Wednesday, January 31, 2024

NANAS - SEKALI TANAM 3 KALI TUAI

TANAMAN NANAS
(Ananas comosus) merupakan sejenis tanaman buah-buahan tropika yang tidak bermusim dan uniknya kini ia sudah ada tagline menarik 'Tanam Nanas, Sekali Tanam tiga kali tuai' yang baru sahaja di lancarkan pada Januari 2024. Kali pertama mendengar tagline ini pada penulis blog yang mahir dalam bidang agronomi tanaman nanas memang agak pelik dan meghairankan. Ini kerana ramai orang tahu bahawa pokok nanas yang di tanam selepas matang akan berbuah 'Sebiji Sepokok' sahaja sebelum pokok tersebut di cabut atau di cantas untuk mengeluarkan anakbenih sulurnya. Mana pula datangnya dengan tagline 'sekali tanam 3 kali tuai' ini?. Memang hebat tagline ini dimana kemudian diperjelaskan maksud 'tuai' tersebut bukanlah menuai buahnya sahaja akan tetapi diperjelaskan dimana penuaian kedua dan ketiga sebenarnya adalah aktiviti selepas proses memetik buah nanas yang memberikan nilai ekonomi iaitu mengeluarkan anakbenih (sulur) nanas dan memproses sisa dari tanaman nanas. Di Malaysia sudah ada banyak varieti tanaman nanas daripada jenis nanas proses sehingga kepada jenis nanas makan segar. Varieti nanas yang sudah lama di komersilkan di Malaysia adalah seperti Nanas Moris, Nanas N36, Nanas Gandul, Nanas Sarawak, Nanas Josapine sebagai kegunaan nanas kaleng dan juga nanas segar. Terkini ramai penanam nanas dan pengguna yang sering mendengar nanas bertaraf dunia iaitu Nanas MD2. Selain itu beberapa varieti nanas baru telah didaftarkan dan mula memasukki pasaran nanas segar antaranya adalah Nanas Maspine, Nanas Jambul Mas, Nanas Cobek, Nanas Madu Kaca, Nanas SG1, Nanas Crystal Honey dan terbaru dilancarkan pada Januari 2024 adalah varieti Nanas MS16 iaitu hasil penyelidikan oleh MARDI. Industri tanaman nanas negara yang di terajui oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dilihat kini semakin rancak menjadikan buah nanas untuk pasaran domestik dan juga pastinya untuk pasaran eksport. Bajet yang besar disediakan oleh kerajaan bagi membolehkan industri nanas negara lebih maju melalui pelbagai program didalam pembangunan nanas negara termasuk mempastikan yang penanaman nanas yang lebih luas dan memberikan pulangan atau keuntungan terbaik kepada pengusahanya. Artikel pada kali ini dalam bloh "Anim Agro Technology" saya membuat kupasan akan idea LPNM yang promosikan tagline menarik mengenai industri nanas iaitu 'Sekali Tanam, 3 kali tuai' seperti dilaporkan oleh beberapa media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dalam portal berita sinarharian.com dengan tajuk berita 'Sekali tanam, tiga kali tuai' yang disiarkan pada 18 Januari 2024 wajar dikongsikan. Media laporkan dimana tagline atau k
onsep 'sekali tanam, tiga kali tuai' kini sudah menjadi fokus utama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) bagi tujuan meningkatkan industri nanas negara tahun ini.  Pengerusi LPNM, Sheikh Umar Bagharib Ali nyatakan dimana tagline ia bertepatan dengan sasaran yang digariskan LPNM dalam kerangka merealisasikan tanaman nanas sebagaisalah datu 'sumber kekayaan baharu' dalam sektor pertanian. Apa pun tagline 'Sekali tanam, tiga kali tuai' juga membawa maksud tiga peringkat tuaian tanaman nanas. Pertama adalah buah, keduanya pula ialah benih dan ketiga, sisa. Kini ada ramai pengusaha nanas yang hanya menumpukan kepada tuaian pertama dan kedua sahaja. Sekiranya tuaian peringkat ketiga diambil kira (tuaian sisa) maka ini sebenarnya pekebun nanas mampu memperolehi pendapatan tambahan yang tidak kurang lumayan. Hasil laporan kajian Bahagian Strategik LPNM dimana pekebun mampu meraih sehingga RM37,000 setiap hektar hasil daripada jualan sisa nanas. Penulis blog yang juga pakar dalam bidang teknologi tanaman nanas memang tidak menyangkal laporan ini. Data dari LPNM menyatakan dimana satu ekar tanaman nanas boleh mengeluarkan sehingga lebih 50 tan sisa manakala bagi perkiraan kasar pula, satu tan sisa nanas boleh dijual pada kadar sehingga RM500 setiap tan. Apa pun jika kos pengurusan penanaman semula nanas untuk 0.4 hektar pada harga RM1.50 setiap pokok maka anggaran hasil jualan sisa tadi sahaja pun sudah mampu menampung kos penanaman semula. Dengan erti kata lain, dimana kos dapat dikurangkan, keuntungan dapat dilipat gandakan. Saya cukup yakin, usaha ini mampu dilaksanakan. Pihak LPNM akan meningkatkan usaha untuk memberikan pendedahan serta menarik minat pemain industri nanas yang baharu dan sedia ada untuk mengembangkan dan meningkatkan lagi industri ini. Tambahan pula dengan kemunculan variety baharu SG1 misalnya, yang terbukti mampu menampung kepadatan tanaman nanas pada kadar minimum 22,000 pokok setiap ekar, akan menjadi 'game changer' untuk masa depan industri nanas di Malaysia. Sulur atau benih nanas yang dikeluarkan dari pokok induk yang merupakan 'tuaian kedua' dimana ia boleh menjana pendapatan buat pekebun nanas. Selain itu lazimnya tempoh tuaian lebih singkat SG1 pada kadar sembilan bulan berbanding purata 14 bulan bagi nanas MD2 misalnya, mampu melipat gandakan pengeluaran hasil nanas tanah air. Dilaporkan pada awal tahun 2024, varieti nana SG1 yang mula diperkenalkan di Sarawak akan mula dibawa masuk ke Semenanjung tanah air untuk rangka perluasan tanaman dan juga produk hiliran. Beberapa varieti nanas dengan segala potensi dan peluang yang terbentang luas ini, LPNM yakin dan percaya hasrat permintaan eksport negara. Sebagai rekod dimana kini kadar eksport nanas Malaysia pada ketika ini ialah 800 kontena setiap tahun berbanding keseluruhan permintaan 4,000 kontena. Adalah diharapkan agar LPNM akan memenuhi permintaan eksport sehingga 1,000 kontena seperti mana dilontarkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Apa pun penting ada kesungguhan menjadikan industri nanas sebagai salah satu daripada empat fokus utama tahun 2024 amat kami hargai dan LPNM sebagai agensi KPKM bertekad untuk terus berkerja kuat bagi menjayakan misi ini.


Menarik juga laporan dalam BH.com bertajuk 'LPNM sasar tingkat nilai ekonomi tanaman nanas' dimana ia berkaitan dengan tajuk artikel. juga disiarkan pada 18 Januari 2024. Pihak  Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) terkini menyasarkan untuk meningkatkan nilai ekonomi tanaman pokok nanas kepada RM50 sepokok menjelang tahun 2025. Kenyataan ini di nyatakan oleh pengerusi LPNM Sheikh Umar Bagharib Ali yang mana ada pelbagai pendekatan agronomi harus diterokai lembaga itu bagi mencapai sasaran yang bakal memberi pulangan lumayan kepada pekebun nanas seluruh negara itu. Foto disebelah menunjukkan penulis blog memegang benang nanas iaitu produk sisa daun anans yang boleh di komersilkan. Apa un dinyatakan sekiranya penanam nanas mengambil kadar purata tanaman nanas varieti MD2 sebanyak 15,000 pokok satu ekar (0.4 hektar) maka pekebun nanas mampu meraih hasil pendapatan kasar sebanyak RM750,000, jika nilai ekonomi tanaman pokok nanas itu meningkat kepada RM50 sepokok. Bagaimanapun, sekarang ini, nilai tersebut adalah di antara RM20 -RM30 (sepokok) sahaja dan ia bergantung kepada produk akhir yang dihasilkan seperti produk buah segar dan jus," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Sementara itu dilaporkan konsep 'Sekali Tanam, Tiga Kali Tuai' yang diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu baru-baru ini, dilihat bertepatan dengan sasaran LPNM dalam kerangka merealisasikan tanaman nanas sebagai sumber kekayaan baharu sektor pertanian. Konsep ini yang melibatkan tiga peringkat tuaian daripada buah, sulur (benih) dan sisa, mampu meningkatkan pendapatan tambahan kepada pekebun nanas. Apa pun hasil kajian oleh Bahagian Strategik LPNM, pekebun mampu meraih sehingga RM37,000 bagi satu hektar (tanah) hasil daripada jualan sisa nanas. Kini dengan kemunculan varieti baharu Sarawak Gold (SG1) yang berpotensi menjadi pengubah industri nanas negara, akan mula dibawa masuk ke Semenanjung untuk rangka perluasan tanaman dan produk hiliran. Tempoh tuaian SG1 yang lebih singkat iaitu pada kadar sembilan bulan berbanding purata 14 bulan bagi nanas MD2 dijangka mampu melipat gandakan pengeluaran hasil nanas negara. LPNM yakin dengan segala peluang yang ada dalam meningkatkan industri nanas negara, komoditi tersebut mampu untuk mencapai sasaran eksport sehingga 1,000 kontena setahun jika hendak dibanding hanya sebanyak 800 kontena setahun sebelum ini. 


Merujuk akhbar nstp.com dengan kisah bertajuk 'Tanam cendawan guna sisa nanas' sangat sesuai di tulis semula. Dilaporkan oleh portal ini dimana kalau dulu habuk kayu getah yang sukar diperoleh dan dijual pada harga tinggi dimana ini menjadikan media bongkah cendawan daripada sisa nanas antara pilihan alternatif terbaik sebagai inovasi baharu dalam penghasilan tanaman itu. Dilaporkan dimana sduah ada bongkah cendawan daripada sisa nanas itu sangat sesuai untuk pertumbuhan pelbagai jenis cendawan seperti cendawan tiram kelabu, kukur dan ganoderma (lingzhi). Apa pun inovasi inilah diguna pakai usahawan cendawan dari Parit Hassan, Benut, Pontian sejak akhir 2021 bagi mengurangkan kebergantungan kepada media cendawan sedia ada. Kini menurut Noorsaiful Amri Suloh (38 tahun) dimana cara penghasilan bongkah cendawan daripada sisa nanas dibuat dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Dulu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya mengalami kesukaran mendapatkan habuk kayu getah. Johor adalah pengeluar terbesar nanas. Dakwanya dimana memang adaa banyak ladang nanas diusahakan petani dan apabila mahu memulakan proses menanam nanas yang baharu, mereka akan membakar sisa nanas daripada batang dan daun nanas. Jadi petani memanfaatkan sisa nanas yang dibakar ini lebih mesra alam sekitar dan selamat. Sisa nanas ini diambil LPNM dan diproses dengan menghancurkannya bagi menggantikan habuk kayu getah dan kosnya lebih rendah berbanding habuk kayu getah diambil dari luar Johor. Dakwanya lagi dimana sebenarnya kos habuk kayu getah terlalu tinggi sehingga meningkat hampir 50% selepas PKP. Kini dia gunakan sisa nanas berkualiti dimana didakwa hasil pengeluaran bongkah cendawan menggunakan media sisa nanas adalah berikan jumlah hasil yang sama. Baiknya dilaporkan dimana kandungan nutrisi dan mineral cendawan yang menggunakan sisa nanas lebih baik berbanding penggunaan habuk kayu getah. Hasil kajian makmal juga mendapati protein cendawan lebih tinggi dengan pengunaan sisa nanas. Selepas dibuat kerjasama dengan LPNM dimana ada banyak kajian dicuba termasuk pelbagai kaedah seperti dengan cara menggunakan hampas kacang soya, buluh dan sisa kelapa sawit namun dia tidak mampu menghasilkan kualiti cendawan yang baik. Khasiat cendawan (guna sisa nanas) ini lebih tinggi berbanding getah. Kita sudah tiga kali hantar ke makmal dan keputusannya mendapati khasiat cendawan lebih tinggi dengan sisa nanas berbanding habuk kayu getah. Media itu perlu diperam 45 hari sebelum keluarkan hasil. Dia yang juga bekas kakitangan sebuah Universiti Awam itu berkata, proses pembuatan media cendawan daripada sisa nanas adalah dengan kaedah iaitu menghancurkan sisa nanas seperti serbuk. Ia kemudian dimasukkan ke dalam plastik khas dan diwapkan. Bongkah cendawan berkenaan akan disuntik dengan benih dan diperam selama 45 hari sebelum ia mengeluarkan hasil. Sisa nanas diperoleh daripada usahawan nanas sekitar Pontian, sebelum diproses. Selepas diwapkan, bongkah cendawan akan disuntik dengan benih dan diperam selama 45 hari, sebelum pengeluaran hasil. Untuk satu bongkah tahan sehingga tiga bulan dengan enam hasil tuaian cendawan.  Bagi bongkah sudah luput kami akan jadikan ia sebagai baja organik dimana dia pernah menerima Anugerah Emas Inovasi Teknologi Pertanian Jabatan Pertanian Negeri Johor dan Anugerah Peneraju Inovasi Agromakanan (MARDI) Peringkat Negeri Johor untuk Inovasi Cendawan Nanas pada 2022. memang kegunaan n=sisa nanas berikan pulangan baik kepada industri nanas. Kesimpulannya penulis blog setuju dengan saranan Pengerusi LPNM yang menggunakan tagline 'sekali tanam, 3 kali tuai' memang boleh dilakukan dengan syarat ada kemahuan, bahan mentah mencukupi, teknologi sesuai dan paling penting kualiti produk dan peluang pasaran. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
SEKALU TANAM...HASIL BERGANDA...
POKOK NANAS... DIAMBIL BUAHNYA ...
KUTIP BENIH... MAHAL JUGA HARGA...
SISA NANAS.. DIPROSES AKHIRNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Rejab 1445H).

Tuesday, January 30, 2024

ULAR BUKAN, IKAN PUN BUKAN

Peribahasa penoh denga teka-teki kali ini adalah 'ULAR BUKAN, IKAN PUN BUKAN' dimana kiasannya dilihat ada menggunakan haiwan ular dan haiwan ikan didalam air. Pada penulis blog peribahasa ini dikiaskan kepada haiwan ular yang berbisa dan ikan yang juga berada didalam air untuk hidup dimana ada ikan yang boleh dimakan dan ada ikan yang kepalanya hampir sama dengan ular. Kiasan kedua jenis haiwan ini digunakan dalam bidalan 'Ular bukan ikan pun bukan' yang membawa maksud sebagai '
Seseorang yang payah hendak ditentukan sama ada baik atau jahat'. Melihat ciri-ciri fizikal sahaja memang agak sukar untuk menentukan seseorang itu baik atau jahat. Penulis blog kongsikan bagaimana 7 kaedah untuk negetahui seseorang itu adalah orang yang baik secara umumnya. Memang bukan mudah untuk mengetahui ciri sesorang itu baik atau jahat kalau belum kenal perangainya. Bagaimana pun 'Orang Baik' ada 7 ciri yang perlu dinilai iaitu sikap Jujur, Bertanggungjawab, Ikut senang jika rakan bahagia, tidak mudah menghakimi, supportif, murah hati dan juga Mudah Bersyukur. Pertama adalah SIKAP JUJUR dimana kejujuran adalah modal utama orang baik. Bahkan jika banyak orang berusaha menutupi keburukan atau mencuba memanipulasi fakta selalu orang baik tidak akan menutup mata dan telinga akan sesuatu kisah berlaku yang sebenarnya. Kejujuran menjadi asas utama dalam menjalani kehidupan. Kejujuran akan selalu dihargai dari sebarang tipu daya dan kepalsuan yang mengikis kebaikan manusia yang baikhati. Kedua adalah SIFAT BERTANGGUNGJAWAB dimana orang baik tahu tanggung jawab yang ada padanya. Pembaca blog pasti akan kesian bila melihat suami yang mana dia meninggalkan anak dan istrinya tanpa nafkah. Orang baik tidak akan meninggalkan tanggung jawabnya. Dia tahu dimana setiap tindakan buruk memberi kesan dan risiko, jadi ia akan bertanggungjawab semua tindakannya. Ia tidak akan suka menyusahkan orang lain meskipun dia kesushan dan memerlukan bantuan. Ketiga adalah SIKAP IKUT SENANG KETIKA ORANG LAIN SENANG dimana ada kalangan rakan yang susah untuk merasa ikut bahagia ketika melihat orang lain bahagia malahan dengki pula. Periksa jika rakan tersebut suka membandingkan hidupnya dengan orang lain. Melihat jiran atau rakan lebih kaya dan sukses dalam hidup patut disyukutri bukan menaburkan fitnah kejahatan untuk enjatuhkannya. Orang baik memang jenis yang 'TIDAK MUDAH MENGHAKIMI' rakanya kerana dia akan berfikiran terbuka, menghargai ada perbezaan, tidak menunjukkan sikap diskriminatif apalagi mejatuhkan orang lain. Sebelum dapat mengenal orang lain dengan baik maka berkomunikasi sebaiknya dijaga ucapannya serta tidak suka 'membawa mulut' atau menyebarkan berita palsu. Orang baik mempunyai sikap yang SUPPORTIF atau selalu mendokong dan dia tidak perlu pura-pura memuji atau memberi hadiah untuk membolehkan dia cuba menunjukkan kebaikan memadai pula dengan cara bersifat mendokong atau suportif. Orang baik selalu ada masa untuk rakannya yang perlukan bantuan. Dia membantu menyokong kesusahan rakannya dalam bentuk kewangan, emosi dan juga moral semasa rakannya dalam kesusahan. Orang baik selelunya MURAH HATI dimana menjadi orang yang dermawan atau murah hati juga secara otomatik akan dilihat sebagai seorang yang ramai orang lain suka. Bersikap positif berbahagi rezeki atau menderma kepada masyarakat merupakan satu sikap terbaik menunjukkan seseorang itu memang orang baik. Orang baik tidak ragu-ragu untuk meringankan beban masyarakat berada disekelilingnya. Orang yang MUDAH BERSYUKUR adalah ciri orang baik kerana jenis orang ini tidak akan tamak, tidak serakagh dan tidak menganggu harta orang lain. Orang baik bersyukur dengan apa yang dia ada dan tidak menunjuk-nunjuk jika mempunyai pendapatan lebih untuk dia sentiasa bersyukur denga  rezeki yang dia ada. Artikel pada subuh Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka kongsikan peribahasa 'ular bukan, ikan pun bukan' untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Dalam masyarakat dimana selalunya sahabat 
yang baik umpama lilin dimana dia akan sanggup membakar diri sendiri demi menerangi kehidupan orang lain. Namun begitu dizaman millenium ini semua perlu lebih awas dan lebih berhati-hati dalam memilih kawan kerana jika tersalah pilih akan jadi buruk padahnya. Zaman ini semua benda dibuat dengan tangan yang ada 'smart handphone' yang di hadap hari-hari berjam-jam. Penggunaan HP ini bagai satu benda yang mesti ada di bawa kemana-mana sahaja untuk panggilan talipon, berwasap, bertiktok, berinstagram, urusan bayaran, perbankan, mencari bahan rujukkan, jurupandu kereta 'waze dan google direction' serta banyak lagi jenis kegunaan. Paling menjadi ancaman dimana ada banyak 'scammers' dan jurujual akan muncul didalam HP. Kawan yang baik akan membawa semua ke syurga dan sebaliknya yang kurang baik akan membawa ke dunia kehancuran dan menyebabkan kesusahan. Bagi penulis blog mencari kawan dan  cara menentukan jenis kawan yang baik atau jahat perlu ada asas untuk menilainya. Kalau diperanggan atas dijelaskan ciri sikap orang baik tetapi kali ini akan dijelaskan ciri orang jahat termasuk sifat Iri Hati, Selalu Mencari Kesalahan Rakan Sendiri, Ego, Menghilangkan Diri Semasa DIperukan Bantuan, Bebohong, Suka Menunjuk-nunjuk kelebihan yang dia Ada dan Pengkhianat. Pertama berkaitan dengan sifat IRI HATI dimana orang seperti ini sebaiknya dijauhi. Jika sifat seseorang itu selalu mempunyai sifat iri hati atau pun suka berdengki dan tidak boleh tengok kita ada lebih daripadanya sama ada dari segi harta benda dan sebagainya. Dia akan berusaha supaya dia nampak 'lebih' daripada anda contohnya bila anda pakai gelang emas baharu. Tidak lama kemudian dia juga akan membeli gelang emas yang lebih besar lagi. Rakan jahat juga akan 'SELALU MENCARI KESALAHAN RAKAN SENDIRI' dimana ia jenis rakan palsu yang suka mencari kesilapan dan cuba menyaingi dalam semua perkara. Orang jahat ini sikapnya adalah dia merasa yang hanya dirinya sahaja yang betul dan tepat dari segi perbuatan, percakapan dan sebagainya dan lebih berhak mendapatkannya tanpa pernah mengalah. Kalau rakan anda orang jahat selalunya dia ada SIFAT EGO dimana seorang kawan palsu sentiasa menunjukkan ego yang tinggi dan dia tidak akan sekali-kali mengalah. Walaupun menyedari akan ada beberapa kesilapannya akan tetapi dia tidak akan meminta maaf atau mengaku akan silapnya sendiri dan malah dia akan tetap mempertahankannya. Orang jenis jahat juga selalu akan 'MENGHILANGKAN DIRI SEMASA DIPERLUKAN' dimana ia berlaku sebab seboleh-bolehnya dia akan cuba untuk mengelakkan diri daripada membantu orang lain. Pelbagai alasan akan diberikan kerana tidak mahu membantu dimana sesekali boleh diterima tetapi jika berpuluh kali alasan sama diberikan maka sebaiknya di tinggalkan rakan sedemikian. Ciri orang jahat adalah ia suka BERBOHONG dimana rakan jenis  ini selalu akan berbohong untuk menutup kekurangan dirinya. Dia akan seboleh-bolehnya tidak mahu mengaku kalah dimana bila berborak atau berjumpa da suka bercerita dimana dia dakwa mempunyai segala-galanya dari segi aspek pasal kekayaan, kecantikan dan lain-lain. Orang jahat selalu SUKA MENUNJUK KELEBIHAN DIRINYA dimana dia dilihat lebih gemar untuk berlebih-lebihan dan menunjuk-nunjuk apa yang dimilikinya untuk mendapat perhatian. Bahkan dia selalu akan berbohong untuk menyenangkan hati anda. Akhir sekali ciri orang jahat adalah dia bersifat PENGKHIANAT dimana selalunya orang jenis ini adalah jenis  orang yang paling berbahaya kerana dia jenis bermuka-muka. Sebaiknya perlu dielakkan berkongsi segala masalah peribadi kepadanya sebab orang seperti ini akan bercerita keburukan kita kepada orang lain dan begitu juga sebaliknya dimana ia menjatihkan air muka juga akhirnya. Dia juga bukan seorang yang jujur dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia dimana perlu dijauhi sepanjang masa. 


HAIWAN ULAR (Snakes) merupakan sejenis haiwan yang ramai orang takut, geli dan sering dihindari. Namun masih ada individu tertentu yang hobinya suka memelihara ular sebagai haiwan peliharaan (pets). Dalam sektor pertanian pula ada dinyatakan bagaimana ular dikatakan sebagai haiwan berguna didalam membantu kawalan perosak secara biologi (Biological control). Ia akan memakan perosak seperti tikus di kebun sayur, kebun sawit dan sebagainya dan mengurangkan populasinya. Sila baca beberapa artikel mengenai ular dan pertanian dengan pautan spt berikut (Sila klik disini).  Bagaimana pun penulis blog dapati dalam sektor pertanian memang akan ujud pelbagai jenis masalah yang sering dihadapi petani daripada bencana alam, penyakit sehingga kepada kerosakan tanaman daripada serangga dan haiwan perosak. Biasanya ada pelbagai kaedah sesuai diperkenalkan bagi tujuan mengelakkan daripada serangan perosak. Salah satu aspek yang agak selalu didengar adalah kaedah kawalan perosak tanaman dengan pendekatan Kawalan Biologi. Ramai petani di Malaysia yang lebih gemar menggunakan kaedah Kawalan Kimia dimana racun perosak yang mengandungi bahan kimia kerana ia memberi kesan yang cepat serta mudah untuk diuruskan. Bagaimanan pun akibatnya apabila penggunaan racun serangga digunakan secara keterlaluan dan tanpa kawalan maka perosak mampu mengadaptasi dan menjadi kebal terhadap racun tersebut. Akibatnya pada jangka masa jangkapanjang penggunaan racun serangga akan menjadi kebal dan hasil pertanian akan musnah. Kaedah Kawalan Biologi Dalam Pertanian didefinisikan sebagai kawalan biologi serta kebaikan dan keburukan menggunakan kaedah kawalan biologi dalam pertanian. Definisi Kawalan Biologi Kawalan biologi adalah kaedah bagi mengawal populasi haiwan perosak tanpa menggunakan racun serangga ataupun bahan kimia. Lazimnya interaksi diantara haiwan mangsa-pemangsa digunakan sebagai kawalan biologi dalam bidang pertanian di Malaysia. Disntsrs jenis haiwan bagi kawalan Biologi adalah seperti Burung Hantu dan Ular yang selalu digunakan untuk memburu dan memakan tikus di ladang kelapa sawit. Antara kebaikan kawalan biologi seperti ia ia lebih ,urah, sealunya ia akan perlukan tempoh masa yang lama, tidak mencemarkan alam sekitar dan perlukan cara pengurusan yang baik. Burung Hamtu merupakan haiwan paling kerap digunakan dan dilaporkan didalam banyak media. Bagaimana pun kes ular sebagai agen kawalan biologi mempunyai pelbagai versi yang baik, menyeramkan dan kesan negatif.


IKAN KETUTU
dan juga jenis IKAN HARUAN atau lebih dikenali sebagai ikan 'Snakehead Fish' merupakan sejenis ikan karnivor yang hidup didalam air tawar. Satu lagi jenis Ikan haruan Besar atau Giant Snakehead (Chana micropeltes) yang juga dipanggil sebagai Giant Mudfish adalah dari kumpulan yang sama. Ikan Toman (Chana melanostoma) juga dari kumpulan ikan haruan yang mudah kita jumpa didalam tasek, sungai, taliair dan kawasan sawah padi. Saya dan rakan dulu memang suka mengail ikan haruan di Sungai Parit Bengkok depan rumah atau di Kawasan Sawah Ring di Muar, Johor. Penulis blog yang suka mengail dimana-mana paya atau lubuk ikan di sekitar kampong semasa muda dahulu bersama rakan-rakan sekampong. Mengail ikan haruan juga memang sangat menyeronokkan kerana daya tarikan atau sentapan yang kuat pada ikan haruan sungguh hebat!. Jarang-jarang kita semasa memancing ikan haruan yang terlepas semula, ini kerana ikan haruan akan makan habis umpan yang digunakan. Dalam pada pernah mendapat spesis Ikan Haruan Parit (Channa striatus) merupakan sejenis ikan air tawar atau spesis ikan yang suka menyendiri dimana ia sering memilih kawasan habitat berpaya, parit atau sawah padi sebagai perumah. Ikan ini juga amat mudah dikesan terutama di kawasan semak yang berair cetek dimana kita boleh menangkapnya dengan memancing, menjala, menjaring atau cara lain. Ikan haruan adalah jenis pemangsa (carnivor) yang memakan haiwan lain seperti anak-anak ikan, katak, serangga dan sebagainya. Ia selalunya mampu bersembunyi dikawasan lubuknya tanpa di ketahui oleh mangsanya dan bergerak pantas menangkap mangsa untuk makan. Sila baca tulisan saya banyak berkaitan dengan ikan haruan dan ikan ketutu dimana antaranya boleh dibaca dengan pautan (Sila klik disi), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Walau pun ramai berkata yang ikan ini hanya popular bagi kaum Cina dahulu, tetapi kini ia telah dikenalpasti amat sesuai digunakan khususnya dalam bidang perubatan. Popularitinya meningkat naik berikutan hasil penyelidikan saintis yang mendapati dagingnya mengandungi sejenis Asid dikenali sebagai Asid arachidonis yang dikatakan mampu menyembuhkan luka dalaman dengan cepat. Khasiatnya juga berkait dimana ia amat kaya dengan kandungan protein serta asid amino yang diperlukan untuk pertumbuhan badan. Semuga artikel diatas bertajuk 'ular bukan, ikan pun bukan' dapat di jadikan pendoman hidup dan artikel mengenai ular dan ikan dapat dijadikn bahan rujukkan semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
UNGKAPAN ULAR BUKAN.... IKAN PUN BUKAN...
ORANG JAHAT-BAIK...AGAK SUSAH TENTUKAN...
ULAR PUN.. ADA KEGUNAAN ADA PERTANIAN...
TERNAK IKAN KETUTU... JUGA IKAN HARUAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 RabiulAkhir 1445H).

Monday, January 29, 2024

ANTIBIOTIK DALAM AKUAKULTUR - BAGAIMANA?

SEKTOR AKUAKULTUR DI MALAYSIA
merupakan salah satu sektor yang penting dan menyumbang KDNK negara. Pada penulis blog mendapati dimana sektor akuakultur adalah salah satu sumber ekonomi utama kebanyakan negara dan merupakan antara komponen penting dalam aspek sekuriti makanan. Industri akuakultur semakin berkembang pesat dan dijalankan secara intensif di Malaysia dilakukan oleh pihak swasta dan penternak biasa. Apa pun penulis blog yang ada banyak kali membuat tinjauan ternakan akuakultur mendapati dimana impak dari ternakan secara intensif adalah serangan penyakit yang merupakan punca utama permasalahan dalam industri akuakultur kerana kematian yang tinggi memberi kerugian yang besar kepada penternak dan pihak industri. Dilaporkan dimana haiwan akuatik seperti ikan dan udang mudah terdedah kepada jangkitan yang disebabkan oleh mikroorganisma seperti parasit, bakteria, kulat dan virus. Kebanyakan penyakit adalah berpunca daripada bakteria patogen dari spesis Vibrio, Aeromonas, Streptoccoccus, Staphylococcus dan lain-lain.v lazimnya bakteria patogen tersebut boleh mengakibatkan nekrosis kulit pada haiwan akuatik, pencairan organ dalaman, kurang selera makan, melambatkan proses tumbesaran serta pada tahap yang kronik boleh menyebabkan kematian yang tinggi. Sudah ada pelbagai cara telah diambil untuk menangani penyakit dalam industri akuakultur seperti penggunaan antibiotik dan bahan kimia seperti formalin, copper sulphate dan malachite green yang merupakan cara popular kepada penternak kerana dapat mencegah dan mengawal penyakit dengan cepat. Dalam pada itu sering ada laporan dimana berlaku penyalahgunaan antibiotik secara berlebihan oleh pengusaha dimana ia boleh menyebabkan bakteria penyebab penyakit menjadi kebal kepada antibiotik dan menjadikan penyakit tersebut sukar dirawat. Lazimnya walaupun penggunaan antibitoik telah dilarang disebabkan kesan yang tidak baik dalam jangkamasa panjang kepada ternakan dan juga manusia, masih ada lagi kalangan penternak dalam diam-diam menggunakan bahan ini untuk mendapatkan kesan pantas dan untung cepat tanpa memikirkan kesan kepada alam sekitar. Bahan Probiotik adalah mikroorganisma hidup yang merangsang pertumbuhan organisma lain. Probiotik didefinisikan sebagai sejenis bahan mikroorganisma hidup di mana jika diberikan dalam jumlah yang betul akan memberi kesan baik terhadap haiwan atau pengguna dengan meningkatkan keseimbangan mikrobiota dalam usus. Probiotik telah menunjukkan kesan yang baik dalam mengawal penyakit kerana fungsi mikrobiota asli dalam saluran pencernaan atau permukaan tubuh haiwan perumah dapat dibaiki atau diimbangi dengan penggunaan probiotik. Dalam pada itu penggunaan agen antimikrobial yang terlalu berlebihan untuk kawalan penyakit telah menyebabkan evolusi penahanan antimikrobial oleh bakteria patogen dan juga boleh menjejaskan kesihatan manusia. Oleh itu sebaiknya probiotik menyediakan alternatif lain yang dapat membantu meningkatkan tahap kualiti penternakan ikan dan udang serta ianya mesra alam sekitar dan tidak akan menjejaskan kesihatan manusia. Hasil kajian mengenai penggunaan probiotik dalam penternakan ikan dan udang telah lama dijalankan dimana jenis bakteria dari spesis Bacillus mempunyai anti-tumor dan aktiviti imunomodulator yang melindungi ikan dan udang daripada serangan penyakit oleh bakteria. Para saintis akuakultur juga telah membuktikan campuran Bacillus subtilis dan Lactobacillus acidophilus dapat melindungi ikan tilapia daripada serangan penyakit yang berpunca daripada bakteria patogen Aeromonas hydrophila. Ini menyebabkan ikan tilapia mempunyai kemandirian yang lebih tinggi berbanding tanpa penggunaan probiotik. Dalam satu kajian yang dibuat di Taiwan menunjukan apabila bakteria Lactobacillus plantarum dicampurkan dalam makanan harian ikan kerapu dimana ikan tersebut menunjukkan tumbesaran yang cepat kerana peningkatan sistem ketahanan daripada penyakit yang disebabkan oleh spesis Streptococcus. Dilaporkan dimana penggunaan probiotik juga ianya dapat membantu meningkatkan kualiti air kerana banyak kajian membuktikan kandungan ammonia dapat dikurangkan dan tahap oksigen di dalam kultur air meningkat apabila probiotik dari spesis Bacillus dicampurkan di dalam kultur ternakan. Dalam pada itu penggunaan probiotik di dalam sistem ternakan mempunyai banyak kelebihan seperti meningkatkan tindakbalas imun haiwan seperti campuran probiotik bakteria Lactobacillus dan Bacillus meningkatkan pertumbuhan dan kelangsungan hidup udang putih serta melindungi daripada patogen Vibrio harveyi dan virus bintik putih. Dilaporkan juga dimana ianya juga boleh meningkatkan status kesihatan dan rintangan terhadap penyakit kerana dapat mencegah penyakit berjangkit. Probiotik juga menghasilkan antibakteria yang dapat menghalang bakteria patogen daripada mengjangkiti organisma lain serta meningkatkan tumbesaran haiwan akuatik. Probiotik juga dapat membaiki serta mengekalkan tahap kuali air yang baik dalam kultur ternakan, dimana keberkesannya mempercepatkan proses penguraian bahan organik di dalam air seperti mengurangkan nitrogen dan kepekatan fosforus serta ammonia, nitrit dan hidrogen sulfida. Penggunaan probiotik juga dapat mengurangkan dan boleh membunuh patogen bakteria di dalam air dan haiwan ternakan. Apabila probiotik dicampurkan di dalam air, ianya dapat meningkatkan status kesihatan udang harimau dan mengurangkan kehadiran bakteria patogen. Probiotik juga dapat mengurangkan penggunaan bahan kimia didalam kultur ternakan. Penggunaan bahan kimia adalah tidak spesifik dan kurang efisien serta mempunyai harga yang tinggi. Kebergantungan terhadap penggunaan bahan kimia dapat dikurangkan dengan menggunakan probiotik. Penggunaan probiotik adalah tidak asing kepada sebahagian penternak akuakultur di Malaysia namun kebanyakan probiotik di import. Penggunaan produk probiotik tempatan adalah digalakkan kerana kandungan bahannya lebih diketahui. Kini dengan pendedahan terhadap penggunaan probiotik kepada semua penternak akuakultur perlu ditekankan agar isu ini dapat menghasilkan hasil ternakan yang bebas bahan kimia, mapan, berkualiti dan selamat dimana sekaligus meningkatkan sekuriti makanan di Malaysia. Penggunaan probiotik untuk tujuan mengawal penyakit adalah sangat digalakkan kerana penggunaan probiotik mesra alam sekitar berbanding penggunaan bahan kimia yang boleh menyebabkan kemudaratan dalam jangkamasa panjang. Saintis terus berusaha membuat kajian untuk menghasilkan probiotik yang berupaya menentang penyakit dalam kultur ternakan. Hasil kajian awal di makmal membuktikan probiotik tempatan mempunyai potensi melawan penyakit ikan dan udang. Apa pun probiotik yang sedia ada perlu menjalani kajian lagi iaitu di peringkat lapangan sebelum dikomersialkan. Artikel pada petang Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai antibiotik dalam sektor akuakultur dan fakta yang perlu diketahui semua.


Dalam portal astroawani.com dengan artikel bertajuk '
Kesan penggunaan probiotik dalam menangani penyakit ikan dan udang' menarik faktanya. Kini penggunaan probiotik di dalam sistem ternakan mempunyai banyak kelebihan. Antaranya adalah dimana ia dapat meningkatkan tindak balas imun haiwan. Sektor akuakultur kini adalah salah satu sumber ekonomi utama untuk kebanyakan negara dan ia merupakan salah satu komponen penting dalam aspek sekuriti makanan. Industri akuakultur semakin berkembang pesat dan dijalankan secara intensif. Impak dari ternakan secara intensif adalah ada kecenderungan untuk berhadapan dengan serangan penyakit. Dilaporkan ada pelbagai cara telah diambil untuk menangani penyakit dalam industri akuakultur. Antaranya adalah penggunaan antibiotik dan bahan kimia yang sangat terkenal di kalangan penternak di mana ia dapat mencegah dan mengawal penyakit dengan cepat seperti bahan bahan kimia ialah formalin, copper sulphate dan malachite green. Ada kes dimana penyalahgunaan antibiotik secara berlebihan boleh menyebabkan bakteria penyebab penyakit menjadi kebal kepada antibiotik dan menjadikan penyakit tersebut sukar dirawat. Secara saintifik dimana probiotik didefinisikan sebagai mikroorganisma hidup di mana jika diberikan dalam jumlah yang betul akan memberi kesan baik terhadap haiwan pengguna dengan meningkatkan keseimbangan mikrobiota di usus. Probiotik telah menunjukkan kesan yang baik dalam mengawal penyakit. Fungsi mikrobiota asli yang mendiami saluran pencernaan atau permukaan tubuh haiwan perumah dapat dibaiki atau diimbangi dengan penggunaan probiotik.  Penggunaan agen antimikrobial yang berlebihan untuk kawalan penyakit telah menyebabkan evolusi penahanan antimikrobial oleh bakteria patogen dan juga boleh menjejaskan kesihatan manusia. Selalunya penggunaan probiotik di dalam sistem ternakan mempunyai banyak kelebihan. Antaranya adalah ianya dapat meningkatkan tindak balas imun haiwan diman perkara ini dibuktikan melalui dapatan kajian saintis yang membuktikan campuran probiotik bakteria Lactobacillus dan Bacillus meningkatkan akan pertumbuhan dan kelangsungan hidup udang putih serta melindungi daripada patogen Vibrio harveyi dan virus bintik putih. Perlindungan ini disebabkan oleh rangsangan sistem imun yang dapat meningkatkan aktiviti fagositosis dan mempunyai ciri antibakteria. Probiotik juga menghasilkan antibakteria yang dapat menghalang bakteria patogen daripada menjangkiti organisma lain serta meningkatkan tumbesaran haiwan akuatik. Kebergantungan terhadap penggunaan bahan kimia dapat dikurangkan dengan menggunakan probiotik. Penggunaan probiotik di dalam ternakan ikan dan udang untuk tujuan mengawal penyakit adalah sangat digalakkan. Penggunaan probiotik adalah mesra alam sekitar berbanding penggunaan bahan kimia yang boleh menyebabkan kemudaratan dalam jangka masa panjang di Malaysia.


Menarik laporan dari hmetro.com bertajuk '
Udang bebas antibiotik' untuk fakta ini dikongsikan. Dilaporkan dimana semua jenis udang yang diternak pengusaha tempatan bebas pencemaran bahan antibiotik justeru orang ramai khususnya penggemar makanan laut tidak perlu bimbang mengenai perkara itu. Pihak Jabatan Perikanan nyatakan dimana masih tidak timbul isu berlaku pencemaran antibiotik dalam udang diternak oleh penternak tempatan yang berdaftar dengan pihaknya. Jabatan Perikanan sudah melakukan analisis ke atas 2,466 sampel udang di Makmal Biosekuriti Perikanan dan semuanya negatif (antibiotik). Mereka juga telah meminta semua peminat udang tidak risau dimana mereka kini boleh sahkan semuanya (udang ternakan) selamat untuk dimakan. Pernah dilaporkan dimana ada isu timbul daripada tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan Malaysia sebagai transit untuk mereka mengeksport udang yang diambil dari negara jiran. Pihak jabatan juga akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit yang membawa masuk udang dari luar negara dan membungkusnya di negara ini sebelum menghantar ke negara lain. Selalunya proses eksport udang ke luar negara akan diperketatkan dan saya sudah minta semua pegawai kita memberikan perhatian khusus dalam isu ini. Jabatan juga  sudah mengambil alih proses kelulusan Sijil Negara Asal (COO) untuk semua jenis udang yang ingin dihantar ke luar negara. kalangan penternak udang tempatan juga hanya menggunakan bahan semula jadi untuk membasmi penyakit udang ternakan mereka.


Portal Bernama pula laporkan '
Tiada bahan antibiotik dalam sampel udang' yang sesuai dikongsikan. Dilaporkan dimana tiada bahan antibiotik terlarang dikesan dalam 2,466 sampel udang tempatan dianalisis di makmal Biosekuriti Perikanan sejak 2008 dakwa Jabatan Perikanan (DOF). DOF beritahu sekatan eksport udang dikenakan pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (USFDA) tidak melibatkan keseluruhan eksport produk akuakultur negara dan hanya dikenakan kepada syarikat didapati positif kesan antibiotik sahaja. Kini ada syarikat yang sudah menutup operasi mereka. DOF juga nyatakan pihaknya turut mengesyaki terdapat elemen pemindahan yang mengimport udang dari luar negara dan mengeksport semula ke Amerika Syarikat di luar pemantauan rasmi DOF. Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan sebuah akhbar tempatan bahawa penternak udang tempatan menggunakan bahan antibiotik terlarang yang menyebabkan larangan import dikenakan USFDA. DOF dakwa pihaknya mengambil serius terhadap laporan itu yang mana ia boleh menimbulkan taksiran negatif terhadap industri ternakan udang di Malaysia. Mereka kini melaksanakan pemantauan dan mengambil tindakan terhadap mana-mana ladang ternakan didapati positif menggunakan antibiotik terlarang melalui Program Pemantauan Residu Akuakultur (ARMP) dan Program Sanitasi dan Fitosanitasi Akuakultur (SPS Akuakultur). Hasil dari persampelan dijalankan ke atas sampel udang dan ikan untuk memantau kandungan antibiotik iaitu chloramphenicol (CAP), Nitrofuran (NF) dan Nitroimidazole (NI). Negara seperti Australia mengiktiraf peranan DOF dalam mengeluarkan Sijil Kesihatan Ikan termasuk hasil ikan dieksport ke negara itu, manakala Singapore Food Agency (SFA) memaklumkan udang diimport dari Malaysia tidak pernah dikesan mengandungi CAP atau NF. Dilaporkan dimana setiap tahun industri ternakan udang mengeluarkan hampir 50,000 tan metrik hasil yang menyumbang sebanyak 13% kepada kuantiti pengeluaran akuakultur Malaysia. Kini industri itu membabitkan kira-kira 1,200 penternak udang, 40 hatcheri pembenihan udang dan 15 kilang pemprosesan yang menyumbang RM1.3 bilion atau 45 peratus daripada jumlah eksport perikanan di Malaysia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TERNAKAN AKUAKULTUR... ADA DI MALAYSIA...
GUNAKAN ANTIBIOTIK... IA MEMBANTU SAHAJA...
KAWALAN KERAJAAN... SELALU DI LAKSANA...
BACA ARTIKEL...DAPAT FAHAM AKAN ISINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
47, Jalan Kebun Nanas,
Bandar Putra 2, Kelang,
Selangor,
Malaysia.
(1 Rejab 1445H).

Sunday, January 28, 2024

PAKIS KAMPONG ATAU KELAKAI

PAKIS SAYUR
atau KELAKAI (Stenochlaena palustris) ialah spesies pakis ubatan yang boleh dimakan dimana penulis blog sudah lama mengenalinya. Dilaporkan dimana dalam cara perubatan yang dilakukan oleh kebanyakan  masyarakat desa di India dan Malaysia dimana daun pakis ini dipakai selaku ubat untuk ianya merawat demam, penyakit kulit, ulser dan sakit perut. Apa pun tumbuhan jenis ini banyak di jumpai di Malaysia dan beberapa negara lain dengan nama berlainan seperti 'Kelakai' di Kalimantan, 'Choai' di Vietnam, Diliman atau Hagaya di Filipina - Tagalog) dan sebagainya. Tumbuhan pakis ini selalunya dilihat sejenis pakis yang memanjat dengan batangnya yang kecil dan berwarna kegelapan bersisik dan mampu mencecah sepanjang 20 meter. Pada penulis blog asalnya dilihat ia semacam pokok herba rendah sahaja sebenarnya adalah tumbuhan creepers. Ia mempunyai daun berbentuk 'pinnate' yang berukuran 30 - 100 cm panjang. Setiap pelepahnya akan ada dbanyak daun dengan panjang petiol adalah 7 - 20 cm. Daun pakis ini berbentuk lanceolate dengan ukuran lebar 1.5 - 4.5 lebar dan panjang daunnya adalah 10 - 15 cm dengan berbagai warna mengukit umurnya. Memeriksa bahagian daun muda atau pucuk baru atau 'sporophylls' yang panjang dan tirus selalunya berwarna kecoklatan dengan ada organ 'sori' dibawahnya. Pakis kampung ini adalah berlainan dengan spesis pakis lain yang ada kerana ia tidak beracun dan ada pula fungsi anti-bakterial. Kajian menunjukkan dimana pakis jenis ini jika di proses menjadi cecair ekstrak akan juga memunyai sifat sebagai AntiKulat (antifungal), Antioksidan dan juga aktiviti Antiglicosidase. Di Sarawak apa yang penulis blog buat penelitian dimana ada yang memanggilnya sebagai 'Pakis Midin' walau pun agak sedikit berlainan cirinya. Ia dijadikan makanan 'ikonik' di Sarawak dimana selalunya Pucuk Midin yang lembut ini akan dimasak dengan belacan, udang kering dan bawang sementara di Sabah ia dimasak dengan belacan bersama sardin pula. Di Vietnam pula pucuk pakis ini akan dihidangkan dengan dalam sup, salad, goreng atau tumis dan juga di gunakan bahan bawang putih sahaja. Apa pun pada penulis blog dimana s
ayur pakis atau nama saintifiknya Stenochlaena palustris adalah tumbuhan paku pakis liar yang biasanya terdapat di kawasan terbuka dan sedikit teduh, di tanah lembab, paya gambut dan hutan belukar. Dikampong dimana ia dijadikan sebagai sayuran yang lazat dan memang berkhasiat dimana selalu ia menjadi sayur pakis sebagai masakan sayur dan gulai, ditumis bersama ikan bilis dan belacan, dimasak santan dan kerabu menjadi satu hidangan kegemaran penduduk tempatan. Sayur pakis sellau ia dijual dengan harga RM2 - RM5 seikat bergantung kepada saiz ikatan dan lokaliti. Pemetik sayur ini hanya perlukan kerajinan dan keberanian untuk memetik pucuk pakis liar sebelun di masak atau di jual dipasar. Artikel pada tenhagari Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka untuk kongsikan maklumat mengenai sayur pakis kampung atau Kelakai sebagai bahan rujukkan semua.


Pakis kampung atau Kelakai memiliki nama latin Stenochlaena palustris tidak asing bagi penduduk yag tinggal di kawasan tanah gambut atau berpaya. Kelakai termasuk salah satu tumbuhan liar iaitu jenis pakis atau paku-pakuan yang memiliki panjang 5 - 10 meter dan tumbuh di hutan jenis belukar berpaya yang mendapat cahaya matahari banyak. Apa pun dilihat dimana uniknya iaitu daun kelakai yang sudah tua akan berwarna hijau segar. Sedangkan daun pakis ini yang masih muda memiliki warna merah tua gelap dan berlendir pada tangkainya apabila di ramas. Pada penulis blog pakis kelakai ini memang ia tidak mudah layu walaupun terkena pada sinaran matahari agak lama  pada suhu 40 celcius disebabkan oleh struktur batangnya berfungsi serta ia mampu menyimpan air. Beberapa kajian menyatakan dimana pakis kampung ini sebenarnya ia mengandung khasiat vitamin C yang sangat tinggi dan sesuai di jadikan sayuran berkhasiat. Beberapa kajian menyatakan dimana pakis kelakai ini ia mempunyai banyak khasiat seperti mampu meredakan cirit birit, menambah darah dan bahkan banyak orang suku Dayak di Kalimantan dan suku Jawa di Johor yang meyakini bahwa mengambil sayur pakis ini boleh menjadikan mereka akan menjadi 'awet muda'. Adapun beberapa fakta mendakwa dimana kandungan nutrisi yang terkandung pada pakis kelakai diantaranya adalah protein, kalsium (Ca), vitamin A, vitamin C, beta-karoten, potasium, Posforan (P), manganese (Mn), zat besi (Fe), tanin, flavonoid, steroid, dan alkaloid. Sayur dari tumbuhan liar ini dilaporkan memberikan manafaat kepada penduduk kampung yang pandai mengolahnya sebagai pelbagai jenis masakan. Sejak dulu pakis kampung ini sudah dijadikan hidangan kegemaran termasuk oleh penulis blog sendiri dimana menjadi sumber zat bermanafaat yang di makan dengan nasi putih dan pelbagai laukpauk kampung lain. Pada penulis blog antara resepi pakis yang popular adalah Tumis Pedas, Masak bening dan juga dijadikan sup pakis. Selain ada di jual di kedai runcit atau pasar dimana ramai penduduk kampung memetik senditi pakis ini untuk kegunaan sendiri. 


Dalam laporan lain dinyatakan dimana tumbuhan pakis kampung atau kelakai ini 
(Stenochalaena pallustris) adalah merupakan sejenis tanaman paku pakis. 
Pokok kelakai memiliki kandungan seperti fenol, flavonoid, steroid dan alkaloid serta beberapa mineral lain yang diantaranya zat besi dan kalsium. Selain di Malaysia dilaporkan tumbuhan kelakai banyak ditemukan di Kalimantan dan habitatnya di tanah gambut, air tawar serta dalam hutan belukar. Pakis kelakai selalu ada dua jenis iaitu daun yang berwarna merah dan berwarna hijau. Tumbuhan paku ini memiliki panjang 5-10 cm dengan bahagian akar berserabut dan batangnya berwarna hijau berlendir, keras dan mempunyai ruas. Ia tumbuh liar dengan ukuran tangkainya panjang dimana susunan daunnya bertentangan serta bentuk memanjang. Ciri dibahagian tepi lai daunnya adalah bergerigi. Daun pakis kelakai sering diguna sebagai bahan ubat sebab daun kelakai mengandungi protein, kalsium, vitamin A dan C, beta-karoten, potasium, fosfor, mangan, tanin, flavonoid, steroid, zat besi, dan alkaolid. Apa pun dalam banyak testimoni dilaporkan antara khasiat pakis kelakai i ni termasuk ia membantu menurunkan demam. Ada juga dakwaan dimana bahan zat yang terdapat pada daun kelakai seperti flavonoid, steroid, dan alkaloid mampu berperanan sebagai agen antiinflamasi sehingga berkhasiat sebagai antipiretik (ubat penurun demam). Kajian dari pihak 'African Journal of Traditional, Complementary, and Alternative Medicines' tahun 2015 mendapati dimana air rebusan kelakai apabila diminum bertujuan merawat demam oleh masyarakat di banyak negara termasuk di Thailand.Peranan sebagai ciri antiinflamasi dari komponen flavonoid, steroid dan alkaloid pula didakwa menrangsang pengeluaran Cytokinin bersifat Pro inflamasi. Hebatnya ada kenyataan bila pakis kelakai ini mampu merawat masaalah Anemia. Ini erana antara sebab penyebab anemia adalah kekurangan zat besi. Zat besi (Fe) yang berkait dengan fungsi pembentukan sel darah merah serta hemoglobin di dalam darah. Kajian pada tahun 2019 mendapati dimana ekstrak daun pakis kelakai mampu menaikkan kadar hemoglobin dimana daun ini mengandungi bahan zat besi yang tinggi. Ciri sebagai 'Antibakteria' pakis kelakai ini didakwa mampu menyebabkan serangan bakteria dalam tubuh. Laporan kajian pada 2017 mendapati dimana ekstrak daun pakis kelakai mampu menghalang bakteria seperti jenis Salmonella typhi (bakteri penyebab tifus) dan Staphylococcus aureus (bakteri penyebab penyakit kulit) dari menyerang mangsa. Komponen yang bersifat antibakteria dalam daun pakis kelakai adalah flavonoid, tanin, steroid, dan alkaolid. Semua komponen ini memiliki fungsinya masing-masing dalam menyerang bakteri berbagai penyakit. Hebatnya ada fungsi Antioksidan pada daun pakis kelakai diketahui punya kemampuan untuk mengurangi radikal bebas. Paling kurang di ketahui dimana kajian mendapati daun pakis ini membantu meningkatkan susu bagi ibu bersalin. Ia berkait dengan banyaknya kandungan zat besi yang diketahui akan fungsinya dalam meningkatkan pengeuaran susu ibu


Penulis blog juga pernah ujirasa produk unik iaitu 'Kerepek Kelakai' di negara jiran dan memang enak dimakan. S
ejak dahulu penduduk di nusantara hidup harmoni dengan alam, hutan menjadi salah satu sumber kehidupan mereka. Berbagai flora yang tumbuh di hutan mampu dimanfaatkan untuk memenuhi keperluan penghuninya termasuk menggunakan pelbagai tumbuhan liar disekelilingnya. Apa pun pada penulis blog yang menarik di kupas kali ini adalah sejenis pakis liar yang lazim dijadikan makanan dan fungsi perubatan. Tumbuhan Pakis Kelakai contohnya sering dijumpai di sekeliling penempatan mereka yang menjadi salah satu makanan banyak khasiat yang telah lama dimanfaatkan oleh masyarakat tempatan dan suku dayak di Kalimantan. Apa pun pakis kelakai (Stenochlaena palustris) sudah pun dikenal mempunyai berbagai khasiat termasuk mampu meredakan cirit birit, menambah darah dan bahkan ramai percaya menyebabkan awet muda. Pakis kelakai ada dijual di pasar-pasar tradisional di kawasan pendalaman dan bandar yang mempunyai luas tumbuhan tersebut. Dilaporkan harganya juga murah iaitu sekitae RM0.30 - RM0.60 (Rp1,000–Rp2,000) di pasar kapuas, Kalimantan. Kalau tidak mahu bemi pun boleh mencarinya sendiri. Laporan dari Kapuas menyatakan ada sejenis porduk popular dari pakis kelakai ini iaitu produk  KEREPIK KELAKAIKerepik kelakai menggunakan daun pakis kelakai yang masih muda. Cara membuatnya pun sangat mudah dengan memilih daun kelakai muda yang sudah dibersihkan. Kemudian ia dimasukkan ke dalam adunan tepung yaang di campurkan dengan bahan rempah khas sesuai dengan resepi kerepik termasuk ketumbar, jintan, garam, serbuk kunyit dengan kekentalan tertentu. Celup daun pakis kelakai kedalam adunan tepung cair ini dan digoreng dalam kuali ada minyak masak panas yang banyak. Setelah digoreng dan kering maka keripik pakis kelakai pun diangkat dan di toskan minyaknya. Ia boleh terus dimakan atau untuk menyimpannya perlu di simpan dalam bekas yang kedap uda=ra.  Kerepik pakis kelakai enak dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan nasi putih dengan raasa rangup dan lazat sebagai makanan ringan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
PAKIS KAMPONG... LEMBIDING NAMANYA...
DI TANAH PAYA... LIAR MUDAH AMBILNYA...
DI MASAK TUMIS... BENING SUDAH BIASA...
MEMANG BERUBAT... SEMACAM HERBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Suriah, Taman Desaru Utama,
Bandar Penawar, Kota Tinggi,
Johor,
Malaysia.
(16 Rejab 1445H).

Saturday, January 27, 2024

POKOK CYCAS - TANAMAN HIASAN

POKOK CYCAS (Cycas spp) merupakan sejenis tanaman hiasan yang sering dijadikan pilihan ramai mereka yang meminati tumbuhanini di Malaysia. Penulis blog suka melihat tumbuhan pokok seperti ini yang banyak di tanam di Taman Saujana Hijau, Putrajaya sejak lebih 20 tahu lalu dimana kini masih dijaga dengan baik malahan ada beberapa jenis baru yang ditanam. Cycadophyta adalah divisi tumbuhan benih yang mana ia bercirikan batang tebal dan berkayu dengan susunan dedaun pinat, keras malar hijau serta ekajantina. Apa pun tumbuhan ini dilaporkan ia merangkumi banyak keluarga iaitu Keluarga Cycadaceae, Stangeriaceae dan juga bagi keluarga Zamiaceae dalam ordo Cycadales. Pokok-pokok dalam kelompok ini (yang turut disebut dengan nama Cycas atau sikad, cycad) selalunya ia boleh tumbuh dengan baik menyerupai pokok-pokok palma atau paku pakis dimana sebenarnya dari segi hubungan kedua-dua jenis tumbuhan ini langsung tiada perkaitan rapat. Dalam pada itu pokok-pokok ini sebenarnya boleh didapati di seluruh dunia dan kini ia sudah semakin berkurangan taburannya dimana ada empat spesies diancam kepupusan sementara tujuh spesies lain hanya ada kurang dari 100 pokok sahaja tumbuhan cycad ini yang dilaporkan berada atau masih tinggal hidup meliar di beberpa negara tertentu. Dari segi taburan dilaporkan dimana selalunya pokok cucas ini boleh dijumpai di banyak bahagian negara beriklim subtropika dan tropika di dunia. Kepelbagaian spesies terbesar berlaku di benua-benua Amerika Selatan dan Tengah dimana ada sebanyak 65 spesies di laporkan ia juga berada bertaburan di Mexico, Antillen, Tenggara Amerika Syarikat, Australia, Melanesia, Mikronesia, Jepun, China, Asia Tenggara, India, Sri Lanka, Madagascar serta selatan dan tropika Afrika. Sebahagian daripada spesies-spesies tersebut masih dapat bertahan hidup di gurun tandus atau iklim separa gurun atau berada didalam keadaan hutan hujan atau juga kedua-duanya tanpa di ganggu manusia. Penulis blog kurang pasti dengan kenyataan dari Indonesia yang menyatakan dimana negara Indonesia memiliki lebih 90% daripada jumlah keseluruhan pokok saikas (cycas) di seluruh dunia iaitu ini meliputi kira-kira 3 juta hektar tanah. Kandungan dalam pokok ini adalah bahan kanji sagu yang akan diproses kepada bebola kecil yang digelar ‘pearl’. Bebola ini biasa digunakan dalam resipi ‘kuih sago’, ‘mango sago’ ataupun ‘sago kelapa.  Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai pokok Cycas yang unik sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan sebagai bahan rujukkan semua.


Menarik satu artikel berkaitan 
Cycas atau lebih dikenali sebagai Cica atau Sagu Palm telah berada di bumi selama kira-kira tiga ratus juta tahun. Mereka sudah ada sebelum munculnya dinosaur, itulah sebabnya ia dianggap sebagai fosil hidup, dan salah satu yang paling tahan. Hari ini ia adalah spesies yang sangat dihargai di kebun disebabkan walaupun ia mempunyai kadar pertumbuhan yang sangat perlahan namun sebab aspek kecantikkannya dari usia yang sangat muda ia mahal dipasaran. Hebatnya ia boleh ditanam selama bertahun-tahun yang mana ia dikenali sebagai Cyca, Sagu sejati India, kelapa sawit palsu atau sagu yang mana ia juga mempunyai pertumbuhan lambat dimana dalam masa setahun tidak banyak menghabiskan banyak tenaga untuk tumbuh seperti pokok hiasan yang lain. Ada jenis yang berasal dari Jepun Selatan dimana walaupun hari ini banyak ditanam di banyak negara beriklim tropika sehingga negara subtropika ada menanamnya. Dengan penjagaan baik dilaporkan ia mampu mencapai ketinggian maksimum 7 meter akan tetapi dikawal ketinggian sekitar dari 2 meter kerana agar dapat dilihat dengan lebih cantik. Struktur pokok terbuat dari batang palsu (pseudostem) dimana selalu bentuknya adalah lurus. Ia akan berukuran sekitar 20cm tebal dimana selalu mempunyai 'mahkota' iaitu daun hijau gelap yang kaku dengan ukuran panjangnya hingga 2 meter. Tidak seperti banyak tanaman lain dimana pokok Cica ini mampu untuk menghasilkan banyak daun pada satu masa iaitu biasanya adalah sekali setiap tahun. Bagaimana pun setelah pokok ini dewasa ia akan mempunyai pseudostem yang terbentuk dengan baik kira-kira 40cm tinggi (tidak termasuk daun) dengan ia akan dilihat seakan terbuka atau seakan mekar. Lazimnya pokok ini berlainan fungsinya diantara pokok cycas betina dengan pokok cycas jantan. Bagi cycas betina ia akan mengeluarkan bunga yang berbentuk macam setengah bola sementara bagi pokok jantan ia akan mempunyai bunga berbentuk kerucut (Sila lihat saya di foto diatas sekali). Selalunya organ ovari masih berada di pokok betina untuk disenyawakan dimana kemudian tanaman akan menghasilkan benihnya. Benih ini selalu dilihat berwarna kemerahan dan panjangnya sekitar 2cm. Kajian medapati dimana ia adalah tanaman yang tahan lama sehingga ia mampu mencapai usia 200 tahun. Dalam beberapa tulisa dinyatakan ia beracun dimana pada semua bahagian terutama biji dilaporkan ia mengandung racun yang disebut cicasin iaitu bahan yang menyebabkan kerengsaan pada sistem pencernaan dimana jika terambil dalam dos yang tinggi menyebabkan kegagalan fungsi hati.


Menyentuh berkaitan amalan agronomi atau bagaimana cara penjagaan tanaman cycas ini akan dijelaskan. Pokok ini sebaiknya menerima sinaran cahaya matahari mencukupi sepanjang hari untuk pertumbuhan yang baik. Bagaimana pun penanaman diperingkat awal perlu dijaga baik kerana jika terdedas terus pada mterik matahari maka kesannya bahagian pucuk daun mudanya akan hangus terbakar (sun burn). Apa pun memilih kawasan dengan tanah subur pentng sebelum menanam. Pilih lokasi yang mempunyai saliran baik kerana pokok cycas mudah rosak jika terendam dalam air walau pun sekejap sahaja. Pastikan dibuat sistem saliran terbaik dimana sesuai juga ditanam didalam pasu bersaiz besar atau bekas yang sesuai. Pada lokasi penanaman perlu digali lubang tanaman berukuran 
sekurang-kurangnya 1m x 1m dimana kemudian campurkan tanah topsoil dari kebun serta dicampur dengan perlite atau batu tanah liat 50% dan organik. Jika menanam didalam pasu atau bekas besar sebaiknya media tanaman disesuaikan dimana bahan substrat sebaiknya ia mudah dikeringkan melalui lubang dibawahnya bertujuan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung. Sebaiknya cara terbaik untuk sistem saliran adalah digalakkan agar dilletakkan beberapa batu di dalam pasu dengan ukuran sesuai (tidak boleh terlalu besar atau terlalu kecil). Pokok perlukan penyiraman terutama pada musim panas atau kemaarau tetapi sebaiknya sentiasa diperiksa kelembapan tanah atau media dalam pasu dulu jika airnya kering untuk dibuat penyiraman. Pastikan menggunakan air sesuao seperti air hujan. Pembajaan dengan baja organik dan baja kimia sebaiknya dilakukan mengikut umur pokok dan juga tahap kematangan pokok. Baja tahi kelawar (guano) atau baja tahi ayam proses digalakkan untuk digunakan. Bagaimana pun periksa dahulu pokok sebelum membaja.


Selalunya jenis pokok cycas ini boleh dibiakkan
dengan menggunakan bijinya. Biji cycas sesuai diletak secara langsung di tempat pembenihan yang sesuai didalam polibeg di tapak semaian. Bagaimana pun digalakkan agar bijibenih cycas ini direndam selama dua puluh empat jam dahulu untuk menggalakan proses percambahan. Apabila anakbenih sudah cukup ukurannya maka ia sudah sesuai untuk dijual atau pun ditanam sendiri dilokasi yang dikehendakki. Proses penting didalam menjaga pokok cycas ini adalah Aktiviti Pemangkasan (Pruning). Cara membuat pemangkasan pokok cycas atau cica ini hanya dengan memotong daun kuning atau kering iaitu setepah pemeriksaan dibuat apabila perlu. Terdapat amalan atau petua lain yang dibuat seperti aktiviti memotong semua daun untuk tujuan ia berpura-pura tumbuh lebih cepat akan tetapi sebenarnya ia tidak berlaku dan salah. Ini kerana apabila daun sudah dibuang maka sebenarnya  ini melambatkan lagi proses fotosintesis dan kesannya akan melambatkan lagi jangkamasa tumbesaran pokok. Kepercayaan ini dilaporkan akan menyebabkan pokok ini akan mengeluarkan mahkota yang lain dengan cepat yang mana pokok cycas tersebut sebenarnya berbuat demikian sebagai tindakbalas atau naluri kelangsungan hidup. Dalam kes lain jika dibuat pemangkasan pada musim bunga atau musim panas tidak digalakkan kerana perkara ini akan membolehkan serangan serangga perosak dan penyakit kepada bahagian tumbuhan yang terluka. Antaranya adalah serangga Red Palm Weevil yang akan masuk kedalam kawasan luka dan seterusnya merosakkan pokok cycas ini. RPW ini merupakan serangga yang sangat tertarik dengan bau sagu dalam pokok cycas yang terdedah sebaik sahaja dipangkas sama dengan serangannya pada pokok kelapa yang berlaku. Selain dari kumbang merah iaitu ia boleh dikawal dengan tidak memangkas dan dengan rawatan pencegahan dengan Chlorpyrifos. Cara lain mengawalnya adalah dengan parafin atau dengan racun serangga anti-cochineal. Pemindahan anaakbenih di kebun sebaiknya dilakukan pada musim sesuai dimana musim bunga di negara subtropika adalah disyorkan. Bagaimana pun di Malaysia penanaman pokok cycas boleh dilakukan sepanjang tahun dimana ia akan tumbuh dengan kadar sama sepanjang bulan dalam setahun kerana iklim yang baik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....

POKOK CYCAS... CANTIK BENTUKNYA...
HARGANYA MAHAL... RAMAI YANG SUKA....
POKOK BETINA... JANTAN IA BERBEZA....
BANYAK DI TANAM... TAMAN PUTRAJAYA...


B
y,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 RabiulAkhir 1445H).
posted from
Desaru, Johor.

Friday, January 26, 2024

JENIS PAKU PAKIS - FAKTA JIKA DI MAKAN

ADA BANYAK JENIS PUCUK PAKUPAKIS (Ferns)
yang tumbuh liar yang mana ada sebahagiannya sesuai di makan. Apa pun pucuk pakis merupakan tumbuhan yang mudah kita jumpa didalam belukar di Malaysia terutama di kawasan tanah pamah yang lembab atau di tanah gambut. Tumbuhan yang diberi nama sebagai pakupakis (pteridofit) adalah daripada keluarga Davalliaceae mempunyai lebih dari 40 spesis merupakan jenis tumbuhan berdaun yang lazimnya berwarna hijau atau berwarna lain yang dilaporkan mengandungi anthocyanin. Ia merupakan satu dari golongan tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri khas dimana selalunya pada pucuk daun muda terdapat satu bentuk seperti 'gelungan tali' yang mana ia berlingkar dikenali sebagai 'krozier'. Ciri lain yang nyata ialah kesemua pakupakis menghasilkan spora yang terbentuk di dalam sporangium. Sporangium ini berkumpul membentuk tompokan iaitu di bahagian hujung, permukaan ataupun tepi daun. Kumpulan sporangium ini dikenali sebagai sorus. Susunan dan bentuk sorus berbeza-beza bergantung kepada spesies pakupakis tersebut. Secara umumnya saya dapati tumbuhan paku pakis dibahagikan kepada dua jenis kelompok utama iaitu pakupakis primitif yang berstruktur ringkas (fern-allies) dan pakupakis sejati (true-fern). Pada paku-pakis primitif akarnya hanya berupa rizoid (seperti Psilotum), berbatang kecil dan secara umumnya berwarna hijau kerana memiliki klorofil sehingga dapat membantu proses fotosintesis dan daunnya hanya berupa sisik dengan satu vena daun sahaja. Manakala pada paku–pakis sejati terdapat ciri-ciri pembahagian antara akar, batang dan daun nampak jelas. Ketiga-tiga organ tersebut dilaporkan telah mencapai kesempurnaan yang tinggi. Artikel petang Khamis ini di Bandar Desaru, Kota Tinggi, Johor saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai fakta beberapa jenis paku pakis dan cara memakan paku pakis untuk ia dijadikan bahan rujukan dan bacaan semua. 


Memang tidak berapa banyak penulisan mengenai jenis-jenis paku pakis yang sesuai dimakan di Malaysia atau pun didalam bahasa Inggeris. Bagaimana pun ada beberapa jenis Pakis Sayur atau Sayur Paku yang mana ia menjjadi hidangan umum dikalangan rakyat marhaein untuk di kongsikan infonya. Pada penulis blog yang sejak kecil tinggal di kampong di Johor memang sering memetik pakis kampong yang di masak air (bening) atau di tumis pedas (Sila lihat foto disebelah) dimakan dengan nasi putih. Pendek kata selepas balik sekolah rendah atau sekolah menengah jika ada makanan dari sayur pakis memang menambah nasinya. Masa itu cuma kena oakis kampung yang berwarna hijau, merah atau coklat dan belum kenal pakis lain seperti Pakis Midin yang terkenal di Sarawak. Kini setelah menulis artikel hampir 8 ribu dan menjadi warna emas dengan pengalaman lebih 38 tahun dalam sektor pertanian barulah memahami bertapa nikmatnya makan sayur pakis zaman dulu. Sebenarnya pucuk pakis untuk dimakan yang enak ini memang ia mudah ditemukan dibanyak negara diman akan dibincangkan beberapa spesis yang sesuai di makan. Antara yang paling dikenalpasti adalah jenis Pteridium aquilinum (bracken) dimna jenis Bracken atau Pteridium aquilinum mudah ditemui di banyak negara. Apa pun dilaporkan jenis ini mengandungi bahan karsinogen yang disebut ptaquiloside. Dilaporkan dimana jenis pakis ini iaitu Ptaquiloside boleh ia menyebabkan kerosakan DNA hingga panyakit kanser kepada sistem pencernaan. Saini=tis dakwa dimana kandungan bahan ini adalah beracun jika di makan mentah atau tidak dimasak dahulu sehingga benar-benar cukup masak terlebih dahulu. Laporan kajian pada tahun 2001 dimana ia di lakukan oleh International Journal of Cancer iaitu pakis bracken mentah memang ia mengandungi enzim thiaminase dimana ia boleh memecahkan vitamin B1 dan menyebabkan penyakit beri-beri. Bagaimana pun ada kaedah atau cara menjadikan Bracken (Pteridium aquilinum) agar tidak beracun. Kajian oleh USA Forest Service dimana pakis jenis bracken yang ia mengandungi bahan ptaquiloside yang cukup tinggi adalah bahaya jika dimakan mentah. Apa pun sebenarnya bahan ptaquiloside sendiri bersifat larut dalam air dan mudah rosak apabila kena suhu panas dan keadaan beralkali. Kepekatan bahan ptaquiloside pada pakis bracken menurun jika diletakkan pada suhu bilik dan memang habis tidak bersisa semasa dimasak hingga mencapai suhu didih. Apa pun kaedah terbaik untuk memproses masak pakis ini adalah dengan merendam dulu dan kemudian bolehlah memasaknya dengan api. Jika hendak mengolahnya menjadi salad sebaiknya dioleh bagaimana bracken diolah oleh orang Jepun atau Korea iaitu merendam pakis dalam larutan air dan kapur untuk menghilangkan racunnya. Walau pun boleh dimanan akan tetapu pakis pakis bracken sebaiknya diambil dengan jumlah sedikit sahaja dan tidak terlalu kerap. Ia adalah bagi elakkan risiko kanser yang tentunya tidak boleh hilang 100% dalam tubuh. 


Jenis Pakis Royal
(Osmunda regalis) pula selalu di sebut sebagai 'Royal fern' atau 'Pakis kembang' dimana spesis ini selalu dijumpai banyak di Asia, Afrika, dan Eropah yang biasanya tumbuh di tepi sungai dan kawasan berpaya. Ciri khas yang ada pada akarnya ia sering akan digunakan sebagai media tanaman pokok bunga orkid. Batangnya yang masih muda biasa ia boleh dimakan dimana dilaporkan ia memiliki rasa yang mirip dengan sayuran Asparagus. Penulis blog bagaimana pun belum pernah ujirasa pakis jenis ini di lapangan. Walau pun pakis royal ini didakwa ia cukup sering dimakan kerana ia diminati sebagai sayuran di banyak negara. Bagaimana pun sebelum di masak sebaiknya pakis royal ini mesti dicuci dan merendamnya terlebih dahulu dengan air bersih. Apabila pakis royak sudah dicuci bersih dan kemudian diredam di dalam air bersih selama 10 -15 minit dan kemudian ia boleh diramas-ramas dengan sedikit garam makan untuk menghilangkan bulu halus di batangnya. Sebaiknya dimasak pakis royal ini dengan suhu tinggi dan dipastikan sayuran sudah benar-benar cukup matang sebelum dihidangkan. Dalam pada itu paling popular masa kini terutama di Sarawak dan dijadikan kuliner ikon yang diminati ramai adalah jensi Pakis Midin. Pakis Midin (Stenochlaena palustris) memang paling penulis blog suka dimana setiap kali berkunjung ke Sarawak memang 'never miss this culinary'. Lazimnya kalangan orang tempatan akan menyebut Stenochlaena palustris ini sebagai 'midin' atau 'Lembiding'. Penyediaan masakan pakis jenis pakis sayur ini ini umum ditumis dengan bawang, bilis dan juga belacan (Sila lihat foto disebelah). Satu pinggan hidangan ini yang dinikmati dengan nasi panas dan hidangan 'ikan sweet sour' atau pun makanan laut lain di lihat sebagai hidangan hebat yang penulis blog menyukainya. Dalam pada itu dilaporkan yang mana di Vietnam, India dan juga Filipina amalan gunakan daunnya sebagai untuk ubat yang didakwa ia mampu dalam mengurangkan masaalah demam, penyakit kulit, sakit perut dan gastrik. Kajian lain menyatakan dimana kandungan bahan Glikosida flavonol yang terkandung di dalam jenis pakis ini memiliki sifat antibakteria dimana sesiapa yang makan midin akan mendapat faedah seperti bahan Antikulat serta fungsi Antioksidan. Memakan midin juga memudahkan sistem pencernaan dan membuang air. Pakis Stenochlaena palustris juga disebut mengandung sejumlah kecil thiaminase. Menurut buku "Discovering Wild Plants: Alaska, Western Canada, The Northwest oleh Janice Schofield Eaton" melaporkan dimana ada bahan enzim thiaminase boleh dihilangkan dari pakis dengan pemanasan melalui proses pengeringan atau pun cra memasaknya. Memasak midin dengan suhu tinggi sampai ia benar-benar matang. Proses memasak boleh dijalankan dengan cara merebus, mengukus atau paling popular dengan cara menumis.


Pada penulis blog dimana jenis Pakis Sayur (Diplazium esculentum) pula ia merupakan pakis yang selalu di minati kalangan ramai penduduk Semenanjung Malaysia. Ada beberapa jenis pakis ini atau ia di kenali sebagai 'Pakus Sayur' atau pun 'Sayur Paku' atau dalam bahasa Inggeris ia di gelar sebagai 'Vegetable fern'. Dilaprkan diman Pakis Sayur banyak ditemui di Asia dan Oceania. Jenis ini paling mudah ditemui dan paling banyak di pasarkan di seluruh dunia. Penulis blog merujuk kepada kajian berjudul "Studies on pathological effects of linguda (Diplazium esculentum, Retz.) in laboratory rats and guinea pigs" yang diterbitkan di Indian Journal of Veterinary Pathology pada tahun 2004 dimana ia menyebut pakis sayur mempunyai kandungan racun yang jumlahnya adalah sedikit sahaja. Apa pun sejauh ini memang belum ada kes-kes iaitu keracunan akibat pakis sayur yang dicatitkan. Pakis Sayur ini dilaporkan memang ada sedikit racun walau tiada kes dilaporkan berlaku di Malaysia. Buat memastikan keamanan dalam mengonsumsi pakis sayur, pastikan batang dan pucuknya sudah dicuci bersih dengan air mengalir. Jika perlu, gosok-gosok agar bulu halus yang kadang masih menempel di batangnya terlepas. Cara menyediakan pakis sayur mudah dilakukan iaitu dengan ditumis pada suhu tinggi sehingga masak.  Selalunya masakan pakis sayur yang betul akan menghilangkan rasa kelat pada pakis. Apa pun dilaporkan dimana pakis  sayur mengandungi banyak nutrisi iaitu serat dan bahan antioksidan, antiinflamasi, serat (fiber), kaya akan nutrisi mikronutrien, beta karoten, asid folate dan juga bahan mineral (Ca, Fe, dan P). Nutrien seperti Kalsium (Ca), Posforan (P), zat Besi (Fe) dan vitamin B. Ia diantara bahan yang mampu mencegah penyakit kardiovaskular kerana ia juga kaya dengan vitamin A sumber makronutrient dan ada juga bahan Omega 3 yang biasanya terdapat pada ikan. Apa pun ada kajian menyatakan pakis sayur dilaporkan ia boleh menghalang pertumbuhan bakteria iaitu Salmonella typhi. Kajian telah dilakukan untuk mengetahui pengaruh ekstrak etanol daun pakis terhadap tikus jantan yang telah terinfeksi bakteria Salmonella typhi dimana ekstrak etanol daun pakis dengan kadar 500 mg/kg/berat badan dapat menurunkan 6.2% patogen Salmonella typhi pada tikus jantan. Ekstrak etanol daun pakis daun dengan pelbagai dos tidak signifikan menurunkan jumlah koloni bakteria pada tikus. Kajian lain mendapati dimana ekstrak etanol pakis sayur terbukti memiliki kesan antiinflamasi terhadap tikus yang disuntik dengan bahan karagenin dimana dos yang terbaik adalah dicatitkan pada kadar 125 ml seekor. Semuga attikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PAKU PAKIS... PELBAGAI JENISNYA....
ADA BERACUN... IANYA MERBAHAYA...
PERLU DIMASAK... PELBAGAI CARA....
MEMBACA ARTIKEL...AMAT BERGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Suriah 3, Taman Desaru Utama,
Bandar Penawar, Kota Tinggi,
Johor,
Malaysia.
(13 Rejab 1445H).