Wednesday, July 27, 2022

KHASIAT ULAMAN POPULAR DI MALAYSIA! (Part 5)

ULAM atau ulam-ulaman merupakan sejenis makanan yang ditakrifkan sebagai bahagian tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi dan bunga yang boleh dimakan. Makanan ini selalunya akan diambil baik terus mentah mahupun setelah ia dicelur, dikukus atau direbus terlebih dahulu. Bagi penulis blog yang suka makan ulam-ulaman selalunya makan untuk menambah rasa keenakan makanan dari laukpauk bersama ulaman yang dimakan. Lebih lazat lagi jika ada bahan cecah seperti sambal belacan, budu, cencaluk, mayonis atau bahan cecahan lain. Biasanya disertakan sekali dengan nasi dan lauk-pauk yang lain seperti daging, ikan dan sayur-sayuran lain. Ulam terkenal sebagai hidangan harian utama sejak zaman dahulu dimana ia popular dikalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Bagaimana pul ulaman kini sudah pun terdapat di kawasan bandar-bandar teruta beberapa restoren masakan melayu tradisional. Disebabkan banyaknya khasiat ulam ini maka sudah terdapat inisiatif untuk membukukan maklumat ulam dalam satu buku yang lengkap oleh pihak tertentu untuk dijadikan bahan rujukkan di Malaysia. Selalunya bagi seorang yang sihat tubuh badannya maka pengambilan ulam-ulaman memang tidak memberi masalah kepadanya kerana ia boleh mengambil apa jua jenis ulam yang dia sukai memandangkan tubuhnya sihat dapat menerima apa jua kesan dan khasiat ulam yang diambil dengan kadar yang sesuai. Ianya akan berlainan pula bagi mereka yang ada masaalah penyakit yang tertentu kerana pemakanan ulam perlu diperhatikan agar apabila memakan ulam ianya boleh mendatangkan kesan buruk padanya. Merujuk kepada beberapa kes tertentu dilaporkan mereka yang ada masaalah tekanan darah rendah tidak digalakkan makan banyak ulam jenis sambung nyawa memandangkan ulam ini boleh memberi kesan merendahkan lagi tekanan darah. Walaupun begitu kepada mereka yang bermasaalah sesuai mengalbil ulaman jenis lain yang berkhasiat dan tiada memberikan kesan sampingan lain. Kebanyakan ulam yang baik adalah jenis ulam dimakan secara langsung tanpa dimasak lama terlebih dahulu dimana lazimnya kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama seperti kalsium (Ca), Fosforus (P), Besi (Fe), Natrium (Na) dan Kalium (K) di dalam ulam tidak termusnah oleh haba. Sebagai contoh apabila pembaca blog mengambil daun kaduk biasanya ia mempunyai zat Kalsium (Ca), Fosforus (P) dan Zat Besi (Fe) yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100gram yang dimakan dibandingkan dengan ulam-ulam lain. Malakan ulam juga membekalkan serat yang amat di perlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus. Ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dan kini pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan. Sebagai contoh ulam pegaga kini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjanakan kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit. Dalam pada itu dilaporkan ulam jering pula mengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Selain itu juga jering boleh menjadi penawar yang berkesan pesakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan. Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang diperlukan oleh badan untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakit osteoporosis terutama dikalangan kaum wanita. Terdapat berpuloh jenis ulam di Malaysia yang boleh didapatkan di negara kita. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sedia kongsikan beberapa kehebatan ulam tempatan popular untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

(13) KADOK
Pokok Kadok (Piper sarmentosum) mungkin kurang dikenali ramai dan ia merupakan adalah sejenis tumbuhan ulaman herba dari keluarga Piperaceae yang terdapat di Malaysia dan natif dari negara kita. Tumbuhan ini juga terdapat di Brunei dan Indonesia. Penulis blog juga pernah mempunyai beberapa pasu pokok kadok yang ditanam dikawasan rumah di Melaka dulu. Pokok kaduk ini ditanam didalam pasu dengan tanaman herba lain seperti serai wangi, tenggek burung, limau purut, serai biasa, pokok potong kolesterol, snake grass dan beberapa lagi. Daun Kaduk telah lama dikenali sebagai ulam yang dimakan segar bersama-sama nasi putih dan juga boleh dimasak dengan pelbagai cara mengikut kehendak pengguna. Pokok Kadok adalah tumbuhan herba renek yang tumbuh dengan adanya naungan. Tumbuhan ini ditanam untuk tujuan kegunaan sendiri dikeliling rumah atau dikawasan keliling kebun. Tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman kaduk di Malaysia tetapi penulis mengganggarkan sekitar 15-20 hektar CHE. 
Daun kaduk merupakan tanaman dalam keluarga Piperaceae yang digunakan dalam banyak masakan Asia Tenggara.  Daunnya sering dikelirukan dengan sirih, tetapi ia berbeza dari segi rasa dan saiz kerana rasaanya tidak sekuat daun sirih dan saiznya lebih kecil. Antara manfaat daun kaduk ialah ianya boleh meredakan sakit sendi, sakit tulang, sembelit dan mampu menyembuhkan masalah panau.


(14) PUCUK GAJUS
Pokok Gajus (Anacardium occidental Linn) merupakan sejenis dun yang diambil dari tumbuh-tumbuhan iaitu dari keluarga Anacardiaceae yang unik kerana mempunyai biji ‘diluar buah’ dan isi didalam yang tumbuh di negara kita. Pokok Gajus dipercayai berasal dari Brazil dan kini ditanam di kawasan tropika diseluruh dunia. Selain bahagian daun yang dijadikan ulaman popular yang dimakan dengan sambal belacan dan nasi, pucuk daun mudanya yang dipotong-potong boleh digunakan sebagai campuran dalam laksa. Pemilihan pucuk yang muda mudah ketika musim hujan tetapi ianya agak berkurangan dalam musim kemarau. Ulam pucuk gajus ada dijual dipasar malam dengan harga RM 1.00 satu ikat dengan 15-20 helai daun disusun dalam ikatan. Pucuk ini tahan disimpan sehingga dalam peeti sejuk dan masih boleh dimakan. Khasiat pucuk gajus dipercayai mengelakan penyekit kanser, membantu proses penghadaman serta baik untuk mereka yang ada masaalah tekanan darah tinggi. Pastikan untuk mendapatkan pucuk gajus yang bertaraf ‘Organik’ apabila tiada semburan racun kimia dikawasan tanaman tersebut. Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram biji mengandungi 21% protin, 40% minyak ekstrak. Kuantiti minyak yang dihasilkan adalah Asid Oleik (60-75%) dan Asid Lineolik (20-28%). Kajian juga mendapati jus buah gajus kaya dengan Vitamin C (Asid Askorbik), Vitamin B3 (Riboflavin) dan juga Kalsium. Kulit kacang gajus kaya dengan minyak Asid Anakardik (90%) dan juga Kardol (10%) yang bernilai terhadap kesihatan manusia. Kulit yang dicampur dengan kopi boleh dijadikan rawatan asma atau lelah. Cecair kulit gajus boleh digunakan rawatan Ketuat, Kutil dan Kaki Retak. Bunga gajus boleh direbus dan dibuat sirap yang mengurangkan atau menyembuhkan Batuk. Ada dakwaan yang menyatakan daun tua pokok gajus yang direbus dan diminum airnya dapat merawat cirit birit, sakit perut dan juga anti-diabetes. Khasiat pokok gajus mungkin lebih banyak lagi daripada yang dinyatakan diatas. Mana tahu satu hari nanti ada usahawan yang menghasilkan semua khasiat gajus dalam bentuk 'Ready to Use' aeperti dalam bentuk pil, jus, ekstrak, tablets, kapsul dan sebagainya. 
Amalan mengambil ulaman pucuk gajus boleh menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar. Malah, ianya membantu aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi lebih sihat dan segar, sesuai untuk kulit dan mata.


(15) CEKUR
Cekur (Kaempferia gigantica) atau dalam bahasa saya dikampong sebagai 'Kencur' memang merupakan sejenis herba yang tidak berbatang. Memang berbeza diantara Cekur dengan Cekur manis (Sauropus androgynus) yang mana keduanya adalah jenis sayur dan ulaman.Penulis blog banyak menulis artikel mengenai cekur dan cekur manis. Cekur mempunyai tunas pucuk yang tumbuh daripada batang rizomnya yang mana rizom berada dalam tanah dan hanya daunnya berwarna hijau berada diatas tanah. Bergantung kepada penjagaan dan kesuburan biasanya setiap rumpun mempunyai diantara 3 - 8 helai daun yang tebal dan lebar yang berbentuk bujur telur. Penulis dapati dalam masa 2 bulan sahaja rizom ditanam didalam pasu yang media cocopeat atau tanah campuran sudah cukup besar. Baja organik yang diberikan memberikan tahap kesuburan terbaik kepada tanaman cekur. Pokok yang cukup tua sering mengeluarkan bunga berwarna putih yang mekar dalam masa singkat sahaja. Cekur segar ada dijual dipasar biasa, pasar tani dan juga pasar malam dikawasan tertentu terutama dimana ramau suku kaum Jawa tinddal dimana mereka memanggilnya sebagai 'Kencur' sahaja. Pada penulis blog apa yang istimewa mengenai cekur ini adalah daun dan rizomnya yang mempunyai aroma yang lembut serta berkhasiat.

Daun cekur merupakan ulaman yang dikenali dengan saiz kecilnya. Ia tergolong dalam spesis keluarga halia.  Berbeza warna daun cekur bergantung kepada usianya. Batang cekur muda biasanya berwarna hijau muda dan batang cekur tua berwarna hijau tua atau kelabu. Antara khasiat daun cekur ialah ianya kaya dengan zat besi, dapat merawat sembelit, mengurangkan angin dalam badan dan memberikan tenaga. 
Artikel ini ditulis didalam lima (5) segmen yang sesuai dibaca secara bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA ULAM... BANYAK JENISNYA...
DIMAKAN MENTAH.. DICELUR PUN ADA...
BANYAK KHASIAT... SEPERTI DIDAKWA....
AMALKAN MAKAN... LANJUTKAN USIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(22 Zulhijjah 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.