Tuesday, October 31, 2023

GAJAH BERPERANG , PELANDUK TERSEPIT

Peribahasa lama 'GAJAH SAMA GAJAH BERJUANG, PELANDUK MATI DI TENGAH-TENGAH' yang mengkiaskan haiwan gajah dengan pelanduk agak unik kerana ia libatkan gajah yang bersaiz besar dan pelanduk yang bersaiz kecil. 
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk tersepit di tengah-tengah. Jika di rujuk mengenai maksud bidalan ini ia memberi makna iaitu 'Orang kecil yang mencampuri pergaduhan antara orang besar akhirnya ia sendiri yang binasa' masih relevan dengan masyarakat hari ini. Bagaimana pun kalangan masyarakat umum masih ingat akan peribahasa ini menjadi kelakar dan viral beberapa tahun lepas dimana seorang menteri kabinet masa itu cuba menggunakannya dalam bahasa Inggeris. Perang merupakan perbalahan antara manusia atau negara menggunakan senjata sehingga membunuh antara sesama umat serta merosakkan sosial dan memusnahkan ekonomi. Dalam pada itu ada keterangan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkaitan dengan panduan tentang cara untuk bertahan dalam bencana nuklear iaitu hanya beberapa jam selepas Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran bahawa Russia ‘kini berperang dengan Barat’, lapor portal berita Fortune. Termasuk dalam garis panduan itu ialah senarai ubat-ubatan yang perlu disimpan oleh negara-negara di dunia untuk menghadapi situasi kecemasan radioloaktif atau nuklear. Badan kesihatan global itu berkongsi maklumat bagaimana stok ubat yang disimpan boleh digunakan untuk mencegah atau mengurangkan pendedahan kepada radiasi sekiranya bencana nuklear berlaku. WHO memberi amaran bahawa kerajaan-kerajaan di dunia perlu segera menyediakan rawatan untuk radiasi dan pendedahan kepada agen nuklear. Adalah penting bahawa kerajaan-kerajaan di dunia bersiap sedia melindungi kesihatan penduduk dan bertindak balas segera sekiranya berlaku kecemasan. Ini termasuk menyediakan bekalan ubat-ubatan yang boleh menyelamatkan nyawa dan mengurangkan risiko serta dapat merawat kecederaan akibat radiasi. Potensi bagi senario yang terkandung dalam garis panduan WHO termasuk kecemasan radiasi atau nuklear di loji jana kuasa nuklear dan penggunaan bahan radioaktif yang disengajakan serta ber niat jahat. Senario tersebut boleh mengakibatkan pendedahan kepada dos sinaran maut, namun banyak negara kurang bersedia untuk berdepan situasi berbahaya itu, demikian menurut dokumen WHO. Panduan itu menekankan 'Adalah sangat penting bagi kerajaan-kerajaan dapat bertindak balas dengan cepat terhadap ancaman sedemikian'. Garis panduan baharu itu bagi menggantikan laporan WHO pada tahun 2007 mengenai pembangunan simpanan nasional untuk tujuan kecemasan radiasi. Pertubuhan antarabangsa itu turut mengeluarkan maklumat terkini tentang rujukan stok ubat berdasarkan perkembangan dalam perubatan kecemasan melibatkan sinaran radioaktif pada dekad lalu. Ia menyediakan nasihat asas tentang cara pemerolehan ubat-ubatan yang boleh menghalang atau mengurangkan penyerapan bahan berbahaya radionuklid atau meningkatkan penyingkiran radionuklid dalam tubuh manusia. Panduan itu dikeluarkan ketika Setiausaha Agung Perkhidmatan Tindakan Luar Eropah, Stefano Sannino mengumumkan bahawa Russia telah mengalihkan tumpuan pencerobohan tenteranya di Ukraine. Nampaknya peribahasa ini masih lagi digunakan oleh pihak tertentu didalam menyampaikan ucapan dan masih sesuai sepanjang masa. Apa pun kedua-dua haiwan yang dinyatakan didalam bidalan tersebut memang ada di Malaysia sama ada yang masih liar dihutan atau pun boleh melihatnya didalam zoo sahaja. Artikel pada kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan bagaimana peribahasa ini diperjelaskan lagi untuk menambahkan pengatahuan kepada pembaca blog semua.


Merujuk beberapa artikel dimana ada jenis 
Gajah Malaysia (Elephas maximus hirsutus) ialah subspesies Gajah Asia yang tinggal di Semenanjung Malaysia. Sekarang Gajah Malaysia diklasifikasikan sebagai sebahagian dari Gajah India (Elephas maximus indicus) kecuali Gajah Borneo (Ia adalah kecil). Ciri-ciri bagi gajah betina dan anaknya hidup dalam kumpulan kecil manakala gajah jantan lebih suka hidup bersendirian. Gajah biasanya berehat ketika cuaca panas. Setiap kumpulan mempunyai kawasan mereka tersendiri untuk mencari makanan. Mereka suka berenang dan mandi di sungai. Gajah Malaysia biasanya di dapati di hutan dara dan hutan sekunder seperti di Pahang, Perak, Kelantan, Johor Terengganu dan sebagainya. Diet atau makanan utama gajah Malaysia adalah daun, rumput dan buah-buahan dan uniknya juga dimana Gajah Malaysia juga suka makan buah-buahan. haiwan Gajah merupakan mamalia besar daripada keluarga Elephantidae dan order Proboscidea. Secara tradisional iaitu terdapat dua spesies yang diakui yang jenis Gajah Afrika (Loxodonta africana) dan Gajah Asia (Elephas maximus). Gajah tersebar di seluruh Afrika sub-Sahara, Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gajah Afrika jantan merupakan haiwan darat terbesar dengan tinggi yang dapat mencapai 4 meter dan beratnya mencapai sehingga 7 tan. Gajah mempunyai ciri-ciri unik dikepalanya iaitu ada organ belalai yang digunakan untuk banyak tujuan antaranya bagi bernafas, menyedut air dan mengambil benda. Gigi kacipnya tumbuh menjadi gading yang dapat digunakan sebagai senjata dan alat untuk ia dapat memindahkan benda atau menggali. Daun telinganya yang besar membantu mengatur suhu tubuhnya. Gajah Afrika mempunyai telinga yang lebih besar dan punggung yang cekung, sementara telinga gajah Asia lebih kecil dan punggungnya cembung. Haiwan Gajah merupakan haiwan herbivor yang dapat ditemui di berbagai habitat, seperti savana, hutan, gurun, dan paya. Ia cenderung berada di tepi air. Haiwan-haiwan lain cenderung menjaga jarak daripada gajah dimana haiwan pemangsa seperti singa, harimau. dubuk dan anjing liar biasanya hanya menyerang gajah muda. Gajah betina cenderung hidup dalam kawanan keluarga yang terdiri daripada satu betina dengan anak-anaknya atau beberapa betina yang berkerabat beserta anak-anaknya. Anak gajah merupakan pusat perhatian kawanan keluarga dan bergantung pada induknya selama lebih kurang tiga tahun. Gajah dapat hidup selama 70 tahun di alam bebas dan liar. Gajah berkomunikasi melalui sentuhan, penglihatan, menghidu dan melalui bunyi suara. Kajian mendapati gajah menggunakan komunikasi infrabunyi dan seismik untuk jarak jauh. Kecerdasan gajah telah dibandingkan dengan haiwan lain adalah menyamai kecerdasan primat, ikan paus dan lumba-lumba. Gajah nampaknya mempunyai kesedaran diri dan menunjukkan empati kepada gajah lain yang hampir atau sudah mati.


Haiwan Pelanduk (Tragulus spp.) atau Kancil merupakan sejenis haiwan mamalia yang kecil dan banyak diperkatakan didalam cerita dongeng kepandaiannya di zaman kanak-kanak lagi. Cerita 'Sang Kancil' dengan pelbagai variasi kisahnya memang merupakan satu ingatan kepada kita semua. Bagaimana pun setelah dewasa kebanyakan pembaca blog hanya dapat melihatnya semasa melawat di Zoo sahaja. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai kancil dalam blog ini yang boleh cicapai dengan pautan (Sila klik disini). Memang sukar untuk anda berpeluang melihat pelanduk hidup liar di hutan. Pelanduk dilaporkan sejenis haiwan berkaki empat dari rumpun ungulat berjari genap dalam keluarga Tragulidae yang terletak di bawah genus Tragulus. Lazimnya haiwan yang didakwa 'cerdik' ini mempunyai berat sekitar 0.7 - 8.0 kg seekor. Bagi ukuran badannya pla cuma sekitar 40 -75 cm dimana ia dikelaskan sebagai haiwan ungulat yang kecil sekali di dunia. Taburan pelanduk terhad kepada Asia Selatan dari China selatan jauh (Yunnan selatan) hingga Filipina dan Pulau Jawa. Sesetengah spesis pelanduk kurang dikenali akan tetapi semuanya adalah dipercayai bersifat nokturnal (aktif waktu malam) dan makan daun-daun, buah-buahan, rumput dan lain-lain tumbuhan dalam semak hutan yang tebal. Pelanduk dilaporkan hidup secara bersendirian atau ianya berpasangan. Biasanya pelanduk jantan tumbuh gigi taring panjang dimana sama ada [elanduk jantan atau pun betina tidak tumbuh tanduk yang digunakan untuk bertarung. Tidak seperti ahli Tragulidae yang lain dimana lazimnya pelanduk tidak kelihatan belang atau tompok yang jelas pada bahagian belakan. Membuat beberapa rujukkan dimana pelanduk pada asalnya hanya dikenali dua spesis iaitu dalam genus Tragulus iaitu Tragulus napu (Dikenali sebagai Napuh) yang agak besar saiznya dan Tragulus javanicus (di kenali sebagai Kancil atau pelanduk Jawa) yang saiznya agak kecil. Bagaimana pun kemudian pada tahun 2004, genus Tragulus nigricans dan Tragulus versicolor dipecahkan dari Tragulus napu dan Tragulus kanchil dan Tragulus williamsoni dipecahkan dari Tragulus javanicus. Di Malaysia pelanduk adalah haiwan yang dilindungi dibawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 atau P.U. (A) 345 dibawah Jabatan Perhilitan dimana pesalah boleh dihukum jika sabit.


Menarik peribahasa ini di negara kita kerana ada banyak berita menggunakan peribahasa ini. Dalam sebuah portal lokal mindarakyat.com ada kisah bertajuk 'Kancil tersepit kerana gajah tak henti-henti beradu’ yang sesuai dikongsikan. 
Apa pun bimbang dengan semakin ramai rakyat jelata yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan akibat penularan wabak Covid-19, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini mengingatakan pemimpin kerajaan supaya tidak menganiayai rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan miskin. “Rakyat ‘jangan dijadikan kancil yang mati tersepit kerana gajah yang tidak berhenti-henti beradu.’ Doa rakyat yang merasakan diri mereka teraniaya tidak ada dinding untuk dimakbulkan Ilahi, janganlah rakyat dianiayai kerana dipengaruhi emosi berdendam dan pemikiran politik yang jumud,” titah baginda sempena istiadat pelantikan Adun Kota Tampan, Saarani Mohamad sebagai menteri besar Perak yang baru di Istana Iskandariah, di Kuala Kangsar, Perak. Pada 4 Disember lalu, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Adun Chenderiang yang juga Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu tumbang apabila dia gagal bagi mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya. Sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya. satu undi rosak atau berkecuali. Dengan itu Ahmad Faizal pun dia berundur daripada jawatannya sebagai menteri besar Perak. Sebaliknya, selepas hampir seminggu berlalu, Umno, Bersatu dan PAS akhirnya bersetuju untuk mencalonkan Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad sebagai calon menteri besar yang baru. Pada titahnya Sultan Nazri turut menyebut bahawa apa yang berlaku sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan. Sebelum pelantikan Saarani hari ini, Ahmad Faizal Azumu yang mewakili Bersatu telah mengangkat sumpah jawatan menteri besar sebanyak dua kali, pertama pada tahun 2018 selepas PRU14 sebagai ketua kerajaan Pakatan Harapan. Dia sekali lagi pada Mac tahun ini mengangkat sumpah jawatan sebagai ketua kerajaan Perikatan Nasional pula. Titah baginda, sifat sebenar seseorang itu akan terserlah ketika beliau mendapat jawatan, kuasa, kekayaan dan harta, sehingga lenyapnya budaya seperti kesederhanaan dan merendah diri, di sebaliknya menjelma sifat sombong dan gelagat bongkak. Perubahan sifat dan pertukaran watak lebih cepat berlaku apabila seseorang insan mula dikelilingi oleh orang-orang tamak yang bersifat ada kepentingan sendiri, bermuka-muka, membisikkan kata-kata pujian dengan niat tersirat, lalu menyalahgunakan hubungan dengan pemimpin. "Beringatlah, semakin tinggi kedudukan seseorang insan, semakin jauh pandangannya dari bumi tempat kakinya pernah berpijak. Jangan sama sekali membenarkan diri leka, terawang-awang dalam awan biru khayalan hingga lupa rumput hijau yang ditinggalkan mungkin berubah perang, gersang kerana terlalu lama, tidak lagi disirami hujan' Sultan Nazrin bertitah, pelbagai pihak daripada kalangan pakar perundangan, para pegawai kerajaan, orang perseorangan serta pemimpin PN dan PH mengadap baginda bagi menyampaikan cadangan, pendapat dan saranan masing-masing. Kesemua mereka mempunyai niat dan tujuan yang murni mahu membantu supaya kemelut yang berlaku dapat ditangani. Kepada kesemua mereka sultan telah menzahirkan penghargaan tinggi. Baginda juga menghargai peranan petugas media yang berkampung di hadapan Istana Kinta, di bawah terik panas matahari dan dibasahi hujan, untuk dapat melaksanakan tugas melaporkan dan menyiarkan berita secara bertanggung jawab kepada rakyat. "Demikian juga kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membantu mengawal keadaan membolehkan pelbagai pihak melaksanakan tugas masing-masing secara tenteram dan teratur. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
GAJAH BESAR...BERLAWAN KEDUANYA...
PELANDUK TERSEPITT... DITENGAHNYA...
ORANG KECIL... TERLIBAT BERSAMA...
AKHIRNYA DIA... MANGSA YANG BINASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Rabiulawal 1445H).
Posted from
Taman Cendana, Melaka.

Monday, October 30, 2023

MASAKAN TEMPUA BERSARANG RENDAH

Peribahasa melayu lama menarik 'KALAU TIDAK BERADA-ADA, MASAKAN TEMPUA BERSARANG RENDAH' amat menarik dikongsikan infonya dalam aspek teknologi pertanian. Memang menarik peribahasa mengenai burung tempura yang agak jarang digunakan dalam koleksi peribahasa Melayu selain daripada burung gagak, pipit, bangau, helang, ayam dan itek. Apa pun merujuk beberapa sumber dimana peribahasa panjang iaitu '
kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah' dimana ia membawa maksud 'Berbuat baik atas sebab tersembunyi' yang mendalam ertinya. Bagi mendapatkan sedikit lebih kefahaman maka boleh dibuat ayat conton seperti 'Hamid dilihat hanya berkelakuan sopan di hadapan Azizah bertujuan hanya untuk memikatnya sahaja kerana bagai kata orang kerana kalau tidak berada-ada, masakan tempua besarang rendah'. Ramai kalangan penduduk kota yang belum pernah melihat burung tempua berterbangan kecuali didalam TV atau handphone sahaja agaknya. Bagaimana pun sesiapa yang ingin hendak melihatnya boleh perkunjung ke Taman Burung sahaja. Apa pun bagi penulis blog persoalannya sama ada benarkah burung tempua masih bersarang tinggi sedangkan sudah banyak kali penulis blog melihat ada sarang burung tempua adalah rendah. Kini memang dalam masyarakat tempatan dilihat dimana kini semakin ramai orang yang sibuk mengutip sarang burung tempua ini untuk dijual secara komersil. Akibatnya mungkin ini akan menyebabkan burung tempua kehilangan sarangnya dan hidup merempat terpaksa membina semula sarangnya. Kini, generasi baru burung tempua membina sarangnya lebih tinggi dari dahulu. Penulis blog semasa bertugas dulu ke Pusat Pertanian Manjung di Perak melihat dimana ada burung tempua di kawasan ini memilih pokok kelapa yang paling tinggi untuk membina sarangnya. Perkara ini mungkin disebabkan keselamatan sarang burung tempua itu sendiri yang memang banyak dijadikan sebagai hiasan bagi tujuan mencantikkan lagi kawasan kediaman peminatnya. Harga bagi satu unit sarang burung pun bukan murah dan ia sangat bergantung kepada kualiti dan kecantikannyan atau unik. Ia memberikan kesan yang istimewa kerana rekabentuk sarang burung tempua ini unik tidak seperti sarang burung yang lain. Dalam bercerita mengenai peribahasa ini sebenarnya ada banyak rangkap pantun berkaitan 'burung tempua bersarang rendah' dimana sahaja. Banyak juga pantun-pantun melayu sejak lama menggunakan burung ini untuk dijadikan kiasan. Antara beberapa pantun yang ada ia digunakan seperti 'Burung kedidi hinggap di dahan, Burung tempua bersarang rendah, Melayang diri tiada tertahan, Menanggung rindu tiada ternoktah'. Pantun kedua yang saya dapat berbunyi 'Terbang merpati berkawan-kawan, Bersarang rendah burung tempua, Salam ku sambut mencari tuan, Dalam mimpi tak juga ku bersua'. Pantun ke tiga pula berbunyi 'Burung tempua bersarang rendah, Burung kedidi di tanah rata; Hajat bersua di malam indah, Memandu janji seia sekata'. Akhirnya pantuan yang ke empat adalah 'Burung tempua bersarang rendah, Hinggap di dahan menanti senja, Di dalam hati terasa gundah, Siapalah aku di mata dia'. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai peribahasa berkaitan burung tempua untk dijadikan bahan rujukkan semua.


BURUNG TEMPUA (Ploceus spp) merupakan sejenis burung dari keluarga Ploceidae yang terdapat di 12 negara sahaja di dunia iaitu termasuk di Malaysia. Terdapat sebanyak 114 spesis burung tempua yang ujud diseluruh dunia dimana sebahagian besar daripadanya berada di negara kita. Taburan burung ini ada disekitar Asia (Asia Tenggara) dan Afrika iaitu dikawasan Separa Sahara sahaja. Apa yang unik tentang burung ini adalah kehandalannya dalam membuat sarang yang menjadi perhatian manusia iaitu SARANG BURUNG TEMPUA. Saya banyak kali melihat sarang burung tempua di banyak tempat di dalam kebun dan belukar semasa banyak kali membuat lawatan kekawasan kebun-kebun petani. Burung ini bersaiz kecil dan terdiri dari warna terang seperti kuning, merah atau hitam. Pada penulis blog mendapati dimana burung tempua yang ada  di Malaysia terdiri dari berpuluh-puluh jenis daripada Burung Tempua Baya, Rubah, Emas, Kuning , Bengal, Jalur, Jambul Perang, Kuning Putih, Jalur Emas, Tampuk Hitam dan banyak lagi. Pemberian nama spesis bergantung kepada warna pada bulu burung tempua dan ciri-ciri fizikal yang dilihat. Burung ini mempunyai paruh yang tumpul , tidak bergigi dan sering memakan biji-bijian tumbuhan yang ada dikawasan persekitarannya. Sepasang kaki yang kuat mampu menentukan burung ini hinggap diatas dahan dengan kemas. Kepaknya yang kuat juga menyebabkan ia mampu terbang sehingga 25-30 km sejam dalam pelbagai arah. Pemerhatian saya mendapati saiz burung ini sekitar 10-12 cm panjang dan merupakan mamalia yang mempunyai jantung dengan 4 injap seperti juga manusia. Burung Tempua membiak dengan cara mengawan dan kemudian ia akan BERTELUR dalam sarang yang indah. Burung Tempua Jantan biasanya mempunyai warna lebih terang berbanding dengan burung tempua betina. Dalam ertikata lain burung tempua jantan lebih 'Handsome' dan perlu membuat sarang yang cantik untuk ditayangkan kepada burung tempua betina. Pemerhatian saya mendapati sarang burung tempua jantan mempunyai lubang dari bahagian bawah dan ada tempat untuk 'Bertenggek' bagi memikat burung tempua betina. Sarang burung tempua betina pula mempunyai pintu masuk agak berbeza dan ada 'kompatment' melekuk untuk burung betina menyimpan telur. Rekabentuk, Saiz, Kemasan dan keunikan sarang burung tempua bergantung kepada spesis burung tempua dan jenis tumbuhan yang terdapat disekitarnya seperti jenis rumput, jenis lalang dan sebagainya.


Dalam pada itu selalunya paling unik adalah bagaimana k
erja menganyam Sarang Burung Tempua dimulakan dengan burung mengambil rumput kering yang agak panjang dan kukuh untuk dijadikan asas utama sarang bergantung atau Tangkai Sarang. Bahagian tangkai ini akan di anyam dengan menyusun rumpai kering ini bersilang-silang sehingga terbentuk tali gantung dan akan membesar dibahagian bawahnya dengan menggunakan rumput kering yang lebih halus dan lembut. Antara bahan rumpai yang digunakan adalah seperti Rumput Lalang (Imperata cylindrica), Rumput Kerbau (Paspalum conjugatum), Rumput Padang (Axonopus compresus) dan banyak jenis rumput lagi. Anyaman inimm diteruskan sehingga siap dengan membuat pintu masuk dibahagian tepi atau bawah. Kerja menganyam ini saya perhatikan akan mengambil masa selama 7 -15 hari. Daripada pemerhatian saya mendapati burung ini turun naik mengambil rumput dan menganyam dengan terbang beratus kali dalam sehari. Kerja membuat sarang ini lebih cepat dilakasanakan pada musim kering berbanding jika burung tempua menganyam dalam musim hujan. Ini kerana musim kering banyak kedapatan rumput kering dan cuaca yang mengizinkan berbanding dengan musim hujan. Rumput kering yang telah digigit untuk diputuskan atau telah putus ini akan digigit dengan paruhnya dan dibawa terbang ketapak sarangnya. Kadang-kadang rumput ini di gengam dengan kakinya (Jarang-jarang dibuat) dan dibawa terbang kelokasi sarang walau pun agak jauh juga. Proses menganyam dimulakan dengan meyelitkan daun-daun rumput ini secara bersilang seperti kita menganyam ketupat dan diketatkan. Jika angin bertiup kuat makan ikatan ini boleh terlonggar dan rumput akan jatuh dan burung tempua ini akan kutip semula!. Memang sungguh rajin burung tempua ini membuat sarang yang unik.


Dalam portal bharian.com ada kisah menarik untuk dikongsikan mengenai peribahasa ini bertajuk 'Sarang burung tempua jadi tarikan' di Kubang Pasu, Kedah. memang keindahan desa permai dengan kicauan burung pelbagai spesis berwarna-warni bertengek di atas pokok yang menghijau dan ada berterbangan bebas di ruang angkasa antara jenis-jenis pemandangan indah alam semula jadi yang begitu mendamaikan. Suasana itu membuatkan sesiapa sahaja leka sambil fikiran tenggelam melayang, mungkin mengingatkan imbauan kenangan manis zaman silam. Di Kampung Rumput Minyak, Tunjang, Kubang Pasu, Kedah dikenalpasti ada mempunyai tarikan tersendiri yang mampu mengetuk pintu hati bukan sahaja penduduknya, malah pengunjung luar untuk melihat burung tempua berwarna-warni membuat sarang di atas pokok, sekali gus menghiasi suasana di situ sejak 10 tahun lalu. Keunikan sarang burung tempua dahulunya hanya dapat dilihat di kawasan hutan dan penempatan terpencil. Bagi seorang penduduk Nadri Ghazali (37) berkata kehadiran burung di kawasan kampung itu menjadi tarikan penduduk untuk melihatnya menganyam sarang sehingga membentuk pemandangan berbeza di daerah berkenaan (Sila lihat foto disebelah). Dia mula perasan burung tempua atau burung cak raya ini membuat sarang sejak 10 tahun lalu, selepas projek kuari batu berhampiran kampung ini beroperasi. Kemungkinan dimana habitatnya sudah terancam apabila bukit berdekatan sudah pun ditarah sehingga kini lebih 200 sarang burung sudah 'dibina' pada pokok kelima dan kelapa berdekatan.  Sarang diperbuat daripada helaian halus rumput yang dianyam dengan rapi membentuk struktur seperti kon yang tergantung dari dahan pokok. Ini menjadikan ia unik dalam pelbagai segi. Sarang bagi burung tempua jantan berbeza dari segi rekaan, bentuk, struktur dan saiz. Sarang burung tempua jantan mempunyai tempat bertenggek baginya menunjuk-nunjukkan dirinya. Bagi sarang burung tempua betina mempunyai bahagian bawah yang melengkung bagi menyimpan telur. Sarang burung tempua kerbau (buffalo-weavers) yang suka untuk membina sarang besar yang tidak kemas dan mungkin mempunyai beberapa sarang bulat yang dianyam dalamnya. Bsgi seorang lagi penduduk Lu Soon Hock (70) dimana dia sangat kagum melihat burung itu membuat sarang dan menganggapnya sebagai terapi minda yang menenangkan. Dakwanya burung trmpua itu sanggup terbang beratus kali untuk mengambil rumput dan daun padi dari kawasan sawah berdekatan. Memang tiada penduduk yang mengganggu burung membuat sarang di sini dimana ramai juga penduduk akan singgah dan ada yang leka melihatnya pada waktu petang dimana situasi ini menjadi pemandangan yang sangat indah di sini. Dia melihat burung ini hidup dalam 'komuniti' mereka sendiri dan ia bijak dalam bersosial serta tahu membina sarang sendiri tanpa ada gangguan daripada manusia mahupun haiwan lain. Di Kedah dila[orkan memang banyak burung tempua kerana ia mudah mencari makanan di sawah manakala daun padi dan rumput yang segar digunakan untuk membuat sarangnya. Antara beberapa keunikan sarang burung tempua yang terjuntai di dahan-dahan pokok mempunyai tarikan tersendiri kerana kekemasan buatannya yang hanya menggunakan paruh. Selalunya burung tempua jantan biasanya mempunyai warna lebih terang berbanding dengan burung tempua betina dan membuat sarang yang cantik untuk ditayangkan kepada burung tempua betina. Sarang burung tempua jantan selalu mempunyai lubang dari bahagian bawah dan ada tempat untuk bertenggek bagi memikat burung tempua betina. Sementara itu sarang burung tempua betina pula mempunyai pintu masuk agak berbeza dan ada bahagian melekuk untuk burung betina menyimpan telur. Memang diharap agar pihak berwajib dapat memperkenalkan kawasan habitat burung di negeri ini sebagai produk baharu pelancongan di Kedah. Dilihat ada beberapa habitat burung tempua serta burung lain turut dikenal pasti beliau di tempat lain antaranya di sekitar Gunung Keriang dan Kepala Batas. Sarang burung tempua di Kampung Rumput Minyak boleh menjadi salah satu tarikan pelancong terutama kepada pecinta burung berikutan lokasinya yang tidak jauh dari Pekan Tunjang. Selalunya masa atau habitat sarang burung tempua ia tidak bermusim dimana ramai pengunjung boleh melihat keunikan sarang burung ini bila-bila masa sahaja. Ini kerana dilihat yang burung yang sangat rajin membuat sarang dimana jika di bilang rumput atau daun padi yang digunakan adalah kira-kira 1, 500 hingga 2,000 helai untuk setiap sarang. Kawasan itu juga boleh diperkenalkan kepada jurugambar dan peminat burung di seluruh negara sekali gus akan menarik ramai pengunjung untuk pergi melihat dengan lebih dekat habitat burung tempua. Keunikan sarang burung tempua di Kampung Rumput Minyak, Tunjang, Kubang Pasu. Sebagai info tambahan mengenai Burung Tempua dimana kebanyakan burung jantan berwarna terang, biasanya merah, kuning atau hitam dan ia mikenali kelebihan membina sarang yang besar dijalin daripada rumput dengan pelbagai bentuk bergantung kepada spesies. Burung tempua juga mempunyai keupayaan khas menganyam sarangnya dimana sarangnya mempunyai struktur besar dianyam daripada rumput dan ranting tergantung pada dahan pokok, mempunyai laluan masuk yang menjulur dimana sifatnya hidup berkawan dan sering membiak dalam kelompoknya. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua  para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BURUNG TEMPUA... CANTIK SARANGNYA...
DITEMPAT TINGGI... JAGA KESELAMATANNYA...
BERSARANG RENDAH... ADA DI MANA SAHAJA...
MEMBACA ARTIKEL... BARU FAHAM CERITANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(13 Rabiulakhir 1445H).
A day visit to Genting Highland
Resort, Bentong, Pahang.
27 Oct 2023.

Sunday, October 29, 2023

DIAM UBI BERISI, DIAM PENGGALI BERKARAT

Bahasa Rakyat atau perumpamaan 'DIAM-DIAM UBI BERISI, DIAM-DIAM PENGGALI BERKARAT' memang agak jarang didengar dan dibincangkan dalam sektor pertanian. Penulis blog agak suka dengan kiasan dalam peribahasa ini yang libatkan 'ubi' dimana memang agak jarang ia digunakan apa lagi perkataan 'penggali' yang pertama kali didengar untuk peribahasa Melayu ini. Dalam mencari makna akan peribahasa ini penulis blog dapati ada beberapa penjelasan yang pertama memberi maksud jelas iaitu maksudnya sebagai '
diam orang berilmu berfikir, diam tetapi diam orang bodoh sia-sia sahaja' dan satu lagi bermaksud 'Ada yang diam dalam melakukan kerja ada orang tidak membuat apa-apa; Diam berakal itu memikirkan sesuatu berfaedah tetapi bodoh sia-sia sahaja' dimana maksdunya adalah jelas. Memang sifat seseorang itu berlainan sama dari jenis orang yang banyak cakap, pendiam, moody, suka senyum, berwajah masam, pemarah, pandai memujuk, pandai pidato dan sebagainya. Tetapi paling sukar difahami adalah individu pendiam yang memang sukar diketahui akan pendirian dan karakternya. Contoh ayat ungkapan ini seperti 'Amir diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat kerana selama dia menyepikan diri akan tetapi dia sebenarnya melanjutkan pelajaran di universiti'. Merujuk kepada artikel dari sihatq.com bertajuk '6 fakta orang pendiam yang jarang diketahui' sesuai dibincangkan dan dirujuk. Pada dasarnya penulis blog setuju kenyataan dimana kebanyakan orang tidak benar-benar bersifat pendiam (introvert) atau terbuka (extrovert) pada keseluruhanya. Keperibadian seseorang umumnya apa yang penulis blog belajar kaunseling dulu merupakan gabungan kedua sifat tersebut. Apa pun lazimnya salah satu sifat di antara keduanya selalu ia lebih dominan dalam keperibadian seseorang. Sehinggakan individu itu tersebut akan terlihat sebagai orang berkeperibadian introvert atau extrovert. Apa pun orang pendiam kerap kali di 'cop' sebagai orang pemalu atau bahkan misterius. Tidak sedikit yang beranggapan bahawa orang pendiam selalu terlihat kekok dan antisosial.  Pakar kaunseling dapati dimana fakta orang pendiam ada beberapa mitos yang sama sekali tidak benar. Berikut adalah fakta orang pendiam atau introvert yang mungkin akan dapat mengubah pebaca blog ini. Pertama dimana sebenarnya ada  beberapa jenis orang pendiam yang berlainan. Kajian saintis dikenali Jonathan M. Cheek, seorang Profesor Psikologi Kepribadian dari Wellesley College, USA nyatakan dimana keperibadian orang pendiam terbagi menjadi empat  jenis iaitu Sosial, Berfikir, Cemas dan Menahan. Pendiam Sosial dimana dia mempunyai ciri umum yang dilihat dengan fakta orang pendiam yang banyak orang kenal iaitu mereka lebih menyukai kelompok kecil daripada kelompok besar atau jenis ini memang lebih senang menyendiri. Kedua Pendiam Berpikir dimana dia akan diam sebagai orang yang introspektif dan bijaksana yang suka melamun dan kaya akan imajinasi serta memiliki kapasiti serta kreativiti yang tinggi. Jenis ini orangnya tidak selalu menghindari lingkungan sosial. Jenis Pendiam Cemas adalah orang jadi pendiam sebab rasa gelisah dan kurang percaya diri. Mereka juga terlalu pemalu semasa dia bertemu orang baru keraha takut akan kesalahan yang mungkin terjadi. Jenis Pendiam Menahan adalah jenis orang yang akan lebih suka berpikir sebelum bercakap atau sebelum dia bertindak. Jenis ini akan fikir banyak perkara sebelum dia mengambil keputusan dan tidak suka ikut cakap orang. Ada pendapat yang dakwa orang pendiam kerap dianggap sebagai seseorang yang bencikan bersosial tetapi ia tidak tepat. Selalu juga dilihat yang orang pendiam juga mahu hadir dalam majlis keramaian dan berkenalan dengan orang baru. Bezanya jenis orang pendiam akan lebih cenderung mengamati atau lebih memerhatikan sepanjang masa. Dilaporkan dimana jenis orang pendiam ini sebenarnya suka berkawan dengan orang lain dimana cuma mungkin orang yang pendiam atau introvert lebih banyak terlihat sendirian. Orang pendiam juga dikaitkan dengan jenis ada sakit mental yang sebenarnya tidak benar. Artikel pada petang Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai kaitan peribahasa diatas dalam aspek pertanian untuk dijadikan bahan rujukkan.

 
Ubi
atau Umbisi (tubers) adalah batang tebal yang dimiliki oleh beberapa jenis tanaman. Ia merupakan tempat simpanan karbohiderat dan lain-lain nutrien kepada tumbuhan tersebut yang berada didalam tanah. Ubi merupakan sejenis tanaman yang dihasilkan dan sudah sekian lama ia dijadikan sumber makanan terpenting manusia semanjak dari zaman batu lagi. Ada jenis umbisi yang boleh dimana dan ada jenis ubii yang tidak boleh dimakan (beracun) yang menyebabkan kes maut. Jenis makanan umbisi paling popular didunia adalah Kentang yang menjadi makan ruji di kebanyak belahan penduduk dunia dalam pelbagai olahan. Jenis umbisi lain yang boleh dimakan adalah seperti Ubi Kayu, Keledek, Keladi, Bit, Halia, Lengkuas, Ubi Kemili, Jicama, Tigernut, Taro dan beberapa lagi. Tanaman Umbisi 
(Tuber Crop ) di Malaysia merupakan salah satu jenis tanaman kontan yang terus mendapat perhatian petani khususnya beberapa jenis tanaman yang mana hasilnya berada didalam tanah. Menurut Pertubuhan Makanan Sedunia (FAO) tanaman umbisi ini adalah semua jenis tanaman yang ada termasuk umbisi berkanji (starchy roots), tubers, rizom, coms dan stems. Bagaimana pun di Malaysia, Jabatan Pertanian hanya memasukan beberapa tanaman dibawah umbisi iaitu Ubi Kayu, Keladi dan Keledek. Uniknya di negara kita, tanaman ini dimasukkan dalam kelas Tanaman Kontan atau Tanaman Singkat Masa (Cash Crops) termasuk tanaman Jagung dan juga Kacang Tanah. Apa yang penulis blog semak, tanaman umbisi ini ada dimasukkan didalam Dasar Agro Makanan Negara (2011 - 2020) dengan dinyatakan merupakan tanaman penting untuk diusahakan. Data menunjukkan tanaman ini mampu menjana penghasilan sebanyak 238 metrik tan setahun dengan nilai pengeluaran sebanyak RM0.43 juta pada tahun 2015. Tanaman ini hanya meningkat sebanyak 11.2% daripada tahun 2014 dari segi jumlah pengeluaran tetapi meningkat sebanyak 44% dari segi nilai pengeluaran. Apa pun tanaman jenis ini adalah jenis komoditi yang boleh cepat memberi pulangan kepada petani dimana ia mampu mengeluarkan hasil dalam tempoh seawal 3 bulan sahaja. Apakah dia kepentingan tanaman umbisi dan singkat masa ini kepada masyarakat?. Ini merupakan perkara asas bagaimana tanaman ini memberikan nilai tambah selain daripada kegunaan segar sahaja seperi produk hiliran IAT yang banyak menyumbang kepada ekonomi negara.


Tanaman Ubi Kayu (
Manihot esculenta Crantz ) atau Cassava atau Tapioca yang dipercayai berasal dari bahagian tropika Amerika dan diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika yang lain pada kurun ke-17 oleh penjajah Portugis. Ianya dari jenis tanaman dikotiledon dan tergolong dalam keluarga besar Euphorbiaceae. Penulis blog dapati di Malaysia tanaman ubikayu selalunya ditanam secara monokrop komersil atau pun ditanam sebagai tanaman campuran dengan buah-buahan. Ramai mungkin tidak mengetahui akan jenis dan spesis ubikayu yang sesuai ditanam di Malaysia. Sebenarnya ada ubikayu ditanam mengikut kegunaan terakhir sama ada untuk dimakan segar, diproses menjadi keripik, untuk biodisel, barangan kosmetik, kanji, ubatgigi dan sebagainya yang berlainan jenisnya. Jenis-jenis ubi kayu boleh dikenali dengan ciri-ciri tertentu. Umpamanya dikelaskan berdasarkan ciri morfologi seperti bentuk daun, saiz daun, warna tangkai daun, tinggi pokok, batang dan kulit ubi serta kandungan asid hidrosianik. Kandungan asid hidrosianik telah digunakan untuk mengkelaskan ubi kayu jenis manis dan jenis pahit. Menurut Gerona (1994) dilaporkan dimana Ubi Kayu Jenis Pahit mengandungi kandungan Asid hidrosianik dari 100 ppm hingga 400 ppm berdasarkan berat ubi segar. Sementara itu jenis Ubi Kayu Jenis Manis mempunyai nilai kandungan asid hidrosianik kurang dari 100 ppm. Kandungan Asid hidrosianik pada varieti jenis manis hanya terdapat pada bahagian kulit ubi dan pada bahagian isinya boleh dikatakan rendah. Pengkelasan varieti ubi kayu berdasarkan kandungan Asid hidrosianik harus berhati-hati kerana kandungan Asid hidrosianik pada varieti-varieti tertentu mungkin berbeza mengikut keadaan persekitaran tanaman ubi tersebut ditanam (Onwueme,1978 ). Dilaporkan dimana Ubikayu Jenis Manis ini biasanya digunakan untuk makanan dan tangkai daunya kebiasaanya berwarna merah. Diantara jenis-jenis varieti ubi kayu yang tergolong dalam jenis manis ialah Varieti Sawah, Varieti Medan, Varieti Kabu, Varieti Betawi, Varieti Pulut dan sebagainya. Pada umumnya jenis manis mencapai kematangan 6 - 10 bulan selepas ditanam. Ubinya mudah rosak jika penuaian lambat dilakukan. Jabatan Pertanian mengesyorkan varieti Sawah untuk ditanam oleh petani. Varieti ini didapati sesuai untuk dimakan setelah direbus kerana isinya empuk. Disamping itu juga ianya boleh digunakan untuk membuat kuih yang berasaskan ubi kayu.


Dalam sektor tanaman aktiviti atau amalan agronomi menyediakan lubang penanaman adalah penting. Ini kerana definasi '
Lubang Tanaman' ialah satu lubang yang digali mengikut spesifikasi tertentu sesuai dengan saiz dan jenis tanaman yang hendak ditanam. Selalu amalan ini digunakan sebagai tapak untuk menanam sesuatu jenis pokok dimana saiz dan kedalamnya berbeza mengikut jenis tanaman dan keadaan jenis tanah juga. Tujuan lubang tanaman ialah untuk ianya membaiki struktur tanah tapak tanaman supaya gembur, meningkatkan kesuburan tanah tapak tanaman serta memperbaiki pengudaraan dan aliran air dalam tanah. kemudian akar tanaman dapat tumbuh dengan selesa dan subur. 
Saiz dan bentuk lubang penanaman adalah bergantung kepada beberapa faktur antaranya jenis, umur dan saiz tanaman dan jenis tanah. Bagaimana pun amalan biasa dimana saiz lubang yang biasa digunakan ialah seperti berukuran 25 cm - 90 cm lebar, 25 cm - 90 cm panjang dan ukuran 25 cm - 90 cm dalam. Penulis blog selalu melihat akan beberapa bentuk lubang tanaman dimana ia biasanya ada dua iaitu Bentuk Empat Segi atau Bentuk Bulat. Lazimnya ada beberapa kaedah menggali lubang tanaman iaitu dengan cara menggunakan jentera seperti back hoe terutama bagi tujuan untuk menggali lubang berbentuk empat segi. Cara lain adalah dengan menggunakan traktor yang dipasang auger bagi menggali lubang yang berbentuk bulat atau bentuk silinder. Ketiga kaedah membuat lubang dengan kaedah iaitu menggunakan mesin tangan auger bertujuan menggali lubang berbentuk bulat atau bentuk silinder. Paling konvensional adalah mebuat lubang dengan menggunakan alatan tangan seperti cangkul, Penggali dan Alatan lain yang sesuai. Apa pun faktur keselamatan yang perlu diambil berat semasa menggali lubang tanaman seperti perlu memakai pakaian seragam ladang yang disediakan, memakai kasut ladang atau kasut keselamatan dan juga pakai sarung tangan dan topi. Sebaiknya dipastikan alatan yang hendak digunakan adalah berfungsi dengan baik dimana gunakan alatan mengikut panduan tatacara kerja dan sentiasa jga disiplin dan tata perlakuan diri semasa bekerja. Sebaiknya dibersihkan serta kemaskan alatan, bahan, tempat kerja dan diri selepaskerja. Secara praktikalnya dimana keperluan kerja menggali lubang tanaman bergantung kepada kaedah yang akan ia digunakan untuk menggali lubang tanaman. Sebaiknya bagi tujuan menggali lubang tanaman menggunakan alatan tangan, keperluan untuk kerja yang patut disediakan ialah seperti Cangkul, Penggali Tanah, Pita Ukur, Kayu Penanda, Kayu cucuk dan juga ada kayu pancang. Bagi cara manuak membuat lubang dimana teknik menggali lubang tanaman secara manual dengan membersihkan sekeliling kayu yang di pancang (1.5 m jejari) dari segala bahan yang tidak lagi ia dikehendaki seperti rumpai dan sebagainya. Kemudian dimasukkan lekuk tengah kayu penanda pada pangkal kayu pancang dan pacakkan kayu cucuk di kedua-dua hujungnya. Gali lubang penanaman mengikut spesifikasi dengan tanah atas diasingkan dengan tanah bawah. Pastikan lubang penanaman masih sesuai digunakan sebelum penanaman dijalankan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini.
 Wasallam!!!!...
DIAM-DIAM UBI BERISI...IA ENAK DIMAKAN...
PENGGALI LAMA... IA BERKARAT DISIMPAN...
YANG PENDIAM... SUKAR MENJADI KAWAN...
JENIS SOSIAL,BERFIKIR... CEMAS, MENAHAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 RabiulAkhir 1445H)
Bersamaan 27 Okr 2023.
Visit Genting Highland Resort,
enjoy with family today....

Saturday, October 28, 2023

JENIS-JENIS PISANG DI INDONESIA (Part 5)

TANAMAN PISANG (Banana)
merupakan sejenis tanaman yang popular di kawasan yang beriklumtropika seperti di Malaysia dan Indonesia serta negara ASEAN yang lain. Terdapat beberapa negara yang menanam pisang dengan skala besar da mejnadi juara eskport pisang dunia seperti Filipina semenjak beratu tahun dahulu. Menurut data Badan Pusat Statistik (BPS) dlaporkan sepanjang tahun 2021 Indonesia mampu menghasilkan pisang sebanyak 8,74 juta metrik tan dimana jumlah ini naik 6.82% dari tahun 2020 iaitu sebnayak 8.18 juta metrik. BPS juga merekodkan dimana pengeluaran pisang nasional terus meningkat dalam lima tahun terakhir iaitu dengan purata kadar kenaikan sebanyak 5.2% per tahun. Dilaporknan seiring dengan naiknya jumlah pengeluaran pisang di Indonesia dimana penggunaan buah pisang oleh dilakangan domestik juga terus meningkat. Pada 2021 jumlah penggunaan sudah mencapai 2.39 juta metrik tan dan ini bermakna ia sudah meningkat sebanyak 33.8% dari tahun 2020. Adapun sektor rumah tangga dilaporkan mencapai jumlah penggunaan pisang sebanyak 47.7% terhadap jumlah penggunaan pisang di dalam negara iaitu hampir separuh dari jumlah konsumsi. Pusat penanaman dan juga pengeluaran pisang Indonesia berada di Jawa Timur dimana dilaporkan provinsi ini menyumbangkan sebanyak 23.4% daripada jumlah pengeluaran negara atau dikrekodkan sekitar 2.05 juta metrik tan pada 2021. Dalam pada itu propinsi Jawa Barat berada di tempat yang kedua dengan pengeluaran sebanyak 1.65 juta metrik atau 18.9%, diikuti dengan ppropinsi Lampung yang mebghasilkan sebanyak 1.12 juta metrik tan pisang (12.9%) terhadap produksi pisang nasional pada tahun lalu. Penanaman pisang merupakan satu bidangusaha yang diusahakan secara komersil perladangan tetapi kebanyakannya adalan kaedah penanamana secara pekebun kecil sahaja. Pisang yang merupakan sejenis tanaman buah-buahan tidak bermusim merupakan antara tanaman buah-buahan tidak bermusim popular iaitu selain daripada betik, nanas dan beberapa buah-buahan lain. Apa pun sama dengan tukisan saya mengenai jenis atau varieti pisang yang di tanam di Maaysia, memang ada banyak jenis pisang yang ditanam di Indonesia dan didapati sebahagian besarnyanya sama dengan jenis pisang di Malaysia juga. Apa pun memang ada beberapa jenis pisang yang cukup popular di Indonesia mengikut lokaliti seperti Pisang Raja, Pisang Tanduk (atau Pisang Ambon). Tetapi dilaporkan juga ada beberapa jenis pisang unik yang ditanam untuk tujuan tertentu dan dilaporkan ia tidak kalah enak rasanya. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" apa salahnya diintai akan jenis-jenis pisang yang popular ditanam di Indonesia untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


17. PISANG MERAH
Apa pun kalau biasanya warna kulit pisang hijau atau kuning keemasan ternyata ada juga pisang yang memiliki kulit berwarna merah merupakan jenis pisang yang ada ditanam atau didapati di Indonesia juga. Apa pun pisang Merah ini ternyata bukan saja unik melainkan juga banyak mengandung manfaat untuk menjaga kesehatan tubuh, seperti mencegah batu ginjal, mengurangi berat badan, meningkatkan produksi darah dan mengatur asam lambung. Apa pun lazimnya dimana buah pisang adalah lazimya ia berwarna kuning dan hijau apabila masak. Bagaimana puun ada juga pisang yang berwarna merah dan diberikan nama 'Pisang Merah'. Ada yang dakwa dimana asal usul pisang merah ini berasal dari India akan tetapi ia kini sudah pun ditabam dan dimanafaatkan diseluruh dunia dan di semua benua. Apa pun pisang merah selalunya hanya ia banyak digunakan oleh masyarakat di benua barat jika dibanding dengan kawasan daripada timur. Dilaporkan dimana buah ini memberikan rasa manis dan lembut walau pun warna kulitnya adalah merah keunguan. DIdakwa yang isi daging buahnya lebih manis dan lebih lembut dari pisang biasa dimana lazimnya ukuran pisang merah biasanya lebih besar dari cavendis walau pun selalu dilihat ada juga yang lebih kecil. Berlainan negara dan kaum memberikan nama berbagai terhadap pisang ini walau pun secara umumnya lebih sesuai digelar 'Red Dacca'. Sama dengan pokok pisang lain dimana tanaman pisang merah memang boleh ia berbuah sepanjang tahun dengan satu pokok pisang biasanya mampu menghasilkan satu tandan pisang. Satu tandan pisang merah bisa terdiri dari 100 buah pisang. Pisang merah mengandungi tiga jenis gula iaitu jenis gula sukrosa, fruktosa dan glukosa. Sama seperti pisang kuning. Namun kajian mendapati yang kandungan beta karoten dan vitamin C pada pisang merah lebih banyak berbanding daripada pisang kuning. Pisang merah juga sesuai untuk dijadikan masker untuk wajah dan rambut,  


18. PISANG KAPAS
Penulis blog memang kenal sangat dengan pisang kapas kerana memang selalu memakannya di kampong zaman remaja dahulu yang ada banyak ditanam di kampong. Jenis pisang kapas dimana ia mempunyai ciri-ciri khas iaitu kulitnya berwarna kuning dengan bintik-bintik hitam ketika matang. Apa pin di Indonesia dilaporkan walau pisang sudah matang selalunya pisang kapas terasa kurang manis jika dimakan secara langsung iaitu sama dengan ciri yang ada di Malaysia juga. Maka dari itu ada banyak masyarakat yang mengolah kembali pisang kapas menjadi makanan camilan enak iaitu seperti keripik, pisang goreng, bahuu pisang dan lain sebagainya. Walaupun pisang ini nampak kuning akan tetapi selalu rasanya memang kelat sedikit. Memang tidak lalu kalangan mereka untuk menelan. Bak kata pepatah 'Ditelan mati mak.. diluah mati bapak' dimana rasa manis sedikit apabila ia benar-benar masak ranum. Pisang kapas muda boleh buat masak lemak dengan kulitnya sekali. Ada juga orang suka buat ulam pisang muda ni. Kalau sudah masak ranum dilaporkan memang sedap kalau dibuat cekodok dan juga dibuat kek pisang.


19. PISANG LAMPUNG
Pisang Lampung agak kurang dikenali di Malaysia kerana ia meungkin mempunyai nama lain. Merujuk beberapa sumber di Indonesia pisang ini dikenali juga sebagai 'Pisang Muli'. Jika dilihat sekilas dimana ciri pisang lampung memiliki bentuk yang mirip dengan pisang mas. Namun antara kelainan adalah ciri kedua jenis pisang tersebut ada di bahagian hujung buahnya. Bila diperhatikan dimana dihujung pisang lampung berbentuk tajam (lancip) sementara ciri hujung bagi pisang mas adalah tumpul. Selalunya dilaporkan dimana pisang lampung memiliki ukuran yang kecil serta ia memiliki rasa yang manis dan aromanya harum. Dalam satu sisir pisang lampung bisa terdiri dari 18-20 buah. Dilaporkan yang pisang lampong atau pisang Muli ini  juga merupakan tanaman khas Kawasan Lampung, Sumatra Selatan yang mudah ditanam. Jangkamas menanam sehingga menuai pisang lampung cepat iaitu sekitar lapan bulan saja. Dari segi amalan agronomi dimana antara isu dan masaalah  utama pisang ini adalah potensi pemasaran yang susah kerana selalu harga jualnya yang rendah. Ini disebabkan oleh kerana pisang lampung atau pisang muli ini hanya sesuai untuk makan segar sahaja dan tidak sesuai untuk diproses menjadi makanan lain. Belum ad produk proses yang dibuat dari pisang ini dilaporkan di Indonesia. Apa pun perkataan 'Muli' itu adalah artinya gadis belum menikah atau yang secara etimologi sudah identik dengan Lampung. Pisang muli belum boleh dikembangkan ke lokasi lain di Indonesia secara besar-besaran sebab belum ada kebenarnan atau izin untuk diedarkan benih nya yang dikawal oleh Pusat Perlindungan Varietas Tanaman dan Perizinan Pertanian [Pusat PVTPP], Kementerian Pertanian Indonesia.


20. PISANG AMBON KUNING

Di 
Indonesia dimana dilaporkan selain daripada Pisang Ambon ada lagi sejenis pisang seangkatan dengannya iaitu Pisang Ambon Kuning (Biasanya Hijau). Apa pun antara ciri khas dari pisang ambon kuning ini adalah pada ukurannya, di mana jenis ini adalah berukuran sedikit lebih besar jika dibandingkan jenis pisang ambon lainnya. Selain itu dilaporkan dimana pisang ambon kuning ini dilihat ia memiliki bentuk buah melengkung sedikit ke atas dan kulitnya tidak begitu tebal. Dikalangan pengguna dimana pisang ambon kuning ini memang sesuai untuk dimakan kerana ia mempunyai citarasa yang lebih manis. Bagaimana pun diluar sana dilaporkan dimana ia juga sesuai untuk dioleh kembali sesuai kreasi masing-masing, misalnya diolah menjadi brownies pisang, banana pancake atau nugget pisang. Merujuk kepada kajian menyatakan dimana nilai kalori pisang ambon kuning sama dengan ambon biasa iaitu menjadi merupakan sumber nutrisi penting yang sangat baik. Pisang ambon mengandung banyak nutrisi termasuk zat Potasium, Vitamin B6, Vitamin C, Vitamin E, Karbohidrat, Magnesium, Tembaga, Manganese dan juga Serat. Selain itu pisang ambon kuning juga memang ia mengandung beberapa senyawa dan antioksidan termasuk dopamin dan katekin. Organisasi WHO mengesyorkan agar lebih ramai orang mengambil buah termasuk buah pisang dan sayuran setiap hari. Kini dengan cara menambahkan pisang ambon kuning dalam menu harian kamu merupakan cara yang bagus untuk meningkatkan kesihatan pengguna secara keseluruhan. Artikel ini ditulis dalam lima (5) segmen iaotu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info menarik dikalangan pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ADA BANYAK JENIS... PISANG INDONESIA...
ADA YANG SAMA... NAMANYA DI MALAYSIA...
ADA NAMA PELIK... IA DI JELASKAN JUGA..
MEMBACA ARTIKEL... HATI PUN JADI SUKA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Restoren Lembah Bernam,
Jalan Main Cana, Parit 9, Pasir Panjang,
Sekinchan, Selangor,
Malaysia.
(8 Rabiulakhir 1445H).

Friday, October 27, 2023

JENIS-JENIS PISANG DI INDONESIA (Part 4)

TANAMAN PISANG
(Banana) merupakan sejenis tanaman yang popular di kawasan yang beriklumtropika seperti di Malaysia dan Indonesia serta negara ASEAN yang lain. Terdapat beberapa negara yang menanam pisang dengan skala besar da mejnadi juara eskport pisang dunia seperti Filipina semenjak beratu tahun dahulu. Menurut data Badan Pusat Statistik (BPS) dlaporkan sepanjang tahun 2021 Indonesia mampu menghasilkan pisang sebanyak 8,74 juta metrik tan dimana jumlah ini naik 6.82% dari tahun 2020 iaitu sebnayak 8.18 juta metrik. BPS juga merekodkan dimana pengeluaran pisang nasional terus meningkat dalam lima tahun terakhir iaitu dengan purata kadar kenaikan sebanyak 5.2% per tahun. Dilaporknan seiring dengan naiknya jumlah pengeluaran pisang di Indonesia dimana penggunaan buah pisang oleh dilakangan domestik juga terus meningkat. Pada 2021 jumlah penggunaan sudah mencapai 2.39 juta metrik tan dan ini bermakna ia sudah meningkat sebanyak 33.8% dari tahun 2020. Adapun sektor rumah tangga dilaporkan mencapai jumlah penggunaan pisang sebanyak 47.7% terhadap jumlah penggunaan pisang di dalam negara iaitu hampir separuh dari jumlah konsumsi. Pusat penanaman dan juga pengeluaran pisang Indonesia berada di Jawa Timur dimana dilaporkan provinsi ini menyumbangkan sebanyak 23.4% daripada jumlah pengeluaran negara atau dikrekodkan sekitar 2.05 juta metrik tan pada 2021. Dalam pada itu propinsi Jawa Barat berada di tempat yang kedua dengan pengeluaran sebanyak 1.65 juta metrik atau 18.9%, diikuti dengan ppropinsi Lampung yang mebghasilkan sebanyak 1.12 juta metrik tan pisang (12.9%) terhadap produksi pisang nasional pada tahun lalu. Penanaman pisang merupakan satu bidangusaha yang diusahakan secara komersil perladangan tetapi kebanyakannya adalan kaedah penanamana secara pekebun kecil sahaja. Pisang yang merupakan sejenis tanaman buah-buahan tidak bermusim merupakan antara tanaman buah-buahan tidak bermusim popular iaitu selain daripada betik, nanas dan beberapa buah-buahan lain. Apa pun sama dengan tukisan saya mengenai jenis atau varieti pisang yang di tanam di Maaysia, memang ada banyak jenis pisang yang ditanam di Indonesia dan didapati sebahagian besarnyanya sama dengan jenis pisang di Malaysia juga. Apa pun memang ada beberapa jenis pisang yang cukup popular di Indonesia mengikut lokaliti seperti Pisang Raja, Pisang Tanduk (atau Pisang Ambon). Tetapi dilaporkan juga ada beberapa jenis pisang unik yang ditanam untuk tujuan tertentu dan dilaporkan ia tidak kalah enak rasanya. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" apa salahnya diintai akan jenis-jenis pisang yang popular ditanam di Indonesia untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


13. PISANG NANGKA

Penulis blog memang kenal akan pisang nangka dimana jenis sama banyak di tanam di Indonesia. Pisang Nangka tidak ada kaitan dengan buah nangka. Penulis blog belum ada asas bagaimana jenis pisang yang kulitnya berwarna hijau ini dinamakan pisang nangka. Meskipun sudah matang selalunya buah pisang nangka tetap memiliki warna kulit kehijauan. Rasa manis dan aroma wanginya akan membuat pisang ini jadi favorit ramai pengguna di Malaysia dan di Indonesia. Tekstur dagingnya cukup padat dengan warna kuning sedikit kemerahan. Cara mengolah pisang nangka yang paling sederhana adalah dengan menjadikannya sebagai kerepek, di goreng, di buat cokodok, dibuat lepat pisang, dibuat kek pisang, di buat pengat dan banyak lagi kegunaannya. 
Pisang Nangka mempunyai berat tandan buah diantara 15 - 28 kilogram. Kajian juga mendapati terdapat sebanyak 12 - 18 sisir dengan setiap sisir buah ada sebanyak  12 - 20 jejari (buah pisang yang dimakan). Saya ada menulis keterangan teknikal mengenai pisang nangka dalam blog ini dengan boleh diakses melalui pautan berikut (Sil aklik disini). Ukuran jejari buah pisang nangka sekitar 10 - 15 cm panjang dengan mempunyai ukuran garispusat sekitar 3 - 5 cm. Buahnya berwarna hijau gelap semasa muda dan masih hijau juga semasa buahnya matang dengan warna menjadi hujau cerah sedikit. Buah yang masak mempunyai aroma yang sangat kuat jika dihidu dari kejauhan.


14. PISANG CAVENDISH

Pisang cavendish berasal merupakan sejenis pisang makan segar yang paling popular diseluruh dunia dan dilaporkan ia banyak di tanam di Indoonesia juga. Pisang ini didakwa ia berasal daripada USA atau Amerika yang juga begitu populer di Indonesia dan kerap dijual di supermarket. Biasanya ia sentiasa ada dijul di pasaraya dengan saiz ukuran yang cukup besar dengan ia mempunyai tekstur yang empuk namun padat maka tidak hairan bila [engguna akan merasa kenyang hanya dengan mengonsumsi satu buah pisang cavendish. Pisang ini juga yang dimakan oleh ramao ahli sukan dalam mendpatkan tenaga yang banyak sebelum bersukan. Saya ada banyak menulis mengenai pisang ini dalam blog ini dengan salah satunya boleh diakses disini (Sila klik disini). Di Indonesia dilaporkan dimana pisang cavendish boleh dijadikan cemilan ketika sesiapa pun untuk mereka berdiet atau sesuai dimakan kepada mereka ada masaalah permakanan. Selain pisang ini selalu dimakan segar dimana ia juga sesuai d oleh menjadi makanan lain seperti jus pisang, kuih tradisional, smoothies dan sebagainya. P
isang Cavendish apa yang penulis blog tahu merupakan tanaman komoditi buah-buahan tropika yang sangat popular di dunia dipercayai ia berasal dari Vietnam dan China. Namanya adalah sempena nama William Cavendish, Duke Devonshire ke-6 dan kekal sehingga hari ini. Di beberapa lokasi lain pisang ini juga dikenali dengan nama Pisang Ambon Putih. Pisang Cavendish banyak dibiakkan menggunakan kaedah Kultur Tisu (TC) dimana teknik pembiakan ini merupakan paling sering digunakan.


15. PISANG SUSU

Pisang susu juga ada di tanam di Indonesia sama keterangannya dengan pisang susu ditanam di Malaysia. Ia juga memiliki bentuk yang cenderung lebih kecil jika dibandingkan dengan jenis pisang lainnya dengan kulit yang memiliki bintik-bintik kehitaman. Tekstur dari bahagian isi dagingnya juga lembut dengan rasa yang cukup manis. Dilaporkan dimana pisang susu ini selain boleh ianya dimakan secara langsung pisang susu kerap dijadikan campuran adunan membuat kueh mueh atau menjadi salah satu bahan isian sandwich atau kueh dadar gulung pisang. Pada penulis blog pisang susu ini ada juga ditanam di Malaysia akan tetapi sama di Indonesia ia masih dopandang sepi sahaja oleh kebanyakan petani dan juga pengguna pisang. Berbalik kepada Malaysia dimana ada 
PRODUK SUSU PISANG (Banana Milk) penulis blog telah terjumpa semasa buat carian mengenai buah dan khasiat pisang dalam google. Produk ini mendapat banyak komen, pujian dan juga perbincangan teknikal mengenai dakwaan termasuk oleh Dr Amalina dari UK. Apa pun memang penulis blog amat tertarik dengan satu artikel dari Berita Harian bertajuk "Pengiklanan produk 'susu pisang' buat akuan dilarang menyalahi Akta Makanan" yang ditulis oleh wartawan Mohd Iskandar. Berita daripada Kuala Lumpur ini menyatakan dimana pengiklanan produk ‘susu pisang’ yang membuat akuan dilarang, adalah menyalahi Akta Makanan 1983 serta peraturan di bawahnya. kenyataan oleh Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penyataan seperti membantu merendahkan tekanan darah tinggi, membantu membuang toksik dari badan, meningkatkan metabolisme, mengawal selia pengeluaran insulin dan pergerakan oksigen dan mengurangkan obesiti, adalah dilarang pada label serta iklan produk makanan. Kini pihak Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius penjualan dan pengiklanan produk ‘susu pisang’ yang membuat akuan dilarang serta tular dalam media elektronik, media cetak, media sosial, risalah dan lain-lain. KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sudah mengambil tindakan ke atas pihak yang mengedar atau menjual produk makanan berkenaan yang tidak mematuhi mana-mana perundangan berkaitan bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan di bawahnya dakwa beliau semasa membuat sidang akhbar hari ini.

 
16. PISANG BADAK
Kalau detikers ingin menikmati buah pisang tanpa perlu repot diolah lagi, cobalah untuk membeli pisang badak. Pisang ini memang memiliki warna hijau kekuningan saat matang, namun rasanya tetap manis dan tidak memiliki biji. Kulit buah pisang ini selalu berwarna hijau kekuningan jika sudah matang. Jenis ini tergolong berkulit tebal sekitar 0,3 cm. Pisang ini sering juga disebut 'Pisang Maraseba' dimana bentuk buahnya melengkung dengan ujung meruncing. Isi daging buahnya manis, tidak berbiji dan ia juga berwarna putih kekuningan. Ukuran buahnya termasuk kecil, berat rata-rata per buah 75 g. Produksinya dapat mencapai 180 buah sepokok. Khasiat dan manafaat buah pisang badak ini merupakan produk utama pisang. Pisang dimanfaatkan baik dalam keadaan mentah, maupun dimasak atau diolah menurut cara-cara tertentu dimana selalu ia diproses menjadi tepung, kerepek, ‘puree’, bir (Afrika), cuka, atau didehidrasi. Daun pisang digunakan untuk menggosok lantai, sebagai alas ‘kastrol’ atau tempat membuat nasi ‘liwet’ serta sebagai satu jenis pembungkus berbagai makanan. Serat untuk membuat kain dapat diperoleh dari batang semunya. Bahagian vegetatif beserta buah-buah yang tidak termanfaatkan digunakan sebagai makanan ternakan kerana ia megandungi terlalu banyak air yang tidaj sesuai diberikan ternakan. Tanaman pisang (atau daun dan buahnya) juga memegang peranan dalam upacara-upacara adat, misalnya di Indonesia dimana dalam majlis adat untuk upacara pernikahan atau ketika mendirikan rumah atau upacara keagamaan setempat selalu digunakan. Dalam pengubatan dimana daun pisang ini juga ada digunakan merawat sakit dada dan sebagai bahan tapal dingin untuk kulit yang bengkak atau melecet. Air yang keluar dari pangkal batang yang dicucuk akan digunakan untuk disuntikkan ke dalam saluran kencing untuk merawat penyakit raja singa, disentri dan cirit birit. Air ini juga digunakan untuk menghentikan dari masaalah rambut gugur mampu unatuk ia merangsang pertumbuhan rambut. Cairan yang keluar dari akar pisang ini adalah bersifat anti-demam dan memiliki daya pemulihan kembali. Dalam bentuk tepung dimana hasil dari pisang digunakan dalam kes-kes anemia dan kes letih serta untuk yang atasi kekurangan gizi. Buah yang pisang badaay yang belum matang merupakan sebahagian dari diet bagi orang yang menderita penyakit batuk darah (haemoptysis) dan kencing manis. Dalam keadaan kering dilaporkan dimana pisang badak ini bersifat ulser usus. Buah pisang badak yang matang sempurna merupakan makanan mewah jika dimakan pagi-pagi sekali. Tepung yang dibuat dari pisang digunakan untuk gangguan pencernaan yang disertai perut kembung dan kelebihan masam.  Pisang badak juga memiliki tangkai buah sekitar 48.5 cm yang terdiri dari 7 sisir (setiap sisir biasanya terdapat 27 buah dengan panjang 16 cm). Apa pun bentuk pisang ini melengkung dengan daging buah putih kekuningan, tidak berbiji, dan rasanya manis dengan tebal kulit 0.3 cm dimana berat purata sekitar 75 gram satu unit dan umur tanaman dari anakan sampai berbunga adalah 12 bulan dan lama buah masak sekitar 140 hari. Artikel ini ditulis dalam limaa (5) segmen iaotu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info menarik dikalangan pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ADA BANYAK JENIS... PISANG INDONESIA...
ADA YANG SAMA... NAMANYA DI MALAYSIA...
ADA NAMA PELIK... IA DI JELASKAN JUGA..
MEMBACA ARTIKEL... HATI PUN JADI SUKA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Restoren Lembah Bernam,
Jalan Main Cana, Parit 9, Pasir Panjang,
Sekinchan, Selangor,
Malaysia.
(8 Rabiulakhir 1445H).

Thursday, October 26, 2023

JENIS-JENIS PISANG DI INDONESIA (Part 3)

TANAMAN PISANG
(Banana) merupakan sejenis tanaman yang popular di kawasan yang beriklumtropika seperti di Malaysia dan Indonesia serta negara ASEAN yang lain. Terdapat beberapa negara yang menanam pisang dengan skala besar da mejnadi juara eskport pisang dunia seperti Filipina semenjak beratu tahun dahulu. Menurut data Badan Pusat Statistik (BPS) dlaporkan sepanjang tahun 2021 Indonesia mampu menghasilkan pisang sebanyak 8,74 juta metrik tan dimana jumlah ini naik 6.82% dari tahun 2020 iaitu sebnayak 8.18 juta metrik. BPS juga merekodkan dimana pengeluaran pisang nasional terus meningkat dalam lima tahun terakhir iaitu dengan purata kadar kenaikan sebanyak 5.2% per tahun. Dilaporknan seiring dengan naiknya jumlah pengeluaran pisang di Indonesia dimana penggunaan buah pisang oleh dilakangan domestik juga terus meningkat. Pada 2021 jumlah penggunaan sudah mencapai 2.39 juta metrik tan dan ini bermakna ia sudah meningkat sebanyak 33.8% dari tahun 2020. Adapun sektor rumah tangga dilaporkan mencapai jumlah penggunaan pisang sebanyak 47.7% terhadap jumlah penggunaan pisang di dalam negara iaitu hampir separuh dari jumlah konsumsi. Pusat penanaman dan juga pengeluaran pisang Indonesia berada di Jawa Timur dimana dilaporkan provinsi ini menyumbangkan sebanyak 23.4% daripada jumlah pengeluaran negara atau dikrekodkan sekitar 2.05 juta metrik tan pada 2021. Dalam pada itu propinsi Jawa Barat berada di tempat yang kedua dengan pengeluaran sebanyak 1.65 juta metrik atau 18.9%, diikuti dengan ppropinsi Lampung yang mebghasilkan sebanyak 1.12 juta metrik tan pisang (12.9%) terhadap produksi pisang nasional pada tahun lalu. Penanaman pisang merupakan satu bidangusaha yang diusahakan secara komersil perladangan tetapi kebanyakannya adalan kaedah penanamana secara pekebun kecil sahaja. Pisang yang merupakan sejenis tanaman buah-buahan tidak bermusim merupakan antara tanaman buah-buahan tidak bermusim popular iaitu selain daripada betik, nanas dan beberapa buah-buahan lain. Apa pun sama dengan tukisan saya mengenai jenis atau varieti pisang yang di tanam di Maaysia, memang ada banyak jenis pisang yang ditanam di Indonesia dan didapati sebahagian besarnyanya sama dengan jenis pisang di Malaysia juga. Apa pun memang ada beberapa jenis pisang yang cukup popular di Indonesia mengikut lokaliti seperti Pisang Raja, Pisang Tanduk (atau Pisang Ambon). Tetapi dilaporkan juga ada beberapa jenis pisang unik yang ditanam untuk tujuan tertentu dan dilaporkan ia tidak kalah enak rasanya. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" apa salahnya diintai akan jenis-jenis pisang yang popular ditanam di Indonesia untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


9. PISANG VARIGATA
Mungkin ramai kalangan pembaca blog ini yang belum kenal lagi akan pisang varigata. Banyak yang mendakwa dimana sekilas padang iaitu pisang ini agak mirip dengan buah mentimun (sejenis sayur buah). Pisang varigata memiliki rasa yang mirip atau hampir sama dengan jenis pisang berlin yang sesuai untuk ianya dihidangkan di atas meja bagi dimakan segar. Selain daripada isinya atau dagingnya ternyata kulit pisang Varigata juga boleh di gunakan tanpa meninggalkan rasa kelat atau rasa sepat di lidah. Pisang termasuk buah yang paling banyak disukai karena rasanya enak dan kaya nutrisi. Tapi kini pecinta pisang tengah heboh dengan hadirnya pisang instagenik dan juga psang cantik iaiatu pisang varigata atau biasa disebut Musa variegata. Tanaman pisang ini berasal dari Florida, USA namun kini sudah banyak ditanam di banyak lokasi di Indonesia. Tanaman tropika ini mempunyai bentuk yang agak sama dengan pokok pisang biasa cuma bezanya ada pada warna daun dan buahnya. Daun pisang jenis ini tidak berwarna hijau polos melainkan bergradasi. Biasanya dalam satu helai daun terdiri dari warna hijau tua, hijau muda, putih hingga kekuningan. Warna ini tersusun selang-seli sehingga menghasilkan daun yang artistik. Demikian juga dengan bahagian buahnya yang tidak kalah instagenik. Buah pisang varigata ini belang hijau putih dengan bentuk garis dilihat memanjang. Apa pun selain cantik, pisang varigata juga diakui punya rasa yang manis dan enak namun uniknya dimana pokoknya jarang berbuah dan terbilang sensitif. Beberapa petani sudah mencuba menanam secara luas pisang jenis ini di Indonesia namun hasilnya belum dapat dikutip secara maksimum dan sehingga kini ia masih sangat susah ditemui di pasaran biasa.


10. PISANG GRNDEROWO
Pada penulis blog amat gerun mendengar sejenis pisang iaitu Pisang Genderuwo yang dikaitkan dengan mistik. Buah pisang Genderuwo tergolong cukup langka atau susah untuk dijumpai dimana ia jarang sekali ditemui ada dijual di pasaran. Perkara ini disebabkan oleh ciri bentuknya yang unik dengan batang berwarna merah gelap dan ukuran buah yang merah kehitaman membuat pisang ini dinamai sebagai pisang Genderuwo. Pisang ini dilaporkan yang ia memang berasal dari Yogyakarta. Penulis blog memang belum pernah ujurasa lagi akan pisang ini walau pun sudah beberapa kali ke Yoyakarta. Menurut sumber portal liputan6.com menyatakan sesiapa saja melihat Genderuwo atau setan dengan wujud yang menyeramkan tentu akan bergidik ketakutan. Namun bagaimana jika melihat pisang Genderuwo sama ada pembaca masih takut atau malah ingin mencubanya. Plt Kepala Dinas Pertanian dan Pangan Kota Jogja iaitu Sugeng Darmanto mengatakan, dinas pertanian dan pangan memiliki 250 jenis pisang termasuk pisang Genderuwo. Pisang Genderuwo termasuk pisang yang langka dimana jenis pisang ini asli dari Indonesia. Pisang ini yang mana kalau di Indonesia sangat varian dimana ada pisang Ambon juga emas serta ada pisang yang bentuknya tidak menarik bulet warnanya tidak menarik banget. Ketersediaan juga jarang dibudidayakan pisang Genderuwo. Pisang jenis ini memang jarang dibudidayakan (ditanam). Selain itu pisang ini jarang ditemui dipasaran sebab ia jarang digunakan untuk aktiviti sosial seperti majlis hajatan. Sebab semasa hajatan warga, jenis pisang yang dipilih ada jenis pisang raja dan emas dan selalunya jenis pisang Genderuwo tidak banyak dipilih. Walau pun khasiatnya bagus uniknya dimana pisang ini memang sama nilai plus warna unik.


11. PISANG AMBON LUMUT

Penulis blog belum pernah ujirasa Pisang Ambon Lumut sebelum ini, DIlaporkan dimana jenis pisang yang satu ini punya ciri khas yang sangat unik di mana selalu warnanya tetap hijau meskipun sudah matang. Maka dari itu dilihat dimana buah pisang ini disebut pisang ambon lumut kerana warna hijaunya seperti lumut. Meskipun warnanya tidak berubah, namunpisang ini dilaporkan mempunyai aroma yang harum dan tekstur pada isi daging buahnya berwarna lebih putih dan kecil bila hendak ia dibandingkan dengan jenis pisang ambon lainnya. Media tempatan laporkan dimana ada seorang penjual buah dakwa dimana sejumlah pisang Ambon Lumut yang di jual digerai yang terletak di kawasan Jalan Setiabudi, Bandung, Jabar, mendapat sambutan. Sejumlah pejual buah mengeluh sebab nerlaku penurunan stok pisang yang biasanya dihantar pemborong ke gerainya sebanyak 300-500 tandan tiba-tiba kini hanya dihantar cuma 50 tandan sahaja. Penurunan ini dipengaruhi oleh faktor cuaca tidak menentu mengakibatkan kerosakan pada tanaman pokok buah pisang tersebut. Pisang Ambon Lumut selalunya akan dijual seharga Rp. 10,000 sehingga hingga Rp. 15.000 satu sisir ((RM3.00 - RM4.50) bergantung ukuran.


12. PISANG RAJA SEREH
Pisang Raja Sereh mungkin belum pernah didengar di Malaysia sebelum ini. Bagimana pun dilaporkan dimana pisang raja sereh memiliki keunikan tersendiri pada warna kulitnya, di mana kuning dan sedikit kecoklatan. Tapi jika pisang sudah matang, maka akan timbul bintik-bintik cokelat gelap di sekitar kulit. Daging buah pisang raja sereh berwarna putih, bertekstur lunak, namun rasanya sedikit asam. Banyak warga yang mengolah pisang ini jadi berbagai macam makanan, seperti bolu pisang, pisang goreng, atau lemet pisang. Dilaporkan pisang ini bukan hanya sebagai pencuci mulut akan tetapi manfaat pisang raja sereh juga tidak kalah dengan jenis pisang lainnya. Manfaat pisang raja sereh tidak pernah disedari kalau ia adalah salah satu yang mungkin paling sering ditemui di supermarket atau pasar biasa. Apa pun dilaporkan di negara lain dimana pisang ini dikenal iaitu dengan nama lainnya seperti Pisang Tastali , Pisang Tundan, Latundan dan nama lainnya. Pokok dari jenis pisang ini biasanya mencapai ketinggian 10 - 13 kaki dimana ia perlukan cukup sinaran matahari penuh atau sebahagian. Jenis pisang raja sereh sangat umum di sekitar Manila atau Filipina dan dikatakan sebagai varietas makanan penutup yang paling umum di negara tersebut. Manfaat pisang raja sereh mungkin kerap mereka sadari sejak lama dan dulu opernah ia telah pun diperkenalkan dari India oleh seorang pendeta Prancis. Apa pun bentuknya lebih gemuk dan sedikit lebih runcing pada ujungnya. Kulit pisang ini lebih pucat dan sedikit agak tipis karena hampir tidak ada lapisan dalam yang ditemukan. Dilihat dimana pisang raja sereh ini paling enak jika kulitnya ditutupi bintik-bintik hitam atau telah berubah menjadi hitam total. Daging dari buah ini lebih pucat atau hampir putih dan di dalamnya ia membawa rasa yang lebih tropika. Tekstur pisang raja sereh ini juga kurang padat dan relatif lebih pulen di mana rasanya seperti lebih licin dan sangat lembut semasa dikunyah. Selain manfaat pisang sereh yang tidak kalah dengan jenis buah lainnya, rasa dari pisang ini juga tidak akan mengecewakan. Bahkan jika dibandingkan dengan Pisang Cavendish yang lebih sedikit hambar, pisang jenis ini memiliki rasa manis dan sedikit rasa asam layaknya apel dan strawberry. Biasanya pisang ini sering disajikan untuk dikonsumsi secara langsung, dibuat pengat (kolak) bahkan dibuat menu pisang gorengArtikel ini ditulis dalam lima (5) segmen iaotu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info menarik dikalangan pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ADA BANYAK JENIS... PISANG INDONESIA...
ADA YANG SAMA... NAMANYA DI MALAYSIA...
ADA NAMA PELIK... IA DI JELASKAN JUGA..
MEMBACA ARTIKEL... HATI PUN JADI SUKA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Restoren Lembah Bernam,
Jalan Main Cana, Parit 9, Pasir Panjang,
Sekinchan, Selangor,
Malaysia.
(8 Rabiulakhir 1445H).