Sunday, January 28, 2024

PAKIS KAMPONG ATAU KELAKAI

PAKIS SAYUR
atau KELAKAI (Stenochlaena palustris) ialah spesies pakis ubatan yang boleh dimakan dimana penulis blog sudah lama mengenalinya. Dilaporkan dimana dalam cara perubatan yang dilakukan oleh kebanyakan  masyarakat desa di India dan Malaysia dimana daun pakis ini dipakai selaku ubat untuk ianya merawat demam, penyakit kulit, ulser dan sakit perut. Apa pun tumbuhan jenis ini banyak di jumpai di Malaysia dan beberapa negara lain dengan nama berlainan seperti 'Kelakai' di Kalimantan, 'Choai' di Vietnam, Diliman atau Hagaya di Filipina - Tagalog) dan sebagainya. Tumbuhan pakis ini selalunya dilihat sejenis pakis yang memanjat dengan batangnya yang kecil dan berwarna kegelapan bersisik dan mampu mencecah sepanjang 20 meter. Pada penulis blog asalnya dilihat ia semacam pokok herba rendah sahaja sebenarnya adalah tumbuhan creepers. Ia mempunyai daun berbentuk 'pinnate' yang berukuran 30 - 100 cm panjang. Setiap pelepahnya akan ada dbanyak daun dengan panjang petiol adalah 7 - 20 cm. Daun pakis ini berbentuk lanceolate dengan ukuran lebar 1.5 - 4.5 lebar dan panjang daunnya adalah 10 - 15 cm dengan berbagai warna mengukit umurnya. Memeriksa bahagian daun muda atau pucuk baru atau 'sporophylls' yang panjang dan tirus selalunya berwarna kecoklatan dengan ada organ 'sori' dibawahnya. Pakis kampung ini adalah berlainan dengan spesis pakis lain yang ada kerana ia tidak beracun dan ada pula fungsi anti-bakterial. Kajian menunjukkan dimana pakis jenis ini jika di proses menjadi cecair ekstrak akan juga memunyai sifat sebagai AntiKulat (antifungal), Antioksidan dan juga aktiviti Antiglicosidase. Di Sarawak apa yang penulis blog buat penelitian dimana ada yang memanggilnya sebagai 'Pakis Midin' walau pun agak sedikit berlainan cirinya. Ia dijadikan makanan 'ikonik' di Sarawak dimana selalunya Pucuk Midin yang lembut ini akan dimasak dengan belacan, udang kering dan bawang sementara di Sabah ia dimasak dengan belacan bersama sardin pula. Di Vietnam pula pucuk pakis ini akan dihidangkan dengan dalam sup, salad, goreng atau tumis dan juga di gunakan bahan bawang putih sahaja. Apa pun pada penulis blog dimana s
ayur pakis atau nama saintifiknya Stenochlaena palustris adalah tumbuhan paku pakis liar yang biasanya terdapat di kawasan terbuka dan sedikit teduh, di tanah lembab, paya gambut dan hutan belukar. Dikampong dimana ia dijadikan sebagai sayuran yang lazat dan memang berkhasiat dimana selalu ia menjadi sayur pakis sebagai masakan sayur dan gulai, ditumis bersama ikan bilis dan belacan, dimasak santan dan kerabu menjadi satu hidangan kegemaran penduduk tempatan. Sayur pakis sellau ia dijual dengan harga RM2 - RM5 seikat bergantung kepada saiz ikatan dan lokaliti. Pemetik sayur ini hanya perlukan kerajinan dan keberanian untuk memetik pucuk pakis liar sebelun di masak atau di jual dipasar. Artikel pada tenhagari Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka untuk kongsikan maklumat mengenai sayur pakis kampung atau Kelakai sebagai bahan rujukkan semua.


Pakis kampung atau Kelakai memiliki nama latin Stenochlaena palustris tidak asing bagi penduduk yag tinggal di kawasan tanah gambut atau berpaya. Kelakai termasuk salah satu tumbuhan liar iaitu jenis pakis atau paku-pakuan yang memiliki panjang 5 - 10 meter dan tumbuh di hutan jenis belukar berpaya yang mendapat cahaya matahari banyak. Apa pun dilihat dimana uniknya iaitu daun kelakai yang sudah tua akan berwarna hijau segar. Sedangkan daun pakis ini yang masih muda memiliki warna merah tua gelap dan berlendir pada tangkainya apabila di ramas. Pada penulis blog pakis kelakai ini memang ia tidak mudah layu walaupun terkena pada sinaran matahari agak lama  pada suhu 40 celcius disebabkan oleh struktur batangnya berfungsi serta ia mampu menyimpan air. Beberapa kajian menyatakan dimana pakis kampung ini sebenarnya ia mengandung khasiat vitamin C yang sangat tinggi dan sesuai di jadikan sayuran berkhasiat. Beberapa kajian menyatakan dimana pakis kelakai ini ia mempunyai banyak khasiat seperti mampu meredakan cirit birit, menambah darah dan bahkan banyak orang suku Dayak di Kalimantan dan suku Jawa di Johor yang meyakini bahwa mengambil sayur pakis ini boleh menjadikan mereka akan menjadi 'awet muda'. Adapun beberapa fakta mendakwa dimana kandungan nutrisi yang terkandung pada pakis kelakai diantaranya adalah protein, kalsium (Ca), vitamin A, vitamin C, beta-karoten, potasium, Posforan (P), manganese (Mn), zat besi (Fe), tanin, flavonoid, steroid, dan alkaloid. Sayur dari tumbuhan liar ini dilaporkan memberikan manafaat kepada penduduk kampung yang pandai mengolahnya sebagai pelbagai jenis masakan. Sejak dulu pakis kampung ini sudah dijadikan hidangan kegemaran termasuk oleh penulis blog sendiri dimana menjadi sumber zat bermanafaat yang di makan dengan nasi putih dan pelbagai laukpauk kampung lain. Pada penulis blog antara resepi pakis yang popular adalah Tumis Pedas, Masak bening dan juga dijadikan sup pakis. Selain ada di jual di kedai runcit atau pasar dimana ramai penduduk kampung memetik senditi pakis ini untuk kegunaan sendiri. 


Dalam laporan lain dinyatakan dimana tumbuhan pakis kampung atau kelakai ini 
(Stenochalaena pallustris) adalah merupakan sejenis tanaman paku pakis. 
Pokok kelakai memiliki kandungan seperti fenol, flavonoid, steroid dan alkaloid serta beberapa mineral lain yang diantaranya zat besi dan kalsium. Selain di Malaysia dilaporkan tumbuhan kelakai banyak ditemukan di Kalimantan dan habitatnya di tanah gambut, air tawar serta dalam hutan belukar. Pakis kelakai selalu ada dua jenis iaitu daun yang berwarna merah dan berwarna hijau. Tumbuhan paku ini memiliki panjang 5-10 cm dengan bahagian akar berserabut dan batangnya berwarna hijau berlendir, keras dan mempunyai ruas. Ia tumbuh liar dengan ukuran tangkainya panjang dimana susunan daunnya bertentangan serta bentuk memanjang. Ciri dibahagian tepi lai daunnya adalah bergerigi. Daun pakis kelakai sering diguna sebagai bahan ubat sebab daun kelakai mengandungi protein, kalsium, vitamin A dan C, beta-karoten, potasium, fosfor, mangan, tanin, flavonoid, steroid, zat besi, dan alkaolid. Apa pun dalam banyak testimoni dilaporkan antara khasiat pakis kelakai i ni termasuk ia membantu menurunkan demam. Ada juga dakwaan dimana bahan zat yang terdapat pada daun kelakai seperti flavonoid, steroid, dan alkaloid mampu berperanan sebagai agen antiinflamasi sehingga berkhasiat sebagai antipiretik (ubat penurun demam). Kajian dari pihak 'African Journal of Traditional, Complementary, and Alternative Medicines' tahun 2015 mendapati dimana air rebusan kelakai apabila diminum bertujuan merawat demam oleh masyarakat di banyak negara termasuk di Thailand.Peranan sebagai ciri antiinflamasi dari komponen flavonoid, steroid dan alkaloid pula didakwa menrangsang pengeluaran Cytokinin bersifat Pro inflamasi. Hebatnya ada kenyataan bila pakis kelakai ini mampu merawat masaalah Anemia. Ini erana antara sebab penyebab anemia adalah kekurangan zat besi. Zat besi (Fe) yang berkait dengan fungsi pembentukan sel darah merah serta hemoglobin di dalam darah. Kajian pada tahun 2019 mendapati dimana ekstrak daun pakis kelakai mampu menaikkan kadar hemoglobin dimana daun ini mengandungi bahan zat besi yang tinggi. Ciri sebagai 'Antibakteria' pakis kelakai ini didakwa mampu menyebabkan serangan bakteria dalam tubuh. Laporan kajian pada 2017 mendapati dimana ekstrak daun pakis kelakai mampu menghalang bakteria seperti jenis Salmonella typhi (bakteri penyebab tifus) dan Staphylococcus aureus (bakteri penyebab penyakit kulit) dari menyerang mangsa. Komponen yang bersifat antibakteria dalam daun pakis kelakai adalah flavonoid, tanin, steroid, dan alkaolid. Semua komponen ini memiliki fungsinya masing-masing dalam menyerang bakteri berbagai penyakit. Hebatnya ada fungsi Antioksidan pada daun pakis kelakai diketahui punya kemampuan untuk mengurangi radikal bebas. Paling kurang di ketahui dimana kajian mendapati daun pakis ini membantu meningkatkan susu bagi ibu bersalin. Ia berkait dengan banyaknya kandungan zat besi yang diketahui akan fungsinya dalam meningkatkan pengeuaran susu ibu


Penulis blog juga pernah ujirasa produk unik iaitu 'Kerepek Kelakai' di negara jiran dan memang enak dimakan. S
ejak dahulu penduduk di nusantara hidup harmoni dengan alam, hutan menjadi salah satu sumber kehidupan mereka. Berbagai flora yang tumbuh di hutan mampu dimanfaatkan untuk memenuhi keperluan penghuninya termasuk menggunakan pelbagai tumbuhan liar disekelilingnya. Apa pun pada penulis blog yang menarik di kupas kali ini adalah sejenis pakis liar yang lazim dijadikan makanan dan fungsi perubatan. Tumbuhan Pakis Kelakai contohnya sering dijumpai di sekeliling penempatan mereka yang menjadi salah satu makanan banyak khasiat yang telah lama dimanfaatkan oleh masyarakat tempatan dan suku dayak di Kalimantan. Apa pun pakis kelakai (Stenochlaena palustris) sudah pun dikenal mempunyai berbagai khasiat termasuk mampu meredakan cirit birit, menambah darah dan bahkan ramai percaya menyebabkan awet muda. Pakis kelakai ada dijual di pasar-pasar tradisional di kawasan pendalaman dan bandar yang mempunyai luas tumbuhan tersebut. Dilaporkan harganya juga murah iaitu sekitae RM0.30 - RM0.60 (Rp1,000–Rp2,000) di pasar kapuas, Kalimantan. Kalau tidak mahu bemi pun boleh mencarinya sendiri. Laporan dari Kapuas menyatakan ada sejenis porduk popular dari pakis kelakai ini iaitu produk  KEREPIK KELAKAIKerepik kelakai menggunakan daun pakis kelakai yang masih muda. Cara membuatnya pun sangat mudah dengan memilih daun kelakai muda yang sudah dibersihkan. Kemudian ia dimasukkan ke dalam adunan tepung yaang di campurkan dengan bahan rempah khas sesuai dengan resepi kerepik termasuk ketumbar, jintan, garam, serbuk kunyit dengan kekentalan tertentu. Celup daun pakis kelakai kedalam adunan tepung cair ini dan digoreng dalam kuali ada minyak masak panas yang banyak. Setelah digoreng dan kering maka keripik pakis kelakai pun diangkat dan di toskan minyaknya. Ia boleh terus dimakan atau untuk menyimpannya perlu di simpan dalam bekas yang kedap uda=ra.  Kerepik pakis kelakai enak dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan nasi putih dengan raasa rangup dan lazat sebagai makanan ringan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
PAKIS KAMPONG... LEMBIDING NAMANYA...
DI TANAH PAYA... LIAR MUDAH AMBILNYA...
DI MASAK TUMIS... BENING SUDAH BIASA...
MEMANG BERUBAT... SEMACAM HERBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Suriah, Taman Desaru Utama,
Bandar Penawar, Kota Tinggi,
Johor,
Malaysia.
(16 Rejab 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.