Saturday, July 30, 2022

ILMU MENANAM CENDAWAN TIRAM KELABU

CENDAWAN TIRAM KELABU
(Pleurotus pulmanious) yang mana ia juga dikenali sebagai cendawan tiram (oyster) kini semakin opular di Malaysia. Penulis blog dapati dimana ilmu menanam cendawan ini sudah banyak berkembang apabila peranan Jabatan Pertanian dan beberapa syarikat swasta terus memajukan industri ini sebagai saah satu bidag potensi tanaman baru di Malaysia. Bentuk keseluruhan pada badan kepala cendawan atau buahnya juga dilihat seperti tiram. Apa pun pada penulis blog yang banyak menulis artikel mengenai komoditi ini mendapati dimana cendawan ini pada asalnya turnbuh liar di hutan terutama pada batang kayu atau tunggul kayu mati. Pada mulanya masyarakat menganggap cendawan merupakan tumbuhan yang tumbuh dengan sendiri terutama setelah lepas hujan turun pada musim hujan digelar 'flowers of thunderbolts'. Tetapi kenyataan sekarang telah membuktikan bahawa cendawan ini memang boleh ditanam sama seperti sayuran hijau yang lain dengan rnenggunakan teknologi yang betul dan sumber bekalan benih yang terkawal. Cendawan tiram mempunyai kelebihan daripada cendawan lain (dari jenis yang boleh dimakan) jika ditinjau daripada beberapa aspek. Pertama adalah dimana cendawan tiram kelabu ini boleh ditumbuhkan pada beraneka macam sisa atau substrat hasil dari buangan hasil pertanian yang sejak lama banyak terdapat di Malaysia. Contohnya termasuk jenis hampa padi, batang padi, lalang, serabut kelapa, serabut kelapa sawit, habuk papan (Iembut), kertas dan kapas buangan. Di antara bahan asas substrat-substrat di atas hanya kapas buangan, kertas dan hampa padi adalah pilihan utama dengan purata peratus produktivitinya di antara 20-30% per kg berat kering substrat jenis lain. Teknik penanarnan cendawan tiram ini berlainan untuk setiap macam substrat buangan hasil pertanian kerana kandungan bahan media asas yang berbeza bahan unsur makanan didalamnya. Satu lagi kelebihan cendawan ini ialah teknik penanamannya yang dilaporkan memang lebih mudah dan murah serta sesuai dikomersilka untuk skala lebih besar. Penyelidikan telah membuktikan iaitu teknik lapis demi lapis (casing technique) tidak diperlukan di sini seperti yang mana ia diperlukan pada cendawan butang (Agaricus). Secara umumnya penggunanan bahan eperti beg plastik, zink atau raga kawat jaring boleh digunakan untuk menanam cendawan ini bergantung kepada tahap pengamalan teknologi, nmodal serta saiz penanaman cendawan tiram kelabu ini. Artikel pada pagi Rabu ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan mengenai ilmu menanam cendawan kelabu untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Sebagai teknologi asas yang perlu difahami dimana u
ntuk merangsang dan seterusnya mempercepat pertumbuhan miselium cendawan (benda seperti warna kapas putih seperti foto disebelah) maka seluruh permukaan substrat perlu ditutup dengan plastik kedap supaya diperolehi suhu yang lebih tinggi (± 30 C) dan dilhat akan berlaku proses pemeluapan. Udara sekeliling yang mengandungi lebihan karbon dioksid diperlukan pada peringkat pertumbuhan miselium ini. Kelebihan seterusnya cendawan ini juga  terletak pad a kualiti rasa dan ketahanan atau penyimpanannya. Mengikut kajian rasa cendawan ini didapati agak manis, lembut dan juga rasa pejal. Penyimpanan boleh dilakukan di ruang sejuk pada suhu 17 Celcius untuk selama satu minggu atau disimpan segar dalam tin yang mana ia berisi air garam (+ 25% w/v) atau sesuai juga jika dikeringkan. Cendawan ini merupakan rnakanan berkhasiat protein, garam-garam mineral dan mineral dan ada banyak kandungan bahan vitamin. Cendawan tiram kelabu ini mempunyai bermacam spesis yang mana ada yang sesuai dikomersilkan. Di antara spesis yang sesuai ditanam di Malaysia terdiri daripada spesis Pleurotus florida (berwarna Putih), Pleurotus pulmanious (dulu ia dikenali sebagai P. sajor-caju)  yang berwarna Kelabu), Pleurotus flabellatus (yang berwarna Merah Jambu) dan yang ke 4 adalah Pleurotus cystidiosus (juga dipanggil sebagai Cendawan AbaIone). Apa pun penulis blog mendapati hasil tinjauan penanaman cendawan disluruh negara mendapati spesis cendawan tiram tersebut palu tersohr adalah Pleurotus pulminarious (jenis Tiram kelabu) yang menjadi pilihan utama kerana ia mempunyai nilai pulangan ekonomi yang lebih baik. Penulis blog berpengalaman menjadi pengerak utama dan tenaga pakar didalam industri cendawan tiream kelabu di Daerah Muar Johor sehingga daerah ini pernah menjadi pengeluar utama cendawan tiram kelabu segara dari tahun 2016 - 2010. Syarikat C&C Mushroom Sdn Bhd sehingga kini masih merupakan salah satu pengeluar cendawan tiram kelabu terbesar di Malaysia yang kilangnya berada di Pekan Grisek, Darerah Tangkak (dulu daerah Muar) di Johor. Mereka mampu membuat jutaan bongkah cendawan setiap bulan dengan teknologi yang moden.

Penanaman cendawan ini di Melaysia hebatnya adalah dimana ia memang boleh dilakukan sepanjang tahun. Jadual masa penanamannya mengandungi enam peringkat iaitu daripada kerja Menyediakan benih, Merendam substrat untuk tapak tanaman, Memilih dan Membuat tapak tanaman cendawan, Menyiram air, Memungut hasil dan yang ke 6 adalah aktiviti Pasarannya. . Proses awal dalam kerja menyediakan bBenih (Spawn) adalah kritikal. Sebaiknya benih didik tulen yang dibuat mesti daripada secebis tisu cendawan diletakkan ke atas agar kentang (Potato Dextrose Agar) di dalam piring petri atau pun didalam tabung uji. Pada peringkat pertumbuhan ini didapati miselium tumbuh putih di atas permukaan agar yang kemudian dilihat mnandakan pertumbuhan adalah tulen (suhu optimum 250 Celcius. Teknik ini diperlukan untuk tujuan bagi mengekalkan kualiti cendawan tersebut. Ketahanan proses pertumbuhan pada agar berlaku selama tempoh 3-6 bulan bergantung pada ukuran dan isipadu media sustrat yang digunakan serta kadar pertumbuhan. Pemindahan miselium dari satu agar ke agar lain dilakukan untuk mendapatkan benih yang lebih banyak kuantitinya dan dipastikan ianya tulin. Bagi maksud penyediaan benih pula selalu digunakan benih miselium yang berumur satu minggu. Penyediaan benih dilakukan dengan mengisikan botol (contoh: botol tomato kicap) dengan hampa padi dan 1% padi sehingga tiga suku penuh. Campuran hampa padi dan padi terlebih dahulu direndam semalaman dengan air panas untuk mendapatkan kemasaman asid (pH 5). Ini dilakukan untuk merangsang pertumbuhan miselium cendawan. Toskan air supaya botol tidak . mengandungi kelebihan air (setakat ± 60% kandungan air sahaja). Tutup mulut botol dengan kapas dan akhirnya ditutup dengan kertas aluminium. Sterilkan botol tersebut beserta isinya selarna 30 minit pad a tekanan 15 Ib dan suhu 121°C untuk membasmi kuman. Setelah botol disejukkan, kandungan botol disuntik dengan secebis agar yang mengandungl benih cendawan. Teknik suntikan atau pemindahan ini dilakukan secara aseptik dengan teknik menggunakan jarum pemindah dan api panas untuk dapat mematikankuman/bakteria penyebab pencemaran pada jarum dan mulut botol. Botol-botol ini disimpan di ruang yang mana ia bersuhu 25-30 Celcius (suhu bilik biasa) selama tiga minggu. Benih yang baik akan kelihatan tumbuh pada hari kedua dan ketiga suntikan. Benih-benih (spawn) ini boleh disimpan hingga tiga bulan. Untuk hasil yang baik disarankan penggunaan benih yang baru dan segar, berumur satu bulan.  

Digalakan untuk gunakan s
ubstrat kapas tanpa campuran lain. Bagi substrat hampa padi dan kertas, boleh dibuat campuran pada kadar 1 :1. Substrat kapas sebaiknya ditimbang kering dan direndam dengan menggunakan air panas. Substrat kertas (setelah ianya dihancurkan) dan hampa padi setelah ditirnbang sesuai untuk dicarnpurkan bersama dan direndam dengan air panas selama sehari semalaman (24 jam). Rendaman dibiarkan sehingga kemasaman mencapai pH asid untuk pertumbuhan miselium (pH 5). Bahan-bahan yang telah sedia, dimasukkan dalam beg plastik (jernih) mengikut ukuran yang anda pilih atau dimasukkan bahan ke dalam raga kawat bulat dan dibaluti plastik jernih (sediakan lubang di tengah-tengah raga untuk dimasukkan benih). Kesemua bahan-bahan ini distimkan selama satu jam, kemudian disejukkan dan akhirnya masukkan sedikit benih (1%) pada permukaan bahan atau masuk ke dalam lubang yang disediakan. Bahan-bahan ini disimpan atas rak-rak rumah cendawan. Bagaimana pun terkini pihak industri cendawan lebih ramai suka dengan cara menggunakan serbuk kayu getah yang agak raktikal untuk skala komersil. Tapak tanaman cendawan boleh dibuat di tempat yang teduh dan tertutup untuk menghindarkan pencemaran, slnaran terus cahaya matahari dan hujan. Cara yang terbaik ialah dengan membuat rumah cendawan (mushroom house). Cara yang termurah dan sesuai untuk atap rumah cendawan adalah dengan menggunakan atap daun kelapa, atau atap rumbia. Atap yang tahan lebih lama pula boleh dibuat daripada bahan getah atau atap genting. Ukuran besar rumah cendawan bergantung kepada kawasan yang hendak digunakan. Ukuran tapak rumah yang sederhana ialah 30' x 60' x 15' bergantung kepada skala industri. Tapak rumah boleh dibuat di atas tanah atau simen. Tapak simen adalah pilihan utama berbanding dengan tapak tanah atau baru kraseran atau sebagainya. Di atas tapak ini maka, rumah cendawan dibuat daripada bahan batu atau papan atau dinding atap rumbia. Di dalarn rumah ini terdapat tiga baris rak-rak kayu berukuran 50 kaki panjang, 3 kaki lebar dengan 5 kaki tinggi. Di bahagian atas siling dan selari dengan rak-rak ini dipasangkan pancutan air (mist sprinkler) bagi membentuk kelembapan yang baik dalam ruang rumah tersebut. J ika tidak mampu untuk menggunakan alat ini, bolehlah anda siramkan air sebanyak dua kali sehari lain pagi dan petang. Pengudaraan boleh dilakukan dengan menggunakar kipas atau membuka jendela pad a waktu malam.

Penanaman cendawan seperti cendawan tiram kelapu perlu di pastikan kebersihan (sanitasi) dan proses penyiraman air. 
Menyiram air sebaiknya disediakan kesesuai dan sistem khas seperti tidak menggunakan pancutan air dimana pastikan penyiraman dilakukan dua kali sehari untuk melembapkan substrat dan ruang dalam rumah cendawan. Pastikan dimana keadaan Iantai mesti selalu basah dan ada alat humdity meter dipasang didalm rumah cendawan. Kerja penviraman hanya dilakukan pada substrat iaitu sebelum percambahan tunas cendawan. Penyiraman tidak boleh dilakukan setelah berlaku terbentuk tunas dan badan cendawan kerana ini akan mempercepat cendawan menjadi busuk. Periksa didalam rumah cendawan dengan kerap untuk mengeakan sebarang kontaminnasi berlaku. Memungut hasil cendawan tiram kelabu lazimnya akan mula bertunas selepas tlga atau empat minggu setelah penyemaian benih pada substrat. Cendawan ini boleh dipetik setelah tiga atau empat hari selepas bertunas. Apa pun sebaiknya cendawan dipetik dengan tangan biasa atau pisau yang tajam tepat di pangkal batang eendawan. Cendawan yang baik besar ukurannya iaitu purata 6 - 8 cm diameter dan mempunyai purata berat 300 gm cendawan segar per 1 kg substrat kering (atau 30%) selalu diperolehi pada penuaian cendawan bagi hasil pertama. Hasil ini dianggap sudah punmencapai tahap menguntungkan kerana cendawan akan terus bertunas lagi dan membesar pada substrat yang sarna untuk kali kedua, ketiga dan keernpat. bagaimana pun pengalaman penulis blog mendapati dimana hasil cendawan ini akan bertambah kurang mengikut keadaan seperti gaktur cuaca, kemarau dan panas serta serang penyait dan perosak. Bagaimana pun jika keadaan dan penjagaan balk dilakukan maka jumlah hasil cendawan boleh diperolehi sebanyak 5 - 8 kali tuaian selama tempoh lima minggu. Cendawan ini boleh dikeringkan atau ditinkan dalam air garam untuk pasaran.Kisah pasaran produk cendawan ini bervariasi dan banyak kelainanya. Dilaporkan kini kos media untuk menanam cendawan tiram ini sudah mahak berbanding waktu dahulu yang boleh dapat percuma sahaja. Kini  sisa kapas buangan sukar didapati walau pun dulu boleh diperolehi dengan kos murah 60 sen ekilogram sahaja. Pernah dilaporkan dimana harga cendawan segar di diperolehi daripada pasar adalah pula diantara  M15 - RM20 sekilogram. Purata berat bagi pek cendawan yang diperolehl pada tiap tuaian adalah 300 gm per kg substrat yang mana hasilnya akan di bungkus. Cendawah kelabu yang digoreng berempah kni merupakan produk hasilan cendawan yang diminati ramai dimana banyak dijual di Pasar Malam, Pasar Tani dan juga pasaraya. Semuga artikwl ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!
NAMA CENDAWAN.. TIRAM KELABU DIA...
MUDAH DITANAM... CARI ILMUNYA JUGA...
CARI BENIH TULIN... PASTI AKAN BERJAYA...
MEMBELI CENDAWAN... BARKHASIAT DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Taman Cendana, Jalan IStana,
Bandaraya Melaka Bersejarah, 
Melaka, Malaysia.
(27 Zulhijjah 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.