Sunday, July 31, 2022

POKOK BEBUAS - KENALI DIA?

POKOK BEBUAS ( Premma cordiflora) merupakan sejenis tumbuhan herba yang berkhasiat dimana ia sering digunakan untuk dijadikan ulaman, perubatan dan sebagainya. Ramai kalangan pembaca blog ini dan generasi baru kurang mengenali akan tumbuhan herba ini sekarang di negara kita kerana ia juga jarang ditanam dan dijual secara komersil. Pokok bebuas yang tumbuh liar juga mungkin sudah semakin berkurangan akibat pembangunan. Tumbuhan herba ini juga dipanggil dengan nama lain seperti bebuas, beruas, buas-buas, ambong-ambong laut, pecah piring, singkil atau limau pantai. Hanya sesekali daun bebuas ini ada terdapat dijual di pasar tani serta pasar tamu (pasar tradisional) iaitu sebagai sayur ulam. Pokok bebuas ini didakwa mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan seperti dakwaan dimana air rebusan dan pucuk herba bebuas dipercayai telah lama oleh masyarakat Melayu bagi menyembuhkan masalah pening kepala. Kalangan orang dulu juga mengambil bahagian pucuk mentahnya dicelur atau direbus dan dimakan bersama sambal belacan, budu, cencaluk, atau pencecah yang lain. Bagi penulis blog yang beberapa kali ujirasa pucuk daun bebuas mendapati dimana rasanya manis-manis pedas dan sedikit pahit serta rangup dan berbau. Di Muar, Johor dimana daun bebuas ini ada ditanam dikawasan keliling rumah untuk ianya dijadikan sebagai salah satu komponen bagi membuat makanan Botok-botok. Botok-botok merupakan sejenis makanan berasaskan ikan dan daun-daun herba yang popular di Negeri Johor serta di Singapura dan Kepulauan Riau dan khususnya dikalangan masyarakat Jawa dan Bugis. Anda boleh membaca artikel mengenai makanan botok-botok dengan pautan berikut (Sila klik disini). Terdapat seorang usahawan botok-botok di Parit Jawa, Muar, Johor yang telah mengkomersilkan makanan botok-botok dan menanam banyak jenis daun herna untuk dijadikan bahan membuatnya dengan jenama produknya 'Embah Buyut'. Syarikat ini juga mengeluarkan botok-botok ikan tenggiri, ikan parang, ikan kembong, burung puyoh serta menjual pes khas. Makanan ini yang enak dimakan dengan nasi putih memang enak dan berkhasiat. Penulis blog berpeluang membuat tinjauan ke lokasi yang mana ada banyak tanaman ulaman di premis ini semasa bertugas di Pejabat Pertanian Daerah Muar dahulu. Tanaman pokok botok-botok disekeliling rumahnya dijaga rapi dimana pucuknya sering dikutip untuk dijadikan komponen membuat botok-botok dimana pokok dijaga mengikuti amalan pertanian organik. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai tumbuhan herba bebuas untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Mengenali pokok herba bebuas ini perlukan ilmu dengan merujuk kepada pihak yang pakar atau orang lain yang telah menanamnya. Ini kerana tumbuhan renek berbatang lembut ini akan pada mudah tumbuh dimana kebiasaannya ia akan dilihat mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok-pokok herba telah lama digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga. Ia ialah pokok renek dan kecil dimana selalunya boleh mencecah setinggi 7 meter jika tumbuh meliar. Pokok yang mempunyai batang kuat dan juga banyak cabang sebenarnya ada ciri khas iaitu mudah bertunas sekiranya dicantas. Marfologi bahagian daun adalah tunggal, bersaiz sederhana besar, mempunyai susunan bertentangan, berbentuk bujur dengan bahagian hujungnya menirus. Jika diteliti dimana bahagian pangkal daun membulat dengan ciri pada bahagian tepi daun bergerigi, mempunyai bahagian lai permukaan daun yag berkilat. Ia juga mempunyai tangkai daun panjang dengan ia berwarna daun hijau kekuningan ketika muda dan bertukar hijau tua setelah matang. Antara ciri lain adalah dimana daun bebuas ini mempunyai bau unik. Selalunya ia mempunyai ciri bunga majmuk yang bersaiz kecil dan berwarna putih. Bunga ini terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari celah ketiak daun serta ia juga berbau kuat. Mengenai buahnya pula ia adalah bersaiz kecil yang berbentuk bulat, bergugusan dimana berwarna hijau ketika muda kemudian ia bertukar warna ungu kehitaman setelah masak dan terdapat satu biji berbentuk bulat di dalamnya. 
Ia merupakan pokok renek yang mudah dibiakkan melalui biji benih atau keratan batang. Pertumbuhan melalui biji benih agak lambat berbanding dengan keratan batang. Ia sesuai hidup di tempat yang mendapat cahaya matahari penuh atau separa di bawah naungan. Dilaporkan hasil kajian dimana daun bebuas mengandungi karbohidrat, air, serat, alkaloid, zat galian (mineral) termasuk kalium, kalsium, zink, zat besi, fosforus dan pelbagai vitamin termasuklah A, C dan E. Ia boleh dimakan untuk menambah selera makan, pengeluaran susu ibu, merawat badan berangin dan lemah tenaga batin. Ia dipercayai dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan mengelakkan pelbagai penyakit seperti H1N1. Kanak-kanak yang kecacingan boleh diberi makan pucuk ini untuk merawat penyakitnya. Daun bebuas muda biasanya dijadikan ulaman mentah atau pun direbus dan boleh juga dijadikan masakan seperti sayuran lain. Apa pun masyarakat tempatan biasanya menggunakan daun bebuas sebagai salah satu ramuan untuk membuat botok-botok dan juga sebagai bahan pembalut untuk masakan yang dibakar atau dikukus.

Dalam beberapa laporan dimana ada banyak khasiat dari herba bebuas ini. Dia
ntara khasiat pokok bebuas ini dimana apabila dimakan mentah sebagai ulam ialah ia didakwa akan dapat bantu membuang angin dalam badan dengan cepat. Dalam pada itu air rebusan pucuk bebuas pula boleh menolong untuk ianya mengatasi masalah kecacingan dan menambah air susu ibu dimana sudah dimalkan orang dahulu. Ia dilaporkan memang mengandungi karbohidrat, air, serat, alkaloid, zat galian (mineral) termasuk kalium, kalsium, zink, zat besi, fosforus dan pelbagai vitamin termasuklah A, C dan E yang baik untuk kesihatan. Bagi sesetangah orang menyatakan dimana daun bebuas didakwa ia boleh dimakan untuk menambah selera makan, pengeluaran susu ibu, merawat badan berangin dan membantu mengatasi masaalah lemah tenaga batin. Dalam pada itu khasiat dari tumbuha ini adalah dipercayai ia dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan mengelakkan pelbagai penyakit seperti H1N1. Dilaporkan juga bagi kanak-kanak yang kecacingan boleh diberi makan pucuk ini untuk merawat penyakitnya. Memang pokok bebuas ini mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan dimana paling sering diamalkan adalah air rebusan dan pucuk herba bebuas dipercayai oleh masyarakat Melayu bagi menyembuhkan masalah pening kepala. Ada kalangan mereka yang mengambil bahagian pucuk mentahnya dicelur atau direbus dan dimakan bersama sambal belacan, budu, cencaluk, atau pencecah yang lain. Rasanya manis-manis pedas dan sedikit pahit serta rangup dan berbau. Bagaimana pun belum ada  laporan saintifik lengkap di terbitkan kecuali laporan daripada pihak FRIM yang telah penulis blog pernah membacanya.
 
Makanan botok-botok merupakan sejenis makanan sihat yang menjadi kegemaran penulis blog dimana ia popular di Johor dimana daun bebuas antara komponen digunakan. Selain daripada ia dibuat dengan banyak herba dan ikan dimana dihidangkan untuk makanan keluarga dan ada yang disediakan kenduri juga. Penulis blog ingin berkongsi mengenai resepi Botok-botok Johor yang ada banyak variasinya. Bahan bagi membuas pes adalah terdiri daripada r
empah kari ikan, kerisik kelapa, santan dan juga asam Jawa. Bagi bahan untuk kisar disediakan 2 biji bawang merah besar, 3 - 4 biji bawang merah kecil, 5 - 6 ulas bawang putih, lada kering kisar (agak-agak sahaja), 2 batang serai, kunyit secukupnya, halia, lengkuas, 1.5 sudu makan jintan manis, 1.5 sudu makan jintan putih dan juga 1.5 sudu makan ketumbar. Bagi bahan-bahan untuk ulaman pula perlu disediakan pucuk ubi, pucuk bebuas, daun selasih, daun cekur, pucuk mengkudu, daun kunyit, daun kaduk, pucuk betik dimana pembaca blog juga boleh guna apa sahaja daun ulam yang disukai. Bagaimana pun sebagai bahan-bahan utama menyediakan botok-botok terdiri daripada ikan (lazimnya ikan tenggiri, ikan kembung, ikan pari, ikan tongkol atau udang dan terkini ada yang gunakan daging burung puyoh.  Bagi bahan pembungkus dimana disediakan daun pisang atau aluminium foil secukupnya. Cara memasak perlu dipanaskan minyak dan dimasukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak. Kemudian apabila sudah garing di masukkan serbuk kari ikan dan ditumis sehingga wangi. Kemudian dimasukkan kerisik dan air asam jawa dengan secukupnya (kena sedikit masam) dan masak sehingga sebati. Akhir sekali perlu masukkan santan, garam, gula merah dan bahan perasa. Cara untuk membungkus botok-botok dimulakan dengan membersihkan daun pisang dan di letakkan 2 lapis. Bentang daun pisang dan susun ulam-ulaman dan seterusnya diletakkan pes atas daun. Ratakan sedikit kemudian letak ikan atau udang. Seterusnya ditutup ikan dengan pes dan susun ulam-ulaman sekali lagi. Apa pun cara membungkus perlu kemas agar tidak bocor atau daun ulam tidak terkeluar dan dicucuk dengan lidi tanak dihujungnya agar tidak terbuka. Seterusnya ia boleh disimpan dalam peti sejuk atau memasaknya dengan mengukus selama 30 minit sehingga masak. Penggunaan pucuk daun bebuas merupakan satu kompponen yang penting membuat botok-botok.  Kemudian boleh diangkat dan dimakan dengan nasi panas. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK BEBUAS... MUDAH TANAMNYA...
PUCUK DIKUTIP... PELBAGAI GUNANYA...
JADIL ULAMAN... BANYAK KHASIATNYA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Persimpangan Bukit Beruang,
Melaka,
Malaysia.
(21 Zulhijjah 1443H).

Saturday, July 30, 2022

ILMU MENANAM CENDAWAN TIRAM KELABU

CENDAWAN TIRAM KELABU
(Pleurotus pulmanious) yang mana ia juga dikenali sebagai cendawan tiram (oyster) kini semakin opular di Malaysia. Penulis blog dapati dimana ilmu menanam cendawan ini sudah banyak berkembang apabila peranan Jabatan Pertanian dan beberapa syarikat swasta terus memajukan industri ini sebagai saah satu bidag potensi tanaman baru di Malaysia. Bentuk keseluruhan pada badan kepala cendawan atau buahnya juga dilihat seperti tiram. Apa pun pada penulis blog yang banyak menulis artikel mengenai komoditi ini mendapati dimana cendawan ini pada asalnya turnbuh liar di hutan terutama pada batang kayu atau tunggul kayu mati. Pada mulanya masyarakat menganggap cendawan merupakan tumbuhan yang tumbuh dengan sendiri terutama setelah lepas hujan turun pada musim hujan digelar 'flowers of thunderbolts'. Tetapi kenyataan sekarang telah membuktikan bahawa cendawan ini memang boleh ditanam sama seperti sayuran hijau yang lain dengan rnenggunakan teknologi yang betul dan sumber bekalan benih yang terkawal. Cendawan tiram mempunyai kelebihan daripada cendawan lain (dari jenis yang boleh dimakan) jika ditinjau daripada beberapa aspek. Pertama adalah dimana cendawan tiram kelabu ini boleh ditumbuhkan pada beraneka macam sisa atau substrat hasil dari buangan hasil pertanian yang sejak lama banyak terdapat di Malaysia. Contohnya termasuk jenis hampa padi, batang padi, lalang, serabut kelapa, serabut kelapa sawit, habuk papan (Iembut), kertas dan kapas buangan. Di antara bahan asas substrat-substrat di atas hanya kapas buangan, kertas dan hampa padi adalah pilihan utama dengan purata peratus produktivitinya di antara 20-30% per kg berat kering substrat jenis lain. Teknik penanarnan cendawan tiram ini berlainan untuk setiap macam substrat buangan hasil pertanian kerana kandungan bahan media asas yang berbeza bahan unsur makanan didalamnya. Satu lagi kelebihan cendawan ini ialah teknik penanamannya yang dilaporkan memang lebih mudah dan murah serta sesuai dikomersilka untuk skala lebih besar. Penyelidikan telah membuktikan iaitu teknik lapis demi lapis (casing technique) tidak diperlukan di sini seperti yang mana ia diperlukan pada cendawan butang (Agaricus). Secara umumnya penggunanan bahan eperti beg plastik, zink atau raga kawat jaring boleh digunakan untuk menanam cendawan ini bergantung kepada tahap pengamalan teknologi, nmodal serta saiz penanaman cendawan tiram kelabu ini. Artikel pada pagi Rabu ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan mengenai ilmu menanam cendawan kelabu untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Sebagai teknologi asas yang perlu difahami dimana u
ntuk merangsang dan seterusnya mempercepat pertumbuhan miselium cendawan (benda seperti warna kapas putih seperti foto disebelah) maka seluruh permukaan substrat perlu ditutup dengan plastik kedap supaya diperolehi suhu yang lebih tinggi (± 30 C) dan dilhat akan berlaku proses pemeluapan. Udara sekeliling yang mengandungi lebihan karbon dioksid diperlukan pada peringkat pertumbuhan miselium ini. Kelebihan seterusnya cendawan ini juga  terletak pad a kualiti rasa dan ketahanan atau penyimpanannya. Mengikut kajian rasa cendawan ini didapati agak manis, lembut dan juga rasa pejal. Penyimpanan boleh dilakukan di ruang sejuk pada suhu 17 Celcius untuk selama satu minggu atau disimpan segar dalam tin yang mana ia berisi air garam (+ 25% w/v) atau sesuai juga jika dikeringkan. Cendawan ini merupakan rnakanan berkhasiat protein, garam-garam mineral dan mineral dan ada banyak kandungan bahan vitamin. Cendawan tiram kelabu ini mempunyai bermacam spesis yang mana ada yang sesuai dikomersilkan. Di antara spesis yang sesuai ditanam di Malaysia terdiri daripada spesis Pleurotus florida (berwarna Putih), Pleurotus pulmanious (dulu ia dikenali sebagai P. sajor-caju)  yang berwarna Kelabu), Pleurotus flabellatus (yang berwarna Merah Jambu) dan yang ke 4 adalah Pleurotus cystidiosus (juga dipanggil sebagai Cendawan AbaIone). Apa pun penulis blog mendapati hasil tinjauan penanaman cendawan disluruh negara mendapati spesis cendawan tiram tersebut palu tersohr adalah Pleurotus pulminarious (jenis Tiram kelabu) yang menjadi pilihan utama kerana ia mempunyai nilai pulangan ekonomi yang lebih baik. Penulis blog berpengalaman menjadi pengerak utama dan tenaga pakar didalam industri cendawan tiream kelabu di Daerah Muar Johor sehingga daerah ini pernah menjadi pengeluar utama cendawan tiram kelabu segara dari tahun 2016 - 2010. Syarikat C&C Mushroom Sdn Bhd sehingga kini masih merupakan salah satu pengeluar cendawan tiram kelabu terbesar di Malaysia yang kilangnya berada di Pekan Grisek, Darerah Tangkak (dulu daerah Muar) di Johor. Mereka mampu membuat jutaan bongkah cendawan setiap bulan dengan teknologi yang moden.

Penanaman cendawan ini di Melaysia hebatnya adalah dimana ia memang boleh dilakukan sepanjang tahun. Jadual masa penanamannya mengandungi enam peringkat iaitu daripada kerja Menyediakan benih, Merendam substrat untuk tapak tanaman, Memilih dan Membuat tapak tanaman cendawan, Menyiram air, Memungut hasil dan yang ke 6 adalah aktiviti Pasarannya. . Proses awal dalam kerja menyediakan bBenih (Spawn) adalah kritikal. Sebaiknya benih didik tulen yang dibuat mesti daripada secebis tisu cendawan diletakkan ke atas agar kentang (Potato Dextrose Agar) di dalam piring petri atau pun didalam tabung uji. Pada peringkat pertumbuhan ini didapati miselium tumbuh putih di atas permukaan agar yang kemudian dilihat mnandakan pertumbuhan adalah tulen (suhu optimum 250 Celcius. Teknik ini diperlukan untuk tujuan bagi mengekalkan kualiti cendawan tersebut. Ketahanan proses pertumbuhan pada agar berlaku selama tempoh 3-6 bulan bergantung pada ukuran dan isipadu media sustrat yang digunakan serta kadar pertumbuhan. Pemindahan miselium dari satu agar ke agar lain dilakukan untuk mendapatkan benih yang lebih banyak kuantitinya dan dipastikan ianya tulin. Bagi maksud penyediaan benih pula selalu digunakan benih miselium yang berumur satu minggu. Penyediaan benih dilakukan dengan mengisikan botol (contoh: botol tomato kicap) dengan hampa padi dan 1% padi sehingga tiga suku penuh. Campuran hampa padi dan padi terlebih dahulu direndam semalaman dengan air panas untuk mendapatkan kemasaman asid (pH 5). Ini dilakukan untuk merangsang pertumbuhan miselium cendawan. Toskan air supaya botol tidak . mengandungi kelebihan air (setakat ± 60% kandungan air sahaja). Tutup mulut botol dengan kapas dan akhirnya ditutup dengan kertas aluminium. Sterilkan botol tersebut beserta isinya selarna 30 minit pad a tekanan 15 Ib dan suhu 121°C untuk membasmi kuman. Setelah botol disejukkan, kandungan botol disuntik dengan secebis agar yang mengandungl benih cendawan. Teknik suntikan atau pemindahan ini dilakukan secara aseptik dengan teknik menggunakan jarum pemindah dan api panas untuk dapat mematikankuman/bakteria penyebab pencemaran pada jarum dan mulut botol. Botol-botol ini disimpan di ruang yang mana ia bersuhu 25-30 Celcius (suhu bilik biasa) selama tiga minggu. Benih yang baik akan kelihatan tumbuh pada hari kedua dan ketiga suntikan. Benih-benih (spawn) ini boleh disimpan hingga tiga bulan. Untuk hasil yang baik disarankan penggunaan benih yang baru dan segar, berumur satu bulan.  

Digalakan untuk gunakan s
ubstrat kapas tanpa campuran lain. Bagi substrat hampa padi dan kertas, boleh dibuat campuran pada kadar 1 :1. Substrat kapas sebaiknya ditimbang kering dan direndam dengan menggunakan air panas. Substrat kertas (setelah ianya dihancurkan) dan hampa padi setelah ditirnbang sesuai untuk dicarnpurkan bersama dan direndam dengan air panas selama sehari semalaman (24 jam). Rendaman dibiarkan sehingga kemasaman mencapai pH asid untuk pertumbuhan miselium (pH 5). Bahan-bahan yang telah sedia, dimasukkan dalam beg plastik (jernih) mengikut ukuran yang anda pilih atau dimasukkan bahan ke dalam raga kawat bulat dan dibaluti plastik jernih (sediakan lubang di tengah-tengah raga untuk dimasukkan benih). Kesemua bahan-bahan ini distimkan selama satu jam, kemudian disejukkan dan akhirnya masukkan sedikit benih (1%) pada permukaan bahan atau masuk ke dalam lubang yang disediakan. Bahan-bahan ini disimpan atas rak-rak rumah cendawan. Bagaimana pun terkini pihak industri cendawan lebih ramai suka dengan cara menggunakan serbuk kayu getah yang agak raktikal untuk skala komersil. Tapak tanaman cendawan boleh dibuat di tempat yang teduh dan tertutup untuk menghindarkan pencemaran, slnaran terus cahaya matahari dan hujan. Cara yang terbaik ialah dengan membuat rumah cendawan (mushroom house). Cara yang termurah dan sesuai untuk atap rumah cendawan adalah dengan menggunakan atap daun kelapa, atau atap rumbia. Atap yang tahan lebih lama pula boleh dibuat daripada bahan getah atau atap genting. Ukuran besar rumah cendawan bergantung kepada kawasan yang hendak digunakan. Ukuran tapak rumah yang sederhana ialah 30' x 60' x 15' bergantung kepada skala industri. Tapak rumah boleh dibuat di atas tanah atau simen. Tapak simen adalah pilihan utama berbanding dengan tapak tanah atau baru kraseran atau sebagainya. Di atas tapak ini maka, rumah cendawan dibuat daripada bahan batu atau papan atau dinding atap rumbia. Di dalarn rumah ini terdapat tiga baris rak-rak kayu berukuran 50 kaki panjang, 3 kaki lebar dengan 5 kaki tinggi. Di bahagian atas siling dan selari dengan rak-rak ini dipasangkan pancutan air (mist sprinkler) bagi membentuk kelembapan yang baik dalam ruang rumah tersebut. J ika tidak mampu untuk menggunakan alat ini, bolehlah anda siramkan air sebanyak dua kali sehari lain pagi dan petang. Pengudaraan boleh dilakukan dengan menggunakar kipas atau membuka jendela pad a waktu malam.

Penanaman cendawan seperti cendawan tiram kelapu perlu di pastikan kebersihan (sanitasi) dan proses penyiraman air. 
Menyiram air sebaiknya disediakan kesesuai dan sistem khas seperti tidak menggunakan pancutan air dimana pastikan penyiraman dilakukan dua kali sehari untuk melembapkan substrat dan ruang dalam rumah cendawan. Pastikan dimana keadaan Iantai mesti selalu basah dan ada alat humdity meter dipasang didalm rumah cendawan. Kerja penviraman hanya dilakukan pada substrat iaitu sebelum percambahan tunas cendawan. Penyiraman tidak boleh dilakukan setelah berlaku terbentuk tunas dan badan cendawan kerana ini akan mempercepat cendawan menjadi busuk. Periksa didalam rumah cendawan dengan kerap untuk mengeakan sebarang kontaminnasi berlaku. Memungut hasil cendawan tiram kelabu lazimnya akan mula bertunas selepas tlga atau empat minggu setelah penyemaian benih pada substrat. Cendawan ini boleh dipetik setelah tiga atau empat hari selepas bertunas. Apa pun sebaiknya cendawan dipetik dengan tangan biasa atau pisau yang tajam tepat di pangkal batang eendawan. Cendawan yang baik besar ukurannya iaitu purata 6 - 8 cm diameter dan mempunyai purata berat 300 gm cendawan segar per 1 kg substrat kering (atau 30%) selalu diperolehi pada penuaian cendawan bagi hasil pertama. Hasil ini dianggap sudah punmencapai tahap menguntungkan kerana cendawan akan terus bertunas lagi dan membesar pada substrat yang sarna untuk kali kedua, ketiga dan keernpat. bagaimana pun pengalaman penulis blog mendapati dimana hasil cendawan ini akan bertambah kurang mengikut keadaan seperti gaktur cuaca, kemarau dan panas serta serang penyait dan perosak. Bagaimana pun jika keadaan dan penjagaan balk dilakukan maka jumlah hasil cendawan boleh diperolehi sebanyak 5 - 8 kali tuaian selama tempoh lima minggu. Cendawan ini boleh dikeringkan atau ditinkan dalam air garam untuk pasaran.Kisah pasaran produk cendawan ini bervariasi dan banyak kelainanya. Dilaporkan kini kos media untuk menanam cendawan tiram ini sudah mahak berbanding waktu dahulu yang boleh dapat percuma sahaja. Kini  sisa kapas buangan sukar didapati walau pun dulu boleh diperolehi dengan kos murah 60 sen ekilogram sahaja. Pernah dilaporkan dimana harga cendawan segar di diperolehi daripada pasar adalah pula diantara  M15 - RM20 sekilogram. Purata berat bagi pek cendawan yang diperolehl pada tiap tuaian adalah 300 gm per kg substrat yang mana hasilnya akan di bungkus. Cendawah kelabu yang digoreng berempah kni merupakan produk hasilan cendawan yang diminati ramai dimana banyak dijual di Pasar Malam, Pasar Tani dan juga pasaraya. Semuga artikwl ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!
NAMA CENDAWAN.. TIRAM KELABU DIA...
MUDAH DITANAM... CARI ILMUNYA JUGA...
CARI BENIH TULIN... PASTI AKAN BERJAYA...
MEMBELI CENDAWAN... BARKHASIAT DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Taman Cendana, Jalan IStana,
Bandaraya Melaka Bersejarah, 
Melaka, Malaysia.
(27 Zulhijjah 1443H).

Friday, July 29, 2022

SABUN DALAM PERTANIAN

SABUN
merupakan campuran pencuci yang digunakan bagi pelbagai kegunaan seperti kegunaan peribadi, kegunaan industri dan juga ada untuk kegunaan dalam sektor pertanian. Terdapat banyak jenis sabun dipasaran sama ada ianya biasanya dijual sebagai bentuk ketulan yang dipanggil 'sabun buku' atau cecair atau pun di dalam beberapa bentuk lain. Bagaimana pun pada masyarakat umum faham akan dimana penggunaan sabun yang paling meluas adalah untuk mencuci pakaian dan mandi. Kini sabun pernah digunakan sebagai bahan pencuci pakaian dobi sebelum ia terganti dengan bahan sintetik yang lebih kuat dan berkesan. Apabila sudah banyak kedai mencuci pakaian dimana sabun sudah menjadi satu komoditi yang pasti digunakan. Pelbagai produk sabun yang digunakan sebagai sabun mandi pula ada banyak jenis dipasaran. Ini kerana kebanyakan manusia akan sentiasa menggunakan sabun mandi untuk ia dapat membersihkan tubuhbadannya. Kebanyakan campuran sabun mengandungi sebatian garam natrium atau kalium yang boleh dihasilkan daripada asid lemak dengan bertindak balas dengan larutan beralkali (seperti natrium hidroksida atau kalium hidroksida) pada 80°-100 °C dalam proses yang dikenali sebagai 'Proses penyabunan'. Lemak-lemak itu dihidrolisiskan oleh bahan bes, menghasilkan gliserol dan sabun kasar (garam asid lemak beralkali). Sabun dihasilkan daripada minyak atau lemak. Sodium Tallowate merupakan sejenis bahan biasa dalam kebanyakan sabun dimana ia sebenarnya adalah lemak haiwan. Sabun yang dihasilkan dari minyak sayuran seperti minyak zaitun dan ia biasanya akan diistilahkan sebagai 'Sabun castile'. Proses biasa bagi kerja menyucikan sabun termasuk menyingkirkan natrium klorida, natrium hidroksida, dan gliserol. Campuran (nihilistic) ini akan disingkirkan dengan merebus ketulan sabun kasar dalam air dan membentuk semula sabun dengan garam. Terdapat jenis sabun kering (kandungan kelembapan sekitar 6-12%) yang kemudian dipadatkan kepada ketulan kecil pallet (serbuk). Pallet ini kemudiannya sedia untuk perapian akhir sabun. Perapian sabun adalah proses menukar pallet sabun kasar barangan boleh dijual dimana ada biasanya bentuk sabun buku. Pallet sabun dicampurkan dengan wangian dan bahan lain dan digabung sepenuhnya dalam pengaul. Buku sabun kemudian dibungkus dalam pelbagai cara untuk dipasarkan. Peranan sabun dalam sektor pertanian juga penting. Artikel pada kali nini dikedinginan subuh Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis bagaimana kepentingan sabun dalam pertanian untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Pertama adalah bagaimana adakah kaitan sabun didalam kerja mengawal rumpai dengan menggunakan racun rumpai. Racun rumpai (weedicide) yang biasanya digunakan di kawasan pertanian dengan tujuan untuk mengawal ancaman rumpai yang boleh mengurangkan produktiviti tanaman dan sebagai perumah kepada serangga perosak. Selain itu penggunaan racunkulat (fungicide), Racun serangga (Insecticide) dan pelbagai racun lain adalah digunakan agar tanaman sihat dan mampu nebgeluarkan g=hasil tanaman yang banyak dan berkuaiti. Dalam pada itu sering dilihat juga dimana 
racun rumpai juga digunakan di kawasan bukan pertanian untuk mengawal rumpai di tepi-tepi tebing sungai, tepi jalan dan tidak kurang juga digunakan di halaman rumah. Penggunaanya yang meluas boleh membahayakan kesihatan manusia jika terdedah, terutama jika disalahgunakan terutama Racun Rumpai Glifosat. Glifosat dikelaskan sebagai racun rumpai yang mempunyai ketoksikan sederhana pada mamalia termasuk manusia. Sebanyak 22 kes keracunan glifosat yang dilaporkan sepanjang tahun 1989 hingga 1991 merupakan kes kedua tertinggi dalam kategori kumpulan racun rumpai. Apa pun walaupun sebatian ini kurang toksik tetapi bahan asas surfaktan (agen pembasah) yang terkandung dalam sediaan racun ini adalah berbahaya kepada manusia dan merupakan punca utama keracunan glifosat. Bahan surfaktan ini bertujuan membantu racun masuk ke dalam daun rumpai. Dilaporkan dimana racun glifosat lambat menyerap masuk melalui kulit manusia apabila ia boleh menyebabkan kulit kelihatan seperti radang terkena panas cahaya matahari. Sekiranya terkena pada kulit tindakan penting adalah dengan segera cuci dengan air yang banyak bersama sabun. Pakaian yang ada terkena racun hendaklah ditanggalkan dan dicuci dengan sabun sebelum dipakai semula. Dilaporkan kebanyakan kes keracunan yang berlaku adalah disebabkan glifosat diminum dengan tujuan membunuh diri. Manakala bagi kanak-kanak, ia diambil secara tidak sengaja disebabkan kecuaian semasa penyimpanan yang tidak selamat dan mudah dicapai.  Dilaporkan dimana dos keracunan akut yang boleh membawa maut ialah sebanyak 200ml. Biasanya mangsa yang telah terminum racun glifosat (Roundup) mengalami radang di bahagian mulut dan tekak, sakit kerongkong, mual, muntah dan cirit-birit. Tanda-tanda ini akan berlarutan beberapa hari. Apabila berlaku pengambilan dos yang tinggi kesannya boleh menyebabkan pendarahan perut dan usus serta muntah mengeluarkan darah. Akibat keracunan ia boleh menyebabkan sakit radang kesesakan paru-paru. Rawatan kepada mangsa yang terminum racun glifosat ini ialah dengan memberikan mangsa minum susu atau air bagi mencairkan racun dalam perut. Emesis atau mengikhtiarkan muntah bagi mengeluarkan racun tidak digalakkan memandangkan kemudaratan yang akan timbul. Sebaiknya segera bawa mangsa ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut. Radang paru-paru dan kesesakan paru-paru juga boleh terjadi jika terhidu kabus semburan berterusan dalam jangkamasa yang panjang. Tanda-tanda selepas terhidu dimana biasanya terasa pedih atau radang di bahagian saluran atas pernafasan dan bahagian tekak, terasa pahit serta kesukaran bernafas. Keracunan akut yang serius jarang berlaku dengan cara ini.

Perlu juga kita tahu baga
imana sabun bertindak. Sabun adalah sejenis bahan kimia beralkali yang selalu diguna pakai di dalam rumah dimana ia sangat bagus dalam menanggalkan kotoran degil. Ia adalah disebabkan pada struktur dan sifat kimia sabun dimana tindakbalas  bahan kimia yang berlaku sebagai asas. Sabun dibuat sabun gunakan lemak haiwan atau lemak tumbuhan sebagai bahan utama kerama keduanga adalah struktur mereka adalah lebih kurang sama. SAntara jenis minyal popular adalah seperti minyak zaitun, alkali dan kapur. Lemak dan minyak ini kemudiannya dicampur dengan cecair beralkali seperti natrium hidroksida. Reaksi di antara dua bahan kimia ini seterusnya akan menghasilkan struktur sabun yang boleh larut dalam air dan juga minyak.  Apabila molekul sabun ini bertemu dengan lapisan minyak dan gris maka bahagian hidrofobik ini akan melekat kepadanya dan memecahkan lapisan minyak tersebut menjadi partikel yang lebih kecil. Molekul molekul sabun yang lain juga akan melekat pada partikel minyak berkenaan dan mengelilinginya seperti sebuah sel. Jadi minyak itu terperangkap dalam gugusan molekul sabun berkenaan dan lebih senang dibuang. Ada juga sejenis sabun yang lebih kuat dikenali sebagai 'detergen' atau dipanggi sebagai 'serbuk pencuci'. Walau pun seakan serupa akan tetapi detergen mempunyai beberapa elemen tambahan yang menguatkan kuasa pencuciannya iaitu enzim. Enzim ini sejenis protein yang kerjanya memecahkan molekul menjadi lebih kecil. Selalunya kotoran yang melekat di pakaian sifatnya sama seperti makanan dimana peranan enzim ini yang telah ditambah pada detergent adalah untuk memecahkan kotoran degil tersebut. Dalam pertanian sabun akan digunakan untuk mencuci alatan pertanian yang digunakan untuk meracun seperti tong racun, pakaian meracun. sarung tangan dan sebagainya. Ini kerana sabun akan mampu melupuskan kesan racun pada alatan tersebut. Ada juga petani yang tertentu yang tambah sabun tertentu sebagai bahan campuran dengan racun kimia yang digunakan sebagai bahan 'pelekat' atau sticker cairan racun yang selalu digunakan.

Kalangan pembaca yang tinggal di kawasan rumah yang ada tanah lapang sering ada rumpai tumbuh. Ramai pembaca blog yang hendak kawasan disekeliling r
umah nampak kemas dan cantik serta selamat. Sering dilihat banyak halaman rumah yang ada rumput tinggi disebebkan tidak ada masa untuk mengawalnya atau tidak tahu bagaimana untuk memusnahkannya. Ini kerana apabila rumput liar ini dibiarkan berkemungkinan akan menjadi perumah keada haiwan merbajaya seperti ular, lipan, jengking dan sebagainya. Apa pun yang pasti dengan kehadiran tebal rumput-rumput liar dan lalang pada ruang halaman ini sudah pastinya amat menyakitkan mata yang memandang dan jiran rumah pun terfikir 'malasnya jiran aku ini'. Meskipun pelbagai cara boleh dilakukan lazimnya akibat banyak hujan dan ada banyak sinaran matahari di Malaysia maka lazimnya rumput-rumput liar ini tetap tumbuh melata di halaman sepanjang masa. Banyak tulisan dan petua bagaimana untuk mengawal rumput liar ini boleh dilakukan. Bagi penulis blog paling senang adalah dengan cara alami iaitu dengan mencabutnya semasa ada sedikiy dengan tangan atau menggunakan cangkul atau tajak yang perlu dilakukan sekerap mungkin. Ada kalanya penulis blog akan meletakkan objek seperti kepingan logam atau tikar getah dikawasan tanah lapang yang akan menghalang pertimbuhan rumput liar. Sesekali juga ada membeli racun rumpai di kedai dan menyemburnya diatas rumput liar tetapi agak kurang selesa kaedah ini kerana racun rumpai yang berlebihan 'kurang selamat' disimpan dirumah. Antara kaedah yang sekarang diamalkan adalah dengan cara menggunakan dua bahan asas yang ada dirumah dan lebih selamat digunakan. Bahan tersebut adalah terdiri daripada cuka masakan, Sabun Cecair Pencuci Pinggan serta alat asas iaitu Alat Penyembur (Sprayer) yang boleh dibeli di kedai. Mudah sahaja melakukannya iaitu dengan menuangkan cuka masakan ke dalam alat penyembur. Setelah itu perlu dittitiskan 3 - 4 sudu besar sabun cecair pencuci pinggan kedalam alat penyembur tersebut. Botol penyembur tersebut digoncang agar keduanya sebati sebelum ianya disemburkan ia pada kawasan rumput liar tersebut secara menyeluruh menjadi basah. Sebenarnya cuka masakan mengandungi asid asetik yang boleh membuatkan rumput liar mudah mati. Sabun pencuci pinggan pula bertindak sebagai ejen pelekit (sticker) yang memastikan cuka yang disembur akan dapat melekat pada rumput liar tersebut. Adalah disyorkan hanya disembur hanya sekali (tetapi basah merata) dimana selepas seminggu hasilnya rumput akan bertukar warna coklat, akarnya menjadi kering dan mudah dicabut. Pembaca semua boleh mencuba kaedah ini sebagai satu kaitan diantara kepentingan sabun dengan pertanian. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA SABUN... PELBAGAI GUNA....
SEMBUR RACUN... DICUCI SEGERA...
TINDAKBALAS SABUN...DIJELAS CARA...
RUMPUT LIAR DIRUMAH... GUNA PETUA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(28 Zulhijjah 1443H).

Thursday, July 28, 2022

LINTAH - APA KEPENTINGANNYA

HAIWAN LINTAH
(Hirudo medicinalis) merupakan sejenis haiwan analid dari subklas Hirudenea yang terdapat di negara kita dan ramai orang takut kena gigitan lintah. Lintah atau dipanggil sebagai 'Leech' dalam bahasa Inggeris merupakan haiwan yang boleh hidup pada air tawar, air laut dan juga dikawasan daratan (Mungkin anda tahu haiwan seperti lintah iaitu 'pacat' dikawasan hutan). Lintah mampu menghisap darah sebanyak 5-15 ml iaitu sebanyak 4-5 kali ganda dari berat badan lintah setiap kali makan. Ini yang ajaib mengenai lintah yang dulu liar dimana kini ia mula di ternak untuk tujuan komersil menghasilkan minyak lintah dan juga dijadikan bahan perubatan serta kesihatan dengan teknik berbekam yang juga menggunakan lintah. Kalau dahulu memang penulis blog agak takut dan geli kena gigitan lintah ketika kerja dalam sawah padi di Sawah Ring, Muar tetapi kini apabila ada ternakan lintah telah pun di komersilkan oleh ramai usahawan di Malaysia ianya sudah berkurangan. Lintah adalah haiwan yang juga merupakan golongan Olegochaeta iaitu haiwan yang mempunyai kulit analid sebagai organ badan yang mana ia mampu mengembang dan merembeskan cecair. Lintah seperti juga cacing merupakan haiwan Hemaprodit iaitu ia mempunyai kedua-dua organ pembiakan Jantan dan Betina setiap ekor yang cepat membiak dengan sendiri. Saiz badan lintah bergantung kepada spesis lazimnya sekitar 5.0 - 10.0 cm dengan warna kulit coklat kehitaman atau hitam atau kekuningan bergantung kepada keadaan keliling. Bahagian kepala mempunyai mulut dan bergigi untuk menghisap darah daripada mangsa sehingga kenyang. Setelah kenyang maka lintah dewasa lazimnya akan melepaskan gigitan dan akan meneruskan proses penghadaman melalui 34 segmen yang terdapat pada badan lintah. Keberadaan lintah dikawasan tertentu kini sudah menjadi satu industri dimana ada produk khusus daripada lintah dipasaran. Artikel pada malam Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis artikel yang ke 7,116 mengenai beberapa kisah kepentingan lintah untuk dijadikan bahan rujukan pembaca semua.

Mungkin ramai pembaca blog yang ingin m
engenal haiwan lintah dengan lebih baik kerana sekali pandang pada lintah-lintah ramai yang memberi reaksi wajah terus berkerut kerana ‘geli’ atau takut melihat struktur kulitnya yang licin. Ramai juga yang akan ,enjauhi atau terus berundur setapak ke belakang dan cuba mengelak dari menyentuhnya. Secara amnya haiwan lintah boleh dijumpai di dalam air tawar dan air laut. Ia adalah haiwan jenis hermafrodit iaitu mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina. Terdapat satu bahagian penghisap darah pada mulut lintah yang dikenali sebagai ‘penghisap anterior’. Lintah berpaut pada perumah seperti manusia dengan penghisap anterior dan akan mengeluarkan sejenis bendalir seperti bius yang menyebabkan perumah tidak menyedari hinggapan lintah. Lintah berpaut pada manusia untuk menghisap darah sehingga kenyang. Kemudian ia akan turun dari perumah untuk menghadam makanannya. Apa pun pada kebiasaannya mungkin ramai akan terkejut dan menjerit-jerit sekiranya melihat lintah melekat pada badan terutama di kali dan tangan (Sila lihat foto disebelah). Mereka ini akan terus menarik lintah untuk membuangnya. Akan tetapi, tahukah para pembaca bahawa lintah boleh memanjangkan badannya sehingga kebuh kurang 30cm panjang. Sekiranya ia ditarik terlalu kuat maka hanta bahagian penghisap anterior mungkin akan tertinggal pada badan kita. Sungguhpun haiwan ini agak menggelikan, ia mempunyai manfaat lain dalam bidang perubatan. Lintah atau nama saintifiknya Hirudo medicinalis boleh mengeluarkan bahan hirudin, iaitu sejenis protein yang berfungsi sebagai agen anti-pembekuan darah semulajadi. Protein ini dirembeskan keluar dari kelenjar liurnya semasa menggigit perumah. Dari beberapa penyelidikan yang pernah dijalankan oleh universiti tempatan dan HKL dimana protein ini dapat membantu ahli perubatan dalam kajian penyakit-penyakit tertentu oleh kerana hirudin dari lintah tidak toksik berbanding bahan sintetik lain yang lebih mahal.

Kehebatan lintah ini dilsporkan dalam bharian.com bertajuk 'Lintah bantu merawat penyakit' menarik untuk dijadikan bahan rujukkan. Memang agak ramai yang geli dan ada individu akan menjerit-jerit apabila melihat lintah, apatah lagi kalau melekat, menggigit dan menghisap darah pada pangkal kaki.  Namun begitu siapa menyangka lintah yang selama ini sudah dianggap sebagai parasit sebenarnya mempunyai kelebihan melegakan penyakit yang sukar disembuhkan dan hebat dalam mempercepatkan proses merawat luka. 
Sebagai contoh, penyakit arthritis yang menyebabkan sendi seperti jari membengkak boleh diatasi dengan membiarkan lintah menghisap darah di kawasan itu, menjadikan aliran darah lancar seterusnya mengurangkan bengkak serta kesakitan yang dialami. Lintah sebenarnya memiliki sejenis enzim dikenali sebagai hirudin yang dikeluarkan ketika menghisap darah dan mencegah tisu kulit daripada mati yang didakwa membolehkan luka cepat sembuh. Sebelum menghisap darah, haiwan ini menyuntik bahan kimia yang berfungsi sebagai ‘bius’ di kawasan berkenaan sehingga menyebabkan mangsa tidak menyedari darahnya sedang dihisap. Apa pun dilaporkan dimana tujuan rawatan penyakit dilakukan kajian. Spesies haiwan dengan dua organ, jantan dan betina ini tidak akan membuatkan mangsa kehabisan darah sebaliknya ia digunakan dalam dunia perubatan untuk merawat pelbagai penyakit sejak 2,500 tahun lalu. Antara penyakit yang dirawat menggunakan lintah seperti tekanan darah tinggi, migrain, arthritis, buasir, varikos urat dan seperti yang didokumenkan di Russia. Di Amerika Syarikat dilaporkan ada pakar bedah plastik menggunakan lintah untuk mengeringkan darah daripada luka selepas penyambungan anggota badan atau tisu. Ia dilaporkan juga berkesan rawatan kardiovaskular, ginekologi (sakit puan) dan dermatologi (kulit). Bagi Ketua Unit Penjagaan Luka, Jabatan Perubatan Dalaman Hospital Kuala Lumpur, Prof Dr Harikrishna KR Nair mendapati lintah paling popular dan kerap digunakan untuk tujuan rawatan adalah hirudinara mallensis yang panjangnya kira-kira 10 sentimeter dan berat dua gram. Penggunaan lintah bukan sesuatu yang baharu di negara kita kerana ia sudah digunakan untuk tujuan kesihatan seperti berbekam tetapi apa yang dibimbangkan ia tidak dinyah kuman dan boleh menyebabkan jangkitan serius. Apa pun bagi memastikan keselamatan pesakit maka lintah yang bakal digunakan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan dinyah kuman menggunakan campuran kimia bagi tujuan memusnahkan bakteria dan kuman yang terdapat di dalam perut lintah. Negara bakal tampil sebagai yang pertama di dunia menggunakan lintah yang dinyah kuman terlebih dulu bagi mengelakkan jangkitan tidak diingini ke atas pesakit. Dalam menggunakan lintah untuk pembedahan payudara dimana jenis lintah yang digunakan juga diternak khas di taman lintah di Lembah Klang dan Terengganu. Kaedah menggunakan lintah setakat ini bakal digunakan ke atas pesakit yang menjalani pembedahan seperti membuang payudara (mastektomi) akibat barah. Kawasan luka akibat pembedahan perlu ditutup dengan menggunakan tampalan flap daripada kulit lain yang diambil daripada belakang badan pesakit sendiri. Lintah kemudiannya diletakkan di atas flap untuk menghisap darah sebanyak 15 milileter (ml) selama empat hingga enam jam dan hasilnya flap berkenaan akan melekat atau bercantum pada kulit dalam tempoh satu setengah hari. Kaedah penggunaan lintah dapat mengurangkan masa pesakit tinggal di dalam wad yang mana biasanya mengambil masa lima hari untuk flap melekat. Flap yang tidak melekat akan menyebabkan ia mati, seterusnya menyebabkan luka lebih lambat untuk sembuh. Kajian bakal dijalankan dalam tempoh terdekat untuk melihat secara terperinci kesan penggunaan lintah, membabitkan 30 pesakit menggunakan lintah dan 30 pesakit lagi menggunakan rawatan biasa. Penggunaan hidupan yang selama ini terbiar dan dianggap menggelikan seperti ulat lalat dan lintah oleh HKL, dijangka membawa perubahan dalam dunia perubatan moden negara dengan kesan sampingan minimum berbanding dadah lain. Kini dilaporkan ada dua spesis lintah kerap digunakan dalam perubatan dikeli sebagai Hirudo medicinalis (Lintah perubatan Eropah) dan spesis Hirudo michaelseni. Memang amat penting untuk mengenal pasti dan memilih lintah yang betul sebelum menggunakannya untuk tujuan perubatan kerana dilaporkan ada terdapat lebih 650 spesis lintah. Lintah akan hanya akan menghisap darah dengan menggigit kulit mamalia dari beberapa spesis sahaja.

Dalam artikel lain bertajuk 'Nampak ngeri, geli tapi sebenarnya terapi lintah mampu cegah pelbagai penyakit' sesuai juga dijadikan bahan rujukkan. Dilaporkan dimana terapi lintah memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan. Ini kerana apabila menyebut sahaja tentang lintah, mungkin ramai yang akan berasa geli dengan haiwan penghisap darah ini. Namun ia banyak digunakan sebagai terapi bagi menjaga dan merawat pelbagai penyakit serta menjaga kesihatan. Terapi lintah atau hiduroterapi mempunyai pelbagai kelebihan seperti mampu meningkatkan tahap kesihatan, menyembuhkan bengkak, mengurangkan tekanan darah dan sebagainya. Selain itu, ia juga terbukti dapat membantu mencegah dan merawat beberapa penyakit. Memang hebat kepentingan lintah apabila haiwan yang kecil ini mampu memberi manfaat kepada kesihatan. Didakwa lintah mampu merawat Penyakit jantung kerana terapi lintah dikatakan dapat meningkatkan aliran darah serta membuatkan fungsi saraf yang mati kembali aktif. Bagaimana pun ada kajian kepentingan lintah mendapati ia mampu menyembuhkan luka. Penggunaan lintah sangat berkesan dalam menjaga peredaran darah terutamanya pada bahagian luka sekaligus mempercepatkan didalam proses penyembuhan. Jika terdapat bengkak pada luka, terapi lintah ini juga dapat mengurangkan bengkak serta menghindarkan ia daripada terkena bakteria. Ketiga dimana lintah didakwa mampu membunuh sel kanser dimana kaedah rawatan ini juga dikatakan mampu melindungi sel normal dan mampu dalam menghentikan pertumbuhan sel kanser pada pesakit. Ada laporan kajian mendapati air liur lintah mengandungi bahan yang dikenali sebagai ghilanten yang mampu untuk menekankan pertumbuhan beberapa jenis tumor kanser seperti paru-paru, payudara dan prostat. Ke 4 dimana rawatan lintah mampu didalam mencegah diabetes dimana pakar mendapati terapi lintah sangat baik untuk pesakit diabetes dalam menghalang saluaran darah pesakit daripada menjadi rosak. Peptida dalam air liur lintah dapat meningkatkan aliran darah pada pembuluh darah dan mencegah pembekuan darah. Kepada mereka yang ada masalah pendengaran boleh lakukan terapi ini juga dikatakan mampu membantu merawat sakit telinga seperti kehilangan pendengaran secara tiba-tiba, tinnitus dan otitis. Dalam satu kajian yang dilakukan dengan meletakkan seekor lintah di bahagian depan dan belakang telinga dan hasilnya menunjukkan keberkesanan pada pesakit. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MELIHAT LINTAH... GELI RASANYA...
BERWARNA HITAM...LEBIK PULA...
MENGHISAP DARAH... ITU KERJANYA...
MERAWAT PENYAKIT... PELBAGAI GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
 Bandaraya Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(27 Zulhijjah 1443H).

Wednesday, July 27, 2022

KHASIAT ULAMAN POPULAR DI MALAYSIA! (Part 5)

ULAM atau ulam-ulaman merupakan sejenis makanan yang ditakrifkan sebagai bahagian tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi dan bunga yang boleh dimakan. Makanan ini selalunya akan diambil baik terus mentah mahupun setelah ia dicelur, dikukus atau direbus terlebih dahulu. Bagi penulis blog yang suka makan ulam-ulaman selalunya makan untuk menambah rasa keenakan makanan dari laukpauk bersama ulaman yang dimakan. Lebih lazat lagi jika ada bahan cecah seperti sambal belacan, budu, cencaluk, mayonis atau bahan cecahan lain. Biasanya disertakan sekali dengan nasi dan lauk-pauk yang lain seperti daging, ikan dan sayur-sayuran lain. Ulam terkenal sebagai hidangan harian utama sejak zaman dahulu dimana ia popular dikalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Bagaimana pul ulaman kini sudah pun terdapat di kawasan bandar-bandar teruta beberapa restoren masakan melayu tradisional. Disebabkan banyaknya khasiat ulam ini maka sudah terdapat inisiatif untuk membukukan maklumat ulam dalam satu buku yang lengkap oleh pihak tertentu untuk dijadikan bahan rujukkan di Malaysia. Selalunya bagi seorang yang sihat tubuh badannya maka pengambilan ulam-ulaman memang tidak memberi masalah kepadanya kerana ia boleh mengambil apa jua jenis ulam yang dia sukai memandangkan tubuhnya sihat dapat menerima apa jua kesan dan khasiat ulam yang diambil dengan kadar yang sesuai. Ianya akan berlainan pula bagi mereka yang ada masaalah penyakit yang tertentu kerana pemakanan ulam perlu diperhatikan agar apabila memakan ulam ianya boleh mendatangkan kesan buruk padanya. Merujuk kepada beberapa kes tertentu dilaporkan mereka yang ada masaalah tekanan darah rendah tidak digalakkan makan banyak ulam jenis sambung nyawa memandangkan ulam ini boleh memberi kesan merendahkan lagi tekanan darah. Walaupun begitu kepada mereka yang bermasaalah sesuai mengalbil ulaman jenis lain yang berkhasiat dan tiada memberikan kesan sampingan lain. Kebanyakan ulam yang baik adalah jenis ulam dimakan secara langsung tanpa dimasak lama terlebih dahulu dimana lazimnya kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama seperti kalsium (Ca), Fosforus (P), Besi (Fe), Natrium (Na) dan Kalium (K) di dalam ulam tidak termusnah oleh haba. Sebagai contoh apabila pembaca blog mengambil daun kaduk biasanya ia mempunyai zat Kalsium (Ca), Fosforus (P) dan Zat Besi (Fe) yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100gram yang dimakan dibandingkan dengan ulam-ulam lain. Malakan ulam juga membekalkan serat yang amat di perlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus. Ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dan kini pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan. Sebagai contoh ulam pegaga kini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjanakan kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit. Dalam pada itu dilaporkan ulam jering pula mengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Selain itu juga jering boleh menjadi penawar yang berkesan pesakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan. Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang diperlukan oleh badan untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakit osteoporosis terutama dikalangan kaum wanita. Terdapat berpuloh jenis ulam di Malaysia yang boleh didapatkan di negara kita. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sedia kongsikan beberapa kehebatan ulam tempatan popular untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

(13) KADOK
Pokok Kadok (Piper sarmentosum) mungkin kurang dikenali ramai dan ia merupakan adalah sejenis tumbuhan ulaman herba dari keluarga Piperaceae yang terdapat di Malaysia dan natif dari negara kita. Tumbuhan ini juga terdapat di Brunei dan Indonesia. Penulis blog juga pernah mempunyai beberapa pasu pokok kadok yang ditanam dikawasan rumah di Melaka dulu. Pokok kaduk ini ditanam didalam pasu dengan tanaman herba lain seperti serai wangi, tenggek burung, limau purut, serai biasa, pokok potong kolesterol, snake grass dan beberapa lagi. Daun Kaduk telah lama dikenali sebagai ulam yang dimakan segar bersama-sama nasi putih dan juga boleh dimasak dengan pelbagai cara mengikut kehendak pengguna. Pokok Kadok adalah tumbuhan herba renek yang tumbuh dengan adanya naungan. Tumbuhan ini ditanam untuk tujuan kegunaan sendiri dikeliling rumah atau dikawasan keliling kebun. Tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman kaduk di Malaysia tetapi penulis mengganggarkan sekitar 15-20 hektar CHE. 
Daun kaduk merupakan tanaman dalam keluarga Piperaceae yang digunakan dalam banyak masakan Asia Tenggara.  Daunnya sering dikelirukan dengan sirih, tetapi ia berbeza dari segi rasa dan saiz kerana rasaanya tidak sekuat daun sirih dan saiznya lebih kecil. Antara manfaat daun kaduk ialah ianya boleh meredakan sakit sendi, sakit tulang, sembelit dan mampu menyembuhkan masalah panau.


(14) PUCUK GAJUS
Pokok Gajus (Anacardium occidental Linn) merupakan sejenis dun yang diambil dari tumbuh-tumbuhan iaitu dari keluarga Anacardiaceae yang unik kerana mempunyai biji ‘diluar buah’ dan isi didalam yang tumbuh di negara kita. Pokok Gajus dipercayai berasal dari Brazil dan kini ditanam di kawasan tropika diseluruh dunia. Selain bahagian daun yang dijadikan ulaman popular yang dimakan dengan sambal belacan dan nasi, pucuk daun mudanya yang dipotong-potong boleh digunakan sebagai campuran dalam laksa. Pemilihan pucuk yang muda mudah ketika musim hujan tetapi ianya agak berkurangan dalam musim kemarau. Ulam pucuk gajus ada dijual dipasar malam dengan harga RM 1.00 satu ikat dengan 15-20 helai daun disusun dalam ikatan. Pucuk ini tahan disimpan sehingga dalam peeti sejuk dan masih boleh dimakan. Khasiat pucuk gajus dipercayai mengelakan penyekit kanser, membantu proses penghadaman serta baik untuk mereka yang ada masaalah tekanan darah tinggi. Pastikan untuk mendapatkan pucuk gajus yang bertaraf ‘Organik’ apabila tiada semburan racun kimia dikawasan tanaman tersebut. Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram biji mengandungi 21% protin, 40% minyak ekstrak. Kuantiti minyak yang dihasilkan adalah Asid Oleik (60-75%) dan Asid Lineolik (20-28%). Kajian juga mendapati jus buah gajus kaya dengan Vitamin C (Asid Askorbik), Vitamin B3 (Riboflavin) dan juga Kalsium. Kulit kacang gajus kaya dengan minyak Asid Anakardik (90%) dan juga Kardol (10%) yang bernilai terhadap kesihatan manusia. Kulit yang dicampur dengan kopi boleh dijadikan rawatan asma atau lelah. Cecair kulit gajus boleh digunakan rawatan Ketuat, Kutil dan Kaki Retak. Bunga gajus boleh direbus dan dibuat sirap yang mengurangkan atau menyembuhkan Batuk. Ada dakwaan yang menyatakan daun tua pokok gajus yang direbus dan diminum airnya dapat merawat cirit birit, sakit perut dan juga anti-diabetes. Khasiat pokok gajus mungkin lebih banyak lagi daripada yang dinyatakan diatas. Mana tahu satu hari nanti ada usahawan yang menghasilkan semua khasiat gajus dalam bentuk 'Ready to Use' aeperti dalam bentuk pil, jus, ekstrak, tablets, kapsul dan sebagainya. 
Amalan mengambil ulaman pucuk gajus boleh menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar. Malah, ianya membantu aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi lebih sihat dan segar, sesuai untuk kulit dan mata.


(15) CEKUR
Cekur (Kaempferia gigantica) atau dalam bahasa saya dikampong sebagai 'Kencur' memang merupakan sejenis herba yang tidak berbatang. Memang berbeza diantara Cekur dengan Cekur manis (Sauropus androgynus) yang mana keduanya adalah jenis sayur dan ulaman.Penulis blog banyak menulis artikel mengenai cekur dan cekur manis. Cekur mempunyai tunas pucuk yang tumbuh daripada batang rizomnya yang mana rizom berada dalam tanah dan hanya daunnya berwarna hijau berada diatas tanah. Bergantung kepada penjagaan dan kesuburan biasanya setiap rumpun mempunyai diantara 3 - 8 helai daun yang tebal dan lebar yang berbentuk bujur telur. Penulis dapati dalam masa 2 bulan sahaja rizom ditanam didalam pasu yang media cocopeat atau tanah campuran sudah cukup besar. Baja organik yang diberikan memberikan tahap kesuburan terbaik kepada tanaman cekur. Pokok yang cukup tua sering mengeluarkan bunga berwarna putih yang mekar dalam masa singkat sahaja. Cekur segar ada dijual dipasar biasa, pasar tani dan juga pasar malam dikawasan tertentu terutama dimana ramau suku kaum Jawa tinddal dimana mereka memanggilnya sebagai 'Kencur' sahaja. Pada penulis blog apa yang istimewa mengenai cekur ini adalah daun dan rizomnya yang mempunyai aroma yang lembut serta berkhasiat.

Daun cekur merupakan ulaman yang dikenali dengan saiz kecilnya. Ia tergolong dalam spesis keluarga halia.  Berbeza warna daun cekur bergantung kepada usianya. Batang cekur muda biasanya berwarna hijau muda dan batang cekur tua berwarna hijau tua atau kelabu. Antara khasiat daun cekur ialah ianya kaya dengan zat besi, dapat merawat sembelit, mengurangkan angin dalam badan dan memberikan tenaga. 
Artikel ini ditulis didalam lima (5) segmen yang sesuai dibaca secara bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA ULAM... BANYAK JENISNYA...
DIMAKAN MENTAH.. DICELUR PUN ADA...
BANYAK KHASIAT... SEPERTI DIDAKWA....
AMALKAN MAKAN... LANJUTKAN USIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(22 Zulhijjah 1443H).

Tuesday, July 26, 2022

KHASIAT ULAMAN POPULAR DI MALAYSIA! (Part 4)

ULAM atau ulam-ulaman merupakan sejenis makanan yang ditakrifkan sebagai bahagian tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi dan bunga yang boleh dimakan. Makanan ini selalunya akan diambil baik terus mentah mahupun setelah ia dicelur, dikukus atau direbus terlebih dahulu. Bagi penulis blog yang suka makan ulam-ulaman selalunya makan untuk menambah rasa keenakan makanan dari laukpauk bersama ulaman yang dimakan. Lebih lazat lagi jika ada bahan cecah seperti sambal belacan, budu, cencaluk, mayonis atau bahan cecahan lain. Biasanya disertakan sekali dengan nasi dan lauk-pauk yang lain seperti daging, ikan dan sayur-sayuran lain. Ulam terkenal sebagai hidangan harian utama sejak zaman dahulu dimana ia popular dikalangan masyarakat Melayu di luar bandar dan dikampung-kampung. Bagaimana pun kini ulaman kini sudah pun terdapat di kawasan bandar-bandar teruta beberapa restoren masakan melayu tradisional. Disebabkan banyaknya khasiat ulam ini maka sudah terdapat inisiatif untuk pihak tertentu membukukan maklumat ulam dalam satu buku yang lengkap oleh pihak tertentu untuk dijadikan bahan rujukkan di Malaysia. Selalunya bagi seorang yang sihat tubuh badannya maka pengambilan ulam-ulaman memang tidak memberi masalah kepadanya kerana ia boleh mengambil apa jua jenis ulam yang dia sukai memandangkan tubuhnya sihat dapat menerima apa jua kesan dan khasiat ulam yang diambil dengan kadar yang sesuai. Ianya akan berlainan pula bagi mereka yang ada masaalah penyakit yang tertentu kerana pemakanan ulam perlu diperhatikan agar apabila memakan ulam ianya boleh mendatangkan kesan buruk padanya. Merujuk kepada beberapa kes tertentu dilaporkan mereka yang ada masaalah tekanan darah rendah tidak digalakkan makan banyak ulam jenis sambung nyawa memandangkan ulam ini boleh memberi kesan merendahkan lagi tekanan darah. Walaupun begitu kepada mereka yang bermasaalah sesuai mengalbil ulaman jenis lain yang berkhasiat dan tiada memberikan kesan sampingan. Kebanyakan ulam yang baik adalah jenis ulam dimakan secara langsung tanpa dimasak lama terlebih dahulu dimana lazimnya kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama seperti kalsium (Ca), Fosforus (P), Besi (Fe), Natrium (Na) dan Kalium (K) di dalam ulam tidak termusnah oleh haba. Sebagai contoh apabila pembaca blog mengambil daun kaduk biasanya ia mempunyai zat Kalsium (Ca), Fosforus (P) dan Zat Besi (Fe) yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100gram yang dimakan dibandingkan dengan ulam-ulam lain. Malakan ulam juga membekalkan serat yang amat di perlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus. Ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dan kini pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan. Sebagai contoh ulam pegaga kini telah diiktiraf oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjanakan kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit. Dalam pada itu dilaporkan ulam jering pula mengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Selain itu juga jering boleh menjadi penawar yang berkesan pesakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan. Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang diperlukan oleh badan untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakit osteoporosis terutama dikalangan kaum wanita. Terdapat berpuloh jenis ulam di Malaysia yang boleh didapatkan di negara kita. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka  kongsikan beberapa kehebatan ulam tempatan popular untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

(4) DAUN TENGGEK BURUNG
Daun Tenggek Burung (Euodia redleyi) merupakan sejenis herba dari tumbuhan dari keluarga Rutaceae iaitu merupakan tumbuhan renek yang selalu tumbuh secara liar di Malaysia. Tumbuhan ini telah diberikan nama 'Tenggek Burung' kerana dipercayai burung bersaiz kecil suka hinggap diatas pokok ini seperti burung kelicap, burung murai, burung kecil lain untuk mereka menyedut nektar daripada bunganya dan membuat sarang untuk bertelur. Penulis mula kenal pokok tenggek burung semenjak zaman remaja kerana terdapat beberapa pokok ini yang tumbur liar dikawasan rumah di kampong di Muar, Johor dahulu. Keluasan tanaman pokok tenggek burung belum ada maklumat yang saya dapat cari dari banyak sumber. Bahagian pucuk tumbuhan ini dipetik dan dijadikan ulam dengan rasa masam, kelat dan pahit sedikit dan biasanya amat enak dimakan dengan sambal belacan bersama nasi putih. Kajian para pegamal perubatan tradisional mendapati pucuk tenggek burung boleh digunakan untuk perubatan atau dianggap tanaman ulam untuk kesihatan (jika tidak dicemar dengan toksik). Pada asasnya ulam ini dipercayai dapat merawat tekanan darah tinggi. Selain itu juga khasiatnya ialah dapat meningkatkan organ seks bagi lelaki serta juga memperbaiki pengedaran darah. Kajian secara saintifik mengenai bahan kandungan kimia dalam ekstrak ulam tenggek burung perlu di pergiatkan. Kandungan lain seperti bahan antioksidan dimana ia juga mungkin ada pada ulam daun tenggek burung. Ulam tenggek burung sesuai dimakan segar sebagai ulam dan mempunyai rasa Pahit dan Kelat yang mana ada kat ia kurang sedap. 
Jika pergi ke kebanyakan warung atau restoran pada waktu tengah hari mungkin diantara jenis ulam yang wajib ada ialah daun tenggek burung.

(5) PUCUK BETIK
Pucuk Betik (Carica papaya) merupakan bahagian atas pada pokok betik dari keluarga Caricaceae yang sesuai untuk dijadikan makanan berkhasiat. Mungkin ramai dikalangan masyarakat Malaysia yang sudah jarang dapat melihat pucuk betik kerana mereka tinggal dikawasan bandar dan golongan muda. Pucuk betik memang pahit kerana mengandungi getah (lateks) atau sebenarnya bahan 'Papain'. Pembaca blog boleh juga membaca apakah itu papain dalam tulisan saya dalam blog ini sebelum ini (Sila klik disini). Papain adalah bahan yang mana jika dikomersilkan dimana ia mampu memberikan pendapatan baik dan ia meluas untuk digunakan. Penulis blog masih ingat ketika zaman remaja dikampong dulu diminta oleh ibu untuk memetik pucuk betik dikebun untuk dijadikan ulam atau dibuat rojak pecel. Pucuk betik dari pokok subut berwarna hijau lembut dan mudah dipotong dengan pisau atau sabit sahaja. Papain adalah sejenis bahan hormon yang dihasilkan atau dikeluarkan oleh buah betik muda secara semulajadi apabila ia dicederakan atau dipotong pada bahagian kulitnya. Papain juga didapati pada buah betik gunung yang banyak ditanam dikawasan tanah tinggi (Vasconcellea cundinamarcencis). Kita di Malaysia sering dengar akan perkataan 'papain' ini yang dikatakan mampu melembutkan masakan daging daging yang liat seperti otot-otot yang banyak urat jika dicampurkan kedalam masakan. Sebenarnya banyak kajian telah dijalankan bahawa papain merupakan enzim penghadaman yang berkesan (powerful digentive enzyme) yang juga dipanggil sebagai 'papaya proteinase'. Apa yang berlaku sebenarnya adalah dimana enzim papain telah memecahkan fiber protein dalam proses penghadaman dan telah digunakan semenjak beribu tahun dahulu dikawasan Amerika Selatan. Membalut daging dengan daun betik atau daun lain yang mengandungi juga merupakan satu cara masakkan yang dibuat untuk melembutkan daging serta mendapatkan aroma yang sesuai. Dalam pucuk betik juga ada bahan papain didalamnya. Pucuk betik dan bunga betik sering dijadikan bahan asas makanan sebagai ulaman. Penulis juga suka petik buah betik muda dan digunakan sebagai bahan sayuran seperti dimasak sup, masak tumis cili dan juga dijadikan pecel. Apa pun kini ramai generasi baru yang tidak mengenali sayur enak daripada betik muda, pucuk betik dan bunga betik. 
Pucuk betik juga merupakan antara jenis ulam yang digemari orang kita dan turut dinikmati oleh warga negara Asia Tenggara yang lain. Ianya merupakan daun bahagian atas untuk pokok betik. Jika ianya pucuk betik muda, rasanya sedikit pahit. Antara manfaat kesihatan pucuk betik ialah ianya mampu mengawal tekanan darah, meredakan demam dan melancarkan penghadaman.

(14) PETAI
Petai (Parkia speciosa) merupakan sejenis herba atau tumbuhan dibawah keluarga Fabaceae yang dulu tumbuh dalam hutan dan kini telah ditanam sebagai tanaman ulam-ulaman yang boleh mendapatkan hasil. Petai juga di panggil dengan nama pete' (Indonesia), sator (Thailand), sataw, stink bean, yongchaa, yongchaak atau zawngtah dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Di Malaysia dahulu hanya orang Melayu sahaja yang memakan petai tetapi kini pelbagai bangsa lain seperti Cina, India atau Orang Putih pun mulai memakannya kerana khasiat yang ada pada petai. Buah Petai yang berwarna hijau memberikan bau yang kuat dan menyelerakan ramai peminat buah petai. Petai merupakan sayuran yang kerap digunakan dalam masakan. Ianya boleh dibuat sambal dan jeruk. Malah, petai juga enak dijadikan ulaman. Apa pun disebabkan kandungan sulfur, ia turut dikaitkan dengan kesannya yang menyebabkan mulut sedikit berbau, namun tidaklah memudaratkan. Petai mengandungi zat asid amino dan karbohiderat kompleks yang juga akan menyebabkan kencing berbau busuk jika makan petai dengan kuantiti sedikit apa lagi kalau dengan kuantiti banyak. Kajian dimakmal mendapati petai mengandungi 0.8183 % Lemak, 5.2% Protin, 2.06% Karbohiderat, 36,647 kalori, 4.18335 Vitamin C, 25.38% Air, 0.95% Abu, 22.30 Serat Kasar, 0.916 Gula, 1.35 ppm Kalsium, 842.45 ppm Kalium, 7.8 ppm Magnesium dan lain-lain asid lagi. Ada juga orang yang suka makan daun petai muda sebagai ulam yang ianya juga mempunyai bau seperti buah petai juga. Saya paling suka makan petai dengan kulitnya sekali utuk mendapatkhan khasiat kulit petai yang mempunyai rasa pahit dan kelat. Kulit petai dipercayai mengandungi penawar daripada skit perut kerana makan terlalu banyak petai yang boleh menyebabkan kita tidak tanan buang air besar. Antara khasiat petai ialah ianya membantu untuk melancarkan penghadaman dan mencegah demam selsema. Ia juga membantu menangani stress, aktiviti antioksidan, berpotensi mencegah kanser, mengawal paras gula dalam darah, baik untuk kesihatan jantung, boleh menurangkan keradangan, aktiviti antiulcer, bagus untuk tulang dan gusi, antimikoobial dan membantu sistem penghadaman serta mencegah anemia
. Artikel ini ditulis didalam lima (5) segmen yang sesuai dibaca secara bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA ULAM... BANYAK JENISNYA...
DIMAKAN MENTAH.. DICELUR PUN ADA...
BANYAK KHASIAT... SEPERTI DIDAKWA....
AMALKAN MAKAN... LANJUTKAN USIA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(22 Zulhijjah 1443H).