Tuesday, January 30, 2024

ULAR BUKAN, IKAN PUN BUKAN

Peribahasa penoh denga teka-teki kali ini adalah 'ULAR BUKAN, IKAN PUN BUKAN' dimana kiasannya dilihat ada menggunakan haiwan ular dan haiwan ikan didalam air. Pada penulis blog peribahasa ini dikiaskan kepada haiwan ular yang berbisa dan ikan yang juga berada didalam air untuk hidup dimana ada ikan yang boleh dimakan dan ada ikan yang kepalanya hampir sama dengan ular. Kiasan kedua jenis haiwan ini digunakan dalam bidalan 'Ular bukan ikan pun bukan' yang membawa maksud sebagai '
Seseorang yang payah hendak ditentukan sama ada baik atau jahat'. Melihat ciri-ciri fizikal sahaja memang agak sukar untuk menentukan seseorang itu baik atau jahat. Penulis blog kongsikan bagaimana 7 kaedah untuk negetahui seseorang itu adalah orang yang baik secara umumnya. Memang bukan mudah untuk mengetahui ciri sesorang itu baik atau jahat kalau belum kenal perangainya. Bagaimana pun 'Orang Baik' ada 7 ciri yang perlu dinilai iaitu sikap Jujur, Bertanggungjawab, Ikut senang jika rakan bahagia, tidak mudah menghakimi, supportif, murah hati dan juga Mudah Bersyukur. Pertama adalah SIKAP JUJUR dimana kejujuran adalah modal utama orang baik. Bahkan jika banyak orang berusaha menutupi keburukan atau mencuba memanipulasi fakta selalu orang baik tidak akan menutup mata dan telinga akan sesuatu kisah berlaku yang sebenarnya. Kejujuran menjadi asas utama dalam menjalani kehidupan. Kejujuran akan selalu dihargai dari sebarang tipu daya dan kepalsuan yang mengikis kebaikan manusia yang baikhati. Kedua adalah SIFAT BERTANGGUNGJAWAB dimana orang baik tahu tanggung jawab yang ada padanya. Pembaca blog pasti akan kesian bila melihat suami yang mana dia meninggalkan anak dan istrinya tanpa nafkah. Orang baik tidak akan meninggalkan tanggung jawabnya. Dia tahu dimana setiap tindakan buruk memberi kesan dan risiko, jadi ia akan bertanggungjawab semua tindakannya. Ia tidak akan suka menyusahkan orang lain meskipun dia kesushan dan memerlukan bantuan. Ketiga adalah SIKAP IKUT SENANG KETIKA ORANG LAIN SENANG dimana ada kalangan rakan yang susah untuk merasa ikut bahagia ketika melihat orang lain bahagia malahan dengki pula. Periksa jika rakan tersebut suka membandingkan hidupnya dengan orang lain. Melihat jiran atau rakan lebih kaya dan sukses dalam hidup patut disyukutri bukan menaburkan fitnah kejahatan untuk enjatuhkannya. Orang baik memang jenis yang 'TIDAK MUDAH MENGHAKIMI' rakanya kerana dia akan berfikiran terbuka, menghargai ada perbezaan, tidak menunjukkan sikap diskriminatif apalagi mejatuhkan orang lain. Sebelum dapat mengenal orang lain dengan baik maka berkomunikasi sebaiknya dijaga ucapannya serta tidak suka 'membawa mulut' atau menyebarkan berita palsu. Orang baik mempunyai sikap yang SUPPORTIF atau selalu mendokong dan dia tidak perlu pura-pura memuji atau memberi hadiah untuk membolehkan dia cuba menunjukkan kebaikan memadai pula dengan cara bersifat mendokong atau suportif. Orang baik selalu ada masa untuk rakannya yang perlukan bantuan. Dia membantu menyokong kesusahan rakannya dalam bentuk kewangan, emosi dan juga moral semasa rakannya dalam kesusahan. Orang baik selelunya MURAH HATI dimana menjadi orang yang dermawan atau murah hati juga secara otomatik akan dilihat sebagai seorang yang ramai orang lain suka. Bersikap positif berbahagi rezeki atau menderma kepada masyarakat merupakan satu sikap terbaik menunjukkan seseorang itu memang orang baik. Orang baik tidak ragu-ragu untuk meringankan beban masyarakat berada disekelilingnya. Orang yang MUDAH BERSYUKUR adalah ciri orang baik kerana jenis orang ini tidak akan tamak, tidak serakagh dan tidak menganggu harta orang lain. Orang baik bersyukur dengan apa yang dia ada dan tidak menunjuk-nunjuk jika mempunyai pendapatan lebih untuk dia sentiasa bersyukur denga  rezeki yang dia ada. Artikel pada subuh Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka kongsikan peribahasa 'ular bukan, ikan pun bukan' untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Dalam masyarakat dimana selalunya sahabat 
yang baik umpama lilin dimana dia akan sanggup membakar diri sendiri demi menerangi kehidupan orang lain. Namun begitu dizaman millenium ini semua perlu lebih awas dan lebih berhati-hati dalam memilih kawan kerana jika tersalah pilih akan jadi buruk padahnya. Zaman ini semua benda dibuat dengan tangan yang ada 'smart handphone' yang di hadap hari-hari berjam-jam. Penggunaan HP ini bagai satu benda yang mesti ada di bawa kemana-mana sahaja untuk panggilan talipon, berwasap, bertiktok, berinstagram, urusan bayaran, perbankan, mencari bahan rujukkan, jurupandu kereta 'waze dan google direction' serta banyak lagi jenis kegunaan. Paling menjadi ancaman dimana ada banyak 'scammers' dan jurujual akan muncul didalam HP. Kawan yang baik akan membawa semua ke syurga dan sebaliknya yang kurang baik akan membawa ke dunia kehancuran dan menyebabkan kesusahan. Bagi penulis blog mencari kawan dan  cara menentukan jenis kawan yang baik atau jahat perlu ada asas untuk menilainya. Kalau diperanggan atas dijelaskan ciri sikap orang baik tetapi kali ini akan dijelaskan ciri orang jahat termasuk sifat Iri Hati, Selalu Mencari Kesalahan Rakan Sendiri, Ego, Menghilangkan Diri Semasa DIperukan Bantuan, Bebohong, Suka Menunjuk-nunjuk kelebihan yang dia Ada dan Pengkhianat. Pertama berkaitan dengan sifat IRI HATI dimana orang seperti ini sebaiknya dijauhi. Jika sifat seseorang itu selalu mempunyai sifat iri hati atau pun suka berdengki dan tidak boleh tengok kita ada lebih daripadanya sama ada dari segi harta benda dan sebagainya. Dia akan berusaha supaya dia nampak 'lebih' daripada anda contohnya bila anda pakai gelang emas baharu. Tidak lama kemudian dia juga akan membeli gelang emas yang lebih besar lagi. Rakan jahat juga akan 'SELALU MENCARI KESALAHAN RAKAN SENDIRI' dimana ia jenis rakan palsu yang suka mencari kesilapan dan cuba menyaingi dalam semua perkara. Orang jahat ini sikapnya adalah dia merasa yang hanya dirinya sahaja yang betul dan tepat dari segi perbuatan, percakapan dan sebagainya dan lebih berhak mendapatkannya tanpa pernah mengalah. Kalau rakan anda orang jahat selalunya dia ada SIFAT EGO dimana seorang kawan palsu sentiasa menunjukkan ego yang tinggi dan dia tidak akan sekali-kali mengalah. Walaupun menyedari akan ada beberapa kesilapannya akan tetapi dia tidak akan meminta maaf atau mengaku akan silapnya sendiri dan malah dia akan tetap mempertahankannya. Orang jenis jahat juga selalu akan 'MENGHILANGKAN DIRI SEMASA DIPERLUKAN' dimana ia berlaku sebab seboleh-bolehnya dia akan cuba untuk mengelakkan diri daripada membantu orang lain. Pelbagai alasan akan diberikan kerana tidak mahu membantu dimana sesekali boleh diterima tetapi jika berpuluh kali alasan sama diberikan maka sebaiknya di tinggalkan rakan sedemikian. Ciri orang jahat adalah ia suka BERBOHONG dimana rakan jenis  ini selalu akan berbohong untuk menutup kekurangan dirinya. Dia akan seboleh-bolehnya tidak mahu mengaku kalah dimana bila berborak atau berjumpa da suka bercerita dimana dia dakwa mempunyai segala-galanya dari segi aspek pasal kekayaan, kecantikan dan lain-lain. Orang jahat selalu SUKA MENUNJUK KELEBIHAN DIRINYA dimana dia dilihat lebih gemar untuk berlebih-lebihan dan menunjuk-nunjuk apa yang dimilikinya untuk mendapat perhatian. Bahkan dia selalu akan berbohong untuk menyenangkan hati anda. Akhir sekali ciri orang jahat adalah dia bersifat PENGKHIANAT dimana selalunya orang jenis ini adalah jenis  orang yang paling berbahaya kerana dia jenis bermuka-muka. Sebaiknya perlu dielakkan berkongsi segala masalah peribadi kepadanya sebab orang seperti ini akan bercerita keburukan kita kepada orang lain dan begitu juga sebaliknya dimana ia menjatihkan air muka juga akhirnya. Dia juga bukan seorang yang jujur dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia dimana perlu dijauhi sepanjang masa. 


HAIWAN ULAR (Snakes) merupakan sejenis haiwan yang ramai orang takut, geli dan sering dihindari. Namun masih ada individu tertentu yang hobinya suka memelihara ular sebagai haiwan peliharaan (pets). Dalam sektor pertanian pula ada dinyatakan bagaimana ular dikatakan sebagai haiwan berguna didalam membantu kawalan perosak secara biologi (Biological control). Ia akan memakan perosak seperti tikus di kebun sayur, kebun sawit dan sebagainya dan mengurangkan populasinya. Sila baca beberapa artikel mengenai ular dan pertanian dengan pautan spt berikut (Sila klik disini).  Bagaimana pun penulis blog dapati dalam sektor pertanian memang akan ujud pelbagai jenis masalah yang sering dihadapi petani daripada bencana alam, penyakit sehingga kepada kerosakan tanaman daripada serangga dan haiwan perosak. Biasanya ada pelbagai kaedah sesuai diperkenalkan bagi tujuan mengelakkan daripada serangan perosak. Salah satu aspek yang agak selalu didengar adalah kaedah kawalan perosak tanaman dengan pendekatan Kawalan Biologi. Ramai petani di Malaysia yang lebih gemar menggunakan kaedah Kawalan Kimia dimana racun perosak yang mengandungi bahan kimia kerana ia memberi kesan yang cepat serta mudah untuk diuruskan. Bagaimanan pun akibatnya apabila penggunaan racun serangga digunakan secara keterlaluan dan tanpa kawalan maka perosak mampu mengadaptasi dan menjadi kebal terhadap racun tersebut. Akibatnya pada jangka masa jangkapanjang penggunaan racun serangga akan menjadi kebal dan hasil pertanian akan musnah. Kaedah Kawalan Biologi Dalam Pertanian didefinisikan sebagai kawalan biologi serta kebaikan dan keburukan menggunakan kaedah kawalan biologi dalam pertanian. Definisi Kawalan Biologi Kawalan biologi adalah kaedah bagi mengawal populasi haiwan perosak tanpa menggunakan racun serangga ataupun bahan kimia. Lazimnya interaksi diantara haiwan mangsa-pemangsa digunakan sebagai kawalan biologi dalam bidang pertanian di Malaysia. Disntsrs jenis haiwan bagi kawalan Biologi adalah seperti Burung Hantu dan Ular yang selalu digunakan untuk memburu dan memakan tikus di ladang kelapa sawit. Antara kebaikan kawalan biologi seperti ia ia lebih ,urah, sealunya ia akan perlukan tempoh masa yang lama, tidak mencemarkan alam sekitar dan perlukan cara pengurusan yang baik. Burung Hamtu merupakan haiwan paling kerap digunakan dan dilaporkan didalam banyak media. Bagaimana pun kes ular sebagai agen kawalan biologi mempunyai pelbagai versi yang baik, menyeramkan dan kesan negatif.


IKAN KETUTU
dan juga jenis IKAN HARUAN atau lebih dikenali sebagai ikan 'Snakehead Fish' merupakan sejenis ikan karnivor yang hidup didalam air tawar. Satu lagi jenis Ikan haruan Besar atau Giant Snakehead (Chana micropeltes) yang juga dipanggil sebagai Giant Mudfish adalah dari kumpulan yang sama. Ikan Toman (Chana melanostoma) juga dari kumpulan ikan haruan yang mudah kita jumpa didalam tasek, sungai, taliair dan kawasan sawah padi. Saya dan rakan dulu memang suka mengail ikan haruan di Sungai Parit Bengkok depan rumah atau di Kawasan Sawah Ring di Muar, Johor. Penulis blog yang suka mengail dimana-mana paya atau lubuk ikan di sekitar kampong semasa muda dahulu bersama rakan-rakan sekampong. Mengail ikan haruan juga memang sangat menyeronokkan kerana daya tarikan atau sentapan yang kuat pada ikan haruan sungguh hebat!. Jarang-jarang kita semasa memancing ikan haruan yang terlepas semula, ini kerana ikan haruan akan makan habis umpan yang digunakan. Dalam pada pernah mendapat spesis Ikan Haruan Parit (Channa striatus) merupakan sejenis ikan air tawar atau spesis ikan yang suka menyendiri dimana ia sering memilih kawasan habitat berpaya, parit atau sawah padi sebagai perumah. Ikan ini juga amat mudah dikesan terutama di kawasan semak yang berair cetek dimana kita boleh menangkapnya dengan memancing, menjala, menjaring atau cara lain. Ikan haruan adalah jenis pemangsa (carnivor) yang memakan haiwan lain seperti anak-anak ikan, katak, serangga dan sebagainya. Ia selalunya mampu bersembunyi dikawasan lubuknya tanpa di ketahui oleh mangsanya dan bergerak pantas menangkap mangsa untuk makan. Sila baca tulisan saya banyak berkaitan dengan ikan haruan dan ikan ketutu dimana antaranya boleh dibaca dengan pautan (Sila klik disi), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Walau pun ramai berkata yang ikan ini hanya popular bagi kaum Cina dahulu, tetapi kini ia telah dikenalpasti amat sesuai digunakan khususnya dalam bidang perubatan. Popularitinya meningkat naik berikutan hasil penyelidikan saintis yang mendapati dagingnya mengandungi sejenis Asid dikenali sebagai Asid arachidonis yang dikatakan mampu menyembuhkan luka dalaman dengan cepat. Khasiatnya juga berkait dimana ia amat kaya dengan kandungan protein serta asid amino yang diperlukan untuk pertumbuhan badan. Semuga artikel diatas bertajuk 'ular bukan, ikan pun bukan' dapat di jadikan pendoman hidup dan artikel mengenai ular dan ikan dapat dijadikn bahan rujukkan semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
UNGKAPAN ULAR BUKAN.... IKAN PUN BUKAN...
ORANG JAHAT-BAIK...AGAK SUSAH TENTUKAN...
ULAR PUN.. ADA KEGUNAAN ADA PERTANIAN...
TERNAK IKAN KETUTU... JUGA IKAN HARUAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 RabiulAkhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.