Monday, June 13, 2022

KENALI JENIS CILI PEDAS (Part 2)

CILI
atau LADA atau CABAI atau CHILLIES (Capsicum spp) pada penulis blog merupakan sejenis sayuran jenis berbuah daripada keluarga Solanaceae terdiri daripada pelbagai jenis atau spesis dan varieti tumbuhan yang mengeluarkan buah memberikan rasa pedas hasil kandungan Capsaisin dimana ia merupakan satu komponen penting didalam kuliner masakan sebagai rempah. Dari segi kegunaannya memang sebahagian penduduk dunia mengambil cili untuk perisa makanan walau pun ada dilaporkan ia juga dikaji sebagai senjata peperangan juga. Dari segi sejarah dimana cili ini sebenarnya dipercayai berasal dari penanaman baka liar di Mexico dan Amerika Selatan dimana ia kemudian disebarkan meluas keseluruh dunia selepas diperkenalkan para pelayar Eropah di Asia dan Eropah pada abad-abad ke-15 dan 16. Pada zaman ini tanaman cili dikomersilkan sebagai salah satu komoditi penting di beberapa negara dimana ia sudah menjadi kegemaran banyak masyarakat sedunia terutamanya yang tinggal di kawasan beriklim tropika yang mengambil cili sebagai bahan masakan dan perubatan setempat. Apa pun dilaporkan dimana nama "cili" didakwa berasal dari nama setempat tumbuhan ini dalam bahasa Nahuatl iaitu chīlli. Apa pun jangan keliru dengan perkataan 'lada' kerana ia juga merupakan asas kepada nama rempah lada hitam (pepper) dan lada putih (white pepper) disebabkan ia memberi rasa pedas juga dimana keduanya adalah spesis tumbuhan yang berlainan sama sekali. Penulis blog juga mendapati dimana perkataan 'Cabai' atau pum 'Cabe' yang sering digunakan di kawasan utara Semenanjung Melayu dan Kawasan Riau di negara Indonesia. Nama ini pada asalnya dikaitkan khusus dengan suatu tumbuhan rempah lebih tepatnya bernama 'Cabya' yang mana ia mempunyai ciri rasa pedas yang boleh ditambahkan pada makanan yang ujud sejak zaman dulu sekitar abad ke-10 Masihi. Saya ada berpuluh artikel ditulis dalam blog ini mengenai cili untuk dijadikan bahan bacaan. Apa pun cili adalah sejenis tanaman yang tumbuh menegak, berakar tunjang, batang bercabang berwarna hijau. Penulis dapati dimana di Malaysia seluas 3,320 hektar cili ditanam pada tahun 2021 mengeluarkan sebanyak 29,960 metrik tan. Keluasan tanaman Cili Padi pula dilaporkan seluas 626 hektar menghasilkan 1,714 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, jabataan Pertanian malaysia 2022). Penanaman cili di Malaysia merupakan salah satu tanaman yang popular dan mampu memberikan pendapatan baik kepada petani. Bagaimana pun Malaysia masih menjadi 'net importer' untuk produk cili kering sehingga hari ini. Tanaman cili komersil kini dilakukan oleh pekebun kecil dimana mereka akan menanam sepanjang tahun. Dilihat dari marfologi pokoknya yang renak dimana selalunya bunga cili berkelopak lima dengan berwarna putih tumbuh keluar dari ketiak dan daun berbentuk loket. Buah pula berbentuk tirus memanjang. Bagaimana pun merujuk kepada laporan lain dinyatakan ada banyak kumpulan dan varieti cili yang dikenalpasti dan popular didunia antaranya termasuk beberapa jenis Capsicum annuum var. glabriusculum, C. annuum 'Bell', C. annuum 'Cayenne', C. annuum 'Jalapeño', C. annuum 'New Mexico Group' (New Mexico chile), C. annuum 'Poblano', C. chinense 'Habanero', C. chinense 'Scotch bonnet', Capsicum frutescens 'Peri-peri' dan juga C. frutescens 'Tabasco pepper'. Artikel dikedinginan subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan kongsikan mengenai beberapa cili yang pedas untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


(4) CILI SIAM

Cili Siam merupakan sejenis cili bersaiz kecil cili berwarna hikau (ada juga sedikit yang merah) serta berukuran lebih panjang daripada cili padi tempatan yang berasal dari negara Thailand. Sekali pandang mungkin pembaca melihat ia seakan sama atau kelihatan sama seperti cili padi namun ada beza yang tersendiri dari beberapa ciri (Sila lihat foto disebelah).Kebanyakan cili ini diimport daripada negara jiran Thailand dan hanya sedikit sahaka petani tempatan yang ada menanamnya di Malaysia. Dilaporkan cili siam merupakan sejenis cili yang paling banyak diimport dan digunakan didalam masakan tempatan termasuk membuat sambal, tumis dan sebagainya. Penulis blog juga sentiasa membeli dan menyimpan stok cili siam dirumah untuk digunakan pada bila-bila masa sahaja. Cili Siam memang tahap kepedasannya kurang berbanding dengan cili padi tempatan dimana ia mempunyai tahap kepedasan 40,000 - 80,000 SHU dan lebih rendah daripada cili padi tempatan. Ini kerana cili siam yang bersaiz lebih panjang sesuai untuk dimakan begitu sahaja didalam sayuran dimana ia juga selalunya ada didalam tomyam. Harga cili Siam juga berbeza dan lebih  murah daripada cili padi bagaimana pun ia ada masa turun dan naik mengikut cuaca semasa di Thailand. Jika berlakunya masaalah bencana seperti kejadian banjir di sana maka akibatnya adalah harganya boleh melambung tinggi kerana ianya agak susah untuk didapati. Penulis blog y ang memang suka berkunjung ke Restoren Masakan Ala-Thai akan dapat melihat jenis cili inilah yang kerap digunakan untuk membuat hidangan seperti tomyam.



(5) CILI ATAU LADA BENGGALA
Cili Benggala
atau lebih dikenali sebagai 'Bell Pepper' atau nama botaninya Capsicum annum L merupakan sejenis sayuran jenis cili agak besar dari keluarga Solanaceae. Cili benggala ada di tanam di Malaysia untuk digunakan sebagai sayuran segar seperti salad atau ramuan dalam makanan oleh semua orang. Apa yang menarik tentang Cili Benggala ini adalah bentuknya yang menarik serta mempunyai pelbagai warna menarik seperti Hijau, Merah dan Kuning. Walau pun cili ini tergolong dalam kumpulan Grossum dari dipasaran uniknya jenis ini boleh didapati dalam pelbagai warna hebat seperti merah, kuning, oren, hijau, putih, maroon dan ungu. Sama seperti kebanyakan cili yang lain, lada benggala ini berasal dari Mexico dan Amerika Tengah. Dalam pada itu kelainan pada cili benggala ini dimana kajian mendapai dimana tahap kepedasan cili ini ialah 0 SHU dimana ia adalah sebagai tidak pedas. Ramai orang diseluruh dunia boleh memakannya jika anda tidak tahan pedas dimana ia paling popular digunakan sebagai sayuran untuk hidangan seperti pasta. Di Malaysia apa yang penulis bloh pernah banyak kali membua tinjauan ke kebun cili benggala mendapati dimana pemilihan jenis atau varieti Cili Belanda (CB) adalah kritikal sama ada kita hendak menanam untuk jenis hijau, merah atau kuning atau kombinasi yang petani kehendaki. Saya ada menulis artikel ini dalam blog sama dengan pautan berikut (Sila klik disini). Varieti yang popular di tanam di kawasan yanah tinggi Cameroon Highland adalah seperti OLYMPUS, NAZARI dan MALTI. Beberapa varieti lain seperti Milano 113 dan Winner 8812. Buah cili ini akan bermula dengan warna hijau untuk pengeluaran kerana mudah dihasilkan dan pasaran yang paling meluas sebelum buah tersebut bertujar warna apabila matang. Cili Benggala yang menjadi warna kuning atau oren akan masak ikut tahap kematangan dan merupakan tahap yang paling juicy, manis serta mendapat harga paling baik. CB akan bertukar kepada warna merah dimana ianya adalah peringkat terakhir matang dan jika lambat dituai akan terlalu masak dan harga akan jatuh. Pastikan membeli benuh (Biasanya jenis Hubrid) dari pembekal yang betul-betul dapat membekalkan varieti yang dikehendaki. Benih perlu disemai diatas tapak semaian 6-8 minggu sebelum mengubah keladang.



(6) CILI GERANONG
CILI GERONONG (Capsicum chinese) merupakan sejenis cili yang juga dipanggil sebagai Cili Geronong (Bahasa Sarawak) atau Cili Gronong atau Cili Caronong, Cili Tangling (Bahasa Cina), Cili Gendot atau Cabe Perangi (Bahasa Indonesia) dan Habanero (Bahasa Inggeris). Cili jenis ini dipercayai natif dari Sarawak, Malaysia yang kurang dikenali pada masa kini iaitu dikalangan penduduk lain di Semenanjung Malaysia. Bagaimana pun penulis blog hari Isnin 28 Ogos 2017 ini telah berpeluang membeli Cili Geranong di Pasar Satok, Kucing, Sarawak untuk dibuat penelitian sendiri. Penulis kesana untuk membuat kunjungan 3 hari kebeberapa projek tanaman nanas di Kg Padang Pan, Kg Meranek, Kg Sg Mata, Kg Gedong, Kg Mawang dan juga sekitar Lundu. Banyak informasi mengenai industri tanaman nanas semasa membuat lawatan sambil meninjau beberapa tanaman makanan lain dimana kemudian terjurus untuk lihat keujudan tanaman Cili Geranong. Cili Geranong bagaimana pun penulis jumpai dijual di gerai jualan sayur kampong di Pasar Satok dengan satu longgok (sekitar 12 biji) dijual dengan harga RM3.00 bermakna sebiji adalah sekitar RM0.40 iaitu cili Geranong yang cukup masak. Cili Geranong merupakan sejenis cili yang sangat pedas dan kajian makmal mendapati tahap kepedasan cili ini diantara bacaan 200,000 - 350,000 Scoville Heat Unit (SHU) iaitu hampir 3-4 kali ganda daripada kepedasan Cili Besar (Sekitar 100,000 - 150,000 SHU). Sila baca tulisan dari saya lebih terperinci mengenai cili geronong dengan pautan berikut (Sila Klik Disini). Mungkin tidak ramai dikalangan rakyat Malaysia yang mengenali akan cili geronong ini kerana ia sukar didapati. Bagaimana pun penulis blog membeli sendiri cili ini dari pasar Satok untuk diambil foto dan ditulis dalam blog bagi mengenalinya. Cili Geranong adalah antara jenis cili yang amat pedas berbanding dengan Cili Besar dan Cili Padi. Kandungan 'Capsaisin' dalam cili ini terutama pada bahagian isi dalam yang berair akan mengigit kepedasannya pada mulut yang terkena air liur. Malahan jika tangan ada pegang bahagian dalam isi Cili Geronong ianya akan menyebabkan rasa panas dan pedas. Lebih malang jika tangan ini terpegang bahagian mata dan kemaluan memang mengelupur jadinya. Penulis ada melihat Sos Cili Geranong yang dibuat oleh usahawan tempatan dengan rasa yang pedas. 
Artikel ini dibahagikan kepada tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan juga Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini member info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini.. Semuga artikel ini member info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
NAMANYA CILI... PEDAS PASTINYA...
BANYAK VARIETI... DITANAM LUASNYA...
CILI MERAH... PALING POPULAR DI GUNA...
CILI DI PROSES... DIJUAL MERATA JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana off Jalan Istana,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 Zulkaedah 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.