Monday, January 29, 2024

ANTIBIOTIK DALAM AKUAKULTUR - BAGAIMANA?

SEKTOR AKUAKULTUR DI MALAYSIA
merupakan salah satu sektor yang penting dan menyumbang KDNK negara. Pada penulis blog mendapati dimana sektor akuakultur adalah salah satu sumber ekonomi utama kebanyakan negara dan merupakan antara komponen penting dalam aspek sekuriti makanan. Industri akuakultur semakin berkembang pesat dan dijalankan secara intensif di Malaysia dilakukan oleh pihak swasta dan penternak biasa. Apa pun penulis blog yang ada banyak kali membuat tinjauan ternakan akuakultur mendapati dimana impak dari ternakan secara intensif adalah serangan penyakit yang merupakan punca utama permasalahan dalam industri akuakultur kerana kematian yang tinggi memberi kerugian yang besar kepada penternak dan pihak industri. Dilaporkan dimana haiwan akuatik seperti ikan dan udang mudah terdedah kepada jangkitan yang disebabkan oleh mikroorganisma seperti parasit, bakteria, kulat dan virus. Kebanyakan penyakit adalah berpunca daripada bakteria patogen dari spesis Vibrio, Aeromonas, Streptoccoccus, Staphylococcus dan lain-lain.v lazimnya bakteria patogen tersebut boleh mengakibatkan nekrosis kulit pada haiwan akuatik, pencairan organ dalaman, kurang selera makan, melambatkan proses tumbesaran serta pada tahap yang kronik boleh menyebabkan kematian yang tinggi. Sudah ada pelbagai cara telah diambil untuk menangani penyakit dalam industri akuakultur seperti penggunaan antibiotik dan bahan kimia seperti formalin, copper sulphate dan malachite green yang merupakan cara popular kepada penternak kerana dapat mencegah dan mengawal penyakit dengan cepat. Dalam pada itu sering ada laporan dimana berlaku penyalahgunaan antibiotik secara berlebihan oleh pengusaha dimana ia boleh menyebabkan bakteria penyebab penyakit menjadi kebal kepada antibiotik dan menjadikan penyakit tersebut sukar dirawat. Lazimnya walaupun penggunaan antibitoik telah dilarang disebabkan kesan yang tidak baik dalam jangkamasa panjang kepada ternakan dan juga manusia, masih ada lagi kalangan penternak dalam diam-diam menggunakan bahan ini untuk mendapatkan kesan pantas dan untung cepat tanpa memikirkan kesan kepada alam sekitar. Bahan Probiotik adalah mikroorganisma hidup yang merangsang pertumbuhan organisma lain. Probiotik didefinisikan sebagai sejenis bahan mikroorganisma hidup di mana jika diberikan dalam jumlah yang betul akan memberi kesan baik terhadap haiwan atau pengguna dengan meningkatkan keseimbangan mikrobiota dalam usus. Probiotik telah menunjukkan kesan yang baik dalam mengawal penyakit kerana fungsi mikrobiota asli dalam saluran pencernaan atau permukaan tubuh haiwan perumah dapat dibaiki atau diimbangi dengan penggunaan probiotik. Dalam pada itu penggunaan agen antimikrobial yang terlalu berlebihan untuk kawalan penyakit telah menyebabkan evolusi penahanan antimikrobial oleh bakteria patogen dan juga boleh menjejaskan kesihatan manusia. Oleh itu sebaiknya probiotik menyediakan alternatif lain yang dapat membantu meningkatkan tahap kualiti penternakan ikan dan udang serta ianya mesra alam sekitar dan tidak akan menjejaskan kesihatan manusia. Hasil kajian mengenai penggunaan probiotik dalam penternakan ikan dan udang telah lama dijalankan dimana jenis bakteria dari spesis Bacillus mempunyai anti-tumor dan aktiviti imunomodulator yang melindungi ikan dan udang daripada serangan penyakit oleh bakteria. Para saintis akuakultur juga telah membuktikan campuran Bacillus subtilis dan Lactobacillus acidophilus dapat melindungi ikan tilapia daripada serangan penyakit yang berpunca daripada bakteria patogen Aeromonas hydrophila. Ini menyebabkan ikan tilapia mempunyai kemandirian yang lebih tinggi berbanding tanpa penggunaan probiotik. Dalam satu kajian yang dibuat di Taiwan menunjukan apabila bakteria Lactobacillus plantarum dicampurkan dalam makanan harian ikan kerapu dimana ikan tersebut menunjukkan tumbesaran yang cepat kerana peningkatan sistem ketahanan daripada penyakit yang disebabkan oleh spesis Streptococcus. Dilaporkan dimana penggunaan probiotik juga ianya dapat membantu meningkatkan kualiti air kerana banyak kajian membuktikan kandungan ammonia dapat dikurangkan dan tahap oksigen di dalam kultur air meningkat apabila probiotik dari spesis Bacillus dicampurkan di dalam kultur ternakan. Dalam pada itu penggunaan probiotik di dalam sistem ternakan mempunyai banyak kelebihan seperti meningkatkan tindakbalas imun haiwan seperti campuran probiotik bakteria Lactobacillus dan Bacillus meningkatkan pertumbuhan dan kelangsungan hidup udang putih serta melindungi daripada patogen Vibrio harveyi dan virus bintik putih. Dilaporkan juga dimana ianya juga boleh meningkatkan status kesihatan dan rintangan terhadap penyakit kerana dapat mencegah penyakit berjangkit. Probiotik juga menghasilkan antibakteria yang dapat menghalang bakteria patogen daripada mengjangkiti organisma lain serta meningkatkan tumbesaran haiwan akuatik. Probiotik juga dapat membaiki serta mengekalkan tahap kuali air yang baik dalam kultur ternakan, dimana keberkesannya mempercepatkan proses penguraian bahan organik di dalam air seperti mengurangkan nitrogen dan kepekatan fosforus serta ammonia, nitrit dan hidrogen sulfida. Penggunaan probiotik juga dapat mengurangkan dan boleh membunuh patogen bakteria di dalam air dan haiwan ternakan. Apabila probiotik dicampurkan di dalam air, ianya dapat meningkatkan status kesihatan udang harimau dan mengurangkan kehadiran bakteria patogen. Probiotik juga dapat mengurangkan penggunaan bahan kimia didalam kultur ternakan. Penggunaan bahan kimia adalah tidak spesifik dan kurang efisien serta mempunyai harga yang tinggi. Kebergantungan terhadap penggunaan bahan kimia dapat dikurangkan dengan menggunakan probiotik. Penggunaan probiotik adalah tidak asing kepada sebahagian penternak akuakultur di Malaysia namun kebanyakan probiotik di import. Penggunaan produk probiotik tempatan adalah digalakkan kerana kandungan bahannya lebih diketahui. Kini dengan pendedahan terhadap penggunaan probiotik kepada semua penternak akuakultur perlu ditekankan agar isu ini dapat menghasilkan hasil ternakan yang bebas bahan kimia, mapan, berkualiti dan selamat dimana sekaligus meningkatkan sekuriti makanan di Malaysia. Penggunaan probiotik untuk tujuan mengawal penyakit adalah sangat digalakkan kerana penggunaan probiotik mesra alam sekitar berbanding penggunaan bahan kimia yang boleh menyebabkan kemudaratan dalam jangkamasa panjang. Saintis terus berusaha membuat kajian untuk menghasilkan probiotik yang berupaya menentang penyakit dalam kultur ternakan. Hasil kajian awal di makmal membuktikan probiotik tempatan mempunyai potensi melawan penyakit ikan dan udang. Apa pun probiotik yang sedia ada perlu menjalani kajian lagi iaitu di peringkat lapangan sebelum dikomersialkan. Artikel pada petang Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai antibiotik dalam sektor akuakultur dan fakta yang perlu diketahui semua.


Dalam portal astroawani.com dengan artikel bertajuk '
Kesan penggunaan probiotik dalam menangani penyakit ikan dan udang' menarik faktanya. Kini penggunaan probiotik di dalam sistem ternakan mempunyai banyak kelebihan. Antaranya adalah dimana ia dapat meningkatkan tindak balas imun haiwan. Sektor akuakultur kini adalah salah satu sumber ekonomi utama untuk kebanyakan negara dan ia merupakan salah satu komponen penting dalam aspek sekuriti makanan. Industri akuakultur semakin berkembang pesat dan dijalankan secara intensif. Impak dari ternakan secara intensif adalah ada kecenderungan untuk berhadapan dengan serangan penyakit. Dilaporkan ada pelbagai cara telah diambil untuk menangani penyakit dalam industri akuakultur. Antaranya adalah penggunaan antibiotik dan bahan kimia yang sangat terkenal di kalangan penternak di mana ia dapat mencegah dan mengawal penyakit dengan cepat seperti bahan bahan kimia ialah formalin, copper sulphate dan malachite green. Ada kes dimana penyalahgunaan antibiotik secara berlebihan boleh menyebabkan bakteria penyebab penyakit menjadi kebal kepada antibiotik dan menjadikan penyakit tersebut sukar dirawat. Secara saintifik dimana probiotik didefinisikan sebagai mikroorganisma hidup di mana jika diberikan dalam jumlah yang betul akan memberi kesan baik terhadap haiwan pengguna dengan meningkatkan keseimbangan mikrobiota di usus. Probiotik telah menunjukkan kesan yang baik dalam mengawal penyakit. Fungsi mikrobiota asli yang mendiami saluran pencernaan atau permukaan tubuh haiwan perumah dapat dibaiki atau diimbangi dengan penggunaan probiotik.  Penggunaan agen antimikrobial yang berlebihan untuk kawalan penyakit telah menyebabkan evolusi penahanan antimikrobial oleh bakteria patogen dan juga boleh menjejaskan kesihatan manusia. Selalunya penggunaan probiotik di dalam sistem ternakan mempunyai banyak kelebihan. Antaranya adalah ianya dapat meningkatkan tindak balas imun haiwan diman perkara ini dibuktikan melalui dapatan kajian saintis yang membuktikan campuran probiotik bakteria Lactobacillus dan Bacillus meningkatkan akan pertumbuhan dan kelangsungan hidup udang putih serta melindungi daripada patogen Vibrio harveyi dan virus bintik putih. Perlindungan ini disebabkan oleh rangsangan sistem imun yang dapat meningkatkan aktiviti fagositosis dan mempunyai ciri antibakteria. Probiotik juga menghasilkan antibakteria yang dapat menghalang bakteria patogen daripada menjangkiti organisma lain serta meningkatkan tumbesaran haiwan akuatik. Kebergantungan terhadap penggunaan bahan kimia dapat dikurangkan dengan menggunakan probiotik. Penggunaan probiotik di dalam ternakan ikan dan udang untuk tujuan mengawal penyakit adalah sangat digalakkan. Penggunaan probiotik adalah mesra alam sekitar berbanding penggunaan bahan kimia yang boleh menyebabkan kemudaratan dalam jangka masa panjang di Malaysia.


Menarik laporan dari hmetro.com bertajuk '
Udang bebas antibiotik' untuk fakta ini dikongsikan. Dilaporkan dimana semua jenis udang yang diternak pengusaha tempatan bebas pencemaran bahan antibiotik justeru orang ramai khususnya penggemar makanan laut tidak perlu bimbang mengenai perkara itu. Pihak Jabatan Perikanan nyatakan dimana masih tidak timbul isu berlaku pencemaran antibiotik dalam udang diternak oleh penternak tempatan yang berdaftar dengan pihaknya. Jabatan Perikanan sudah melakukan analisis ke atas 2,466 sampel udang di Makmal Biosekuriti Perikanan dan semuanya negatif (antibiotik). Mereka juga telah meminta semua peminat udang tidak risau dimana mereka kini boleh sahkan semuanya (udang ternakan) selamat untuk dimakan. Pernah dilaporkan dimana ada isu timbul daripada tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan Malaysia sebagai transit untuk mereka mengeksport udang yang diambil dari negara jiran. Pihak jabatan juga akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit yang membawa masuk udang dari luar negara dan membungkusnya di negara ini sebelum menghantar ke negara lain. Selalunya proses eksport udang ke luar negara akan diperketatkan dan saya sudah minta semua pegawai kita memberikan perhatian khusus dalam isu ini. Jabatan juga  sudah mengambil alih proses kelulusan Sijil Negara Asal (COO) untuk semua jenis udang yang ingin dihantar ke luar negara. kalangan penternak udang tempatan juga hanya menggunakan bahan semula jadi untuk membasmi penyakit udang ternakan mereka.


Portal Bernama pula laporkan '
Tiada bahan antibiotik dalam sampel udang' yang sesuai dikongsikan. Dilaporkan dimana tiada bahan antibiotik terlarang dikesan dalam 2,466 sampel udang tempatan dianalisis di makmal Biosekuriti Perikanan sejak 2008 dakwa Jabatan Perikanan (DOF). DOF beritahu sekatan eksport udang dikenakan pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (USFDA) tidak melibatkan keseluruhan eksport produk akuakultur negara dan hanya dikenakan kepada syarikat didapati positif kesan antibiotik sahaja. Kini ada syarikat yang sudah menutup operasi mereka. DOF juga nyatakan pihaknya turut mengesyaki terdapat elemen pemindahan yang mengimport udang dari luar negara dan mengeksport semula ke Amerika Syarikat di luar pemantauan rasmi DOF. Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan sebuah akhbar tempatan bahawa penternak udang tempatan menggunakan bahan antibiotik terlarang yang menyebabkan larangan import dikenakan USFDA. DOF dakwa pihaknya mengambil serius terhadap laporan itu yang mana ia boleh menimbulkan taksiran negatif terhadap industri ternakan udang di Malaysia. Mereka kini melaksanakan pemantauan dan mengambil tindakan terhadap mana-mana ladang ternakan didapati positif menggunakan antibiotik terlarang melalui Program Pemantauan Residu Akuakultur (ARMP) dan Program Sanitasi dan Fitosanitasi Akuakultur (SPS Akuakultur). Hasil dari persampelan dijalankan ke atas sampel udang dan ikan untuk memantau kandungan antibiotik iaitu chloramphenicol (CAP), Nitrofuran (NF) dan Nitroimidazole (NI). Negara seperti Australia mengiktiraf peranan DOF dalam mengeluarkan Sijil Kesihatan Ikan termasuk hasil ikan dieksport ke negara itu, manakala Singapore Food Agency (SFA) memaklumkan udang diimport dari Malaysia tidak pernah dikesan mengandungi CAP atau NF. Dilaporkan dimana setiap tahun industri ternakan udang mengeluarkan hampir 50,000 tan metrik hasil yang menyumbang sebanyak 13% kepada kuantiti pengeluaran akuakultur Malaysia. Kini industri itu membabitkan kira-kira 1,200 penternak udang, 40 hatcheri pembenihan udang dan 15 kilang pemprosesan yang menyumbang RM1.3 bilion atau 45 peratus daripada jumlah eksport perikanan di Malaysia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TERNAKAN AKUAKULTUR... ADA DI MALAYSIA...
GUNAKAN ANTIBIOTIK... IA MEMBANTU SAHAJA...
KAWALAN KERAJAAN... SELALU DI LAKSANA...
BACA ARTIKEL...DAPAT FAHAM AKAN ISINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
47, Jalan Kebun Nanas,
Bandar Putra 2, Kelang,
Selangor,
Malaysia.
(1 Rejab 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.