Thursday, July 28, 2022

LINTAH - APA KEPENTINGANNYA

HAIWAN LINTAH
(Hirudo medicinalis) merupakan sejenis haiwan analid dari subklas Hirudenea yang terdapat di negara kita dan ramai orang takut kena gigitan lintah. Lintah atau dipanggil sebagai 'Leech' dalam bahasa Inggeris merupakan haiwan yang boleh hidup pada air tawar, air laut dan juga dikawasan daratan (Mungkin anda tahu haiwan seperti lintah iaitu 'pacat' dikawasan hutan). Lintah mampu menghisap darah sebanyak 5-15 ml iaitu sebanyak 4-5 kali ganda dari berat badan lintah setiap kali makan. Ini yang ajaib mengenai lintah yang dulu liar dimana kini ia mula di ternak untuk tujuan komersil menghasilkan minyak lintah dan juga dijadikan bahan perubatan serta kesihatan dengan teknik berbekam yang juga menggunakan lintah. Kalau dahulu memang penulis blog agak takut dan geli kena gigitan lintah ketika kerja dalam sawah padi di Sawah Ring, Muar tetapi kini apabila ada ternakan lintah telah pun di komersilkan oleh ramai usahawan di Malaysia ianya sudah berkurangan. Lintah adalah haiwan yang juga merupakan golongan Olegochaeta iaitu haiwan yang mempunyai kulit analid sebagai organ badan yang mana ia mampu mengembang dan merembeskan cecair. Lintah seperti juga cacing merupakan haiwan Hemaprodit iaitu ia mempunyai kedua-dua organ pembiakan Jantan dan Betina setiap ekor yang cepat membiak dengan sendiri. Saiz badan lintah bergantung kepada spesis lazimnya sekitar 5.0 - 10.0 cm dengan warna kulit coklat kehitaman atau hitam atau kekuningan bergantung kepada keadaan keliling. Bahagian kepala mempunyai mulut dan bergigi untuk menghisap darah daripada mangsa sehingga kenyang. Setelah kenyang maka lintah dewasa lazimnya akan melepaskan gigitan dan akan meneruskan proses penghadaman melalui 34 segmen yang terdapat pada badan lintah. Keberadaan lintah dikawasan tertentu kini sudah menjadi satu industri dimana ada produk khusus daripada lintah dipasaran. Artikel pada malam Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis artikel yang ke 7,116 mengenai beberapa kisah kepentingan lintah untuk dijadikan bahan rujukan pembaca semua.

Mungkin ramai pembaca blog yang ingin m
engenal haiwan lintah dengan lebih baik kerana sekali pandang pada lintah-lintah ramai yang memberi reaksi wajah terus berkerut kerana ‘geli’ atau takut melihat struktur kulitnya yang licin. Ramai juga yang akan ,enjauhi atau terus berundur setapak ke belakang dan cuba mengelak dari menyentuhnya. Secara amnya haiwan lintah boleh dijumpai di dalam air tawar dan air laut. Ia adalah haiwan jenis hermafrodit iaitu mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina. Terdapat satu bahagian penghisap darah pada mulut lintah yang dikenali sebagai ‘penghisap anterior’. Lintah berpaut pada perumah seperti manusia dengan penghisap anterior dan akan mengeluarkan sejenis bendalir seperti bius yang menyebabkan perumah tidak menyedari hinggapan lintah. Lintah berpaut pada manusia untuk menghisap darah sehingga kenyang. Kemudian ia akan turun dari perumah untuk menghadam makanannya. Apa pun pada kebiasaannya mungkin ramai akan terkejut dan menjerit-jerit sekiranya melihat lintah melekat pada badan terutama di kali dan tangan (Sila lihat foto disebelah). Mereka ini akan terus menarik lintah untuk membuangnya. Akan tetapi, tahukah para pembaca bahawa lintah boleh memanjangkan badannya sehingga kebuh kurang 30cm panjang. Sekiranya ia ditarik terlalu kuat maka hanta bahagian penghisap anterior mungkin akan tertinggal pada badan kita. Sungguhpun haiwan ini agak menggelikan, ia mempunyai manfaat lain dalam bidang perubatan. Lintah atau nama saintifiknya Hirudo medicinalis boleh mengeluarkan bahan hirudin, iaitu sejenis protein yang berfungsi sebagai agen anti-pembekuan darah semulajadi. Protein ini dirembeskan keluar dari kelenjar liurnya semasa menggigit perumah. Dari beberapa penyelidikan yang pernah dijalankan oleh universiti tempatan dan HKL dimana protein ini dapat membantu ahli perubatan dalam kajian penyakit-penyakit tertentu oleh kerana hirudin dari lintah tidak toksik berbanding bahan sintetik lain yang lebih mahal.

Kehebatan lintah ini dilsporkan dalam bharian.com bertajuk 'Lintah bantu merawat penyakit' menarik untuk dijadikan bahan rujukkan. Memang agak ramai yang geli dan ada individu akan menjerit-jerit apabila melihat lintah, apatah lagi kalau melekat, menggigit dan menghisap darah pada pangkal kaki.  Namun begitu siapa menyangka lintah yang selama ini sudah dianggap sebagai parasit sebenarnya mempunyai kelebihan melegakan penyakit yang sukar disembuhkan dan hebat dalam mempercepatkan proses merawat luka. 
Sebagai contoh, penyakit arthritis yang menyebabkan sendi seperti jari membengkak boleh diatasi dengan membiarkan lintah menghisap darah di kawasan itu, menjadikan aliran darah lancar seterusnya mengurangkan bengkak serta kesakitan yang dialami. Lintah sebenarnya memiliki sejenis enzim dikenali sebagai hirudin yang dikeluarkan ketika menghisap darah dan mencegah tisu kulit daripada mati yang didakwa membolehkan luka cepat sembuh. Sebelum menghisap darah, haiwan ini menyuntik bahan kimia yang berfungsi sebagai ‘bius’ di kawasan berkenaan sehingga menyebabkan mangsa tidak menyedari darahnya sedang dihisap. Apa pun dilaporkan dimana tujuan rawatan penyakit dilakukan kajian. Spesies haiwan dengan dua organ, jantan dan betina ini tidak akan membuatkan mangsa kehabisan darah sebaliknya ia digunakan dalam dunia perubatan untuk merawat pelbagai penyakit sejak 2,500 tahun lalu. Antara penyakit yang dirawat menggunakan lintah seperti tekanan darah tinggi, migrain, arthritis, buasir, varikos urat dan seperti yang didokumenkan di Russia. Di Amerika Syarikat dilaporkan ada pakar bedah plastik menggunakan lintah untuk mengeringkan darah daripada luka selepas penyambungan anggota badan atau tisu. Ia dilaporkan juga berkesan rawatan kardiovaskular, ginekologi (sakit puan) dan dermatologi (kulit). Bagi Ketua Unit Penjagaan Luka, Jabatan Perubatan Dalaman Hospital Kuala Lumpur, Prof Dr Harikrishna KR Nair mendapati lintah paling popular dan kerap digunakan untuk tujuan rawatan adalah hirudinara mallensis yang panjangnya kira-kira 10 sentimeter dan berat dua gram. Penggunaan lintah bukan sesuatu yang baharu di negara kita kerana ia sudah digunakan untuk tujuan kesihatan seperti berbekam tetapi apa yang dibimbangkan ia tidak dinyah kuman dan boleh menyebabkan jangkitan serius. Apa pun bagi memastikan keselamatan pesakit maka lintah yang bakal digunakan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan dinyah kuman menggunakan campuran kimia bagi tujuan memusnahkan bakteria dan kuman yang terdapat di dalam perut lintah. Negara bakal tampil sebagai yang pertama di dunia menggunakan lintah yang dinyah kuman terlebih dulu bagi mengelakkan jangkitan tidak diingini ke atas pesakit. Dalam menggunakan lintah untuk pembedahan payudara dimana jenis lintah yang digunakan juga diternak khas di taman lintah di Lembah Klang dan Terengganu. Kaedah menggunakan lintah setakat ini bakal digunakan ke atas pesakit yang menjalani pembedahan seperti membuang payudara (mastektomi) akibat barah. Kawasan luka akibat pembedahan perlu ditutup dengan menggunakan tampalan flap daripada kulit lain yang diambil daripada belakang badan pesakit sendiri. Lintah kemudiannya diletakkan di atas flap untuk menghisap darah sebanyak 15 milileter (ml) selama empat hingga enam jam dan hasilnya flap berkenaan akan melekat atau bercantum pada kulit dalam tempoh satu setengah hari. Kaedah penggunaan lintah dapat mengurangkan masa pesakit tinggal di dalam wad yang mana biasanya mengambil masa lima hari untuk flap melekat. Flap yang tidak melekat akan menyebabkan ia mati, seterusnya menyebabkan luka lebih lambat untuk sembuh. Kajian bakal dijalankan dalam tempoh terdekat untuk melihat secara terperinci kesan penggunaan lintah, membabitkan 30 pesakit menggunakan lintah dan 30 pesakit lagi menggunakan rawatan biasa. Penggunaan hidupan yang selama ini terbiar dan dianggap menggelikan seperti ulat lalat dan lintah oleh HKL, dijangka membawa perubahan dalam dunia perubatan moden negara dengan kesan sampingan minimum berbanding dadah lain. Kini dilaporkan ada dua spesis lintah kerap digunakan dalam perubatan dikeli sebagai Hirudo medicinalis (Lintah perubatan Eropah) dan spesis Hirudo michaelseni. Memang amat penting untuk mengenal pasti dan memilih lintah yang betul sebelum menggunakannya untuk tujuan perubatan kerana dilaporkan ada terdapat lebih 650 spesis lintah. Lintah akan hanya akan menghisap darah dengan menggigit kulit mamalia dari beberapa spesis sahaja.

Dalam artikel lain bertajuk 'Nampak ngeri, geli tapi sebenarnya terapi lintah mampu cegah pelbagai penyakit' sesuai juga dijadikan bahan rujukkan. Dilaporkan dimana terapi lintah memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan. Ini kerana apabila menyebut sahaja tentang lintah, mungkin ramai yang akan berasa geli dengan haiwan penghisap darah ini. Namun ia banyak digunakan sebagai terapi bagi menjaga dan merawat pelbagai penyakit serta menjaga kesihatan. Terapi lintah atau hiduroterapi mempunyai pelbagai kelebihan seperti mampu meningkatkan tahap kesihatan, menyembuhkan bengkak, mengurangkan tekanan darah dan sebagainya. Selain itu, ia juga terbukti dapat membantu mencegah dan merawat beberapa penyakit. Memang hebat kepentingan lintah apabila haiwan yang kecil ini mampu memberi manfaat kepada kesihatan. Didakwa lintah mampu merawat Penyakit jantung kerana terapi lintah dikatakan dapat meningkatkan aliran darah serta membuatkan fungsi saraf yang mati kembali aktif. Bagaimana pun ada kajian kepentingan lintah mendapati ia mampu menyembuhkan luka. Penggunaan lintah sangat berkesan dalam menjaga peredaran darah terutamanya pada bahagian luka sekaligus mempercepatkan didalam proses penyembuhan. Jika terdapat bengkak pada luka, terapi lintah ini juga dapat mengurangkan bengkak serta menghindarkan ia daripada terkena bakteria. Ketiga dimana lintah didakwa mampu membunuh sel kanser dimana kaedah rawatan ini juga dikatakan mampu melindungi sel normal dan mampu dalam menghentikan pertumbuhan sel kanser pada pesakit. Ada laporan kajian mendapati air liur lintah mengandungi bahan yang dikenali sebagai ghilanten yang mampu untuk menekankan pertumbuhan beberapa jenis tumor kanser seperti paru-paru, payudara dan prostat. Ke 4 dimana rawatan lintah mampu didalam mencegah diabetes dimana pakar mendapati terapi lintah sangat baik untuk pesakit diabetes dalam menghalang saluaran darah pesakit daripada menjadi rosak. Peptida dalam air liur lintah dapat meningkatkan aliran darah pada pembuluh darah dan mencegah pembekuan darah. Kepada mereka yang ada masalah pendengaran boleh lakukan terapi ini juga dikatakan mampu membantu merawat sakit telinga seperti kehilangan pendengaran secara tiba-tiba, tinnitus dan otitis. Dalam satu kajian yang dilakukan dengan meletakkan seekor lintah di bahagian depan dan belakang telinga dan hasilnya menunjukkan keberkesanan pada pesakit. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MELIHAT LINTAH... GELI RASANYA...
BERWARNA HITAM...LEBIK PULA...
MENGHISAP DARAH... ITU KERJANYA...
MERAWAT PENYAKIT... PELBAGAI GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
 Bandaraya Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(27 Zulhijjah 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.