Wednesday, August 28, 2024

PELBAGAI KISAH TANAMAN HALIA

HALIA
(Zingiber officinale) atau Jahe (Indonesia) merupakan sejenis tanaman umbisi atau berizom daripada keluarga Zingiberaceae. Keluasan tanaman halia di Malaysia pada tahun 2023 seluas 980 hektar dengan mengeluarkan sebanyak 11,420 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Halia yang ada dinyatakan didalam Surah al-Insan 78:17. Dalam surah ini diberikan maksud ''Mereka diberi minum dengan piala berisi arak yang campurannya adalah halia.". Perkataan zanjabil didalam ayat tersebut bukan merujuk kepada zat halia tetapi rasanya. Saya ada menulis banyak artikel mengenai halia sebelum ini untuk dijadikan bahan rujukan (Sila klik disini), (Sila Klik Disini), (Sila Klik Disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Halia adalah tumbuhan saka yang dipercayai berasal dari kawasan Tropika Asia. Masyarakat negara India dan China dilaporkan antara yang mula-mula menggunakan halia seawal abad pertama masihi. Pada masa ini data pengeluaran halia dunia adalah sebanyak 3.27 juta metrik tan dimana India ada negara pengeluar utama dunia iaitu sebanyak 1.109 juta mt, diikuti dengan Nigeria (522,964 kg), China (463,707 kg), Indonesia (340,341 kg), Nepal (271,683 kg) dan Thailand (164,266 kg) yang diguna untuk domestik dan di dagangkan (Sumber: FAOSTAT 2016). Nama Halia juga ada disebut sebagai Ginger (Inggeris), Jahe (Indonesia), Khing Daen (Thailand) dan beberapa lagi. Halia merupakan sejenis tumbuhan umbisi yang sesuai ditanam dikawasan tanah yang peroi dan halia matang memberikan rasa yang pedas, tajam dan sedikit panas. Penulis blog paling suka minum susu halia atau teh halia yang memang enak diminum. Benih halia biasanya menggunakan bahagian rizom halia tua yang mempunyai mata tunas. Terdapat banyak spesis halia yang ditanam diseluruh dunia akan tetapi yang paling popular di Malaysia adalah Haloa Bentong dan Halia Sabah. Ada juga yang menanam Halia Bara yang didakwa lebih berkhasiat. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya paparkan berbagai kisah dan fakta mengenai penanaman halia dan kehebatannya untuk bahan rujukkan anda semua.


Merujuk satu kenyataan bertajuk '
Cara Menanam Halia Dengan Betul sehingga Boleh Menuai' menarik di kongsikan. Portal kompas.com laporkan dimana selama berabad-abad tanaman halia (jahe) telah menjadi rempah ratus (bumbu) dapur yang sangat popular di berbagai hidangan di Nusantara. Selain itu halia juga telah lama digunakan sebagai bahan untuk ubatan tradisional dengan berbagai kandungan nutrisi dan kehangatan yang dihasilkannya. Apa pun halia berasal dari Asia Pasifik dan tersebar dari India sehingga negara China. Oleh sebab itu dilaporkan di India dan Cina ia disebut-sebut sebagai bangsa yang pertama kali memanfaatkan halia sejk dahulu kala. Bagi mereka yang sering menggunakan halia ini memang ia didakwa baik sebagai bahan masakan atau pun ubat. Ilmu cara menanam halia ini berbeza-beza diantara negara dan kaedah penanaman sama ada ditanam secara konvensional, komersial atau fertigasi. Paling penting adalah Penyediaan Benih Halia dimana hanya benih berkualiti akan di gunakan dengan mempunyai maklumat dari benih halia yang berkualiti iaitu ia memenuhi syarat mutu genetik, mutu fisiologi dan mutu atau ciri fizikal. Kriteria yang harus dipenuhi adalah benih digunakan mesti ia berasal dari kebun dimana sebaiknya berumur antar 9-10 bulan iaitu ia berasal dari induk tanaman yang sihat dan tidak cacat. Untuk menanam halia ini sebaiknya secara tradisi akan di semai atau di cambahkan dahulu. Penanaman halia diperiksa agar benih tersebut mesti bebas dari penyakit dimana amalan memasukkan benih halia kedalam karung dan dicelupkan ke dalam larutan racun kulat (fungicide) selama 8 jam. Setelah itu benih halia yang sudah direndam di larutan fungicide ini harus dijemur selama 2-4 jam sebelum ditanam. Penyediaan tanah sebelum menanam sebaiknya secara optima agar pertumbuhan halia sempurna dan boleh mendapatkan hasil tuaian yang maksima. Periksa keasidan atau pH tanah adalah sesuai dimana tanah mesti dibajak dulu sedalam sekitar 30 cm dengan tujuan untuk mendapatkan tanah yang gembur dan bersih. Setelah itu maka tanah tersebut perlu dibiarkan sehingga 2-4 minggu agar gas-gas beracun keluar dari tanah dan menghilangkan patogen penyebab penyakit. Jika tanah untuk tanaman halia memunyaissistem saliran buruk sebaiknya di buatkan sistem parit atau saliran agar tidak tergenang air. Ada petani yang membuat batas tanaman setinggi 20-30 cm dan lebar 80-100 cm. Lubang penanaman halia dengan kedalaman 3.0 -7.5 cm untuk menanam benih halia disediakan. Cara menanam boleh dilakukan dengan cara melekatkan benih rizom bertuas dan berakar secara rebah ke dalam lubang tanam atau alur yang sudah disiapkan. Sebaiknya masa penanaman halia ini pilih waktu di awal musim hujan tetapi jika ada sistem pengairan bila-bila masa sahaja. Penuaian halia disesuaikan dengan kegunaan halia sama ada untuk Halia Muda sesuai di tuai dalam masa 4-6 bulan ditanam. Jika hendak keluarkan halia tua untuk jualan maka dituai selapas 10-12 bulan ditanam. Cara menuai halia yang paling tepat adalah membongkar tanahnya dengan berhati-hati menggunakan alat garpu besar atau cangkul. Setelah itu tuaian rizom halia ini mesti perlu dibersihkan dari tanah dan kotoran. Kemudian ia mesebaiknya di jemur di atas papan atau daun rak sesuai selama 1 minggu dimana kemudian barulah disimpan di tempat terbuka sebelum di gredkan dan dijual.


Merujuk artikel sumber lain bertajuk '
Cara Menanam Jahe yang Baik dan Benar Hingga Siap Tuai' sesuai juga dijadikan bahan rujukkan. 
Walau pun ada yang berpendapat tanaman halia adalah ia merupakan tanaman serbaguna yang boleh ditanam dengan mudah. Namun sebenarnya untuk mendapat hasil maksima maka petani perlu menerapkan amalan agronomi yang tepat dengan betul. Apa pun cara menanam halia yang baik dan betul dapat dimulakan dengan menyediakan sejumlah alatan dan bahan asas yang diperlukan. Perkara asas yang perlukan kos tinggi jika ingin memulakan tanaman halia adalah menyediakan BENIH TANAMAN. Proses memilih benih halia dilakukan sebelum memulai proses menanam iaitu dengan mempastikan untuk memilih benih yang bagus dan berkualiti iaitu lazimnya diperolehi dari tanaman di kebun halia tua (pokok induk untuk benih) yang sudah berumur sekitar 10 bulan keatas. Disarankan untuk mengambil benih halia ini secara langsung dari hasil kebun agar tanaman halia kelak tidak ,udah diserang perosak dan penyakit. Proses untuk menyiapkan Media Tanaman apabila sudah dapat benih halia adalah menggunakan bahan media tanaman yang memiliki tingkat kemasaman sesuai dengan benih halia ini. Sebaiknya perlu disediakan tanah dulu dengan membajak sedalam 30 cm untuk menghasilkan tanah yang gembur dan bersih. Biarkan tanah selepas dibajak selama 2-4 minggu untuk menghilangkan patogen penyakit serta membuang gas beracun dari tanah. Kemudian disediakan lubang-lubang kecil dengan kedalaman 3.75 cm untuk menanam benih halia. Proses penanaman sebaiknya ia dilakukan dengan aktiviti penyemaian terlebih dahulu atau terus langsung dari benih rizom yang sudah di rawat selepas diambil dari kebun benih. Jangan lupa untuk merawat benih tanaman halia ini dengan menyiram serta membajanya secara rutin agar dapat tumbuh maksimal. Disyorkan tanaman halia hanya menggunakan jenis baja organik seperti tahi ayam proses, tahi kambing dan sebagainya. Pembajaan dilakukan dari awal proses peringkat penanaman serta ketika tanaman halia ini mamasuki usia 2-4 bulan. Proses menuai halia boleh dilakukan sesuai dengan ikut keperluan hasil halia sama ada halia muda atau halia tua. Selalunya petani akan menuai pada usia 10-12 bulan untuk pengeluaran halia tua akan tetapi ada juga menuai halia untuk keperluan maskan menuai ketika memasuki usia 2-4 bulan.


Menarik juga artikel dalam kompas.com bertajuk '
Cara Panen dan Pasca-panen Jahe yang Benar' atau maknanya cara menuai dan aktiviti lepas tuai tanaman halia'. Aktiviti menuai dan aktiviti lepas tuai halia merupakan salah satu proses atau peringkat penting yang harus ianya diperhatikan. Aktiviti ini mesti ia dilakukan dengan tepat bagi dapat menghasilkan halia yang berkualiti dan memberikan keuntungan yang lebih banyak. Oleh sebab itu amalan sebelum menuai halia prtsni harus mengetahui cara tuaian dan pasca tuaian halia yang tepat. menuai halia boleh dilakukan pada umur 8 sampai 12 bulan. Waktu untuk menuai ini akan ditrntukan oleh keadaan tanaman dan pada produk akhir (halia tua atau halia muda) yang ingin dituai. Apa pun selalunya jik halia ini hendak digunakan sebagai bahan masakan selalunya ia dapat dituai pada umur 8 bulan. Akan tetapi jika akan dijadikan benih halia maka ia boleh dituai pada umur 10 bulan atau lebih. Cara menuai halia akan ia dilakukan dengan membongkar tanaman di tanah dengan menggunakan cangkul atau alatan sesuai lain supaya tidak ada rizom halia yang tertinggal. Pasca penuaian halia setelah tanaman tersebut siap di tuai adalah penting dimana pada peringkat seterusnya ia merupakan satu kegiatan perlu dilakukan dengan betul. Peringkat awal dimana proses Pengumpulan Pengangkutan dimana jika dilakukan dengan kurang baik dapat menurunkan kualiti halia yang baru di tuai. Lokasi yang digunakan sebagai tempat pengumpulan harus berdekatan dengan tempat tuaian atau dekat kebun untuk mengurangkan jarak tempuh pengangkutan dan kurangkan kecederaan. Gunakan bakul sesuai bagi dpat mengurangkan isu halia ini melecet atau terluka seperti keranjang, peti atau karung lembut. Proses kedua adalah Proses Membersihkan Halia dimana ia perlu dilakukan untuk menghilangkan tanah dan kekotoran lain yang masih melekat pada halia baru di tuai. Sembur halia ini menggunakan air bersih sehingga semua tanah dan kotorannya terlepas. Setelah dicuci ia perlu dikeringkan atau di anginkan sehingga ia benar-benar kering supaya tidak mudah busuk. Peringkat ketiga pasca tuai adalah Pengasingan Halia dimana ia bertujuan untuk memilih halia yang bagus dan kurang bagus. Halia yang kurang baik kualitinya adalah seperti ada simptom busuk, rizom warna hijau, cedera terkena cangkul atau ada tanda ia diserang oleh perosak atau penyakit yang mesti ia dipisahkan. Lakukan proses ini dengan teliti dan jangan sampai ada yang tertinggal atau terlewat. Proses Penggredan pula ia dilakukan sele[as proses pengasingan halia selesai. Perlu di kumpulkan halia mengikut spesifikasi ukuran atau ciri luaran dilihat yang agak seragam beratnya. Penggredan halia akan mempengaruhi harga jualan dan juga kualiti serta ketahanannya. Lazimnya semakin besar ukuran rizom halia ini akan semakin mahal. Umumnya spesifikasi bagi Gred 1 (untuk dijadikan benih) adalah sekitar 250 g/rizom, bagi Gred 2 (Boleh buat benih atau dijual) ukurannya 150 - 249 g/rizom dan Gred 3 (selain diatas) adalah halia berukuran 70 - 149 g/rizom. Sebaiknya cara menyimpan halia ini bagi jangkamasa agak lma iaitu sekitar 1 bulan sehingga 2 bulan. Premis simpanan ini sebaiknya diletak di kawasan atau dalam ruangan yang tertutup, terhindar dari terkena sinaran terus dari matahari. Periksa agar suhu ruangan berada sekitar antara 20 - 30 Celcius dengan ia mempunyai sistem pengudaraan atau  ventilasi udara yang baik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN HALIA...BANYAK CARA...
PENYEDIAAN BENIH...ISU UTAMA...
CARA ATAS TANAH...FERTIGASI JUGA...
CARA MENUAI... PERLU DI LAKSANA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(22 Safar 1446H).
Posted from:
Room 518, Zenith Putrajaya Hotel.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.