Tuesday, June 14, 2022

KENALI JENIS CILI PEDAS (Part 3)

CILI
atau LADA atau CABAI atau CHILLIES (Capsicum spp) pada penulis blog merupakan sejenis sayuran jenis berbuah daripada keluarga Solanaceae terdiri daripada pelbagai jenis atau spesis dan varieti tumbuhan yang mengeluarkan buah memberikan rasa pedas hasil kandungan Capsaisin dimana ia merupakan satu komponen penting didalam kuliner masakan sebagai rempah. Dari segi kegunaannya memang sebahagian penduduk dunia mengambil cili untuk perisa makanan walau pun ada dilaporkan ia juga dikaji sebagai senjata peperangan juga. Dari segi sejarah dimana cili ini sebenarnya dipercayai berasal dari penanaman baka liar di Mexico dan Amerika Selatan dimana ia kemudian disebarkan meluas keseluruh dunia selepas diperkenalkan para pelayar Eropah di Asia dan Eropah pada abad-abad ke-15 dan 16. Pada zaman ini tanaman cili dikomersilkan sebagai salah satu komoditi penting di beberapa negara dimana ia sudah menjadi kegemaran banyak masyarakat sedunia terutamanya yang tinggal di kawasan beriklim tropika yang mengambil cili sebagai bahan masakan dan perubatan setempat. Apa pun dilaporkan dimana nama "cili" didakwa berasal dari nama setempat tumbuhan ini dalam bahasa Nahuatl iaitu chīlli. Apa pun jangan keliru dengan perkataan 'lada' kerana ia juga merupakan asas kepada nama rempah lada hitam (pepper) dan lada putih (white pepper) disebabkan ia memberi rasa pedas juga dimana keduanya adalah spesis tumbuhan yang berlainan sama sekali. Penulis blog juga mendapati dimana perkataan 'Cabai' atau pum 'Cabe' yang sering digunakan di kawasan utara Semenanjung Melayu dan Kawasan Riau di negara Indonesia. Nama ini pada asalnya dikaitkan khusus dengan suatu tumbuhan rempah lebih tepatnya bernama 'Cabya' yang mana ia mempunyai ciri rasa pedas yang boleh ditambahkan pada makanan yang ujud sejak zaman dulu sekitar abad ke-10 Masihi. Saya ada berpuluh artikel ditulis dalam blog ini mengenai cili untuk dijadikan bahan bacaan. Apa pun cili adalah sejenis tanaman yang tumbuh menegak, berakar tunjang, batang bercabang berwarna hijau. Penulis dapati dimana di Malaysia seluas 3,320 hektar cili ditanam pada tahun 2021 mengeluarkan sebanyak 29,960 metrik tan. Keluasan tanaman Cili Padi pula dilaporkan seluas 626 hektar menghasilkan 1,714 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, jabataan Pertanian malaysia 2021). Penanaman cili di Malaysia merupakan salah satu tanaman yang popular dan mampu memberikan pendapatan baik kepada ramai petani. Bagaimana pun Malaysia masih menjadi 'net importer' untuk produk cili kering sehingga hari ini. Tanaman cili komersil kini dilakukan oleh pekebun kecil dimana mereka akan menanam sepanjang tahun. Dilihat dari marfologi pokoknya yang renak dimana selalunya bunga cili berkelopak lima dengan berwarna putih tumbuh keluar dari ketiak dan daun berbentuk loket. Buah pula berbentuk tirus memanjang. Bagaimana pun merujuk kepada laporan lain dinyatakan ada banyak kumpulan dan varieti cili yang telah pun dikenalpasti dan popular didunia antaranya termasuk beberapa jenis Capsicum annuum var. glabriusculum, C. annuum 'Bell', C. annuum 'Cayenne', C. annuum 'Jalapeño', C. annuum 'New Mexico Group' (New Mexico chile), C. annuum 'Poblano', C. chinense 'Habanero', C. chinense 'Scotch bonnet', Capsicum frutescens 'Peri-peri' dan juga C. frutescens 'Tabasco pepper'. Artikel dikedinginan subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan kongsikan mengenai beberapa cili yang pedas untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


(7) CILI KERING
CILI KERING
(Dried chillies) merupakan bahan masakan yang menghasilkan rasa pedas kepada makanan lokal dan amat penting untuk orang di Malaysia. Negara kita mengimport banyak tan cili kering untuk kegunaan domestik dan juga diproses kepada bentuk lain seperti cili boh dan pelbagai kegunaan lain. Harga cili kering kini agak mahal daripada RM8.00 - RM14.00 sekilogram bergantung kepada kualiti, premis jualan dan faktur kadar permintaan dan penawaran. Pengeluaran cili kering di Malaysia kurang dilaporkan kerana ia bukan menjadi satu industri yang popular dikalangan petani tempatan dan usahawan kerana kebanyakan mereka banyak mengeluarkan cili segar (cili besar) atau cili padi. Mereka lebih banyak menanam cili besar dan cili padi untuk jualan segar (Fresh chillies) kerana lebih menguntungkan dan dapat pasaran lebih baik dan cepat. Penulis dapati hanya varieti Cili Bangi (CN7) yang dikatakan sesuai untuk diproses menjadi cili kering di Malaysia seperti dalam artikel tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Penelitian penulis juga telah mendapati adalah lebih murah untuk kita membeli cili kering import daripada mengeluarkannya dalam negara walau pun kajian terperinci perlu dijalankan. Industri Cili untuk dijadikan cili kering ada ditanam dan diproses dinegara jiran Indonesia berdasarkan daripada lawatan penulis semasa berkursus disana beberapa tahun dahulu. Cili kering merupakan salah satu produk cili yang paling mudah untuk ditanam atau pun untuk diproses. Cili segar yang dituai dari varieti khusus (lazimnya yang berbuah banyak dan masak serentak) dipilih yang kemudian dipetik hasilnya dan perlu dijemur dibawah sinaran matahari. Cili ini perlu dikeringkan sampai kadar kandungan airnya berada di bawah 5%. Setelah itu cili kering yang siap digred dan dibungkus ianya perlu disimpan atau pun untuk dipasarkan. Ada juga pengusaha yang lazimnya memproses cili kering ini dengan digiling sampai halus menjadi cili boh (cili cair atau cili paste) dan juga cili serbuk (cili bubuk)untuk dipasarkan. Cili kering dan cili serbuk (powder chillies)merupakan salah satu komoditi hasil pertanian yang dapat dieksport mengikut harga dipasaran. Cili serbuk juga sesuai diproses menjadi berbagai produk lain yang diproses seperti sos, sambal atau pelbagai produk pedas lainnya. 
Cili kering merupakan antara variasi cili yang sering digunakan dalam masakan dibanyak negara Asia. Cili kering atau lada kering ditambahkan ke dalam masakan seperti sambal, kari dan juga sup untuk menambahkan rasa pedas. Cili yang digunakan untuk membuat cili kering ialah cili besar merah. Untuk membuatnya, cili besar merah perlu dijemur di bawah sinaran matahari hingga ianya menjadi kering. Cili kering ini sesuai juga dijadikan untuk membuat cili kisar dan cili boh. Harganya tidak semurah cili yang lain, namun ianya masih berpatutan.


(8) CILI BOH
CILI BOH adalah satu keperluan dalam penyediaan masakan di Malaysia yang disediakan daripada Cili Kering (Capsicum annum) yang diproses. Cili Boh lazimnya disediakan dalam bentuk PES (Paste) iaitu cili kering yang dikisar bersama air dengan menggunakan mesin pengisar (buatan sendiri dirumah) atau menggunakan mesin pengisar (Chili Grinder) bagi pengeluaran secara komersil. Pembaca boleh mendapatkan bekalan cili boh dengan mudah di kedai runcit, pasaraya dan pasar basah dengan herga yang murah dan kualitii yang baik. Nama Cili Boh tidak dapat dipastikan asal usul kerana perkataan 'Boh' juga digunakan untuk Teh Boh. Lazimnya bahan utama untuk menyediakan cili boh secara komersil adalah Cili Kering. Bagi penggunaan cili boh sendiri di rumah untuk dimasak terus disediakan menggunakan cili besar segar atau pun cili kering. Kebanyakan cili kering di negara kita diimpot dari luar negara seperti dari China, India, Indonesia dan sebagainya dari beberapa varieti. Sila baca artikel saya lebih lengkap dalam pautan berikut (Sila klik disini). Pengeluaran cili kering di Malaysia kurang dilakukan kerana harga cili segar jauh lebih mahal daripada harga cili kering impot. Walau pun ada beberapa varieti di Malaysia seperti Cili Bangi yang sesuai untuk dijadikan cili kering tetapi kos pengeluaran masih tetap tinggi. Pemilihan cili kering yang sesuai dan tepat menentukan tahap kepedasan dan kualiti cili boh yang dihasilkan. Cili kering boleh disimpan lama sebelum diproses untuk dijadikan cili boh. Bagi tujuan penyediaan kuantiti cili boh dirumah sendiri untuk setiap kali masakan hanya perlu kisar cili kering atau pun cili basah menggunakan mesin pengiosar (Blender) sahaja. Campurkan sedikit minyak masak (setengah camca teh) kedalam mesin pengisar untuk melembutkan lagi kisaran sehingga betul-betul lumat. Biasanya untuk menyediakan cili boh untuk menumis sayur atau buat asam pedas atau buat mee goreng akan dicampur dengan bawang merah, bawang putih, bilis dan sebagainya. Penyediaan bahan tumis untuk masakan berasaskan cili boh memang merupakan satu keperluan setiap hari untuk menu masakan di Malaysia. Ada juga yang sangat meminati Cili Boh yang diproses dengan menggiling atau dipanggil sebagai Cili Giling. Rasa masakan menggunakan cili giling adalah lebih sedap.


(9) CILI JERUK
Cili Jeruk (Fermented Chili) adalah sejenis makanan daripada buah Cili Besar Merah atau Cili Besar Hijau (Capsicum annum) atau Cili Padi (Capsicum frustecens) yang mudah disediakan dan sangat diminati untuk tujuan menyedapkan makanan. Rasa cili jeruk yang pedas, masam dan masin serta agak manis menyebabkan ia akan menambah selera ketika dimakan bersama pelbagai jenis makanan kegemaran terutamanya mee goreng, mee hoon goreng, kuetiow goreng dan sebagainya. Cili jeruk bukan sahaja popular dikalangan masyarakat Melayu tetapi kini telah menjadi satu kemestian dalam makanan masakan Cina yang dihidangkan dihotel-hotel dan restoran yang menghidangkan set 'Chinese Cuisene'. Cili Jeruk merupakan satu kaedah penyimpanan cili (chili preservation) untuk satu jangkamasa yang agak lama tanpa menghilangkan rasa pedas cili. Sila baca keterangan lanjut dalam artikel dengan pautan berikut (Sila Klik Disini). Penulsi blog sendiri memang sangat suka makan cili jeruk ketika menikmati makanan seperti mee goreng, kuey tiow goreng, mee hoon goreng, nasi goreng dan sebagainya. Selain daripada membuat sendiri cili jeruk, sebenarnya telah banyak produk cili jeruk yang dijual dipasaran dengan pelbagai jenama dan negara pengeluar. Pada saya lebih baik buat jeruk cili sendiri dari cili segar. Cili Jeruk juga amat mudah disediakan dengan beberapa teknik cara memproses mudah yang boleh kita buat sendiri dirumah. Cili Jeruk memang menyedapkan rasa makanan seperti mee goreng, kuey tiow goreng, mee hoon goreng, pelbagai makanan ikan atau daging dan sebagainya. Hidangan cili jeruk pada makanan tersebut akan meningkatkan lagi keenakkan makanan kerana ada rasa masam, masin, manis dan juga pedas. Bagaimana pun mereka yang mempunyai masaalah 'GASTRIK' dinasihatkan jangan makan cili jeruk berlebihan kerana ianya akan memudharatkan. Mereka akan rasa pedih atau sakit perut jika makan cili jeruk akibat kesan cuka dan pedas pada cili jeruk. Cili Jeruk yang dibuat dari cili padi memberikan rasa lebih pedas lagi tetapi masih diminati oleh ramai penggemarnya. Kaedah penyediaan cili jeruk dengan menggunakan cili padi sama dengan proses yang dinyatakan diatas. Kalau tidak ada cili jeruk kadang-kadang ada orang akan potong cili besar atau cili padi dimasukkan dalam kocap dan enak juga rasanya untuk menambahkan keenakkan makanan. 
Artikel ini dibahagikan kepada tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan juga Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini member info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini.. Semuga artikel ini member info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology 
kali ini. Wasallam!!!....
MENGENAL CILI...RASA PEDAS BERBEZA..
BANYAK VARIETI...DITANAM DI MALAYSIA...
CILI MERAH... PALING POPULAR DI GUNA...
IA DI PROSES... DI JERUK DAN CILI BOH ADA ...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana off Jalan Istana,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 Zulkaedah 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.