Sunday, September 15, 2024

SERANGGA DAN PENTINGNYA (Part 3)

SERANGGA (Insect)
merupakan sejenis haiwan kecil yang selalunya dikaitkan dalam sektor pertanian selain daripada Bakteria, Virus, Kulat dan sebagainya. Pada penulis blog mendapati dimana serangan serangga dan kerosakan tanaman di Malaysia ini memberi gambaran yang lengkap tentang alam serangga perosak berpotensi menyerang tanaman di Malaysia terutama tanaman makanan. Apa pun memang hebat cabaran pelbagai jenis serangga perosak tanaman yang selalu bertambah pentingnya kerana sering menyebabkan kerugian besar kepada jumlah hasil yang dituai dan kualiti hasil pertanian. Bermula dengan konsep dan maklumat asas tentang serangga dan sifat semula jadinya sebagai haiwan kecil untuk hidup ia akan berhadapan dan berselisih haluan dengan manusia, tetapi tidak kurang juga peranan serta manfaatnya dalam perkembangan tamadun manusia. Serangga adalah haiwan yang mustahak dalam pertanian dan kehidupan manusia seharian. Penulis blog belajar mengenai dunia serangga atau pun Entomologi semasa tahun dua (2) di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang (kini di panggil Universiti Putra Malaysia) dimana subjek ini adalah diantara yang paling susah untuk skor. Apa pun akhirnya setelah bekerja dan menjadi sebahagian daripada keperluan dalam bidang pengembanhan pertanian kebanyakan spesis serangga yang menganvam tanaman sudah menjadi kepakaran pula. Apa pun sebenarnya serangga merupakan haiwan yang membentuk kelas Insecta (berasal dari bahasa Latin iaitu 'insectum' iaitu satu kata serapan dari bahasa Yunani (éntomon) yang maknanya 'terpotong menjadi beberapa bahagian'. Serangga adalah invertebrata dalam filum Artropoda dan subfilum Heksapoda yang mempunyai eksoskeleton berkitin (chitin). Bahagian badannya terbahagi menjadi tiga bagian iaitu KEPALA, TORAKS dan ABDOMEN. Serangga juga mempunyai jenis mata majmuk, tiga pasang kaki yang terhubung ke toraks dan selalu ada sepasang antena (sesungut). Serangga termasuk salah satu kelompok haiwan yang paling beragam, mencakupi lebih dari 1 juta spesies dan merupakan lebih dari setengah organisma yang ada hidup di mukabumi. Jumlah spesis serangga yang masih ada dianggarkan antara 6 - 10 juta dan berpotensi mewakili lebih dari 90% bentuk kehidupan haiwan yang berbeza ada di dunia ini. Serangga dapat dijumpai dihampir semua kawasan dan lingkungan walau pun jumlahnya kecil yang mampu hidup di lautan iaitu serangga yang didominasi oleh jenis artropoda iaitu krustasea. Kelas Insecta dibahagi lagi menjadi 29 ordo termasuk Kelas Coleoptera (kumbang), Lepidoptera (Kupu-kupu), Diptera (Lalat) dan Hymenoptera (Semut, tebuan dan lebah). Kelompok Apterigota terdiri dari 4 ordo karena semua serangga dewasanya tidak memiliki sayap dimana 25 ordo lainnya termasuk dalam kelompok Pterigota kerana ia mempunyai sayap. Serangga merupakan haiwan beruas dengan kemampuan beradaptasi yang sangat tinggi. Ukuran serangga relatif kecil dan beberapa kali berjaya ia mengelilingi dunia. Struktur peredaran darah serangga adalah sistem peredaran darah terbuka dimana asasnya kesemua serangga bertelur (ovipar). Petani perlu mengetahui akan ancaman serangga dan cara mengawal bagi mempastikan ia terkawal dan mampu menghasilkan tuaian terbaik. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya menulis serangga dan kepentingannya kepada manusia untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Kes berkaitan serangga dimana '
Ternak serangga Black Soldier Fly sebagai makanan ayam' juga sesuai di kongsikan. Apa pun kerajaan perlu kempen dan juga mempertimbangkan untuk menternak serangga dikenali sebagai 'black soldier fly' (BSF) sebagai alternatif jangka masa panjang bagi menggantikan kacang soya sebagai makanan ayam sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan kepada import bahan berkenaan. Ia disebabkan larva serangga itu boleh digunakan sebagai sumber protein kepada ayam dimana sebenarnya serangga ini makanan semula jadi kepada ayam. Kalau ayam di kampung kita lihat memang dia makan ulat dan serangga. Sekiranya negara ini mahu menternak serangga berkenaan, bahan makanannya adalah terdiri daripada bahan buangan industri kelapa sawit dan sisa makanan. Selain daripada ia dapat membantu industri ternakan ayam, ia juga dapat menyelesaikan masalah pengurusan sisa di Malaysia. Apa pun Malaysia mempunyai kelebihan untuk menternak serangga ini kerana faktor iklim yang sesuai di samping turut mempunyai kepakaran. Kini industri BSF di Malaysia pada peringkat permulaan dan sangat baharu dimana larva yang dihasilkan tak cukup menampung keperluan ayam yang ada di Malaysia. Setakat ini hanya ada dua syarikat daripada luar negara yang menternak serangga itu di Malaysia iaitu di Selangor dan Johor. Dipercayai beberapa penyelidikan juga perlu dijalankan tentang kesesuaian untuk menternak serangga berkenaan sebagai bahan makanan ayam. Selain daripada penternakan serangga dicadangkan agar kerajaan menggalakkan penggunaan hampas kelapa sawit yang telah diproses untuk dijadikan sebahagian makanan ayam. Ada terdapat kajian yang menunjukkan hampas kelapa sawit boleh menggantikan penggunaan kacang soya dan juga jagung sebagai makanan ayam.


Menarik dalam bernama dengan kisah 'Agensi Makanan Singapura benarkan 16 spesies serangga sebagai makanan manusia' untuk dilihat akan kepentingan serangga kepada manusia. Pihak Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, mealworm, ulat sutera dan lebah madu. Kini dengan serta-merta SFA akan membenarkan import serangga dan produk serangga yang berasal daripada spesies yang dinilai mempunyai kebimbangan peraturan yang rendah. Serangga dan produk serangga ini boleh digunakan sebagai makanan manusia atau sebagai makanan haiwan untuk haiwan pengeluaran makanan. Rangka kerja peraturan serangga yang dimuat naik di laman sesawangnya pada hari yang sama, meletakkan garis panduan untuk serangga yang diluluskan sebagai makanan di Singapura. Ia merangkumi garis panduan yang harus dipatuhi oleh perniagaan jika mereka berhasrat untuk mengimport, menternak atau memproses serangga menjadi makanan manusia atau makanan haiwan. Serangga dalam senarai berkenaan mempunyai sejarah sebagai makanan manusia. Serangga lain yang tidak tersenarai perlu menjalani penilaian oleh agensi itu sebelum boleh dijadikan sebagai makanan manusia. Apa pun garis panduan ini dibangunkan selepas kajian saintifik menyeluruh dengan merujuk kepada negara dan wilayah yang membenarkan penggunaan serangga tertentu sebagai makanan termasuk Kesatuan Eropah, Australia, New Zealand, Korea Selatan dan Thailand. Pada masa ini masih tiada piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Codex Alimentarius atau Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia untuk penjualan dan penggunaan serangga sebagai makanan atau makanan haiwan. Syarikat yang menjual makanan prabungkus, termasuk yang mengandungi serangga sebagai ramuan, dikehendaki melabel pembungkusan produk untuk menunjukkan sifat sebenar produk itu. Sama seperti makanan lain yang tersedia di pasaran, produk serangga tertakluk kepada pemeriksaan dan pengawasan SFA, yang termasuk pensampelan untuk ujian keselamatan makanan. Jenis makanan yang didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan makanan SFA tidak akan dibenarkan dijual. Ini kali pertama SFA mengadakan rundingan awam mengenai peraturan serangga dan produk serangga pada 2022.


Kempen berterusan pihak kerajaan telah mendapat liputan apabila laporan 'Sayur bebas racun serangga mendapat permintaan' seperti dalam bharian.com terkini. 
Malaysia perlu memperbanyak lagi penghasilan produk sayur-sayuran premium menerusi insiatif penanaman ladang tertutup yang pasaran global dijangka mencecah AS$55 bilion menjelang 2030. Pasaran membabitkan sayur-sayuran berasaskan bioteknologi itu semakin mendapat permintaan, selain menjadi antara penyelesaian kepada keterjaminan makanan negara. Tinjauan di mana demo memetik sebanyak 4,000 pokok sayur-sayuran yang dihasilkan secara kerjasama strategik oleh Bioeconomy Corporation dan MSD Innovation dihantar ke Singapura. Apa pun jumlah penghantaran itu akan ditingkatkan selaras dengan persefahaman di antara MSD Innovation dan rakan kerjasama di Singapura serta sasaran kedua-dua pihak untuk memenuhi permintaan sebanyak 60 tan sayur-sayuran bernilai RM5 juta setahun. Akan ada lebih banyak negara akan cuba mendapatkan produk sayur-sayuran terbabit dari Malaysia. Kini Singapura hanya permulaan dan selepas ini sudah tentu kita akan mempromosikan produk terbabit ke negara lain kerana permintaan terhadap sayur-sayuran bebas racun serangga ini semakin mendapat permintaan. Akan ada lebih memperbanyak lagi program serta inisiatif seperti ini untuk bantu negara dalam memastikan keterjaminan makanan.  Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi ingo berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HAIWAN SERANGGA.... PENTING ADA...
ADA PEROSA... ADA YANG BERGUNA...
KEHADIRANNYA...MAJORITI DIDUNIA...
PELBAGAI KISAH... BANYAK FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melak,
Melaka,
Malaysia.
(6 Rabiulawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.