Friday, March 31, 2023

MAKANAN KEBAB - APA HEBATNYA

MAKANAN KEBAB
adalah sejenis makanan yang semakin popular di Malaysia dimana ia diminati oleh ramai yang ada dijual dengan pelbagai resepi sma ads di premis terkenal atau di pasar malam dan memang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Penulis blog antara yang meminati makanan kebab ini dengan mendapatkannya dari premis seperti Doner Kebab atau pun dimana sahaja asalkan ianya berkualiti dan enak. Dalam beberapa rujukan dinyatakan dimana 'Kebab' adalah makanan yang terbuat dari bahan dasar daging lembu atau daging kambing yang di panggang dengan ukuran kecil kecil atau pipih. Bagaimana pun di Malaysia amat mudah untuk mendapatkan kebab daging ayam dan kebab daging lembu. Makanan Kebab yang mana ia dilaporkan berasal dari timur tengah tetapi ia kini sudah sangat popular di seluruh dunia dengan pelbagai resepi dan citarasa. Cara penyediaan dan hiasan makanan kebab juga suah berbagai dengan resepi disesuaikan citarasa penduduk tempatan dimana sahaja. Meninjau akan sejarah awalnya dimana asal usul kebab hanyalah makanan yang hanya berasal dari daging lembu atau daging kambing yang penyajiannya cukup ringkas iaitu dengan di tusuk dan memanggang dan kini cara penyajiaanya sudah berbeza dimana secara asalnya dimana makanan ini memberikan tenaga dan zat makanan yang baik untuk badan dan kesihatan. Makanan kebab pada penulis blog memang mengenyangkan dan ada beberapa negara yang menjadikan makanan kebab sebagai makanan utama mereka. Kajian mendapati dimana 
daging kebab bagi setiap hidangan atau sajian 100 gram ia mengandungi sebanyak 132 kalori dan bahagian kulitnya pula atau selalu dipanggil sebagai 'tortila' atau roti mampu memberi banyak tenaga. DItemap asal usul kebab di Timur Tengah dimana ia selalunya ia akan disediakan dalam pinggan atau dulang, dicucuk dengan besi dan dimakan sebagai lauk atau dengan pelbagai makanan asasi lain seperti nasi, roti dan sebagainya. Pengalaman penulis blog ke Dubai memang puas menikmati pelbagai jenis makanan kebab.  Dalam pada itu semasa berkunjung ke Eropah beberapa kali memang makanan kebab menjadi buruan penulis blog seperti di UK, Czechoslovakia, Germany, Sweden, Hungary, Austria, Perancis dan beberapa negara lain termasuk di Jepun dan Korea Selatan. Pastinya akan mendapatkan makanan kebab yang halal sahaja. Kalau berada yang tinggal di Malaysia agak mudah mendapatkan makanan kebab ini dimana cara untuk penyajiannya ada berbagai cara dengan harga yang berbeza daripada paling murah di pasar malam sehingga kepada yang mahal di kompleks membeli belah dengan jenama terkenal antarabangsa. Makanan kebab sudah menyaingi makanan luarnegara lain yang sudah popular seperti pizza, KFC, starbuck, MacDonald dan sebagainya. Artikel pada petang 8 Ramadan 1444H ini dari tingkat 17 Hotel Ramada Meridin, Bandar Iskandar Puteri, Johor Bahru saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan makanan kebab untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Mendapatkan makanan kebab di dalam negara kita memang mudah sama ada dari jenis kebab berjenama antarabangsa atau pun jenama lokal atau pun yang tidak ada jenama dan ia dibuat oleh pihak penjaja di pasar malam. Bergantung kepada bajet dan citarasa para peminat makanan kebab boleh ujirasa makanan yang berkhasiat ini. Sebenarnya jika hendak makan kebab yang enak dan puas boleh dibuat sendiri dirumah. Penulis blog ada juga membuat kebab disrumah dengan menggunakan resepi yang mudah disediakan dan bahan yang murah sahaja dimana ia boleh dibeli secara online sahaja. 
Membuat kebab tidaklah susah seperti yang difikirkan dimana ia boleh disesuaikan dengan citarasa pembuatnya sendiri. Sama membuatnya dengan roti pita atau roti bakar atau kulit popia ianya boleh sahaja disesuaikan. Pada penulis blog bahan yang perlu disediakan adalah terdiri daripada Roti Pita, Daging burger (sebab daging berger ada rasa sedap dan boleh pilih jenama yang diminati), Timun Jepun, Sos cili,  Salad, Mayonis, Serbuk perasa. Lada sulah dan juga Marjerin. Alatan memasak seperti kuali, dapur gas juga perlu juga ia disediakan. Cara menyediakannya adalah dengan mula-mula membersihkan timun dan dan dibuang empulur supaya tidak berair dan sebaiknya ia kemudian potong dadu. Langkah kedua adalah dengan mengambil roti pita dan potong dua dan kemudian sapukan bahan marjerin atau mentega dikedua-dua permukaannya. Seterusnya adalah memanggang roti pita diatas kuali yang panas sehingga masak. Bagi membuat intinya maka dimasak daging burger dalam kuali dan ia juga sebaiknya sesuai dihancurkan menjadi cebisan yang kecil. Kemudian dimasukkan serbuk lada sulah dan juga perasa dengan secukupnya. Boleh juga ditambahkan sos cili dengan kadar secukupnya dan juga timun yang telah dipotong dadu tadi. Kemudian adunan ini boleh digaul sebati semua bahan supaya tercampur rata didalam kuali. Langkah seterusnya adalah memotong daun salad kecil-kecil. Kemudian diisikan dalam poket roti pita secukupnya dan seterusnya dipaipkan mayonis secukupnya didalam kebab tersebut. Kemudian masukkan inti daging yang telah dimasak kedalam roti pita tadi dimana Kebab Daging Roti Pita sudah sedia untuk dinikmati. Ia sesuai dimakan terus begitu sahaja bersama keluarga.


Dilaporkan makanan kebab memang mempunyai banyak kepelbagaiannya. Bagi mereka yang pernah ke negara-negara Timur Tengah pastinya akan dapat melihat beberapa jenis kebab yang ada dijual untuk dinikmati. Pengalaman penulis blog pergi kenegara tersebut memang 
memerlukan makanan yang bukan sahaja berkhasiat tetapi apa yang penting dimana ia boleh ‘disediakan’ dengan cepat dimana salah satu makanan yang terlihat adalah kebab. Walau pun asalnya dulu menganggap kali pertama dimana semua kebab mempunyai resipi asas yang sama iaitu daging diperap dengan rempah-ratus yang diletakkan pada pencucuk menegak dan dibakar sebelum diisi di dalam roti pita bersama sayur-sayuran dan sos tetapi salah satu penjual di Dubai telah menjanjikan kelainan. Dia dakwa iaitu oleh penjual dikenali sebagai Abd Rhman di premisnya dimana kebab tidak dibuat sama semuanya dan rasanya juga tidak sama. Setiap kedai mempunyai resipi dan cara memasak yang tersendiri. Jadi memang makanan kebab di sesebuah kedai tidak sama rasanya seperti di kedai lain. Seperti juga manusia dimana kebab juga mempunyai rupa yang berbeza. Apa pun makanan kebab yang didakwa berasal dari Empayar Othmaniah dan berevolusi kepada pelbagai jenis seperti kebab doner yang dikatakan ia sebagai varian yang paling terkenal. Dilaporkan dimana apa yang menjadikan setiap kebab itu akan mempunyai rasa berbeza dimana penggunaan sos sedikit masin dengan kepedasan minimum itu terus akan ‘menjentik’ deria rasa pembeli. Asasnya bahan sos itu mampu dalam meningkatkan rasa daging lembu panggang yang sempurna. Kelainan rasa juga bergantung kepada jenis mayonis digunakan. Ada penjual yang menggunakan pelbagai herba dan rempah seperti ketumbar dan safron dalam roti pita dimana mereka juga memasukkan perasa pada daging yang berbeza. Kalangan peniaga kebab memang ada peniaga yang mempelbagaikan tekstur kebab dengan menggunakan sayur-sayuran dan roti pita yang berbeza. Ada juga kebab ikan, kebab makanan laut dan kebab kambing. Ia bergantung kepada pemilik kedai untuk menjadikan kebab mereka lebih enak dan dapat dijual. Kebab merupakan satu hidangan yang sentiasa berubah mengikut cita rasa orang dan terba dimana bahan kentang goreng ditambah ke dalam kebab bagi ianya menggantikan kentang rebus atau panggang. Dijual pada harga RM5.50 bagi satu kebab dimana ia adalah merupakan makanan segera terbaik yang penulis blog suka makan berulang kali semasa di sana.


Menarik kisah mengenai '
Kebab paling mahal di dunia' yang dilaporkan oleh hmetro.com untuk dikongsikan. Kisah dipetik dari London dimana seorang chef menghasilkan kebab di restorannya di bandar sini yang didakwa paling mahal di dunia berharga £925 (RM5,100). Kisah bagaimana Chef Onder Saham dari restoran Hazev di Canary Wharf turut menawarkan untuk membayar lebih mahal daripada itu kepada mereka yang boleh membuat kebab lebih baik daripadanya. Merujuk kepada video yang dipaparkan dilihat dia menunjukkan dia menyediakan makanan itu. Onder juga mendakwa dimana dia mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu luar biasa iaitu dengan menciptakan ‘Kebab Diraja.’' Menurutnya kelainan yang dibuat adalah dimana dia menggunakan daging, sayur minyak zaitun paling berkualiti di samping cuka yang dihasilkan 25 tahun lalu untuk membuat kebab berkenaan. Chef Onder berkata dimana dia mengambil keputusan untuk membuat kebab berkenaan sebagai usaha untuk mengikiskan tanggapan makanan itu hanya sesuai untuk dijadikan makanan segera dan murah. Apa pun kebab itu juga disediakan bagi meraikan Anugerah Kebab Britain kali keempat yang diadakan awal Mac 2022. DIlaporkan dimana Chef Onder memenangi tempat pertama sebagai chef kebab Britain terbaik pada acara itu. Mungkin ada banyak kisah menarik lain berkaitan dengan makanan kebab boleh ditonton didalam youtube juga.


Siapa kata berniaga kebab tidak memberi rezeki yang baik kerana kisah dalam portal bernama laporkan 'O
KU pun mampu berjaya' wajar dikongsikan. Dilaporkan dimana kira-kira 30 tahun dahulu seorang usahawan bernama Ikhsan Sirat (57) adalah peniaga burger RM1 di pasar malam dan kini dia yang juga orang kurang upaya (OKU) kerdil mampu tersenyum bangga. Ini kerana Ikhsan kini memiliki lima buah trak makanan menjual kebab yang mampu menjana jualan mencecah RM8,000 sehari. Semasa mula berniaga dulu dia perlu bersaing dengan lima lagi gerai yang jual burger dan ia diusahakan oleh orang normal. Akan tetapi dia tidak jadikan ia sebab untuk rasa rendah diri dan percaya kalau makanan yang dijual sedap dan ‘servis’ bagus mesti pelanggan akan beli. Dia yang selesa dipanggil ‘Wak’ menganggap fizikal istimewanya sebagai satu kelebihan yang membolehkan pelanggan lebih mudah mengingatinya. Pelanggan yang datang balik selalunya akan dapat cari gerai saya semula sebab ingat akan fizikalnya yang berbeza dari orang lain. Pengalalaman berniaga burger lebih 10 tahun sejak 1989 dimana Ikhsan kemudian beralih kepada perniagaan kebab kerana ia lebih mudah dikendalikan selain membuahkan keuntungan lebih tinggi. Walau pun dari segi fizikal dia tidak ada masalah untuk bergerak cuma jual burger perlu lebih ramai pekerja dan saiz kuali yang besar buatnya susah sikit untuk memasak. Dia berhasrat dan bercadang melebarkan sayap perniagaan kepada bentuk francais. Semua pembeli akan menyatakan makanan kebab jualannya adalah memuaskan. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA KEBAB... ENAK RASANYA...
PELBAGAI RESEPI...MUDAH BUATNYA...
MAKANAN HEBAT.. ADA DIMANA-MANA...
PILIHAN RAMAI... BERKHASIAT PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 51711, Hotel Ramada Meridin,
Bandar Iskandar Puteri,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(9 Ramadan 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.