Monday, July 31, 2023

ASAM JAWA DAN FAKTA MENARIK (Part 2)

TANAMAN ASAM JAWA (Tamarindus indica) adalah sejenis tumbuhan yang penting dari keluarga Fabaceae yang mana ia menghasilkan buah asam untuk kegunaan masakan harian di Malaysia. Penulis blog merujuk sumber dimana Malaysia ketika ini mengimport lebih kurang 60 - 80 peratus asam jawa dari luar negara terutamanya dari negara India kerana jumlah pengeluaran asam jawa tempatan adalah sangat kurang. Sebenarnya apa yang penulis bloh faham dimana pokok tumbuhan ini adalah sangat mudah dan cepat untuk ianya dibiakkan. Ia mampu membiak secara tampang atau penyebaran biji benih. Ia memang tahan lama disimpan dan sangat mudah bercambah. Jika ditanam secara tampang selalunya ia akan berbuah selepas 3 - 5 tahun ditanam. Jika ia ditanam secara biji benih pula sellunya ia akan mula berbuah selepas 6 - 8 tahun. Menurut kajian di negara pengeluar dimana pokok asam jawa terbesar di dunia berada di India yang mana buahnya yang masak biasanya akan dibiarkan di atas pokok sehinggalah kandungan airnya berkurangan sehingga 20 peratus. Selain itu dilaporkan pokok yang matang juga boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 150 - 200 kg buah pada masa setahun. Apa pun sebelum dipetik, dahannya akan digoncang terlebih dahulu untuk tujuan membiarkan buahnya yang telah masak secara semula jadi gugur dan dikutip di tanah. Untuk tujuan pasaran segar pula, buahnya akan dipetik dengan menggunting tangkainya supaya ia tidak mudah rosak. Pokok asam jawa adalah pokok saka yang mana pokok cukup tua boleh mencapai ketinggian sehingga 25 meter. Pokok ini boleh hidup lama dan masih mampu mengeluarkan hasil walaupun telah berusia puluhan tahun. Pada pemerhatian saya mendapati pokok ini tahan dari serangan serangga perosak, tiupan angin kencang malahan tahan terendam dalam air berbanding dengan pokok lain. Batang utama pokoknya pendek tetapi mempunyai banyak cabang dan bentuk pokoknya adalah rimbun. Dahan dan cabang pokok mempunyai susunan yang terbuka luas. Dahan pokok amat kuat dan tahan tiupan angin kencang dan jarang-jarang sekah atau patah. Kanopi pokok asam jawa juga berbentuk seperti kubah yang bulat melebar. Pokok ini tahan kemarau dan mudah hidup di mana-mana jenis tanah sama ada pada tanah yang subur atau tanah bermasalah. Dikawasan Majlis Perbandaran pokok ini ditanam kerana ianya sesuai dijadikan pokok teduhan dan amat menarik jika ditanam sebagai penghias di bahu jalan. Pencirian pokok asam jawa dikenali dengan daunnya berwarna hijau terang, panjangnya 10-15 cm daripada jenis pinat dengan anak daun berbentuk bujur sebanyak 10-20 pasang. Daunnya sentiasa menghijau tetapi apabila cuaca terlalu panas daun-daun ini akan gugur. Daun ini bertangkup pada waktu malam dan merupakan satu keunikan tanaman asam jawa yang saya pernah lihat. Bunga asam jawa adalah agak kecil yang lazimnya berwarna kuning air dan tumbuh di cabang bahagian hujung. Kelopak bunganya adalah berwarna merah jambu. Ia akan gugur apabila bunga mengembang. Bunga asam jawa mengeluarkan Buah Asam Jawa atau Lenggai yang panjang dimana ianya agak melengkung sedikit, juga permukaannya genting dan mengelembung beralun yang menunjukkan ada biji benih yang terkandung di dalamnya. Warnanya lengai asam jawa adalah coklat karat dan apabila matang buah lenggai akan menjadi rapuh dan mudah terbuka. Pemerhatian menunjukkan apabila lenggai telah merekah ia akan menampakkan isinya (pulpa) berwarna coklat gelap. Terdapat biji berwarna coklat kehitam-hitaman yang agak keras dan berkilat. Hampir setengah daripada berat lenggai terdiri daripada pulpa yang rasanya masam. Pulpa ini mengandungi gula (30-40%) dan asid organik seperti Asid Citrik, Tartarik, Asis Asitik dan Asid Askorbik (Vitamin C). Pulpa ini juga merupakan sumber bahan makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral terutamanya kalsium. Artikel pada malam ini dari Aras 4, Hotel Four Point Desaru saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta menarik mengenai asam jawa dan kehebatannya untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Dalam media tempatan dilaporkan bagaimana 'Asam Jawa, Bagus Untuk Kesihatan Dan Kecantikan' memang sesua dirujuk faktanya. Pembaca blog pasti pernah terdengar atau terbaca mengenai asam jawa bagus untuk tubuh badan kita terutamanya buat kesihatan oral dan kecantikan kulit. Pun begitu saya fikir mungkin ramai lagi yang belum tahu mengenai manfaatnya yang lain buat kita. Pada penulis blog dimana asam jawa atau turut dikenali sebagai celagi adalah sejenis tumbuhan saka malar hijau yang menghasilkan buah asam. Menurut kajian sejarah, antara penemuan terawalnya adalah di Senegal, Afrika. Buktinya, ibu negeri Senegal diberi nama Dakar yang membawa maksud ‘pokok asam jawa’ dalam bahasa tempatan. Bukan setakat di situ sahajadimana pokok ini juga mula tersebar dan terkenal di wilayah Afrika sehingga menjadikannya antara tumbuhan semula jadi yang tumbuh meliar di benua itu. Pokok asam jawa ini mula diperkenalkan ke negara-negara Asia melalui pedagang-pedagang Arab yang singgah ke Asia Tenggara untuk berniaga sambil menyebarkan fahaman agama Islam. India pula adalah negara yang banyak pengeluaran pokok ini sehingga menjadikannya kawasan tanaman dan ladang yang paling luas di dunia. Kini hampir sebanyak 250,000 metrik tan asam jawa dihasilkan setiap tahun di seluruh dunia dan 65 peratus daripadanya adalah hasil tanaman daripada India. Ia juga digunakan untuk pelbagai kegunaan di seluruh dunia. Hampir 3,000 metrik tan daripada pembuatannya telah dieksport ke pelbagai negara di benua Eropah dan Amerika. Ia adalah sejenis tersebar luas ke serata dunia termasuklah di negara di Malaysia. Pokoknya ditanam sebagai pokok tanaman dan juga boleh dijadikan pokok hiasan. Ia sangat terkenal sebagai sejenis ramuan masakan dalam kalangan masyarakat kita terutamanya yang berbangsa Melayu. Kebiasaannya ia akan dibuang hampasnya, dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya sahaja yang akan digunakan dalam masakan. Tumbuhan ini juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun ditambah dengan gula untuk dibuat minuman. Pucuk muda mentah atau yang telah dicelur boleh dimakan dengan cencaluk, budu, sambal belacan atau pelbagai lagi pencecah lain bersama dengan nasi. Buahnya pula yang dikupas kulit dan ditumbuk kasar atau dicarik kecil dan dicampurkan dengan sambal belacan, amat sesuai dan sedap dimakan dengan nasi. Rasa buahnya adalah masam bercampur manis manakala daunnya pula sedikit kelat. Ia juga biasa digunakan untuk menjadi ubat tradisional bagi merawat sakit tekak dan juga batuk. Ramai selebriti terutamanya penyanyi mengamalkan minum air asam jawa untuk menjaga suara mereka dan ternyatalah ia sangat bagus untuk kesihatan oral.


Fakta menarik bagaimana 'Pokok asam jawa berusia 200 tahun' di utara memang sesuai dikongsikan. Portal hmetro.com paparkn foto dimana Salmiah Shaari dilihat sedang mengopek asam jawa di atas buaian di bawah pokok tersebut yang berusia 200 tahun di belakang rumahnya di Kampung Bawah Bukit, Chuping, Perlis. Ia paparkan bagaimana aktiviti me­ngutip dan mengupas buah asam jawa setiap kali musimnya sangat sinonim dan cukup rancak dalam kalangan penduduk kampung di sekitar negeri ini. Lebih unik di Kampung Bawah Bukit, Chuping terdapat sebatang pokok asam jawa yang berusia hampir 200 tahun di belakang rumah pasangan warga emas masih mengeluarkan hasil banyak setiap musim iaitu sekitar Januari hingga Mac. Selalunya hasil buah asam jawa dari pokok berkenaan mampu memanfaatkan lebih 50 penduduk setempat dan dalam kalangan saudara-mara Salmiah Shaari, 60, sendiri yang tidak menjualnya, sebaliknya hanya memberikan secara percuma kepada mereka yang datang mengutip buah berkenaan setiap kali musim. Asam jawa merupakan antara komponen bahan mentah yang penting dalam masakan dan juga ‘wajib’ ada di setiap rumah. Lazimnya asam jawa yang sudah siap dikupas dijual di pasaran pada harga sekitar RM18 hingga RM20 sekilogramSalmiah yang mesra disapa Mak Ngah berkata, setiap kali musim, dia meluangkan masa melakukan aktiviti mengupas asam jawa yang menjadi satu keseronokan dan kepuasan kepadanya. Jelasnya ada tahun ini dimana ha­sil agak banyak iaitu sekitar 100 kilogram di mana penduduk dan saudara-mara datang bersama mengutip buah berkenan. Dakwanya sejak menetap di sini 24 tahun lalu, pokok asam jawa ini difahamkan berusia ratusan tahun. Dia yang tidak jual asam jawa ini dan selalu akanmemberi secara percuma kepada penduduk sekitar atau jiran-jiran. Aktiviti mengupas asam jawa sangat mengasyikkan dan kadangkala boleh berlarutan sehingga berjam-jam. Proses menghasilkan asam jawa tidak begitu rumit iaitu selepas dikopek isinya digaulkan dengan garam supaya tahan lebih lama seterusnya di­simpan di dalam bekas.


Fakta bagaimana 'Musim wanita Perlis buat asam jawa sudah tiba' memang sesuai dikongsikan juga. Tiba musim untuk membuat asam jawa di Perlis tahun ini. Rata-rata kaum wanita di negeri ini sedang sibuk mengutip buah asam jawa untuk dijadikan asam jawa. Asam jawa yang dikenali sebagai bahan mentah yang penting dalam masakan dan juga perubatan tradisional ini memang wajib ada di setiap rumah. Sebenarnya membuat asam jawa ini sudah lama menjadi amalan dalam kalangan warga emas yang tinggal di kampung-kampung di negeri Perlis. Tambahan pula bulan Januari hingga Februari adalah musim pokok-pokok buah asam jawa masak dan sudah boleh dipetik. Bagi mendapatkan bekalan asam jawa tidak sukar kerana kebanyakan penduduk menanam sendiri pokok asam jawa di halaman rumah masing-masing. Pokok asam jawa bukannya rending tetapi tinggi dan buah-buah merimbun dan boleh gugur jika sudah terlalu masak. Bagi yang tidak mempunyai pokok asam jawa pula mereka akan membeli buah-buah asam jawa ini yang biasanya dijual pada harga RM13 untuk setiap tin minyak masak. Rosni Salim atau lebih dikenal sebagai Kak Ah (68 tahun) yang tinggal di Kampung Tebing Tinggi, Bintong, ketika ditemui dakwa setiap tahun dia akan membuat asam jawa sendiri. Dia menanam pokok asam di hadapan rumah sejak lebih 20 tahun lalu dan nampaknya sudah banyak jasa apabila berbuah setiap tahun. Biasanya dia akan mengait buah-buah asam jawa ini dengan cara  menggunakan galah buluh yang panjang. Bagaimanapun tidak semua buah asam jawa yang dikait itu elok kerana ada juga yang rosak. Kak Ah turut dibantu jirannya, Habshah Hanapiah, 63, mengopek buah asam jawa kerana prosesnya memakan masa. Proses mengopek asam juga memakan masa, ia akan dijemur selepas dikopek dimana selepas buah-buah asam yang dikopek itu kering baharulah mudah melakukan proses membuang biji. Untuk mengelak rasa bosan, kadang-kadang itu saya ajak jiran supaya dapat melakukan kerja mengopek asam bersama-sama dimana asam jawa tanpa biji ini kemudiannya digaul dengan garam supaya lebih tahan lama apabila disimpan. I'm asam jawa siap dikopek dijual di pasaran pada harga RM18 - RM20 sekilogramArtikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untk dibaca semuannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..

ASAM JAWA... MEMANG HEBAT FAKTANYA...
MUDAH DIBELI... DIMANA-MANA SAHAJA...
DAAM MASAKAN... DUNIA KECANTIKAN JUA...
MEMBACA ARTIKEL... FAHAM FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 427, Hotel Four Point Desaru,
Bandar Penawar,
Kota Tinggi, Johor,
Malaysia.
(12 Muharram 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.