ISU KENAIKAN HARGA INPUT input pertanian di pasaran terkini telah menyebabkan kerisauan banyak pihak di Malaysia dan seluruh dunia. Kini kenaikan harga makanan memang didorong oleh kenaikan dalam harga input pertanian asas seperti baja, bahan kimia, tanah, buruh dan mesin jentera atau alatan pertanian. Saya ada menulis beberapa artikel berkaitan dengan harga input pertanian untuk dibuat rujukkan (Sila klik disini). Kenaikan harga minyak seperti diesel juga telah menyebabkan keresahan kepada ramai para nelayan yang menggunakan bahanapi tersebut dengan kuantiti banyak setiap kali turun kelaut. Walaupun kerajaan melindungi harga petrol dan diesel tetapi penggunaan bot-bot besar dimana ia memerlukan kuantit minyak banyak. Kajian menunjukkkan harga baja telah meningkat 25% semenjak krisis makanan 2008 dimana mulai dua tahun lepas tahap upah buruh juga meningkat. Sejak peperangan Rusia-Ukraine tercetus pada tahun 2022 pula dilaporkan kenaikan harga input pertanian mencecah 52% saripada tahun sebelumnya. Dalam pasaran pengeluaran bahan makanan yang tidak menentu dan berisiko tinggi, persepsi adalah pertimbangan utama kepada faktur pengeluar, peniaga dan pengguna dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan. Mereka lazimnya akan membaca dan membentuk persepsi ke atas pengumuman mengenai pelaksanaan GST atau SST, penarikan subsidi gula, kenaikan kos input dan upah serta rancangan untuk menarik pelbagai subsidi terutama subsidi petrol secara berperingkat-peringkat. Besar kemungkinan peniaga mengambil langkah berjaga-jaga dengan meningkatkan paras harga untuk meminimumkan impak perubahan semua ini ke atas perniagaan mereka. Sebagai contoh apabila harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram, harga cendol di Pasar Minggu Dengkil yang penulis blog ujirasa sebelum ini hanya RM1.00 telah dinaikan kepada RM1.60 satu cawan. Satu kilogram cendol boleh dapat berapa cawan cendol?. Persepsi seperti ini yang akan menyebabkan kenaikan kos sara hidup rakyat. Di media di Malaysia isu kenaikan harga makanan telah dilaporkan semenjak tahun 2021 lagi dan memuncak pada tahun 2022 dimana hampir setiap hari dipaparkan di media utama dan media sosial. Artikel malam Ahad ini sambil menonton aksi perlawanan bolasepak AFC diantara Malaysia dengan Bahrain saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa issu kenaikan harga input pertanian yang naik dan menjejaskan harga makanan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.
Dalam satu artikel oleh Prof Dato Paduka Dr Fatimah (UPM) bertajuk 'Kenaikan harga makanan: Mengapa dan apa seterusnya' amat sesuai dijadikan bahan rujukan. Dakwanya turun naik harga makanan adalah norma pasaran. Rata-rata hakikat ini diterima oleh rakyat jelata. Malahan pasaran perlukan harga turun dan naik untuk membolehkan masalah lebihan atau kurangan produk di atasi. Iaitu bila berlaku lambakan, hanya melalui harga yang rendah, stok yang berlebih boleh dijual, dan sebaliknya. Ini adalah fungsi asas harga. Akan tetapi apabila kenaikan harga adalah melebihi daripada paras “normal”, atau harga meningkat “berlebihan”, gejala ini sukar diterima terutama oleh pengguna terutama yang mana mereka berpendapatan rendah. Kegelisahan mereka ini sebenarnya berasas. Ini kerana sejak kebelakangan ini dimana harga makanan menampilkan peningkatan yang di tanggap sebagai lebih daripada biasa atau “berlebihan”. Apa pun dilaporkan dimana peratus peningkatan adalah lebih tinggi daripada yang ditunjukkan sebelum ini. Apabila meniti trend harga dalam akhbar atau kaca TV perlu berhati-hati dimana . Terkandung dalam rajah harga turun naik itu adalah atau trend jangka panjang, kitaran, musiman dan kejutan jangka pendek. Apa pun masing-masing ditentukan oleh faktor tersendiri. Trend meningkat jangka panjang adalah disebabkan faktor teknologi dan populasi. Pola musiman kerana sesetengah komoditi seperti durian, dukung memiliki musim pengeluaran tertentu. Ada dakwaan apabil aramai menuding kepada orang tengah sebagai jalan mudah untuk mencari jawapan disebabkan ada juga data yang boleh menjawab persoalan ini iaitu dengan membandingkan kos pengeluaran dan keuntungan. Apabila diteliti lazimnya persekitaran semasa, merumuskan kenaikan harga disebabkan oleh gabungan faktor fundamental dan teknikal. Faktor fundamental merujuk kepada interaksi penawaran dan permintaan dan faktor teknikal pula akan merujuk kepada persepsi pengeluar, peniaga dan pengguna mengenai trend pasaran dan yang lebih penting tindakan yang mereka ambil. Apabila permintaan mengejar penawaran maka harga akan meningkat dan juga apabila penawaran melebihi permintaan harga akan jatuh sebagai hukum pasaran bebas. Isu peningkatan taraf hidup, penduduk yang bertambah, gaya hidup yang berbeza dan pola pemakanan yang berubah telah meningkatkan permintaan semua produk dan juga komoditi makanan. Di kalangan pengguna berpendapatan rendah, permintaan ke atas beras meningkat dan makanan harian yang lain seperti sayur, buah, ikan dan ayam daging. Di kalangan pengguna berpendapatan tinggi pula, permintaan ke atas makanan yang “berkualiti”, “berkhasiat” dan “segera” telah meningkat. Ini termasuk ayam daging, produk tenusu, sayur segar dan buah-buahan temperate, daging lembu dan kambing import, dan makanan proses. Akan tetapi selalunya pengeluaran makanan dalam negeri tidak serancak kadar permintaan. Data menunjukkan bahawa jumlah pengeluaran makanan di Malaysia masih bergerak dalam kadar perlahan dan pergantungan kepada import masih lagi serius. Sektor pengeluaran masih di takuk lama terutama dari segi teknologi (pengeluaran dan lepas tuai) sehingga bekalannya sering tidak stabil. Ini kerana tanpa teknologi yang sesuai, pengeluar tidak dapat mengawal penyakit atau produktiviti rendah, kerugian lepas-tuai tinggi dan tidak dapat menangani masalah cabaran cuaca. Pengeluaran komoditi makanan yang tidak menentu berdepan dengan permintaan makanan yang tidak anjal ataupun tidak berubah dengan pantas apabila paras harga berubah. Masih tidak menghairankan apabila harga meningkat dengan mendadak apabila berlaku “kejutan” seperti banjir, perebakan penyakit dan lain-lain cabaran. Pengeluaran makanan di Malaysia tidak memiliki kapasiti bertahan kerana sangat sensitif kepada gejala alam dan perubahan pasaran. Inovasi yang ada tidak mencukupi untuk membendung masalah ini. Jumlah import makanan nampaknya mewah iaitu bekalannya terjamin dan boleh disumber daripada pelbagai negara pengeluar. Ketersediaan import secara tidak langsung tidak mendorong sektor makanan negara untuk menjanakan pembaharuan. Malaysia dilaporkan masih memilih untuk mengimport buruh murah daripada luar negara bekerja dalam kebun sayur atau ladang daripada meningkatkan kecekapan dan produktiviti tanah, buruh dan modal. Ia mengatasi masalah kurangan buruh dalam jangka pendek tetapi tidak meningkatkan produktiviti dalam jangka masa panjang. Terkini dimana isu kenaikan harga makanan juga didorong oleh kenaikan dalam harga input seperti baja, bahan kimia, tanah, buruh dan mesin. Walaupun kerajaan melindungi harga petrol dan diesel, namun harga baja telah meningkat 70% dalam dua tahun yang lepas dan tahap upah juga meningkat. paling ketara apabila harga input baja dan radun dilaporkan meningkat sekitar 53% pada tahun 2022 berbanding sebelumnya. Seperti yang terbukti pada tahun 2008, kejutan krisis mendedahkan daya tahan sektor makanan negara yang tipis sehingga menggugat sekuriti makanan. Antara strategi jangka masa pendek adalah termasuk dalam mengimport produk dan komoditi makanan dimana pada 2022 AP beberapa produk di kecualikan. Penawaran dipasaran yang lebih baik akan membolehkan harga makanan menjadi stabil kerana kemasukan produk import yang kompetitif. Apa pun mesti dilakukan aktiviti memantau dan mengawal harga makanan memang strategi yang baik, tetapi ia memerlukan sokongan seperti pasaran yang kompetitif, sistem maklumat pasaran yang cekap dan kesedaran dan keprihatinan di kalangan pengguna.
Dalam portal berita sinarharian.com dengan kisah bertajuk 'Pesawah terbeban kenaikan harga racun' wajar dikongsikan dalam blog ini. Lihat foto disebelah menunjukkan dimana Ismail (kiri) dan Maruwan (kanan) menunjukkan racun dibeli pesawah yang mengalami kenaikan harga jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini. Berita dari Tanjung Karang, Selangor ini menyatakan dimana kira-kira 300 pesawah di Kampung Sawah Sempadan kini dihimpit masalah kenaikan harga racun dua kali ganda sejak pelaksnaaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Jun 2021 lalu. Pesawah mendakwa kenaikan harga racun itu sangat membebankan berikutan pendapatan mereka terjejas teruk apabila terpaksa membeli racun pada harga jauh lebih tinggi. Bagi seorang pesawah, Ismail Sakun, 74, berkata dimana racun lima liter untuk tanaman padinya ketika ini sudah dijual sehingga RM300 sebotol berbanding hanya RM145 sebotol sebelum ini. Harga racun lima liter sentiasa meningkat sejak negara dilanda pandemik daripada RM145 naik kepada RM200 dan kemudian meningkat hingga RM300. Bagaimana pun apabila berlaku perang Rusia-Ukraine dan kenaikan harga petrol tertinggi pada Jun 2022 dijangka harga bahan input pertanian akan terus melonjak naik. Keadaan ini memang amat membebankan pesawah dan petani lain yang menanam sayuran dan buah-buahan serta kelapa sawit apatah lagi hasil pengeluaran dan pendapatan pesawah terus merosot. Ismail mendakwa dimana peniaga racun memaklumkan kepada pesawah terdapat beberapa faktor kenaikan harga racun di pasaran. Peniaga memberi alasan kononnya harga racun sentiasa meningkat dan jika pesawah tidak membeli (racun) memang dijangka mungkin minggu depan harga sudah naik. Apa pun selain itu, alasan peniaga antara lain memaklumkan terdapat peningkatan dari segi kos minyak dan pengangkutan menyebabkan mereka terpaksa menjual racun pada harga jauh lebih mahal. Ismail merayu kerajaan membantu pesawah berikutan peningkatan harga racun di pasaran. Keadaan itu sudah tentu membebankan pesawah apatah lagi tanaman padi mereka pada musim ini ada yang telah diserang penyakit ulat batang dan bena perang. Dia memaklumkan ada juga kalangan pesawah yang mengusahakan 0.4 hektar sawah padi hanya mampu memperoleh pendapatan kira-kira RM600 sahaja semusim. Dakwanya cuba bayangkan pesawah yang terpaksa mengeluarkan belanja bagi pembelian benih, baja, racun dan kos lain tetapi pendapatan tidak seberapa. Bagi seorang lagi pesawah, Zulkarnain Md Sarif (47) pula berkata, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) diminta jalankan aktiviti menguatkuasakan akta supaya harga racun diletakkan sebagai barang kawalan. Kini harga racun yang melambung tinggi dianggap tidak munasabah dalam keadaan pesawah dihimpit dengan kos sara hidup semakin tinggi. Dakwanya kenaikan ini membebankan kami dan berharap ada jalan penyelesaian daripada pihak kerajaan bagi membantu pesawah. Mengikut seorang lagi pesawah, Mohd Firdaus Ismail (27) yang nyatakan kerajaan perlu memandang serius perkara itu terutama dalam usaha menarik minat golongan muda menceburi sektor penanaman padi. Dakwanya golongan muda kebanyakannya terpaksa berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan lain kerana beranggapan bidang ini tidak menjanjikan pendapatan dan masa depan lebih baik. Atas alasan tersebut maka ramai anak muda tidak berminat dalam sektor penanaman padi kerana dibelenggu dengan isu seperti kenaikan harga input pertanian dan sebagainya selain juga terpaksa mengerah kudrat berpanas setiap hari untuk mereka mengerjakan sawah.
Dalam portal berita hmetro.com pula kisah bertajuk 'Harga baja, racun naik 100 peratus' memang berkait dengan tajuk kali ini. Berita dari Besut, Kuala Terengganu menyatakan di mana kesan dari kenaikan harga baja dan racun sehingga 100 peratus sejak akhir-akhir ini tidak hanya membebankan petani yang berusaha fertigasi di Terengganu sahaja malah diseluruh negara dan ia memberi tekanan kepada petani dan penternak. Dilaporkan dimana Kemterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dakwa pihaknya sudah mengadakan mesyuarat dengan beberapa pihak berhubung kenaikan harga baja dan racun susulan rungutan diterima daripada petani. Diantara punca kenaikan harga dua bahan pertanian yang dikenal pasti itu ialah kerana faktur seperti kos pengangkutan yang meningkat sekali gus menyumbang kepada kenaikan harga baja dan racun. Faktor seterusnya apabila ada beberapa kilang pengeluaran baja dan racun yang baru bermula selepas diberhentikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga menjadi punca kenaikan mendadak harga baja dan racun. Tinjauan Menteri dan Pengarah Pertanian Negeri dilakukan semasa Program Lawatan Timbalan Menteri KPDNHEP di kawasan Tanaman Fertigasi Melon Manis Terengganu (MMT) di Kampung Peradong, Manir (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan kerajaan akan mengenal pasti langkah terbaik bagi menyelesaikan isu kenaikan harga baja dan racun yang tidak terkawal di pasaran. Bagaimana pun didakwa kerajaan berharap petani bersabar sementara isu kenaikan harga dan racun itu diselesaikan segera. Bagi seorang penanam melon iaitu Halim Ismail (30 tahun) dimana isu kenaikan harga baja dan racun mendadak dan memberi tekanan kepada petani. Dilaporkan beliau jika sebelum ini salah satu daripada 12 jenis baja melon yang digunakan untuk MMT iaitu baja MKP berharga RM180 satu kampit tetapi sekarang meningkat kepada RM300 satu kampit untuk 25 kilogram. Kenaikan harga baja dan racun yang terlalu kerap dalam tempoh sebulan merunsingkan petani. Beliau kini terpaksa naikkan harga jualan buah MMT kerana faktor kenaikan harga baja dan racun itu, jika tidak kami tidak memperoleh keuntungan. Beliau yang menjadi pengusaha MMT telah pun menaikan harga MMT sebanyak RM1 untuk satu kilogram iaitu daripada RM8 sekilogram kepada RM9 sekilogram. Dakwanya masih lagi tiada masalah untuk menurunkan semula harga jualan MMT itu kepada harga normal asalkan harga baja dan racun turun pada kadar harga yang berpatutan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini/. Wasallam!!!...
HARGA BAJA... RACUN NAIK SAMA...
BANYAK SEBAB... PETANI DERITA...
NAIK BANYAK... ADA BERGGANDA...
PERLU DIATASI... DEMI SEJAHTERA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precing 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Zulkaedah 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.