Tuesday, August 27, 2024

PRODUK NANAS MD2 GORENG - ENAKNYA!

PRODUK NANAS MD2 GORENG merupakan salah satu produk dari buah nanas yang enak diakan dan sesui untuk di jadikan makanan berkhasiat di Malaysia. Tanaman Nanas (Ananas comosus) merupakan sejenis tanaman yang semakin popular di Malaysia dengan keluasan tanaman nanas premium seperti Nanas MD2, Nanas SG1, Nanas Jambul Mas dan Nanas Josapine semakin di gemari ramai. Keluasan tanaman nanas di Malaysia kini seluas 17,805 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 553,348 metrik tan pada tahun 2024 (Sumber: Buku Laporan Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Negeri paling luas menanam nanas pada masa kini adalah Johor iaitu seluas 11,399 hektar dengan penghasilan sebanyak 402,555 mt diikuti dengan Negeri Sarawak seluas 2,289 ha dan Negeri Pahang 1,362 ha. Kebanyakan nanas ini sudah bertukar kepada jenis Nanas Makan Segar dimana ada sebahagian masih menanam varieti nanas untuk proses. Pelbagai cara mengkonsumpsi buah nanas diantaranya sebagai buah makan segar, di proses menjadi jus minuman, pes nanas, kuih tart nanas, halwa nanas, karipap nanas, Pinacolama, kosmetik, makanan sihat dan banyak lagi. Bagaimana pun penulis blog kini suka makan Nanas MD2 Goreng dan Nanas MD2 Bakar dimana kedua produk ini sangat mudah disediakan dan enak dimakan pada bila-bila masa sahaja. Apa pun saya sudah menulis lebih dari 400 artikel mengenai nanas dalm blog ini semenjak 16 tahun dulu dimana ia boleh di rujuk dan dibaca. Sehingga artikel ini ditulis sudah ada terdapat 16 varieti nanas yang sudah dan ia sah didaftarkan didalam Senarai Varieti Tanaman di Jabatan Pertanian Malaysia. Nanas tersebut adalah Nanas Moris (AC1), NanasSarawak (AC2), Nanas Gandul (AC3), Nanas Maspine (AC4), Nanas Josapine (AC5), Nanas Yankee (AC6), Nanas Moris Gajah (AC7), Nanas N36 (AC8), Nanas MD2 (AC9), NanasView of Sunset (AC10), Nanas Madu Kaca (AC11), Nanas Keningau Diamond (AC12), Nanas Cobek (AC13), Nanas Crystal Honey (AC14) dan Nanas Jambul Mas A18 (AC15) dan Sarawak Gold (AC16). Penulis blog terlibat didalam semua aktiviti pendaftaran varieti nanas tersebut dari Nanas Moris (AC1) sehingga kepada varieti Nanas AC16. Persoalannya adalah apakah sebenarnya status varieti nanas yang kini ditanam di Malaysia pada tahun 2021 dan tanun 2022?. Artikel pada petang Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai produk Nanas MD2 yang mudah disediakan dan enak di makan serta boleh dijadikn produk dagangan bahan rujukkan pembaca semua.


Resepi pertama bagi menyediakan produk nanas goreng sesuai di kongsikan cara membuatnya. Terdapat banyak cara untuk membuat nanas goreng yang ragup kerana adunan tepong yang di gunakan dan pemilihan buah nanas yang tepat adalah penting. Bagi memudahkan cara membuat nanas (Khususnya Nanas MD2) apa yang penting adalah menggunakan nanas yang segar dari ladang. 
Bahan-bahan asa yang perlu disediakan adalah 1 biji nenas segar (sebaiknya Nanas MD2 atau seumpanya yang masak dan ia di potong nipis atau bulat - ikut citarasa), 100 gm tepung beras, 50 gm tepung ubi, 1 sudu besar marjerin atau butter-di cairkan, 1/2 cawan santan atau air, 1 biji telur, 1 sudu teh air kapur makan, pewarna kuning atau serbuk kunyit dan juga secubit garam dan gula. Apa pun jika bahan ini tersedia cara membuatnya dengan menyatukan tepung beras dan tepung ubi dalam bekas dan kemudian dimasukkan telur, air kapur dan santan serta air bersih dimana semua perlu di kacau rata menjadi adunan sesuai untuk di celup. Tambahkan pewarna kuning atau guna serbuk kunyit serta garam dan sedikit gula (optional) sebab nanas masak sudah manis dan dikacau rata. Bagi menjadikan gorengan ini menjadi lebih lazat maka akhir sekali masukkan marjerin cair. Seterusnya di atas dapur di panaskan minyak masak yang agak banyak agar semasa menggoreng keratan buah nanas akan terendam. Seterusnya di masukkan potongan atau keratan buah nenas kedalam adunan tadi untuk menyalutkan dengan adunan tepung. Masukkan dan goreng potongan nenas hingga berwarna kuning keemasan. Apabila sudah sesuai masak maka diangkat dan tdioskan minyaknya sebelum ia dihidangkan bersama aiskrim vanila atau kopi panas. Enak di makan semasa suam panas.


Penulis blog sempat belajar dengan salah seorang tukang masak dan jurujual pisang goreng yang juga menjual Goreng Nanas Rangup. Di premis jualannya dilihat produk Nanas MD2 sangat di sukai ramai pelanggan sepanjang masa kerana ia enak dan menyihatkan dan semua orang menyukainya tanpa mengira umur, kaum dan waktu. Peniaga ini selalunya akan menyediakan bahan iaitu beberapa biji 
buah Nanas (selalu gunakan Nanas MD2 atau setara dengannya) yang ukuran besar dan sudah cukup masak serta manis, 500 gram tepung protein tinggi, 1 sudu makan susu tepong, 1/2 sudu kecil garam, 1 sudu kecil serbuk vanila, 1 sudu teh baking soda dan air secukupnya. Cara membuatnya adalah dengan membuang kulit nanas dan di buang mata nanas sehingga sesuai untuk di goreng. Empulur nanas juga di buang untuk tujuan di goreng. Kemudian buah nanas ini sebaiknya di potong memanjang atau bersegi atau bulat bergantung kepada kesukaan. Apa pun ramai pelanggan suka dengan bentuk tigasegi sederhana nipis sebab ia rangup dan mudah di makan. Sediakan adunan untuk mencelup potongan nanas iaitu bahan tepong, serbuk vanilla, susu tepong, garam dan baking soda dengan air secukupnya sesuai untuk membalut. Kacau sehingga sebati adunan ini dan di ketepikan. Seterusnya adalah memasukkan potongan buah nanas yang sudah dipotong potong kedalam campuran adunan dan di pastikan dilumurkan keliling. Ada cara lain dengan meletakkan potongan nanas kedalam tepong dan dicelupkan kedalam adunan sehingga di balut. Dalam kuali dipanaskan minyak masak dengan kuantiti banyak agar semasa menggoreng ia terendam. Apabila minyak sudah cukup panas maka di masukkan potongan nanas bersalut kedalamya dan di kacau sehingga masak. Apabila masak maka boleh di angkat dan di toskan dimana buah nanas MD2 goreng ini sudah boleh di hidangkan atau di jual kepada ramai pelanggan. Enak di makan semasa suam panas. Sempat merujuk satu lagi resepi 'Nanas Goreng Crispy' dimana resepi inisudah viral disebut-sebut bila ada peniaga dari Kelantan yang menjualnya. Resepi ini menggunakan bahan iaitu 2 cawan tepung beras (sukat guna cawan teh), 2 sudu makan tepung jagung, 1 sudu teh air bancuhan air kapur, 1 biji telur, sedikit gula, sedikit garam serta air (jangan terlalu banyak) serta sedikit pewarna kuning telur. Gunakan buah nanas yang telah cukup masak kerana kemanisannnya dan aroma akan menambah citara seperti Nanas MD2. Cara menyediakannya dengan menyatukan semua bahan (kecuali nanas) dan adun sebati. Kemudian dimasukkan air sedikit demi sedikit. Kacau sebati dan pastikan adunan tidak terlalu cair. Seterunsya dalam kuali di panaskan minyak masak dengan banyak agar gorengan akan tenggelam sepenohnya. Langkah seterusnya adalah mencelup hirisan nanas yang dipotong kecil ke dalam bancuhan tepung tadi. Goreng dalam minyak panas selama 2-3 minit atau sehingga tepung garing. Sebagai petua sebaiknya jangan di goreng terlalu lama kerana gorengan nanas akan jadi berminyak dan kecut. Akhir sekali di toskan dan sedia di hidangkan.

 
Menarik dalam portal berita didalam sinarharian.com yang bertajuk '
Nanas goreng sajian unik' apabila ada peniaga Noor Hidayah tidak pernah menyangka nanas goreng yang dijualnya menjadi tumpuan orang ramai. Kisah dari Pasir Putih, Kelantan ini menyatakan rasa masam, manis dan rangup adalah keenakan rasa resipi nanas goreng. Apa pun asalnya idea menggoreng nanas itu 'dihadiahkan' oleh seorang wanita Kelantan yang menetap di Johor selepas singgah di gerainya di belakang pejabat Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP). Masa singgah di gerai, kakak tersebut bertanya kepada saya pernah cuba atau makan nanas goreng. Dia tanpa berlengah terus keluarkan nanas dari kenderaannya dan kemudian berkongsi resipi tersebut. Memang dakwanya rasa masam, manis dan rangup itu keenakan rasa resepi nanas goreng yang kini semakin di sukai ramai sebab nanas goreng cukup enak. Apa pun dilaporkan peniaga ini terkejut resipi nanas goreng itu 'meletup' menyebabkan gerai pisang gorengnya menjadi tumpuan orang ramai untuk mencuba hidangan tersebut. Kini dia sentiasa menyediakan gorengan ini sebab setiap hari memang sudah ada pelanggan tetap membelinya. Didakwa kini semakin ramai pelanggan datang sebab sudah viral dan menjadi buah mulut dari satu tempat ke tempat lain sehingga ada orang dari jajahan lain datang membelinya. Paling jauh pelanggan tetap saya dari Pasir Mas diman semenjak produk ini diperkenalkan tahun lalu permintaan terhadap resipi ini makin bertambah dan masyarakat sekeliling sudah dapat menerima keenakan rasa nanas goreng. Apa pun isu yang dihadapinya adalah jualan nanas goreng bergantung kepada bekalan bahan mentah itu yang kadang-kadang terputus bekalan sebab dia selalunya guna nanas premium sahaja. Apa pun sekiranya bekalan mencukupi baharulah dia akan menjual makanan itu dengan harga RM1 lima keping (potongan kecil). Dia kan mempastikan bekalan nanas sentiasa ada, baharulah menjualnya kerana tidak mahu pelanggan kecewa. Jualan nanas goreng boleh di buat di mana sahaja asalkan ada bekalan dan resepi yang sesuai. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NANAS GORENG....ENAK RASANYA...
MUDAH DI BUAT...CEPAT PROSESNYA...
SUAM PANAS... DI MAKAN SENTIASA...
MAKANAN BERKHASIAT...KENA UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
malaysia.
(21 Safar 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.