Secara umumnya kesesuaian tanah untuk sistem tanaman padi tabur terus adalah dilakukan dalam keadaan kering dimana tanah mestilah mudah dihancurkan (Sila lihat foto disebelah). Tanah-tanah jenis ringan yang tidak menjadi ketul-ketul besar dan keras semasa dibajak akan memberikan kambusan yang baik kepada benih-benih padi dan akan melindunginya daripada musuh-musuh yang merbahaya. Selalunya di kawasan-kawasan tanah yang berat seperti tanah liat dan ada pengaliran air yang kurang cepat maka tanaman padi secara tabur terus dalam keadan basah adalah lebih sesuai. Tanah yang berat ini mudah diusahakan dalam mana ia dalam keadaan basah dan tidak akan menjadi ketul-ketul. Penyerapan airnya perlahan don oleh itu permukaan tanah perlu diratakan untuk mengurangkan takungan-takungan air yang akan mengganggu percambahan. Proses merata sawah merupakan satu aktiviti peru dijalkan sepanjang masa proses penyediaan tanah mempastikan tanah sawah rata. Di dalam meningkatkan hasil padi, keadaan tanah sawah memainkan peranan yang sangat penting di dalam aktiviti penanaman padi. Tanah sawah yang baik adalah rata dan mempunyai lapisan tanah keras (hard pan) yang baik disamping ianya mempunyai satu sistem pengairan dan saliran yang lebih sempurna. Aktiviti Merata Sawah (land levelling) dan dapat membentuk pemukaan tanah rata adalah sangat penting. Ini kerana sistem permukaan sawah rata untuk menyokong sistem pengairan sempurna merupakan keadaan terbaik untuk pertumbuhan pokok padi. Sila baca tuulisan saya mengenai proses merata sawah dengan pautan berikut (Sila klik disini). Ia melibatkan proses dimana kedalaman air yang seragam di dalam lot sawah yang rata akan dapat membantu pengagihan air di dalam sawah lebih cekap dan seragam. Perataan tanah sawah perlu dilakukan hampir setiap musim menanam kerana aktiviti penanaman padi yang intensif dilakukan sepanjang musim dan penggunaan jentera berat semasa menuai hasil mengubah permukaan tanah.
Menentukan Kadar Benih dan Jenis Padi bagi sistem tanaman tabur terus padi adalah perlu difahami. Kadar benih yang digunakan sekarang ialah 40 - 100 kg sehektar dan ia tertakluk kepada cara tanaman. Jika tanaman terus dengan mesin diusahakan maka dikira kadar benih ialah 40 kg/ha dan jika ditabur kadar benihnya boleh ditinggikan hingga ke 100kg/ha. Tujuan meninggikan kadar benih ialah untuk meninggikan bilangan pokok tanpa pembiakan rumpun dan untuk kawalan rumpai secara menaungkan keadaan sekeliling. Sebaiknya jenis padi yang digunakan sekarang ialah jenis biasa yang didapati sesuai seperti MR-1 (Setanjung) dan MR-10 (Sekembang). Varieti padi baru yang kini menjadi pilihan ramai pesawah adalah termasuk MR220, MR220CL, MR297 dan yang terbaru adalah MR315 serta IS21. Proses rawatan Biji-Biji Benih dilakukan untuk menjamin percambahan yang serata, cepat dan bermut, biji padi perlu dipilih supaya benih yang bernas sahaja ditanam. Satu daripada tujuannya ialah untuk menpercepatkan percambahan, dengan itu pokok-pokok padi boleh membiak lebih cepat sebelum benih-benih rumpai membiak. Pilihan benih yang bernas boleh dibuat melalui perasingan atau tapisan dengan menggunakan bancuhan air garam yang boleh menimbulkan sebiji telur ayam (atau @1.08SG). Untuk tujuan mengawal penyakit yang terdapat pada biji-biji dimana biji benih boleh direndam dalam air panas pada suhu 54-55 darjah celcius selama 10 minit. Benih padi ini kemudian boleh dipracambah mengikut kegunaannya. Biasanya jenis benih pracambah digunakan jika tanaman terus secara tabur diamalkan. Untuk benih pracambah, benih mesti direndam selama 6 jam dan kemudian diperam dalam keadaan lembab selama 42 jam. Pastikan hanya menggunakan benih padi sah yang dibekalkan oleh pihak pembekal yang mempunyai akreditasi daripada pihak berkuasa (Sila lihat foto disebelah). Hanya benih padi sah sahaja yang selalunya dijamin dari segi ketulinan varieti, peratus percambahan tinggi dan juga bebas daripada perosak dan penyakit bawaan benih.
Aktiviti Kawalan Rumpai sangat kritikal dalam sustem tanaman padi tabur terus. Kawalan rumpai yang berkesan adalah satu daripada punca kejayaan tanaman terus padi. Oleh sebab rumpai membiak dengan cepat dalam sebarang keadaan, percambahannya mesti diganggu sehingga pokok padi menjadi sudah besar dan dapat menberi naungan untuk mengawal pembiakan rumpai itu. Satu daripada cara kawalan rumpai yang berkesan ialah melalui penyediaan tanah yang sempurna. Selain daripada mengawal rumpai, pembalikan lapisan tanah juga akan menambahkan organan ke tanah.Di kawasan yang sentiasa diusahakan, pembiakan rumpai biasanya kurang, dan kawalan secara penyediaan tanah yang sempurna boleh mengatasi masalahnya nanti. Sebaiknya untuk kawasan yang mempunyai rumpai yang tebal maka kawalan menggunakan racun herba mungkin perlu. Berdasarkan kepada ketebalan rumpai, satu atau dua pusingan semburan paraquat (@ 2 liter/ha atau lebih) perlu dibuat sebelum tanah diusahakan dan ditanam. Walau bagaimanapun, usaha kawalan rumpai mesti ditentukan keberkesanannya sebelum benih ditabur atau atau ditanam kerana kawalan selepas menanam sungguh merumitkan. Kawalan selepas menanam ialah kawalan rumpai yang membiak dalam keadaan berair. Jenis-jenis rumpai ini seperti rumpai berdaun lebar yang biasanya boleh dikawal dengan semburan racun herba 2,4-Dbutyl ester sebanyak 2 kg/ha 30-35 hari selepas penanaman penaburan. Aktiviti Pembajaan bagi tanaman padi adalah aspek penting dimana kadar dan masa pembajaan dalam amalan tanaman terus adalah penting untuk menentukan mutu hasilnya. Kadar dan masa pembajaan yang diamalkan untuk tanaman terus sekarang ialah dengan berikan baja NPK 15:15:7.5 dimana baja N diberikan dengan kadar sebanyak 30 kg/ha diberikan 15 hari selepas tanam. Bagi Baja Permukaan 1(Urea) dengan kadar 20 kg/ha diberikan dalam masa 35 hari selepas tanam. Proses bubuh baja Permukaan 2 (Urea) sebanyak 20 kg/ha iaitu 55 hari selepas tanam. Akhirnya adalah pembajaan Permukaan 3 (Urea) dengan kadar 20 kg/ha diberikan iaitu 75 hari selepas tanam. Kadar baja ini tertakluk kepada kesuburan tanah setiap kawasan. Pada umumnya kadar NPK 90:30:30 kg/ha didapati mencukupi. Aktiviti Kawalan Musuh dan Serangga dilakukan kerana ini disebabkan kadar benih untuk tanaman terus adalah 2 hingga 4 kali ganda daripada kasar benih tanaman biasa, jumlah pokok padi yang membiak juga bertambah. Kedaan ini meninggikan naungan kepada mush tanaman seperti tikus dan serangga. Oleh itu bagi mengelakkan daripada serangan-serangan tersebut langkah yang perlu diambil ialah dengan membersihkan kawasan sekeliling supaya tempat-tempat perlindungan musuh termusnah. Sentiasa amalkan kawalan lebih awal bagi tujuan mencegah. Adalah penting dilakukan pencegahan awal bagi tikus didapati amat berkesan. Sebaiknya bagi Kawal serangan ulat prosak atau serangga sentiasa gunakan bahan pencegah kimia carboruran dengan kadar yang biasa diamalkan untuk alat batang dan penyakit merah. Kadar masa menggunakannya adalah sekitar 0.5 kg/bahan aktif/ha 15 hari selepas tanam 0.5 kg/bahan aktif/ha 30 hari selepas tanam. Penanaman padi akhitnya dilaksanakan aktiviti Penuaian Hasil yang dilakukan kira-kira 30 hari sebelum menuai. Masa ini kawasan mesti dikeringkan untuk membolehkan jentera penuai lengkap menjalankan kerja-kerja menuai. Tujuan mengeringkan sawah ialah untuk mengelakkan kerosakan permukaan tanah daripada bekas-bekas roda ini akan merumitkan kerja-kerja meratakan tanah. Padi tanaman terus boleh juga dituai dengan tangan. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Pat 2 yang digalakan untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
TANAM PADI... TABUR TERUS CARANYA...
PERLU DIFAHAMI... AKAN TEKNOLOGINYA...
DIBERI BAJA... PERLU KAWAL RUMPAINYA...
CEPAT MENUAI... TINGGI HASILNYA JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room Suite No 2, VI Boutique Hotel,
Pasir Penambang, Kuala Selangor,
Selangor,
Malaysia.
(29 Syaaban 1444H).
Tinjauan Sawah Padi Di Sekinchan.
PERLU DIFAHAMI... AKAN TEKNOLOGINYA...
DIBERI BAJA... PERLU KAWAL RUMPAINYA...
CEPAT MENUAI... TINGGI HASILNYA JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room Suite No 2, VI Boutique Hotel,
Pasir Penambang, Kuala Selangor,
Selangor,
Malaysia.
(29 Syaaban 1444H).
Tinjauan Sawah Padi Di Sekinchan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.