Monday, October 30, 2023

MASAKAN TEMPUA BERSARANG RENDAH

Peribahasa melayu lama menarik 'KALAU TIDAK BERADA-ADA, MASAKAN TEMPUA BERSARANG RENDAH' amat menarik dikongsikan infonya dalam aspek teknologi pertanian. Memang menarik peribahasa mengenai burung tempura yang agak jarang digunakan dalam koleksi peribahasa Melayu selain daripada burung gagak, pipit, bangau, helang, ayam dan itek. Apa pun merujuk beberapa sumber dimana peribahasa panjang iaitu '
kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah' dimana ia membawa maksud 'Berbuat baik atas sebab tersembunyi' yang mendalam ertinya. Bagi mendapatkan sedikit lebih kefahaman maka boleh dibuat ayat conton seperti 'Hamid dilihat hanya berkelakuan sopan di hadapan Azizah bertujuan hanya untuk memikatnya sahaja kerana bagai kata orang kerana kalau tidak berada-ada, masakan tempua besarang rendah'. Ramai kalangan penduduk kota yang belum pernah melihat burung tempua berterbangan kecuali didalam TV atau handphone sahaja agaknya. Bagaimana pun sesiapa yang ingin hendak melihatnya boleh perkunjung ke Taman Burung sahaja. Apa pun bagi penulis blog persoalannya sama ada benarkah burung tempua masih bersarang tinggi sedangkan sudah banyak kali penulis blog melihat ada sarang burung tempua adalah rendah. Kini memang dalam masyarakat tempatan dilihat dimana kini semakin ramai orang yang sibuk mengutip sarang burung tempua ini untuk dijual secara komersil. Akibatnya mungkin ini akan menyebabkan burung tempua kehilangan sarangnya dan hidup merempat terpaksa membina semula sarangnya. Kini, generasi baru burung tempua membina sarangnya lebih tinggi dari dahulu. Penulis blog semasa bertugas dulu ke Pusat Pertanian Manjung di Perak melihat dimana ada burung tempua di kawasan ini memilih pokok kelapa yang paling tinggi untuk membina sarangnya. Perkara ini mungkin disebabkan keselamatan sarang burung tempua itu sendiri yang memang banyak dijadikan sebagai hiasan bagi tujuan mencantikkan lagi kawasan kediaman peminatnya. Harga bagi satu unit sarang burung pun bukan murah dan ia sangat bergantung kepada kualiti dan kecantikannyan atau unik. Ia memberikan kesan yang istimewa kerana rekabentuk sarang burung tempua ini unik tidak seperti sarang burung yang lain. Dalam bercerita mengenai peribahasa ini sebenarnya ada banyak rangkap pantun berkaitan 'burung tempua bersarang rendah' dimana sahaja. Banyak juga pantun-pantun melayu sejak lama menggunakan burung ini untuk dijadikan kiasan. Antara beberapa pantun yang ada ia digunakan seperti 'Burung kedidi hinggap di dahan, Burung tempua bersarang rendah, Melayang diri tiada tertahan, Menanggung rindu tiada ternoktah'. Pantun kedua yang saya dapat berbunyi 'Terbang merpati berkawan-kawan, Bersarang rendah burung tempua, Salam ku sambut mencari tuan, Dalam mimpi tak juga ku bersua'. Pantun ke tiga pula berbunyi 'Burung tempua bersarang rendah, Burung kedidi di tanah rata; Hajat bersua di malam indah, Memandu janji seia sekata'. Akhirnya pantuan yang ke empat adalah 'Burung tempua bersarang rendah, Hinggap di dahan menanti senja, Di dalam hati terasa gundah, Siapalah aku di mata dia'. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai peribahasa berkaitan burung tempua untk dijadikan bahan rujukkan semua.


BURUNG TEMPUA (Ploceus spp) merupakan sejenis burung dari keluarga Ploceidae yang terdapat di 12 negara sahaja di dunia iaitu termasuk di Malaysia. Terdapat sebanyak 114 spesis burung tempua yang ujud diseluruh dunia dimana sebahagian besar daripadanya berada di negara kita. Taburan burung ini ada disekitar Asia (Asia Tenggara) dan Afrika iaitu dikawasan Separa Sahara sahaja. Apa yang unik tentang burung ini adalah kehandalannya dalam membuat sarang yang menjadi perhatian manusia iaitu SARANG BURUNG TEMPUA. Saya banyak kali melihat sarang burung tempua di banyak tempat di dalam kebun dan belukar semasa banyak kali membuat lawatan kekawasan kebun-kebun petani. Burung ini bersaiz kecil dan terdiri dari warna terang seperti kuning, merah atau hitam. Pada penulis blog mendapati dimana burung tempua yang ada  di Malaysia terdiri dari berpuluh-puluh jenis daripada Burung Tempua Baya, Rubah, Emas, Kuning , Bengal, Jalur, Jambul Perang, Kuning Putih, Jalur Emas, Tampuk Hitam dan banyak lagi. Pemberian nama spesis bergantung kepada warna pada bulu burung tempua dan ciri-ciri fizikal yang dilihat. Burung ini mempunyai paruh yang tumpul , tidak bergigi dan sering memakan biji-bijian tumbuhan yang ada dikawasan persekitarannya. Sepasang kaki yang kuat mampu menentukan burung ini hinggap diatas dahan dengan kemas. Kepaknya yang kuat juga menyebabkan ia mampu terbang sehingga 25-30 km sejam dalam pelbagai arah. Pemerhatian saya mendapati saiz burung ini sekitar 10-12 cm panjang dan merupakan mamalia yang mempunyai jantung dengan 4 injap seperti juga manusia. Burung Tempua membiak dengan cara mengawan dan kemudian ia akan BERTELUR dalam sarang yang indah. Burung Tempua Jantan biasanya mempunyai warna lebih terang berbanding dengan burung tempua betina. Dalam ertikata lain burung tempua jantan lebih 'Handsome' dan perlu membuat sarang yang cantik untuk ditayangkan kepada burung tempua betina. Pemerhatian saya mendapati sarang burung tempua jantan mempunyai lubang dari bahagian bawah dan ada tempat untuk 'Bertenggek' bagi memikat burung tempua betina. Sarang burung tempua betina pula mempunyai pintu masuk agak berbeza dan ada 'kompatment' melekuk untuk burung betina menyimpan telur. Rekabentuk, Saiz, Kemasan dan keunikan sarang burung tempua bergantung kepada spesis burung tempua dan jenis tumbuhan yang terdapat disekitarnya seperti jenis rumput, jenis lalang dan sebagainya.


Dalam pada itu selalunya paling unik adalah bagaimana k
erja menganyam Sarang Burung Tempua dimulakan dengan burung mengambil rumput kering yang agak panjang dan kukuh untuk dijadikan asas utama sarang bergantung atau Tangkai Sarang. Bahagian tangkai ini akan di anyam dengan menyusun rumpai kering ini bersilang-silang sehingga terbentuk tali gantung dan akan membesar dibahagian bawahnya dengan menggunakan rumput kering yang lebih halus dan lembut. Antara bahan rumpai yang digunakan adalah seperti Rumput Lalang (Imperata cylindrica), Rumput Kerbau (Paspalum conjugatum), Rumput Padang (Axonopus compresus) dan banyak jenis rumput lagi. Anyaman inimm diteruskan sehingga siap dengan membuat pintu masuk dibahagian tepi atau bawah. Kerja menganyam ini saya perhatikan akan mengambil masa selama 7 -15 hari. Daripada pemerhatian saya mendapati burung ini turun naik mengambil rumput dan menganyam dengan terbang beratus kali dalam sehari. Kerja membuat sarang ini lebih cepat dilakasanakan pada musim kering berbanding jika burung tempua menganyam dalam musim hujan. Ini kerana musim kering banyak kedapatan rumput kering dan cuaca yang mengizinkan berbanding dengan musim hujan. Rumput kering yang telah digigit untuk diputuskan atau telah putus ini akan digigit dengan paruhnya dan dibawa terbang ketapak sarangnya. Kadang-kadang rumput ini di gengam dengan kakinya (Jarang-jarang dibuat) dan dibawa terbang kelokasi sarang walau pun agak jauh juga. Proses menganyam dimulakan dengan meyelitkan daun-daun rumput ini secara bersilang seperti kita menganyam ketupat dan diketatkan. Jika angin bertiup kuat makan ikatan ini boleh terlonggar dan rumput akan jatuh dan burung tempua ini akan kutip semula!. Memang sungguh rajin burung tempua ini membuat sarang yang unik.


Dalam portal bharian.com ada kisah menarik untuk dikongsikan mengenai peribahasa ini bertajuk 'Sarang burung tempua jadi tarikan' di Kubang Pasu, Kedah. memang keindahan desa permai dengan kicauan burung pelbagai spesis berwarna-warni bertengek di atas pokok yang menghijau dan ada berterbangan bebas di ruang angkasa antara jenis-jenis pemandangan indah alam semula jadi yang begitu mendamaikan. Suasana itu membuatkan sesiapa sahaja leka sambil fikiran tenggelam melayang, mungkin mengingatkan imbauan kenangan manis zaman silam. Di Kampung Rumput Minyak, Tunjang, Kubang Pasu, Kedah dikenalpasti ada mempunyai tarikan tersendiri yang mampu mengetuk pintu hati bukan sahaja penduduknya, malah pengunjung luar untuk melihat burung tempua berwarna-warni membuat sarang di atas pokok, sekali gus menghiasi suasana di situ sejak 10 tahun lalu. Keunikan sarang burung tempua dahulunya hanya dapat dilihat di kawasan hutan dan penempatan terpencil. Bagi seorang penduduk Nadri Ghazali (37) berkata kehadiran burung di kawasan kampung itu menjadi tarikan penduduk untuk melihatnya menganyam sarang sehingga membentuk pemandangan berbeza di daerah berkenaan (Sila lihat foto disebelah). Dia mula perasan burung tempua atau burung cak raya ini membuat sarang sejak 10 tahun lalu, selepas projek kuari batu berhampiran kampung ini beroperasi. Kemungkinan dimana habitatnya sudah terancam apabila bukit berdekatan sudah pun ditarah sehingga kini lebih 200 sarang burung sudah 'dibina' pada pokok kelima dan kelapa berdekatan.  Sarang diperbuat daripada helaian halus rumput yang dianyam dengan rapi membentuk struktur seperti kon yang tergantung dari dahan pokok. Ini menjadikan ia unik dalam pelbagai segi. Sarang bagi burung tempua jantan berbeza dari segi rekaan, bentuk, struktur dan saiz. Sarang burung tempua jantan mempunyai tempat bertenggek baginya menunjuk-nunjukkan dirinya. Bagi sarang burung tempua betina mempunyai bahagian bawah yang melengkung bagi menyimpan telur. Sarang burung tempua kerbau (buffalo-weavers) yang suka untuk membina sarang besar yang tidak kemas dan mungkin mempunyai beberapa sarang bulat yang dianyam dalamnya. Bsgi seorang lagi penduduk Lu Soon Hock (70) dimana dia sangat kagum melihat burung itu membuat sarang dan menganggapnya sebagai terapi minda yang menenangkan. Dakwanya burung trmpua itu sanggup terbang beratus kali untuk mengambil rumput dan daun padi dari kawasan sawah berdekatan. Memang tiada penduduk yang mengganggu burung membuat sarang di sini dimana ramai juga penduduk akan singgah dan ada yang leka melihatnya pada waktu petang dimana situasi ini menjadi pemandangan yang sangat indah di sini. Dia melihat burung ini hidup dalam 'komuniti' mereka sendiri dan ia bijak dalam bersosial serta tahu membina sarang sendiri tanpa ada gangguan daripada manusia mahupun haiwan lain. Di Kedah dila[orkan memang banyak burung tempua kerana ia mudah mencari makanan di sawah manakala daun padi dan rumput yang segar digunakan untuk membuat sarangnya. Antara beberapa keunikan sarang burung tempua yang terjuntai di dahan-dahan pokok mempunyai tarikan tersendiri kerana kekemasan buatannya yang hanya menggunakan paruh. Selalunya burung tempua jantan biasanya mempunyai warna lebih terang berbanding dengan burung tempua betina dan membuat sarang yang cantik untuk ditayangkan kepada burung tempua betina. Sarang burung tempua jantan selalu mempunyai lubang dari bahagian bawah dan ada tempat untuk bertenggek bagi memikat burung tempua betina. Sementara itu sarang burung tempua betina pula mempunyai pintu masuk agak berbeza dan ada bahagian melekuk untuk burung betina menyimpan telur. Memang diharap agar pihak berwajib dapat memperkenalkan kawasan habitat burung di negeri ini sebagai produk baharu pelancongan di Kedah. Dilihat ada beberapa habitat burung tempua serta burung lain turut dikenal pasti beliau di tempat lain antaranya di sekitar Gunung Keriang dan Kepala Batas. Sarang burung tempua di Kampung Rumput Minyak boleh menjadi salah satu tarikan pelancong terutama kepada pecinta burung berikutan lokasinya yang tidak jauh dari Pekan Tunjang. Selalunya masa atau habitat sarang burung tempua ia tidak bermusim dimana ramai pengunjung boleh melihat keunikan sarang burung ini bila-bila masa sahaja. Ini kerana dilihat yang burung yang sangat rajin membuat sarang dimana jika di bilang rumput atau daun padi yang digunakan adalah kira-kira 1, 500 hingga 2,000 helai untuk setiap sarang. Kawasan itu juga boleh diperkenalkan kepada jurugambar dan peminat burung di seluruh negara sekali gus akan menarik ramai pengunjung untuk pergi melihat dengan lebih dekat habitat burung tempua. Keunikan sarang burung tempua di Kampung Rumput Minyak, Tunjang, Kubang Pasu. Sebagai info tambahan mengenai Burung Tempua dimana kebanyakan burung jantan berwarna terang, biasanya merah, kuning atau hitam dan ia mikenali kelebihan membina sarang yang besar dijalin daripada rumput dengan pelbagai bentuk bergantung kepada spesies. Burung tempua juga mempunyai keupayaan khas menganyam sarangnya dimana sarangnya mempunyai struktur besar dianyam daripada rumput dan ranting tergantung pada dahan pokok, mempunyai laluan masuk yang menjulur dimana sifatnya hidup berkawan dan sering membiak dalam kelompoknya. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua  para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BURUNG TEMPUA... CANTIK SARANGNYA...
DITEMPAT TINGGI... JAGA KESELAMATANNYA...
BERSARANG RENDAH... ADA DI MANA SAHAJA...
MEMBACA ARTIKEL... BARU FAHAM CERITANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(13 Rabiulakhir 1445H).
A day visit to Genting Highland
Resort, Bentong, Pahang.
27 Oct 2023.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.