Sunday, July 31, 2022

POKOK BEBUAS - KENALI DIA?

POKOK BEBUAS ( Premma cordiflora) merupakan sejenis tumbuhan herba yang berkhasiat dimana ia sering digunakan untuk dijadikan ulaman, perubatan dan sebagainya. Ramai kalangan pembaca blog ini dan generasi baru kurang mengenali akan tumbuhan herba ini sekarang di negara kita kerana ia juga jarang ditanam dan dijual secara komersil. Pokok bebuas yang tumbuh liar juga mungkin sudah semakin berkurangan akibat pembangunan. Tumbuhan herba ini juga dipanggil dengan nama lain seperti bebuas, beruas, buas-buas, ambong-ambong laut, pecah piring, singkil atau limau pantai. Hanya sesekali daun bebuas ini ada terdapat dijual di pasar tani serta pasar tamu (pasar tradisional) iaitu sebagai sayur ulam. Pokok bebuas ini didakwa mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan seperti dakwaan dimana air rebusan dan pucuk herba bebuas dipercayai telah lama oleh masyarakat Melayu bagi menyembuhkan masalah pening kepala. Kalangan orang dulu juga mengambil bahagian pucuk mentahnya dicelur atau direbus dan dimakan bersama sambal belacan, budu, cencaluk, atau pencecah yang lain. Bagi penulis blog yang beberapa kali ujirasa pucuk daun bebuas mendapati dimana rasanya manis-manis pedas dan sedikit pahit serta rangup dan berbau. Di Muar, Johor dimana daun bebuas ini ada ditanam dikawasan keliling rumah untuk ianya dijadikan sebagai salah satu komponen bagi membuat makanan Botok-botok. Botok-botok merupakan sejenis makanan berasaskan ikan dan daun-daun herba yang popular di Negeri Johor serta di Singapura dan Kepulauan Riau dan khususnya dikalangan masyarakat Jawa dan Bugis. Anda boleh membaca artikel mengenai makanan botok-botok dengan pautan berikut (Sila klik disini). Terdapat seorang usahawan botok-botok di Parit Jawa, Muar, Johor yang telah mengkomersilkan makanan botok-botok dan menanam banyak jenis daun herna untuk dijadikan bahan membuatnya dengan jenama produknya 'Embah Buyut'. Syarikat ini juga mengeluarkan botok-botok ikan tenggiri, ikan parang, ikan kembong, burung puyoh serta menjual pes khas. Makanan ini yang enak dimakan dengan nasi putih memang enak dan berkhasiat. Penulis blog berpeluang membuat tinjauan ke lokasi yang mana ada banyak tanaman ulaman di premis ini semasa bertugas di Pejabat Pertanian Daerah Muar dahulu. Tanaman pokok botok-botok disekeliling rumahnya dijaga rapi dimana pucuknya sering dikutip untuk dijadikan komponen membuat botok-botok dimana pokok dijaga mengikuti amalan pertanian organik. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai tumbuhan herba bebuas untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Mengenali pokok herba bebuas ini perlukan ilmu dengan merujuk kepada pihak yang pakar atau orang lain yang telah menanamnya. Ini kerana tumbuhan renek berbatang lembut ini akan pada mudah tumbuh dimana kebiasaannya ia akan dilihat mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok-pokok herba telah lama digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga. Ia ialah pokok renek dan kecil dimana selalunya boleh mencecah setinggi 7 meter jika tumbuh meliar. Pokok yang mempunyai batang kuat dan juga banyak cabang sebenarnya ada ciri khas iaitu mudah bertunas sekiranya dicantas. Marfologi bahagian daun adalah tunggal, bersaiz sederhana besar, mempunyai susunan bertentangan, berbentuk bujur dengan bahagian hujungnya menirus. Jika diteliti dimana bahagian pangkal daun membulat dengan ciri pada bahagian tepi daun bergerigi, mempunyai bahagian lai permukaan daun yag berkilat. Ia juga mempunyai tangkai daun panjang dengan ia berwarna daun hijau kekuningan ketika muda dan bertukar hijau tua setelah matang. Antara ciri lain adalah dimana daun bebuas ini mempunyai bau unik. Selalunya ia mempunyai ciri bunga majmuk yang bersaiz kecil dan berwarna putih. Bunga ini terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari celah ketiak daun serta ia juga berbau kuat. Mengenai buahnya pula ia adalah bersaiz kecil yang berbentuk bulat, bergugusan dimana berwarna hijau ketika muda kemudian ia bertukar warna ungu kehitaman setelah masak dan terdapat satu biji berbentuk bulat di dalamnya. 
Ia merupakan pokok renek yang mudah dibiakkan melalui biji benih atau keratan batang. Pertumbuhan melalui biji benih agak lambat berbanding dengan keratan batang. Ia sesuai hidup di tempat yang mendapat cahaya matahari penuh atau separa di bawah naungan. Dilaporkan hasil kajian dimana daun bebuas mengandungi karbohidrat, air, serat, alkaloid, zat galian (mineral) termasuk kalium, kalsium, zink, zat besi, fosforus dan pelbagai vitamin termasuklah A, C dan E. Ia boleh dimakan untuk menambah selera makan, pengeluaran susu ibu, merawat badan berangin dan lemah tenaga batin. Ia dipercayai dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan mengelakkan pelbagai penyakit seperti H1N1. Kanak-kanak yang kecacingan boleh diberi makan pucuk ini untuk merawat penyakitnya. Daun bebuas muda biasanya dijadikan ulaman mentah atau pun direbus dan boleh juga dijadikan masakan seperti sayuran lain. Apa pun masyarakat tempatan biasanya menggunakan daun bebuas sebagai salah satu ramuan untuk membuat botok-botok dan juga sebagai bahan pembalut untuk masakan yang dibakar atau dikukus.

Dalam beberapa laporan dimana ada banyak khasiat dari herba bebuas ini. Dia
ntara khasiat pokok bebuas ini dimana apabila dimakan mentah sebagai ulam ialah ia didakwa akan dapat bantu membuang angin dalam badan dengan cepat. Dalam pada itu air rebusan pucuk bebuas pula boleh menolong untuk ianya mengatasi masalah kecacingan dan menambah air susu ibu dimana sudah dimalkan orang dahulu. Ia dilaporkan memang mengandungi karbohidrat, air, serat, alkaloid, zat galian (mineral) termasuk kalium, kalsium, zink, zat besi, fosforus dan pelbagai vitamin termasuklah A, C dan E yang baik untuk kesihatan. Bagi sesetangah orang menyatakan dimana daun bebuas didakwa ia boleh dimakan untuk menambah selera makan, pengeluaran susu ibu, merawat badan berangin dan membantu mengatasi masaalah lemah tenaga batin. Dalam pada itu khasiat dari tumbuha ini adalah dipercayai ia dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan mengelakkan pelbagai penyakit seperti H1N1. Dilaporkan juga bagi kanak-kanak yang kecacingan boleh diberi makan pucuk ini untuk merawat penyakitnya. Memang pokok bebuas ini mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan dimana paling sering diamalkan adalah air rebusan dan pucuk herba bebuas dipercayai oleh masyarakat Melayu bagi menyembuhkan masalah pening kepala. Ada kalangan mereka yang mengambil bahagian pucuk mentahnya dicelur atau direbus dan dimakan bersama sambal belacan, budu, cencaluk, atau pencecah yang lain. Rasanya manis-manis pedas dan sedikit pahit serta rangup dan berbau. Bagaimana pun belum ada  laporan saintifik lengkap di terbitkan kecuali laporan daripada pihak FRIM yang telah penulis blog pernah membacanya.
 
Makanan botok-botok merupakan sejenis makanan sihat yang menjadi kegemaran penulis blog dimana ia popular di Johor dimana daun bebuas antara komponen digunakan. Selain daripada ia dibuat dengan banyak herba dan ikan dimana dihidangkan untuk makanan keluarga dan ada yang disediakan kenduri juga. Penulis blog ingin berkongsi mengenai resepi Botok-botok Johor yang ada banyak variasinya. Bahan bagi membuas pes adalah terdiri daripada r
empah kari ikan, kerisik kelapa, santan dan juga asam Jawa. Bagi bahan untuk kisar disediakan 2 biji bawang merah besar, 3 - 4 biji bawang merah kecil, 5 - 6 ulas bawang putih, lada kering kisar (agak-agak sahaja), 2 batang serai, kunyit secukupnya, halia, lengkuas, 1.5 sudu makan jintan manis, 1.5 sudu makan jintan putih dan juga 1.5 sudu makan ketumbar. Bagi bahan-bahan untuk ulaman pula perlu disediakan pucuk ubi, pucuk bebuas, daun selasih, daun cekur, pucuk mengkudu, daun kunyit, daun kaduk, pucuk betik dimana pembaca blog juga boleh guna apa sahaja daun ulam yang disukai. Bagaimana pun sebagai bahan-bahan utama menyediakan botok-botok terdiri daripada ikan (lazimnya ikan tenggiri, ikan kembung, ikan pari, ikan tongkol atau udang dan terkini ada yang gunakan daging burung puyoh.  Bagi bahan pembungkus dimana disediakan daun pisang atau aluminium foil secukupnya. Cara memasak perlu dipanaskan minyak dan dimasukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak. Kemudian apabila sudah garing di masukkan serbuk kari ikan dan ditumis sehingga wangi. Kemudian dimasukkan kerisik dan air asam jawa dengan secukupnya (kena sedikit masam) dan masak sehingga sebati. Akhir sekali perlu masukkan santan, garam, gula merah dan bahan perasa. Cara untuk membungkus botok-botok dimulakan dengan membersihkan daun pisang dan di letakkan 2 lapis. Bentang daun pisang dan susun ulam-ulaman dan seterusnya diletakkan pes atas daun. Ratakan sedikit kemudian letak ikan atau udang. Seterusnya ditutup ikan dengan pes dan susun ulam-ulaman sekali lagi. Apa pun cara membungkus perlu kemas agar tidak bocor atau daun ulam tidak terkeluar dan dicucuk dengan lidi tanak dihujungnya agar tidak terbuka. Seterusnya ia boleh disimpan dalam peti sejuk atau memasaknya dengan mengukus selama 30 minit sehingga masak. Penggunaan pucuk daun bebuas merupakan satu kompponen yang penting membuat botok-botok.  Kemudian boleh diangkat dan dimakan dengan nasi panas. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK BEBUAS... MUDAH TANAMNYA...
PUCUK DIKUTIP... PELBAGAI GUNANYA...
JADIL ULAMAN... BANYAK KHASIATNYA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Persimpangan Bukit Beruang,
Melaka,
Malaysia.
(21 Zulhijjah 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.