Monday, August 1, 2022

MUSANG DAN KISAH MENARIK

MUSANG
merupakan sejenis haiwan liar yang terdapat di Malaysia dan merupakan salah satu daripada haiwan yang dianggap sebagai musuh dalam bidang pertanian. 
ialah sejenis mamalia jenis omnivor yang hidup di hutan tropika Asia dan Afrika, sebahagian besarnya dari keluarga Viverridae. Ia sejenis binatang yang hidup secara liar tetapi tidak buas, sangat licik dan suka bersembunyi. Rupanya seperti kucing tetapi tubuhnya besar sedikit, berekor panjang dan bertindak aktif pada waktu malam. Musang adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Musang adalah haiwan berdarah panas, beranak, mempunyai bulu, menjaga anak dan pemalu dari keluarga Viverridae yang mempunyai lebih daripada 10 spesis. Salah satu jenis musang yang biasa saya jumpa dulu adalah jenis Musang Akar (Arctogalidia trivirgata) yang suka makan buah-buahan dan ayam dalam reban dikawasan kebun belakang rumah. Jenis-jenis lain musang seperti Musang Air, Lingsang, Binturung, Musang Tengalong dan Musang Luwak. Musang yang aktif pada waktu malam mempunyai kemampuan memburu ternakan ayam dan merosakan buah-buahan dikebun. Didalam sektor pertanian, musang dianggap sebagai musuh tetapi kadar kerosakan oleh musang tidak serius sangat jika jumlah populasinya sedikit. Musang Akar apa yang saya tahu mempunyai badan lebih besar sedikit daripada kucing dengan ada bulu berwarna hitam. Saiz musang ini diantara 60 - 80 cm panjang (tidak masuk panjang ekor) dengan anggaran berat badan sekitar 3 - 6 kg sahaja. Musang ini mempunyai bau busuk dan ada 2 pasang kaki yang mana setiap kaki mempunyai kuku tajam yang membolehkan ianya memanjat pokok dengan mudah diatas dahan pokok dengan cepat (Lihat foto sebelah). Kehebatannya bergerak dipokok menyebabkan ia mampu makan buah-buahan diatas pokok dengan mudah. Pada malam hari musang mudah dilihat apabila kita suluh dengan lampu suluh dan matanya akan memberikan refleksi dengan terang. Musang ini merupakan haiwan yang dilindungi di bawah Perhilitan dan tidak dibenarkan memburunya tanpa lesen yang sah. Lazimnya musang akan tidur pada waktu siang hari. Artikel ditulis pada  subuh Jumaat ini didalam blog ''Anim Agro Technology''  adalah kisah menarik mengenai haiwan musang untuk bacaan umum berdasarkan laporan media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Kisah mengenai siling rumah atau bangunan yang roboh memang sering dilaporkan didalam media. Kisah didalam hmetro.com bertajuk 'Siling runtuh angkara musang' adalah kisah menarik untuk dikongsikan. Kisah di Kangar ini laporkan diman kehadiran musang liar yang berkeliaran di siling beberapa rumah di Taman Guru Jaya telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk di taman perumahan itu. Haiwan berkenaan bukan sahaja meninggalkan najis dalam rumah penduduk yang dimasukinya, malah turut menyebabkan siling jenis asbestos di dua rumah di taman itu runtuh sehingga menyebabkan kerugian mencecah hampir RM8,000. Tinjauan di taman perumahan berkenaan mendapati siling di tiga rumah runtuh disebabkan oleh haiwan itu. Bagi seorang suri rumah iaitu Pn Nor Syuhadah kediamannya yang terletak di Jalan Cergas paling teruk mengalami kerugian apabila perlakuan musang liar itu turut menyebabkan sebahagian siling di bilik tamu tingkat atas rumahnya runtuh. Runtuhan sebahagian siling itu menyebabkan mulut anak saya cedera terkena serpihan siling berkenaan. Saya tahu ia angkara musang liar kerana haiwan itu hampir terjatuh bersama siling runtuh sebelum memanjat dan masuk semula ke bahagian siling yang masih kukuh. Sebahagian siling ruang tempat meletak kereta rumah saya turut runtuh sehingga mengenai bumbung keretanya. Dia yang sudah mendiami kediaman dua tingkat itu sejak 2019 dan kejadian musang liar berkeliaran di siling rumahnya sudah lama berlaku di kediamannya dan jiran lain di taman perumahan itu. Pergerakan haiwan berkenaan sudah lama berlaku. Dalam kes tersebut berlaku ketika musang bergerak memasuki siling rumah yang disangka ada pencuri cuba memecah masuk rumahnya kerana terdengar ada bunyi gerakan dari atas siling. Setelah di teliti sebenarnya ia hanyalah pergerakan musang liar dan semakin lama pergerakan haiwan berkenaan semakin menjadi-jadi kerana ia akan memanjat tiang telefon di tepi rumah sebelum masuk ke dalam siling atau melalui bumbung rumah. Kalau dulu pada mulanya dia beranggapan kehadiran haiwan berkenaan adalah perkara biasa kerana di bahagian belakang rumahnya itu adalah padang Kolej Vokasional Kangar dan terdapat banyak pokok yang menjadi habitat musang berkenaan.  Namun apabila ia mula meninggalkan najis dan kencingnya sudah memasuki rumah, ia benar-benar menyusahkan saya yang terpaksa menanggung kerugian RM8,000 akibat kejadian ini. Sebahagian siling di bilik tetamu dan bahagian tempat meletak kenderaan di luar sudah runtuh, manakala siling di bilik utama rumah semakin retak. Kejadian siling runtuh ini juga membuatkan saya dan keluarga kini terpaksa tidur di ruang tamu sejak seminggu yang lalu kerana khuatir jika siling di bilik utama juga runtuh. Sementara itu Pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Perlis pula nyatakan dimana pihaknya akan memasang perangkap untuk menangkap musang liar berkenaan. Kali terakhir terdapat haiwan liar di kawasan perumahan itu adalah pada 2015 iaitu kehadiran monyet. Bagi permasalahan ini pula, kita akan menghantar anggota untuk meninjau serta memasang perangkap agar tidak lagi berlaku kejadian tersebut.

Kisah menarik lain bertajuk '
Musang binturong rupanya..' juga berkait dengan keberadaan haiwan ini di Malaysia yang sering mengganggu ketenteraman awam. Kisah dari sinarharian.com menlaporkan dimana pihak anggota APM menangkap haiwan musang binturong di rumah penduduk di Baling, Kedah. Kelibat haiwan berwarna hitam yang menggemparkan penduduk di Kampung Teluk Temelah rupanya musang binturong selepas ia ditangkap Angkatan Pertahanan Awam (APM). Haiwan terswbut yang sering kelihatan di kawasan penduduk pada dua malam kebelakangan memang penduduk tempatan tidak tahu haiwan apa kerana kelihatan hanya ia berwarna hitam saja dimana apabila ia nampak manusia maka dengan cepay ia lari masuk dalam daun pandan. Haiwan itu juga ada dilihat penduduk keluar di sekitar kolam berhampiran rumah penduduk. Bimbang dengan keselamatan penduduk katanya, isterinya bertindak menghubungi APM. Akibat kejadian tersebut ramai dan rata-rata penduduk meneka haiwan itu jebon. Kini penduduk lega sebab haiwan itu dah ditangkap lapor Sinar Harian. Sementara itu Pegawai APM Baling, Leftenen (PA) Mohd Faizol Ab Aziz nyatakan dimana pihak APM mengambil masa selama 30 minit untuk berjaya menangkap haiwan tersebut. Setelah diperiksa ia didapati sejenis musang atau binturong. Haiwan ini akan diserahkan kepada pihak bertanggungjawab. Orang ramai diminta berhati-hati dengan keadaan sekeliling.

Kisah dalam hmetro.com bertajuk bagaimana 'Musang Cari Makan' sesuai dijadikan bahan rujukkan. Dilaporkan bagaimana seekor Musang Pandan (civet cat) yang sering menceroboh kediaman penduduk untuk mencuri makanan di Kampung Betong, Jeneri, Sik berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sik, Kedah baru-baru ini. Haiwan berkenaan ditangkap 10.30 pagi selepas APM mendapat maklumat daripada penduduk mengenai kehadiran mamalia itu. Apa pun kenyataan oleh Pegawai APM Daerah Sik iaitu Leftenan (PA) Haisul Aishah Hanapiah dimana haiwan itu menceroboh ke kawasan rumah penduduk untuk memakan buah-buahan dalam kediaman itu. Haiwan itu juga dilaporkan bertindak agresif dan cuba menyerang penduduk ketika cuba dihalau pemilik rumah. Haiwan itu cuba menyerang penduduk selepas masuk di perkarangan rumah penduduk. Musang pandan itu bukan hanya memakan buah-buahan di rumah itu tetapi bertindak agresif menyebabkan penduduk ketakutan jika terserempak dengannya. Dilaporkan pada musim buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan dan manggis ketika ini menyebabkan haiwan liar itu turut mencari makanan di kebun milik penduduk berhampiran. Pihak APM dilaporkan telah mengambil masa 30 minit menangkap musang pandan itu menggunakan peralatan khas. Haiwan itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

Dalam akhbar sama dilaporkan bagaimana pihak APM 'Berpeluh 'pujuk' Musang' yang kemudian dikenali sebagai  musang pandan memasuki rumah di Taman Astaka Jaya, Setiawan, Perak.  Bagi serorang pemilik  sebuah kediaman yang sering terhidu bau seperti daun padan yang kuat sebelum menyedari rumahnya diceroboh seekor musang pandan. Musang jantan itu didakwa sering menceroboh kediaman berkenaan di Taman Astaka Jaya, Sitiawan pada jam 12.25 tengah malam berikutan pintu depannya terbuka. Sejurus menyedari kehadiran haiwan itu penghuninya menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Pegawai Operasi dan Bencana APM Manjung iaitu Leftenan (PA) Shamsur Shahuddin nyatakan dimana pihaknya menerima panggilan pada 12.30 tengah malam sebelum empat anggota dikerahkan ke lokasi. Ketika anggota operasi tiba di lokasi, musang jantan itu masih berada di dalam rumah berkenaan. Usaha menangkap musang itu mengambil masa kira-kira 20 minit kerana musang terbabit bertindak agresif. Operasi tamat sepenuhnya pada 1.20 pagi dan musang berkenaan kemudian dilepaskan ke hutan berhampiran. Begitulah beberapa kisah menarik mengenai musang yang dilaporkan didalam media. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMA MUSANG... PELBAGAI JENISNYA...
HAIWAN DILINDUNGI... DIBAWAH AKTA...
BANYAK KISAH ... ADA DILAPOR MEDIA...
MENJADI RUJUKKAN...BAGI PEMBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Preciint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Zulhijjah 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.