Saturday, April 1, 2023

SEPERTI AYAM BERAK KAPOR

Peribahasa SEPERTI AYAM BERAK KAPOR merupakan satu peribahasa berkaitan ayam dan kesihatannya yang sesuai dibincangkan secara teknikal dalam pertanian. Apa pun dalam peribahasa ini jenis ayam yang dimaksudkan adalah merujuk kepada mungkn ayam kampong yang diternak dikawasan rumah dimana penyakit yang dialami ayam ini diperhatikan untuk dijadikan peribahasa. Ternakan ayam terutama ayam kampung memang ada sesekali berlaku serangan penyakit seperti Penyakit Sampar Ayam, Ayam Berak Kapor, Avian Flu dan sebagainya. Bagaimana pun penternakan ayam daging dan ayam telur kommersial jarang dilaporkan kes atau insiden ini kerana cara penternakan adalah menggunakan amalan teknologi moden. Walau pun mungkin boleh berlaku tetapi peratus kemusnahan selalunya adalah rendah dan terkawal. Peribahasa seperti ayam berak kapur yang dibuat oleh orang dulu-dulu membawa maksud iaitu 'Seseorang yang kelihatan lemah dan tidak bermaya' atau 'Rupa pucat kerana menghidap penyakit'. Contoh ayat bagi tujuan memahami peribahasa ini seperti 'Sejak jatuh sakit beberapa bulan lalu dimana Hasan hanya duduk di rumah sepanjang hari. Dia kelihatan lemah dan tidak bermaya seperti ayam berak kapur' sahaja kelihatannya. Penggunaan peribahasa ini ada digunakan dalam bahasa persuratan terutama di sekolah rendah dan juga dalam bahasa percakapan. Sebenarnya apa yang penulis blog ingin kongsikan adalah peribahasa ini direka apabila orang dulu melihat ayam yang diserang dengan penyakit berak kapor ini akan dilihat duduk diam sahaja dan tidak bergerak, hilang nafsu makan dan seakan tidak bermaya. Penyakit Ayam Berak Kapor atau feses kapur dilihat ia memiliki nama saintifik sebagai Pullorum dan Bacillary white diarrhea (BWD) yang menjadi penyebabnya adalah bakteria Salmonella pullorum dan bakteria Gram negatif yang mana ia mampu bertahan hidup lebih dari 1 tahun di dalam tanah. Haiwan ayam ternakan yang diserang penyakit ini pada umumnya mengeluarkan tahi (feses) yang berwarna putih kapur dengan tekstur seperti kapur yang cair. Bukan hanya ayam sahaja yang dapat terkena penyakit ini, namun berbagai unggas seperti puyuh, burung, kalkun, angsa dan lainnya pun rentan untuk terjangkit penyakit feses kapur. Kajian mendapati dimana penyebab dari penyakit feses kapur pada ayam adalah bakteria Salmonella pullorum sebagai keluarga bakteria dari Enterobacteriae yang mempunyai tahap adaptasi sangat tinggi. Bakteria ini menyebabkan ternak ayam akan mengalami kerosakan pada fungsi jantung dan juga kerosakan fungsi hati. Ini mengakibatkan terjadinya penurunan kualiti pada kesihatan ayam sehingga boleh menyebabkan kematian pada ayam. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis kajian saintifik ayam berak kapor untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Serangan penyakit ayam adalah cukup menghantui dimana salah satunya penyakit ayam berak kapur. Bagi para peternak ayam yang baru atau pun sudah lama tentunya penyakit ayam ini mesti diperhatikan serta dikawal dari ia terus merebak. Serangan ini akan kemudian mempengaruhi kualiti kesihatan ayam dimana merugikan penternak yang terjejas. Maka pemberitahuan kepada pihak berwajib seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang terdekat adalah perlu dilakukan dengan segera. Ini kerana ancaman penyakit ini boleh merugikan penternak dan industri ayam negara juga. Harga ayam kini semakin mahal sebab kos makanan dan penjagaannya semakin meningkat. Sejak tahun 2021 lagi harga daging ayam menjadi krisis kenaikan harga dengan teruk sehingga menyebabkan keloh kesah pengguna di Malaysia. Jika berlaku wabak penyakit ini ianya 
meresahkan banyak pihak sehingga penting bagi semua untuk mengetahui akan bentu gejala, penyebab, pengubatan sehingga kepada cara mencegah penyakit berak kapur pada ayam. Antara tanda serangan Penyakit Berak Kapur pada ayam banyak boleh dilihat. Mendiagnos dengan tepat penyakit ini sangat penting agar kawalan dengan tepat segera dilakukan. Pertama tandanya adalah jika Ayam Tidak Ada Nafsu Makan walau pun ia diberikan makanan seperti biasa. Ia adalah tanda awal serangan dimana nafsu makan yang menurun pada ayam. Kalau jika ia sihat ayam dapat menghabiskan makanannya dengan seberat 180 gram hingga 3 kg tergantung dari berat ayam tersebut. Semakin berat badannya maka jumlah makanannya juga semakin banyak. Namun jika ayam hanya makan kurang dari 180 gram maka ia berkemungkinan besar ada mengidap penyakit tertentu. Selalu di perhatikan terus jumlah makanan yang diberikan dimana jika ternyata ayam kurang dari biasanya bermakna ia harus segera diambil tindakan.

Tanda atau simptom serangan kedua apabila dilihat 
Ayam Kelihatan Sangat Lemas atau Tidak Bermaya dimana jika ia sihat akan bergerak dan juga selalu berkokok. Bila ayam yang dipelihara mula dilihat lemas dan lembik maka ia harus dicurigai dan diperiksa jika ayam tersebut terinfeksi suatu penyakit. Ada banyak jenis penyakit ayam yang menjadi penyebab ayam menjadi lesu. Penyakit kapur berak juga dapat membuat ayam menjadi lemas dan lesu diman perlu segera diberikan rawatan apabila melihat ayam mulai lesu dan lemas. Paling utama adalah dengan melohat Kekotoran (najis) ayam yang Tidak Normal. Najis atau feses ayam yang normal akan terlihat berwarna agak coklat dan menggumpal dimana ayam akan mengeluarkan kotoran sedikit sahaja tetapi sangat sering. Dilihat dimana najis ayam dapat memberikan signal akan tahap kesihatannya. Penyakit berak kapur akan membuatkan tahi ayam menjadi tidak normal dimana ada najis seakan berak kapur akan membuat ayam mengeluarkan kotoran yang terlihat sangat menyamai dengan warna kapur. Feses (tahi) ayam yang tidak normal kemungkinan juga mengandung berbagai penyakit sehingga lebih baik jika ia dibersihkan. Jangan sesekali membiarkan kotoran terlalu lama melekat atau berada di lantau reban ayam kerana ia akan menjangkiti ayam lain. Tanda seterusnya ke 4 adalah dimana dilihat bahagian Anus Kloaka Ayam Jadi Kering. Ayam terjangkit penyakit ini dilihat ia membuang kotoran najis yang warnanya seperti kapur maka perlu segera diperiksa bahagian kloaka ayam agar dapat memastikan penyakit berak kapur. Ayam yang sudah diserang penyakit berak kapur akan memiliki kloaka yang kering. Kloaka adalah organ yang berfungsi sebagai satu-satunya lubang pembuangan sisa pencernaan dari ayam. Ayam juga dilaporkan akan menggunakan kloaka untuk bertelur, membuang kotoran dan buang air kecil. Apa pun periksa juga selain menjadikan organ kloaka kering dimana penyakit berak kapur juga dapat dilihat dari kloaka ayam yang melekat akan najis yang berwarna putih. Warna putih ini seakan sama dengan warna kapur. Biasanya najis yang melekat pada kloaka ayam ini cepat kering.

Tanda serangan ke 5 dimana diperiksa atau dilihat iaitu 
Ayam Menjadi Pucat
Penyakit berak kapur juga akan membuat seluruh badan ayam menjadi pucat. Salah satu cara untuk membezakan ayam yang sihat dengan ayam yang pucat dimana boleh dipastikan warna dimukanya (Sila lihat foto disebelah). Simptom ini sebenarnya tidak hanya terbatas pada penyakit berak kapur saja akan tetapi beberapa penyakit ayam lain juga. Langkah awal adalah dimana sebaiknya terus dengan segera memisahkan ayam yang terlihat pucat untuk mengurangkan risiko penularan penyakit atau jangkitan. Ayam yang pucat ini biasanya juga disertai dengan keadaan ayam lesu dan tidak bermaya. Paling mudah dilihat simptom ke 6 adalah dimana ayam dijangkiti akan dilihat selalu Matanya Terus Terpejam. Ayam yang terkena penyakit berak kapur akan terlihat terus mengantuk atau memejamkan matanya. Jika diperhatikan pada bahagian matanya akan dilihat matanya sangat kuyu dan sayup. Mata ayam yang sakit berak kapur mungkin akan terpejam dalam masa seharian. Ayam terjangkit juga mempunyau Bulu Yang Kusam dimana kalau ayam sihat mempynyai warna yang putih cerah akan tetapi yang sakit bulunya menjadi kusam seperti tidak terawat. Oleh itu dengan segera dipisahkan ayam bila mendapati bulunya tidak cantik atau kusam. Tanda ke 7 dimana Ayam Lumpuh dimana penyakit berak kapur yang sudah akut akan membuatkan ayam menjadi lumpuh. Bila ayam sudah lumpuh sebab penyakit berak kapor ini maka risiko kematian akan semakin besar. Kawalan yang lebih cepat dan tepat mesti segera diberikan kepada ayam yang mana sudah ada simptom mengalami kelumpuhan. Memang semua tanda-tanda pada ayam yang diserang penyakit berak kampor menyamai dengan maksud peribahasa seperti ayam berak kapor yang bermakna iaitu 'Seseorang yang kelihatan lemah dan tidak bermaya' atau 'Rupa pucat kerana menghidap penyakit'. Seuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
PERIBAHASA LAMA... DIKUPAS ISINYA...
AYAM BERAK KAPOR... 7 SIMPTOMNYA....
PERLU DIKAWAL... DENGAN SEGERA...
JADIKAN PANDUAN.. KEPADA SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Menara Condong Teluk Intan,
Teluk Intan, Perak,
Malaysia.
(19 Rejab 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.