Tuesday, July 25, 2023

TANAMAN PAGAR - ADA INFO MENARIK (Pt 1)

TANAMAN PAGAR
(Hedgerows) merupakan tanaman yang ditanam dalam barisan dengan pokok renek secara dekat, dilatih dan diselenggara membentuk pagaran atau tanda sempadan untuk sesuatu kawasan. Tanaman pagar digunakan bagi membahagikan antara jalan raya dengan kawasan kaki lima ditepinya dimana ia juga satu bentuk landskap ringkas seni menggubah pokok renek. Pada penulis blog mendapati dimana tanaman pagar selalunya terdiri dari jenis tumbuhan yang ditanam ditepi-tepi sempadan bertujuan bagi banyak jenis kegunaan tetapi secara umumnya ia ditanam pada bahagian tengah sebagai pembatas antara bangunan, ladang, infrastruktur seperti jalanraya atau pun sebagai tanda atau pembatas antara petak premis dengan pihak lain. Bagaimana pun kini tanaman pokok pagar sudah ada banyak kegunaan lain terutama bertujuan mendapatkan keindahan. Tanaman yang ditanam dapat berupa tanaman yang boleh juga ianya dituai termasuk tanaman seperti jenis sayuran, tanaman herba (Pokok Salam di depan rumah penulis blog) yang sesuai diambil daunnya untuk dijadikan bahan masakkan dan kegunaan lain. Pada penulis blog menyatakan dimana isu tanaman pagar mempunyai fungsi sebagai kompoun dan sebagai pokok pelindung dari serangan binatang, bencana alam ataupun disebebkan oleh manusia. 
Tanaman-tanaman pagar ini selain dipakai untuk mempercantikan kawasan keliling rumah ada yang sengaja menanamnya untuk sumber penghasilan herba sebagai ubatan.  pagar tanaman dan dipakai pula untuk pengobatan. Seperti katuk/daun katuk, tanaman ini ditanam di tepi-tepi rumah sebagai tanaman pagar untuk sayuran dan obat-obatan. Adapun ada tanaman yang khusus ditanam sebagai tanaman pagar yang dipakai sebagai tanaman hiasan yang mana ia menjadi penghias makanan seperti bunga terulak (Calonytion aculeatum). Biasa ditanam di tidak jauh pot atau melilit sebagai tanaman pagar yang memenuhi kawasan pagar rumah. Bunga Telang (Clitoria ternatea) pada penulis blog yang menanmnya di rumah sesuai menjadi tanaman pagar yang merambat dimana ia adalah sejenis herba sesuai digunakan akarnya untuk mengeluarkan dahak dari bronkitis dan bunganya untuk pewarna seperti nasi kerabu. Perlu diawasi pokok telang kerana dilaporkan akarnya adalah merbahaya dan ada racun yang boleh menyebabkan perut kembung dan jikalau termakan berlebihan pula akan ia menyebabkan hilang pertimbangan. Tanaman pagar pada penulis blog memang ia mempunyai faedah untuk menjadikan ekosistem lebih baik dan boleh menjadi sumber makanan dan habitat untuk tupai dan burung. Tanaman pagar juga boleh ianya menjadi sumber makanan untuk para serangga jenis pendebunga sehingga membantu dalam keanekaragaman alam sekitar dalam dunia pertanian. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa info menarik mengenai tanaman pagar untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Di 
Malaysia sama dengan beberapa negara lain dimana 'Pagar' atau 'fence' adalah salah satu komponen yang wajib ada pada rumah terutama di kawasan rumah ekslusif dan rumah biasa. Biasanya komponen ini menjaga keamanan dan keselesaan sesebuah rumah agar tidak sembarang orang boleh masuk. Pada penulis blog dimana jenis pagar yang selalu digunakan adalah pagar yang terbuat dari besi ataupun aluminium dimana keduanya memang lebih kuat dan tahan lama. Bagaimana pun pada penulis blog jenis pagar tanaman hidup adalah terbaik kerana ia kebih cantik, menarik, menyihatkan cuma perlukan lebih penyelenggaraan. Kini sudah ada beberapa jenis tanaman pagar yang mampu mengatasi masaalah pencemaran udara sehingga sesuai juga digunakan sebagai herba untuk tujuan peribatan dan bahan kosmetik. Memang rumah adalah sebuah tempat tinggal yang sangat penting untuk keluarga dan boleh membuat para penghuninya merasa selesa untuk tinggal di dalamnya. Para penghuni peru menyediakan keadaan persekitaran luaran dan dalaman yang disesuaikan dengan citarasa. Susunatur perabut dalam rumah disesuaikan dengan rekabentuk rumah, warna dinding dan hiasan dalaman. Pemilik rumah juga boleh menbuat beberapa cara berbeza mengikut masa supaya rumah akan sentiasa dilihat berlainan dimana salah satunya adalah dengan menanam tanaman pagar di sempadan rumah. Ada banyak jenis-jenis tanaman pagar yang boleh dipilih disesuaikan dengan keadaan tanah, persekitaran dan bentuk rumah sendiri. Mengetahui saiz pokok, warna daun, tinggi pagar dan jenis pokok hiasan yang berbagai jenis dan juga beragam juga memberikan kepuasan pemiliknya. Memang di Malaysia mudah mendapatkan jenis-jenis pokok hiasan sama ada dibeli dari nurseri swasta atau mendapatkannya daripada rumah rakan dan jiran sebeah rumah. Beberapa pilihan yang popular dan diminati di negara kita termasuk tanaman pagar seperti jenis Pokok Pagar Boxwood, Cemara Kipas, Glossy Abelia, Clematis, Asoka Jawa. Pucuk Merah, Pittosporum, Pokok Buluh, American Holly dan ada beberapa lagi.


Biasanya tanaman pagar yang dijaga dengan baik akan dapat memberikan permandangan selesa dan sebaliknya jika tidak dibuat penyelenggaraan baik ia akan mencacatkan situasi. Pada masa ini dilihat yang tanaman pagar sudah menjadi satu konsep hiasan diman semakinberagam bentukdan cara persembahanya. Tanaman ini bukan sahaja hanya ditanam di dalam pot tetapi juga sesuai dijadikan sebagai tanaman pagar. Pagar hidup yang berasal dari tanaman dapat memberikan satu keindahan yang asli dan semuolajadi yang membahagiakan.    Pagar tanaman atau pagar hidup tidak hanya berfungsi untuk tujuan dekorasi taman yang cantik kerana ia memiliki berbagai fungsi lain terutama sebagai tanda membuat dinding atau sempadan atau penghalang kepada gangguan dari luar. Dalam pada itu fungsi lainnya dapat bertindak sebagai salah satu penahan angin dan pelindung semulajadi dari cuaca etermasuk panas daru sinaran matahari. Pemilihan tanaman yang tepat akhirnya akan dapat menghasilkan tanaman pagar yang menarik dan memberikan aura positif. Apa pun ada berbagai jenis tanaman sesuai ditanam sebagai pagar hidup walau pun lokasi di semoadan atau di taman hanya bersaiz kecil sahaja. Pagar dari tanaman dapat menjadi satu daya tarikan khusus kepada persekitaran dikawasan perumahan dan juga jiran yang berhampian.


Dilaporkan tanaman pagar jenis Boxwood merupakan tanaman pagar klasik yang popular sepanjang tahun. Jenis pokok pagar ini memberikan kepuasan kepada pemilik rumah kerana ia dapat dijaga betul-betik sebagai pagar hidup yang menarik. Dilihat dengan teliti dimana ia mempunyai daun yang mana serbaguna dan didakwa ia boleh juga digunakan untuk taman formal dan tamanb informal. Pokok Pagar Boxwood dapat dibentuk mengikut kehendak pemiliknya sehingga boleh menjadi bentuk geometris yang terpotong rapat atau dibentuk sesuai dengan keinginan diperlukan. Pokok Boxwood memiliki berbagai jenis ukuran, bentuk, peringkat pertumbuhan dan kemampuan untuk ia bertahan hidup dalam keadaan tanah dan persekitaran yang berbagai situasi. Pokok Boxwood ada mana pemiliknya akan membentuk bulat atau ada yang akan tumbuh dan menyebar di tanah sama ada dijadikan sebagai kedudukan pokokk yang tumbuh menegak dan boleh dibentuk menjadi pokok yang bentuknya membulat, tirus, zigzag dan sebagainya. Pokok Boxwood tumbuh dengan cepat dan subur meskipun mengalami pemotongan berulang kali. Tanaman pagar ini jug a merupakan tanaman pagar yang sempurna untuk membuat rumah akan dilihat hijau dan menyamankan mata yang memendangnya. Kehebatan lain dimana aspek penjagaan pokok boxwood adalah mudah dan ia adalah sejenis pokok yang lasak. Artikel ini ditulis dalam 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai untuk ia dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN PAGAR... BANYAK JENISNYA...
DI PILIH TERBAIK... MESTI DIJAGA JUGA...
PELBAGAI WARNA... CANTIKKAN RUPA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Zulhijjah 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.