Monday, July 31, 2023

ASAM JAWA DAN FAKTA MENARIK (Part 2)

TANAMAN ASAM JAWA (Tamarindus indica) adalah sejenis tumbuhan yang penting dari keluarga Fabaceae yang mana ia menghasilkan buah asam untuk kegunaan masakan harian di Malaysia. Penulis blog merujuk sumber dimana Malaysia ketika ini mengimport lebih kurang 60 - 80 peratus asam jawa dari luar negara terutamanya dari negara India kerana jumlah pengeluaran asam jawa tempatan adalah sangat kurang. Sebenarnya apa yang penulis bloh faham dimana pokok tumbuhan ini adalah sangat mudah dan cepat untuk ianya dibiakkan. Ia mampu membiak secara tampang atau penyebaran biji benih. Ia memang tahan lama disimpan dan sangat mudah bercambah. Jika ditanam secara tampang selalunya ia akan berbuah selepas 3 - 5 tahun ditanam. Jika ia ditanam secara biji benih pula sellunya ia akan mula berbuah selepas 6 - 8 tahun. Menurut kajian di negara pengeluar dimana pokok asam jawa terbesar di dunia berada di India yang mana buahnya yang masak biasanya akan dibiarkan di atas pokok sehinggalah kandungan airnya berkurangan sehingga 20 peratus. Selain itu dilaporkan pokok yang matang juga boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 150 - 200 kg buah pada masa setahun. Apa pun sebelum dipetik, dahannya akan digoncang terlebih dahulu untuk tujuan membiarkan buahnya yang telah masak secara semula jadi gugur dan dikutip di tanah. Untuk tujuan pasaran segar pula, buahnya akan dipetik dengan menggunting tangkainya supaya ia tidak mudah rosak. Pokok asam jawa adalah pokok saka yang mana pokok cukup tua boleh mencapai ketinggian sehingga 25 meter. Pokok ini boleh hidup lama dan masih mampu mengeluarkan hasil walaupun telah berusia puluhan tahun. Pada pemerhatian saya mendapati pokok ini tahan dari serangan serangga perosak, tiupan angin kencang malahan tahan terendam dalam air berbanding dengan pokok lain. Batang utama pokoknya pendek tetapi mempunyai banyak cabang dan bentuk pokoknya adalah rimbun. Dahan dan cabang pokok mempunyai susunan yang terbuka luas. Dahan pokok amat kuat dan tahan tiupan angin kencang dan jarang-jarang sekah atau patah. Kanopi pokok asam jawa juga berbentuk seperti kubah yang bulat melebar. Pokok ini tahan kemarau dan mudah hidup di mana-mana jenis tanah sama ada pada tanah yang subur atau tanah bermasalah. Dikawasan Majlis Perbandaran pokok ini ditanam kerana ianya sesuai dijadikan pokok teduhan dan amat menarik jika ditanam sebagai penghias di bahu jalan. Pencirian pokok asam jawa dikenali dengan daunnya berwarna hijau terang, panjangnya 10-15 cm daripada jenis pinat dengan anak daun berbentuk bujur sebanyak 10-20 pasang. Daunnya sentiasa menghijau tetapi apabila cuaca terlalu panas daun-daun ini akan gugur. Daun ini bertangkup pada waktu malam dan merupakan satu keunikan tanaman asam jawa yang saya pernah lihat. Bunga asam jawa adalah agak kecil yang lazimnya berwarna kuning air dan tumbuh di cabang bahagian hujung. Kelopak bunganya adalah berwarna merah jambu. Ia akan gugur apabila bunga mengembang. Bunga asam jawa mengeluarkan Buah Asam Jawa atau Lenggai yang panjang dimana ianya agak melengkung sedikit, juga permukaannya genting dan mengelembung beralun yang menunjukkan ada biji benih yang terkandung di dalamnya. Warnanya lengai asam jawa adalah coklat karat dan apabila matang buah lenggai akan menjadi rapuh dan mudah terbuka. Pemerhatian menunjukkan apabila lenggai telah merekah ia akan menampakkan isinya (pulpa) berwarna coklat gelap. Terdapat biji berwarna coklat kehitam-hitaman yang agak keras dan berkilat. Hampir setengah daripada berat lenggai terdiri daripada pulpa yang rasanya masam. Pulpa ini mengandungi gula (30-40%) dan asid organik seperti Asid Citrik, Tartarik, Asis Asitik dan Asid Askorbik (Vitamin C). Pulpa ini juga merupakan sumber bahan makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral terutamanya kalsium. Artikel pada malam ini dari Aras 4, Hotel Four Point Desaru saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta menarik mengenai asam jawa dan kehebatannya untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Dalam media tempatan dilaporkan bagaimana 'Asam Jawa, Bagus Untuk Kesihatan Dan Kecantikan' memang sesua dirujuk faktanya. Pembaca blog pasti pernah terdengar atau terbaca mengenai asam jawa bagus untuk tubuh badan kita terutamanya buat kesihatan oral dan kecantikan kulit. Pun begitu saya fikir mungkin ramai lagi yang belum tahu mengenai manfaatnya yang lain buat kita. Pada penulis blog dimana asam jawa atau turut dikenali sebagai celagi adalah sejenis tumbuhan saka malar hijau yang menghasilkan buah asam. Menurut kajian sejarah, antara penemuan terawalnya adalah di Senegal, Afrika. Buktinya, ibu negeri Senegal diberi nama Dakar yang membawa maksud ‘pokok asam jawa’ dalam bahasa tempatan. Bukan setakat di situ sahajadimana pokok ini juga mula tersebar dan terkenal di wilayah Afrika sehingga menjadikannya antara tumbuhan semula jadi yang tumbuh meliar di benua itu. Pokok asam jawa ini mula diperkenalkan ke negara-negara Asia melalui pedagang-pedagang Arab yang singgah ke Asia Tenggara untuk berniaga sambil menyebarkan fahaman agama Islam. India pula adalah negara yang banyak pengeluaran pokok ini sehingga menjadikannya kawasan tanaman dan ladang yang paling luas di dunia. Kini hampir sebanyak 250,000 metrik tan asam jawa dihasilkan setiap tahun di seluruh dunia dan 65 peratus daripadanya adalah hasil tanaman daripada India. Ia juga digunakan untuk pelbagai kegunaan di seluruh dunia. Hampir 3,000 metrik tan daripada pembuatannya telah dieksport ke pelbagai negara di benua Eropah dan Amerika. Ia adalah sejenis tersebar luas ke serata dunia termasuklah di negara di Malaysia. Pokoknya ditanam sebagai pokok tanaman dan juga boleh dijadikan pokok hiasan. Ia sangat terkenal sebagai sejenis ramuan masakan dalam kalangan masyarakat kita terutamanya yang berbangsa Melayu. Kebiasaannya ia akan dibuang hampasnya, dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya sahaja yang akan digunakan dalam masakan. Tumbuhan ini juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun ditambah dengan gula untuk dibuat minuman. Pucuk muda mentah atau yang telah dicelur boleh dimakan dengan cencaluk, budu, sambal belacan atau pelbagai lagi pencecah lain bersama dengan nasi. Buahnya pula yang dikupas kulit dan ditumbuk kasar atau dicarik kecil dan dicampurkan dengan sambal belacan, amat sesuai dan sedap dimakan dengan nasi. Rasa buahnya adalah masam bercampur manis manakala daunnya pula sedikit kelat. Ia juga biasa digunakan untuk menjadi ubat tradisional bagi merawat sakit tekak dan juga batuk. Ramai selebriti terutamanya penyanyi mengamalkan minum air asam jawa untuk menjaga suara mereka dan ternyatalah ia sangat bagus untuk kesihatan oral.


Fakta menarik bagaimana 'Pokok asam jawa berusia 200 tahun' di utara memang sesuai dikongsikan. Portal hmetro.com paparkn foto dimana Salmiah Shaari dilihat sedang mengopek asam jawa di atas buaian di bawah pokok tersebut yang berusia 200 tahun di belakang rumahnya di Kampung Bawah Bukit, Chuping, Perlis. Ia paparkan bagaimana aktiviti me­ngutip dan mengupas buah asam jawa setiap kali musimnya sangat sinonim dan cukup rancak dalam kalangan penduduk kampung di sekitar negeri ini. Lebih unik di Kampung Bawah Bukit, Chuping terdapat sebatang pokok asam jawa yang berusia hampir 200 tahun di belakang rumah pasangan warga emas masih mengeluarkan hasil banyak setiap musim iaitu sekitar Januari hingga Mac. Selalunya hasil buah asam jawa dari pokok berkenaan mampu memanfaatkan lebih 50 penduduk setempat dan dalam kalangan saudara-mara Salmiah Shaari, 60, sendiri yang tidak menjualnya, sebaliknya hanya memberikan secara percuma kepada mereka yang datang mengutip buah berkenaan setiap kali musim. Asam jawa merupakan antara komponen bahan mentah yang penting dalam masakan dan juga ‘wajib’ ada di setiap rumah. Lazimnya asam jawa yang sudah siap dikupas dijual di pasaran pada harga sekitar RM18 hingga RM20 sekilogramSalmiah yang mesra disapa Mak Ngah berkata, setiap kali musim, dia meluangkan masa melakukan aktiviti mengupas asam jawa yang menjadi satu keseronokan dan kepuasan kepadanya. Jelasnya ada tahun ini dimana ha­sil agak banyak iaitu sekitar 100 kilogram di mana penduduk dan saudara-mara datang bersama mengutip buah berkenan. Dakwanya sejak menetap di sini 24 tahun lalu, pokok asam jawa ini difahamkan berusia ratusan tahun. Dia yang tidak jual asam jawa ini dan selalu akanmemberi secara percuma kepada penduduk sekitar atau jiran-jiran. Aktiviti mengupas asam jawa sangat mengasyikkan dan kadangkala boleh berlarutan sehingga berjam-jam. Proses menghasilkan asam jawa tidak begitu rumit iaitu selepas dikopek isinya digaulkan dengan garam supaya tahan lebih lama seterusnya di­simpan di dalam bekas.


Fakta bagaimana 'Musim wanita Perlis buat asam jawa sudah tiba' memang sesuai dikongsikan juga. Tiba musim untuk membuat asam jawa di Perlis tahun ini. Rata-rata kaum wanita di negeri ini sedang sibuk mengutip buah asam jawa untuk dijadikan asam jawa. Asam jawa yang dikenali sebagai bahan mentah yang penting dalam masakan dan juga perubatan tradisional ini memang wajib ada di setiap rumah. Sebenarnya membuat asam jawa ini sudah lama menjadi amalan dalam kalangan warga emas yang tinggal di kampung-kampung di negeri Perlis. Tambahan pula bulan Januari hingga Februari adalah musim pokok-pokok buah asam jawa masak dan sudah boleh dipetik. Bagi mendapatkan bekalan asam jawa tidak sukar kerana kebanyakan penduduk menanam sendiri pokok asam jawa di halaman rumah masing-masing. Pokok asam jawa bukannya rending tetapi tinggi dan buah-buah merimbun dan boleh gugur jika sudah terlalu masak. Bagi yang tidak mempunyai pokok asam jawa pula mereka akan membeli buah-buah asam jawa ini yang biasanya dijual pada harga RM13 untuk setiap tin minyak masak. Rosni Salim atau lebih dikenal sebagai Kak Ah (68 tahun) yang tinggal di Kampung Tebing Tinggi, Bintong, ketika ditemui dakwa setiap tahun dia akan membuat asam jawa sendiri. Dia menanam pokok asam di hadapan rumah sejak lebih 20 tahun lalu dan nampaknya sudah banyak jasa apabila berbuah setiap tahun. Biasanya dia akan mengait buah-buah asam jawa ini dengan cara  menggunakan galah buluh yang panjang. Bagaimanapun tidak semua buah asam jawa yang dikait itu elok kerana ada juga yang rosak. Kak Ah turut dibantu jirannya, Habshah Hanapiah, 63, mengopek buah asam jawa kerana prosesnya memakan masa. Proses mengopek asam juga memakan masa, ia akan dijemur selepas dikopek dimana selepas buah-buah asam yang dikopek itu kering baharulah mudah melakukan proses membuang biji. Untuk mengelak rasa bosan, kadang-kadang itu saya ajak jiran supaya dapat melakukan kerja mengopek asam bersama-sama dimana asam jawa tanpa biji ini kemudiannya digaul dengan garam supaya lebih tahan lama apabila disimpan. I'm asam jawa siap dikopek dijual di pasaran pada harga RM18 - RM20 sekilogramArtikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untk dibaca semuannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..

ASAM JAWA... MEMANG HEBAT FAKTANYA...
MUDAH DIBELI... DIMANA-MANA SAHAJA...
DAAM MASAKAN... DUNIA KECANTIKAN JUA...
MEMBACA ARTIKEL... FAHAM FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 427, Hotel Four Point Desaru,
Bandar Penawar,
Kota Tinggi, Johor,
Malaysia.
(12 Muharram 1445H).

Sunday, July 30, 2023

BAJA KOMPOS - SATU BERITA BAIK

BAJA KOMPOS
 (Compost fertilizer) adalah bahan organik yang telah terurai dan dikitar semula sebagai baja berguna kepada kesuburan tanah. Kompos adalah salah satu bahan utama dalam sektor pertanian organik. Penulis blog tahu dimana pada asasnya kerja untuk pmembuat pengkomposan memerlukan hanya timbunan buangan di kawasan luar dan menunggu bahan-bahan tersebut terurai dari enam minggu atau lebih. Kaedah pengomposan moden menggunakan beberapa langkah proses dimana ia perlu dipantau dengan teliti dengan kemasukan air, udara dan juga bahan yang kaya dengan karbon dan nitrogen. Lazimnya proses pengkomposan dibantu dengan bahan tumbuhan disiat, menambah air dan memastikan pengudaraan yang sempurna dengan kaedah iaitu menggembur campuran secara berkala. Cacing dan kulat menguraikan bahan dengan lebih lanjut. Bakteria aerobik menjalankan proses kimia dengan menukar input kepada haba, karbon dioksida, dan amonium. Amonium kemudian diubah lebih lanjut oleh bakteria sebagai unsur bagi tumbuhan, nitrite dan nitrate melalui proses nitrifikasi. Jika dianalisa dimakmal didapati baja kompos kaya dengan nutrien. Ia digunakan di kebun, taman, hortikultur dan dalam sektor pertanian. Kompos itu sendiri baik bagi tanah dalam pelbagai cara termasuk sebagai pindah tanah, baja tanaman, tambahan humus atau asid humik dan juga bertindak sebagai racun serangga semula jadi bagi tanah. Selalunya didalam sesuatu ekosistem semulajadi, bahan baja kompos berguna dalam pengawalan hakisan, tebus guna tanah dan anak sungai, pembinaan tanah paya, dan sebagai penutup tebus tanah. Kandungan organik bertujuan bagi pengkomposan juga boleh digunakan bagi menghasilkan gas bio (Biogas) melalui pengcernaan anaerobik. Pencernaan anaerobik kini pantas menggantikan pengkomposan di sesetengah tempat di dunia termasuk Eropah Tengah sebagai cara kurang kitar bahan buangan organik. Artikel subuh Sabtu ini saya terus menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai apakah satu berita baik unntuk dirujuk mengenai apa dia baja kompos atau baja organik sekadar memberi sedikit kefahaman kepada semua para pembaca blog ini.


Mungkin kalangan pembaca dan juga masyarakat umum telah mengetahui tanaman kelapa sawit merupakan tanaman pertanian terbesar di negara ini. Pada penuli blog penggunaan kelapa sawit untuk menghasilkan minyak secara besar-besaran pasti meninggalkan sisa tandan kosong yang banyak. Dilaporkan dulu diman hanya 10% sahaja minyak dapat dihasilkan manakala 90% lagi merupakan sisa pertanian yang dikenali sebagai biomas. Ada sesetengah sisa sawit tersebut dijadikan makanan haiwan siap diproses namun selebihnya akan dibuang begitu sahaja. Ada beberapa institusi dan agensi serta universiti yang menjalankan kajian mengenai bagaimana penghasilan baja organik daripada sisa kilang kelapa sawit. Dilaporkan dimana kompos yang terhasil dari sisa sawit adalah 100% organik. Biasanya ia dihasilkan melalui Kaedah Pengomposan iaitu proses penguraian (Pengoksidaan) sisa buangan organik kepada bahan akhir yang stabil serta boleh digunakan semula untuk tanaman. Semasa proses penguraian atau pengoksidaan bahan ini dipengaruhi unsur mikro organisma pengudaraan, kelembapan dan nutrien atau bahan di kompos yang bersesuaian. Selain itu kompos yang terhasil memiliki keperluan asas nutrien yang diperlukan oleh banyak jenis tumbuhan serta ciri baik dimana ia mempunyai water holding capacity yang tinggi. Menyentuh mengenai tahap  kesedaran masyarakat Malaysia terhadap produk-produk organik terutamanya sumber makanan adalah masih rendah berbanding dengan negara lain seperti UK, US dan negara jiran seperti Singapura. Ada laporan diman di beberapa negara maju dimana sayur-sayuran dan buah-buahan organik dijual dengan harga sehingga tiga kali ganda lebih mahal berbanding harga sayuran dan buah-buahan yang ditanam yang tidak organik. Kini penghasilan produk-produk yang mana ia berasaskan organik ini sudah pun dapat memberikan pendedahan dan mendidik masyarakat untuk menghasilkan sayuran dan buah buahan yang organik melalui penggunaan baja organik. Di Malaysia walaupun terdapat banyak produk kompos di pasaran tetapi tidak semuanya tulen. Ini kerana ada pengusaha yang menambah beberapa nutrien khusus iaitu daripada sumber yang bukan organik ke dalam baja kompos mereka. Peranan media untuk dapat mendidik masyarakat tentang penggunaan bahan-bahan berasaskan organik dalam kehidupan seharian disamping menggalakkan masyarakat menanam sendiri sayuran-sayuran yang lebih sihat dan jimat serta meningkatkan ekonomi masyarakat.


Beberapa portal media melaporkan bagaiana '
MPOB hasilkan baja mampu tingkat pengeluaran sawit' termasuk oleh bharian.com. Dilaporkan dimana ada sekumpulan penyelidik di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang menghasilkan inovasi formulasi baja yang mengandungi nutrien seimbang, sekali gus mampu meningkatkan pengeluaran hasil buah sawit. MPOB mendakwa dimana baja itu adalah hasil daripada penyelidikan yang juga satu inovasi baja sebatian yang dikenali MPOB F3 iaitu dalam bentuk butiran padat dan diformulasi dengan nisbah seimbang nitrogen, fosfat, kalium, magnesium dan borate yang dirumus khas untuk pokok sawit ditanam di tanah mineral. Formulasi baja MPOB F3 yang mengandungi nutrien seimbang juga sesuai untuk kelapa sawit ditanam di pelbagai jenis tanah. Apa pun pokok sawit perlu pembajaan yang sempurna termasuk kandungan nutrien seimbang untuk pengeluaran hasil yang tinggi. Kini walaupun keperluan nutrien adalah khusus mengikut keadaan setempat, penggunaan nisbah nutrien yang seimbang dalam baja sebatian akan memberikan input nutrien yang bersesuaian pada lokasi yang berbeza. Penggunaan baja secara sistematik akan meningkatkan pengeluaran buah tandan sawit dan menjana pendapatan yang lebih tinggi bagi pengusaha ladang dan pekebun kecil. Penggunaan baja MPOB F3 dapat menjimatkan kos kerana berupaya dalam cara mengurangkan kehilangan nutrien dan meningkatkan keupayaan pengambilan nutrien oleh akar pokok. Setelah pengenalan formulasi baja seimbang ini dapat mengurangkan kesan negatif persekitaran yang berkaitan dengan kadar penggunaan baja berlebihan, penurunan kualiti tanah dan pencemaran dari logam berat. Bagi tujuan pengkomersialan baja MPOB F3, MPOB sudah menandatangani perjanjian dengan FGV Fertiliser Sdn Bhd.


Dalam pada itu akhbar sama ada laporkan berita baik bagaimana '
Manfaatkan sisa biojisim sawit jana ekonomi' yang wajar dikongsikan faktanya. Proses pengitaran semula lambakan sisa biojisim terhasil daripada industri sawit ini menjanjikan pulangan lumayan dalam melestarikan usaha pembangunan ekonomi di negara kita.  Tanaman kelapa sawit dengan nama saintifiknya Elaeis guineesis berasal dari Afrika Barat. Ia kini di antara tanaman makanan berminyak bagi penghasilan minyak masak yang boleh dimakan dan berkembang secara meluas di banyak kawasan tropika Selatan Asia, terutama Malaysia. Industri minyak sawit tonggak ekonomi Malaysia dan memainkan peranan penting dalam pembekalan sumber makanan serta tenaga pada peringkat global. Selama beberapa dekad, Malaysia berada pada kedudukan baik selaku antara negara pengeluar minyak sawit paling produktif dunia. Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), minyak sawit ialah minyak sayuran yang banyak digunakan dunia. Penggunaannya pada 2018 berjumlah 70.21 juta tan dan menyumbang ebanyak 30.9% penggunaan minyak serta lemak global. Pihak Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menyatakan eksport minyak sawit pada suku ketiga 2020 dijangka meningkat 2.5% kepada 4.56 juta tan berbanding suku sebelumnya disebabkan permintaan meningkat daripada pasaran tradisional India, China dan Kesatuan Eropah (EU). Terkini sawit sudah menjadi tanaman ekonomi utama mencetuskan pengembangan kawasan perladangan di Malaysia. Bagaimanapun, laporan Prospek Masa Kini dan Masa Hadapan Biojisim Kelapa Sawit di Malaysia oleh Onoja pada 2018 ada menyatakan 10% minyak dihasilkan daripada satu pokok sawit, manakala lebihan ialah sisa biojisim terhasil seperti pelepah sawit (OPF) dan tandan buah sawit kosong (EFB). Jika semua sisa ini tidak diuruskan dengan baik, ia bakal mendorong masalah pelupusan yang menjurus kepada pencemaran alam sekitar. Sisa biojisim ini mampu menawarkan pulangan ekonomi menarik melalui penghasilan produk nilai tambah yang memberi manfaat sejagat, secara tidak langsung mengatasi masalah dimana ia membabitkan pencemaran alam sekitar. Keupayaannya dalam menghasilkan produk nilai tambah mula dilihat sebagai sumber utama yang mampu melestarikan ekonomi negara. Walau pun ada beberapa penyelidikan dijalankan iaitu dengan menggunakan sisa biojisim sawit sebagai bahan mentah atau penggantian separa dalam pelbagai aplikasi seperti pengitaran semula nutrien, makanan haiwan, pulpa dan kertas, papan serat, komposit biodegradasi, gula fermentasi dan bioetanol.  Sisa biojisim sawit ini terdiri daripada dinding sel tumbuhan berlignoselulosa terikat dalam bahan rangka lignin dan bahan lain tegar, seperti mikrofibril sel kristal tegar yang perlu diurai. Apa pun secara amnya, kandungan lignoselulosa terkandung dalam sisa biojisim ini terdiri daripada tiga komponen utama iaitu selulosa, hemiselulosa dan lignin. Strukturnya kompleks dan tegar memerlukan proses rawatan untuk mengurai dan memisahkan komponen utama itu agar memudahkan proses biopenukarannya kepada produk nilai tambah. Namun, sebelum proses prarawatan dijalankan, sisa biojisim perlu diproses secara fizikal dan mekanikal terlebih dahulu melalui proses pengeringan serta pengisaran kerana sisa biojisim sawit mengandungi lebih 40% kelembapan yang cenderung kepada pertumbuhan kulat. Ada beberapa pendekatan digunakan dalam merawat biojisim ini dan boleh ianya diguna atau diklasifikasikan kepada beberapa kategori, iaitu kaedah prarawatan secara kimia (cecair ionik, alkali dan asid cair); fizikal (penyinaran tenaga, pengisaran) dan biologi. Sejak kebelakangan ini, proses prarawatan banyak tertumpu kepada penggunaan kaedah secara kimia, iaitu menggunakan cecair ionik dan larutan beralkali seperti ammonia serta natrium hidroksida. Prarawatan cecair ionik dan alkali mampu menguraikan struktur biojisim berlignoselulosa tanpa ianya menghasilkan produk perencat ketara. Pelarut eutektik dalam (DES) ialah sejenis pelarut hijau dan didefinisikan sebagai campuran dua atau tiga komponen penderma ikatan hidrogen dan penerima ikatan hidrogen yang membentuk campuran eutektik melalui interaksi hidrogen dan mempunyai titik takat lebur lebih rendah daripada setiap komponen individunya.  Bagi prarawatan alkali pula, ia mampu memecahkan struktur dalaman biojisim berlignoselulosa yang mengakibatkan pembengkakan gentian selulosa dan pengubahsuaian penghabluran selulosa. Ia juga prarawatan ideal disebabkan beberapa kriteria seperti kos pengendaliannya murah, mudah disintesis dan mesra alam. 


K
olaborasi antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Yayasan Sime Darby (YSD) dan Kementerian Pendidikan melalui beberapa geran penyelidikan mengambil beberapa inisiatif menangani masalah lambakan sisa biojisim sawit ini bagi mencapai matlamat industri sawit sifar sisa. Sisa biojisim ini menarik minat pelbagai kumpulan penyelidik dan kajian semakin meningkat terhadap lebihan biojisim sawit sebagai sumber biotenaga boleh diperbaharui atau 'bahan pengantara' seperti gula monomer (terutama glukosa dan xilosa) untuk ia dapat menghasilkan pelbagai produk nilai tambah disebabkan sifat fizikokimia biojisim sawit yang baik dan kaya dengan kandungan nutrien. Bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan biojisim dirawat, malah cecair legam terhasil selepas proses prarawatan ke atas biojisim ini turut dikitar semula. Cecair legam terhasil selepas proses prarawatan biasanya dilupuskan, sekali gus membawa kepada pencemaran alam sekitar. Bagi mencapai matlamat membawa industri sawit mencapai strategi sifar sisa, beberapa proses pemulihan dijalankan ke atas cecair legam terhasil kerana ia mengandungi bahan lignoselulosik tinggi, iaitu hemiselulosa dan lignin yang berupaya melalui proses biopenukaran kepada produk nilai tambah. Kajian analisis secara kimia dijalankan berjaya menghasilkan gula monomer seperti glukosa dan xilosa yang boleh diaplikasikan dalam produk makanan. Apa pun kajian ini menghasilkan produk prebiotik seperti xilooligosakarida (XOS) yang khususnya banyak diaplikasikan dalam industri farmaseutikal. Penggabungan XOS ke dalam makanan menambahkan sifat fisiologi yang bermanfaat bagi tubuh, termasuk penyerapan kalsium dan metabolisma lipid, pencegahan karies gigi dan pengurangan risiko kanser kolon akibat pembentukan asid lemak rantaian pendek. XOS juga menghasilkan pelbagai manfaat tambahan lain kepada kesihatan manusia seperti pengawalan kolestrol, meningkatkan keupayaan pengambilan kalsium dan juga mampu bertindak sebagai antioksidan. Pengitaran semula lambakan sisa biojisim terhasil daripada industri sawit ini menjanjikan pulangan lumayan dalam melestarikan pembangunan ekonomi di negara kita. Inisiatif dijalankan ini ialah hasil kerjasama baik yang dapat membuka lebih banyak peluang ekonomi di Malaysia dan global. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Waslllam!!!..
BAJA KOMPOS.... SANGAR BERKESAN....
SISA SAWIT... SUDAH DI KOMERSILKAN...
BANYAK TANAMAN... SESUAI GUNAKAN...
HARGA MURAH... MENGIKUT KEMAMPUAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(3 Zulhijjah 1444H).

Saturday, July 29, 2023

TEMPE DAN FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI

TEMPE
atau TEMPEH merupakan sejenis makanan yang mana ia biasanya diperbuat dari kacang soya yang melalui proses fermentasi oleh bakteria dan fungus. Tetapi ada juga sesetengah tempat dimana tempe ini dibuat dengan cara menggunakan kacang kuda (chickpeas) atau kacang dal.  Apa pun pada penulis blog dimana Kacang soya (Glycine max, Glycine soja, Soja soja, Soja japonica)
adalah sejenis kacang legum yang dikatakan natif atau berasal dari Asia Timur dan ada ditanam dibanyak lokasi diseluruh dunia. Penulis blog banyak kali membuat tinjauan teknologi kepada pengusaha dan pembuat tempe semasa bertugas dahulu. Pembuatan tempe melibatkan kacang soya yang lembut direbus dan ditaburkan dengan bahan ragi. Ragi atau ibu tempe biasanya mengandungi bakteria asid laktik seperti Lactobacillus yang mana ia akan mencernakan karbohidrat dan gula dalam tempe dan fungus Rhizopus. Selalubya kesan kehadiran fungus Rhizopus oligosporus dan Rhizopus oryzae mencernakan protein dan karbohidrat kompleks soya supaya ia mudah dihadam dalam perut. Warna putih yang menyeliputi tempe sebenarnya adalah mycelium kulat Rhizopus tersebut setelah proses fermentasi berlaku. Apa yang penulis blog suka dimana selalunya kehadiran bakteria Lactobacillus dan kulat Rhizopus oligophorus ini menghasilkan toksin antimikrob yang mampu untuk menghalang pertumbuhan kulat Aspergillus flavus dan bakteria seperti Staphylococcus aureus dan Salmonella spp untuk ia membiak dalam kultur tempe. Selalunya tempe paling optimum dimakan ketika seluruh bahagian kacang diselaputi kabut putih. Jika warnanya sudah bertukar kuning atau gelap pada tempe bermakna ia sudah digelar tempe buruk. Baunya juga tidak menyenangkan walau pun dikampong masih ramai juga yang menggemari tempe buruk untuk dibuat sambal atau digoreng kilas pedas. Mungkin timbul pertanyaan kenapa masih ada orang yang suka makan tempe buruk ini. Apa yang berlaku adalah apabila protein kacang soya telah terurai oleh enzim fungus yang menyeliputinya maka banyaklah terhasil peptide dan asid amino ringkas. Maka lebih banyak amaun glutamat (sejenis asid amino) akan terhasil. Dilaporkan dimana bahan Glutamat (seperti dalam MSG - monosodium glutamat) memberi rasa umami yang enak pada tempe. Semakin buruk tempe semakin banyaklah ia dihasilkan.  Umami pula adalah salah satu dari deria rasa yang boleh dirasai lidah manusia selain manis, masam, pahit, masin. Umami memberikan rasa ‘lemak’ seperti rasa kita memakan daging. Biasanya disumbang oleh kompaun glutamat dan terbitannya. Makanan tempe hasil kajian makmal dilaporkan ia memang kaya mineral seperti unsur kalsium, kalium dan magnesium. Ia juga adalah sumber probiotik yang sangat baik. Tempe juga kaya dengan vitamin B seperti folate, riboflavin, niacine dan B12. Walaupun telah dimasak dimana tempe masih memberikan manfaat untuk meningkatkan jumlah mikroflora bakteria baik dalam sistem penghadaman. Penulis blog suka makan tempe dengan menggoreng dengan minyak yang banyak dan cukup kepanasannya. Jangan menggoreng tempe terlalu banyak sekaligus dalam kuali. Tempe tidak akan rangup dan elok gorengannya. Kalau mahu tempe yang rangup rangup dikunyah apa lagi kalau dicicah dengan sambal kicap. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info menarik mengenai tempe untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Tempe antara makanan tradisi masyarakat yang sudah popular dahulu dikalangan masyarakat Jawa yang kini sudah turut digemari segenap lapisan masyarakat di negara ini. Makanan ini yang dihasilkan daripada proses penapaian kacang soya itu dipelbagaikan dalam pelbagai jenis masakan dan ia juga boleh dimakan begitu sahaja. Kandungan nutrisi protein di dalam tempe dikatakan lebih berkualiti berbanding kacang soya kerana kadar protein yang larut dalam air akan mengakibatkan meningkatnya aktiviti enzim proteolitik. Kehadiran enzim proteolitik dapat memecahkan rantai panjang protein menjadi zat yang dapat dicernakan dengan mudah oleh tubuh. Ia juga mengandungi lemak yang lebih sedikit, karbohidrat, serat, kalsium, fosfor, zatbbesi, tiamin, riboflavin, niacin, asid pantotenat, piridoksin, biotin, vitamin B12, dan retinol yang jauh lebih banyak dibandingkan dengan daging. Dalam pada itu dilaporkan dimana tempe juga kaya dengan kalsium (Ca) dan juga ia mengandungi antioksidan serta dan keradangan. Kalangan pengguna dimana apa yang lebih mengujakan apabila makanan tempe juga dikatakan dapat membantu mencegah hipertensi. Sebaiknya jangan lupa mengambil tempe dalam menu harian anda kerana ia mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan badan. Membuat tempe melalui p
roses fermentasi dimana ia memerlukan kaedah betul semasa menyediakannya. Didalam tempe juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon yang mana ia sangat diperlukan untuk menghentikan reaksi pembentukan sel-sel  radikal bebas.


Amat menarik fakta yang menyatakan 'Indonesia negara kedua pengguna kacang soya terbesar dunia' seperti laporan hmetro.com untuk dikongsikan. Dilaporkan negara Indonesia adalah negara dengan pengguna kacang soya terbesar di dunia selepas China iaitu dengan kebanyakannya digunakan untuk keperluan pengeluaran tauhu dan tempe. Rekod dari Badan Pusat Statistik (BPS) menyatakan dimana sepanjang 2022 negara Indonesia mengimport kira-kira 2.32 juta tan kacang soya atau bernilai AS$1.63 bilion (kira-kira RM7.5 bilion) dengan kebanyakannya diimport dari Amerika Syarikat (AS). Portal Kompas melaporkan Profesor Makanan, Pemakanan, dan Kesihatan IPB University dan Pengerusi Forum Tempe Indonesia Made Astawan dakwa produktiviti kacang soya di Indonesia adalah sekitar separuh daripada produktiviti kacang soya di AS. Dilaporkan dimana keuntungan sehektar di peringkat petani masih jauh lebih kecil berbanding jagung atau padi. Akibatnya kini ramai petani mengutamakan tanah mereka untuk menanam jagung dan padi. Produktiviti kacang soya di Indonesia antara 1.5 - 2.0 metrik tan sehektar, manakala produktiviti di AS mencapai 4 metrik tan sehektar. Apa pun jumlah produktiviti di AS lebih tinggi kerana tumbuhan kacang soya mendapat cahaya matahari kira-kira 16 jam lamanya berbanding di Indonesia (cahaya matahari) selama kira-kira 12 jam (sama dengan Malaysia). Bagaimana pun jika dibuat kajian lanjut dimana purata import kacang soya oleh negara Indonesia mencecah 2 - 2.5 juta tan setahun. Apa pun didapati daripada jumlah keseluruhan import dimana sekitar 70 peratus daripadanya diperuntukkan untuk pengeluaran tempe dan hanya 25 peratus untuk pengeluaran tauhu dan selebihnya untuk produk lain. Purata permintaan untuk kacang soya di Indonesia pula mencecah 2.8 juta tan setahun. Pada 1992, pengeluaran kacang soya domestik mencapai 1.8 juta tan. Ketika ini jumlah pengeluaran kacang soya tempatan menyusut secara drastik kepada hanya di bawah 800,000 tan setahun dengan permintaan negara sebanyak 2.5 juta tan iaitu jumlah paling banyak diserap oleh industri tauhu dan tempe.


Menarik fakta unik melaporkan 'Tempe Serendah RM1' untuk dkongsikan akan kisahnya seperti laporan media tempatan hmetro.com baru-baru ini. Dilaporkan dimana produk tempe 
Lagenda Warisan yang diusahakan sejak 35 tahun lalu yang sudah dapat dipasarkan di seluruh Johor mendapat sambutan baik. Bagaimana pun bagi pemiliknya, Mastor Mustafa Hussein beritahu dimana ketika ini tempe yang dihasilkan hanya dapat dipasarkan di kedai runcit dan beberapa pasar raya hyper di selatan Johor pada harga hanya RM1. Perniagaan tempe ini dimulakan di pekan Simpang Renggam pada 1985 dengan hanya satu kilogram (kg) kacang soya untuk menghasilkan kira-kira 25 keping tempe. Kini dengan bantuan ahli keluarga maka dia sudah dapat meningkatkan penghasilan tempe dan mampu mencapai kira-kira 1,000 keping tempe setiap hari melalui 125kg kacang soya yang diproses. Pihak syarikatnya juga kini dalam usaha meningkatkan pengeluaran dan mencari ruang untuk memperluas penawaran produk khususnya di negeri Johor. Dakwanya selepas 15 tahun membekalkan tempe di sekitar Simpang Renggam, Renggam dan Layang-Layang kini dia sudah berani untuk mengembangkan pasaran ke Kluang, Benut, Bandar Tenggara dan Kulai. Kini dia sudah pun merancang untuk mencari lebih banyak peruncit serta pasar raya kecil di sekitar negeri Johor agar pasarannya dapat diperluaskan.


Di Tangkak, Johor (dekat kampong kelahiran penulis blog) dimana sajian tempe goreng bersama sambal kicap, sambal goreng Jawa dan kuah lodeh adalah antara menu makanan tradisi masyarakat Jawa, yang menggunakan tempe sebagai bahan masakan utama. Produk tempe yang diperakui ia memang mengandungi nutrisi tinggi berbagai kandungan kaya gizi semakin digemari ramai orang adalah makanan sumber protein tinggi yang menggunakan kacang soya diperam dengan ragi dan dikatakan mempunyai kandungan mineral antaranya magnesium, fosfor, kalium vitamin A, vitamin B6, kalsium dan zat besi. Mungkin tidak ramai terutamanya dalam kalangan generasi muda yang menceburi bidang pembuatan tempe yang secara tradisi dibungkus dengan daun pisang atau daun jati, prosesnya mengambil masa kira-kira 72 jam. Bagi pemilik Poji's Tempe Mohd Fauzi Abdul Wafa (31) dimana dia menceburi dalam pembuatan makanan tradisional itu tidak sia-sia kerana ia memberi pulangan lumayan kepadanya. Bermula dengan bekerja membantu saudaranya yang juga pembuat tempe di Kuala Lumpur, beliau bertekad menggunakan pengalamannya selama setahun itu untuk memulakan perniagaan tempe miliknya sendiri di Bukit Gambir, Tangkak. Ketika dia berumur 24 tahun dan untuk memulakan perniagaan pada usia semuda itu bukanlah mudah, namun atas keberanian, usaha dan disusuli doa kini saya masih berjaya meneruskan perniagaan ini," katanya ketika ditanya mengenai perasaannya ketika memulakan perniagaan tempenya itu. Kini perusahaan tempe miliknya mampu menghasilkan 8,000 peket tempe sehari dengan berbekalkan 22 pekerja dengan satu peket tempe itu dijual dengan harga RM1. Syarikat Poji's Tempe memang ia mengutamakan kebersihan pembuatan tempe kami dan menggunakan seratus peratus bahan-bahan halal supaya tidak wujud keraguan dalam kalangan pelanggan Muslim. Selalunya jenis kacang soya yang akan digunakan untuk membuat tempe akan dibasuh terlebih dahulu sebelum dimasak bersama air mendidih di dalam periuk besar sebagai proses mematikan kuman. Selepas itu kacang soya tersebut akan disejukkan dalam rendaman air selama 24 jam, dicuci dan dibuang kulit sebelum dicampur ragi yang merupakan bahan 'wajib' penghasilan tempe bagi proses penapaian.  Proses selanjutnya adalah pembungkusan sama ada menggunakan daun pisang atau memasukkan kacang soya dicampur ragi ke dalam peket plastik yang telah ditebuk lubang untuk pengudaraan. Tempe yang telah siap dipaketkan kemudiannya akan melalui proses pemeraman selama sekurang-kurangnya selama dua hari sebelum boleh dijual kepada pelanggan. Pemilihan plastik bagi pembungkusan tempe secara tradisional menggunakan daun pisang atau daun ketapang, Mohd Fauzi berkata: "Penggunaan daun akan meningkatkan kos pembuatan tempe dan harga tempe akan menjadi mahal. Tambahan untuk mendapatkan bekalan daun bagi membalut 8,000 keping tempe sehari, bukanlah mudah. Sambil tidak menafikan bahawa tempe yang dibalut dengan menggunakan daun akan menghasilkan aroma lebih wangi dan rasa enak. Namun, kelemahannya adalah pembeli tidak dapat melihat keadaan tempe yang hendak dibeli sama ada masih elok ataupun telah rosak. Pembuatan tempe tidaklah mudah namun ilmu pembuatannya dalam kalangan generasi muda belum pasti dapat diteruskan. Beliau juga mempunyai ramai pekerja-pekerja muda. Selain membantu mereka, sekurang-kurangnya ilmu tradisi pembuatan tempe ini ada di dalam jiwa mereka dan boleh dilakukan jika mereka ada kemahuan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini.  Wasallam!!!...
MAKANAN TEMPE... BERKHASIATNYA DIA...
HARGA MURAH... DIJUAL DIMANA-MANA...
DI GORENG DIMAKAN... SAMBAL CICAHNYA...
BANYAK KHASIAT... RAMAI SUKA MAKANNYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Muharram 1445H).

Friday, July 28, 2023

PENTERNAKAN LEBAH MADU DAN ISUNYA

PENTERNAKAN LEBAN MADU
(Honey Bees) meruupakan salah satu bidangusaha yang menghasilkan madu lebah, propolis, royal jelly dan sebagainya. Terdapat beberapa lebahmadu yang diternak atau diburu untuk mendapatkan hasilnya. Paling terkenal adalah madu lebah Tualang (Apis dorsata) iaitu sejenis lebah liar yang selalunya bersarang di pokok tualang yagtinggi berpuluh-puluh kaki dari paras tanah. Madu lebah tualang yang asli dipasaran antara yang paling tingggi harganya kerana ia sukar didapatkan dan sedikit bekalannya. Dalam pada itu jenis Madu lebah Import (Apis mellifera) kini menjadi anatar spesis madu lebah yang dikomersilkan kerana ia memberikan hasil yang tinggi dan berkualiti. Ada juga madu lebah dari Lebah Keran (Apis cerana) yang merupakan madu lebah tempatan yang sedikit penghasilannya. Baagaimana pun madi Kelulut (Trigona spp) kini sudah lebih diminan dipasaran. Penulis blog yang juga pernah menjadi pakar lebah dan kelulut dahulu mendapati dimana spesis lebah import (Apis mellifera) merupakan sejenis serangga yang hidup dalam koloni dimana ia mempunyai peranan penting bagi proses pendebungaan bunga, buah-buahan dan sayuran. Serangga ini hidup dengan mengambil nektar, debunga dan sebagainya yang dikeluarkan oleh tumbuh-tumbuhan dan diproses menjadi madu. Setiap koloni lebah mnempunyai tuga (3) kompopnen iaitu Lebah Pekerja, Lebah Jantan dan Ratu Lebah. Jenis l
ebah pekerja bertugas mencari makanan dengan mengunjungi pelbagai bunga-bungaan dan dedaunan yang ada makanan serta berfungsi sebagai membina sarang, menjaga sarang, membersihkan sarang dan mengedarkan udara dalam sarangnya dengan menggunakan kepas sayapnya. Fungsi ratu lebah adalah bertelur yang akan menghasilkan generasi lebah berikutnya. Lebah jantan hanya berfungsi untuk mengawan sahaja. Pada masa ini Malaysia merupakan negara yang memang banyak mengimport madu lebah untuk kegunaan domestik dan permakanan. Kebanyakan madu ini di import dari negera seperti Australia, Indonesia, China dan beberapa negara lain. Penghasilan madu lebah tempatan di Malaysia adalah sangat rendah berbanding dengan permintaaannya yang tinggi saban tahun. Artikel pada tengahari Khamis 9 Muharram 1445H ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka kongsikan mengenai penternakan lebah madu dan beberapa kisah serta isu menarik untuk dikongsikan dengan pembaca blog semua.


Adalah penting di kongsikan bagaimana fakta penting terhadap lebah madu dan madu lebah sebelum pergi jauh. Apa pun fakta penting tentang lebah madu dimana ia mempunyai ciri 
fizikal berukuran kecil dengan bentuk badan yang panjang dan erbahagi kepada 3 segmen iaitu kepala, dada (thorax) dan abdomen atau perut. Bahagian badan lebah madu ditutupi oleh belang kuning atau coklat kemerahan dan belang gelap yang silih berganti dimana ini berfungsi sebagai suatu peringatan terhadap potensi ancaman. Lebah madu juga mempunyai sepasang sayap, enam kaki dengan ada rambut kecil iaitu di sekujur tubuhnya. Secara umumnya dimana habitat lebah madu Lebah madu sebenarnya merupakan haiwan endemik iaitu di beberapa negara di Asia Selatan dan Asia Timur dan juga sebahagian di benua Afrika. Hanya lebah domestik yang sesuai diternak yang mampu menghasilkan produk kepada manusia sahaja yang kini masih diusahakan penternakannya dan diternak secara komersil dibeberapa negara pada musim tertentu sepanjang tahun. Teknologi pengamalan penternakan lebah madu kini semakin canggih dengan pelbagai inovasi baru termasuk teknologi mengutip madu, permakanan lebah madu, penggantian ratu lebah, makanan tambahan dan sebagainya. Asasnya dimana sumber permakanan lebah madu iaitu nektar dikeluarkan dengan banyak pada musim bunga dan musim panas di negara 4 iklim. Debunga yang dikutip lebah selalunya menyediakan sebahagian besar sumber protein dan nektar menyediakan sebahagian besar karbohidrat dan air. Di negara 4 musim dimana selalunya bagi dapat bertahan hidup di bulan-bulan musim dingin lazimnya koloni lebah pekerja akan menyimpan bekalan makanannya untuk musim dingin didalam sarang mereka. Lebah madu membuat madu dengan memproses bahan nektar di dalam badannya sehingga kandungan air sekitar 20% sahaja daripada asalnya yang airnya 80% dan kemudian akan menyimpannya dalam kom dan ditutup.


Penulis blog memang sering disengat lebah semasa membuat tinjauan teknologi di beberapa lokasi penternakan lebah. Memang bukan semua individu akan mampu menahan kesakitan akibat sengatan lebah apa lagi mereka yang memang alah dengan bisa lebah. Persoalan k
enapa sengatan lebah adalah sangat menyakitkan sesuai dijelaskan. Umum mungkin ada yang tahu dimana ada beberapa spesis serangga dapat menyengat hingga menimbulkan rasa sakit. Lebah adalah salah satu serangga yang sengatannya dapat menyebabkan gejala alergi seperti gatal dan kemerahan (Sila lihat foto disebelah di tangan penulis blog). Dari sumber seperti WebMD ada sekitar 2 juta orang di USA yang didakwa mengalami alergi terhadap racun serangga yang menyengat. Bahkan didakwa ada orang yang tidak alergi boleh jadi takut sebab kesan rasa sakit yang parah yang disebabkan oleh sengatan serangga. Tanda kemerahan, bengkak dan ngilu dilihat diantara ciri-ciri sengatan lebah dan tentu saja setelah rasa sakit yang timbul selepas disengat. Sebenarnya apa yang berlaku dimana setelah lebah menyengat ia akan melepaskan bahan kimia yang disebut melittin ke mangsanya. Racun ini segera memicu reseptor saraf rasa sakit dan menyebabkan sensasi terbakar. Setelah itu selalunya sengat lebah yang mana ia sebenarnya berduri seperti pedang bergerigi dimana  ketika menembus kulit mangsanya maka sengat tersebut akan terlepas (tercabut) dari lebah dan bertahan di kulit mangsa. Ia akan terus mengepam masuk venom kedalam kulit dimana kemudian semakin lama sengat berada di kulit maka semakin banyak racun yang dilepaskan dan serangan racunnya terus berlanjut hingga satu minit. Penulis blog bagaimana pun memang tidak alleggik terhadap racun lebah hanya merasa macam gigitan semut sahaja kerana sistem kekebalan sudah biasa dengan sengatan lebah. Biasanya badan akan berreaksi terhadap sengatan dengan mengirimkan cairan khas untuk membuang melittin yang kesannya akan menyebabkan kes pembengkakan dan kemerahan.


Penulis blog sering ditanya peserta kursus lebah madu sama ada adakah l
ebah madu akan mati selepas menyengat mangsanya?. Sering ada kenyataan dimana setelah menyengat maka seekor lebah akan langsung mati.  Dilaporkan ada sekitar 20,000 spesies lebah di kenalpasti di seluruh dunia dimana tidak semuanya menyengat. Dari jumlah itu saintis dapati ada lebih 500 spesies lebah tanpa sengat yang ditemui terutama lebah yang berada di kawasan tropika. Jenis tersebut adalah termasuk Lebah Kelulit dari kumpulan Meliponini danj juga jenis Lebah Penambang dari keluarga Andrenidae yang mana walau pun ia ada sengat tetapi tidak efektif. Bagi jenis lebah madu pula ia merupakan lebah yang paling sering mati akibat menyengat manusia atau mamalia lain. Ia berlaku kerana sifat anatomi sengat mereka yang tajam seperti pengait sehingga akhirnya tercucuk kedalam kulit seperti cangkuk dan melekat. Lebah ini akan terbang dan meninggalkannya dan memungkinkan yang sengat lebah ini tetap berada di tempatnya dan terus ianya mengepam masuk venom pada kulit mangsa. Lebah madu ini akan cenderung tidak mati ketika menyengat dan terbang. Kajian saintis mendapati dimana lebah madu yang sudah menyengat dengan ada lubang di perutnya mungkin hanya boleh bertahan hidup hidup selama beberapa jam setelah menyengat. Lebah akan kemudian jatuh dan mati kerana ia kehilangan cairan dan berlaku kegagalan organ dalaman. Saintis dikenali sebagai Nicholas Naeger seorang ahli biologi molekuler di Washington State University, USA dapati dimana dari 200 ekor lebah yang menyengat didapati kesemuanya mati selepas menyengat. 


Penulis blog ingin kongsikan isu kritikal bagaimana serangan virus telah pun mengancam dan membunuh koloni lebah madu sebagai perkara yang serius. Bila berlaku serangan virus maka p
opulasi lebah di seluruh dunia akan mengalami ancaman akibat penyebaran virus mematikan yang mengganggu koloni lebah. Virus Sayap Cacat (Deformed Wing Virus - DWV) dilaporkan pertama kali sekitar 40 tahun yang lalu dimana saintis terkini laporkan ada jenis baru virus yang muncul di Belanda pada tahun 2001 dilaporkan sedang mengalami peningkatan. Di rujuk dari sumber Euronews pada Jun 2022 dimana jenis lebah yang paling banyak terkena serangan dari virus ini yang di bawa oleh parasit tungau dikenalpsati sebagai 'Varroa Destructor' ini menyerang lebah madu. Tungau tersebut dilaporkan tidak hanya menularkan virus di antara lebah madu dimana kajian oleh Profesor Robert Paxton iaitu pakar zoologi dari Universitas Martin Luther Halle-Wittenberg (MLU) di Jerman yang mendapati dimana tungau juga memakan jaringan lebah. Saintis ini menjelaskan, setelah menganalisis data kes DWV selama 20 tahun mendapati dimana berlaku proses mutasi virus telah menggantikan jenis virus DWV asli di Eropah. Mutasi itu menyebar dengan cepat dan sekarang sudah pun ia mengancam koloni lebah di seluruh dunia. Negara Australia merupakan satu-satunya kawasan penternakan lebah besar di rantau ini dilaporkan dimana virus tersebut masim belum menyerang. Kemungkinan karena tungau Varroa ini masih belum dapat menyebar secara luas di sana. Kesannya adalah ia akan merosakkan habitat termasuk aktiviti penggunaan racun serangga dan perubahaan iklim menyebabkan penurunan jumlah serangga di dunia dimana ia terkesan kepada populasi lebah dunia. Apa pun masih perlu difahami dimana virus DWV ini jelas merupakan ancaman terbesar industri lebah madu. Varian baru DWV ini didakwa mampu menularkan virus lebih mudah dan mampu membunuh lebah lebih cepat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENTERNAK LEBAH MADU... ADA CARA...
DIBUAT HAIF... PASTIKAN ADA BUNGA...
SENGATAN LEBAH... SAKIT RASANYA...
VIRUS DWV ... MENGANCAM SENTIASA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Muharram 1445H).

Thursday, July 27, 2023

TANAMAN PAGAR - ADA INFO MENARIK (PART 3)

TANAMAN PAGAR (Hedgerows) merupakan tanaman yang ditanam dalam barisan dengan pokok renek secara dekat, dilatih dan diselenggara membentuk pagaran atau tanda sempadan untuk sesuatu kawasan. Tanaman pagar digunakan bagi membahagikan antara jalan raya dengan kawasan kaki lima ditepinya dimana ia juga satu bentuk landskap ringkas seni menggubah pokok renek. Pada penulis blog mendapati dimana tanaman pagar selalunya terdiri dari jenis tumbuhan yang ditanam ditepi-tepi sempadan bertujuan bagi banyak jenis kegunaan tetapi secara umumnya ia ditanam pada bahagian tengah sebagai pembatas antara bangunan, ladang, infrastruktur seperti jalanraya atau pun sebagai tanda atau pembatas antara petak premis dengan pihak lain. Bagaimana pun kini tanaman pokok pagar sudah ada banyak kegunaan lain terutama bertujuan mendapatkan keindahan. Tanaman yang ditanam dapat berupa tanaman yang boleh juga ianya dituai termasuk tanaman seperti jenis sayuran dimana tanaman herba (Pokok Salam di depan rumah penulis blog) yang sesuai diambil daunnya untuk dijadikan bahan masakkan dan kegunaan lain. Pada penulis blog menyatakan dimana isu tanaman pagar mempunyai fungsi sebagai kompoun dan sebagai pokok pelindung dari serangan binatang, bencana alam ataupun disebebkan oleh manusia. Tanaman-tanaman pagar ini selain dipakai untuk mempercantikan kawasan keliling rumah ada yang sengaja menanamnya untuk sumber penghasilan herba sebagai ubatan.  pagar tanaman dan dipakai pula untuk pengobatan. Seperti katuk atau daun katuk yang mana tanaman ini ditanam di tepi-tepi rumah sebagai tanaman pagar untuk sayuran dan obat-obatan. Adapun ada tanaman yang khusus ditanam sebagai tanaman pagar yang dipakai sebagai tanaman hiasan yang mana ia menjadi penghias makanan seperti bunga terulak (Calonytion aculeatum). Biasa ditanam di tidak jauh pot atau melilit sebagai tanaman pagar yang memenuhi kawasan pagar rumah. Bunga Telang (Clitoria ternatea) pada penulis blog yang menanmnya di rumah sesuai menjadi tanaman pagar yang merambat dimana ia adalah sejenis herba sesuai digunakan akarnya untuk mengeluarkan dahak dari bronkitis dan bunganya untuk pewarna seperti nasi kerabu. Perlu diawasi pokok telang kerana dilaporkan akarnya adalah merbahaya dan ada racun yang boleh menyebabkan perut kembung dan jikalau termakan berlebihan pula akan ia menyebabkan hilang pertimbangan. Tanaman pagar pada penulis blog memang ia mempunyai faedah untuk menjadikan ekosistem lebih baik dan boleh menjadi sumber makanan dan habitat untuk tupai dan burung. Tanaman pagar juga boleh ianya menjadi sumber makanan untuk para serangga pendebunga sehingga membantu dalam keanekaragaman alam sekitar dalam dunia pertanian. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa info menarik mengenai tanaman pagar untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Pada penulis blog memilih tanaman Pagar Pucuk Merah adalah salah satu pilihan terbaik. Ini kerana pokok Pucuk Merah merupakan tanaman yang paling umum digunakan sebagai pilihan dalm cara mendekorasi taman. Pucuk daun berwarna oren kemerahan ini boleh ia berubah menjadi warna seperti kuning, hijau pucat dan hijau tua semasa pokok sudah dewasa. Pokok Pucuk Merah dapat ditanam berdekatan atau ditanam rapat-rapat dan apabila ia dipangkas mampu untuk menyerupai pagar yang kemas. Tanaman ini juga mudah untuk dipangkas menjadi bentuk unik mengikut kreaativiti pembaca blog sehingga menjadi pokok kesayangan yang suka semua orang memerhatikannya. Tanaman ini boleh tumbuh dengan cepat meskipun telah dipangkas dan sering dibuang daunnya. Pokok Pucuk Merah sering dijadikan sebagai pagar tanaman tidak hanya di Malaysia tetapi dibeberaoa negara ASEAN dan juga kawasan lainnya. Pagar dari tanaman ini akan membuat halaman rumah akan menjadi sangat menarik dan merimbun serta menyejukkan persekitaran juga. 


Mungkin tidak ramai yang mengenali tanaman Pagar Jenis Pittosporum di Malaysia. Tanaman Pittosporum merupakan sejenis tumbuhan herba yang se;alu dilihat sebagai jenis semak hijau yang lebat, padat dimana ia sesuai tumbuh meninggi. Pokok jenis semak ini mempunysi kemampuan untuk beradaptasi dengan baik serta ia memang tahan terhadap cuaca panas, kering. Bagaimana pun kelebihannya dimana ia boleh dibuat pemangkasan berulang kali. Selalunya ia berdaun berwarna hijau yang bergerombolan yang mana ia membuat tanaman ini menjadi salah satu tanaman pagar yang popular dikalangan pemilik rumah yang luas. Tumbuhan Pittosporum mempunyai susunan daun yang padat sehingga mudah untuk kerja-kerja memangkas dan memang ia mudah dibentuk sesuai dengan kreativiti dan juga kehendak. Ciri seperti ini jyba yang telah menjadikan Pokok Pagar Pittosporum sangat sesuai untuk dipilih sebagai sejenis pagar taman dan sesuai dijadikan sebagaai tanaman teduhan dikawasan halaman rumah.


Walau pun Tanaman Pagar Buloh
untuk dijadikan pagar rumah akan tetapi tidak ramai di Malaysia mereka melakukannya. Apa pun pada penulis blog dimana pokok buluh ada yang sesuai untuk dijadikan tanaman pagar dan menarik hasilnya.  Pokok buloh dapat memberikan sentuhan konvesional dan moden di kawasan keliling rumah dan lebih menarik jika disusun sebagai pagar rumah. Selalunya bagi menjaga ketinggan pokok bulih perlu dicari spesis yang renek dan mudah di pangkas. Ketinggian pokok bulih bagaimana pun memang ia mampu mengujudkan situasi privasi daripada bahagian luar sebelum masuk ke dalam rumah. Sebagai tanaman liar memang pokok buloh agak sukar di jaga berbanding dengan tanaman pagar lain kerana selalu ia ambil masa agak lama untuk established. Antara yang tidak sesuai ataau kurang disyorkan seperti jenis Buloh Fargesia yang memiliki akar menggumpal dan tumbuh lebih lambat. Dilaporkan jenis ini mempunyai batang buloh yang kuat dengan daun yang selalu hijau meskipun di cuaca agak sejuk sedikit. Daun buluh yang kering peru dibersihkan bagi mendapatkan pertumbuhan baik dan cantik.


Terakhir adalah jenis 
Tanaman Pagar American Holly dimana tumbuhan ini merupakan salah satu jenis pokok yang menyerupai pokok cemara yang mempunyai bentuk piramid yang dilihat memang menarik. Daunnya yang lebat berwarna hijau cerah sepanjang tahun dengan bentuk 'holly traditional' dengan selaluya dibahagian tepi adalah berduri. Pokok ini juga mempunyai bunga kecil berwarna putih dan buah yang berwarna merah cerah. Pokok Pagar jenis ini juga sering dijadikan sebagai tanaman pagar terutama dikawasan yang rumahnya uas dan luas. Tanaman ini mampu tumbuh dengan baik sehingga 20 meter ketinggiannya namun ia juga perlu dipangkas secara teratur dan berjadual. Dilaporkan dimana ia sering digunakan untuk menambah daya tarik visual sebuah taman. Pokok American Holly sering digunakan untuk hiasan sempena Hari Krismas sama ada diletakkan diluar rumah atau pun didalam rumah. Sebenarnya setiap tanaman pagar memerlukan kaedah rawatan penyelengaraan yang berlainan antar ajenis tanaman pagar. Pilih jenis tanaman yang sesuai dengan luas, keadaan tanah dan sesuaikan dengan konsep rumah sedia ada. Setiap tanaman pagar ini memang ia memerlukan penjagaan yang membolehkan ia tumbuh dengan baik. Aktiviti Pemangkasan tanaman perlu dilakukan secara rutin untuk menjaga keindahan tanaman pagar. Lakukan penyiraman serta pebajaan sesuai dengan keperluan tanaman. Semburan racun serangga dan penyakit perlu dilakukan jika perlu. Tanaman pagar menawarkan ciri perlindungan, tempat bersarang untuk burung dan ada yang mampu menghasilkan nektar untuk dikutip oleh serangga dan membantu pendebungaan. Tanaman pagar dari jenis yang berbunga terang dan bernektar dikunjungi oleh kupu-kupu dan serangga lain. Artikel ini ditulis dalam 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 dan yang sesuai dibaca kesemuanya.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN PAGAR... BANYAK JENISNYA...
DI PILIH TERBAIK... MESTI DIJAGA JUGA...
PELBAGAI WARNA... CANTIKKAN RUPA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Zulhijjah 1444H).

Wednesday, July 26, 2023

TANAMAN PAGAR - ADA INFO MENARIK (Pt 2)

TANAMAN PAGAR (Hedgerows) merupakan tanaman yang ditanam dalam barisan dengan pokok renek secara dekat, dilatih dan diselenggara membentuk pagaran atau tanda sempadan untuk sesuatu kawasan. Tanaman pagar digunakan bagi membahagikan antara jalan raya dengan kawasan kaki lima ditepinya dimana ia juga satu bentuk landskap ringkas seni menggubah pokok renek. Pada penulis blog mendapati dimana tanaman pagar selalunya terdiri dari jenis tumbuhan yang ditanam ditepi-tepi sempadan bertujuan bagi banyak jenis kegunaan tetapi secara umumnya ia ditanam pada bahagian tengah sebagai pembatas antara bangunan, ladang, infrastruktur seperti jalanraya atau pun sebagai tanda atau pembatas antara petak premis dengan pihak lain. Bagaimana pun kini tanaman pokok pagar sudah ada banyak kegunaan lain terutama bertujuan mendapatkan keindahan. Tanaman yang ditanam dapat berupa tanaman yang boleh juga ianya dituai termasuk tanaman seperti jenis sayuran dimana tanaman herba (Pokok Salam di depan rumah penulis blog) yang sesuai diambil daunnya untuk dijadikan bahan masakkan dan kegunaan lain. Pada penulis blog menyatakan dimana isu tanaman pagar mempunyai fungsi sebagai kompoun dan sebagai pokok pelindung dari serangan binatang, bencana alam ataupun disebebkan oleh manusia. Tanaman-tanaman pagar ini selain dipakai untuk mempercantikan kawasan keliling rumah ada yang sengaja menanamnya untuk sumber penghasilan herba sebagai ubatan.  pagar tanaman dan dipakai pula untuk pengobatan. Seperti katuk atau daun katuk yang mana tanaman ini ditanam di tepi-tepi rumah sebagai tanaman pagar untuk sayuran dan obat-obatan. Adapun ada tanaman yang khusus ditanam sebagai tanaman pagar yang dipakai sebagai tanaman hiasan yang mana ia menjadi penghias makanan seperti bunga terulak (Calonytion aculeatum). Biasa ditanam di tidak jauh pot atau melilit sebagai tanaman pagar yang memenuhi kawasan pagar rumah. Bunga Telang (Clitoria ternatea) pada penulis blog yang menanmnya di rumah sesuai menjadi tanaman pagar yang merambat dimana ia adalah sejenis herba sesuai digunakan akarnya untuk mengeluarkan dahak dari bronkitis dan bunganya untuk pewarna seperti nasi kerabu. Perlu diawasi pokok telang kerana dilaporkan akarnya adalah merbahaya dan ada racun yang boleh menyebabkan perut kembung dan jikalau termakan berlebihan pula akan ia menyebabkan hilang pertimbangan. Tanaman pagar pada penulis blog memang ia mempunyai faedah untuk menjadikan ekosistem lebih baik dan boleh menjadi sumber makanan dan habitat untuk tupai dan burung. Tanaman pagar juga boleh ianya menjadi sumber makanan untuk para serangga pendebunga sehingga membantu dalam keanekaragaman alam sekitar dalam dunia pertanian. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa info menarik mengenai tanaman pagar untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dalam pada itu jenis tanaman Pagar Cemara Kipas sering dijadikan pilihan. Apa pun pokok Cemara kipas merupakan tanaman berasal dari kawasan tropika dan ada di kawasan sub-tropika dan Asia Tenggara. Pokok cemara kipas adalah pokok yang mudah tumbuh dimana ia sesuai juga digunakan sebagai sejenis tumbuhan yang berfungsi sebagai pokok yang mempu menghalang gangguan angin atau dalam bahasa inggeris sebagai 'wind breaker'. Selain iatu dijadikan sebagai sejenis tanaman pagar atau penahan angin kerana pokok ini mampu bertahan terhadap persekitaran dikawasan bandar atau kota besar yang keadaannya agak buruk. Ia ditanam secara tersusun didalam barisan atau rekabentuk sesuai dimana apabila tumbuh dan dijaga dengan baik maka akhirnya ia akan menjadi pagar hidup yang menarik. Pokok ini juga dilaporkan mempunyai banyak kegunaan seperti dilaporkan produk kayu (wood) yang dihasilkan dapat digunakan untuk pembuatan berjenis pproduk perabut, bahan kayu bakar dan juga sesuai untuk diproses menjadi arang (charchoal). Pada bahagian daunnya yang dilihat ia berbentuk pipih iaitu seperti jarum sesuai juga digunakan untuk merawat masaalah cirit birit, batuk dan masaalah sembelit dalam dunia perubatan. Pokok ini memang antara spesis yang sering ditanam sebagai tanaman hiasan menarik dikawasan pantai.


Pokok Pagar Glossy Abelia pada penulis blog merupakan tanaman merambat yang berbau harum dengan daun separa warna kehijauan pekat yang berkilat. Tanaman ini mempunyai bunga yang dilihat berbentuk terompet yang menjuntai sepanjang musim panas dengan memberikan keindahan yang tersendiri. Tanaman pagar berbunga ini secara semulajadinya akan membentuk rumpun atau rimbunan seakan melengkung yang tinggi. Amalan terbaik adalah pemiliknya perlu memotongnya untuk membuat pagar atau dijadikan bentuk yang lebih rendah sesuai dengan fungsi sebagai pokok pagar. Pokok Abelia juga dilihat merupakan semak serbaguna yang sangat baik untuk dipilih sebagai tanaman pagar dicampurkan dengan beberapa jenis tanaman hiasan lain dilokasi. Pokok Abelia juga selalu akan membuatkan kawasan keliling rumah menjadi lebih menawan jika dikombinasikan dengan bunga lain yang berwarnawarni dan berlainan ketinggian. Jika dijaga dengan baik seperti pembajaan dan kawalan cantasan maka pokok bunga Abelia dapat bertahan hingga lima bulan dan boleh digantikan seterusnya untuk mendapatkan kesinambungan yang lebih menarik.


Mungkin di Malaysia ramai yang jarang dapat melihat atau menanam Tanaman Pagar Clematis. Tumbuhan Clematis adalah salah satu tanaman melilit yang paling ketara dilihat apabila ia tumbuh subur dikawasan rumah. Apa pun tanaman ini sangat sesuai untuk ia digunakan sebagai sejenis tanaman pagar walau pun kata ada yang kurang cantik dipandang akan tetapi ia membantu mengaburkan pada bahagian tepi taman dikawasan rumah. 
Cara ini biasanya akan digunakan untuk menjadikan taman terasa lebih besar. Tanaman ini dapat berbunga sepanjang tahun seperti yang dilansir oleh Sarah Raven. Tidak heran jika Clematis menjadi tanaman semak paling populer untuk tanaman pagar. Clematis dapat tumbuh dengan cepat dan mudah beradaptasi dengan lingkungan. Pokok Clematis juga sesuai untuk dikombinasikan dengan bunga lain untuk mempercantikan lagi kawasan keliling rumah seperti jenis Clematis Ungu dengan Bunga Mawar merah muda. Dilaporkan dimana antara salah satu manfaat tanaman pagar rumah adalah menjadikan rumah jadi tampak terlihat indah.  


Dalam pada itu memilih tanaman Pagar Soka Jawa juga memang sering manjadi pilihan. Bunga Soka Jawa banyak ada digunakan sebagai tanaman hiasan atau sebagai tanaman pagar dikawasan taman keliling yang dapat dibentuk sehingga menarik. Daunnya yang dilihat berwarna hijau menjadikannya tanaman pagar jenis ini antara yang popular dan baik. Apa pun tanaman Soka Jawa lebih menawan ketika bunganya sedang mekar terutama di musim panas. Ia adalah sejenis tanaman dari kawasan tropika yang boleh menghasilkan bunga iaitu berbentuk bintang kecil dari warna merah, pink, oren dan kuning dimana selalu berada berkelompok di bahagian hujung batang. Tanaman pokok pagar ini pada penulis blog bukan tanaman yang tumbuh dengan cepat atau mudahnya ia lambat membesar jadi selalunya ia perlukan waktu agak lama untuk menjadi bentuk pagar yang menarik. Apa pun cara penanamnan pokok omo sesuai dicampur bersama jenis pokok hiasan lain yang sesuai dengannya. 
Artikel ini ditulis dalam 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN PAGAR... BANYAK JENISNYA...
DI PILIH TERBAIK... MESTI DIJAGA JUGA...
PELBAGAI WARNA... CANTIKKAN RUPA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Zulhijjah 1444H).