Wednesday, July 26, 2023

TANAMAN PAGAR - ADA INFO MENARIK (Pt 2)

TANAMAN PAGAR (Hedgerows) merupakan tanaman yang ditanam dalam barisan dengan pokok renek secara dekat, dilatih dan diselenggara membentuk pagaran atau tanda sempadan untuk sesuatu kawasan. Tanaman pagar digunakan bagi membahagikan antara jalan raya dengan kawasan kaki lima ditepinya dimana ia juga satu bentuk landskap ringkas seni menggubah pokok renek. Pada penulis blog mendapati dimana tanaman pagar selalunya terdiri dari jenis tumbuhan yang ditanam ditepi-tepi sempadan bertujuan bagi banyak jenis kegunaan tetapi secara umumnya ia ditanam pada bahagian tengah sebagai pembatas antara bangunan, ladang, infrastruktur seperti jalanraya atau pun sebagai tanda atau pembatas antara petak premis dengan pihak lain. Bagaimana pun kini tanaman pokok pagar sudah ada banyak kegunaan lain terutama bertujuan mendapatkan keindahan. Tanaman yang ditanam dapat berupa tanaman yang boleh juga ianya dituai termasuk tanaman seperti jenis sayuran dimana tanaman herba (Pokok Salam di depan rumah penulis blog) yang sesuai diambil daunnya untuk dijadikan bahan masakkan dan kegunaan lain. Pada penulis blog menyatakan dimana isu tanaman pagar mempunyai fungsi sebagai kompoun dan sebagai pokok pelindung dari serangan binatang, bencana alam ataupun disebebkan oleh manusia. Tanaman-tanaman pagar ini selain dipakai untuk mempercantikan kawasan keliling rumah ada yang sengaja menanamnya untuk sumber penghasilan herba sebagai ubatan.  pagar tanaman dan dipakai pula untuk pengobatan. Seperti katuk atau daun katuk yang mana tanaman ini ditanam di tepi-tepi rumah sebagai tanaman pagar untuk sayuran dan obat-obatan. Adapun ada tanaman yang khusus ditanam sebagai tanaman pagar yang dipakai sebagai tanaman hiasan yang mana ia menjadi penghias makanan seperti bunga terulak (Calonytion aculeatum). Biasa ditanam di tidak jauh pot atau melilit sebagai tanaman pagar yang memenuhi kawasan pagar rumah. Bunga Telang (Clitoria ternatea) pada penulis blog yang menanmnya di rumah sesuai menjadi tanaman pagar yang merambat dimana ia adalah sejenis herba sesuai digunakan akarnya untuk mengeluarkan dahak dari bronkitis dan bunganya untuk pewarna seperti nasi kerabu. Perlu diawasi pokok telang kerana dilaporkan akarnya adalah merbahaya dan ada racun yang boleh menyebabkan perut kembung dan jikalau termakan berlebihan pula akan ia menyebabkan hilang pertimbangan. Tanaman pagar pada penulis blog memang ia mempunyai faedah untuk menjadikan ekosistem lebih baik dan boleh menjadi sumber makanan dan habitat untuk tupai dan burung. Tanaman pagar juga boleh ianya menjadi sumber makanan untuk para serangga pendebunga sehingga membantu dalam keanekaragaman alam sekitar dalam dunia pertanian. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa info menarik mengenai tanaman pagar untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dalam pada itu jenis tanaman Pagar Cemara Kipas sering dijadikan pilihan. Apa pun pokok Cemara kipas merupakan tanaman berasal dari kawasan tropika dan ada di kawasan sub-tropika dan Asia Tenggara. Pokok cemara kipas adalah pokok yang mudah tumbuh dimana ia sesuai juga digunakan sebagai sejenis tumbuhan yang berfungsi sebagai pokok yang mempu menghalang gangguan angin atau dalam bahasa inggeris sebagai 'wind breaker'. Selain iatu dijadikan sebagai sejenis tanaman pagar atau penahan angin kerana pokok ini mampu bertahan terhadap persekitaran dikawasan bandar atau kota besar yang keadaannya agak buruk. Ia ditanam secara tersusun didalam barisan atau rekabentuk sesuai dimana apabila tumbuh dan dijaga dengan baik maka akhirnya ia akan menjadi pagar hidup yang menarik. Pokok ini juga dilaporkan mempunyai banyak kegunaan seperti dilaporkan produk kayu (wood) yang dihasilkan dapat digunakan untuk pembuatan berjenis pproduk perabut, bahan kayu bakar dan juga sesuai untuk diproses menjadi arang (charchoal). Pada bahagian daunnya yang dilihat ia berbentuk pipih iaitu seperti jarum sesuai juga digunakan untuk merawat masaalah cirit birit, batuk dan masaalah sembelit dalam dunia perubatan. Pokok ini memang antara spesis yang sering ditanam sebagai tanaman hiasan menarik dikawasan pantai.


Pokok Pagar Glossy Abelia pada penulis blog merupakan tanaman merambat yang berbau harum dengan daun separa warna kehijauan pekat yang berkilat. Tanaman ini mempunyai bunga yang dilihat berbentuk terompet yang menjuntai sepanjang musim panas dengan memberikan keindahan yang tersendiri. Tanaman pagar berbunga ini secara semulajadinya akan membentuk rumpun atau rimbunan seakan melengkung yang tinggi. Amalan terbaik adalah pemiliknya perlu memotongnya untuk membuat pagar atau dijadikan bentuk yang lebih rendah sesuai dengan fungsi sebagai pokok pagar. Pokok Abelia juga dilihat merupakan semak serbaguna yang sangat baik untuk dipilih sebagai tanaman pagar dicampurkan dengan beberapa jenis tanaman hiasan lain dilokasi. Pokok Abelia juga selalu akan membuatkan kawasan keliling rumah menjadi lebih menawan jika dikombinasikan dengan bunga lain yang berwarnawarni dan berlainan ketinggian. Jika dijaga dengan baik seperti pembajaan dan kawalan cantasan maka pokok bunga Abelia dapat bertahan hingga lima bulan dan boleh digantikan seterusnya untuk mendapatkan kesinambungan yang lebih menarik.


Mungkin di Malaysia ramai yang jarang dapat melihat atau menanam Tanaman Pagar Clematis. Tumbuhan Clematis adalah salah satu tanaman melilit yang paling ketara dilihat apabila ia tumbuh subur dikawasan rumah. Apa pun tanaman ini sangat sesuai untuk ia digunakan sebagai sejenis tanaman pagar walau pun kata ada yang kurang cantik dipandang akan tetapi ia membantu mengaburkan pada bahagian tepi taman dikawasan rumah. 
Cara ini biasanya akan digunakan untuk menjadikan taman terasa lebih besar. Tanaman ini dapat berbunga sepanjang tahun seperti yang dilansir oleh Sarah Raven. Tidak heran jika Clematis menjadi tanaman semak paling populer untuk tanaman pagar. Clematis dapat tumbuh dengan cepat dan mudah beradaptasi dengan lingkungan. Pokok Clematis juga sesuai untuk dikombinasikan dengan bunga lain untuk mempercantikan lagi kawasan keliling rumah seperti jenis Clematis Ungu dengan Bunga Mawar merah muda. Dilaporkan dimana antara salah satu manfaat tanaman pagar rumah adalah menjadikan rumah jadi tampak terlihat indah.  


Dalam pada itu memilih tanaman Pagar Soka Jawa juga memang sering manjadi pilihan. Bunga Soka Jawa banyak ada digunakan sebagai tanaman hiasan atau sebagai tanaman pagar dikawasan taman keliling yang dapat dibentuk sehingga menarik. Daunnya yang dilihat berwarna hijau menjadikannya tanaman pagar jenis ini antara yang popular dan baik. Apa pun tanaman Soka Jawa lebih menawan ketika bunganya sedang mekar terutama di musim panas. Ia adalah sejenis tanaman dari kawasan tropika yang boleh menghasilkan bunga iaitu berbentuk bintang kecil dari warna merah, pink, oren dan kuning dimana selalu berada berkelompok di bahagian hujung batang. Tanaman pokok pagar ini pada penulis blog bukan tanaman yang tumbuh dengan cepat atau mudahnya ia lambat membesar jadi selalunya ia perlukan waktu agak lama untuk menjadi bentuk pagar yang menarik. Apa pun cara penanamnan pokok omo sesuai dicampur bersama jenis pokok hiasan lain yang sesuai dengannya. 
Artikel ini ditulis dalam 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN PAGAR... BANYAK JENISNYA...
DI PILIH TERBAIK... MESTI DIJAGA JUGA...
PELBAGAI WARNA... CANTIKKAN RUPA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Zulhijjah 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.