangga atau pun Entomologi semasa tahun dua (2) di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang (kini di panggil Universiti Putra Malaysia) dimana subjek ini adalah diantara yang paling susah untuk skor. Apa pun akhirnya setelah bekerja dan menjadi sebahagian daripada keperluan dalam bidang pengembanhan pertanian kebanyakan spesis serangga yang menganvam tanaman sudah menjadi kepakaran pula. Apa pun sebenarnya serangga merupakan haiwan yang membentuk kelas Insecta (berasal dari bahasa Latin iaitu 'insectum' iaitu satu kata serapan dari bahasa Yunani (éntomon) yang maknanya 'terpotong menjadi beberapa bahagian'. Serangga adalah invertebrata dalam filum Artropoda dan subfilum Heksapoda yang mempunyai eksoskeleton berkitin (chitin). Bahagian badannya terbahagi menjadi tiga bagian iaitu KEPALA, TORAKS dan ABDOMEN. Serangga juga mempunyai jenis mata majmuk, tiga pasang kaki yang terhubung ke toraks dan selalu ada sepasang antena (sesungut). Serangga termasuk salah satu kelompok haiwan yang paling beragam, mencakupi lebih dari 1 juta spesies dan merupakan lebih dari setengah organisma yang ada hidup di mukabumi. Jumlah spesis serangga yang masih ada dianggarkan antara 6 - 10 juta dan berpotensi mewakili lebih dari 90% bentuk kehidupan haiwan yang berbeza ada di dunia ini. Serangga dapat dijumpai dihampir semua kawasan dan lingkungan walau pun jumlahnya kecil yang mampu hidup di lautan iaitu serangga yang didominasi oleh jenis artropoda iaitu krustasea. Kelas Insecta dibahagi lagi menjadi 29 ordo termasuk Kelas Coleoptera (kumbang), Lepidoptera (Kupu-kupu), Diptera (Lalat) dan Hymenoptera (Semut, tebuan dan lebah). Kelompok Apterigota terdiri dari 4 ordo karena semua serangga dewasanya tidak memiliki sayap dimana 25 ordo lainnya termasuk dalam kelompok Pterigota kerana ia mempunyai sayap. Serangga merupakan haiwan beruas dengan kemampuan beradaptasi yang sangat tinggi. Ukuran serangga relatif kecil dan beberapa kali berjaya ia mengelilingi dunia. Struktur peredaran darah serangga adalah sistem peredaran darah terbuka dimana asasnya kesemua serangga bertelur (ovipar). Petani perlu mengetahui akan ancaman serangga dan cara mengawal bagi mempastikan ia terkawal dan mampu menghasilkan tuaian terbaik. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya menulis serangga dan kepentingannya kepada manusia untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Bagaimanakah pendapat pembaca blog ini merujuk kepada berita dalam media perdana iaitu '
Serangga penting dalam industri makanan dunia' untuk ilmunya di kongsikan kali ini. Tanaman Durian (Durio zibethunus) pada penulis blog memang sejas 'Raja Buah' yang terkenal di Malaysia dengan beberapa varieti premium seperti Musang King, Duri Hitam, D24 dan sebagainya. Durian kini merupakan sejenis  buah yang amat digemari rakyat Malaysia. Bagaimanapun durian bergantung kepada kelawar untuk proses penting pendebungaan dimana kekurangan bilangan kelawar akan mengakibatkan kurangnya buah durian dalam pasaran. Saya ada menulis mengenai perkara ini dalam blog ini dengan boleh dibaca pada pautan berikut (Sila klik disini), (Sila Klik Disini) dan yang lain lagi. Durian dan tanaman lain seperti kelapa sawit, kopi, koko, mangga, tembikai gajus dan badam dimana ia semuanya bergantung kepada serangga yang berperanan sebagai agen pendebungaan yang terdiri daripada lebih 20,000 spesies lebah, kupu-kupu, rama-rama, penyengat, kumbang, unggas dan kelawar. Proses pendebungaan adalah satu perkhidmatan ekosistem yang penting kepada tumbuh-tumbuhan ini. Malangnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pakar semakin bimbang masalah yang menimpa populasi serangga ini disebabkan oleh tekanan kegiatan manusia. Ini termasuk kegiatan pengindustrian, pertanian dan penggunaan racun perosak yang melampau, pencemaran dan perubahan iklim. Malaysia pernah menjadi tuan rumah kepada satu lagi persidangan global yang membincangkan beberapa masalah pengurangan agen pendebungaan ini dan akan mengutarakan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah ini. Apa pun Perhimpunan di Kuala Lumpur ini dihadiri 124 negara anggota Badan Penasihat Mengenai Perkhidmatan Kepelbagaian Biologi dan Ekosistem atau Intergovenmental Platform on Biodiversity and Ecosystem Services (IPBES). Malaysia dipilih sebagai lokasi sidang plenari keempat IPBES berdasarkan kepemimpinannya dalam isu alam sekitar dan kepelbagaian biologi sejak lebih 20 tahun lalu. Ia bermula dengan perlaksanaan dan kepemimpinan di mesyuarat Kemuncak Bumi di Rio di Janeiro pada 1992. Malaysia bukan sahaja peka terhadap pemuliharaan kepelbagaian biologi tetapi juga memperjuangkan hak negara untuk terus membangun demi kesejahteraan rakyat dimana ini sekali gus pendekatan yang diambil bertujuan mengimbangi aktiviti pemuliharaan dan pembangunan sosial. 


Salah satu isu pokok yang telah pun diperdebatkan adalah mengenai pentingnya kehadiran dan peranan agen pendebungaan terhadap pengeluaran makanan. Data yang terkumpul setakat ini membayangkan ada pengurangan bilangan spesies haiwan dan serangga ini. Ini dilaporkan ia berkemungkinan mempunyai kesan negatif terhadap jumlah pengeluaran hasil tanaman dan juga spesies kayu kayan yang menjadi punca pendapatan di kebanyakan negara tropika. Persidangan ini juga akan memberi beberapa cadangan yang boleh diambil oleh semua negara untuk mengatasi masalah ini. Di Malaysia seperti di sektor perladangan kelapa sawit memang lama sejarah dan kaitan rapat dengan serangga pendebungaan (Penulis blog pernah terlibat dalam kajian awal kemasukkan serangga pendebunga sawit iaitu Elaidibius kamerunicus di Ladang Pamol, Kluang pada tahun 1979) untuk Latihan Amali (Sila lihat foto disebelah). Suatu masa dahulu untuk estet mendapatkan buah kelapa sawit yang berkualiti tinggi dimana pokok ini perlu didebungakan dengan bantuan manusia (oleg Puff Girl) diladang masa itu bagi pokok rendah dan galah bagi pokok tinggi. Pada awal 1980-an melalui beberapa banyak penyelidikan dijalankan beberapa ahli sains mendapati pendebungaan yang berkesan boleh dilakukan oleh sejenis kumbang yang berasal dari benua Afrika. Kumbang ini diperkenalkan di ladang kelapa sawit dan berjaya didalam meningkatkan pengeluaran buah, malah menjimatkan kos guna tenaga manusia sebanyak RM400 juta setahun dan meningkat berlipat kali ganda pada hari ini. Sebenarnya peranan agen pendebungaan dalam pengeluaran makanan dilhat ia sangat bernilai dari segi ekonomi sama ada melalui cara pendebungan liar atau di rancang, Apa pun terkini akibat 'global warming' dan banyak isu alam sekitar dilihat ada ancaman terhadap isu serangga yang membantu proses pendebungaan ini. Ia kini sudah dalam keadaan yang agak membimbangkan di peringkat tempatan dan global dan jika berterusan maka akan berikanh implikasinya terhadap keberadaan makanan, kesihatan dan aspek keselamatan pemakanan kepada manusia. Memang kekurangan serangga berguna ini mempunyai implikasi sosial dan ekonomi terhadap pengurangan agen pendebungaan sebab ia memjadi punca yang menyebabkan proses pendebungaan dijangka semakin berkurangan. Pakar perlu mencari jalan apakah dia pilihan yang ada untuk melindungi agen pendebungaan serta bagi memulihkan perkhidmatan serangga yang terlibat dalam proses pendebungaan ini. Dunia perlu sediakan beberapa garis panduan untuk membanteras masalah bilangan agen pendebungaan yang semakin berkurang dan terancam. Dulu pernah di adalah forum di Paris iaitu berkaitan perubahan iklim COP 21 dimana diputuskan agar masyarakat dunia patut mengambil tindakan berani untuk mengatasi masalah pemanasan global dan mencadangkan langkah yang perlu diambil untuk menstabilkan suhu dunia.


Menarik dalam beberapa media utama di Malaysia yang paparkan kisah 'Cuaca panas cetus pembiakan serangga perosak' dalam membincangan kepentingan serangga. Apa pun cuaca panas berlarutan mungkin akan memberi kesan terhadap sumber air mentah, namun yang paling membimbangkan kepada sektor pertanian buat masa ini ialah pembiakan serangga perosak. Bagi Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan-Persatuan Pekebun Sayur Malaysia iaitu Chay Ee Mong dakwa dimana keadaan suhu panas menyebabkan serangga mudah membiak dan merebak ke tanaman. Dakwanya jika keadaan panas melampau akan mengakibatkan sumber air tidak mencukupi, namun beberapa hari ini hujan masih lagi turun. Selalu berlaku senario yang merisaukan apabila serangga perosak mudah merebak dan membiak dengan cepat ketika cuaca panas. Keadaan cuaca panas juga memberi kesan positif seperti sayur-sayuran seperti kekacang, tomato, terung dan timun cepat matang, sekali gus mencapai peningkatan dalam penghasilan. Antara kekangan dihadapi dimana serangga perosak secara tidak langsung akan menyebabkan kualiti tanaman terjejas. Kini isu harga sayur-sayuran tidak meningkat tetapi ia sebaliknya merosot seperti timun dan kacang panjang. Pengeluaran sayur-sayuran juga lebih sekali gus mencukupi permintaan, tidak seperti musim hujan lalu, dapat dilihat penghasilan sudah pulih cuma pasaran masih lemah selain serangan serangga. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi ingo berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HAIWAN SERANGGA.... PENTING ADA...
ADA PEROSA... ADA YANG BERGUNA...
KEHADIRANNYA...MAJORITI DIDUNIA...
PELBAGAI KISAH... BANYAK FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melak,
Melaka,
Malaysia.
(6 Rabiulawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.