Saturday, October 28, 2023

JENIS-JENIS PISANG DI INDONESIA (Part 5)

TANAMAN PISANG (Banana)
merupakan sejenis tanaman yang popular di kawasan yang beriklumtropika seperti di Malaysia dan Indonesia serta negara ASEAN yang lain. Terdapat beberapa negara yang menanam pisang dengan skala besar da mejnadi juara eskport pisang dunia seperti Filipina semenjak beratu tahun dahulu. Menurut data Badan Pusat Statistik (BPS) dlaporkan sepanjang tahun 2021 Indonesia mampu menghasilkan pisang sebanyak 8,74 juta metrik tan dimana jumlah ini naik 6.82% dari tahun 2020 iaitu sebnayak 8.18 juta metrik. BPS juga merekodkan dimana pengeluaran pisang nasional terus meningkat dalam lima tahun terakhir iaitu dengan purata kadar kenaikan sebanyak 5.2% per tahun. Dilaporknan seiring dengan naiknya jumlah pengeluaran pisang di Indonesia dimana penggunaan buah pisang oleh dilakangan domestik juga terus meningkat. Pada 2021 jumlah penggunaan sudah mencapai 2.39 juta metrik tan dan ini bermakna ia sudah meningkat sebanyak 33.8% dari tahun 2020. Adapun sektor rumah tangga dilaporkan mencapai jumlah penggunaan pisang sebanyak 47.7% terhadap jumlah penggunaan pisang di dalam negara iaitu hampir separuh dari jumlah konsumsi. Pusat penanaman dan juga pengeluaran pisang Indonesia berada di Jawa Timur dimana dilaporkan provinsi ini menyumbangkan sebanyak 23.4% daripada jumlah pengeluaran negara atau dikrekodkan sekitar 2.05 juta metrik tan pada 2021. Dalam pada itu propinsi Jawa Barat berada di tempat yang kedua dengan pengeluaran sebanyak 1.65 juta metrik atau 18.9%, diikuti dengan ppropinsi Lampung yang mebghasilkan sebanyak 1.12 juta metrik tan pisang (12.9%) terhadap produksi pisang nasional pada tahun lalu. Penanaman pisang merupakan satu bidangusaha yang diusahakan secara komersil perladangan tetapi kebanyakannya adalan kaedah penanamana secara pekebun kecil sahaja. Pisang yang merupakan sejenis tanaman buah-buahan tidak bermusim merupakan antara tanaman buah-buahan tidak bermusim popular iaitu selain daripada betik, nanas dan beberapa buah-buahan lain. Apa pun sama dengan tukisan saya mengenai jenis atau varieti pisang yang di tanam di Maaysia, memang ada banyak jenis pisang yang ditanam di Indonesia dan didapati sebahagian besarnyanya sama dengan jenis pisang di Malaysia juga. Apa pun memang ada beberapa jenis pisang yang cukup popular di Indonesia mengikut lokaliti seperti Pisang Raja, Pisang Tanduk (atau Pisang Ambon). Tetapi dilaporkan juga ada beberapa jenis pisang unik yang ditanam untuk tujuan tertentu dan dilaporkan ia tidak kalah enak rasanya. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" apa salahnya diintai akan jenis-jenis pisang yang popular ditanam di Indonesia untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


17. PISANG MERAH
Apa pun kalau biasanya warna kulit pisang hijau atau kuning keemasan ternyata ada juga pisang yang memiliki kulit berwarna merah merupakan jenis pisang yang ada ditanam atau didapati di Indonesia juga. Apa pun pisang Merah ini ternyata bukan saja unik melainkan juga banyak mengandung manfaat untuk menjaga kesehatan tubuh, seperti mencegah batu ginjal, mengurangi berat badan, meningkatkan produksi darah dan mengatur asam lambung. Apa pun lazimnya dimana buah pisang adalah lazimya ia berwarna kuning dan hijau apabila masak. Bagaimana puun ada juga pisang yang berwarna merah dan diberikan nama 'Pisang Merah'. Ada yang dakwa dimana asal usul pisang merah ini berasal dari India akan tetapi ia kini sudah pun ditabam dan dimanafaatkan diseluruh dunia dan di semua benua. Apa pun pisang merah selalunya hanya ia banyak digunakan oleh masyarakat di benua barat jika dibanding dengan kawasan daripada timur. Dilaporkan dimana buah ini memberikan rasa manis dan lembut walau pun warna kulitnya adalah merah keunguan. DIdakwa yang isi daging buahnya lebih manis dan lebih lembut dari pisang biasa dimana lazimnya ukuran pisang merah biasanya lebih besar dari cavendis walau pun selalu dilihat ada juga yang lebih kecil. Berlainan negara dan kaum memberikan nama berbagai terhadap pisang ini walau pun secara umumnya lebih sesuai digelar 'Red Dacca'. Sama dengan pokok pisang lain dimana tanaman pisang merah memang boleh ia berbuah sepanjang tahun dengan satu pokok pisang biasanya mampu menghasilkan satu tandan pisang. Satu tandan pisang merah bisa terdiri dari 100 buah pisang. Pisang merah mengandungi tiga jenis gula iaitu jenis gula sukrosa, fruktosa dan glukosa. Sama seperti pisang kuning. Namun kajian mendapati yang kandungan beta karoten dan vitamin C pada pisang merah lebih banyak berbanding daripada pisang kuning. Pisang merah juga sesuai untuk dijadikan masker untuk wajah dan rambut,  


18. PISANG KAPAS
Penulis blog memang kenal sangat dengan pisang kapas kerana memang selalu memakannya di kampong zaman remaja dahulu yang ada banyak ditanam di kampong. Jenis pisang kapas dimana ia mempunyai ciri-ciri khas iaitu kulitnya berwarna kuning dengan bintik-bintik hitam ketika matang. Apa pin di Indonesia dilaporkan walau pisang sudah matang selalunya pisang kapas terasa kurang manis jika dimakan secara langsung iaitu sama dengan ciri yang ada di Malaysia juga. Maka dari itu ada banyak masyarakat yang mengolah kembali pisang kapas menjadi makanan camilan enak iaitu seperti keripik, pisang goreng, bahuu pisang dan lain sebagainya. Walaupun pisang ini nampak kuning akan tetapi selalu rasanya memang kelat sedikit. Memang tidak lalu kalangan mereka untuk menelan. Bak kata pepatah 'Ditelan mati mak.. diluah mati bapak' dimana rasa manis sedikit apabila ia benar-benar masak ranum. Pisang kapas muda boleh buat masak lemak dengan kulitnya sekali. Ada juga orang suka buat ulam pisang muda ni. Kalau sudah masak ranum dilaporkan memang sedap kalau dibuat cekodok dan juga dibuat kek pisang.


19. PISANG LAMPUNG
Pisang Lampung agak kurang dikenali di Malaysia kerana ia meungkin mempunyai nama lain. Merujuk beberapa sumber di Indonesia pisang ini dikenali juga sebagai 'Pisang Muli'. Jika dilihat sekilas dimana ciri pisang lampung memiliki bentuk yang mirip dengan pisang mas. Namun antara kelainan adalah ciri kedua jenis pisang tersebut ada di bahagian hujung buahnya. Bila diperhatikan dimana dihujung pisang lampung berbentuk tajam (lancip) sementara ciri hujung bagi pisang mas adalah tumpul. Selalunya dilaporkan dimana pisang lampung memiliki ukuran yang kecil serta ia memiliki rasa yang manis dan aromanya harum. Dalam satu sisir pisang lampung bisa terdiri dari 18-20 buah. Dilaporkan yang pisang lampong atau pisang Muli ini  juga merupakan tanaman khas Kawasan Lampung, Sumatra Selatan yang mudah ditanam. Jangkamas menanam sehingga menuai pisang lampung cepat iaitu sekitar lapan bulan saja. Dari segi amalan agronomi dimana antara isu dan masaalah  utama pisang ini adalah potensi pemasaran yang susah kerana selalu harga jualnya yang rendah. Ini disebabkan oleh kerana pisang lampung atau pisang muli ini hanya sesuai untuk makan segar sahaja dan tidak sesuai untuk diproses menjadi makanan lain. Belum ad produk proses yang dibuat dari pisang ini dilaporkan di Indonesia. Apa pun perkataan 'Muli' itu adalah artinya gadis belum menikah atau yang secara etimologi sudah identik dengan Lampung. Pisang muli belum boleh dikembangkan ke lokasi lain di Indonesia secara besar-besaran sebab belum ada kebenarnan atau izin untuk diedarkan benih nya yang dikawal oleh Pusat Perlindungan Varietas Tanaman dan Perizinan Pertanian [Pusat PVTPP], Kementerian Pertanian Indonesia.


20. PISANG AMBON KUNING

Di 
Indonesia dimana dilaporkan selain daripada Pisang Ambon ada lagi sejenis pisang seangkatan dengannya iaitu Pisang Ambon Kuning (Biasanya Hijau). Apa pun antara ciri khas dari pisang ambon kuning ini adalah pada ukurannya, di mana jenis ini adalah berukuran sedikit lebih besar jika dibandingkan jenis pisang ambon lainnya. Selain itu dilaporkan dimana pisang ambon kuning ini dilihat ia memiliki bentuk buah melengkung sedikit ke atas dan kulitnya tidak begitu tebal. Dikalangan pengguna dimana pisang ambon kuning ini memang sesuai untuk dimakan kerana ia mempunyai citarasa yang lebih manis. Bagaimana pun diluar sana dilaporkan dimana ia juga sesuai untuk dioleh kembali sesuai kreasi masing-masing, misalnya diolah menjadi brownies pisang, banana pancake atau nugget pisang. Merujuk kepada kajian menyatakan dimana nilai kalori pisang ambon kuning sama dengan ambon biasa iaitu menjadi merupakan sumber nutrisi penting yang sangat baik. Pisang ambon mengandung banyak nutrisi termasuk zat Potasium, Vitamin B6, Vitamin C, Vitamin E, Karbohidrat, Magnesium, Tembaga, Manganese dan juga Serat. Selain itu pisang ambon kuning juga memang ia mengandung beberapa senyawa dan antioksidan termasuk dopamin dan katekin. Organisasi WHO mengesyorkan agar lebih ramai orang mengambil buah termasuk buah pisang dan sayuran setiap hari. Kini dengan cara menambahkan pisang ambon kuning dalam menu harian kamu merupakan cara yang bagus untuk meningkatkan kesihatan pengguna secara keseluruhan. Artikel ini ditulis dalam lima (5) segmen iaotu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info menarik dikalangan pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ADA BANYAK JENIS... PISANG INDONESIA...
ADA YANG SAMA... NAMANYA DI MALAYSIA...
ADA NAMA PELIK... IA DI JELASKAN JUGA..
MEMBACA ARTIKEL... HATI PUN JADI SUKA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Restoren Lembah Bernam,
Jalan Main Cana, Parit 9, Pasir Panjang,
Sekinchan, Selangor,
Malaysia.
(8 Rabiulakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.