Tuesday, August 1, 2023

ASAM JAWA DAN FAKTA MENARIK (Part 1)

TANAMAN ASAM JAWA
(Tamarindus indica) adalah sejenis tumbuhan yang penting dari keluarga Fabaceae yang mana ia menghasilkan buah asam untuk kegunaan masakan harian di Malaysia. Penulis blog merujuk sumber dimana M
alaysia ketika ini mengimport lebih kurang 60 - 80 peratus asam jawa dari luar negara terutamanya dari negara India kerana jumlah pengeluaran asam jawa tempatan adalah sangat kurang. Sebenarnya apa yang penulis bloh faham dimana pokok tumbuhan ini adalah sangat mudah dan cepat untuk ianya dibiakkan. Ia mampu membiak secara tampang atau penyebaran biji benih. Ia memang tahan lama disimpan dan sangat mudah bercambah. Jika ditanam secara tampang selalunya ia akan berbuah selepas 3 - 5 tahun ditanam. Jika ia ditanam secara biji benih pula sellunya ia akan mula berbuah selepas 6 - 8 tahun. Menurut kajian di negara pengeluar dimana pokok asam jawa terbesar di dunia berada di India yang mana buahnya yang masak biasanya akan dibiarkan di atas pokok sehinggalah kandungan airnya berkurangan sehingga 20 peratus. Selain itu dilaporkan pokok yang matang juga boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 150 - 200 kg buah pada masa setahun. Apa pun sebelum dipetik, dahannya akan digoncang terlebih dahulu untuk tujuan membiarkan buahnya yang telah masak secara semula jadi gugur dan dikutip di tanah. Untuk tujuan pasaran segar pula, buahnya akan dipetik dengan menggunting tangkainya supaya ia tidak mudah rosak. Pokok asam jawa adalah pokok saka yang mana pokok cukup tua boleh mencapai ketinggian sehingga 25 meter. Pokok ini boleh hidup lama dan masih mampu mengeluarkan hasil walaupun telah berusia puluhan tahun. Pada pemerhatian saya mendapati pokok ini tahan dari serangan serangga perosak, tiupan angin kencang malahan tahan terendam dalam air berbanding dengan pokok lain. Batang utama pokoknya pendek tetapi mempunyai banyak cabang dan bentuk pokoknya adalah rimbun. Dahan dan cabang pokok mempunyai susunan yang terbuka luas. Dahan pokok amat kuat dan tahan tiupan angin kencang dan jarang-jarang sekah atau patah. Kanopi pokok asam jawa juga berbentuk seperti kubah yang bulat melebar. Pokok ini tahan kemarau dan mudah hidup di mana-mana jenis tanah sama ada pada tanah yang subur atau tanah bermasalah. Dikawasan Majlis Perbandaran pokok ini ditanam kerana ianya sesuai dijadikan pokok teduhan dan amat menarik jika ditanam sebagai penghias di bahu jalan. Pencirian pokok asam jawa dikenali dengan daunnya berwarna hijau terang, panjangnya 10-15 cm daripada jenis pinat dengan anak daun berbentuk bujur sebanyak 10-20 pasang. Daunnya sentiasa menghijau tetapi apabila cuaca terlalu panas daun-daun ini akan gugur. Daun ini bertangkup pada waktu malam dan merupakan satu keunikan tanaman asam jawa yang saya pernah lihat. Bunga asam jawa adalah agak kecil yang lazimnya berwarna kuning air dan tumbuh di cabang bahagian hujung. Kelopak bunganya adalah berwarna merah jambu. Ia akan gugur apabila bunga mengembang. Bunga asam jawa mengeluarkan Buah Asam Jawa atau Lenggai yang panjang dimana ianya agak melengkung sedikit, juga permukaannya genting dan mengelembung beralun yang menunjukkan ada biji benih yang terkandung di dalamnya. Warnanya lengai asam jawa adalah coklat karat dan apabila matang buah lenggai akan menjadi rapuh dan mudah terbuka. Pemerhatian menunjukkan apabila lenggai telah merekah ia akan menampakkan isinya (pulpa) berwarna coklat gelap. Terdapat biji berwarna coklat kehitam-hitaman yang agak keras dan berkilat. Hampir setengah daripada berat lenggai terdiri daripada pulpa yang rasanya masam. Pulpa ini mengandungi gula (30-40%) dan asid organik seperti Asid Citrik, Tartarik, Asis Asitik dan Asid Askorbik (Vitamin C). Pulpa ini juga merupakan sumber bahan makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral terutamanya kalsium. Artikel pada malam ini dari Aras 4, Hotel Four Point Desaru saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta menarik mengenai asam jawa dan kehebatannya untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Menyentuh mengenai kehebatan f
akta menarik mengenai asam jawa memang sering diperkatakan. Pada penulis blog dimana asam jawa adalah sejenis tumbuhan daripada keluarga fabaceae yang berasal daripada Afrika dimana genusnya adalah monotypic taxon dan hanya mempunyai satu spesies sahaja
Nama Inggerisnya iaitu tamarind adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tamar hindi yang bermaksud ‘kurma India’
Di Jepun, Colombia, Mexico, Peru, Puerto Rico, Venezuela, Itali, Sepanyol dan Republik Dominikan, ia dikenali sebagai 'tamarindo'. Ia tumbuh dengan liar di negara Afrika seperti Sudan, Cameroon, Nigeria dan Tanzania. Di Tanah Arab apa pun ia merupakan sejenis tumbuhan dengan liar di Oman terutamanya Dhofar. Negara India dari FAOSTAT direkodkan dimana ia adalah negara pengeluar asam jawa terbesar di dunia. Asam jawa adalah pokok yang tumbuh sederhana dan boleh hidup lama yang mampu mencapai tinggi sehingga 12 ke 18 meter. Daun pokok ini berwarna hijau cerah, berbentuk bujur, berurat daun selari dan kurang daripada 5 cm. Bunganya adalah berukuran lebih kurang 2.5 cm atau 1 inci, lebar, lima kelpak dan berwarna seakan kemerahan dan keorenan. Dalam pada itu hampasnya yang telah matang boleh dimakan dan memiliki tekstur yang berair dan berjus
Di Asia Tenggara, asam jawa digunakan untuk dijadikan sebagai lapik untuk diletakkan di dahi individu yang sedang mengalami demam. Ia mungkin akan mendatangkan kesan kepada perut kerana ia tinggi kandungan asid malic, tartaric dan potassium bitartrate. Di rumah atau di kuil, terutamanya bagi penginap agama Buddha, hampasnya digunakan untuk membersihkan patung berhala. Kayu pada pokoknya boleh dibuat perabot atau pelbagai lagi objek kayu-kayuan. Ada laporan dimana ada di beberapa negara Asia dimana ia digunakan sebagai spesies bonsai. 


Adalah menarik mengetahui akkan fakta k
hasiat asam jawa untuk kesihatan. Dilapokan dimana tumbuhan ini yang kaya dengan vitamin, antioksidan dan mineral adalah sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikan individu. Berikut merupakan antara manfaat-manfaat asam jawa untuk kesihatan. Paling asas diana faktanya asam jawa memang ia dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan. Lazimnya untuk pengetahuan anda, tumbuhan ini mengandungi antioksidan yang dapat membantu untuk ia dapat meningkatkan sistem imunisasi kita. Disebabkan itu juha pengambilannya sangat membantu untuk melindungi kita dari pelbagai jenis penyakit seperti demam, selesema, batuk dan jangkitan virus yang lain-lain. Seterusnya fakta lain iaitu bagaimana asam jawa akan membantu menurunkan berat badan.  Buah dari tumbuhan ini juga sebenarnya mampu membantu meningkatkan tahap metabolisma tubuh badan kita. Oleh itu, pengambilannya dapat membantu individu yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Ia mengandungi asid sitrik yang membantu mengurangkan pembentukan lemak dalam tubuh badan. Dalam pada itu juga, pengambilannya juga dapat membantu merangsang produksi enzim-enzim yang dapat mengurangkan penyimpanan lemak di dalam tubuh badan. Hebat asam jawa yang boleh membantu mengurangkan pembengkakan. Buah ini sangat bagus untuk membantu mengurangkan pembengkakan pada sendi dan otot serta mampu membantu meningkatkan aliran pada darah. Oleh itu, pengambilannya secara rutin juga dapat membantu mengurangkan masalah refluks asam dalam tubuh badan kita. Hebatnya dimana asam jawa akan membantu mengatasi masalah pencernaan. Asam jawa mengandungi sifat diuretik ringan yang membantu mengatasi masalah pencernaan. Sekiranya anda kerap mengalami sembelit, kekembungan dan kekejangan perut bleh amalkan cuba mengambilnya sebagai makanan atau minuman pada setiap pagi. Ini pasti dapat membantu untuk membuatkan usus menjadi lebih sihat,


Di kalangan wanita pula amalan sejak dulu empercayai dimana asam jawa sesuai digunakan untuk dunia rawata kecantikan. Amalan menggunakan asam jawaa sejak dulu memang ia
 sangat baik untuk tujuan kecantikan individu terutamanya kecantikan kulit. Antara manfaat-manfaat asam jawa untuk kesihatan termasuk ia membantu mencerahkan kulit.  Caranya adalah mudah sahaja, cuba rendam beberapa asam dalam air panas sehingga ia mula berubah menjadi ekstrak. Kemudian, campurkan serbuk kunyit dan sapukan pada kulit wajah atau mana-mana bahagian kulit anda. Tunggu sehingga 10 minit dan bilas bahagian kulit tersebut sehingga bersih. Ulang cara ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk mendapatkan kesan yang lebih maksimum. Asam jawa juga dikaitkan dengan rawatan untuk memutihkan kulit. Walau pun seua orang suka wajah yang putih seebanrnya ini tdak bermakna kulit grlap tidak menarik. Amalan yang boleh sesiapa lakukan adalah campurkan madu dan lemon dalam ekstrak asam dan kemudian jadikannya sebagai jus. Selepas itu, sapukan pada kulit dan bilas selepas 10 minit. Jika ia dapat dilakukan dengan konsisten lazimnya kulit mungkin akan terlihat lebih putih daripada sebelumnya. Perkara ini pada penulis blog ia adalah berkait dengan fakta dimana asam jawa akan merawat bahagian kulit yang gelap. Dalam testimoni dimana ini adalah masalah yang sering dialami oleh ramai individu terutamanya yang berbadan sedikit gempal. Sekiranya anda memiliki kulit yang gelap di sekitar leher, ketiak, punggung, bawah paha atau mana-mana bahagian kulit sekalipun, cuba gunakan cara ini. Campurkan air mawar dan madu dalam ekstrak asam. Kemudian, sapukan ia pada bahagian kulit yang gelap dan bilas dengan air selepas 15 minit. Ini pasti akan terkejut dengan hasilnya selepas melakukannya beberapa kali. Siapa sangka jika asam jawa mampu untuk menghilangkan selulit. Isu selulit memang terkenal dengan sifatnya yang degil dimana selalunya ia memang sangat sukar untuk dihilangkan. Amalkan mengambil beberapa ekstrak asam jawa dan tambahkan sedikit lemon, gula dan serbuk penaik di dalamnya. Kemudian boleh di gosok kulit yang mengalami selulit itu dengan sikat yang telah dicelupkan ke dalam campuran ini. Lakukannya beberapa kali dalam seminggu untuk mendapatkan kesan yang lebih memuaskan. Fakta menarik bagaimana asam jawa boleh mengelupaskan sel-sel kulit mati sesuai saya kongsikan. Ini kerana asam jawa memang mengandungi asid alfa hidroksi yang merupakan bahan yang bagus untuk mengelupaskan sel-sel kulit mati. Ini disebabkan oleh asam memiliki asas kemampuan semula jadi untuk menghilangkan kotoran yang terjebak di dalam pori-pori kulit. Caranya, ambil beberapa ektrak asam dan satu sudu garam. Kemudian, gaulkannya dengan rata dan sapukan perlahan-lahan pada kulit anda dengan menggunakan jari. Selepas beberapa minit membiarkannya, bilas dengan air bersih. Pembaca pasti akan berpuas hati apabila semua sel kulit mati akan hilang daripada kulit.


Seterusnya fakta bagaimana asam jawa akan m
engelakkan masalah rambut gugur. Ia bukan sahaja untuk kulit malahan ia juga sebenarnya adalah sangat bagus untuk rambut. Asam dapat membantu untuk mengurangkan rambut gugur dan rosak. Caranya adalah apa yang penulis blog faham dengan amalkan mengurutkan kulit kepala anda dengan asam yang sudah diekstrak dan balutkan kepala anda dengan kain tuala. Selepas 15 minit kemuidana pastikan untuk mencuci rambut anda dengan syampu dan perapi rambut. Jadikannya ia sebagai rutin mandian anda untuk menguatkan lagi rambut. Paling penulis blog suka menulis dimana dakwaan asam jawa mampu mencegah penuaan. Perkara ini sudah pasti ramai yang ingin mencuba bila tahu asam jawa dapat membantu mencegah penuaan daripada terlihat dan terkesan kepada anda. Ini kerana ia mengandungi vitamin, serat, asam dan antioksidan yang sangat bagus untuk kulit terutamanya. Caranya dengan mencampurkan ekstrak asam dengan madu, adunkan dan sapukan ia pada bahagian tubuh badan yang mula menunjukkan penuaan. Bagaimana pun ada fakta yang perlu diketahui siapa yang sebaiknya tidak mengambil asam jawa. Walaupun orang ini mungkin adalah golongan yang rugi namun lebih baik ia dielakkan untuk mengelakkan sesuatu yang lebih buruk berlaku. Pertama adalah golongan wanita hamil dan sedang menyusukan anakWalaupun masih terdapat banyak kekeliruan mengenai kesan tumbuhan ini kepada wanita hamil dan sedang menyusukan anak, satu hal adalah pasti. Satu cawan ekstrak asam jawa mengandungi 3.36 mg zat besi yang merupakan 12 peratus daripada 27 mg zat besi yang diperlukan oleh wanita hamil pada setiap hari. Apa pun seperti yang diketahui umum, zat besi adalah sangat penting untuk membantu meningkatkan isi padu darah. Akan tetapi ia juga akan menyebabkan peningkatan risiko bayi lahir kurang berat atau kelahiran bayi pramatang akibat terlebih pengambilan zat besi. Mereka yang mengalami kencing manis atau penderita diabetes waspada kerana asam jawa mampu membantu mengurangkan kadar gula dalam darah. Namun disebabkan itu mereka perlu khuatir kebolehan ini mampu menganggu kawalan gula dalam darah sehingga ia menjadi terlalu rendah. Walau pun sebenarnya isu ini adalah tidak benar sama sekali. Sebaiknya mesti dipantau kadar gula dalam darah pesakit dengan lebih ketat. Perlu perhatikan juga kesesuaian ubat dan dos yang sering anda gunakan. Selepas itu, pastikan anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum anda menggunakan apa-apa suplemen berkaitan dengan asam jawa. Golongan individu yang akan melakukan apa-apa pembedahan juga perlu elakkan asam jawa. Ini kerana sebelum melakukan apa-apa operasi pembedahan, anda seharusnya tidak mengambil asam jawa. Ini kerana ia mampu mengganggu kawalan gula dalam darah selama dan selepas anda melakukan pembedahan tersebut. Sebaiknya, hentikan apa-apa penggunaannya sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum anda melakukan apa-apa pembedahan.Pada penulis blog dimana asam jawa adalah antara tumbuhan yang sangat bagus untuk kesihatan dan juga kecantikan tubuh badan kita. Di negara kita, ia sudah tidak lagi asing untuk dijadikan salah satu menu dalam makanan kita. Rasanya yang unik menjadikannya sebagai pelengkap sesuatu hidangan yang lain. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untk dibaca semuannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembacablog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
ASAM JAWA... MEMANG HEBAT FAKTANYA...
MUDAH DIBELI... DIMANA-MANA SAHAJA...
DAAM MASAKAN... DUNIA KECANTIKAN JUA...
MEMBACA ARTIKEL... FAHAM FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 427, Hotel Four Point Desaru,
Bandar Penawar,
Kota Tinggi, Johor,
Malaysia.
(12 Muharram 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.