Penanaman padi selalunya adalah dengan cara Mengubah (transplanting) sejak dahulu sudah diamalkan tetapi kini kebanyakan pesawah di Malaysia sudah menukar kepada sistem tanaman Tabur Terus (Direct seeding). Apa pun secara teknikalnya dimana tanaman terus padi ialah satu amalan tanaman di mana biji-biji benih padi ditabur terus ke sawah. Biji-biji benih akan bercambah dan kemudian ia dijaga sehingga pokok-pokoknya besar dan matang dan sesuai untuk penuaian. Kini dengan amalan tanaman terus dimana aktiviti pengubahan anak semaian padi tidak lagi perlu seperti yang terdapat dalam amalan biasa yang libatkan proses semaian, mencabut anakbenih, menghantar benih dan menanam (mengubah). Pada penulis blog mendapati dimana amalan tanaman terus padi boleh diusahakan dalam keadaan kering dan keadaan basah atau keadaan separuh basah. Cara menanam tabur terus sebenarnya boleh dibahagikan kepada 2 cara iaitu Secara Tabur Manual dan dengan cara Menggunakan Jentera Penanam biji padi. Dalam keadaan kering selalunya dimana kedua-dua cara (tabur dan dengan jentera penanam biji) boleh diusahakan mengikut kesesuaian. Tetapi di dalam keadaan basah atau separuh basah dimana cara tanaman terus secara tabur adalah lebih sesuai dan menjadi amalan ramai pesawah dikawasan utama jelapang padi di Malaysia. Pengalaman penulis blog semasa bertugas sebagai pegawai teknikal Jabatan Pertanian dahulu mendapati dimana kadar keperluan benih bagi sistem tanaman padi mencedung atau menanam (ada tapak semaian) adalah sebanyak 40 kg sehektar. Saya ada menulis artikel ini yang boleh dibaca dengan pautan berikut (Sila Klik Disini). Jika benih yang dijual mempunyai faktur kadar percambahan sebanyak 80% dengan 98% ketulinan maka jumlah sebenar benih padi dugunakan adalah 49 kg. Pesawah perlu membeli sebanyak 49 kg benih padi untuk mencukupi keseluruhan kawasan 1 hektar. Bagaimana pun kaedah penanaman dengan jentera penanam mempunyai kadar keperluan 80 kg sehektar. Ini bermakna jumlah benih yang perlu dibeli oleh pesawah dengan hipotesis sama adalah sebanyak 98 kg sehektar. Penggunaan jentera menanam memerlukan alatan khas untuk menanam padi (paddy transplanter). Teknik ini memerlukan benih padi sebanyak 140 kg sehektar atau sebanyak 171.5 kg yang perlu dibeli daripada pengedar. Paling banyak sistem penanaman padi masa kini di Malaysia adalah Sistem Tanaman Tabur Terus.Sistem ini juga memerlukan biji benih padi sebanyak 140 kg sehektar untuk kepadatan tanaman sesuai. Kalau seseorang pesawah mempunyai keluasan sebanyak 10 hektar maka keperluan membeli benih padi adalah sebanyak 1,715 kilogram atau ringkasnya sebanyak 1.7 metrik tan.
Penulis blog kongsikan kebaikan dan keburukan cara-cara menabur terus dan menanam padi dengan jentera. Apa pun dilaporkan cara ini sesuai untuk kedua-dua keadaan basah dan kering sama ada yang dilakukan menabur terus dengan tangan dimana ia mudah diuruskan, sesuai untuk kawasan kecil, selalunya hasil taburan tidak serata dan sering berlaku dimana masih ada kekosongan dibekas-bekas alur jalan semasa menabur. Bagaimana pun apabila menabur terus dengan gunakan Mesin Penabur Kuasa Tangan hasilnya adalah ia akan dapat menabur dengan serata, hanya menggunakan tenaga pusingan tangan dan masih ada kesan kekosongan dibekas alur jalan semasa menabur (Sila lihat foto paling atas). Teknik ketiga yang semakin popular digunakan dalam menanam padi secara tabur terus adalah menggunakan Mesin Penabur Berinjin dimana cara ini akan membolehkan benih padi akan ditabur serata, taburan seperti dari ruangan udara dan dilakukan dengan lebih cepat (kadar sekitar 25 minit sehektar) untuk disiapkan. Bagaimana pun dibeberapa negara maju dimana penanaman padi tabur terus adalah dengan taburan dari ruangan udara dengan Pesawat Udara (kapalterbang) dimana ia adalah cepat dan sesuai untuk kawasan luas, pada amnya kadar benih digunakan lebih banyak dan cara ini masih belum diamalkan di Malaysia lagi akan tetapi berpotensi dimasa akan datang. Kemungkinan penanaman benih padi dengan menggunakan teknologi dron adalah sudah menjadi kenyataan di Malaysia dalam masa terdekat dilaksanakan dibeberapa kawasan jelapang padi utama. Walau pun penggunaan dron lebih banyak kepada aplikasi untuk penyemburan racun serangga dan baja foliar tetapi penggunaan untuk tabur benih padi semakin mendapat permintaan kalangan pesawah moden.
Kaedah menanam padi tabur terus dengan cara menggunakan mesin sudah semakin popular dikalangan pesawah di Malaysia. Teknik ini sebenarnya amat sesuai untuk keadaan sawah yang kering. Teknik menanam padi lama yang dilakukan melalui proses Tugalan atau Jemput (selepas membuat alur dengan mesin) dimana ia selalunya akan mengambil masa yang lama, ia perlukan banyak tenaga dan rumit, berlaku keadaan dimana jarak tanaman tidak serata dan juga berlaku kadar biji semata rumpun tidak serata. Bagaimana pun jika pesawah menggunakan Mesin Penanam Biji padi ianya membolehkan ia sesuai disangkutkan ke belakang mesin pembajak putar, boleh lakukan proses penyediaan tanah dan penanaman dijalankan sekaligus dan sesuai untuk tanaman berbaris. Cara ini juga dapat dijalankan dengan lebih cepat dan kemas dimana ia dapat mengatasi masalah kegelinciran dan lekatan lumpur di tanah basah. Dari segi implement digunakan termasuk Mesin Injector Planter dan juga Mesin Fluid Driller dimana ia mampu mempercepatkan percambahan biji benih untuk mengatasi pembiakan rumpai, mampu mengambil masa dan berkehendakan kemahiran tetapi kelemahannya adalah mesin ini adalah tidak sesuai dalam keadaan tanah sawah basah. Bagaimana pun perlu difahami akan keadaan sesuai disawah untuk sistem tanaman padi tabur terus dapat dilakukan. Penanaman terus padi memerlukan beberapa keadaan tertentu seperti infrastruktur pengairan yang lengkap, kesesuaian tanah dan kawalan rumpai serta musuh yang ketat untuk menjamin kejayaannya. Asasnya perlukan kemudahan infrastruktur Pengairan Yang Lengkap. Ini kerana pengurusan air yang betul sangat penting di beberapa peringkat tanaman. Pengurusan air yang tidak betul bukan hanya mengganggu percambahan tetapi juga mempengaruhi pembiakan rumpai, musuh-musuh tanaman dan kerosakan permukaan tanah daripada kesan roda semasa menuai dengan jentera penuai. Infrastruktur yang lengkap ialah sistem perparitan pengairan serta pengaliran yang boleh mengawal paras air dengan tepat. Sebaiknya untuk kawalan air yang lebih cepat, parit-parit kecil sedalam dan selebar 0.5m di sekeliling petak boleh mengawal paras air dengan memuaskan. Jika permukaan tanah tidak rata di kawasan yang luas, parit-parit tambahan atau alur-alur mengalirkan takungan air mesti dibina supaya gangguan kepada percambahan benih boleh dielakkan. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Pat 2 yang digalakan untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
PERLU DIFAHAMI... AKAN TEKNOLOGINYA...
DIBERI BAJA... PERLU KAWAL RUMPAINYA...
CEPAT MENUAI... TINGGI HASILNYA JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Senior Agronomist,
Room Suite No 2, V! Boutique Hotel,
Pasir Penambang, Kuala Selangor,
Selangor,
Malaysia.
(29 Syaaban 1444H).
Melawat Sawah Di Sekinchan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.