Saturday, September 14, 2024

SERANGGA DAN PENTINGNYA (Part 2)

SERANGGA (Insect)
merupakan sejenis haiwan kecil yang selalunya dikaitkan dalam sektor pertanian selain daripada Bakteria, Virus, Kulat dan sebagainya. Pada penulis blog mendapati dimana serangan serangga dan kerosakan tanaman di Malaysia ini memberi gambaran yang lengkap tentang alam serangga perosak berpotensi menyerang tanaman di Malaysia terutama tanaman makanan. Apa pun memang hebat cabaran pelbagai jenis serangga perosak tanaman yang selalu bertambah pentingnya kerana sering menyebabkan kerugian besar kepada jumlah hasil yang dituai dan kualiti hasil pertanian. Bermula dengan konsep dan maklumat asas tentang serangga dan sifat semula jadinya sebagai haiwan kecil untuk hidup ia akan berhadapan dan berselisih haluan dengan manusia, tetapi tidak kurang juga peranan serta manfaatnya dalam perkembangan tamadun manusia. Serangga adalah haiwan yang mustahak dalam pertanian dan kehidupan manusia seharian. Penulis blog belajar mengenai dunia serangga atau pun Entomologi semasa tahun dua (2) di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang (kini di panggil Universiti Putra Malaysia) dimana subjek ini adalah diantara yang paling susah untuk skor. Apa pun akhirnya setelah bekerja dan menjadi sebahagian daripada keperluan dalam bidang pengembanhan pertanian kebanyakan spesis serangga yang menganvam tanaman sudah menjadi kepakaran pula. Apa pun sebenarnya serangga merupakan haiwan yang membentuk kelas Insecta (berasal dari bahasa Latin iaitu 'insectum' iaitu satu kata serapan dari bahasa Yunani (éntomon) yang maknanya 'terpotong menjadi beberapa bahagian'. Serangga adalah invertebrata dalam filum Artropoda dan subfilum Heksapoda yang mempunyai eksoskeleton berkitin (chitin). Bahagian badannya terbahagi menjadi tiga bagian iaitu KEPALA, TORAKS dan ABDOMEN. Serangga juga mempunyai jenis mata majmuk, tiga pasang kaki yang terhubung ke toraks dan selalu ada sepasang antena (sesungut). Serangga termasuk salah satu kelompok haiwan yang paling beragam, mencakupi lebih dari 1 juta spesies dan merupakan lebih dari setengah organisma yang ada hidup di mukabumi. Jumlah spesis serangga yang masih ada dianggarkan antara 6 - 10 juta dan berpotensi mewakili lebih dari 90% bentuk kehidupan haiwan yang berbeza ada di dunia ini. Serangga dapat dijumpai dihampir semua kawasan dan lingkungan walau pun jumlahnya kecil yang mampu hidup di lautan iaitu serangga yang didominasi oleh jenis artropoda iaitu krustasea. Kelas Insecta dibahagi lagi menjadi 29 ordo termasuk Kelas Coleoptera (kumbang), Lepidoptera (Kupu-kupu), Diptera (Lalat) dan Hymenoptera (Semut, tebuan dan lebah). Kelompok Apterigota terdiri dari 4 ordo karena semua serangga dewasanya tidak memiliki sayap dimana 25 ordo lainnya termasuk dalam kelompok Pterigota kerana ia mempunyai sayap. Serangga merupakan haiwan beruas dengan kemampuan beradaptasi yang sangat tinggi. Ukuran serangga relatif kecil dan beberapa kali berjaya ia mengelilingi dunia. Struktur peredaran darah serangga adalah sistem peredaran darah terbuka dimana asasnya kesemua serangga bertelur (ovipar). Petani perlu mengetahui akan ancaman serangga dan cara mengawal bagi mempastikan ia terkawal dan mampu menghasilkan tuaian terbaik. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya menulis serangga dan kepentingannya kepada manusia untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Di Malaysia '
Kawalan serangga perosak mesra alam' ada di laporkan oleh beberapa media tempatan utama. Kini dengan sentuhan teknologi nano, input pertanian organik yang dirintis Universiti Putra Malaysia (UPM) membuka satu lembaran baharu dalam sektor pertanian negara. Projek yang diketuai Dr Nur Kartinee Kassim bersama dua lagi penyelidik, Dr Norhayu Asid (Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian UPM) dan Dr Norazlinaliza Salim (Jabatan Kimia, Fakulti Sains UPM) membuktikan keupayaan pakar penyelidik tempatan dalam menghasilkan produk botani novel yang selamat dan mesra alam. Apa yang pasti, rumusan formula tersebut dapat meningkatkan kestabilan formulasi dan memanjangkan hayat penyimpanan serta penggunaan bahan yang membantu kebanyakan golongan petani. Ia bukan sahaja selamat digunakan untuk membasmi serangga perosak, bahkan produk dihasilkan mudah dikendalikan dan sangat efektif buat tanaman sayuran. Sudah semestinya, selain pemain industri pertanian, pendekatan formulasi tersebut dapat menguntungkan negara sekali gus kita untuk mendapatkan konsumsi makanan selamat. Kajian yang menggunakan Geran Penyelidikan Pembangunan Inovasi UPM itu dimulakan sejak 2014. Menariknya, penyelidikan tersebut menggunakan bahan semula jadi yang sangat berkesan sebagai antifeedant dan penghalau serangga. Kesannya efektif terutamanya kepada sayur-sayuran Cruciferous iaitu kelompok sayuran seperti kubis, brokoli dan lobak. Mengulas lanjut mengenai kajian saintifik itu, Dr Nur Kartinee menjelaskan, formulasi Armigard berfungsi sebagai kawalan organik (biopestisida) dalam pengurusan serangga perosak. Rumusan formula ini dibangunkan menggunakan teknologi nano. Bahan aktifnya dapat meningkatkan kestabilan formulasi dan memanjangkan tempoh penyimpanan dan penggunaan. Ia bukan sahaja selamat digunakan untuk membasmi serangga perosak, produk ini juga mudah dikendalikan dan sangat berkesan kepada sayuran tersebut. 


Signifikan penyelidikan alami itu adalah berikutan kebergantungan petani terhadap racun sintetik dalam industri pertanian untuk melindungi hasil tuaian mereka daripada serangan serangga perosak seperti projek tanaman kubis yang menjadi pilihan salah satu tapak percubaan ujian Armigard di Cameron Highland 
(Sila lihat foto sebelah). Meskipun mengetahui penggunaan racun kimia adalah berbahaya kepada kesihatan dan persekitaran, namun petani tiada pilihan lain untuk membendung serangga perosak durjana. Kajian ini diteruskan sebab ada permintaan produk kawalan perosak semula jadi semakin meningkat disebabkan kos lebih rendah dan manfaat kelestarian sektor pertanian organik. Dipercayai yang biopestisida mampu meningkatkan hasil pertanian petani tanpa memberi kesan buruk kepada alam sekitar untuk jangka masa panjang. Armigard juga terbukti sebagai produk organik alternatif yang baik dan boleh digunakan untuk melindungi sektor perladangan secara cekap, selamat, kos efektif dan mesra alam. Formulasi Armigard mengandungi bahan tumbuhan yang kaya dengan terpene. Sebatian organik semula jadi dan sintetik berasal daripada isoprena hidrokarbon itu disifatkan sebagai bahan aktif. Rumusan Armigard cukup pekat. Jika menggunakan mesin penyembur, ia perlu disukat untuk mencapai tahap cecair yang ditetapkan sebelum disembur secara terus kepada tanaman. Penggunaannya cukup mudah. Kami turut menyediakan pek percubaan kepada golongan petani yang berminat,” bicaranya yang positif penggunaan produk itu untuk keperluan industri. Antara keebihan inovasi tersebut adalah impak penyelidikan Armigard cukup besar terhadap aktiviti pembangunan mampan seiring Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Negara. Penyelidikan itu dikatakan berupaya meningkatkan hasil tanaman, malah pendapatan petani! Kata Dr Nur Kartinee, ia berikutan perangkaan menunjukkan 45 peratus golongan itu masih mempunyai pendapatan bawah tahap kemiskinan. Penggunaan biopestisida terbukti mampu menghasilkan tanaman organik, bebas racun perosak kimia berbahaya dengan tahap residu yang rendah. Kawalan perosak ‘bio’ adalah produk yang boleh biodegradasi dan mesra alam. Barangkali isu alam sekitar boleh diselesaikan dengan penggunaan biopestisida seumpama Armigard. Apa pun pengurangan penggunaan racun perosak kimia akan memastikan pengeluaran tanaman lebih selamat sekali gus meningkatkan sekuriti tabung makanan negara. Mereka kini sudah bersedia untuk peringkat pengkomersialan produk ini. Mereka sedang menjalinkan kerjasama bersama Nanocipta Sdn Bhd melalui perjanjian pelesenan yang berupaya dalam memimpin pemasaran dan pengkomersialan biopestisida Armigard di seluruh negeri. Kini promosi pemasaran dan pengkomersialan turut dijalankan melibatkan negara luar terutamanya Australia, Indonesia dan India.


Kisah bagaimana 'Kontena mengandungi serangga perosak diarah pulang ke India' ada dilaporkan dalam bharian.com untuk di rujuk. Foto sebelah menunjukkan penguat kuasa MAQIS memeriksa hasil pertanian dari India dikesan mengandungi serangga perosak di Pelabuhan Klang. Pihak  Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mengarahkan sebuah kontena dihantar kembali ke negara asal iaitu India selepas didapati membawa masuk hasil keluaran pertanian yang mengandungi serangga perosak. Kontena berkenaan dibawa masuk melalui pintu Pelabuhan Klang Utara pada 9 Julai lalu dan mengandungi kunyit goreng dan produk kekacang seperti dal mysore, toor dal, kacang hijau, moong dal dan kacang kuda. MAQIS dalam kenyataannya memaklumkan, pemeriksaan mendapati kontena terbabit mengandungi hasil keluaran pertanian dianggar seberat  berjumlah19 tan bernilai RM150,271. Apa pun semua bahan diimport dari India itu mengandungi serangga perosak Sitophilus zeamais.  Konsainan terbabit ditolak kemasukannya dan MAQIS mengarahkan ia dihantar pulang ke negara asal. Kemasukan tumbuhan dan hasilan bersama perosak adalah kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta 728 kerana mengimport barangan dengan perosak, penyakit atau bahan cemar. MAQIS berithu jika sabit kesalahan syarikat yang membawa masuk boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya. Pegawai MAQIS di lapangan komited dalam memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisme yang dibawa masuk ke Malaysia bebas daripada ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar.


Kes lain berlaku di Singapura apabila 'Lori Singapura bawa sayur dicemari serangga perosak diarah patah balik' berkaitan dengan hasil pertanian agak menarik di kongsikan. Foto menunjukkan dimana sayur kubis panjang yang dicemari dengan serangga perosak disyaki dari jenis Phyllotreta spp yang masih hidup. Pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) yang mengarahkan sebuah lori dari Singapura yang membawa muatan 216 kotak sayur jenis kubis panjang berpatah balik setelah dikesan mempunyai serangga perosak. MAQIS dapati lori berkenaan ditahan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Gelang Patah dimana ada serangga perosak disyaki dari jenis Phyllotreta spp yang masih hidup. Pihak Maqis telah mengarahkan lori berkenaan yang membawa kubis panjang bernilai anggaran RM6,800 itu berpatah balik ke negara asal. Perbuatan mengimport apa-apa keluaran pertanian dengan perosak, penyakit atau bahan cemar adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta yang sama. Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali. Penguatkuasaan di pintu masuk bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara dan mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Kesemua langkah berkenaan adalah bagi memastikan biosekuriti makanan negara sentiasa terkawal. 
Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi ingo berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HAIWAN SERANGGA.... PENTING ADA...
ADA PEROSA... ADA YANG BERGUNA...
KEHADIRANNYA...MAJORITI DIDUNIA...
PELBAGAI KISAH... BANYAK FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melak,
Melaka,
Malaysia.
(6 Rabiulawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.